The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by syazanayusof8, 2022-09-19 04:46:39

ADAT PELAYARAN

ADAT PELAYARAN

ADAT
PELAYARAN

Oleh : NURUL SYAZANA BINTI MUHAMAD YUSOF
ADLINA DARWISYAH BINTI MOHAMAD RUZI
NORFASYAHIRAH BINTI MOHD DERAFI
NUR AIMI ZAHRA BINTI ZAHARI

SINOPSIS

Cerpen yang dihasilkan ini merupakan sebuah kisah yang berlatar
belakangkan suatu konsep Pensejarahan Bentuk Undang-Undang yang telah

wujud sejak kira-kira 600 tahun dahulu ataupun wujud di zaman Megat
Iskandar Syah. Isi-isi serta bab-bab yang terkandung di dalam unsur

cerpen ini akan memperihalkan tentang Hukum Kanun Melaka,
Undang-Undang Laut Melaka serta menekankan tentang bagaimana sesuatu

peristiwa itu berlaku sehingga menyebabkan tercetusnya beberapa
konflik yang akan membawa kepada kuasa seorang raja yang kebal yang
tidak mempunyai prinsip keadilan terhadap seorang Malim yang menggalas

tugas dalam menjaga kapal. Dalam cerpen ini juga, akan merangkumi
secara keseluruhannya bagaimana sesuatu watak tersebut memainkan

peranan mereka dalam menghidupkan elemen di dalam cerpen ini.

BAB 1 : PERMULAAN

Di Melaka, terdapat beberapa undang-undang yang menjadi rujukan dalam memerintah iaitu
Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka. Undang-undang ini sangat berkuasa kepada
golongan rakyat sahaja dan raja diberi keistimewaan.

Dalam Undang-undang laut Melaka terdapat beberapa pegawai yang menguasai tugas-tugas
tertentu. Antaranya adalah nakhoda yang berkuasa sebagai pegawai tertinggi dalam sebuah
kapal. Nakhoda mempunyai keistimewaan sama seperti seorang raja dan anak kapal perlu
menghormati nakhoda.

Disebalik seorang nakhoda sesebuah kapal, pasti terdapat seorang pegawai kedua yang
bertugas untuk mengemudi sesebuah kapal iaitu jurumudi. Tugas jurumudi sangatlah penting
sehingga mereka tidak boleh meninggalkan kapal dan akan dikenakan denda jika bertindak
sedemikian.

Jika berlaku suatu perselisihan faham di atas kapal, pasti seorang hakim diperlukan yang
dikenali sebagai malim. Memandangkan Malim seorang yang arif maka malim bertugas dalam
mengenalpasti arah yang akan dituju, mengenal tanah dan laut, angin dan ombak sama ada dalam
atau tohor, dan sebagainya.

Dalam sesebuah kapal juga terdapat anak kapal atau dikenali sebagai orang berkepung.
Mereka bertugas sebagai menjaga air ruang, melihat musuh, melihat api dalam jong serta
melihat angin dan ribut. Jurubatu pula bekerja untuk menjaga sauh dan bertanggungjawab dalam
menjaga keamanan di atas kapal.

BAB 2 : PERKEMBANGAN

Pada suatu zaman Kesultanan Melayu Melaka,telah wujudnya satu
undang-undang Laut Melaka yang juga dikenali sebagai Adat Pelayaran
Melaka,Kitab Peraturan Pelayaran dan Hukum Undang-undang Laut yang

ditetapkan oleh Kesultanan Melayu Melaka berkaitan hukum dan
peraturan di laut dalam pelayaran dan perkapalan.Undang-undang ini

dipercayai telah disusun untuk melancarkan urusan pedagangan di
Selat Melaka.Namun,telah berlaku suatu insiden yang melibatkan
kapal semasa belayar.Hal ini bermula daripada aktiviti jual beli
yang dijalankan di suatu tempat perkampungan sehingga berlakunya

amalan riba antara penjual dan pembeli.Bukan itu sahaja,kes
pencurian juga berlaku sehingga menyebabkan pesalah dikenakan
hukuman Hudud iaitu tangan pesalah perlu dipotong.Raja mendapat
tahu bahawa pesalah yang melakukan kecurian tersebut adalah salah
seorang daripada pengikutnya.Hal tersebut telah membuatkan raja
murka dan membuat keputusan untuk memecat pengkutnya daripada
mengikuti raja berlayar ke suatu tempat atas tujuan tertentu.

BAB 3 : KLIMAKS

Malam semakin larut dan langit semakin gelap. Di saat ombak
menderu dan sepi menyelubungi diri, terdapat sebuah ombak
besar di tengah laut menuju ke kapal kami. Ombak tersebut
seakan-akan menghempas kapal ibarat kapal mereka dilanda
tsunami yang sangat besar. Malim bertindak dengan segera

untuk melihat kejadian tersebut. Ketika itu,Malim mendapati
bahawa kapal yang dinaiki mereka telah pecah di bahagian
hadapan akibat pukulan ombak tersebut. Kejadian itu telah
disedari oleh anak-anak kapal dan mereka bergegas
menurunkan perahu simpanan untuk menyelamatkan raja,
nakhoda, malim dan pegawai yang lain. Malim membunyikan
loceng kecemasan untuk memberikan peringatan kepada
anak-anak kapal yang lain.

BAB 4 : PELERAIAN

Anak-anak kapal membawa perahu tersebut menuju ke suatu
tempat yang lebih selamat untuk menurunkan raja dan

pegawai-pegawai yang lain. Setelah raja turun daripada
perahu tersebut, raja bertitah untuk mengenakan hukuman ke

atas Malim akibat kecuaiannya menjaga kapal sehingga
pecah. Raja menganggap ia merupakan satu kesalahan yang
besar kerana menggugat keselamatannya. Justeru itu, Malim

dikenakan hukuman bunuh walaupun Malim tidak bersalah
dalam perkara ini kerana kapal itu pecah bukan angkaranya
malah ia berpunca daripada pukulan ombak yang terlalu kuat

sewaktu kapal berlayar di tengah laut.

KESIMPULAN

Daripada apa yang dikarang di dalam cerpen ini, terdapat begitu banyak
elemen-elemen yang boleh membawa kepada pengajaran ,nilai, hukum Islam itu
sendiri serta konsep keadilan yang diceritakan dalam bahagian bab-bab yang
tertentu. Pengajaran yang boleh kita ambil daripada cerpen ini ialah, jika kita

diberi kuasa untuk menjadi seorang raja, perlula seseorang itu menggalas
tanggungjawabnya dengan sifat yang adil dan saksama. Jika sifat yang ada pada

seseorang raja itu untuk terus menghukum Malim yang contohnya yang tidak
melakukan apa-apa kesalahan maka tindakan itu akan dianggap sebagai tindakan
yang tidak berperikemanusiaan. Walaubagaimanapun,pada masa itu seorang rakyat
yang memegang jawatan perlu akur akan segala titah hukuman yang diberikan pada
suatu masa dahulu.Jika ingin dibandingkan dengan sekarang,konsep seperti itu

sudah tidak diguna pakai lagi iaitu digantikan dengan konsep raja
berperlembagaan bagi menyeimbangkan kuasa raja-raja Melayu kini .

SEKIAN, TERIMA
KASIH!


Click to View FlipBook Version