SK TAMAN INDAHPURA 2
JALAN SISIRAN 36/1,
TAMAN INDAHPURA,
81010 KULAI JOHOR
PANDUAN SESI PERSEKOLAHAN
SK TAMAN INDAHPURA 2
TAHUN 2022/2023
DISEDIAKAN OLEH:
UNIT HEM SK TAMAN INDAHPURA 2
1
SK TAMAN INDAHPURA 2
PANDUAN SESI PERSEKOLAHAN
SK TAMAN INDAHPURA 2
TAHUN 2022/2023
PENGENALAN
Panduan Sesi Persekolahan 2022/2023 ini adalah rujukan kepada ibu bapa/ penjaga yang
akan menghantar anak ke sekolah bermula 21 Mac 2022. Panduan ini disediakan
berpandukan garis panduan keselamatan pasca perintah kawalan pergerakan yang
dikeluarkan oleh badan berwajib yang berkenaan.
1. PANDUAN KESIHATAN ANAK
1.1. Sekiranya kanak-kanak adalah Person Under Investigation (PUI) di mana kanak-
kanak adalah merupakan kontak rapat kepada pesakit COVID-19, ibu bapa/ penjaga
bertanggungjawab memaklumkan kepada Guru Kelas / GPK HEM.
1.2. Sekiranya ada ibu bapa atau ahli keluarga yang duduk serumah tidak sihat dan
bergejala, anak perlu menjalani ujian saringan COVID-19 (ujian kendiri/ RTK di
klinik/ PCR) sebelum hadir ke sekolah.
1.3. Ibu bapa/ penjaga bertanggungjawab untuk mengambil dan membawa anak
mendapatkan rawatan dengan segera sekiranya menerima panggilan daripada Guru
Kelas / GPK HEM kerana anak tidak sihat/ bergejala.
1.4. Ibu bapa/ penjaga perlu memastikan anak tidak mempunyai gejala tidak sihat seperti
demam (suhu melebihi 37.5℃), simptom “flu” seperti selsema, batuk, sakit tekak dan
kesukaran bernafas sebelum menghantar anak ke sekolah.
1.5. Ibu bapa/ penjaga perlu memaklumkan kepada Guru Kelas lebih awal sekiranya anak
tidak dapat hadir ke sekolah bagi memudahkan urusan merekod kehadiran dan
penyediaan makanan.
2. PANDUAN MENGHANTAR ANAK KE SEKOLAH
2.1. Anak telah dipastikan sihat sebelum dihantar ke sekolah.
2.2. Ibu bapa/ penjaga perlu menunggu giliran semasa menghantar anak.
2.3. Ibu bapa/penjaga perlu memastikan anak memakai pelitup muka apabila keluar dari
kenderaan dan membekalkan pelitup separuh muka tambahan (jika perlu).
2.4. Ibu bapa/penjaga wajib memakai pelitup muka apabila keluar dari kenderaan.
2.5. Ibu bapa/ penjaga TIDAK DIBENARKAN masuk ke dalam kawasan sekolah.
2.6. Ibu bapa/ penjaga hanya dibenarkan menunggu di pintu pagar ketika saringan suhu
dibuat kepada anak yang dihantar.
2.7. Ibu bapa/ penjaga perlu beredar segera sekiranya anak disahkan sihat. Ibubapa
hendaklah membawa anak pulang sekiranya didapati anak tidak sihat dan suhu anak
adalah 37.5℃ dan ke atas.
2.8. Ibu bapa/ penjaga TIDAK DIBENARKAN untuk berkumpul di luar kawasan
sekolah.
2
3. PANDUAN MENGAMBIL ANAK DI SEKOLAH
3.1. Ibu bapa/ penjaga wajib memakai pelitup muka apabila keluar dari kenderaan.
3.2. Ibu bapa/ penjaga hanya dibenarkan menunggu di pintu pagar ketika mengambil
anak.
3.3. Ibu bapa/ penjaga TIDAK DIBENARKAN masuk ke dalam kawasan sekolah.
3.4. Sila maklumkan kepada Guru Kelas/GPK HEM sekiranya anak akan dijemput oleh
orang lain ketika pulang.
4. PERALATAN TAMBAHAN ANAK DI SEKOLAH
4.1. Pelitup muka
4.2. Hand Sanitizer
4.3. Peralatan makan (sudu/garfu sendiri)
4.4 Tisu
5. PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP)
5.1. PdP Norma Baharu akan menekankan aspek keselamatan dan kesihatan.
5.2. Sesi persekolahan akan dilaksanakan seperti biasa.
5.3. Ruang pembelajaran anak-anak disusun mengikut SOP penjarakan yang telah
ditetapkan.
