1 Rancangan Pengajaran Harian Mata Pelajaran : Bahasa Melayu Tarikh/ hari : 18 Jun 2020/ Khamis Tahun : 4 Stanford Bilangan Murid : 27 Orang Masa : 08.30 - 09.30 pagi Tema : Seni bahasa Tajuk : Pantang larang jadi nasihat Fokus Utama Standard Kandungan : 2.3 Membaca dan mengapresiasi karya sastera dan bukan sastera. Standard Pembeljaran : 2.3.2 Membaca karya sastera, dan bukan sastera dengan gaya penyampaian yang sesuai. Objektif : Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran, murid dapat: i. Membaca dan melafazkan pantun dengan intonasi yang tepat berdasarkan contoh yang diberikan. ii. Menghasilkan rangkap pantun dengan menggunakan perkataan dan ejaan yang betul. iii. Memberikan respons yang tepat terhadap soalan yang diberikan semasa sesi soal jawab. Kriteria Kejayaan : i. Murid dapat membaca dan melafazkan pantun sekurang-kurangnya nada yang betul dengan intonasi yang sesuai. ii. Murid dapat menghasilkan sekurang-kurangnya 1 daripada 3 rangkap pantun. iii. Murid dapat menjawab sekurang-kurangnya 2 soalan betul setiap latihan yang diberikan. Kemahiran Bahasa : Kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca, kemahiran menulis.
2 Sistem Bahasa: i. Sebutan dan intonasi : Membaca pantun dengan sebutan dan intonasi yang betul. ii. Kosa Kata : Jamu, terketip, ulam, dikait, senja, rabun, berseri, anak dara, segugus, hangus. Pengisian Kurikulum: i. Ilmu : Laras bahasa dan kesantunan bahasa. ii. Nilai Murni : Kerjasama, kerajinan Pengisian Bernilai Tambah Kemahiran berfikir : Memadankan maksud pembayang pantun. EMK : Bahasa, teknologi maklumat dan komunikasi, nilai, kreativiti dan inovasi. Pembelajaran Kontekstual : Kerjasama Kecerdasan pelbagai : Visual- ruang Kemahiran belajar cara belajar :Membaca pantun dengan nada yang sesuai. Konstruktivisme : Menghubungkaitkan maksud dengan pembayang pantun. Strategi : Pendekatan didik hibur. Insaniah :Pembelajaran sepanjang hayat Pengetahuan Sedia Ada : -Murid telah mengetahui tentang pantun melayu dan pernah mempelajari ayat majmuk Bahan Bantu Belajar (BBB): Bil. Bahan Jumlah 1. Buku teks Bahasa melayu : m/s 85 1 2. Kad ganjaran 3 3. Gula-gula 27 4. Lembaran kerja 27 5. Klip video https://youtu.be/-pv9rlY-MCU 1 6. Komputer riba 1 7. Skrin Projektor 1 8. Pembesar Suara 1
3 Langkah/ Masa Isi pelajaran Aktiviti pengajaran dan pembelajaran Catatan Set induksi (5 minit) Aktiviti : Murid melihat video yang ditunjukkan oleh guru dan bersoal jawab di dalam kelas. Soalan cadangan: i. Apakah yang kamu lihat dalam gambar ini? ii. Adakah kamu tahu cara melafazkan pantun? iii. Pernahkah kamu melafazkan pantun? Jangkaan jawapan murid: i. orang membaca pantun ii. Tidak iii. Tidak SDP: Video Murid melihat video dan bersoal jawab dengan guru. Aktiviti : Guru menunjukkan video seorang guru membaca pantun. Guru meminta murid membaca bait pantun daripada video bersama- sama. Guru bersoal jawab mengenai pantun dengan menerangkan cara- cara membaca pantun yang betul. Guru mengaitkan tajuk pembelajaran hari ini BBB: Video Sumber: youtube https://youtu.be/- pv9rlY-MCU KI:Pembelajaran sepanjang hayat. PMK: Kompetensi 6C EMK: Kaedah: Langkah 1 (15 minit) Aktiviti : Murid diminta untuk membuat bacaan bait pantun daripada klip video yang ditayangkan sebentar tadi menggunakan intonasi betul dan nada yang sesuai. 1. Murid dibahagikan kepada tiga kumpulan. 2. Guru mengedarkan rangkap pantun daripada klip video. 3. Setiap kumpulan diminta untuk melafazkan pantun tersebut mengikut intonasi dan nada yang BBB: - lembaran pantun - Pen papan tulis - Skrin Projektor - Komputer Riba - Pembesar Suara TKP: -Verbal -Auditori Teknik: membaca
4 sesuai berdasarkan klip video yang dipaparkan tadi. 4. Guru membimbing murid untuk melafazkan pantun, mengikut intonasi dan sebutan yang betul. 5. Murid disoal mengenai maksud yang terdapat dalam pantun. -Soal Jawab Nilai: -Rasional -Bijak Langkah 2 (15 minit) Permainan ‘ Biasakan yang betul, betulkan yang salah’ Bersama cikgu Intan. 1. Guru menerangkan Peraturan permainan kepada murid. 2. Murid diminta untuk mengambil giliran menjawab soalan yang disediakan BBB: -Aplikasi “Wordwall” -Komputer Riba -Skrin Projektor TKP: -Verbal Teknik: -Soal jawab Nilai -Keberanian -keyakinan Kaedah: -Didik hibur Langkah 3 (20 minit) Lembaran kerja 1. Guru memberikan lembaran kerja kepada murid. 2. Murid membuat latihan yang diberikan BBM: - lembaran kerja - Pen papan tulis TKP:
5 sambil disemak dan diperhatikan oleh guru - Interpersonal Penutup (5 minit) Kognitif : Guru merumuskan isi pembelajaran. Sosial : peneguhan positif Pujian dan ganjaran pelekat diberikan kepada murid. Memberikan tepukan penghargaan Guru merumuskan isi pembelajaran pada hari ini. Pujian dan ganjaran pelekat diberikan kepada murid yang aktif serta memberikan kerjasama sepanjang Pdpc. Guru meminta semua murid melakukan tepukan pengharagaan diri sendiri. BBB: Pelekat Kad ganjaran Kemahiran: Peneguhan positif Nilai: -Kerjasama -Keyakinan Catatan refleksi pelajar: ….……………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………………. Catatan Guru pembimbing/ pensyarah: ….……………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………………….. Disemak Oleh: (___________) Disahkan Oleh: (___________)
6 Lampiran 1 Buku Teks Bahasa Melayu : m/s 85