The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nadiemasgold, 2021-10-27 07:49:53

Buku Program PIBG 2021 kali ke 45 & 46

Buku Program PIBG 2021

SK MUZAFFAR SYAH

FELDA AIR TAWAR 3,
KOTA TINGGI, JOHOR

MESYUARAT

AGUNG

PIBG

KALI KE-45 & 46

2019/2021-2021/2022

27 OKTOBER 2021

8.30 MALAM

KEDIAMAN MASING-MASING
(GOOGLE MEET)

Dirasmikan oleh:
En. Mohd Johari bin Abdul Rashid
(Pengurus Felda Air Tawar 3)

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA M/S
1 Tentatif Majlis 4
6
2 Kata-kata aluan Guru Besar 8
10
3 Kata-kata aluan YDP PIBG 12
14
4 Notis Majlis Mesyuarat Agung PIBG SKMS Kali ke 45 & 46 16
22
5 AJK Pengelola Majlis 25
27
6 AJK PIBG SKMS sesi 2019 / 2020

7 Minit Mesyuarat Agung PIBG SKMS Kali Ke-44

8 Penyata Kewangan PIBG

9 Usul

10 Pencalonan AJK PIBG SKMS sesi 2021/2022

2

TENTATIF MAJLIS

3

TENTATIF MAJLIS
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-45 & 46 /2021-2022

SK MUZAFFAR SYAH

8.15 malam : Pendaftaran Ibu Bapa melalui Aplikasi Google Form yang
8.30 malam diedar melalui ruangan Chat dalam Aplikasi Google Meet.
: Bacaan Doa
(Ustaz Khairur Rijal bin Mamat)

: Ucapan Yang Dipertua PIBG
(En. Talib bin A. Samat)

: Ucapan dan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PIBG kali ke
45 & 46 oleh Pengerusi Felda Air Tawar 3
(En. Mohd Johari bin Abdul Rashid)
: Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 45 & 46 bermula

: Majlis bersurai

4

KATA-KATA ALUAN
GURU BESAR

5

Secebis Rasa Seungkap Bicara

Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Muzaffar Syah,
Kota Tinggi, Johor.

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah s.w.t. kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya
dapat kita sama-sama berkumpul pada pagi yang mulia ini, sempena Majlis Mesyuarat Agung PIBG
kali ke-45 & 46 bagi SK Muzaffar Syah. Saya bagi pihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih.

Tidak lupa kepada ibu bapa dan penjaga kerana sudi hadir ke mesyuarat ini. Ibu bapa yang
hadir ke mesyuarat kali ini sebenarnya adalah ibu bapa yang cemerlang. Tahniah dan syabas saya
ucapkan. Di sini saya ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada YDP PIBG, Jawatankuasa
PIBG, guru-guru serta kakitangan sekolah kerana telah dapat merancang, mengelola dan seterusnya
melaksanakan mesyuarat ini. Terima kasih tidak terhingga daripada saya.

Sesungguhnya, majlis ini amat bermakna, di mana pihak sekolah dan ibu bapa dapat bertemu
untuk berbincang dan mencari kata sepakat, demi kepentingan dan masa depan anak-anak masing-
masing. Permuafakatan seumpama inilah yang menjadi kunci kejayaan PIBG dan sekolah.

Pelbagai usaha, inisiatif dan program telah dilakukan oleh pihak KPM dalam usaha pembinaan
insan yang dinamakan murid-murid ini, transformasi penilaian pada masa kini telah diperbaharui.
Pentaksiran sekolah telah ditukarkan kepada Pentaksiran Bilik Darjah.

Diharapkan tahun ini kepimpinan baharu Jawatankuasa PIBG dapat membantu pihak sekolah
meningkatkan kecemerlangan sekolah, memantapkan lagi hubungan guru bersama ibu bapa melalui
aktiviti anjuran bersama seperti Program Motivasi, Kecemerlangan UPSR, Sukan, Hari Anugerah
Sekolah dan sebagainya. Selain dari pencapaian di bidang akademik, diharapkan murid-murid sekolah
ini akan cemerlang dalam bidang-bidang lain. Terima kasih saya ucapkan kepada tuan-tuan dan puan-
puan semua kerana menghantar anak ke sekolah ini. Insya Allah kepercayaan dan keyakinan tuan-
tuan dan puan-puan terhadap guru-guru di sekolah ini dalam mendidik anak-anak tuan-tuan dan puan-
puan tidak akan dipersiakan dan didoakan murid-murid di sekolah ini akan dapat terus menempa
kejayaan yang lebih besar pada masa hadapan.

