IMPAK PEMENDAPAN MUARA SUNGAI
TERHADAP AKTIVITI PERIKANAN
DI SUNGAI BATANG OYA,
SARAWAK
Penulis:
Mohd Audi Isa
Azahan Awang
Rosniza Aznie Che Rose
Cetakan Pertama / First Printing 2021
Hakcipta / Copyright Penerbit-Program Geografi, Pusat Kajian Pembangunan, Sosial dan
Persekitaran, Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Universiti Kebangsaan Malaysia, 2021
Hakcipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan
untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk, sama ada dengan cara elektronik,
gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran daripada Program Geografi, Pusat
Kajian Pembangunan, Sosial dan Persekitaran, Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan,
Universiti Kebangsaan Malaysia terlebih dahulu.
All rights reserved. No part of this publication may be reproduced or transmitted in any form,
electronics or mechanical including photocopy, recording or any information storage and retrieval
system, without permission in writing from Geography Programme, Center for Research in
Development, Social and (SEEDS), Faculty of Social Sciences and Humanities, Universiti
Kebangsaan Malaysia
Diterbitkan di Malaysia oleh / Published in Malaysia by
PENERBIT Program Geografi, Pusat Kajian Pembangunan, Sosial dan Persekitaran, Fakulti
Sains Sosial & Kemanusiaan, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
43600 UKM Bangi, Selangor D. E. Malaysia
LAMAN e-BOOK: http://www.ukm.my/ppspp/
Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan
IMPAK PEMENDAPAN MUARA SUNGAI TERHADAP AKTIVITI PERIKANAN DI SUNGAI
BATANG OYA, SARAWAK / Mohd Audi Isa, Azahan Awang, Rosniza Aznie Che Rose
e-ISBN xxxxxxxxxxxxxxxxx
1. Impak Pemendapan Muara Sungai
2. Muara Sungai
3. Aktiviti Perikanan
I. Mohd Audi Isa
II. Azahan Awang
III. Rosniza Aznie Che Rose
KANDUNGAN
SENARAI JADUAL ii
SENARAI RAJAH iii
SENARAI KEPENDEKAN iv
PRAKATA v
Mukasurat
Bab 1 : PENGENALAN 1
5
Bab 2 : LATAR BELAKANG KAWASAN KAJIAN DAN METOD
KAJIAN 12
Bab 3 : MODEL KAJIAN IMPAK PEMENDAPAN MUARA SUNGAI 25
TERHADAP AKTIVITI PERIKANAN DI SUNGAI BATANG 30
OYA, SARAWAK
42
Bab 4 : DEMOGRAFI PENDUDUK
Bab 5 : IMPAK DAN FAKTOR PEMENDAPAN MUARA SUNGAI
TERHADAP AKTIVITI PERIKANAN
Bab 6 : RUMUSAN DAN PENUTUP
RUJUKAN 45
PENYUMBANG MAKALAH 47
INDEKS 48
i
Jadual SENARAI JADUAL ms
Jadual 4.1 Latar Belakang Responden 26
Kesan Pemendapan Terhadap Sungai
Jadual 5.1 Kesan Pemendapan Terhadap Nelayan 31
Jadual 5.2 33
ii
SENARAI RAJAH
Rajah ms
Rajah 5.1 Kesan Pemendapan Terhadap Peraih, Pemborong dan Pembekal 36
Rajah 5.2
Rajah 5.3 Faktor Aktiviti Manusia 38
Faktor Alam Semula Jadi 39
iii
cm SENARAI SINGKATAN
JPS
km Sentimenter
km2 Jabatan Pengairan dan Saliran
LKIM Kilometer
MARITIM Kilometer Persegi
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
iv
PRAKATA
Buku ini merupakan kajian mengenai impak pemendapan muara sungai terhadap aktiviti
perikanan di Sungai Batang Oya, Sarawak. Aktiviti perikanan merupakan antara aktiviti
ekonomi yang terkesan disebabkan oleh pemendapan muara sungai. Pelbagai cabaran dan
halangan yang dihadapi oleh para nelayan disebabkan oleh kecetekan muara sungai yang
disebabkan oleh proses pemendapan yang giat. Hasil laut merupakan salah satu sumber
pencarian utama bagi penduduk yang tinggal di Sungai Batang Oya, Sarawak. Majoriti
penduduk di kawasan ini bekerja nelayan sungai, peraih, pemborong dan pembekal
memandangkan kawasan pesisir pantai ini kaya dengan pelbagai sumber lautnya. Namun,
penduduk di Sungai Batang Oya semakin mengalami kesan yang berterusan disebabkan
oleh pemendapan yang berlaku di muara sungai. Kajian di dalam buku ini menilai 2
indikator utama iaitu impak pemendapan muara sungai dan faktor yang menyebabkan
pemendapan muara sungai. Kaedah yang digunakan ialah Kualitatif melalui instrumen
borang soal selidik. Data primer melalui pendekatan kualitatif telah diperolehi melalui
pengedaran borang soal selidik kepada 50 orang penduduk tempatan yang terlibat secara
langsung dalam aktiviti perikanan di Daerah Kecil Oya. Buku ini digunakan sebagai
rujukan utama dalam pembelajaran di Institut Pengajian Tinggi di Malaysia. Setinggi-
tinggi penghargaan ditujukan kepada penduduk di Daerah Kecil Oya yang banyak
membantu dan memberikan kerjasama sepanjang proses penyelidikan ini dijalankan.
Penghargaan kepada Geran Penyelidikan FRGS/12019/SS07/UKM/02/2 kerana
membiayai penerbitan ini.
Mohd Audi Isa
Dr. Azahan Awang
Dr. Rosniza Aznie Che Rose
Program Geografi, Pusat Kajian Pembangunan, Sosial & Persekitaran,
Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan
Universiti Kebangsaan Malaysia
v
BAB
1
PENDAHULUAN
PENGENALAN
Kejadian muara sungai cetek merupakan antara masalah yang sering membelenggu
penduduk di kawasan sepanjang muara sungai di Malaysia khususnya bagi para
nelayan. Muara sungai yang cetek menjadi cabaran utama yang perlu dihadapi oleh
nelayan setiap kali turun ke laut. Para nelayan terpaksa menetapkan masa yang sesuai
untuk keluar dan masuk di muara sungai bagi memastikan bot yang dinaiki tidak
tersangkut pada dasar sungai disebabkan muara sungai yang cetek dan air telah surut.
Pemendapan sungai merujuk kepada proses aliran sungai yang melepaskan bahan
muatan yang dibawa dari hulu sungai sehingga sungai kehilangan tenaga untuk
mengangkut dan bahan muatan termendap di kawasan tersebut. Proses pemendapan
kebiasaanya giat berlaku di kawasan muara sungai. Hal ini berlaku disebabkan proses
pengangkutan sungai akan terhenti atau menjadi perlahan disebabkan oleh beberapa
faktor seperti pertembungan arus sungai dengan arus laut di muara, perubahan alur
sungai dari kecil kepada besar atau akibat terhalang disebabkan adanya halangan di
dasar sungai. Apabila halaju arus sungai menjadi perlahan maka sungai akan
memendapkan bahan atau muatan yang dibawa. Aliran air sungai merupakan agen
utama dalam proses pemendapan sedimen dengan mengangkut pelbagai jenis beban
dari bahagian hulu ke hilir sungai. Antara proses pengangkutan sedimen yang boleh
mempengaruhi kadar pemendapan di sesuatu kawasan seperti proses seretan, loncatan,
golekan, ampaian, apungan dan larutan.
Di kawasan muara sungai kebanyakannya mempunyai nilai kepekatan sedimen
lebih tinggi berbanding di kawasan hulu atau hilir (Chernetsky et al. 2010).
Perkhidmatan ekosistem muara sangat memberi kesan kepada penduduk sekitar.
Perkhidmatan ini merangkumi pengeluaran ikan dan hasil untuk keuntungan komersial/
ekonomi penduduk tempatan, saluran navigasi untuk pengangkutan penduduk
tempatan, kapal penangkap ikan dan pukat tunda, kapal penumpang, kapal kargo,
perkhidmatan pengawalseliaan seperti pengendalian banjir, bioremediasi, pasang surut
dan sebagainya (Mitra 2017).
Perikanan sama ada melalui penangkapan secara liar atau akuakultur
memberikan lebih daripada 110 juta tan makanan dan sekitar 15% protein makanan
kepada 7 bilion orang yang kini tinggal di planet ini (Frid & Paramor 2012). Sektor
perikanan di Malaysia merupakan antara sub-sektor utama yang turut menyumbang
kepada peningkatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara ini. Sektor
perikanan memainkan peranan yang sangat penting dalam membantu membaik pulih
imbangan pembayaran negara. Malaysia terdiri daripada 14 buah negeri yang mana
hampir keseluruhan negeri menyumbang kepada peningkatan sektor perikanan ini.
Berdasarkan kajian terdahulu, perikanan pinggir pantai telah dieksploitasi pada tahap
yang maksimum, manakala bagi perikanan laut dalam pula masih terdapat ruang untuk
diperkembangkan dan diterokai. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengkaji impak
pemendapan muara sungai terhadap aktiviti perikanan di Sungai Batang Oya, Sarawak.
1
PERMASALAHAN KAJIAN
Proses pengangkutan merupakan salah satu dari faktor utama yang menyumbang
kepada pemendapan di sepanjang dan muara sungai. Pelbagai jenis sedimen atau beban
akan diangkut oleh aliran sungai dari kawasan hulu hingga ke kawasan hilir sungai.
Sungai Batang Oya mempunyai keluasan lembangan sebanyak 2143.92 km2 dan sungai
ini mengalir sepanjang 31 km. Dengan halaju sungai yang cukup deras meningkatkan
lagi keupayaan proses pengangkutan untuk mengangkut secara bebas dan muatan yang
cukup banyak dari kawasan hulu. Keluasan sungai yang cukup besar juga memboleh
pelbagai tumbuh-tumbuhan atas air seperti gondok air atau keladi bunting semakin
banyak diangkut dari kawasan hulu sungai. Bahkan keladi bunting ini mampu menutup
hampir keseluruhan permukaan sungai sekiranya arus sungai semakin deras selain
faktor hujan lebat di kawasan hulu sungai.
Laut merupakan salah satu sumber pencarian utama bagi penduduk yang tinggal
di muara Sungai Batang Oya, Sarawak. Majoriti penduduk di kawasan ini terdiri dari
nelayan sungai dan laut memandangkan kawasan ini berdekatan dengan laut yang kaya
dengan pelbagai sumber lautnya. Namun, para nelayan menghadapi halangan dan
cabaran untuk meningkatkan lagi hasil tangkapan di laut kerana terpaksa menghadapi
kesukaran untuk keluar dan masuk semula ke jeti disebabkan muara sungai yang cetek
ketika air surut. Pemendapan muara sungai semakin cetek sehingga menyukarkan bot-
bot nelayan untuk pergi ke laut kerana muara sungai di kawasan kajian merupakan satu-
satunya laluan keluar masuk nelayan untuk pergi dan balik dari laut.
Penduduk di Sungai Batang Oya yang bergantung sepenuhnya kepada aktiviti
perikanan antara yang paling terkesan dengan pemendapan di muara sungai. Penjualan
dan pengihan tidak dapat dijalankan secara efektif memandangkan peraih, pemborong
dan pemborong tidak mempunyai bekalan hasil laut untuk ditawarkan kepada
pengguna. Hal ini menjejaskan pendapatan para nelayan, peraih dan pemborong ikan
serta hasil laut yang lain. Para nelayan terpaksa mengambil inisiatif lain untuk mencari
rezeki sekiranya tidak dapat turun ke laut atau hasil pendapatan semakin berkurangan.
PERSOALAN KAJIAN
Setelah beberapa masalah dibincangkan di bahagian permasalahan kajian, maka timbul
beberapa persoalan yang perlu dijawab dalam menjalankan kajian ini. Antaranya
adalah:
i. Apakah impak pemendapan muara sungai terhadap aktiviti perikanan di
kawasan kajian?
ii. Apakah faktor yang menyumbang kepada pemendapan di muara sungai di
kawasan kajian?
2
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini adalah untuk mengetahui sejauh manakah impak pemendapan muara
sungai terhadap aktiviti perikanan di kawasan kajian. Hal ini adalah penting kerana
aktiviti perikanan merupakan salah satu sumber ekonomi yang penting kepada
penduduk di kawasan kajian. Selain itu, sektor perikanan juga antara sektor yang sangat
penting dalam menyumbang kepada pendapatan negara. Terdapat 2 objektif khusus
dalam kajian ini iaitu:
i. Mengkaji impak pemendapan muara sungai terhadap aktiviti perikanan di
kawasan kajian.
ii. Mengkaji faktor yang penyumbang kepada pemendapan di muara sungai
SKOP KAJIAN
Dalam menjalankan kajian ini, skop kajian merangkumi kepada empat skop utama iaitu
skop struktural, skop regional, skop temporal dan skop sampel kajian. Dalam skop
struktural, kajian ini dilakukan dengan memfokuskan kepada impak pemendapan muara
sungai terhadap aktiviti perikanan di Sungai Batang Oya, Sarawak. Skop ini
merangkumi kesan terhadap sosioekonomi penduduk yang bekerja sebagai nelayan,
peraih, pemborong dan pembekal di kawasan kajian. Bagi skop kawasan pula, Negeri
Sarawak menjadi pilihan untuk kajian ini dijalankan. Namun, pengkaji tidak membuat
kajian di keseluruhan negeri Sarawak sebaliknya kajian ini hanya memfokus kepada
kawasan petempatan nelayan di sekitar Sungai Batang Oya, Sarawak. Bagi skop
temporal pula, kajian ini dijalankan sepanjang dari permulaan tempoh mula melakukan
penulisan ilmiah sehingga ke akhir penulisan dalam kajian ini.
KEPENTINGAN KAJIAN
Kajian ini merupakan satu kajian yang memfokuskan kepada pengaruh pemendapan
muara sungai terhadap aktiviti perikanan yang juga turut menyumbang kepada
pendapatan negara. Hal ini kerana permintaan terhadap hasil laut yang semakin
meningkat dan menjadi makanan kegemaran rakyat di negara ini. Hasil laut juga sering
menjadi permintaan yang tinggi dalam sektor pelancongan di mana ia menjadi tumpuan
para pelancong yang datang ke negara ini untuk menikmati keindahan alam dan merasai
kenikmatan makanan laut yang segar.
Kajian ini penting bagi mengkaji impak pemendapan muara sungai terhadap
aktiviti perikanan di Sungai Batang Oya, Sarawak. Hal ini bagi mengkaji kesan yang
dihadapi oleh nelayan, peraih, pemborong, pembekal dan penjual hasil laut di kawasan
ini. Hal ini seterusnya dapat membantu dalam menentukan strategi tertentu bagi
mengatasi masalah tersebut.
Kepentingan kajian ini ialah untuk mengkaji faktor utama yang menjadi punca
berlakunya pemendapan di muara Sungai Batang Oya, Sarawak. Setelah faktor yang
menyebabkan pemendapan muara sungai diperolehi, pihak bertanggungjawab dapat
3
membuat penilain dan seterusnya membuat langkah pencegahan dan kawalan untuk
mengatasi masalah pemendapan ini.
KESIMPULAN
Keseluruhan Bab I membincangkan asas dalam kajian seperti pengenalan,
permasalahan kajian, skop kajian, objektif kajian dan kepentingan kajian. Tujuan kajian
adalah berdasarkan 2 objektif yang dipilih oleh pengkaji iaitu impak pemendapan muara
sungai terhadap aktiviti perikanan dan mengkaji faktor yang penyumbang kepada
pemendapan di muara Sungai Batang Oya.
4
BAB
II
LATAR BELAKANG KAWASAN KAJIAN
PENGENALAN
Bab ini akan menerangkan tentang kawasan dan kaedah penyelidikan yang digunakan.
Antara aspek yang disentuh dalam kawasan kajian ialah atar belakang seperti ciri-ciri
dalam geografi iaitu alam sekitar fizikal dan manusia bermula dengan Daerah Kecil
Oya, Bahagian Mukah dan negeri Sarawak. Kaedah penyelidikan merujuk kepada
kaedah ataupun teknik sesuatu kajian itu dijalankan dan seterusnya data yang diperoleh
tersebut dianalisis. Data diperoleh daripada dua sumber iaitu sumber primer dan juga
sumber sekunder seperti rujukan perpustakaan dan sumber daripada bahan-bahan atau
organisasi yang mempunyai kaitan dengan kajian yang dilakukan. Kaedah utama yang
digunakan dalam kajian ini ialah kaedah kuantitatif dan kaedah kualitatif juga dilakukan
untuk mendapat data yang lebih tepat.
