SEJARAH PERKEMBANGAN
BAHASA MELAYU
DISEDIAKAN OLEH :
MUHAMMAD HANIF BIN ISHAK
PPISMP BAHASA MELAYU AMBILAN JUN 2022
030516-02-0123
P22202402
Sistem Tulisan Pallava
Berasal dari india
Dibawa oleh para penganut hindu di sekitar kawasan Srivijaya dan
Palembang (Nik Safiah, 2010)
Tulisan ini banyak menerima pengaruh bahasa Sanskrit yang menjadi
bahasa pentadbiran dan ilmu pengetahuan pada ketika itu.
Penyebaran tulisan dan bahasa Hindu hanya terhad kepada golongan
istana kerana orang awam tiada kemudahan untuk belajar tentang
membaca dan menulis
Penemuan terawal tulisan Pallava ini adalah pada tiang batu
persembahan (Yupa) di daerah Muara Kaman, iaitu pertemuan di antara
Sungai Mahakam dengan Kedang Kepala.
Ciri-ciri Tulisan Pallava
Sistem simbol bagi gabungan
bunyi
Contohnya -AU, -AI ,PA ,YA,
KKA, NCA
Konsonan tidak menandakan
huruf semata-mata tetapi
membawa bunyi yang berbeza
SISTEM TULISAN KAWI
Berasal dari perkataan Sanskrit Kavi, bermaksud penyair.
Tulisan ini berasal dari Jawa.
Digunakan dalam penulisan dalam bahasa Kawi oleh orang Jawa.
Orang melayu menggunakan tulisan ini pada abad ke-8 ketika bermulanya
era tulisan jawi di kalangan orang Melayu.
Kemudiannya dibawa masuk ke kawasan Asia Tenggara dan bercambah
menjadi sistem-sistem tulisan baharu.
Asalnya daripada huruf Vangki (Wenggi) iaitu huruf orang Pallava yang
berasal dari Coromandel, India.
Huruf kawi ini lenyap seiring dengan keruntuhan kemaharajaan yang
menggunakan huruf itu iaitu Majapahit pada tahun 1400M.
Digantikan dengan huruf Jawa(Cakaran) yang dikembangkan daripada
huruf Kawi oleh kekhalifan Demak.
SISTEM TULISAN KAWI
Orang Melayu Kuno sering menulis tulisan ini pada kulit kayu, daun lontar,
kepingan logam dan batu-batu atau dikenali sebagai batu bersurat.
Tulisan ini merupakan sebuah huruf yang digubah dari India Selatan.
Juga ditulis tanpa adanya ruang kosong .
Tulisan ini mempunyai 47 huruf.
Tulisan ini ditemui berdasarkan penemuan batu nisan orang Melayu yang
bernama Ahmad Majnun di Pengkalan Kempas, Sungai Ujung, Negeri
Sembilan.
Batu nisan yang tertera tahun 1463M memaparkan kedua-dua bentuk tulisan
iaitu tulisan Kawai dan tulisan Jawi.
Penemuan pada dua batu bersurat :
1. Batu Bersurat di Joreng (1179M), Tampanuli, Sumatera Utara
2.Batu Bersurat Padang Lawas (1213M), Tampanuli, Sumatera Utara
Contoh Tulisan
Kawi
Tulisan Jawi wujud sekitar tahun 1300M di Kepulauan.
Orang Parsi kepada Kerajaan Melayu Jami di utara
Palembang, Sumatera, Indonesia telah memperkenalkan
tulisan jawi yang berasal dari kesusteraan Arab.
Sistem Penganut agama Islam memilih untuk menggunakan
abjad Jawi dalam penulisan kerana berhubungkait
Tulisan dengan budaya Islam. Peninggalan Jawi purba yang
tertua ialah pada Batu Bersurat Terengganu yang
Jawi bertarikh 1303M dan juga Syair Bidasari tulisan sekitar
1300-1399 M yang dijumpai di Sumatera.
Selaras dengan penyebaran Islam, tulisan Jawi juga
turut berkembang menggantikan tulisan yang lama
iaitu tulisan Pallava.
Tulisan Jawi ini telah digunakan secara meluas di negeri-negeri seperti
Kesultanan Melaka, Johor, Brunei, Sulu, Patani dan Ache pada abad ke-
15. Tulisan ini digunakan dalam rasmi seperti hal surat-menyurat diraja,
titah-perintah, puisi serta kaedah perhubungan utama sesama
saudagar di pelabuhan Melaka.
Terdapat 4 tahap dalam perkembangan sistem ejaan jawi
peringkat pertama:
Menggunakan tulisan dan sistem ejaan Arab sepenuhnya
Hilangkan tanda baris tapi kekalkan ejaan dan huruf sedia ada
Mewujudkar huruf hurat saksi
Menggunakan huruf saksi pada suku kata pertama dan kedua
PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN JAWI PERINGKAT 2
Sistem ejaan Jawi mulai berkembang secara beransur pada zaman
awal perkembangannya.