6. REHAT MURID
6.1. Makanan akan disediakan secara pra-tempahan dengan Guru Kelas.
6.2 Makanan disiapkan dan dibungkus oleh pihak kantin sekolah.
6.2. Murid-murid makan di meja masing-masing.
7. BEG SEKOLAH
7.1 Ibu bapa/penjaga perlu memastikan anak-anak menyusun buku di dalam beg sekolah
sehari sebelum dan mengikut jadual harian yang ditetapkan.
7.2 Buku jilid 2 (sekiranya ada) perlu diserahkan kepada guru mata pelajaran untuk
disimpan di sekolah.
7.3 Murid HANYA perlu membawa buku yang perlu dan diarahkan oleh guru mata
pelajaran sahaja.
3
SK TAMAN INDAHPURA 2
PEMAKAIAN BAJU DAN UNIFORM MURID
SEWAKTU SESI PERSEKOLAHAN
Tahun 1 dan 2
AHAD/SELASA/RABU DAN KHAMIS : Baju uniform sekolah
ISNIN: Baju KRMJ
Baju sukan sekolah: mengikut hari Pendidikan Jasmani pada jadual kelas masing-
masing
Tahun 3-6
AHAD: (Minggu pertama dan ketiga) baju uniform UBU
ISNIN: Baju KRMJ
RABU: Baju uniform UBU Sekolah
Baju sukan sekolah: mengikut hari pada jadual kelas masing-masing
SK TAMAN INDAHPURA 2
JADUAL WAKTU
SEWAKTU SESI PERSEKOLAHAN
HARI TAHAP 1 TAHAP 2
AHAD - SELASA
TAHUN 1, 2 & 3 TAHUN 4, 5 & 6
7.20 pagi hingga 12.40 tengah 7.20 pagi hingga 1.10 petang
hari
RABU - KHAMIS 7.20 pagi hingga 12.10 tengah 7.20 pagi hingga 12.40 tengah
hari hari
1. Loceng pertama akan dibunyikan pada pukul 7.20 pagi. Pintu besar akan
ditutup sepenuhnya pada 7.40 pagi. Pintu besar digunakan untuk kegunaan
kereta staf dan pelawat-pelawat yang dibenarkan sahaja.
2. Semua pelawat yang ingin berurusan dengan pihak sekolah diminta mengimbas
kod QR My Sejahtera dan mengambil borang pelawat di pondok pengawal
keselamatan dan seterusnya mendapat kebenaran daripada pihak pentadbir
untuk segala urusan.
4
3. Penjaga murid PPKI dan yang masuk di atas urusan menjemput anak balik
MESTI memperlahankan kenderaan ketika masuk ke perkarangan sekolah.
4. Waktu balik tengah hari, loceng akan dibunyikan. Murid yang menunggu ibubapa
penjaga hendaklah duduk di kawasan menunggu yang telah ditetapkan sahaja
(ruang menunggu sebelah pagar dan ruang parkir yang disediakan). Manakala
murid yang menunggu van sekolah dikehendaki tunggu di foyer sekolah.
SK TAMAN INDAHPURA 2
JADUAL PERGERAKAN MURID SEWAKTU SESI PERSEKOLAHAN
MULA PERSEKOLAHAN
WAKTU PERKARA
6.50 pagi – 7.15 pagi - Murid terus masuk ke kelas masing-masing apabila sampai
ke sekolah.
- Guru bertugas dan pengawas bertugas mesti berada di
situ untuk memantau murid-murid.
7.20 pagi - Pengajaran dan pembelajaran bermula.
WAKTU REHAT PERKARA
WAKTU - Loceng rehat dibunyikan. Murid-murid MESTI berada di
dalam kelas.
TAHAP 1 DAN
TAHAP 2 - Makanan akan diambil oleh murid yang ditugaskan.
- Guru bertugas akan mengawasi murid makan di kelas.
- Selepas makan, murid bersihkan sisa makanan dan meja
masing-masing. Pastikan tiada sampah makanan
ditinggalkan di dalam kelas.
* Pengawas mengambil tempat untuk mengawasi
pergerakan murid.
5
AKHIR PERSEKOLAHAN
WAKTU PERKARA
Loceng dibunyikan:
12.10 / 12.40
tengahari / 1.10 - murid membersihkan kelas, masukkan kerusi, tutup
petang lampu dan kipas dan tutup pintu kelas.
- Murid beratur di luar kelas bersama guru waktu
akhir
- Murid-murid turun mengikut laluan yang betul.
* Pengawas mengambil tempat untuk mengawasi
pergerakan.
- Kelas- kelas yang belum tamat sesi persekolahan
berada di dalam kelas seperti biasa.
WAKTU KELUAR MASUK KELAS SEMASA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
WAKTU PERKARA
Tidak terhad - tidak digalakan murid keluar dari kelas KECUALI ada
urusan penting.
- Murid MESTI menggunakan pas keluar kebenaran
daripada guru yang mengajar ketika itu.
6