KAWASAN KAJIAN
Sarawak merupakan salah sebuah negeri di Malaysia. Sarawak juga merupakan negeri
yang terbesar di antara 13 negeri, dengan keluasan yang hampir sama dengan
Semenanjung Malaysia. Jumlah kawasan tanah yang dimiliki oleh Sarawak sahaja
seluas 124,449.51 kilometer persegi yang membentuk 37.5 peratus daripada
keseluruhan kawasan Malaysia. Sarawak terletak di kepulauan Borneo di bahagian
barat laut dan bersempadanan dengan salah satu negeri di Malaysia iaitu Sabah yang
berada di timur laut. Manakala Kalimantan, Indonesia berada di selatan kepulauan
Borneo dan negara Brunei berada bahagian utara. Kuching merupakan ibu negeri dan
bandar terbesar di Sarawak dan merupakan pusat pemerintahan negeri Sarawak.
Bandar-bandar lain di Sarawak termasuk Miri, Sibu, dan Bintulu. Berdasarkan banci
penduduk 2015, bilangan penduduk Sarawak adalah 2,636,000. Sarawak mempunyai
iklim khatulistiwa dengan hutan hujan tropika dan pelbagai spesies haiwan dan
tumbuhan. Ia mempunyai beberapa sistem gua yang terkenal di Taman Nasional
Gunung Mulu. Sungai Rajang adalah sungai terpanjang di Malaysia dan Empangan
Bakun adalah empangan terbesar di Asia Tenggara yang terletak di salah satu anak
sungai iaitu Sungai Balui.
Penempatan manusia yang terawal di Sarawak dipercayai berada di Gua Niah
iaitu 40,000 tahun yang lalu. Selain itu, serangkaian seramik Cina bertarikh abad ke-8
hingga ke-13 Masihi juga berjaya ditemui di tapak arkeologi Santubong. Pada abad ke-
16 kawasan pesisir pantai di Sarawak berada di bawah pengaruh Empayar Brunei. Pada
tahun 1839, James Brooke, seorang penjelajah Inggeris, tiba di bumi Sarawak. Beliau
memerintah Sarawak yang dikenali sebagai sebuah negara pada ketika itu dari tahun
1841 hingga 1946. Namun, semasa Perang Dunia II, Sarawak telah jatuh ke tangan
tentera Jepun selama tiga tahun. Selepas berakhirnya Perang Dunia II, Rajah Charles
Vyner Brooke telah menyerahkan Sarawak kepada British dan pada tahun 1946
Sarawak menjadi Koloni Mahkota Britain. Pada 22 Julai 1963, Sarawak diberi
5
pemerintahan sendiri oleh British dan pemerintah pada ketika itu telah bersetuju untuk
menjadi salah satu gabungan yang membentuk negara Malaysia pada 16 September
1963. Namun, persekutuan itu ditentang hebat oleh Indonesia yang menyebabkan
konfrontasi selama tiga tahun. Pembentukan Malaysia juga mendorong pemberontakan
komunis yang berlanjutan sehingga tahun 1990.
PENTADBIRAN NEGERI SARAWAK
Sarawak mempunyai Ketua Negeri atau Yang di-Pertua Negeri atau Gabenor. Beliau
bertindak atas nasihat Ketua Menteri. Anggota Kabinet Negeri atau anggota Majlis
Tertinggi adalah menteri kabinet. Astana adalah pejabat dan Kediaman Rasmi Yang di-
Pertua Negeri. Ketua Menteri Sarawak adalah ketua cabang eksekutif Kerajaan Negeri
di Sarawak. Ketua Menteri dilantik oleh Yang di-Pertua Negeri, Gabenor Sarawak, dari
Majlis Perundangan negeri. Dengan Ketua Menteri sebagai ketua, cabang eksekutif
DUN (Dewan Undangan Negeri Sarawak) berfungsi dalam merancang, melaksanakan
dan mentadbir semua dasar dan projek. Ketua Menteri dibantu oleh Kabinet Menteri
Negeri dan agensi kerajaan Negeri. Sarawak kini mempunyai 10 Kementerian Kerajaan
Negeri. Setiap Menteri Kabinet Negeri, mempunyai lebih dari satu portfolio, pembantu
menteri dan Setiausaha Tetap yang bertindak sebagai ketua pentadbiran Kementerian.
Bahasa Inggeris merupakan bahasa rasmi negeri Sarawak dan Sarawak tidak
mempunyai agama rasmi. Ekonomi Sarawak hampir keseluruhannya berasaskan
pertanian dengan pengeluaran tanaman tunai seperti getah, lada, dan perkebunan kecil
sagu khususnya di kawasan pada zon pesisir. Eksport utama adalah produk petroleum,
kayu, dan getah. Industri merangkumi penggergajian dan pengolahan sagu, kopra, dan
lada, tekstil, bekas logam, sabun, jubin, dan kapal kecil dihasilkan.
ETNIK
Sarawak mempunnyai pelbagai kaum dan kumpulan etnik yang mempunyai pelbagai
bahasa, agama, budaya dan cara hidup. Kumpulan etnik utama di Sarawak ialah kaum
Iban atau dikenali sebagai Sea Dayak, sebuah kumpulan orang asli yang merangkumi
lebih daripada satu perempat daripada penduduk negeri ini, diikuti oleh orang Cina,
Melayu, Bidayuh dan Melanau. Pelbagai penduduk pribumi Sarawak bertutur dalam
bahasa Austronesia. Pahlawan yang hebat daripada orang Iban pada abad ke-19 dan
awal abad ke-20, menelusuri asal usul mereka ke wilayah Sungai Kapuas di wilayah
yang sekarang menjadi Kalimantan Barat, Indonesia. Wilayah Iban tradisional di
Sarawak merangkumi kawasan barat daya berbukit di negeri ini. Iban yang masih
tinggal di kawasan luar bandar biasanya mengusahakan padi melalui pertanian pindah,
di mana sawah dibersihkan, ditanam untuk jangka masa yang pendek, dan kemudian
ditinggalkan selama beberapa tahun untuk membolehkan tanah tumbuh semula.
Setersunya, orang Cina Sarawak umumnya tinggal di kawasan antara pantai dan dataran
tinggi. Di kawasan luar bandar, mereka biasanya menanam tanaman tunai di kebun
kecil. Mereka berbahasa Hakka dan Fuzhou daripada bahasa Kantonis, Hokkien, dan
Hainan, yang dominan di kalangan orang Cina semenanjung. Terdapat sedikit sahaja
orang Melayu Sarawak berasal dari semenanjung, kebanyakannya adalah keturunan
dari pelbagai kaum pribumi yang sejak pertengahan abad ke-15 dan telah memeluk
Islam. Walaupun mempunyai keturunan yang pelbagai, orang-orang Melayu Sarawak
6
dan orang-orang Semenanjung Malaysia mempunyai banyak ciri budaya, amalan agama
dan cara hidup yang sama. Orang Melayu Sarawak bertutur dalam dialek bahasa Melayu
yang berbeza dengan bahasa yang dituturkan oleh masyarakat Melayu di semenanjung.
Seterusnya, orang Bidayuh pada asalnya berasal dari daerah-daerah yang sekarang
terletak di Borneo Indonesia barat laut, manakala di Sarawak tanah air Bidayuh berada
di bahagian barat negeri. Sebilangan besar penduduk Bidayuh di luar bandar
mengamalkan kegiatan penanaman padi. Walaupun selama berabad-abad mereka
tinggal berdekatan dengan penempatan orang Iban, kaum Bidayuh mempunyai bahasa
dan dialek yang berbeza namun masih memahami bahasa dari kaum lain.
Orang Melanau merupakan antara peneroka yang terawal di Sarawak.
Berdasarkan cerita legenda pendduduk tempatan, nama Melanau diberikan oleh salah
seorang Sultan Brunei kepada penduduk yang tinggal di kawasan pantai dan tebing
sungai di tengah Sarawak. Orang Melanau kebanyakkan tinggal di kawasan sungai dan
di wilayah pesisir pantai Sarawak. Kebanyakannya etnik ini tinggal di dan dekat bandar
Mukah, Matu, Daro, Dalat, Oya, Bintulu, Kanowit, dan Sibu. Bahasa Melanau terdiri
daripada pelbagai dialek. Namun, kebanyakan orang Melanau menggunakan dialek dari
daerah Mukah untuk berkomunikasi dengan orang-orang dari dialek yang lain. Orang
Melanau kebanyakannya adalah petani, nelayan, pengeluar sagu, dan pedagang.
Penanaman kelapa sawit, padi basah, kelapa, dan getah menjadi pendapatan sampingan
mereka. Kaum Melananu juga dianggap sangat pakar dalam seni pembuatan kapal dan
pakar dalam selok-belok di lautan. Etnik ini juga menjadi pendidikan sebagai
keutamaan. Hal ini dapat dilihat daripada penglibatan orang Melanau dalam pentas
politik dan dunia perniagaan. Orang Melanau digambarkan sebagai masyarakat yang
sangat terbuka, peramah, dan lemah-lembut. Gotong-royong masih diamalkan,
terutamanya semasa majlis perkahwinan, pengebumian, dan pertanian.
CIRI-CIRI FIZIKAL DAN IKLIM DI SARAWAK
Secara umunya, negeri Sarawak terbahagi kepada tiga ciri fizikal utama iaitu kawasan
tanah tinggi, tanah rendah dan kawasan berpantai. Kawasan berpantai di Sarawak
mempunyai tanah rendah dan rata. Kawasan pantai di Sarawak kesemuanya menghadap
Laut China Selatan. Antara pantai yang terkenal dan sering dikunjungi oleh pelancong
ialah Pantai Pasir Panjang, Pantai Damai, Pantai Tanjung Batu, Pantai Tanjung Lobang,
Pantai Hawaii dan Pantai Belawai. Seterusnya ialah kawasan tanah rendah atau tanah
rata kebanyakkan terletak di kawasan yang berhampiran dengan sungai. Kawasan tanah
rendah kebanyakkan terdiri daripada kawasan rumah penempatan penduduk dan pusat
bandar utama. Antara bandar tersebut ialah Bandaraya Kuching yang berhampiran
dengan Sungai Sarawak. Manakala Bandaraya Sibu pula berhampiran dengan Sungai
Rajang juga merupakan sungai terpanjang di Malaysia berukuran 563 kilometer
termasuk kiraan anak-anak sungai. Sarawak juga terkenal dengan kawasan tanah tinggi
atau bukit bakau seperti kawasan pergunungan di sepanjang sempadan negeri Sarawak
dan Kalimantan yang menjadi keindahan muka bumi negeri Sarawak.
Selain itu, Sarawak juga dikenali dengan kepelbagaian biodiversiti yang terdiri
daripada kepelbagaian biologi dan organisma hidup. Negeri Sarawak mempunyai
banyak hutan tropika besar dan luas dengan pelbagai spesis tumbuhan. Hutan bakau dan
nipah pula terletak di muara-muara sungai yang terdiri daripada 2 peratus daripada
7
kawasan hutan. Hutan paya gambut pula meliputi 16 peratus kawassan di sepanjang
pantai di Sarawak.
Seterusnya, negeri Sarawak mempunyai iklim tropika yang sentiasa panas dan
lembap sepanjang tahun. Hal ini disebabkan Sarawak terletak berhampiran dengan
garisan khatulistiwa. Suhu harian adalah antara 33°C pada sebelah pagi hingga petang
dan 26°C pada waktu malam. Kawasan di pedalaman Sarawak secara umumnya
mengalami taburan hujan tahunan yang agak sekata. Hal ini berlaku disebabkan
kekurangan hujan yang turun pada bulan Jun sehingga Ogos disebakan kejadian angina
lazim barat daya. Sarawak juga mengalami musim monsun iaitu monsun timur laut dan
monsun barat daya. Monsun timur laut berlaku antara bulan November dan Februari
yang membawa hujan lebat manakala monsun barat daya berlaku antara bulan Mac dan
Oktober yang menyebabkan cuaca yang panas.
DAERAH KECIL OYA
Sungai Oya juga dikenali sebagai Sungai Batang Oya merupakan salah satu daripada
yang sungai terletak di negeri Sarawak, Malaysia. Muara sungai ini terletak di Kuala
Oya, di Bahagian Mukah. Sungai ini mengalir kira-kira 31 km dan mempunyai
Kawasan lembangan 2143.92 km2. Oya merupakan sebuah pekan dan pusat
pentadbiran bagi daerah kecil dengan nama yang sama dalam Bahagian Mukah di
Sarawak, Malaysia. Ia terletak berdekatan merupakan sebuah pekan kecil yang terletak
di tepi Sungai Batang Oya Sarawak, Malaysia. Kegiatan ekonomi utama masyarakat
Oya ialah perikanan dan pertanian. Seperti kebanyakan daerah-daerah kecil di Sarawak,
penduduk yang tinggal di daerah Oya juga tidak terkecuali dengan sikap peramah yang
sentiasa menyambut tetamu atau pengunjung dengan senyuman. Berdasarkan cerita
yang disampaikan oleh masyarakat setempat yang mendiami Oya, nama Oya diambil
bersempena dengan nama sebuah sungai yang mengalir di antara Stapang, Dalat dan
Oya sendiri.
BAHAGIAN MUKAH
Bahagian Mukah terletak di wilayah tengah Sarawak dan sebahagian besar kawasannya
menghadap Laut China Selatan iaitu mengunjur sepanjang 200 kilometer dari Balingian
di sebelah timur sehingga ke Belawai di sebelah barat. Keluasan persempadanannya
seluas 6,997.61 kilometer persegi. Bahagian Mukah merupakan bahagian yang ke
sepuluh daripada dua belas bahagian pentadbiran Kerajaan Sarawak. Kaum Iban
merupakan komposisi kaum majoriti di Bahagian Mukah diikuti oleh kaum Cina,
Melayu, Bidayuh, Melanau dan lain-lain. Semasa penubuhan Bahagian Mukah pada 1
Mac 2002, ia merangkumi empat daerah iaitu Daerah Mukah, Dalat, Matu, dan Daro
serta empat daerah kecil iaitu Balingian, Oya, Igan dan Belawai. Dengan pengisytiharan
ini, Daerah Mukah telah dijadikan sebagai pusat pentadbiran bagi Bahagian Mukah.
Pada 1 Oktober 2015 Daerah Kecil Belawai telah dinaiktaraf menjadi daerah penuh
yang dinamakan Daerah Tanjung Manis dan kini Bahagian Mukah mempunyai lima
daerah dan tiga daerah kecil. Bandar Mukah boleh dihubungi melalui tiga cara iaitu
melalui pengangkutan udara, jalan raya dan pengangkutan air. Bagi pengangkutan
udara, MasWings menyediakan penerbangan ke Kuching dan Miri yang masing-masing
8
mengambil masa perjalanan selama 1 jam. Mukah juga boleh dihubungi menggunakan
pengangkutan jalan raya dari bandar Sibu dan bandar Bintulu. Bandar Bintulu
merupakan bandar yang paling hampir dengan Bandar Mukah dengan perjalanan
selama 2 jam menggunakan jalan pesisir. Sementara itu, bagi yang ingin melalui
pengalaman menggunakan pengangkutan air, terdapat bot laju dari Sibu ke pekan Dalat
yang mengambil masa selama 2 jam. Semua daerah-daerah kecil di Bahagian Mukah
boleh dihubungi melalui pengangkutan jalan raya.
