NOTE TAKING
DPK40143
MINI PROJEK
BUKU PROGRAM
PUAN SALASIAH BINTI NORDIN
NAMA NO. MATRIK
MAHIRAH AMEERAH BINTI ABDULLAH 18DSK20F1011
NURUL HANIS AINY BINTI ABD HANAPI 18DSK20F2028
NURIN NATASYA BINTI MOHD RIDUAN 18DSK20F2018
1 BEG DARAH MAMPU
MENYELAMATKAN
3 NYAWA
KEMPEN
DERMA
DARAH
TARIKH: 25 NOVEMBER 2022
MASA: 8.00 PAGI - 4.00 PETANG
TEMPAT: DEWAN HARUMANIS
ANJURAN: PELAJAR DIPLOMA
SAINS KESETIAUSAHAAN
Kata Aluan
Ketua Pengarah Program
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
Encik Abdul Malek Bin Hassan
Assalamualaikum warahmatullah Wabarakatuh
Alhamdulillah, segala pujian dan kesyukuran dilafazkan kepada Allah
Subhanahu wa ta’ala kerana dengan izinNya kita dapat bersama. Saya
mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua jawatankuasa dengan
berlangsungnya program Kempen Derma Darah pada tahun 2022 di Politeknik
Tuanku Syed Sirajudin. Saya juga ini mengucapkan ribuan terima kasih kerana
memberikan saya peluang untuk merakamkan kata alu-aluan dalam buku
program ini.
Matlamat utama kempen ini diadakan kerana berharap tindakan kecil ini
dapat membantu sebanyak yang boleh untuk membantu golongan yang
memerlukan serta mencukupkan bekalan darah di hospital yang semakin hari
semakin berkurang.
Hadirin yang saya hormati sekalian,
Besar harapan saya agar program yang dirancang ini dapat mencapai
objektifnya iaitu mendedahkan kepada masyarakat berkaitan pentingnya derma
darah. Saya mewakili pihak pengurusan berharap agar program ini dapat memberi
manfaat kepada semua pelajar dan penduduk di sekitar Politeknik Tuanku Syed
Sirajuddin. Semoga kempen ini dapat mengeratkan lagi hubungan kita dan
matlamat program ini dapat dicapai.
Kata Aluan
Pensyarah Penasihat
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
Puan Asmiza binti Othman
Assalamualaikum warahmatullah Wabarakatuh
Salam sejahtera, sebelum saya memulakan kata alu-aluan, ingin saya
memanjatkan kesyukuran kepada hadrat Allah SWT kerana izin serta limpah
kurnia-NYA dapat kita bersama-sama hadir ke program kempen derma darah
2022 ini.
Sebelum saya meneruskan ucapan, setinggi-tinggi terima kasih diucapkan kepada
pelajar semester 4 Diploma Sains Kesetiausahaan yang memberi saya peluang
untuk berucap di dalam kempen ini.
Terima kasih juga saya ucapkan kepada semua pihak yang terlibat termasuk
pihak jabatan kesihatan Negeri Perlis dan kakitangan Hospital Tuanku Fauziah
kerana sudi bersama kami menjayakan program kempen darah ini.
Sekian terima kasih.
tahukah anda
Keperluan darah merupakan produk teraputik yang penting dalam sistem
kesihatan untuk perawatan pesakit. Darah hanya boleh didapati daripada
pendermaan sesama insan sahaja dan sehingga kini masih belum ada
bahan sintetik yang boleh menggantikan produk darah sepenuhnya. Secara
purata, Pusat Darah Negara memerlukan sebanyak 15,000-17,000 beg
darah dalam tempoh sebulan bagi menampung keperluan bekalan darah
bagi merawat pesakit yang memerlukan. Merujuk kepada Pertubuhan
Kesihatan Sedunia (WHO), sebanyak 11.7 pendermaan per 1000 penduduk
diperlukan untuk menderma darah bagi Negara-negara sedang
membangun. Budaya menderma darah secara berterusan adalah perlu untuk
memastikan darah yang selamat, berkualiti dan mencukupi dapat
dibekalkan kepada pesakit yang memerlukan.