Terima Kasih.

………………………………………..
Pn. Fazilah bt Hassan
Guru Besar SK Muzaffar Syah
Kota Tinggi, Johor

6

KATA-KATA ALUAN
YDP PIBG

7

Secangkir Kopi Seulas Pinang

Yang Di-Pertua
PIBG SK Muzaffar Syah
Kota Tinggi, Johor.

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Pada hari ini kita berada di dalam negara yang aman dan makmur serta membangun dengan
pesatnya dan nikmat yang kita kecapi pada hari ini bukannya datang bergolek tanpa usaha dan ikhtiar
dari pelbagai pihak sama ada kita sedar ataupun tidak. Namun, Alhamdulillah kerana kemakmuran dan
kejayaan negara hari ini telah kita nikmati bersama.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Hasil kajian para bijak pandai, mendapati pendidikan merupakan perkara yang penting yang mampu
mengubah taraf hidup kita. Dengan adanya ilmu pengetahuan, kita juga mampu meningkatkan
keupayaan ekonomi, politik, sosial dan agama. Walaupun berbagai-bagai kemudahan yang telah
disediakan oleh kerajaan kepada kita, namun yang amat menyedihkan ialah pencapaian anak-anak
bangsa kita dalam pendidikan yang kurang memuaskan. Keadaan ini jika dibiarkan berterusan, sudah
pasti masa depan anak-anak bangsa kita tidak terjamin.

Dalam hal ini, ibu bapa perlu memainkan peranan penting untuk memastikan anak-anak
mendapat ilmu pendidikan yang sempurna. Ibubapa tidak boleh menyerahkan tanggungjawab mendidik
anak-anak 100% kepada pihak sekolah. Perlu kita sedar bahawa masa anak-anak di sekolah hanya 6
jam sehari manakala masa mereka di rumah dan dibawah pengawasan ibubapa adalah lebih baik
kurang 18 jam. Maka tidak wajarlah jika terus menuding jari menyalahkan guru-guru di sekolah jika
anak-anak kita tidak berjaya dalam pelajaran. Oleh itu, sebagai ibubapa hendaklah sentiasa memberi
kerjasama kepada pihak sekolah untuk kebaikan anak-anak.

Masanya belum terlambat untuk kita semua memperbaiki perkara ini. Harapan kita di masa-
masa akan datang ialah dapat melihat peratusan belia yang mampu untuk mencapai kecemerlangan.
Sepertimana yang kita sedia maklum, bahawa masalah sosial yang melanda para belia kita sudah
semakin runcing. Oleh itu, ibubapa mestilah mampu menerokai dunia global yang penuh cabaran ini.

Justeru itu, adalah diharapkan dengan adanya seminar ibubapa, belia dan beliawanis pada
hari ini, dapat memberikan kita sedikit sebanyak pengetahuan dan kesedaran tentang pentingnya
pendidikan dalam usaha membangun negara cemerlang. Akhir kata, sekali lagi saya mengucapkan
terima kasih atas kerjasama daripada semua pihak yang sentiasa memberi sokongan yang tidak
berbelah bahagi kepada PIBG dan pihak sekolah. Semoga usaha kita diberkati oleh Allah S.W.T.

Sekian, terima kasih.

Terima kasih

...................................................

En. Talib Bin A. Samat
Yang Di-Pertua,
Persatuan Ibu Bapa – Guru,
SK Muzaffar Syah,

Kota Tinggi,
Johor.