KAEDAH PENYELIDIKAN
Kaedah yang digunakan dalam mengumpul data lapangan dan data berangka adalah
kaedah kuantitatif dan kaedah kualitatif. Tujuan utama penyelidikan kuantitatif adalah
untuk mengenalpasti hubungan kausal antara pemboleh ubah. Dalam maklumat
penyelidikan kuantitatif tingkah laku sampel yang diperhatikan dan diperoleh melalui
pengumpulan data statistik tingkah laku sampel yang diperhatikan (Siti & Santhiram
2000). Penyelidikan kualitatif pula bertujuan untuk memahami apa yang ada melalui
perspektif pelaku sosial. Reka bentuknya lebih terbuka, fleksibel dan pengumpulan data
intensif dan berdasarkan sampel bertujuan dan hasilnya akan dicapai melalui analisis
induktif (Almalki 2016). Penyelidikan kuantitatif dan kualitatif masing-masing
mempunyai kekuatan dan kelemahan masing-masing. Oleh itu, pengkaji perlu
menegakkan kedua pendekatan dalam penyelidikan sosial. Penyelidikan kuantitatif
berguna untuk mendapatkan 'ciri struktur' kehidupan sosial, sedangkan penyelidikan
kualitatif lebih berguna ketika dalam aspek proses (Østergaard 2007).
KAEDAH PENGUMPULAN DATA
Proses pengumpulan data dilakukan dengan membuat pengumpulan data dan maklumat
yang berkaitan isu atau permasalahan dalam kajian yang dilakukan. Kaedah
pengumpulan data adalah penting, kerana bagaimana maklumat yang dikumpulkan
digunakan dan penjelasan apa yang dapat dihasilkan ditentukan oleh metodologi dan
pendekatan analisis yang diterapkan oleh penyelidik (Paradis et al. 2016).
DATA PRIMER
Proses pengumpulan data primer memerlukan beberapa kaedah perlaksanaannya.
Antaranya ialah dengan kaedah soal selidik dan pemerhatian serta tinjauan di lapangan.
Pengedaran borang soal selidik kepada responden dilakukan di kawasan kajian untuk
mendapatkan data yang diperlukan. Pemilihan responden dilakukan berdasarkan jenis
pekerjaan dan penglibatan responden dalam aktiviti perikanan. Seramai 50 orang
responden dipilih untuk mengisi boring soal selidik ini. Manakala, kaedah pemerhatian
serta tinjauan dilakukan untuk membuat penelitian dan melihat sendiri di kawasan
kajian iaitu di muara Sungai Batang Oya dan jeti perikanan.
9
DATA SEKUNDER
Data sekunder adalah data yang merujuk kepada sesuatu bahan rujukan seperti buku
jurnal, artikel, akhbar, dokumen dari perpustakaan, laman sesawang dan sebagainya.
Pengkaji telah menggunakan kajian perpustakaan di Perpustakaan Tun Sri Lanang
(PTSL) untuk mendapatkan data sekunder. Kajian perpustakaan ini bertujuan untuk
mendapatkan seberapa banyak mungkin maklumat dan data yang sesuai dan relevan
dengan topik kajian yang dikaji. Selain itu, rujukan laman sesawang juga dilakukan bagi
memperoleh maklumat yang lebih luas yang mempunyai perkaitan dengan skop kajian
pengkaji. Laman sesawang yang menjadi rujukan pengkaji terdiri daripada laman
sesawang perpustakaan akademik yang terdapat di dalam dan luar negara, portak jurnal
dan artikel dan sebagainya.
BORANG SOAL SELIDIK
Melalui kaedah borang soal selidik, pengkaji telah menyediakan satu set soalan lengkap
untuk mengumpul maklumat bagi tujuan analisis bagi menjawab persoalan dalam
kajian. Borang soal selidik ini diedarkan kepada 50 orang responden yang terdiri
daripada penduduk di yang tinggal di Daerah Kecil Oya. Borang soal selidik ini
terbahagi kepada 4 bahagian iaitu bahagian A, B, C dan D. Bahagian A mengandungai
soalan berbentuk malumat latar belakang responden. Seterusnya, bahagian B pula
mengandungi soalan berkenaan impak pemendapan muara sungai terhadap aktiviti
perikanan di Sungai Batang Oya. Impak ini dibahagi kepada 3 sub soalan iaitu kesan
terhadap sungai, kesan kepada nelayan dan kesan kepada peraih, pemborong dan
pembekal. Selain itu, bahagian C mengandungai soalan berkenaan faktor yang
menyebabkan pemendapan muara Sungai Batang Oya. Pada bahagian D pula terbahagi
kepada dua sub soalan utama iaitu faktor aktiviti manusia dan faktor alam semula jadi.
TEKNIK PEMERHATIAN
Pemerhatian akan dilakukan oleh pengkaji di muara Sungai Batang Oya serta di jeti-jeti
perikanan. Teknik pemerhatian ini dijalankan di kawasan kajian untuk mendapatkan
data secara langsung. Melalui pemerhatian, pengkaji dapat melihat keadaan fizikal di
lokasi kajian untuk melihat secara langsung di kawasan tersebut. Hal ini sedikit
sebanyak dapat meningkatkan lagi pemahaman dan gambaran awal kepada pengkaji
tentang keadaan di kawasan kajian.
ANALISIS DATA
Data yang diperolehi melalui borang selidik akan dianalisis dengan menggunakan
perisian Statistics Package for Social Science (SPSS). Melalui penggunaan SPSS,
penyelidik dapat membuat pengiraan data dan seterusnya data dapat dipersembahkan
dalam bentuk jadual, carta, rajah dan graf. Penggunaan perisian SPPS membolehkan
pengkaji membuat Persembahan data dan maklumat dengan lebih jelas serta menarik.
10
KESIMPULAN
Kesimpulannya, bab ini menerangkan berkenaan kawasan kajian dan kaedah kajian
yang digunakan oleh pengkaji dalam menjalankan kajian ini. Kaedah yang digunakan
perlu bertepatan dengan kajian yang dilakukan untuk mendapat data yang tepat bagi
tujuan analisis kajian dan hasil yang terbaik.
11
BAB
III
MODEL KAJIAN IMPAK PEMENDAPAN MUARA SUNGAI TERHADAP
AKTIVITI PERIKANAN DI SUNGAI BATANG OYA, SARAWAK
PENGENALAN
Bab 3 dalam buku ini terdiri daripada beberapa bahagian utama. Bahagian pertama
adalah mengenai penjelasan istilah definisi dan konsep bagi setiap perkataan yang
terdapat dalam tajuk kajian. Pada bahagian kedua pula terdiri daripada sorotan kepada
kajian lepas yang berkaitan pemendapan muara sungai terhadap aktiviti perikanan yang
dipecahkan kepada beberapa aspek iaitu kajian lepas di luar negara dan kajian lepas
dalam negara.
DEFINISI DAN KONSEP
Dalam melakukan kajian ini, terdapat beberapa definisi atau konsep yang penting
dimana ianya mempunyai hubungan dengan impak pemendapan muara sungai. Impak
pemendapan muara sungai mempunyai hubungan dalam memberi kesan kepada aktiviti
perikanan penduduk di kawasan kajian. Tujuan penjelasan definisi dan konsep ini
adalah untuk memberi kefahaman yang lebih jelas kepada pembaca terutama dalam
memahami impak pemendapan terhadap sektor perikanan dalam kajian ini.
PEMENDAPAN
Pemendapan sungai merujuk kepada penimbunan atau longgokan bahan-bahan yang di
bawa dari kawasan hulu sungai dan diangkut menggunakan aliran air sungai sehingga
sungai kehilangan tenaga untuk mengangkut. Terdapat beberapa faktor mempengaruhi
kadar pemendapan sungai iaitu faktor kecerunan, bentuk alur sungai, iklim, halangan di
dasar sungai, litupan bumi dan aktiviti manusia. Kegiatan manusia menyebabkan
peningkatan tahap pemendapan endapan dan kekeruhan air di kawasan pesisir pantai di
seluruh dunia dengan meningkatkan hakisan tanah, pengerukan dan penambakan
(Anderson et al. 2004). Kawasan pesisir pantai merupakan kawasan yang sensitif dan
cenderung terdedah kepada pelbagai ancaman seperti hakisan (Siti Nuramirah et al.
2016). Kekerapan berlakunya hakisan di pesisir pantai adalah disebabkan oleh
kombinasi faktor alam semulajadi dan tindakan manusia yang akhirnya meningkatkan
intensiti pemendapan.
Kecerunan alur sungai yang semakin landai khususnya di kawasan hilir
menyebabkan kelajuan air semakin perlahan dan tenaga sungai untuk mengangkut
semakin berkurangan. Bentuk alur sungai yang berliku-liku juga menyebabkan aliran
sungai semakin perlahan dan tidak mampu membawa muatan yang berat lalu
dimendapkan. Seterusnya, iklim juga memainkan peranan dalam proses pemendapan
kerana pada musim kemarau isipadu sungai berkurangan menyebabkan halaju air juga
12
semakin perlahan. Halaju air yang perlahan menyebabkan sungai hilang keupayaan
untuk mengangkut muatan yang dibawa dan menyebabkan berlaku proses pemendapan.
Selain itu, halangan di dasar sungai seperti batu-batu tongkol dan batang pokok
menghalang pergerakan dan menyebabkan arus sungai menjadi perlahan seterusnya
memendapkan bahan muatan yang dibawa di kawasan tersebut. Bentuk muka bumi di
seperti lubang periuk dan sebarang lekukan juga boleh memperlahankan pengaliran air
sungai menyebabkan pemendapan giat berlaku. Manakala, kawasan tebing sungai
mempunyai pokok kayu bakau yang mempunyai dahan-dahan yang tercondong dan
sistem akar yang timbul juga memperlahankan pengerakan air. Air yang hilang tenaga
kinetik tidak berupaya mengagkut bahan dan berlaku proses pemendapan.
Bahan muatan yang dibawa oleh sungai terdiri daripada kelodak, lanar,
lempung, kelikir, pasir, batu tongkol dan bokah batuan. Batuan di kawasan tebing dan
dasar sungai yang lembut poroi, poros, peroi dan mudah dihakis meningkatkan jumlah
bahan muatan untuk dimendapkan. Bahan yang besar kebiasaanya akan dimendap lebih
awal manakala bahan halus dan kecil mengambil masa untuk dimendapkan. Antara
bentuk muka bumi hasil pemendapan sungai ialah seperti dataran banjir, delta, tetambak
dan tasik ladam. Dataran banjir merupakan hasil daripada mendapan lanar, kelodak dan
pasir yang terdapat di sepanjang tebing alur muara sungai. Manakala, delta pula
merujuk kepada dataran lanar yang mengandungi kelodak, lempung dan pasir yang luas
dan rata di muara sungai. Tetambak ialah bentuk mendapan lanar, kelodak, pasir di
muara sungai yang terhasil secara serentak dengan pembentukan dataran banjir. Tasik
ladam pula merupakan sebuah likuan sungai berbentuk seperti kaki kuda yang
terpenggal akibat hakisan. Selain itu, sedimen yang dibawa melalui hakisan air dapat
mengganggu fungsi saluran air yang baik serta kualiti air di sesebuah sungai (Alemu
2016).
Terdapat tiga proses fizikal yang mempengaruhi kandungan sedimen dan kualiti
air. Proses ini saling berinteraksi antara satu sama lain di sepanjang alur sehinggalah ke
bahagian muara sungai, proses tersebut adalah seperti hakisan, pengangkutan dan
pemendapan (Mohd Ekhwan et al. 2012). Muatan sedimen merupakan jumlah mobiliti
sedimen yang mengalir keluar dari dasar di sesuatu tasik. Pertambahan kepadatan
sedimen terampai setiap tahun mempunyai potensi tidak baik kepada sistem saliran
sungai di sesuatu kawasan. Pemendapan lumpur akan menjadi serius dari semasa ke
semasa, jika masalah ini tidak dibendung, kualiti air, kecetekan dasar sungai dan tasik
akan berlaku yang akhirnya meningkatkan potensi banjir di kawasan tersebut. Ia turut
menjadi masalah kepada semua hidupan termasuklah penduduk di sekitarnya. Aliran
sungai dikatakan mempunyai pengaruh yang besar terhadap pemendapan sedimen
terutamanya dalam proses pengangkutan pelbagai jenis beban dari bahagian hulu ke
hilir sungai (Frankie Marcus et al. 2016). Pemendapan juga akan berlaku apabila isipadu
air berkurangan terutamanya semasa musim kemarau yang panjang. Selain itu, sungai
yang sentiasa mengalir ke laut dan pemendapan sering berlaku di muara sungai lalu
membentuk delta. Terdapat pulau di sepanjang aliran sungai yang menjadi penghalang
kepada aliran sungai yang disebabkan oleh pemendapan berlaku.
13
MUARA SUNGAI
Muara sungai merujuk kepada bahagian hilir sungai yang berhubung dengan laut.
Muara sungai berfungsi sebagai pengeluaran debit sungai ke laut terutama ketika
berlakunya banjir. Muara sungai sering kali diumpamakan sebagai mulut sungai yang
terletak di bahagian hilir sungai yang langsung bertemu dengan laut. Konflik sering
berlaku disebabkan oleh pertemuan di antara arus, ombak, aliran sungai dan pasang
surut sering kali menimbulkan konflik. Pertembungan tersebut menyebabkan impak
ketidakstabilan terhadap profil muara sungai sehingga menghasilkan hakisan yang
serius di kiri dan kanan muara sungai tersebut. Muara sungai dianggap zon penapisan
dan pemendapan semulajadi bagi sedimen yang diangkut oleh aliran sungai. Muara
adalah persekitaran dinamik di mana banyak proses dan sumber sedimen bergabung
untuk mempengaruhi ciri muara. Sistem muara meliputi kawasan tadahan yang
mengalir terus ke muara melalui sungai dan aliran (proses fluvial) dan sistem laut pantai
terbuka di mana muara merupakan penghubung dalam sistem pantai terbuka (Mead &
Moores 2005).
PERIKANAN
Perikanan merujuk semua kegiatan yang melibatkan penangkapan, pemungutan,
penjualan, pembekalan dan pembiakan hidupan laut daripada lautan, pinggir pantai,
perairan pedalaman dan muara atas dasar komersil dan untuk kegunaan sendiri.
Terdapat tiga jenis aktiviti perikanan yang dijalankan di negara-negara Asia Pasifik iaitu
perikanan pinggir pantai, perikanan laut dalam dan perikanan akuakultur. Sejarah
berkenaan aktiviti perikanan pada peringkat permulaanya hanya berorientasikan sara
diri iaitu untuk memenuhi keperluan makanan harian keluarga sahaja. Namun, aktiviti
menangkap ikan mula berkembang dengan aktiviti memungut hasil-hasil laut di
kawasan pantai dan menangkap ikan dengan menggunakan lembing atau tombak.
Kemudian, peningkatan permintaan terhadap sumber perikanan telah mendorong
kepada penciptaan dan inovasi baru dalam teknologi perikanan. Hal ini bermula dengan
penciptaan rakit menggunakan kayu, buluh dan akar bagi membolehkan aktiviti
menangkap ikan dijalankan di sepanjang perairan pesisiran pantai. Selanjutnya,
peciptaan rakit beralih kepada pembinaan bot perikanan yang lebih besar dan efisien.
Justeru, aktiviti menangkap ikan dapat dilakukan di kawasan perairan yang lebih jauh
dari kawasan pantai.
Malaysia merupakan antara sebuah negara maritim dan dikelilingi laut seluas
614,000 kilometer persegi. Sumbangan perikanan kepada sektpr ekonomi negara tidak
dapat dipertikaikan lagi. Permintaan terhadap ikan sebagai sumber makanan terus
meningkat seiring dengan peningkatan penduduk. Permintaan ikan negara untuk tujuan
makanan pada tahun 2010 dianggarkan sebanyak 1,591,000 tan metrik (Ariff et al.
2011). Aktiviti perikanan di kawasan pinggir pantai Malaysia telah dieksploitasi pada
tahap yang maksimum, manakala bagi perikanan di laut dalam pula masih terdapat
banyak ruang untuk diterokai dan dibangunkan.
Selain itu, sektor perikanan ini juga telah membantu meningkatkan lagi industri
huluan dan hiliran yang berkaitan dengan perikanan seperti aktiviti pemprosesan ikan
kering, keropok ikan, membaiki bot dan pukat dan banyak lagi (Nurul Syuhadah &
14
Darunee 2018). Pengeluaran sektor perikanan yang kukuh dapat menjamin bekalan
protein yang menjadi salah satu sumber makanan utama untuk penduduk Malaysia
bahkan lebihannya boleh dieksport ke luar negara. Aktiviti mengeksport hasil perikanan
ini menggalakkan penyertaan masyarakat dalam menyumbang dalam sektor ekonomi
tempatan dengan menjana pendapatan negara.