apakah kegunaan darah
Keperluan darah yang mencukupi, selamat, dan berkualiti
adalah perlu bagi merawat pesakit yang memerlukan:
Pendarahan serius yang terjadi
disebabkan oleh kemalangan,
pembedahan major, komplikasi
semasa bersalin atau transplan
organ
Demam denggi berdarah
Anemia, seperti talasemia,
leukaemia, atau kanser
Mangsa kebakaran
Bayi peringkat neonatal yang
mengalami kekuningan yang teruk
Pesakit haemofilia
syarat asas penderma darah
Sihat tubuh badan
Berat badan 65 tahun dan ke atas
Tidur minimum 5 jam
Tiada masalah kesihatan
Telah mengambil makanan sebelum menderma darah
Pendermaan terakhir 3 bulan lepas
Bagi penderma wanita; tidak mengandung, tidak datang
haid, tidak menyusukan anak
Menetap di Malaysia sekurang-kurangnya 1 tahun bagi
warganegara
Tidak terlibat di dalam sebarang kegiatan berisiko tinggi
(Contoh: pengambilan dadah, bertukar-tukar pasangan
seks, hubungan sejenis
Membawa dokumen pengenalan diri (kad
pengenalan/pasport)
Objektif Program
Memberi kesedaran kepada warga Politeknik Tuanku
Syed Sirajuddin tentang kepentingan dan kebaikan
menderma darah
Melahirkan insan yang sayang kepada nyawa dan
sanggup tolong-menolong antara satu sama lain
Membantu mengatasi masalah kekurangan tabung
darah hospital kerajaan
Butiran Program
Nama Program – Kempen Derma Darah
Tema- 1 Beg Darah Mampu Menyelamatkan 3 Nyawa.
Anjuran – Pelajar Diploma Sains Kesetiausahaan
Dengan Kerjasama- Kementerian Kesihatan Malaysia
Kakitangan Hospital Tuanku Fauziah
Tarikh- 25 November 2022
Masa- 8.00 Pagi – 4.00 Petang
Tempat- Dewan Harumanis Politeknik Tuanku Syed
Sirajuddin
Bilangan Peserta– Peserta terdiri daripada 70 mahasiswa
dan mahasiswi Politeknik dari semester 2 hingga semester
5 serta 30 orang pensyarah politeknik serta kakitangan
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
TENTATIF PROGRAM
7.30 : Pendaftaran para peserta.
8.00 : Ketibaan para kakitangan dari Hospital Tuanku Fauziah.
8.45 : Ucapan kata aluan dari pengerusi majlis.
9.00 : Ucapan kata aluan oleh pengarah PTSS.
9.30 : Ceramah kesihatan dari pegawai kesihatan yang terlibat mengenai
kempen derma darah.
10.00 : Para peserta diajak untuk berkumpul melihat sudut pameran derma
darah yang disediakan.
10.30 : Program kempen derma darah bermula.
10.45 : Pembukaan saringan kesihatan buat kesemua peserta.
11.00 : Sesi derma darah berlangsung.
1.00 : Makan tengah hari.
2.00 : Pemeriksaan kesihatan buat para peserta diteruskan.
4.00 : Penyampaian sijil dan program kempen derma darah tamat, bersurai.
BUTIRAN AKTIVITI
Aktiviti yang
dijalankan :
1) Ceramah derma darah oleh pegawai
perubatan Dr Rachel Teng
2) Pameran derma darah oleh Pegawai
kesihatan dan kakitangan Hospital Tuanku
Fauziah
GAMBAR AKTIVITI
PROGRAM
SENARAI JAWATANKUASA PROGRAM
KEMPEN DERMA DARAH
Ketua Pengarah Program
Encik Abdul Malik bin Hassan
Pensyarah Penasihat
Puan Asmiza binti Othman
Naib Pengerusi
Nurin Natasya binti Mohd Riduan
Setiausaha
Nurul Hanis Ainy binti Abd Hanapi
Bendahari
Mahirah Ameerah binti Abdullah
BIRO
Persiapan Tempat
Nurul Umairah binti Hamdan
Makanan & Minuman
Nurul Asmida binti Amzi
Kaunter
Nur Amira binti Othman
Sijil
Nur Shidah binti Amri
JAWATANKUASA AKTIVITI
AJK URUS SETIA AJK KESIHATAN
Nor Azlin binti Ismail Muhammad Rozairy bin
Elyana Amirah Rozairy Abd Halim
Ahmad Ammar bin Azwan
Shahisan bin Shah Rizal
AJK JAMUAN
AJK PA SISTEM
Anayra binti Ahmad
Syazwana binti Ahmad Muhammad Zhariff bin Jamil
Ainur Nor Rosmaira
Muhammad Alif
AJK JURUGAMBAR
AJK MULTIMEDIA
Nurnilam Sari binti Ismail
Ahmad Mustaqim Amirah Qarieyna binti
Nurul Aini Azwan
PENGHARGAAN
Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih tidak terhingga
kepada semua pegawai kesihatan, kakitangan Hospital Tuanku
Fauziah, Jabatan Kesihatan Negeri Perlis, Ketua Pengarah
Program Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Pensyarah, Jabatan
Perdagangan serta semua peserta yang terlibat secara langsung
dan tidak langsung dalam menjayakan program Kempen Derma
Darah ajuran pelajar DSK4 pada tahun 2022.