8

NOTIS MAJLIS MESYUARAT
AGUNG PIBG SKMS
KALI KE 45 & 46



9

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU, Tel : 07-8932878
Faks: 07-8933317
SEKOLAH KEBANGSAAN MUZAFFAR SYAH, Email: [email protected]

PETI SURAT 58,

81907 KOTA TINGGI,
JOHOR DARUL TA’ZIM.

__________________________________________________________________________________________
Ruj. Kami : SKMS.100 – 13/1/4

Tarikh : 7 Oktober 2021

Kepada:

Ibu Bapa / Penjaga Murid,
SK Muzaffar Syah,
Kota Tinggi,
Johor.

Tuan/Puan,

MESYUARAT AGUNG PIBG SK MUZAFFAR SYAH KALI KE-45 & 46 SESI 2019/2020 & 2021/2022

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa perkara di atas adalah dirujuk.

2. Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-45 & 46 bagi sesi 2019/2020 & 2021/2022 akan diadakan
mengikut ketetapan berikut:

Tarikh : 27 Oktober 2021
Hari : Rabu
Masa : 8.30 malam
Tempat : Kediaman masing-masing (Google Meet)

3. Berikut merupakan agenda mesyuarat,

3.1 Ucapan YDP PIBG sesi 2018-2019
3.2 Ucapan Guru Besar
3.2 Bentang dan menerima Minit Mesyuarat Agung sesi 2018-2019
3.3 Membentang dan menerima laporan tahunan
3.4 Bentang, menerima dan meluluskan Penyata Kewangan berakhir 31 Dis.
3.5 Hal-hal lain

- Pembubaran AJK PIBG sesi 2018-2019 dan pelantikan AJK PIBG sesi 2019-2020 &
2021-2022

3.6 Pembentangan usul
3.7 Hal-hal lain
3.8 Ucapan Penangguhan.

4. Sehubungan dengan itu tuan / puan diminta mengemukakan usul melalui pautan Google Form
yang disediakan pada 12 Oktober sehingga 14 Oktober 2021.

Sekian untuk makluman dan tindakan pihak tuan/puan.

Terima kasih

“PIBG MENJANA KECEMERLANGAN”

Saya yang menjalankan amanah,

(TALIB B. A SAMAT)

Yang Di Pertua
Persatuan Ibu Bapa – Guru
Sk Muzaffar Syah.

10

AJK PENGELOLA MAJLIS

11

JAWATANKUASA PENGELOLA
MAJLIS MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-46 & 47

TAHUN 2020/2021 & 2021/2022

HARI : 27 OKTOBER 2O21
TARIKH : RABU
MASA : 8.30 MALAM
LOKASI : KEDIAMAN MASING-MASING
PELANTAR : GOOGLE MEET

PENGERUSI : PN. FAZILAH BT HASSAN
TIMBALAN PENGERUSI ( GURU BESAR )
NAIB PENGERUSI 1
: EN. TALIB B A. SAMAT
NAIB PENGERUSI 2 ( YDP PIBG )
NAIB PENGERUSI 3
SETIAUSAHA : PN. JULAILA BT SELAMAT
PENYELARAS ( GPK KURIKULUM )
BENDAHARI
: EN. HASNI B SHARIFF
( NYDP PIBG )

: PN. NORLIZAH BT BASRI
( GPK HEM )

: EN. BAHARUDDIN BIN AZIZ
( GPK KOKURIKULUM )

: EN. MUHAMMAD IFTITAH BIN MUSTAFA
( SETIAUSAHA PIBG )

: PN. ZUNAIDAH BINTI NASIR
: EN. MOHD AZMI B AYOB

JEMPUTAN LATAR
En. Muhammad Iftitah bin Mustafa En. Zaini Mohd Bakry Bin Zulkifli
En. Zul Hylmie bin Salim
SLAID/MONTAJ
SAMBUTAN DAN PROTOKOL En. Zaini Mohd Bakry Bin Zulkifli
En. Muhammad Iftitah bin Mustafa
Pn. Zunaidah binti Nasir BACAAN DOA
Ustaz Khairur Rijal Bin Mamat
BUKU PROGRAM
Cik Adibah binti Ismail
Pn. Nadia Zuleikha Binti Johari