Teknologi perikanan sering dikaitkan dengan perkembangan sektor perikanan.
Hal ini dapat dilihat dengan penggunaan teknologi seperti bilangan bot berenjin yang
lebih banyak, saiz bot yang lebih besar, teknologi penangkapan ikan yang lebih efektif
dan berskala besar dalam sektor perikanan adalah dengan bertambahnya output atau
hasil tangkapan ikan dari tahun ke tahun (Akbar Abd & Diyana 2009).
PEMENDAPAN SUNGAI
Terdapat beberapa kajian yang telah dijalankan sebelum ini berkenaan dengan
pemendapan yang berlaku di sungai yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan
status pengkaji.
Berdasarkan artikel kajian Rogers (1990) yang bertajuk Responses of Coral
Reefs and Reef Organisms to Sedimentation. Beliau berpendapat pemendapan
berlebihan boleh memberi kesan buruk terhadap struktur dan fungsi ekosistem terumbu
karang dengan mengubah proses fizikal dan biologi. Pemendapan yang dikategorikan
sebagai berat dikaitkan dengan spesies batu karang yang sedikit, terdapat banyak batu
karang yang mati, kadar pertumbuhan karang yang lebih rendah, bentuk yang
bercabang, pengurangan pengambilan karang, penurunan klasifikasi, penurunan
produktiviti karang, dan kadar pertumbuhan terumbu yang lebih perlahan. Pemendapan
dapat mengubah interaksi kompleks antara ikan dan habitat terumbu mereka. Ikan
merumput dapat menyelamatkan batu yang karang mati iaitu dengan memecah
kerangka kalsium karbonat dan menghasilkan sedimen dalam jumlah besar,
memberikan nutrien dalam sisa mereka dan merumput pada larva karang, sehingga
mempengaruhi struktur terumbu.
Seterusnya, menurut Anderson et al. (2004) dalam artikel kajianya Quantitative
Measures of Sedimentation in an Estuarine System and its Relationship with Intertidal
Soft-Sediment Infauna, peningkatan pemendapan dari perubahan penggunaan tanah di
kawasan pesisir merupakan kesan yang disebabkan oleh pembandaran manusia. Kajian
ini bertujuan untuk melihat potensi kesan pemendapan pada benthic infauna yang dikaji
secara kuantitatif di muara Okura, yang berada di pinggir utara pembangunan bandar di
Auckland, New Zealand. Peningkatan pemendapan yang disebabkan oleh aktiviti
manusia juga terbukti mempengaruhi muara dan kepelbagaian pantai di atas skala
spasial yang besar (100 km) dan kecil (cm). Ukuran secara fizikal dipilih kerana dapat
dicatat pada skala temporal dan spasial yang relevan dan yang mungkin terkait dengan
perubahan struktur pemasangan makrofaunal. Hanya dengan model tindak balas
organisma terhadap dinamika semula jadi sedimen ambien, hakisan dan penambahan
input sedimen dalam sistem muara memberi kesan kenaikan sedimentasi di masa depan
dan mudah untuk dinilai. Kesan yang berpotensi berlaku kepada komuniti makrofaunal
disebakan pemendapan sedimen dalam muara adalah lebih kecil seperti yang berlaku
secara semula jadi iaitu pada tempoh hujan lebat.
15
Selanjutnya, pemendapan di muara yang melebihi kadar semula jadi adalah
disebabkan oleh modifikasi kawasan tadahan dalam bentuk penebangan hutan,
pertanian, perhutanan dan pembandaran. Hal ini menyebabkan peningkatan kuantiti
sedimen. Daya tahan sedimen di kawasan tadahan untuk memasuki muara ditentukan
oleh beberapa faktor iaitu jenis tanah, penutup tumbuhan dan kecuraman di kawasan
tadahan air mengawal jumlah sedimen yang masuk ke sungai, sungai dan muara sungai
(Mead & Moores 2005).
Tumbuhan memainkan peranan penting dalam menghadkan pergerakan sedimen
dengan beberapa cara iaitu:
1. Tumbuhan bertindak sebagai penutup (baik kanopi hutan atau sampah di tanah)
mengurangkan jumlah hubungan langsung dengan sedimen yang terdedah.
2. Struktur tanah diperkukuhkan dengan adanya struktur akar yang mencengkam
tanah.
3. Air di dalam tanah diserap oleh tumbuh-tumbuhan melalui sistem akar. Dengan
struktur akar di dalam tanah, air dapat dicegah dari mencapai lapisan kedap dalam
jumlah yang cukup untuk menyebabkan hakisan.
Berdasarkan kajian artikel Mohd Ekhwan et al. (2012) iaitu Pengurusan Sedimen
Terhadap Sumber Air Bersepadu: Satu Kajian Kes Di Sungai Chini, Pekan Pahang.
Kajian ini berkisarkan tentang kesan sedimentasi terhadap pengurusan sumber air di
kawasan kajian selain menentukan kepekatan dan muatan sedimen di Sungai Chini
mengikut musim tertentu. Proses sedimentasi akan menyebabkan sungai menjadi
semakin cetek dan mungkin terus lenyap. Hal ini akan menyebabkan berlakunya banjir
kilat dan banjir besar di muara sesuatu saliran. Menurut Kennish (2019) dalam bukunya
yang bertajuk Ecology of Estuaries: Anthropogenic Effects, beliau menjelaskan bahawa
lapisan lumpur di kawasan muara adalah salah satu ekosistem semula jadi yang paling
produktif di bumi. Untuk memahami kepentingan pemendapan, perbandingan ukuran
dan kesannya dengan faktor persekitaran yang berpotensi perlu dilakukan. Pergerakan
sedimen dipengaruhi oleh keadaan umum angin dan air. Pemendapan sedimen boleh
berlaku di tempat yang berlainan di mana tenaga agen penghakisan menjadi rendah.
Pengkaji yang seterusnya adalah Mohd Khairul Amri et al. (2018) dalam jurnal
yang betajuk Evaluation of Annual Sediment Load Production in Kenyir Lake
Reservoir, Malaysia. Kajian ini bertujuan untuk mencadangkan kaedah pengurusan
pemendapan yang sesuai termasuk penyelesaian penggunaan tanah, masalah hakisan
tebing, penyelesaian dan rundingan operasi pembangunan yang tidak terkawal di Tasik
Kenyir dan kaedah pengurusan sungai dan tasik yang bersepadu berdasarkan
Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu (LHDNM) di Lembangan Tasik Kenyir.
Dari penyelidikan ini membuktikan masalah pemendapan di Tasik Kenyir bukan hanya
disebabkan oleh geomorfologi dan ciri hidrologi tetapi ia juga bergantung pada faktor
perubahan antropogenik dan iklim. Hasil daripada kajian yang dijalankan ini juga
mendapati kepekatan sedimen terampai yang tinggi mengalir ke anak sungai yang
mengalir ke Tasik Kenyir dapat menghalang penembusan cahaya, meningkatkan kos
rawatan air dan mengurangkan estetika dari badan air. Antara cadangan yang diberikan
oleh pengkaji ialah dalan pengurusan sedimentasi ialah mengembangkan kawasan zon
penampan yang bertindak untuk semua anak sungai dan badan air dan membina projek
perlindungan tebing sungai dengan kaedah kejuruteraan yang lembut di kawasan
16
berpotensi mengalami hakisan untuk mengurangkan masalah hakisan yang akan
membawa endapan mendapan. Selain itu, keadaan aliran di takungan juga perlu dibina
dengan mempunyai kestabilan untuk mengawal pemendapan sedimen. Selanjutnya
ialah memantau pemendapan di kawasan takungan semasa, aliran masuk sedimen masa
hadapan dan analisis pemendapan.
Selain itu, dalam kajian artikel oleh Kamaruzzaman et al. (2008) yang bertajuk
Perubahan Ciri-Ciri Sedimen Terhadap Musim dan Kadar Pemendapan di Hutan Paya
Bakau Setiu, Terengganu. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji ciri-ciri sedimen di
permukaan air terhadap musim dan dan kadar pengendapan yang berlaku di Hutan Paya
Bakau Setiu, Terengganu. Setiu mempunyai ekosistem yang pelbagai, dengan
melibatkan penggunaan sumber-sumber semulajadi, kepelbagaian biologi dan aktiviti
perikanan di sungai dan pesisir pantai. Kawasan Setiu terletak di garisan Khatulistiwa
yang lembap, di mana mempunyai kadar penurunan hujan yang tinggi ketika musim
monsun. Hasil kajian ini mendapati kadar pemendapan yang tinggi itu adalah
disebabkan oleh lokasinya yang terletak berhampiran dengan kawasan muara dan
dipengaruhi oleh 2 sumber kemasukan sedimen daripada sungai dan lautan. Kadar
kemasukan air sungai yang tinggi turut membawa banyak sedimen terampai ke dalam
kawasan paya bakau dan terperangkap pada akar pokok bakau. Selain itu faktor
ketidakmatangan pokok bakau yang mempunyai pneumatofor yang banyak turut
menyumbang kepada kadar pemendapan yang tinggi, di mana ianya berperanan
memerangkap sedimen dalam kuantiti yang besar.
GONDOK AIR/ KELADI BUNTING
Gondok air atau keladi bunting merupakan tumbuhan akuatik terapung yang tumbuh di
badan air tawar secara tetap atau bergerak. Gondok air telah menjadi salah satu rumpai
akuatik terburuk di dunia kerana kemampuannya untuk membentuk tikar terapung yang
padat di perairan permukaan badan air (Osmond & Petroeschevsky 2013). Tikar ini
memberi kesan yang besar kepada sungai, tanah lembap, tasik, empangan dan sistem
pengairan. Kualiti air sering terjejas dalam beberapa cara berikutan pencerobohan
gondok air. Tahap oksigen terlarut dikurangkan di bawah tikar terapung gondok air
dengan mengurangkan pemindahan oksigen semula jadi dari udara ke permukaan air.
Operasi dan penyelenggaraan yang buruk menyebabkan pertumbuhan gondok air dan
perangkap sedimen yang tidak berfungsi (Gurmu et al. 2019).
Terdapat banyak masalah dan variasi yang berpunca gondok air atau keladi
bunting. Pertama, ia membahayakan kesihatan dengan menjadi tempat pembiakan
jentik-jentik yang ideal. Gondok air juga mencemarkan sumber bekalan air melalui
pertumbuhan dan penguraiannya. Terdapat banyak ikan mati disebabkan kekurangan
dan pencemaran oksigen, dan tumbuhan akuatik yang sedia ada diganti di kawasan yang
diliputi sepenuhnya oleh gondok air (C.E. Timmer & L.W.Weldon 1966). Selain itu,
gondok air menghalang saliran dan aliran saluran air. Seterusnya, ia menggunakan air
melalui evapotranspirasi. Lebih banyak air akan hilang melalui evapotrasnpirasi dari
gondok air di takungan besar, kawasan pemuliharaan air, dan saluran pengairan yang
dibekalkan untuk tujuan penyimpanan.
17
Manakala, berdasarkan kajian artikel yang diterbitkan oleh UNEP (2013)
bertajuk Water Hyacinth-Can its Aggressive Invasion Controlled, kajian ini berkisarkan
tentang pengawalan pembiakan gondok air yang agresif. Dalam artikel ini, terdapat
senarai ancaman utama yang disebabkan oleh gondok air. Antaranya ialah pemusnahan
kepelbagaian biologi, penipisan oksigen dan penurunan kualiti air. Tempat pembiakan
makhluk perosak dan vektor terapung dan penyumbatan saluran air yang menghalang
pertanian, perikanan, rekreasi dan tenaga air.
Menurut Muhammad Irham Taufik et al. (2016) dalam kajian artikel yang
bertajuk The Methods of Preventing Water Hyacinth as Aquatic Pollution in Lake Toba
Caused by Agricultural Waste, kajian ini bertujuan untuk membincangkan langkah-
langkah yang dapat diambil untuk memelihara Danau Toba dari pencemaran sisa
pertanian. Terdapat beberapa langkah pencegahan gondok air iaitu yang pertama ialah
kaedah fizikal. Kaedah ini dijalankan dengan menggunakan pencegahan secara fizikal
iaitu dengan cara mengutip dan mengumpul tanaman gondok air yang dengan tangan
tanpa bantuan sokongan lain atau dengan tangan kosong. Yang kedua ialah kaedah
kimia. Kaedah ini adalah pencegahan yang dilakukan menggunakan bahan kimia seperti
racun herba melalui penyemburan larutan kimia di kawasan gondok air membiak. Yang
ketiga pula ialah kaedah mekanikal. Kaedah ini dilaksanakan sebagai langkah
pencegahan melalui penggunaan peralatan seperti membajak atau mengangkat gondok
air dari tanah atau kawasan pembiakannya.
Seterusnya ialah langkah yang keempat iaitu kaedah biologi. Kaedah ini
dijalankan dengan pencegahan yang tidak melibatkan campur tangan manusia iaitu
dengan cara menyebarkan organisma pemakan (herbivor). Organisma yang biasa
digunakan di perbagai perairan danau di Indonesia adalah ikan mas rumput atau
goldfish. Langkah yang kelima ialah kaedah gabungan. Kaedah ini adalah digunakan
dengan menggabungkan empat kaedah iaitu fizikal, kimia, mekanikal, biologi. Melalui
kaedah ini, kerja-kerja pencegahan dapat disiapkan dengan cepat, tetapi menyebabkan
kesan besar aktiviti mitigasi. Langkah yang terakhir ialah kaedah sosial. Kaedah ini
berfungsi kerjasama komuniti masyarakat. Setelah proses mengumpul dan mengutip
gondok air, masyarakat dapat membuat pelbagai jenis kraf tangan yang sesuai dengan
menggunakan gondok air tersebut.
AKTIVITI PERIKANAN
Frid dan Paramor (2012) dalam kajian yang bertajuk Feeding the world: What role for
fisheries. Walaupun pertanian dilihat beperanan besar dalam penyelesaian untuk krisis
makanan global, aktiviti perikanan juga tidak kurangnya dalam memberikan
sumbangan penting kepada manusia. Kajian ini bertujuan untuk meneliti bagaimana
sumbangan perikanan dapat disampaikan mengikut skala yang diperlukan selain
bagaimana kegiatan perikanan dapat dilakukan secara berterusan dan melindungi alam
sekitar dan ekosistem supaya dapat berfungsi dengan sihat. Negara-negara di Eropah
yang merupakan sebuah kawasan perikanan yang produktif dengan sejarah
perundangan perikanan telah membatasi pertumbuhan penduduk dan ekonomi maju
dapat membolehkan penduduk mendapatkan sumber makanan di pasar global.
Sebaliknya, negara China mempunyai populasi yang semakin meningkat dan
peningkatan dalam permintaan tenaga dan makanan per kapita. Ekonominya
18
berkembang pesat dan mempunyai sektor perikanan dan akuakultur yang semakin
membangun. Sebagai tambahan, sektor perikanan juga memberi kesan terhadap spesies
ikan sasaran dan bukan sasaran. Aktiviti perikanan yang tidak diurus dengan juga dapat
merosakkan ekosistem melalui pengubahsuaian jaring yang digunakan sehingga
menyebabkan kematian spesies bukan sasaran selain jenis alat penangkapan ikan yang
memberi kerosakan langsung pada habitat laut.
Pengkaji yang seterusnya ialah Lomonico et al. (2021) dengan kajian yang
bertajuk Opportunities for fishery partnerships to advance climate-ready fisheries
science and management. Kajian ini bertujuan untuk melihat jurang dan peluang sumber
dan kapasiti di sepanjang kitaran pengurusan perikanan adaptif dapat diisi melalui
perkongsian perikanan yang lebih efektif di antara agensi pengurusan, industri
perikanan dan sektor swasta. Perubahan iklim memberikan cabaran yang belum pernah
terjadi sebelumnya untuk sistem pengurusan perikanan kepada setiap negara di dunia
ini. Peningkatan kebolehubahan dan ketidakpastian persekitaran akibat perubahan iklim
menyebabkan peralihan produktiviti dan pengedaran spesies ikan dan memberikan
kesan sosial dan ekologi yang memerlukan pelaksanaan strategi pengurusan yang
adaptif dan tepat pada masa kini. Perubahan iklim tidak hanya mendorong perubahan
dalam ekosistem laut dan mengubah produktiviti dan pengedaran spesies ikan, tetapi ia
juga menguji kemampuan institusi perikanan dan pengurusan semasa untuk bertindak
balas dan menyesuaikan diri dengan perubahan. Perkembangan konsep strategi
perikanan yang bersedia terhadap iklim muncul dan direalisasikan mengikut kapasiti
dan perubahan pengurusan yang diperlukan untuk melaksanakan sepenuhnya strategi-
strategi ini. Perkongsian dan kerjasama perikanan perlu diperluas dan dirancang dengan
teliti dalam menghasilkan mekanisme untuk mengisi jurang kapasiti dan sumber daya
yang membatasi kesediaan iklim perikanan. Terdapat banyak manfaat yang boleh
diperolehi oleh agensi perikanan melalui perkongsian kerjasama perikanan termasuk
peningkatan dari segi kedudukan kewangan dan hubungan kerja yang lebih baik dengan
industri lain dan institusi akademik.
