The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mazlaina, 2022-12-04 06:35:13

ULANG KAJI

ULANG KAJI BM

ULANG KAJI
BAHASA MELAYU

Golongan Kata terbahagi kepada :
1. Kata Nama
2. Kata Kerja
3. Kata Adjektif
4. Kata Tugas

KATA NAMA

Kata Nama Am
a)Konkrit-(Konsep kebendaan-kambing, sungai, jambatan, pekerja)
b)Abstrak-(Konsep mujarad-mimpi, idaman, perpaduan, kemerdekaan)

Kata Nama Khas
a) Hidup-(manusia-Anita, Badrul, Vasugi, P. Ramlee)

Hidup-(bukan manusia-Tompok, Pak Belang, Sang Rangkak)
b)Tak Hidup-Kangar, Ipoh, Kepala Batas, Cameron Highland)

Kata Ganti Nama
a) tunjuk (umum – ini, itu)

tunjuk (tempat – sini, situ, sana)
b) diri (tanya – siapa, apa, mana)

orang (pertama – aku, saya, beta, patik, kami, kita)
orang (kedua – saudara, kamu, engkau, tuanku, anda)
orang (ketiga – ia, dia, beliau, mereka, -nya)

KATA KERJA

(i)Kata Kerja Transitif
a) aktif (membeli, melihat, memasukkan, mengabaikan,
memperisteri)
b) pasif (dibeli, dilihat, dimasukkan, diabaikan, diperisteri)

(ii) kata kerja tak transitif
a) tak berpelengkap (bangun, tersenyum, berjalan, melancong,
tidur, meninggi)
b) berpelengkap (beransur, tinggal, menjadi. berselimutkan,
berbantalkan )

KATA ADJEKTIF

Subgolongan kata adjektif:
a) sifatan (baik, sihat, segar, layu, tegap, sibuk, tenang)
b) warna (putih, biru, kuning, hijau, merah, ungu, perang)
c) ukuran (panjang, pendek, nipis, cetek, kecil, tohor)
d) bentuk (bulat, bundar, leper, bujur, lonjong)
e) pancaindera (rasa – sedap, manis, masam, kelat, tawar)

(pandang – cantik, molek, hodoh, ayu, buruk)
(dengar – merdu, mersik, nyaring, bising)
(bau – harum, wangi, busuk, hapak)
(sentuh – halus, licin, keras, kasar, lembut)
f) waktu (cepat, spontan, lewat, lambat, awal)
g) cara (laju, deras, perlahan)
h) perasaan (rindu, geram, asyik, berahi, benci)
i) jarak (jauh, dekat, hampir, nyaris)

KATA TUGAS

Subgolongan kata tugas:
a) kata sendi nama (dari, dengan, di, ke, dalam)

b) kata hubung (dan, atau, kerana, bahawa, yang, tetapi)
c) kata seru (wah, amboi, aduh)
d) kata tanya (apa, siapa, bagaimana, bila)
d) kata perintah (sila, tolong, harap)
e) kata pangkal ayat (hatta, maka, syahadan)
f) kata bantu (akan, sudah, pernah, telah)
g) kata penguat (sangat, paling, nian, begitu, amat, sangat, sungguh)
h) kata penegas (juga, -lah, -tah, pun)
i) kata nafi (bukan, tidak)
j) kata pemeri (ialah, adalah)
k) kata pembenar (ya, benar, betul)
m) kata bilangan (dua, segala, masing-masing)
n) kata arah (atas, bawah, dalam)

KATA GANDA

KATA MAJMUK KATA MAJMUK MANTAP

SINTAKSIS

Azim baring di atas sofa sambil menonton televisyen.

SUBJEK : Azim
PREDIKAT: Baring di atas sofa sambil menonton televisyen.
POLA AYAT: Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK)
AYAT SONGSANG: Baring di atas sofa sambil menonton televisyen Azim.

Sambil menonton ytelevisyen, Azim baring di atas sofa.
CERAKINAN AYAT: 1. Azim baring di atas sofa.

2. Azim menonton televisyen.

Dia sangat cantik apabila berbaju kebaya pada malam itu.

SUBJEK : Dia
PREDIKAT: Sangat cantik apabila berbaju kebaya pada malam itu.
POLA AYAT: Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA)
AYAT SONGSANG: Pada malam itu, dia sangat cantik apabila berbaju kebaya.

Sangat cantik apabila berbaju kebaya dia pada malam itu.
CERAKINAN AYAT: 1. Dia sangat cantik pada malam itu.

2. Dia berbaju kebaya pada malam itu.

Asror ke sekolah setiap hari walaupun hujan.

SUBJEK : Asror
PREDIKAT: ke sekolah setiap hari walaupun hujan.
POLA AYAT: Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FSN)
AYAT SONGSANG: Walaupun hujan Asror ke sekolah setiap hari.

Setiap hari Asror ke sekolah walaupun hujan.
Ke sekolah setiap hari Asror walaupun hujan.
CERAKINAN AYAT: 1. Asror ke sekolah setiap hari.
2. Hari hujan.

.

S

Fatin seorang murid yang cemerlang dalam bidang akademik
dan kokurikulum.

SUBJEK : Fatin.
PREDIKAT: Seorang murid yang cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum.
POLA AYAT: Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN)
AYAT SONGSANG: - Dalam bidang akademik dan kokurikulum, Fatin seorang murid yang

cemerlang.
- Seorang murid yang cemerlang dalam bidang akademik dan

kokurikulum Fatin.
CERAKINAN AYAT: 1. Fatin seorang murid yang cemerlang dalam bidang akademik

2. Fatin seorang murid yang cemerlang dalam bidang kokurikulum.

.

Hafiz yang pendiam itu menunggang motosikal ke sekolah setiap hari.

SUBJEK : Hafiz yang pendiam itu.
PREDIKAT: Menunggang motosikal ke sekolah setiap hari.
POLA AYAT: Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK)
AYAT SONGSANG: - Setiap hari Hafiz yang pendiam itu menunggang motosikal ke sekolah.

- Setiap hari menunggang motosikal ke sekolah Hafiz yang pendiam itu.
- Ke sekolah Hafiz yang pendiam itu menunggang motosikal setiap hari .
- Menunggang motosikal ke sekolah setiap hari Hafiz yang pendiam itu.
CERAKINAN AYAT: 1. Hafiz menunggang motosikal ke sekolah setiap hari.
2. Hafiz itu pendiam.
Ayat pasif: Motosikal ditunggang oleh Hafiz yang pendiam itu ke sekolah setiap hari.

.

BAHASA MELAYU STANDARD

MENUKARKAN BAHASA MELAYU KLASIK KEPADA BAHASA MELAYU STANDARD







SEMOGA BERMANFAAT
SELAMAT MENGULANG KAJI

SEMOGA KALIAN
DAPAT MENJAWAB SOALAN DENGAN CEMERLANG.

-Cikgu Mazlaina-


Click to View FlipBook Version