PENDAFTARAN
En. Muhammad Shafiq b Sayuti

USUL
Ustaz Liman Bin Hashim

PENCATAT
Pn. Rosmayati Binti Sonip
Pn. Noor Nazihah bt Sharif

DOKUMENTASI / TEKNIKAL
En. Mohd Kamil bin Md Sanuri (teknikal)
En. Mohamad Shahril Hakim b Mohamad Mastor
(Fotografi)

12

AJK PIBG SKMS SESI 2019 / 2020

13

AHLI JAWATANKUASA
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

SK MUZAFFAR SYAH 2019 / 2020

EX-OFFICIO : PN. FAZILAH BINTI HASSAN
(GURU BESAR SK MUZAFFAR SYAH)
YANG DIPERTUA
NAIB YANG DIPERTUA : EN. TALIB BIN A. SAMAT
SETIAUSAHA
NAIB SETIAUSAHA : EN. HASNI BIN SHARIFF
BENDAHARI
AJK IBU BAPA : EN. MUHAMMAD IFTITAH BIN MUSTAFA

AJK GURU : : CIK NURHIDAYAH BINTI OTHMAN

: EN. MOHD AZMI BIN AYOB

:
1. EN. RAMLAN BIN MERSADI
2. EN. NASHARUDDIN BIN MOHD SHAH
3. EN. RAFIE BIN SALIM
4. PN. SALINDA BT. MOHD SARIP
5. PN. NORAIN BT. DOLLAH
6. PN. SALMAH BINTI MU’TI
7. PN. HASNAH BINTI ABU SEMAN
8. PN. SITI HAJAR BINTI IBRAHIM
9. EN. MOHD YAZID BIN BASRI
10. PN. NOR AZIZAH BINTI YAHYA

1. EN. LIMAN BIN HASHIM
2. EN. KHAIRUR RIJAL BIN MAMAT
3. EN. ABDUL RAHIM BIN MOHD SALIH
4. PN. ZUNAIDAH BINTI NASIR
5. PN. ROSMAYATI BINTI SONIP
6. PN. NADIA ZULEIKHA BINTI JOHARI
7. PN. NOOR NAZIHAH BT. SHARIF
8. PN. NORASHIKIN BINTI MD ZAINI

PEMERIKSA KIRA-KIRA : PN. NOR AZIZAH BINTI YAHYA
BIRO DATA : PN. NORAIN BINTI DOLLAH

14

MINIT MESYUARAT AGUNG
PIBG KALI
KE-44/2019

15

SEKOLAH KEBANGSAAN MUZAFFAR SYAH, KOTA TINGGI.

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-44

Tarikh : 17 Februari 2019

Masa : 11.00 pagi

Tempat : Dewan Tun Sri Lanang

Pengerusi : En. Talib Bin A Samat
(YDP PIBG SK Muzaffar Syah sesi 2018/2019)

Kehadiran : 153 orang

Turut Hadir : YB Tuan Haji Rosleli Bin Jahari
(Adun Johor Lama)

1. UCAPAN ALU-ALUAN GURU BESAR

1.1 Pn.Normah bt Haron menyampaikan hasrat seperti yang terkandung dalam
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Sehubungan
dengan itu bagi memastikan agenda KPM ini tercapai, keselarian dasar
pendidikan dan pelaksanaannya perlu diberi perhatian oleh semua guru dan juga
ibu bapa bagi membangunkan modal insan dan kemenjadian murid. Puan
Normah mengalu alukan kehadiran ibu bapa ke sekolah jika ada perkara-perkara
berbangkit dan seterusnya memperkasa dan memantapkan sarana sekolah.
Selain itu, Puan Normah turut memberi penekanan dan menyentuh terhadap
dasar KPM yang lain. Antaranya ialah:

I. Intipati Ucapan Perutusan Tahun Baharu 2019 KPM
II. 12 Inisiatif baharu KPM 2019
III. Pemansuhan amalan peperiksaan bagi murid tahap 1
IV. Pembelajaran Abad Ke-21 termasuk Kurikulum Standard Sekolah Rendah

(KSSR) / Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dan Penguasaan
elemen KBAT
V. Science, Technology. Engineering dan Mathematics (STEM) dan
VI. Revolusi Industri (RI) 4.0