Sektor perikanan telah merupakan nadi dalam pembangunan sosial dan ekonomi
di Malaysia. Industri perikanan di laut dalam dan pinggir pantai merupakan salah satu
bidang yang menjadi penyumbang utama pendaratan ikan di negara Malaysia. Akbar
Abd dan Diyana (2009), dalam kajian yang bertajuk Analisis Faktor Yang
Mempengaruhi Hasil Tangkapan Ikan: Kajian Kes Di Perairan Sabak Bernam, Selangor
mengkaji masalah yang berlaku dalam industri perikanan akibat daripada hasil
pendaratan yang semakin berkurangan. Terdapat beberapa faktor-faktor yang diberi
penekanan oleh pengkaji adalah dari segi jenis bot yang digunakan untuk ke laut. Bot
yang digunakan oleh nelayan di kawasan kajian ini didapati masih pada tahap asas. Jenis
bot yang digunakan mempunyai pengaruh yang besar dalam mempengaruhi jumlah
tangkapan yang mampu dihasilkan. Ini dapat dilihat berdasarkan perbezaan jumlah
pendaratan yang dilaporkan oleh bot kecil berbanding bon besar yang berkeupayaan
untuk pergi ke zon yang lebih jauh. Faktor yang seterusnya, bilangan pekerja yang
diperlukan. Bilangan pekerja adalah salah satu faktor penting dalam mempengaruhi
jumlah tangkapan. Hal ini kerana dengan adanya bilangan pekerja yang ramai dalam
satu operasi penangkapan ikan maka pembahagian kerja boleh dilakukan dan seterusnya
kerja akan lebih mudah dan cepat. Faktor yang selanjutnya ialah tempoh masa berada
di perairan. Kebiasaanya nelayan pinggir pantai tidak mampu bertahan di perairan
terlalu lama disebabkan oleh faktor bekalan minyak, kebesaran enjin dan dan juga
19
kapasiti tangki yang dimiliki. Faktor yang terakhir ialah peningkatan terhadap teknologi
penangkapan. Proses penangkapan ikan yang berintensifkan teknologi sememangnya
dianggap dapat menghasilkan jumlah tangkapan yang berlipat kali ganda. Hal ini
disebabkan teknologi memudahkan kerja-kerja penangkapan ikan selain dapat
meningkatkan jumlah tangkapan pada masa yang lebih singkat berbanding tradisional.
Selain itu, Nurul Syuhadah dan Darunee (2018) dalam kajian yang bertajuk
Analisis Faktor yang Mempengaruhi Kekurangan Penawaran Perikanan di Malaysia:
Kajian Kes di Kuala Pulau Betong, Pulau Pinang. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji
faktor yang menyebabkan pengeluaran perikanan yang semakin berkurangan. Kajian
ini juga memfokuskan kepada mengenalpasti langkah yang digunakan oleh negara luar
seperti Jepun dan Norway dalam aktiviti perikanan dan mengimplementasikannya di
Malaysia. Faktor-faktor yang diberi penekanan oleh pengkaji dalam kekurangan
penawaran ikan di kawasan kajian ialah masalah perubahan cuaca. Perubahan cuaca
yang sukar diramalkan pada masa kini menyukarkan nelayan untuk beroperasi dan
menghadkan pergerakan merak untuk pergi ke laut. Faktor seterusnya ialah pencemaran
laut. Pencemaran banyak berlaku di kawasan barat daya Pulau Pinang. Hal ini
dipercayai berpunca daripada kapal yang membawa lumpur (selut) dari tapak projek di
Tanjung Tokong. Faktor yang selanjutnya ialah rondaan di lautan jarang dilakukan
kerana kekurangan peruntukan minyak yang digunakan untuk membuat rondaan.
MARITIM hanya akan membuat pemantauan jika berlaku panggilan kecemasan atau
laporan daripada nelayan. Faktor berikutnya ialah masalah pencerobohan kapal asing.
Pencerobohan nelayan asing kebiasaannya daripada negara jiran seperti Indonesia dan
Thailand. Kapal-kapal ini kebanyakannya tidak berlesen maka mereka menceroboh
perairan Malaysia untuk menangkap ikan.
Manakala operasi perikanan di negara Jepun mengamalkan sistem pengurusan
perikanan yang berasaskan komuniti. Kerajaan berkongsi kuasa, tanggungjawab
berkaitan maklumat dan pembuatan keputusan dengan penduduk bagi membolehkan
mereka rasa lebih dihargai dalam sektor perikanan. Jepun mengaplikasikan sistem
jumlah usaha yang dibenarkan. Sistem ini membenarkan semua nelayan mengusahakan
tangkapan pada kadar yang sama. Seterusnya ialah Norway yang merupakan negara
yang unggul dalam dunia perikanan. Norway mengamalkan kawalan tangkapan juga
dikenali sebagai kawalan output. Kawalan pengeluaran adalah untuk mengehadkan saiz
tangkapan, mengurangkan kematian ikan, dan termasuk jumlah tangkapan yang
dibenarkan, kuota individu dan had tangkapan kapal.
KESIMPULAN
Kesimpulan bab ini membincangkan berkenaan dengan keterangan definisi dan konsep,
pemendapan, muara sungai dan perikanan. Setiap konsep pemendapan sungai dan
konsep perikanan di Malaysia diterangkan secara mendalam dan untuk pemahaman
yang lebih jelas serta diselitkan dengan kajian lepas. Selain itu, setiap definisi dan
konsep dibincangkan secara terperinci mengikut susunan kata kunci dalam tajuk kajian
agar lebih sistematik dan teratu
20
BAB
IV
DEMOGRAFI PENDUDUK
PENGENALAN
Pemendapan muara sungai merupakan proses semula jadi yang berterusan. Walau
bagaimanapun, terdapat banyak keadaan atau aktiviti di daratan yang mempercepatkan
proses pemendapan di muara sungai. Muara sangat penting kepada ekonomi perairan
pesisir pantai. Muara sungai menyediakan perlindungan untuk banyak tumbuhan dan
haiwan yang meningkatkan biodiversiti. Terdapat banyak burung, mamalia, ikan dan
hidupan liar lain menggunakan muara sungai sebagai tempat tinggal, mendapatkan
sumber makanan dan membiak. Muara adalah persekitaran dinamik di mana banyak
proses dan sumber sedimen bergabung untuk mempengaruhi ciri-ciri muara. Sistem
muara meliputi kawasan tadahan yang mengalir terus ke muara melalui sungai dan
sistem marin terbuka di mana muara merupakan penghubung dalam sistem pantai
terbuka (Mead & Moores 2005). Air tawar di sungai kurang tumpat berbanding air laut
dan terapung di atas air laut. Oleh itu, apabila sedimen yang memasuki kawasan muara
ia terhenti bersama air sungai tetapi dapat dialirkan ke laut dengan cepat. Walau
bagaimanapun, zarah-zarah yang lebih berat akan jatuh dan tenggelam ke dasar ketika
aliran memenuhi air masin. Hal ini menyebabkan pemendapan sedimen paling besar
berlaku di kawasan muara sungai.
Aktiviti perikanan merupakan antara kegiatan ekonomi yang sangat penting
kepada penduduk yang tinggal di kawasan Sungai Batang Oya memandang terdapat
sebilangan besar penduduk yang berkerja sebagai nelayan sungai ataupun laut. Kejadian
pemendapan yang aktif di muara Sungai Batang Oya bukan hanya memberi kesan
kepada sumber ekonomi para nelayan tetapi ia juga memberi kesan kepada peraih,
pemborong, pembekal, penjual yang tidak mampu untuk memenuhi permintaan
pengguna di pasaran tempatan.
LATAR BELAKANG RESPONDEN
Bahagian ini akan menjelaskan secara terperinci mengenai demografi atau latar
belakang responden yang telah diperolehi hasil daripada pengedaran boring soal selidik.
Latar belakang responden ini melibatkan kriteria tertentu seperti jantina, umur, bangsa,
agama, tahap pendidikan, pekerjaan pendapatan bulanan dan status perkahwinan.
25
Jadual 4.1 Latar Belakang Responden
Kategori Bilangan (Orang) Peratusan (%)
Jantina 46 92
Lelaki 48
Perempuan 50 100
Jumlah
48
Umur 10 20
20-29 Tahun 28 56
30-39 Tahun 6 12
40-49 Tahun 24
50-59 Tahun 50 100
60-69 Tahun
Jumlah 36
00
Bangsa 36
Melayu 44 88
India 50 100
Cina
Melanau 47 94
Jumlah 00
36
Agama 00
Islam 50 100
Hindu
Buddha
Lain-lain
Jumlah
Tahap Pendidikan 18 36
Tidak Bersekolah 17 34
Sekolah Rendah 14 28
Sekolah Menengah 1 2
Sijil/ Diploma 0 0
Ijazah Sarjana Muda 0 0
Ijazah Sarjana/ PHD 50 100
Jumlah
39 78
Pekerjaan 7 14
Nelayan 4 8
Peraih atau Pemborong 50 100
Pembekal
Jumlah 45 90
5 10
Pendapatan Bulanan 0 0
RM2,500 ke bawah 0 0
RM2,501 - RM3,169 50 100
RM3,170 - RM3,969
RM3,970 – RM4,849 26
Jumlah
Status Perkahwinan 18 36
Bujang 29 58
Berkahwin 3 6
Duda/ Janda 50 100
Jumlah
Sumber: Dapatan Lapangan 2021
JANTINA
Jadual 4.1 menunjukkan peratusan bagi jantina responden yang dipilih bagi kajian ini.
Hasil daripada analisis menunjukkan bahawa jumlah responden lelaki adalah lebih
tinggi berbanding responden perempuan. Responden lelaki mencatatkan jumlah
sebanyak 92 peratus iaitu 46 responden, manakala responden perempuan pula sebanyak
8 peratus iaitu 4 orang responden. Jumlah responden lelaki lebih tinggi berbanding
perempuan adalah disebabkan penglibatan kaum lelaki yang sangat tinggi dalam sector
perikanan khususnya responden yang bekerja sebagai nelayan. Pada masa kini,
penglibatan perempuan dalam aktviti perikanan sangat jarang, lebih-lebih lagi untuk
bekerja sebagai nelayan yang memerlukan tenaga yang banyak disebabkan beban kerja
yang berat. Hal ini menyebabkan aktiviti perikanan sering kali didominasi oleh kaum
lelaki.
UMUR
Jadual 4.1 menunjukkan peratusan umur responden yang telah dianalisis di kawasan
kajian. Responden yang berumur di antara 40 hingga 49 tahun mencatatkan jumlah yang
tertinggi iaitu 56 peratus atau 28 orang responden. Manakala, responden yang berumur
di antara 60 hingga 69 tahun mencatatkan nilai yang paling rendah iaitu 4 peratus atau
2 orang responden. Selain itu, responden yang berumur di antara 50 hingga 59 tahun
adalah sebanyak 12 peratus atau 6 orang responden. Responden yang berumur 30
hingga 39 tahun pula sebanyak 20 peratus atau 10 orang responden. Manakala,
responden yang berumur 20 hingga 29 tahun mencatatkan nilai sebanyak 8 peratus atau
4 orang responden. Rajah 4.2 menunjukkan bahawa aktiviti perikanan didominasi oleh
golongan yang berumur 40 tahun sehingga 60 tahun. Generasi muda dilihat kurang
berminat untuk melibatkan diri dalam bidang perikanan. Hal ini dapat dibuktikan
dengan hanya 8 peratus sahaja individu yang berumur 20-29 tahun yang terlibat dalam
aktiviti perikanan.
BANGSA
Terdapat 5 kategori bangsa yang disenaraikan di Jadual 4.1 iaitu Melayu, India, Cina,
Melanau dan Lain-lain. Bangsa Melanau mencatatkan nilai peratusan yang tertinggi
iaitu sebanyak 88 peratus atau 44 orang daripada keseluruhan responden. Manakala,
bangsa Melayu dan Cina pula masing-masing sebanyak 6 peratus atau 3 orang
responden bagi setiap bangsa. Berdasarkan rajah tersebut menunjukkan kaum Melanau
27
dilihat mendominasi aktiviti perikanan di daerah kecil Oya. Hal ini disebabkan hampir
keseluruhan penduduk di Daerah Kecil Oya merupakan kaum Melanau.
AGAMA
Berdasarkan Jadual 4.1 menunjukkan peratusan agama responden dalam sampel kajian
ini. Seperti yang dijelaskan pada jadual tersebut, responden yang dipilih hanya terdiri
daripada 2 agama sahaja iaitu Islam dan Buddha. Responden yang beragama Islam
mencatat nilai yang paling tertinggi iaitu sebnyak 94 peratus atau 47 orang. Manakala,
responden yang beragama Buddha pula sebanyak 6 peratus atau 3 orang. Selain itu,
tiada responden yang beragama Hindu atau lain-lain agama dicatatkan dalam kajian ini.
TAHAP PENDIDIKAN
Hasil daripada analisis yang dijalankan mendapati responden yang tidak mempunyai
apa-apa kelulusan atau tidak bersekolah mencatatkan nilai yang paling tinggi iaitu 36
peratus atau 18 orang responden. Responden yang yang mempunyai taraf pendidikan
Sekolah Rendah pula sebanyak 34 peratus atau 17 orang. Selain itu, responden yang
mempunyai taraf pendidikan di Sekolah Menengah adalah sebnyak 28 peratus atau 14
orang. Terdapat hanya seorang responden yang mempunyai latar pendidik tinggi iaitu
Sijil/ Diploma yang mewakili 2 peratus daripda keseluruhan responden. Tiada
responden yang mempunyai tahap pendidikan Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana/
PHD yang untuk responden kajian ini.
PEKERJAAN
Berdasarkan Jadual 4.1, terdapat 3 jenis pekerjaan yang disenaraikan iaitu Nelayan,
Peraih atau Pemborong dan Pembekal. Majoriti responden berkerja sebagai nelayan
dengan jumlah sebanyak 78 peratus atau 39 orang seperti yang ditunjukkan di rajah 4.6.
Manakala, responden yang bekerja sebagai peraih atau pemborong mencatatkan nilai
sebanyak 14 peratus atau 7 orang. Responden yang bekerja sebagai pembekal pula
sebanyak 8 peratus atau 4 orang responden.
PENDAPATAN BULANAN
Jadual 4.1 menunjukkan peratusan Pendapatan Bulanan Responden di kawasan kajian.
Kategori pendapatan tersebut adalah berdasarkan klasfikasi pengkelasan pendapatan di
bawah B40. Terdapat 90 peratus atau 45 orang responden di dalam kajian ini
mempunyai pendapatan RM2,500 ke bawah yang iaitu terletak pada kategori B1 dalam
kumpulan B40. B1 merupakan kategori pendapatan yang terendah yang diperkenal dan
ditafsirkan oleh Jabatan Statistik Negara. Manakala, terdapat 10 peratus atau 5 orang
responden yang berpendapatan antara RM2,501 - RM3,169 yang di bawah kategori B2.
Selain itu, tiada responden yang mempunyai pendapatan bulanan di bawah kategori B3
iaitu RM3,170 - RM3,969 dan B4 dengan pendapatan sebanyak RM3,970 - RM4,849.
