The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurinnatasya.wan, 2021-05-23 05:50:11

EMAJALAH ETIKA PDF BARU

EMAJALAH ETIKA PDF BARU

NAMA PENSYARAH: MOHD AZLI BIN ADNAN
NAMA PELAJAR DAN NO MATRIK

SITI NUR MASHITAH BINTI MOHD PUZI (18DSK20F2008)
SOFIA NUR ALISHA BINTI SOPHAN (18DSK20F2032)

NURIN NATASYA BINTI MOHD RIDUAN (18DSK20F2018)

PERISTIWA BERDARAH 13 MEI 1969 MENJADI DETIK HITAM DALAM SEJARAH
PERPADUAN DI MALAYSIA. APAKAH PENGAJARAN DARIPADA PERISTIWA TERSEBUT

YANG BOLEH DIJADIKAN LANGKAH-LANGKAH MENYUBURKAN PERPADUAN DI
MALAYSIA.

1. Mengetahui perjalanan kisah berlakunya peristiwa
13 Mei 1969.
2.Mengetahui iktibar yang menjadi pengajaran
kepada negara setelah tragedi 13 Mei 1969 dan
menyenaraikan langkah-langkah bagi menyuburkan
perpaduan di Malaysia.
3. Membuat kesimpulan daripada keseluruhan
tragedi berdarah 13 Mei 1969.

Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 ialah insiden rusuhan kaum yang berlaku dan
merupakan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini telah meragut
nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan Pilihan Raya
Umum 10 Mei 1969 dan merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia.
Peristiwa ini merupakan satu tragedi berdarah yang banyak meninggalkan kesan

terhadap politik, ekonomi, dan sosial masyarakat Malaysia. Peristiwa ini
sememangnya bukan suatu peristiwa yang berlaku secara tiba-tiba atau kerana sebab-
sebab atau peristiwa yang telah berlaku sebelumnya. Kesan pendudukan Jepun di di
Tanah Melayu merupakan salah satu faktor yang turut menyumbang kepada Peristiwa

13 Mei. Selain itu, kesan peninggalan penjajah Inggeris juga boleh dilihat sebagai
punca kepada peristiwa tersebut. Dari sudut ekonomi Peristiwa 13 Mei, banyak
meninggalkan kesan negatif terhadap masyarakat Melayu khusunya dan golongan
bumiputra amnya. Keadaan ini merupakan suatu kesan yang nyata selepas penjajahan
British. Dasar ekonomi baru yang dirancang oleh kerajaan pada 1971 merupakan satu
usaha bertujuan untuk mengimbangi Kembali kedudukan ekonomi dan hubungan

antara kaum di Malaysia.

Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan sejarah hitam negara Malaysia iaitu rusuhan kaum.Rusuhan
kaum yang berlaku pada tarikh tersebut merupakan kemuncak kepada masalah perpaduan di
Malaysia.Peristiwa ini berkait rapat dengan Pilihan Raya Umum 1969.Semasa kempen pilihan raya
dijalankan,calon-calon pilihan raya dan ahli politik terutamanya dari parti pembangkang telah
membangkitkan soal-soal sensitif berkaitan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu),kedudukan
istimewa orang Melayu sebagai Bumiputera dan hak kerakyatan orang bukan Melayu.Hal ini
menyebabkan semangat perkauman antara kaum semakin menebal.
Parti Perikatan (UMNO-MCA-MIC) telah mengalami kekalahan yang teruk dalam Pilihan Raya
1969.
Punca berlakunya peristiwa hitam ini adalah perarakan kemenangan pihak
pembangkang.Penyokong-penyokong Parti Gerakan telah mengutuk dan menghina orang-orang
Melayu semasa mengadakan perarakan sekitar Kuala Lumpur.Ada yang mencaci dan mmeludah dari
atas lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan.
pada pagi 13 Mei 1969 UMNO telah mengadakan perarakan balas yang mengakibatkan terjadinya
peristiwa ini. orang melayu berkumpul dengn berbekalkan pedang dan parang panjang berlakunya
kejadian pembunuhan orang Melayu di Setapak. Antara kejadian berlaku ialah pembunuhan ,
dipancung , dibunuh . Rusuhan besar-besaran berlaku antara orang Melayu dan Cina .
Pasukan FRU dikeluarkan dari kampung Baru dan askar dari Rejimen Renjer ambil alih. Malangnya
pasukan ini yang terdiri daripada Melayu , Iban , Cina , India dan lain-lain turut menembak orang
Melayu dan menyebabkan orang melayu semakin marah.
Akhirnya, Rejimen Renjer digantikan dengan Askar Melayu. Beberapa bangunan rumah kedai
dibakar di sekitar Kampung Baru dan Jalan Tuanku Abdul Rahman. Pemuda-pemuda Cina dari
kongsi gelap telah bertindak mengepung Panggung Odeon, di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala
Lumpur. Ramai penonton Melayu yang mati di panggung tersebut.

Peristiwa berdarah rusuhan kaum paling dahsyat di negara ini pada 13 Mei 1969, perlu menjadi pengajaran
betapa pentingnya masyarakat berbilang kaum di negara ini untuk terus bersatu padu dan hidup harmoni.