2. PERUTUSAN YDP PIBG Sesi 2018/2019:

2.1 En. Talib mengucapkan selamat datang dan terima kasih atas kesudian ibu bapa
meluangkan masa untuk menghadiri Mesyuarat Agung PIBG SK Muzaffar Syah kali
ke 44 pada hari ini. Beliau juga berharap agar memberi kerjasama dalam majlis ini.
Selain itu PIBG dan sekolah akan bekerjasama mengorak langkah bersama menjana
dan ada juga membantu sekolah melahirkan murid kelas pertama. Yang Dipertua
PIBG juga memohon supaya semua yang hadir pada hari ini memilih AJK PIBG Sesi
2019/2020 dengan bijaksana.

Tindakan : Yang Dipertua PIBG

16

3 UCAPAN PERASMIAN OLEH TN. HJ ROSLELI BIN JAHARI, ADUN
JOHOR LAMA, KOTA TINGGI.

3.1 Tn. Hj Rosleli, selaku Adun Johor Lama mengucapakan tahniah kepada warga
SK Muzaffar Syah kerana telah berjaya mencipta kejayaan yang amat cemerlang
dalam pelbagai bidang. Selain itu juga, beliau menekankan peranan ibubapa dan
guru dalam pembangunan anak-anak terutamanya di sekolah. Menurut beliau, PIBG
adalah medan terbaik untuk perbincangan antara pihak sekolah dan juga pihak
ibubapa. Sebagaimana mengakhiri ucapan beliau mengucapkan tahniah diatas
kehadiran ibu bapa ke mesyuarat dan seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung
PIBG SK Muzaffar Syah kali ke-44.

Tindakan : Semua Hadirin

4 PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT AGUNG DAN
LAPORAN KEWANGAN PIBG.

4.1 PEMBENTANGAN MINIT MESYUARAT AGUNG
Selaku setiausaha PIBG, En. Muhammad Iftitah Bin Mustafa membentangkan Minit
Mesyuarat Agung Kali ke – 43.

Tindakan : En. Muhammad Iftitah Bin Mustafa

Seterusnya Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-43 disahkan.

Tindakan:
Dicadangkan oleh En. Rafie B. Salim
Disokong oleh En. Zaharuddin B. Yahya.

4.2 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

- Tiada perkara berbangkit.

4.3 PEMBENTANGAN LAPORAN PENYATA KEWANGAN

Selaku bendahari PIBG iaitu En.Mohd Azmi bin Ayob membentangkan laporan
penyata kewangan berakhir Disember 2018.

- Laporan Penyata kewangan telah disahkan.

Tindakan :

Dicadangkan oleh Pn. Surayah Muridan
Disokong oleh Pn. Nor Azizah Bt Yahya

17

5 5.1 PEMBUBARAN AJK PIBG SESI 2018/2019 DAN PELANTIKAN AJK BARU
BAGI SESI 2019/2020.

Selaku YDP PIBG, En.Talib B. A. Samad membubarkan jawatankuasa PIBG 2018
/2019 dan pengerusi sementara iaitu Pn. Julaila Bt. Selamat meneruskan pelantikan
AJK yang baru. Senarai AJK di kalangan guru telah sedia dilantik iaitu:

- Setiausaha : En. Muhammad Iftitah Bin Mustafa

- N/Setiauaha : Cik Siti Norhidayah binti Othman

- Bendahari : En Mohd Azmi bin Ayob

- AJK : En. Liman bin Hashim

En. Khairur Rijal bin Mamat

En. Abdul Rahim bin Mohd Salih

Pn. Zunaidah binti Nasir

Pn. Rosmayati binti Sonip

Pn. Nadia Zuleikha bt. Johari

Pn. Noor Nazihah Bt. Sharif

Pn. Norashikin binti Md. Zaini

Berikut nama-nama yang dicadangkan sebagai AJK PIBG sesi 2019 / 2020

Pelantikan YDP PIBG:

En. Nasharuddin b. Mohd Shah mencadangkan agar En.Talib B. A. Samat
dikekalkan.
Pn. Surayah Muridan menyokong