28
STATUS PERKAHWINAN
Terdapat 3 kategori Status Perkahwinan yang disenaraikan pada Jadual 4.1 iaitu Bujang,
Berkahwin dan Duda/ Janda. Majoriti responden sudah berkahwin iaitu sebanyak 58
peratus atau 29 orang responden. Manakala, responden yang berstatus bujang pula
sebanyak 36 peratus atau 18 orang. Responden yang berstatus duda/ janda pula
sebanyak 6 peratus atau 3 orang daripada keseluruhan responden.
29
BAB
V
IMPAK DAN FAKTOR PEMENDAPAN MUARA SUNGAI TERHADAP
AKTIVITI PERIKANAN
IMPAK PEMENDAPAN MUARA SUNGAI TERHADAP AKTIVITI
PERIKANAN
Pemendapan muara sungai merupakan proses semula jadi yang berterusan. Walau
bagaimanapun, terdapat banyak keadaan atau aktiviti di daratan yang mempercepatkan
proses pemendapan di muara sungai. Muara sangat penting kepada ekonomi perairan
pesisir pantai. Muara sungai menyediakan perlindungan untuk banyak tumbuhan dan
haiwan yang meningkatkan biodiversiti. Terdapat banyak burung, mamalia, ikan dan
hidupan liar lain menggunakan muara sungai sebagai tempat tinggal, mendapatkan
sumber makanan dan membiak. Muara adalah persekitaran dinamik di mana banyak
proses dan sumber sedimen bergabung untuk mempengaruhi ciri-ciri muara. Sistem
muara meliputi kawasan tadahan yang mengalir terus ke muara melalui sungai dan
sistem marin terbuka di mana muara merupakan penghubung dalam sistem pantai
terbuka (Mead & Moores 2005). Air tawar di sungai kurang tumpat berbanding air laut
dan terapung di atas air laut. Oleh itu, apabila sedimen yang memasuki kawasan muara
ia terhenti bersama air sungai tetapi dapat dialirkan ke laut dengan cepat. Walau
bagaimanapun, zarah-zarah yang lebih berat akan jatuh dan tenggelam ke dasar ketika
aliran memenuhi air masin. Hal ini menyebabkan pemendapan sedimen paling besar
berlaku di kawasan muara sungai.
Aktiviti perikanan merupakan antara kegiatan ekonomi yang sangat penting
kepada penduduk yang tinggal di kawasan Sungai Batang Oya memandang terdapat
sebilangan besar penduduk yang berkerja sebagai nelayan sungai ataupun laut. Kejadian
pemendapan yang aktif di muara Sungai Batang Oya bukan hanya memberi kesan
kepada sumber ekonomi para nelayan tetapi ia juga memberi kesan kepada peraih,
pemborong, pembekal, penjual yang tidak mampu untuk memenuhi permintaan
pengguna di pasaran tempatan.
Bab ini akan menerangkan hasil perolehan daripada persoalan kajian serta
analisis borang soal selidik yang telah diedarkan kepada penduduk yang tinggal di
Kawasan Sungai Batang Oya. Borang soal selidik telah Berjaya diedarkan kepada 50
orang responden yang terpilih dan terdiri daripada pelbagai latar belakang dan terlibat
dalam aktiviti perikanan.
KESAN PEMENDAPAN TERHADAP SUNGAI
Jadual 5.1 menunjukkan maklum balas responden berkenaan kesan pemendapan
terhadap Sungai Batang Oya. Berdasarkan penyataan yang pertama iaitu muara Sungai
Batang Oya semakin cetek. Seramai 98 peratus responden yang sangat bersetuju
terhadap penyataan tersebut. Manakala, terdapat hanya 2 peratus responden yang
30
memberi maklum balas setuju bahawa muara Sungai Batang Oya semakin cetek. Hal
ini disebabkan majoriti responden yang memberi maklum balas ini merupakan para
nelayan yang sering melalui muara sungai jika hendak pergi dan masuk kembali ke jeti
perikanan. Justeru, mereka sangat memahami keadaan atau situasi semasa muara sungai
yang terkini.
Jadual 5.1 Kesan Pemendapan Terhadap Sungai
Penyataan Sangat Tidak Tidak Setuju Tidak Pasti Setuju Sangat
Setuju Setuju
Muara Sungai Bil % Bil % Bil % Bil %
Batang Oya semakin Bil % 00 00 12 49 98
cetek 44 88
00 45 90
Bot sukar untuk 0 0 0 0 0 0 6 12 43 86
45 90
melalui muara sungai
31 62
Berlaku kepupusan 0 0 0 0 0 0 5 10
hidupan sungai dan 30 60
laut
Pencemaran air 0 0 0 0 1 2 6 12
sungai disebabkan
pemendapan
Kualiti air sungai
mempengaruhi hasil 0 0 0 0 0 0 5 10
tangkapan
Gondok air atau
keladi bunting
menjadi salah satu
agen pemendapan 0 0 0 0 2 4 17 34
dan menyebabkan
hasil tangkapan
semakin berkurang
Gondok air
menghalang cahaya
matahari untuk
sampai ke dasar 0 0 00 2 4 18 36
sungai dan
menyukarkan ikan
mendapatkan
oksigen di
permukaan air
31
Gondok air yang 3 6 11 22 30 60
telah mati dan
termendap di dasar 0 0 6 12
sungai dan laut
menyebabkan
terumbu karang
rosak
Petunjuk: Bil = Bilangan (Orang), % = Peratusan
Sumber: Dapatan Lapangan 2021
Seramai 88 peratus responden yang menyatakan sangat setuju bahawa bot sukar
untuk melalui muara Sungai Batang Oya. Manakala, terdapat 12 peratus atau 6 orang
responden yang menyatakan setuju terhadap pernyataan tersebut. Nelayan terpaksa
menggunakan pengalaman dan kepakaran yang ada untuk memastikan bot tidak
tersangkut pada dasar sungai ketika melalui muara sungai. Namun, pengalaman dan
kepakaran dalam mengendalikan bot bukanlah jaminan kepada nelayan untuk sentiasa
berjaya melalui kawasan muara sungai untuk pergi ke laut.
Selanjutnya, majoriti responden iaitu sebanyak 90 peratus sangat setuju terhadap
penyataan berlaku kepupusan hidupan sungai dan laut. Terdapat 10 responden pula
yang hanya menyatakan setuju terhadap penyataan tersebut. Hal ini dapat disimpulkan
bahawa keseluruhan responden berpendapat bahawa kepupusan hidupan sungai laut
sememangnya berlaku. Responden-responden yang memberi maklum balas ini terdiri
daripada nelayan, peraih, pemborong dan pembekal yang merupakan pihak yang terlibat
secara langsung dengan aktiviti perikanan hampir setiap hari dalam kehidupan mereka.
Setiap hasil laut yang diperolehi oleh nelayan akan sampai ke tangan peraih atau
pemborong terlebih dahulu sebelum dibeli oleh pembekal. Justeru, pihak-pihak ini sedar
akan jumlah dan kualiti hasil laut di Sungai Batang Oya.
Berikutnya, terdapat 86 peratus responden yang menyatakan sangat setuju
dengan penyataan pencemaran air sungai disebabkan pemendapan. Responden yang
menyatakan setuju pula sebanyak 12 peratus daripada keseluruhan responden.
Manakala, terdapat 2 peratus responden yang menyatakan tidak pasti terhadap
pencemaran air sungai disebabkan pemendapan. Responden yang menyatakan tidak
pasti ini merupakan responden yang bekerja sebagai pembekal hasil perikanan. Hal ini
menunjukkan bahawa pembekal tidak mempunyai pengetahuan berkenaan keadaan
sungai memandang responden ini hanya mendapatkan hasil laut daripada pihak peraih
atau pemborong tanpa perlu turun sendiri ke sungai atau laut untuk menjalankan aktiviti
penangkapan ikan.
Selain itu, terdapat 90 peratus responden yang menyatakan sangat setuju
terhadap penyataan kualiti air sungai mempengaruhi hasil tangkapan. Manakala,
terdapat 10 peratus responden yang memberi maklum balas setuju terhadap penyataan
tersebut. Hasil analisis ini menunjukkan bahawa keseluruhan responden bersetuju
bahawa kualiti air sungai mempengaruhi hasil tangkapan ikan.
Penyataan yang seterusnya ialah gondok air atau keladi bunting menjadi salah
satu agen pemendapan dan menyebabkan hasil tangkapan semakin berkurang. Terdapat
32
62 peratus responden yang menyatakan sangat setuju terhadap penyataan tersebut,
manakala terdapat 34 peratus responden pula yang menyatakan setuju. Selain itu,
terdapat 4 peratus responden yang yang tidak pasti bahawa gondok air atau keladi
bunting menjadi salah satu agen pemendapan dan menyebabkan hasil tangkapan
semakin berkurang.
Seterusnya, terdapat 60 peratus responden yang menyatakan sangat setuju
terhadap penyataan gondok air menghalang cahaya matahari untuk sampai ke dasar
sungai dan menyukarkan ikan mendapatkan oksigen di permukaan air. Manakala,
terdapat 36 peratus responden yang menyatakan setuju terhadap penyataan tersebut.
Selain itu, terdapat juga responden yang menyatakan tidak setuju terhadap penyataan
tersebut iaitu sebanyak 4 peratus daripada keseluruhan responden. Gondok air mampu
untuk menutupi keseluruhan sungai jika bilangan cukup besar dan banyak memandang
tumbuhan ini timbul di permukaan air dan mampu bertahan hidup pada waktu yang
cukup lama.
Terdapat 60 peratus responden yang menyatakan sangat setuju terhadap
penyataan gondok air yang telah mati dan termendap di dasar sungai dan laut
menyebabkan terumbu karang rosak. Responden yang menyatakan setuju terhadap
penyataan tersebut pula sebanyak 22 peratus. Selain itu, terdapat responden yang tidak
pasti bahawa gondok air yang telah mati dan termendap di dasar sungai dan laut
menyebabkan terumbu karang rosak iaitu sebanyak 6 peratus. Manakala, terdapat juga
responden yang menyatakan tidak setuju terhadap penyataan ini iaitu sebanyak 12
peratus daripada keseluruhan responden yang memberi maklum balas. Kebiasaannya
para nelayan yang menyedari dan melihat sendiri keadaan gondok air yang telah mati
khususnya di pantai dan di laut sekiranya gondok masih belum tenggelam ke dasar.
KESAN PEMENDAPAN TERHADAP NELAYAN
Jadual 5.2 menunjukkan maklum balas responden mengenai kesan pemendapan
terhadap nelayan. Sebanyak 80 responden yang menyatakan sangat setuju terhadap
penyataan bot hanya boleh masuk ke jeti sungai pada waktu air pasang. Manakala,
terdapat 10 peratus responden yang menyatakan setuju terhadap penyataan tersebut.
Terdapat juga responden yang menyatakan tidak pasti iaitu sebanyak 6 peratus daripada
keseluruhan responden. Selain itu, terdapat 4 peratus responden yang tidak setuju
bahawa bot hanya boleh masuk ke jeti sungai pada waktu air pasang.
Jadual 5.2 Kesan Pemendapan Terhadap Nelayan
Penyataan Sangat Tidak Tidak Setuju Tidak Pasti Setuju Sangat
Setuju Bil % Bil % Bil % Setuju
Bot hanya boleh 36 5 10 Bil %
masuk ke jeti sungai Bil %
pada waktu air 40 80
pasang 0024
33
Kerosakan pada bot
disebabkan dasar 0 0 1 2 5 10 6 12 38 76
sungai yang cetek
Nelayan di Sungai
Batang Oya sering 0 0 0 0 0 0 7 14 43 86
karam di muara
sungai
Bot terpaksa
bersadai di pantai 0 0 0 0 5 10 9 18 36 72
sekiranya air telah
surut untuk masuk
ke jeti sungai
Modal minyak untuk
turun ke laut tidak 0 0 0 0 4 8 7 14 39 78
dapat ditanggung
melalui hasil
tangkapan
Nelayan sungai turut
mengalami masalah
dalam aktiviti 0 0 6 12 2 4 6 12 36 72
menangkap udang
atau ikan
Nelayan terpaksa
berhati-hati dalam
memandu bot untuk
mengelak gondok air 0 0 0 0 4 8 7 14 39 78
yang terlalu banyak
menutupi permukaan
air
Nelayan tidak dapat
melihat kehadiran
batang-batang kayu 0 0 0 0 4 8 14 28 32 64
besar yang hanyut
disebabkan gondok
air
Petunjuk: Bil = Bilangan (Orang), % = Peratusan
Sumber: Dapatan Lapangan 2021
Seterusnya, terdapat 76 peratus responden yang menyatakan sangat setuju
terhadap penyataan kerosakan pada bot disebabkan dasar sungai yang cetek. Responden
yang menyatakan setuju pula sebanyak 12 peratus daripada keseluruhan responden.
Manakala, terdapat juga responden yang menyatakan tidak pasti iaitu sebanyak 10
peratus dan responden yang tidak setuju pula sebanyak 2 peratus terhadap penyataan
kerosakan pada bot disebabkan dasar sungai yang cetek. Hasil daripada analisis
mendapati responden yang menyatakan tidak pasti iaitu 10 peratus dan 2 peratus
responden tidak setuju merupakan responden yang bekerja sebagai peraih atau
pemborong dan pembekal. Kategori pekerjaan ini tidak memerlukan bot untuk
34
menjalankan operasi perikanan mereka memandang pihak ini hanya perlu mendapatkan
hasil laut daripada nelayan.
Selanjutnya, majoriti responden yang memberi maklum balas sangat setuju
terhadap penyataan nelayan di Sungai Batang Oya sering karam di muara sungai iaitu
sebanyak 86 peratus. Manakala, responden yang menyatakan setuju pula sebanyak 14
peratus daripada keseluruhan responden. Kejadian karam di muara sungai Batang Oya
sering kali menjadi berita hangat yang akan menjadi bualan penduduk tempatan
memandang kejadian ini merupakan musibah besar khususnya kepada para nelayan
yang terpaksa menanggung kerugian yang sangat tinggi. Justeru, kejadian karam
sentiasa sampai ke pengetahuan majoriti penduduk yang tinggal di Sungai Batang Oya.
Berikutnya, terdapat 72 peratus responden yang menyatakan sangat setuju
terhadap penyataan bot terpaksa bersadai di pantai sekiranya air telah surut untuk masuk
ke jeti sungai. Responden yang menyatakan setuju terhadap penyataan ini pula
sebanyak 18 peratus. Manakala, responden yang menyatakan tidak pasti pula sebanyak
10 peratus daripada keseluruhan responden. Majoriti responden yang bekerja sebagai
nelayan bersetuju dengan pernyataan ini melalui pengalaman dalam mengendalikan bot
hampir setiap hari keluar dan masuk ke jeti untuk kegiatan perikanan yang dijalankan.
Selain itu, majoriti responden yang menyatakan sangat setuju terhadap
penyataan modal minyak untuk turun ke laut tidak dapat ditanggung melalui hasil
tangkapan iaitu sebanyak 78 peratus. Responden yang menyatakan setuju pula
mencatatkan peratusan sebanyak 14 peratus. Manakala, responden yang menyatakan
tidak pasti pula sebanyak 8 peratus daripada keseluruhan responden. Sebanyak 8 peratus
responden yang menyatakan tidak pasti ini berlatarkan pekerjaan sebagai peraih atau
pemborong dan pembekal. Justeru, responden yang mempunyai pekerjaan tidak
mempunyai pengetahun tentang modal minyak yang digunakan oleh para nelayan untuk
setiap kali turun ke laut.
Penyataan nelayan sungai turut mengalami masalah dalam aktiviti menangkap
udang atau ikan menunjukkan majoriti responden menyatakan sangat setuju
mencatatkan peratusan sebanyak 72 peratus. Terdapat 2 peratus responden pula yang
menyatakan setuju untuk penyataan tersebut. Selain itu, terdapat 4 peratus respoden
yang menyatakan tidak pasti bahawa nelayan sungai turut mengalami masalah dalam
aktiviti menangkap udang atau ikan. Manakala, terdapat 12 peratus daripada
keseluruhan responden yang menyatakan tidak setuju terhadap penyataan tersebut.
Seterusnya, terdapat 78 peratus responden yang menyatakan sangat setuju
terhadap penyataan nelayan terpaksa berhati-hati dalam memandu bot untuk mengelak
gondok air yang terlalu banyak menutupi permukaan air. Responden yang menyatakan
setuju pula sebanyak 14 peratus terhadap penyataan tersebut. Manakala, responden
yang menyatakan tidak pasti pula sebanyak 8 peratus.