Perubahan yang dilakukan adalah berdasarkan kelaziman yang berlaku
dan bukannya mengikut peraturan mahupun sebarang panduan.
Menjelang sahaja abad ke-20, perkembangan sistem ejaan jawi
dikembangkan kepada beberapa pedoman dan juga panduan yang
dirangka dan diterbitkan oleh orang perseorangan mahupun
pertubuhan yang tertentu misalnya: Hejaan P.Bm.P.B. Diraja, Ejaan Jawi
Zaba Sistem Ejaan Dian dan juga Pedoman Ejaan Jawi yang
Disepurnakan.
Keempat-empat pedoman dan panduan ini diserapkan ke dalam
penggunaan sistem ejaan Jawi pada zaman tersebut.
Sistem Ejaan Za'ba
Sistem ejaan Rumi bahasa Melayu telah disusun oleh Zainal Abidin Ahmad, atau
lebih dikenali sebagai Za'ba pada tahun 1933. Seterusnya disiarkan dalam Daftar
Ejaan Melayu Jawi-Rumi 1949. Disebabkan Sistem Ejaan Wilkinson yang telah
dipakai sebelum ini didapati ada beberapa kelemahan, maka sistem Ejaan Rumi
Za'ba telah diperkenalkan untuk memperkukuhkan serta memantapkan lagi
sistem ejaan Rumi bahasa Melayu, Sistem ejaan Za'ba tidak menggunakan teori
dan teknik linguistik kerana ia hanya melambangkan bunyi-bunyi bahasa Melayu
melalui huruf-huruf rumi yang digunakan dalam Sistem Ejaan Jawi Bahasa
Melayu. Terdapat beberapa ciri-ciri dalam Ejaan Za'ba ini.
Ciri-ciri Sistem Tulisan Za'ba
Tidak menggunakan teori dan teknik linguistik kerana ia hanya melambangkan bunyi-bunyi bahasa Melayu
melalui huruf-huruf rumi yang digunakan dalam Sistem Ejaan Jawi Bahasa Melayu.
Za'ba tidak menggunakan tanda sirkumfleks atau aksen sebagai penanda panjang atau pendek bunyi bagi
mana-mana grafem vokal dalam sistem ejaannya.
Dalam penggunaan partikel <pun> dalam sistem ejaan ini mestilah dipisahkan. Sebagai contoh, <ada pun>,
dan <atau pun>.
Terdapat kekurangan huruf jawi dan rumi untuk melambangkan bunyi-bunyi yang terdapat dalam bahasa
Melayu.
Setiap perkataan yang dieja adalah dengan berdasarkan bunyi. Dalam sistem ejaan ini juga mempunyai tiga
bunyi diftong yang telah diistilahkan sebagai huruf "bunyi berkait iaitu bunyi-bunyi <ai>, <au> dan <oi>.
Grafem dan tanda-tanda baru telah digunakan untuk mencukupkannya. Misalnya, dalam rumi <ng>, <ny>
<ch>, <kh>, <sh>, <th>, <gh>, <dha, <dz>, dan tanda-tanda seperti<'> <'> adalah untuk melambangkan
bunyi-bunyi yang dilambangkan oleh huruf-huruf Jawi seperti <a'in>dan <hamzah >.
Sistem Ejaan Jawi Za'ba
Pertama, adanya semacam kekacauan dalam ejaan Jawi. Seperti yang dinyatakan oleh beliau
bahawa walaupun kaedah yang dicuba ikutinya ialah "menurut kecenderungan ahli ahli sekolah
semenjak 40 tahun yang lalu serta kecenderungan penulis-penulis Melayu yang lebih ramai"
tetapi beliau juga mengatakan bahawa yang dikatakan "kebiasaan penulis penulis yang ramai"
itu pun "ada banyak tentangnya yang berlain-lain pada lain-lain orang".
Kedua, ada usaha hendak menghidupkan semula "ejaan lama yang telah atau beransur mati"
oleh Wilkinson dan Winstedt serta setengah-setengah penolong Melayunya. Bila ini dicuba
lakukan maka "telah menjadi gempar dan heboh sungutan di antara penulis-penulis Melayu
apabila terjadi kacau bilau pada ejaan Melayu dalam tahun 1916-19.
Ketiga, terdapat ketidak sepakatan di antara kamus-kamus karangan orang Melayu,
terutamanya, sehubungan dengan penggunaan huruf qauf,kaf, hamzah,ta dan ta bulat di
hujung kalimah dan beberapa huruf lagi.
SISTEM EJAAN RUMI KONGRES
Pada tahun 1956, melalui Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu
Ketiga(KBPM), satu ejaan rumi bahasa Melayu telah dipersetujui.