Pelantikan NYDP :
En. Nasharuddin b. Mohd Shah mencadangkan En. Hasni Bin Shariff
dikekalkan.
En. Ramlan b. Mersadi menyokong

Pelantikan AJK dalam kalangan ibu bapa:
1. En. Ramlan bin Mersadi
2. En. Nasharuddin b. Mohd Shah
3. En. Rafie b. Salim
4. Pn. Salinda bt. Mohd Sarip
5. Pn. Salmah bt. Mu’ti
6. Pn. Norain bt. Dollah
7. Pn. Hasnah bt. Abu Seman
8. Pn. Siti Hajar bt. Ibrahim
9. En. Mohd Yazid b. Basri
10. Pn. Nor Azizah Binti Yahya

Pemeriksa kira-kira : Pn. Nor Azizah Binti Yahya
Biro data : Pn. Norain bt.Dollah

Mesyuarat dengan sebulat suara bersetuju melantik individu diatas sebagai AJK
PIBG bagi sesi 2019/2020 berkuat kuasa 1 April 2019.

18

6 PEMBENTANGAN USUL-USUL

1. Memohon agar kelengkapan persekolahan diberikan di awal persekolahan
seperti baju sukan dan tali leher.

2. Pn. Normah menyatakan bahawa pihak sekolah akan memaklumkan kepada
pihak pembekal kerana kelewatan berpunca kelewatan dari pembekal.

3. Kumpulan “Whatsapp” kelas hanyalah berkaitan pembelajaran anak-anak
dan bukannya jualan atau iklan oleh ibu bapa.

4. Encik Nasharuddin memohon agar menjaga adab dan tutur kata tatkala
berbicara di dalam kumpulan tersebut. Beliau juga turut mencadangkan agar
hanya guru sahaja yang berhak dijadikan sebagai admin kumpulan
“Whatsapp” untuk tujuan rasmi group berkenaan.

5. Diharapkan agar pengawal keselamatan sekolah menjalankan tugas
terutamanya ketika waktu murid pulang.

6. Puan Normah menyatakan bahawa, urusan berkenaan dengan pihak
keselamatan akan dibawa ke satu sesi perbincangan bersama dengan pihak
kontraktor.

7. Mencadangkan agar ujian penilaian keatas murid-murid tahap 1 supaya ibu
bapa boleh mengetahui tahap perkembangan anak-anak.

8. Puan Normah menyatakan bahawa, dasar pendidikan terkini menyatakan
bahawa tiada peperiksaan bagi murid tahap 1 dan diganti dengan pektaksiran
pelbagai bentuk sama ada formatif dan sebagainya. Pelaporan akan
diberikan kepada ibu bapa sebagai makluman terhadap perkembangan anak-
anak.

9. Mencadangkan agar diadakan “Hari Bahasa Inggeris & Hari Ibu Bapa, guru
dan murid”.

10. Program pemantapan Bahasa Inggeris telahpun dijalankan mengikut giliran
secara mingguan oleh Panitia Bahasa Inggeris bersama dengan panitia lain.
Satu sesi perbincangan akademik antara guru dan ibu bapa akan diadakan
sebaik sahaja selesai ujian penggal persekolahan.

11. Diharapkan agar pihak kantin dapat variasikan menu dan pamerkan harga
makanan serta membuat satu ketetapan harga yang berpatutan bagi murid
sekolah rendah.

12. Puan Normah menyatakan bahawa, pihak sekolah akan berurusan dengan
pengusaha kantin untuk tujuan berkenaan.

.
Tindakan: Guru dan ibu bapa

19

7 HAL-HAL LAIN

1. Ahli mesyuarat sebulat suara bersetuju agar bayaran bagi tahun ini
dikekalkan sebanyak RM40.

2. En. Taufiq mencadangkan agar sekiranya sesuatu program itu hendak
dilaksanakan di luar, maka pemilihan lokasinya biarlah bersesuaian
agar ibu bapa yang hadir fokus terhadap ibu bapa yang hadir.

3. En. Muhammad Iftitah Bin Mustafa memberikan respon bahawa
program yang dirangka di luar adalah merupakan salah satu jalinan
kolaboratif antara pihak sekolah dan juga agensi luar.