Akhir sekali, terdapat 64 peratus responden yang menyatakan sangat setuju
terhadap penyataan nelayan tidak dapat melihat kehadiran batang-batang kayu besar
yang hanyut disebabkan gondok air. Selain itu, responden yang menyatakan setuju pula
mencatatkan peratusan sebanyak 28 peratus. Manakala, responden yang menyatakan
tidak pasti terhadap penyataan tersebut pula mencatatkan 8 peratus daripada
35
keseluruhan responden. Sungai Batang Oya merupakan sungai yang mempunyai
banyak batang-batang kayu besar yang hanyut disebabkan oleh kerja-kerja pembalakan
dan penebangan pokok-pokok di kawasan tebing sungai. Hal ini sangat berbahaya
kepada bot-bot para nelayan yang perlu sentiasa berhati-hati supaya tidak melanggar
batang-batang kayu ini yang boleh menyebabkan kerosakan pada bot. Kehadiran
gondok air yang terlalu banyak kuantitinya menyebabkan penglihatan nelayan terjejas
semasa menggunakan bot disebabkan permukaan air ditutupi oleh gondok air.
KESAN PEMENDAPAN TERHADAP PERAIH, PEMBORONG DAN
PEMBEKAL
Rajah 5.1 menunjukkan maklum balas responden berkenaan dengan kesan pemendapan
sungai terhadap peraih, pemborong dan pembekal. Berdasarkan rajah tersebut, terdapat
74 peratus atau 37 orang responden yang menyatakan sangat setuju terhadap penyataan
hasil tangkapan tidak dapat memenuhi kehendak pengguna. Manakala, sebanyak 26
peratus atau 13 orang responden daripada keseluruhan responden yang menyatakan
setuju untuk pernyataan tersebut.
Rajah 5.1 Kesan Pemendapan Terhadap Peraih, Pemborong dan Pembekal
Seterusnya, terdapat 72 peratus atau 36 orang responden yang menyatakan
sangat setuju terhadap penyataan hasil tangkapan tidak dapat memenuhi keperluan diri
dan keluarga. Manakala, terdapat 14 orang responden atau sebanyak 28 peratus
responden daripada keseluruhan responden yang menyatakan setuju terhadap penyataan
tersebut. Hal ini menunjukkan bahawa keseluruhan responden bersetuju bahawa hasil
tangkapan nelayan tidak dapat memenuhi keperluan responden khususnya peraih,
36
pemborong dan pembekal sama ada untuk menjadi sumber makanan keluarga atau
dijadikan jualan bagi mendapatkan wang bagi menanggung kos kehidupan.
Selanjutnya, majoriti responden menyatakan sangat setuju terhadap penyataan
peraih, pemborong dan pembekal semakin kekurangan bekalan ikan dan hasil laut yang
lain iaitu sebanyak 86 peratus atau 43 orang responden. Manakala, terdapat 28 peratus
atau 14 orang responden yang menyatakan setuju terhadap penyataan tersebut.
Kekurangan bekalan ikan dan hasil laut oleh peraih, pemborong dan pembekal pasti
akan memberi kesan terhadap aktiviti perniagaan dan menyebabkan kedudukan
kewangan pihak tersebut semakin merosot. Keseluruhan responden menunjukkan
maklum balas yang bersetuju bahawa peraih, pemborong dan pembekal sedang
mengalami kekurangan bekalan ikan dan hasil laut yang menjadi punca utama
pendapatan mereka.
Berikutnya, terdapat 88 peratus atau 44 orang responden yang menyatakan
sangat setuju terhadap penyataan kualiti dan saiz hasil laut dan sungai yang tidak
memuaskan. Manakala, terdapat 12 peratus atau 6 orang daripada keseluruhan
responden yang menyatakan setuju terhadap penyataan tersebut. Keseluruhan
responden bersetuju bahawa kualiti dan saiz hasil serta sungai tidak memuaskan. Tiada
lagi proses penggredan yang dilakukan oleh para nelayan semasa menangkap hasil laut
disebabkan kesukaran untuk mendapatkan hasil yang betul-betul berkualiti dan saiz
tangkapan yang memuaskan. Proses penggredan merujuk kepada nelayan boleh
membunuh dan membuang ikan yang saiz dan kualitinya tidak memberi harga yang
tinggi.
FAKTOR YANG MENYEBABKAN PEMENDAPAN DI MUARA SUNGAI
FAKTOR AKTIVITI MANUSIA
Rajah 5.2 menunjukkan maklum balas responden berkenaan aktiviti manusia sebagai
faktor yang menyumbang kepada pemendapan muara sungai. Bagi penyataan yang
pertama iaitu kadar hakisan yang tinggi di Sungai Batang Oya disebabkan peningkatan
jumlah pembinaan jeti, terdapat 62 peratus atau 31 orang responden yang menyatakan
setuju terhadap penyataan tersebut. Responden yang menyatakan setuju untuk
penyataan tersebut pula mencatatkan peratusan sebanyak 22 peratus atau 11 orang
responden. Selain itu, terdapat juga responden yang menyatakan tidak pasti untuk
penyataan tersebut iaitu sebanyak 6 peratus atau 3 orang responden. Manakala,
responden yang menyatakan tidak setuju pula sebanyak 10 peratus arau 5 orang
daripada keseluruhan responden yang memberi maklum balas. Pembinaan atau
penambahbaikan jeti-jeti perikanan sama ada menggunakan bahan binaan seperti semen
atau kayu semakin meningkat di Sungai Batang Oya. Hal ini disebabkan jeti-jeti yang
sedia ada sudah rapuh dan using tidak mampu untuk menampung kegiatan
pengumpulan serta penjualan hasil laut para nelayan. Selain itu, bantuan serta projek-
projek daripada pihak kerajaan untuk membina dan membaik pulih jeti menjadi faktor
utama yang mendorong kepada peningkatan jumlah jeti perikanan yang baru atau
penambahbaikan jeti yang lama.
37
Rajah 5.2 Faktor Aktiviti Manusia
Seterusnya, terdapat 48 peratus atau 24 orang responden yang menyatakan
sangat setuju terhadap penyataan aktiviti pembinaan Waterfront Pekan Sabtu Oya
menyebabkan peningkatan muatan sedimen ke muara sungai. Responden yang
menyatakan setuju terhadap penyataaan tersebut pula sebanyak 16 peratus atau 8 orang
responden. Selain itu, terdapat juga responden yang menyatakan tidak pasti terhadap
penyataan tersebut iaitu dengan nilai peratusan sebanyak 28 peratus atau 14 orang
responden. Manakala, responden yang menyatakan tidak setuju pula mencatatkan
peratusan sebanyak 8 peratus atau 4 orang daripada keseluruhan responden.
Selanjutnya, terdapat 58 peratus atau 29 orang responden yang menyatakan
sangat setuju terhadap penyataan penebangan pokok di tebing sungai menyebabkan
tiada lagi perangkap sedimen yang di bawa dari kawasan hulu. Terdapat juga responden
yang menyatakan setuju terhadap penyataan tersebut iaitu sebanyak 16 peratus atau 8
orang responden. Selain itu, responden yang menyatakan tidak pasti terhadap penyataan
tersebut pula mencatatkan peratusan sebanyak 18 peratus atau 9 orang responden.
Manakala, responden yang menyatakan tidak setuju pula mencatatkan peratusan
sebanyak 8 peratus atau 4 orang daripada keseluruhan responden yang memberi
maklum balas.
Berikutnya, majoriti responden menyatakan sangat setuju terhadap penyataan
pembuangan sisa makanan dan sampah sarap menyumbang kepada pemendapan di
muara sungai iaitu sebanyak 84 peratus atau 42 orang responden. Selain itu, responden
yang menyatakan setuju pula mencatatkan peratusan sebanyak 10 peratus atau 5 orang
responden terhadap penyataan tersebut. Manakala, responden yang menyatakan tidak
pasti pula mencatatkan peratusan sebanyak 6 peratus atau 3 orang responden daripada
keseluruhan responden yang member maklum balas.
38
FAKTOR ALAM SEMULA JADI
Rajah 5.3 menunjukkan maklum balas responden berkenaan faktor alam semula jadi
sebagai penyumbang kepada pemendapan di muara Sungai Batang Oya. Berdasarkan
rajah tersebut terdapat 66 peratus atau 33 orang responden yang menyatakan sangat
setuju terhadap penyataan arus sungai yang deras membawa muatan yang banyak dari
kawasan hulu. Terdapat juga responden yang menyatakan setuju terhadap penyataan
tersebut iaitu sebanyak 18 peratus atau 9 orang responden. Selain itu, responden yang
menyatakan tidak pasti terhadap penyataan tersebut pula mencatatkan nilai peratusan
sebanyak 14 peratus atau 7 orang responden. Manakala, responden yang menyatakan
tidak setuju pula sebanyak 1 orang atau 2 peratus daripada keseluruhan responden.
Rajah 5.3 Faktor Alam Semula Jadi
Seterusnya, terdapat 52 peratus atau 26 orang responden yang menyatakan
sangat setuju terhadap penyataan ketidakstabilan profil sungai menyebabkan hakisan
yang teruk dan meningkatkan kadar pemendapan. Respoden yang menyatakan setuju
pula mencatatkan nilai peratusan sebanyak 28 peratus atau 14 orang responden. Selain
itu, responden yang menyatakan tidak pasti terhadap penyataan tersebut pual sebanyak
18 peratus atau 9 orang responden. Manakala, responden yang menyatakan tidak setuju
pula sebanyak 2 peratus atau 1 orang responden daripada keseluruhan responden yang
memberi maklum balas.
Selanjutnya, terdapat 62 peratus atau 31 orang responden yang menyatakan
sangat setuju terhadap penyataan kehadiran pokok gondok air meningkatkan lagi kadar
pemendapan. Responden yang menyatakan setuju pula mencatatkan peratusan
sebanyak 20 peratus atau 01 orang responden. Selain itu, responden yang menyatakan
tidak pasti terhadap penyataan tersebut mencatatkan nilai peratusan sebanyak 14 peratus
39
atau 7 orang responden. Manakala, responden yang menyatakan tidak setuju pula
sebanyak 4 peratus atau orang responden daripada keseluruhan responden.
Berikutnya, majoriti responden yang menyatakan sangat setuju terhadap
penyataan gondok air yang terlalu banyak menyebabkan ia banyak mati dan termendap
di dasar sungai iaitu sebanyak 66 peratus atau 33 orang responden. Terdapat juga
responden yang menyatakan setuju terhadap penyataan tersebut iaitu sebanyak 24
peratus atau 12 orang responden. Manakala, responden yang menyatakan tidak pasti
pula mencatatkan peratusan sebanyak 10 peratus atau 5 orang daripada keseluruhan
responden.
Akhir sekali, terdapat 70 peratus atau 35 orang responden yang menyatakan
sangat setuju terhadap penyataan ketebalan gondok air yang telah mati dapat dilihat di
pantai semasa air surut sehingga menutupi keseluruhan pasir pantai. Responden yang
menyatakan setuju terhadap penyataan tersebut pula sebanyak 24 peratus atau 12 orang
responden. Manakala, responden yang menyatakan tidak pasti terhadap penyataan
tersebut pula mencatatkan nilai peratusan sebanyak 6 peratus atau 3 orang responden
daripada keseluruhan responden yang memberi maklum balas.
KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, kejadian pemendapan yang berlaku di muara Sungai Batang
Oya merupakan antara isu penting yang perlu diambil perhatian oleh semua pihak. Hal
ini kerana pemendapan di muara sungai tidak hanya memberi kesan kepada sumber
pendapatan penduduk tetapi ia juga mengancam keselamatan para nelayan dalam
menjalankan aktiviti perikanan di sungai dan di pesisir pantai di Daerah Kecil Oya.
Pemendapan muara sungai juga boleh membawa kepada malapetaka seperti kepupusan
hidupan akuatik yang merupakan sumber protein yang sangat penting kepada manusia.
Faktor aktiviti manusia dan faktor alam semula jadi menjadi penyumbang utama yang
menggalakkan kejadi pemendapan di muara sungai. Penebangan pokok di kawasan
tebing sungai menyebakan perangkap sedimen semakin berkurangan selain
meningkatkan kadar hakisan di tebing sungai yang meningkatkan kuantiti sedimen yang
termendap di bahagian muara. Penebangan pokok ini didorong oleh pembangunan yang
semakin rancak dijalankan di tebing Sungai Batang Oya. Manakala, peningkatan jumlah
kehadiran gondok air atau keladi bunting meningkatkan lagi bahan yang termendap di
dasar sungai.
40
BAB
VI
RUMUSAN DAN PENUTUP
PENGENALAN
Bab ini akan menjelaskan mengenai keseluruhan kajian impak pemendapan muara
sungai terhadap aktiviti perikanan di Sungai Batang Oya, Sarawak. Setiap penjelasan
telah dihuraikan secara terperinci pada bab sebelum ini akan dirumuskan secara
menyeluruh bagi setiap objektif yang telah dinyatakan pada Bab I. Dalam kajian ini
juga terdapat langkah yang dicadangkan oleh responden untuk diambil Tindakan oleh
dua pihak iaitu Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan penduduk pempatan itu sendiri.
Secara umumnya, pemendapan muara sungai memerlukan tindakan proaktif
daripada semua pihak khususnya pihak kerajaan melalui Jabatan Pengairan dan Saliran
(JPS), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan kerjasama di kalangan semua
agensi dan pihak berkuasa tempatan untuk memastikan kelancaran aktiviti perikanan
tempatan. Aktiviti perikanan merupakan antara sektor ekonomi yang penting penting
kepada negara Malaysia khususnya. Hal ini kerana sektor perikanan merupakan antara
penyumbang terbesar dalam kadar Keluaran Dalam Negara kasar (KDNK). Justeru,
sektor ini perlu sentiasa ditambah baik melalui peracangan dan pelaksanaan program
pembangunan perikanan bermula dari peringkat pengeluaran, pendaratan dan
seterusnya pemasaran.
PENEMUAN KAJIAN
Berdasarkan hasil analisis yang diperoleh, pemendapan muara Sungai Batang Oya
memberi kesan yang cukup besar kepada sektor perikanan di kawasan ini. Sektor yang
terlibat ini merangkumi industri huluan dan hiliran dalam aktiviti perikanan. Hal ini
dapat dilihat melalui jadual 4.1 dalam Bab IV yang menjelaskan maklum balas
responden terhadap kesan pemendapan terhadap sungai. Dapat disimpulkan melalui
keseluruhan penyataan dalam jadual tersebut bahawa majoriti responden bersetuju
terhadap kesan-kesan yang berlaku terhadap sungai disebabkan oleh pemendapan.
Sungai merupakan antara unsur yang penting dalam dunia perikanan sama ada untuk
nelayan laut atau sungai. Sungai menjadi laluan bot-bot nelayan laut dan pada sama
yang sama menjadi lubuk rezeki untuk nelayan sungai.
Seterusnya, jadual 4.2 dalam Bab IV menjelaskan secara terperinci maklum
balas yang diberikan oleh responden untuk beberapa penyataan berkaitan kesan
pemendapan terhadap nelayan. Dapat disimpulkan bahawa responden-responden yang
memberi maklum balas rata-ratanya bersetuju terhadap kesan yang ditanggung oleh
nelayan disebabkan oleh pemendapan muara sungai. Kesan-kesan tersebut pastinya
memberi kesukaran kepada nelayan untuk menjalankan aktiviti seharian mereka demi
kelangsungan hidup. Seperti yang dijelaskan dalam rajah 4.7 dalam Bab IV iaitu
berkaitan dengan pendapatan bulanan nelayan, dapat dilihat bahawa nelayan merupakan
41
antara golongan miskin yang perlu dibantu berdasarkan pendapatan yang diperolehi
oleh mereka pada setiap bulan. Selain itu, nelayan merupakan penggerak utama industri
perikanan di seluruh dunia. Kebajikan para nelayan perlu sentiasa dibela bagi
memastikan kelangsungan aktiviti perikanan dijamin pada masa hadapan. Kerajaan juga
telah memperuntukkan belanjawan yang cukup besar kepada para nelayan pada setiap
tahun bagi membantu dalam memodenkan kaedah penangkapan ikan dengan
menyediakan kemudahan seperti bot perikanan, enjin bot dan peralatan menangkap
ikan. Hal ini kerana pihak kerajaan yakin bahawa industri perikanan memainkan
peranan yang sangat penting dalam memajukan ekonomi serta sosial penduduk di
negara ini khususnya di kawasan persisir pantai.