Kita mestilah menanamkan semangat cinta akan Negara. Semua rakyat Malaysia perlulah mengamalkan semangat
cinta akan Negara. Rakyat yang cinta akan Negara tidak akan melakukan mana-mana perlakuan yang merosakkan
nama atau imej Negara. Rakyat yang cinta akan Negara seharusnya tidak melibatkan diri dalam pergaduhan ataupun

rusuhan..

Persefahaman antara politik amat penting dalam sesebuah Negara. Semua parti-parti politik mencari kesalahan serta
menuduh antara satu sama lain untuk kepentingan parti masing-masing dan membuat perhimpunan ssesama ahli.
Parti- parti politik sepatutnya tidak boleh mencari kesalahan antara satu sama lain kerana ia akan menjejaskan
ekonomi negara serta kepercayaan rakyat terhadap pemimpin dan ahli politik. Sesuatu keputusan yang akan dibuat

sepatutnya dibuat berdasarkan persetujuan dari semua pihak dan memberi keselesaan kepada rakyat.

Pada masa kini banyak perkara telah diwujudkan bagi menyuburkan perpaduan dalam setiap individu. Dengan
memupuk nilai-nilai perpaduan di dalam diri rakyat dan jangan membiarkan isu perkauman menjadi kanser dan barah

yang akan memakan perpaduan di antara masyarakat. Misalnya, pengajaran subjek Pendidikan Moral dan Sivik
Kewarganegaraan juga merupakan satu cara yang sangat berkesan untuk memupuk nilai perpaduan dari peringkat

sekolah dan ketika anak-anak masih kecil.

LANGKAH-LANGKAH
MENYUBURKAN PERPADUAN

DARI SEGI :
POLITIK

Pemimpin tidak Rakyat menghormati
membezakan darjat segala keputusan
yang dibuat oleh
atau pangkat pemimpin.
seseorang.
Pemimpin tidak
Pemimpin berlaku adil bersikap pilih kasih
bagi memajukan kepada kaum-kaum
sesebuah negara.
tertentu.

INDIVIDU

Memahami dengan Menghargai
lebih mendalam serta perjuangan pemimpin
mengambil tahu hal
terdahulu yang rela
yang berkaitan berkorban untuk
sejarah-sejarah yang
menjaga keamanan
lalu. negara ini.

Menerapkan nilai murni
dan semangat cinta akan

negara dalam diri
masing-masing agar
saying akan negara.

SOSIAL

Saling tolong-menolong antara kaum untuk sama-sama
hidup dalam persekitaran yang sihat dan aman
Makmur.

Mewujudkan rukun tetangga dalam pelbagai institusi
yang melibatkan pelbagai jenis agama dan bangsa.

Mengadakan jamuan makan yang melibatkan semua kaum
agar dapat mengeratkan lagi hubungan di antara pelbagai

kaum, agama dan budaya.

EKONOMI

Rakyat Malaysia akan mudah
mendapatkan sesuatu

pekerjaan kerana hubungan
yang baik antara kaum akan
mengukuhkan ekonomi negara.

Anak muda akan mendapat
pekerjaan yang tetap dan
akan mempunyai kehidupan

yang stabil.

PENDIDIKAN

Guru-guru memupuk pelajar dengan nilai-nilai murni dan
perpaduan di awal usia agar dapat menghayati, mengenali

dan memahami perihal negara.

Para tenaga pengajar lebih menekankan subjek yang
menceritakan tentang perihal sejarah-sejarah yang lalu

seperti subjek Sejarah dan Sivik.

K

E Perpaduan kaum adalah matlamat

S penting yang ingin dicapai oleh semua
I
M negara termasuk Malaysia. Perkara ini

P amat penting kerana tanpa perpaduan

U sesebuah negara akan menjadi lemah,
L
A sukar untuk dibangunkan dan mudah

N diancam sama ada oleh kuasa luar

ataupun pergolakan dalam negara sendiri.

Syukur Alhamdulillah dan setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat
ilahi kerana dengan izin kurnianya kami dapat menyempurnakan tugasan bagi

kod subjek Etika dan Peradaban (MPU21032) ini dengan jayanya.
Dengan kesempatan yang ada ini kami amat berbesar hati untuk
menghadiahkan jutaan terima kasih kepada Encik Azli bin Adnan ,selaku
Pensyarah Etika kerana telah meletakkan sepenuh kepercayaan beliau kepada

kami untuk melunaskan tugasan yang diberikan.
Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang

tidak putus-putus dalam usaha membantu menyempurnakan tugasan ini
terutamanya kepada pensyarah kami Encik Azli bin Adnan atas budi bicara
beliau dalam memberi tunjuk ajar sepanjang masa tugasan ini dijalankan.
Selain itu, kami turut berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan

kerana telah banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi
merealisasikan usaha menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya. Sekian,

terima kasih.

RUJUKAN

• https://en.wikipedia.org/wiki/13_May_incident
• https://www.sinarharian.com.my/article/27800/BERITA/Nasional/Peristiwa-13-Mei-Pengajaran-perlunya-

masyarakat-bersatu-padu
• http://amyliashameera.blogspot.com/2015/03/peristiwa-13-mei.html
• http://amyliashameera.blogspot.com/2015/03/peristiwa-13-mei.html
• https://pages.malaysiakini.com/may13/my/
• https://www.astroawani.com/berita-malaysia/13-mei-jadi-bahan-bualan-laman-sosial-14069


Click to View FlipBook Version