Sistem ejaan ini tidak jadi digunakan kerana terdapat penerapan lambang
fonetik
Ejaan rumi bahasa Melayu ini diberi nama Sistem Ejaan Kongres
Kongres ketiga KBPM berlangsung pada 16-21 September 1956 di Johor
Bahru dan Singapura yang dihadiri oleh lebih kurang 500 orang perwakilan
dan pemerhati dari 59 buah badan bahasa dan persuratan Melayu
dariseluruh Malaya pada waktu itu.
Dalam perbahasan ini, empat dasar pengejaan Bahasa Melayu dengan huruf
rumi telah dirumuskan.
SISTEM EJAAN ASAS 50
1.Vokal berkembar ai, au, ou menjadi ay, aw, oy.
2.Ch bertukar kepada c. Contohnya, cawan, cantik dan baca.
3.Konsonan ng dan ny dalam tulisan fonetik. Contohnya, parang,
nyonya dan nona.
4.Huruf f,q,v,x,z digantikan dengan menggambarkan fonem-
fonem asing
SISTEM EJAAN PBMUM
1.Menolak huruf kembar dan digantikan dengan fonem lain.
Contohnya, ch-c, sh-x
2.Ejaan Melayu disatukan dengan ejaan Indonesia. Contohnya,
iaitu- ya itu, kurnia-karunia
PERANAN DAN CABARAN PERTUBUHAN-
PERTUBUHAN DALAM MEMPERKASAKAN
BAHASA MELAYU
PEJABAT KARANG MENGARANG
Ditubuhkan pada tahun 1923 oleh Zainal Abidin bin Ahmad (Za’ba)
Bertujuan untuk menghasilkan penerbitan ilmiah dalam bahasa Mealyu
dan Inggeris serta memperbanyakkan bahan rujukan kepada semua
golongan
Menerbitkan hasil penyelidikan warga akademik dalam bentuk buku,
jurnal, dan sebagainya.
Membuka peluang kepada warga akademik menyebarluaskan
kepakaran mereka dalam bidang diceburi dan ia dapat mengimarahkan
budaya penulisan dalam kalangan universiti.
Cabarannya ialah kurang pembacaan buku dalam kalangan masyarakat
terutamanya anak muda pada hari ini menyebabkan kepakaran dalam
penulisan semakin berkurangan.
PAKATAN BELAJAR MENGAJAR
Ditubuhkan pada tahun 1888 oleh Datuk Seri Amar Diraja Abdul Rahman
Andak dan Datuk Muhammad Ibrahim Munsyi di Johor.
Tujuannya adalah untuk menyeragamkan ejaan dan perkataan, mencipta
perkataan baharu, memlihara dan mempermodenkan bahasa Melayu.
Antara sumbangannya adalah seperti penerbitan buku-buku bahasa dan
bacaan umum kemudiannya menjadi batu asas bagi meneruskan aktiviti
sastera oleh PBmPB.
Menerbitakan bukuk-buku tentang bahasa Melayu, nahu Melayu, sejarah
dan lain-lain cabang ilmu pengetahuan.
Cabarannya ialah masyarakat pada hari ini tidak didedahkan dengan
kepentingan bahasa Melayu dari segi ejaan dan perkataan. Masih
terdapat sesetengah masyarakat yang tidak dapat mengeja dengan betul
sesuatu perkataan itu.
ASAS 50
Terdiri daripada tokoh-tokoh Melayu iaitu Usman Awang, Abdul Samad
Isamail, Keris Mas, Jimy Asmara, Masuri SN, Mas dan Asraf pada sekitar
tahun 1950-an.
Berperanan untuk memperluas dan mempertinggikan martabat
kesusasteraan dan kebudayaan Melayu.
Melindungi hak ahli dan pengarang.
Melahirkan pembaharuan dalam karya sastera.
Ahli-ahli ASAS 50 bersepakat berjuang untuk meluaskan dan meninggikan
status kesusasteraan dan kebudayaan Melayu.
Cabarannya masyarakat kini kurang mengambil berat tentang ilmu
kesusasteraan dan kebudayaan Melayu kerana terlalu disajikan dengan
budaya barat.
DEWAN PUSTAKA DAN BAHASA
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) atau nama asalnya Balai Pustaka
ditubuhkan di Johor Bahru sebagai sebuah jabatan kecil di bawah
Kementerian Pelajaran pada 22 Jun 1956.
Tujuan penubuhan adalah untuk mengembangkan bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara.
Menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi yang cekap dan
berkesan dalam semua bidang.
Menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan supaya ia akan
digunakan secara meluas bagi segala maksud mengikut undang-undang
yang sedang berkuat kuasa.
Membakukan ejaan dan sebutan dan membentuk istilah-istilah yang
sesuai dalam bahasa kebangsaan.
Cabarannya ialah perkembangan bahasa Melayu selaras dengan arus
permodenan ini tidak didalami oleh masyarakat malah masih
menggunakan istilah-istilah bahasa asing.