Pemendapan sungai tidak hanya memberi kesan kepada nelayan dan keadaaan
sungai sahaja tetapi ia juga memberikan kesan secara langsung kepada peraih atau
pemborong dan pembekal. Hal ini kerana pihak ini merupakan antara agen yang
menggerakkan aktiviti penjualan dan pengagihan hasil laut yang diperolehi oleh para
nelayan. Sekiranya, hasil laut yang diperolehi tidak memuaskan dari segi saiz dan
kuantitinya, pihak peraih, pemborong dan pembekal turut merasai kesannya khususnya
dari segi pendapatan harian mereka. Berdasarkan rajah 4.9 iaitu berkaitan dengan kesan
pemendapan terhadap peraih, pemborong dan pembekal, dapat disimpulkan bahawa
keseluruhan responden yang memberi maklum balas dilihat bersetuju bahawa
pemendapan sememangnya memberi kesan yang sangat signifikan terhadap individu
yang berlatarkan pekerjaan seperti peraih, pemborong dan pembekal.
Dalam bahagian ini juga, hasil kajian mendapati terdapat dua faktor utama yang
menjadi penyumbang kepada pemendapan muara Sungai Batang Oya. Faktor-faktor
tersebut ialah faktor aktiviti manusia dan faktor alam semula jadi. Berdasarkan rajah
4.10, majoriti responden yang memberi maklum balas bersetuju bahawa aktiviti yang
dijalankan oleh manusia merupakan antara faktor yang merancakkan lagi kadar
pemendapan yang berlaku di muara sungai. Aktiviti yang dijalankan oleh manusia
khususnya di Sungai Batang Oya semakin rancak dengan pelbagai pembinaan jeti serta
Waterfront Pekan Sabtu Oya yang menjadi mercu tanda kejayaan sektor perikanan di
daerah tersebut. Pekan Sabtu Oya merupakan pusat pengumpulan hasil laut yang utama
di daerah ini. Ramai pengunjung yang datang dari pelbagai daerah dan bahagian di
Sarawak turut datang untuk melihat sendiri keadaan dan keunikan Pekan Sabtu Oya
yang penuh dengan pelbagai jenis jualan hasil laut, makanan kering, kuih-muih dan
banyak lagi. Namun, disebalik kemajuan tersebut, alam sekitar turut mengalami kesan
yang negatif disebabkan pelbagai pembinaan yang dijalankan oleh manusia. Pokok-
pokok di kawasan tebing sungai seperti poko bakau merupakan antara agen yang
menjadi perangkap kepada sedimen yang di bawa oleh arus sungai daripada kawasan
hulu. Disebabkan oleh aktiviti pembinaan yang dijalankan di kawasan tebing sungai,
pokok-pokok ini terpaksa ditebang dan dihapuskan menyebab tiada lagi perangkap
kepada sedimen. Selain itu, kadar hakisan juga semakin meningkat disebabkan tiada
lagi akar pokok untuk mencengkam tanah di tebing sungai. Hakisan ini akan
meningkatkan kuantiti sedimen yang akan termendap di kawasan muara sungai.
Selain itu, pemendapan muara sungai juga disebabkan oleh faktor alam semula
jadi. Kejadian pemendapan merupakan kejadian yang berlaku secara natural tetapi
intensiti dan kekerapan proses tersebut berlaku dipengaruhi oleh tindakan manusia itu
sendiri. Berdasarkan rajah 4.11, majoriti responden yang memberi maklum balas
42
bersetuju bahawa faktor alam semula jadi merupakan antara faktor yang menyumbang
kepada pemendapan di muara sungai. Faktor alam semula jadi ini terdiri daripada arus
sungai yang deras, ketidakstabilan profil sungai, kehadiran gondok air meningkatkan
lagi kadar pemendapan, ketebalan gondok air yang telah mati dapat dilihat dengan mata
kasar di kawasan pantai sehingga menutupi sebahagian besar pasir di pantai.
Terdapat juga cadangan dan langkah penambahbaikan yang diutarakan oleh
responden semasa menjawab boring soal selidik seperti program gotong-royong
menghapuskan gondok air oleh penduduk tempatan dan program mengutip sampah
secara bergotong-royong di kawasan pantai khususnya. Program-program bagi
meningkatkan kesedaran penduduk tempatan terhadap alam sekitar dan mereka boleh
mengelakkan diri daripada terus membuang sampah ke dalam sungai. Selain itu,
terdapat cadangan untuk membuat projek penggalian di muara Sungai Batang Oya bagi
mendalamkan semula kawasan muara sungai.
PENGURUSAN DALAM KONTEKS RUANG DAN MASA
Langkah-langkah pembangunan dan lingkungan perlindungan seperti perancangan
penggunaan tanah dan pemuliharaan tanah dan air adalah beberapa masalah yang perlu
dipertimbangkan dalam pengurusan sumber air. Pengurusan air bersepadu muncul
sebagai pendekatan untuk pembangunan berterusan dan pengurusan sumber alam.
Penetapan kerangka kerja, strategi dan dasar lingkungan yang berbeza dapat
memberikan impak yang positif kepada pembangunan pengurusan air bersepadu.
Sedimen yang diangkut melalui hakisan air dapat mengganggu fungsi saluran air yang
baik serta menjejaskan kualiti air.
Pengetahuan mengenai hakisan tanah dan proses pemendapan adalah antara
syarat yang perlu dipertimbangkan untuk mengawal kadar pemendapan. Elemen lain
seperti iklim, pengurusan tanah, topografi, penutup tanah, dan lain-lain juga akan
menentukan proses pemendapan. Pendekatan Pengurusan air bersepadu adalah
pendekatan yang layak untuk menguruskan cabaran pembangunan ekologi, sosial dan
ekonomi penduduk di sesuatu pada masa kini dan masa hadapan.
USULAN PENYELIDIKAN LANJUTAN
Berdasarkan batasan kajian yang dihadapi oleh pengkaji, terdapat beberapa usulan
penyelidik lanjutan yang ingin diusulkan oleh pengkajin untuk tujuan kajian masa
hadapan. Pada masa akan datang, pengkaji berharap lebih banyak kajian-kajian yang
akan dijalankan secara lebih terperinci berkenaan dengan pemendapan dan sektor
perikanan.
Antara kajian lanjutan yang boleh dilakukan oleh pengkaji pada masa hadapan
ialah kajian lanjutan untuk mengenalpasti kadar kepekatan dan muatan mendapan di
sungai di sesuatu kawasan kajian.
Kajian lanjutan yang lain ialah kajian tentang keberkesanan peralatan perikanan
yang digunakan oleh nelayan dalam menjalankan aktiviti perikanan. Hal ini bagi
43
membuat penilaian terhadap hasil tangkapan yang mampu diperolehi oleh nelayan
dengan menggunakan peralatan perikanan sama ada menggunakan peralatan moden
atau tradisional.
Selain itu, kajian lanjutan yang boleh dilakukan oleh pengkaji pada masa
hadapan ialah pengurusan sedimen terhadap sumber air seperti sungai dan tasik yang
menjadi sumber kehidupan manusia. Kajian ini boleh dilakukan untuk mengenalpasti
pengaruh sedimentasi terhadap kualiti pengurusan air di sesuatu kawasan.
PENUTUP
Kajian tentang impak pemendapan muara terhadap aktiviti perikanan di Sungai Batang
Oya telah menunjukkan kesan yang jelas terhadap kegiatan perikanan penduduk
tempatan di kawasan kajian. Pembangunan di sekitar Sungai Batang Oya amat
diperlukan, namun ianya perlu seiring dengan penjagaan kelestarian alam sekitar. Kesan
pemendapan mempengaruhi setiap aspek kehidupan penduduk yang tinggal di sesebuah
sungai disebabkan aktiviti ekonomi penduduk yang tertumpu di kawasan sungai.
Justeru, semua pihak khusunya penduduk tempatan harus sentiasa bekerjasama
dalam memastikan alam sekitar sentiasa terpelihara meskipun pembangunan tetap
dijalankan secara berterusan. Tanggungjawab ini harus dipikul oleh setiap penduduk
bagi memastikan sumber air tidak mengalami pencemaran dan masalah pemendapan
yang serius disebabkan oleh aktiviti manusia itu sendiri. Sikap menuding jari harus
dibuang dalam setiap individu yang bergelar manusia, tetapi penduduk tempatan perlu
berganding bahu untuk meneruskan agenda pembangunan dalam sektor perikanan yang
telah menjadi mercu tanda kebanggan Daerah Oya sejak sekian lama.
Pengkaji berharap agar kajian ini dapat memberikan input yang positif dalam
perkembangan ilmu di negara ini dalam bidang penjagaan alam sekitar dan sektor
ekonomi seperti perikanan dalam membantu meningkatkan kualiti sektor pengurusan
sungai dan perikanan. Pengkaji juga berharap agar masyarakat terus bangkit dan sedar
akan kepentingan penjagaan kelestarian alam sekitar khususnya sumber air seperti
sungai yang merupakan sumber kehidupan manusia sejak permulaan ketamadunan
manusia di muka bumi ini.
44
RUJUKAN
Akbar Abd & Diyana, S. 2009. (Analysis on the Factors Influencing Catch of Fisheries:
Case Study At the Sabak Bernam Offshore, Selangor). Prosiding Perkem Iv 1:
286–304.
Alemu, M.M. 2016. Integrated Watershed Management and Sedimentation. Journal of
Environmental Protection 07(04): 490–494.
http://www.scirp.org/journal/doi.aspx?DOI=10.4236/jep.2016.74043.
Almalki, S. 2016. Integrating Quantitative and Qualitative Data in Mixed Methods
Research—Challenges and Benefits. Journal of Education and Learning 5(3): 288.
Anderson, M., Ford, R., Feary, D. & Honeywill, C. 2004. Quantitative measures of
sedimentation in an estuarine system and its relationship with intertidal soft-
sediment infauna. Marine Ecology Progress Series 272: 33–48. http://www.int-
res.com/abstracts/meps/v272/p33-48/.
Ariff, M.R.B.M., Sharir, M., Ali, I., Majid, M. & Hussin, H. 2011. The Development
of Fishing Industry in Peninsula Malaysia: Issues and Questions). Jati
16(December): 265–299.
C.E. Timmer & L.W.Weldon. 1966. Evapotranspiration and pollution of water by water
hyacinth. Hyacinth Control Journal http://www.apms.org/japm/vol06/v6p34.pdf.
Chernetsky, A.S., Schuttelaars, H.M. & Talke, S.A. 2010. The effect of tidal
asymmetry and temporal settling lag on sediment trapping in tidal estuaries. Ocean
Dynamics 60(5): 1219–1241. http://link.springer.com/10.1007/s10236-010-0329-
8.
Frankie Marcus, A., Mohd Khairul Amri, K., Mohd Ekhwan, T., Mohd Saupi, M.Z.,
Nur Hishaam, S., Norjima Abd, W., Sarif Mohd, N. & Jamaluddin Mohamad, S.
2016. Sediment Classification using Envirometric Technique: A Study Case in
Pahang River, Malaysia. Malaysian Journal of Analytical Science 20(5): 1171–
1180. http://www.ukm.my/mjas/v20_n5/pdf/FrankieMarcusAta_20_5_24.pdf.
Frid, C.L.J. & Paramor, O.A.L. 2012. Feeding the world: What role for fisheries? ICES
Journal of Marine Science 69(2): 145–150.
Gurmu, Z.A., Ritzema, H., de Fraiture, C. & Ayana, M. 2019. Stakeholder Roles and
Perspectives on Sedimentation Management in Small-Scale Irrigation Schemes in
Ethiopia. Sustainability 11(21): 6121. https://www.mdpi.com/2071-
1050/11/21/6121.
Kamaruzzaman, Y., Hasrizal, S., Jamil, T., Noor Azhar, M.S. & Mohammed Misbahul,
A. 2008. Perubahan ciri-ciri sedimen terhadap musim dan kadar pemendapan di
Hutan Paya Bakau Setiu, Terengganu. Malaysian Journal of Analytical Sciences
12(2): 397–402.
Kennish, M.J. 2019. Ecology of Estuaries: Anthropogenic Effects. Ecology of
Estuaries: Anthropogenic Effects
Lomonico, S., Gleason, M.G., Wilson, J.R., Bradley, D., Kauer, K., Bell, R.J. &
Dempsey, T. 2021. Opportunities for fishery partnerships to advance climate-
ready fisheries science and management. Marine Policy 123(October 2020):
104252. https://doi.org/10.1016/j.marpol.2020.104252.
Mead, S. & Moores, A. 2005. Estuary Sedimentation : a Review of Estuarine
Sedimentation in the Waikato Region. Environment Waikato: Marine Consulting
and Research (December 2004)
Mitra, A. 2017. Shrimp Seed Collection in Indian Sundarban Estuaries : A Threat to
Overall Estuarine Ecosystem Services. Environmental and Social Sciences 4(1):
45
1–4.
Mohd Ekhwan, T., Mohd Khairul Amri, K., Nor Azlina, A.A., Haslinur, M.D., Marcus
Frankie, A., Nur Munirah, A., Mushrifah, I., Nor Rohaizah, J., Nurul Syazwani,
A., Rani, Mohd Hafiz, S., Noraini Wahida, A., Muhammad Barzani, G. & Mazlin,
M. 2012. Pengurusan sedimen terhadap sumber air bersepadu: satu kajian kes di
Sungai Chini, Pekan Pahang. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
7(1): 267–283.
Mohd Khairul Amri, K., Noorjima, A.W., Ahmad Fadhli, M., Hafizan, J., Mohd
Ekhwan, T., Nik Firdaus, N.W., Frankie Marcus, A., Adiana, G., Atikah, A. &
Muhammad Hafiz Md, S. 2018. Evaluation of annual sediment load production in
Kenyir Lake reservoir, Malaysia. International Journal of Engineering and
Technology(UAE) 7(3.14 Special Issue 14): 55–60.
Muhammad Irham Taufik, N., Sutan Muhamad, S.A. & Dhio Meydi, P. 2016. The
Methods of Preventing Water Hyacinth as Aquatic Pollution in Lake Toba Caused
by Agricultural Waste. International Journal of Environmental Science and
Development 7(8): 630–633.
Nurul Syuhadah, Y.A. & Darunee, E.T. 2018. Analisis Faktor Yang Mempengaruhi
Kekurangan Penawaran Perikanan Di Malaysia: Kajian Kes Di Kuala Pulau
Betong, Pulau Pinang. Seminar in Contemporary Economics
Osmond, R. & Petroeschevsky, A. 2013. Water hyacinth: Control Modules. Weeds of
National Significance 20.
Østergaard, J. 2007. Differences between Quantitative and Qualitative Research
Methods. Nordic Studies on Alcohol and Drugs 24(2): 212–213.
Paradis, E., O’Brien, B., Nimmon, L., Bandiera, G. & Martimianakis, M.A.T. 2016.
Design: Selection of Data Collection Methods. Journal of graduate medical
education 8(2): 263–264.
Rogers, C.S. 1990. Responses of coral reefs and reef organisms to sedimentation.
Marine Ecology Progress Series 62: 185–202.
http://www.publish.csiro.au/?paper=RJ15084.
Siti, A. & Santhiram, R. 2000. Quantitative And Qualitative Research Methods: Some
Strengths And Weaknesses. The Asia Pacific Journal of Educators and Education
(formerly known as Journal of Educators and Education) 17(1): 1–15.
Siti Nuramirah, J., Mariney, M. & Fauza, A.G. 2016. Ancaman hakisan pantai dan
adaptasi komuniti pesisir pantai di Malaysia : Kajian kes Kampung Kemeruk ,
Kota Bharu , Kelantan Coastal erosion threat and the adaptation of coastal
communities in Malaysia : A case study of Kampung Kemeruk , Kota Bharu , Kela.
Malaysia Journal of Society and Space 10(10): 145–158.
UNEP. 2013. Water Hyacinth-Can it’s Aggressive Invasion Controlled: an Article
Reproduction from United Nations Environment Programme (UNEP) Global
Environmental Alert Service. Journal of Environmental Development 7(April):
139–154.
46