The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by noranismohdali, 2021-05-03 11:58:56

SMKA YAN BANDAR TEKNOLOGI HIJAU

E-BROUSHER

SMK AGAMA YAN

SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN
06900 YAN, KEDAH DARUL AMAN

email : : [email protected]
Telefon : 04-4657366 Faks : 04-4659253

PERTANDINGAN
e-MODEL BANDAR
TEKNOLOGI HIJAU
PERINGKAT KEBANGSAAN

2021

Nama Peserta:
Filzah Maisarah Binti Abd Ghani
Mirza Dafinah Binti Mohd Muzamir
Siti Aisyah Binti Mohd Basri

Nama guru pembimbing:
Puan Noranis Binti Mohd Ali

Dimensi saiz Model Bandar Teknologi Hijau

Tinggi Panjang
50 cm 150 cm

Lebar
100 cm

Definasi Bandar Teknologi Hijau

Merujuk kepada pembangunan, aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk
memelihara alam sekitar. Selain itu, juga dapat mengurangkan kesan negatif
terhadap aktiviti manusia

Objektif pertandingan :

1. Menghasilkan sebuah model Bandar terancang yang mengaplikasikan konsep
Teknologi Hijau.

2. Mengaplikasikan teknologi yang mesra alam dan lebih rendah kadar
pembebasan karbon ke udara dalam bandar teknologi hijau sebagai salah
satu cara dan penyelesaian dalam melestarikan alam sekitar.

Reka bentuk sebuah bandar terancang perlu menerapkan
sektor-sektor teknologi hijau iaitu :
1. Tenaga
2. Bangunan
3. Pengurusan sisa dan sisa air
4. Industri
5. Pengangkutan
6. Pertanian dan perhutanan
7. Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)
8. Kesihatan dan perkhidmatan asas

1. SEKTOR TENAGA

1. Terdapat tiga sumber tenaga boleh baharu dalam bandar
iaitu tenaga angin, tenaga solar dan
tenaga biojisim.

2. Tenaga boleh baharu ini dikenali sebagai
“tenaga hijau” kerana tidak mencemarkan udara dan air.

3. Tenaga yang dijana akan disalurkan untuk kegunaan bandar.

2. SEKTOR BANGUNAN

1. Bangunan mempunyai banyak tingkap.
Ini dapat mengurangkan penggunaan tenaga elektrik disebabkan
penggunaan cahaya semulajadi iaitu cahaya matahari.

2. Bahan binaan bangunan menggunakan bahan-bahan penebat haba (kayu,
jerami dan tanah seramik) iaitu pada struktur dinding, lantai dan bumbung.
Ini dapat menjimatkan penggunaan tenaga elektrik bagi penggunaan kipas
dan penyaman udara.

3. SEKTOR PENGURUSAN SISA DAN SISA AIR.

1. Sisa domestik disalurkan kepada loji pembersihan air untuk diproses
semula, dirawat dan diguna semula.

2. Sisa pepejal seperti plastik, logam, kaca dan kertas
akan diasingkan mengikut kategori dan dikitar semula
mengaplikasikan konsep 3R (Reduce, reuse, recycle).

3. Sisa makanan akan dijadikan baja kompos untuk
pertanian.

4. SEKTOR INDUSTRI

1. Tenaga yang digunakan untuk sector industri dibekalkan oleh tenaga boleh
diperbaharui yang dijana oleh bandar ini sendiri.

2. Bagi meminimakan pembebasan gas rumah hijau, kilang-kilang di bandar ini
dilengkapi cerobong asap yang mempunyai penapis untuk menapis karbon
dioksida, sulphur dioksida dan oksida nitrogen yang dibebaskan oleh kilang-
kilang.

3. Kedudukan kilang berhampiran dengan hutan simpan supaya kitar oksigen
dan kitar karbon seimbang.

5. SEKTOR PENGANGKUTAN

1. Pengangkutan awam bagi mengurangkan penggunaan bahan api minyak dan
mengurangkan pencemaran udara.

2. Dilengkapi dengan LRT yang menghubungkan bangunan-bangunan dalam
bandar.

3. Kereta perkhidmatan menggunakan diesel bagi mengurangkan pengeluaran
gas rumah hijau.

4. Penduduk bandar mengamalkan ‘carpool,
berbasikal dan berjalan kaki kerana murah,
selamat, selesa dan mengurangkan pencemaran.

5. Semua tempat di bandar ini dihubungkan
dengan jaringan jalanraya yang mudah dan
sistematik.

6. SEKTOR PERTANIAN DAN PERHUTANAN

1. Rumah fertigasi bagi mengelakkan penyakit bawaan tanah pada tanaman.
Rumah fertigasi ini mempunyai kawalan perairan dan pembajan secara
automatik. Penanaman dapat membekalkan sumber makanan bagi penduduk.

2. Penanaman pokok getah menyumbang kepada sektor industri terutama
industri perabut.

3. Penggunaan sungai dioptimakan dengan penternakan ikan air tawar bagi
meningkatkan sektor ekonomi.

7. SEKTOR TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT)

1. Bandar dilengkapi dengan kamera litar tertutup, CCTV yang diperbuat
daripada bahan kitar semula. (Contoh, plastik dan aluminium yang dikitar
semula dijadikan binaan badan CCTV).

2. Penggunaan computer dan alat komunikasi yang sudah rosak dikitar semula.
3. Bandar mengamalkan ICT Hijau iaitu mengurangkan penggunaan bahan

berbahaya, menjimatkan tenaga elektrik, memanjangkan jangka hayat
produk ICT.

8. SEKTOR KESIHATAN DAN PERKHIDMATAN

1. Bandar ini dilengkapi dengan hospital, balai polis, masjid, pusat rekreasi,
sekolah, pusat membeli belah, pusat komuniti, pejabat pentadbiran, pusat
perniagaan bagi memenuhi keperluan asas penduduk bandar.



SEKIAN
TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version