4. Satu ketetapan telah dibuat oleh pihak sekolah yang menyatakan
bahawa, bagi tahun ini segala program wajib dibawah kelolaan
prasekolah akan dilaksanakan di dalam sekolah.

PENUTUP

Yang Dipertua PIBG sesi 2018/2019 amat berharap agar semua AJK PIBG Sesi
2018/2019 akan menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan bermatlamat untuk
membangunkan SK Muzaffar Syah demi kecemerlangan akademik anak-anak warga
Muzaffar Syah khususnya dan pendidikan amnya. Beliau juga amat berharap agar semua ahli
dapat memberikan kerjasama dalam menjalankan semua aktiviti PIBG demi kebaikan
bersama

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.30 tengahari.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

(Muhammad Iftitah Bin Mustafa) (En, Talib Bin A. Samat)
Setiausaha, Yang Dipertua,
Persatuan Ibu Bapa Dan Guru Persatuan Ibu Bapa Dan
Guru
Sk Muzaffar Syah Sk Muzaffar Syah

20 Februari 2019 20 Februari 2019

20

PENYATA
KEWANGAN

PIBG

21

22

23

USUL

24

USUL

BIL CADANGAN / USUL NAMA PENJAGA
Noorhana Binti Kamiran
1. Sekolah selang seli dan pulang awal dari
sekolah

2. Mohon jasa baik guru-guru SKMS untuk Nur Khairul Azwa
mengurangkan matapelajaran pdpr
daripada 5 subjek kepada 3 subjek dalam
sehari.

3. Saya mencadangkan setiap laluan murid Janariah binti Ismail
tolong tampalkan sticker tentang norma
baru ni maksudnya didalam sticker
tersebut ada tulis guna penutup
mulut,guna hand Sanitizer dan penjarakan
tetapi diolah dengan gambar yg menarik
supaya murid hendak membacanya dan
mengamalkannya terutama murid tahap 1.

4. Mohon agar dikurangkan yuran PIBG Norhidayah binti Sunny

25

PENCALONAN AHLI
JAWATANKUASA PIBG
SK MUZAFFAR SYAH

SESI 2020 - 2021 &
2021 - 2022

26

PENCALONAN AHLI JAWATANKUASA PIBG
SK MUZAFFAR SYAH SESI 2020- 2021 & 2021-2022

PENASIHAT : PN FAZILAH BT HASSAN
(GURU BESAR SKMS)

YANG DIPERTUA : ___________________________

NAIB YANG DIPERTUA : ___________________________

SETIAUSAHA : EN. MUHAMMAD IFTITAH BIN MUSTAFA

BENDAHARI : EN MOHD AZMI B AYOB

AHLI JAWATANKUASA : ___________________________
IBU BAPA ___________________________

___________________________

___________________________

AHLI JAWATANKUASA ___________________________
GURU : ___________________________

___________________________

___________________________

___________________________

___________________________

PEMERIKSA KIRA-KIRA : ___________________________

___________________________

PENYELARAS SARANA: EN. ZUL HYLMIE BIN SALIM

27

SEKALUNG BUDI

Pengerusi dan AJK Pengelola
Mesyuarat Agung PIBG SK Muzaffar Syah Kali Ke-45 & 46
mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih

kepada:

En. Mohd Johari bin Abdul Rashid
Pengurus Felda Air Tawar 3
En. Abdul Razak bin A. Majid

Ketua Kampung Felda Air Tawar 3
Pn. Hjh Fatimah binti Abd Kadir
Pengerusi GPW Felda Air Tawar 3

En. Mohd Saifuddin bin Yahya
Pengerusi MBFM Felda Air tawar 3

En. Ramlan bin Mersadi
Pengerusi KAF Felda Air Tawar 3

AJK PIBG SK Muzaffar Syah

Semua Staf Akademik dan Sokongan SK Muzaffar Syah
Semua pihak yang memberikan sumbangan
tenaga dan wang ringgit
demi menjayakan
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-45 & 46.

28

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

SK MUZAFFAR SYAH
81900 KOTA TINGGI
JOHOR DARUL TAKZIM

29


Click to View FlipBook Version