The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by syewah97, 2021-01-23 07:39:16

Tugasan 3 - ADAT RESAM PERKAHWINAN MELAYU

EMAJALAH FULL

01234567891011121314151617ADAT RESAM

MELAYU DALAM PERKAHWINAN

Apa itu perkahwinan?

Satu cerita Cinta

oleh: Nur Fidlzah
Alkisah Wang Hantaran Mahal
Pembaziran dalam perkahwinan
Panduan Penganjuran
Perkahwinan di musim Covid-19

adat istiadat pra
perkahwinan

WWW.eMajalah.COM

TINTA
EDITOR

edisi 1 (jan 2021)

SEKAPUR SIRIH

Alhamdulillah syukur kita ke hadrat Allah SWT E-Majalah kumpulan kami SIDANG REDAKSI
berjaya dihasilkan bagi tahun 2021. Tahniah ingin saya rakamkan kepada
semua jawatankuasa E-Majalah dalam menjadikan E-Majalah ini menjadi PENASIHAT
satu kenyataan. DR PHAT AWANG DENG

“sesungguhnya sesudah kesulitan iaitu ada kebaikan, maka kamu telah KETUA EDITOR
selesai melakukan sesuatu kebaikan kerjakan lah dengan bersung- ABDUL MUHAIMIN BIN ISMAIL
guh-sungguh kebaikan yang lain hanya kepda Tuhanmu bergantung harap ”
GRAFIK REKA BENTUK
Maksud Al Quran: 94:5-8
NUR FILDZAH IRFAN BINTI ZAHARUDDIN
Tahniah sekali lagi, semoga eMajalah akan terus bernafas dan terus NURUL SYAHIRAH BINTI AHMAD KAMAL
berfungsi sebagai wadah memaparkan hasil cetusan minda penulisan NORIZZATI BINTI ISHAK
kre�f yang dapat memberi manfaat kepada pembaca. Teruskan usaha NOR HILMI BIN NOR AZHAR
murni anda

ABDUL MUHAIMIN BIN ISMAIL
256769
KETUA EDITOR
18 JANUARI 2021

ARTIKEL UTAMA

Apa itu Perkahwinan

Perkahwinan adalah suatu ikatan yang terbentuk Dalam sebuah perkahwinan, perempuan tidak
antara lelaki dan perempuan yang berlandaskan boleh mengahwinkan dirinya sendiri melainkan
syariat Islam dan mengikut garis panduan yang perlu menyerahkannya kepada pihak walinya,
telah ditetapkan dalam Islam melalui lafaz akad kecuali pihak perempuan tersebut janda. Bahkan
nikah yang sah bagi menjalani sebuah kehidupan seorang ayah berhak memaksa anak
berumah tangga iaitu sebagai suami isteri. perempuannya meskipun anak tersebut tidak
Pensyariatan perkahwinan dalam Islam adalah menyetujui pilihannya.Ia dikenali dengan istilah
bertujuan untuk melahirkan dan wali mujbir, iaitu wali yang mempunyai hak
mengembangkan zuriat manusia dengan memaksa. Hal ini menimbulkan pemahaman
carayang halal sebagai satu penyambung umum bahawa Islam membenarkan kahwin
keturunan dan mendapatkan kesejahteraan paksa. Dalam masyarakat juga, telah menjadi
hidup di dunia juga di akhirat kelak. kepercayaan secara turun temurun dan menjadi
ajaran di luar keagamaan, jodoh lelaki di tangan
Perkahwinan sebagai suatu bentuk hubungan Tuhan dan jodoh perempuan di tangan orang tua.
manusia yang paling agung kerana menuntut Terdapat banyak kes yang belaku dalam
adanya tanggungjawap secara timbal balik di masyarakat mengenai rosak atau hancurnya
antara kedua belah pihak, suami ataupun isteri, sebuah kehidupan rumah tangga yang berlatar
dan juga merupakan suatu bentuk perjanjian. belakangkan oleh kesalahan dalam memilih atau
Dikatakan hubungan manusia yang paling agung menentukan pasangan hidupnya. Akibatnya,
antara lain kerana perkahwinan merupakan suatu kehidupan berkeluarga secara normal pun gagal
akad atau perjanjian yang tidak hanya sekadar diwujudkan. Sebaliknya yang terjadi adalah
merapatkan hubungan dua pihak secara sebuah kehidupan rumah tangga yang diwarnai
individual antara suami dan isteri, namun lebih oleh ketidak harmonian.
jauh daripada itu dapat mempererat lagi
hubungan antara keluarga pihak suami dan
keluarga pihak isteri. Ini bertujuan untuk
melangsungkan zuriat yang terdapat aspek
ibadah di dalamnya, dan dalam ikatan
perkahwinan tersebut kedua belah pihak
menggunakan nama AllahSWT sebagai penguat
ikatan tersebut. Oleh kerananya, perkahwinan
disebut juga sebagai mithaqan ghalizan atau
ikatan yang sangat kuat.

Menurut Undang-Undang Perkawinan Nomor 1
tahun 1974, perkawinan ialah ikatan lahir batin
antara seorang pria dengan seorang wanita
sebagai pasangan suami istri dengan tujuan
membentuk keluarga (rumah tangga) yang
bahagia dan kekal berdasarkan Ketuhanan Yang
Maha Esa.

Menurut Pera Soepriyanti (2008), gejala Adapun pengertian jodoh iaitu pasangan hidup
kegagalan dalam melangsungkan perkahwinan (lelaki atau perempuan). Sebuah kata yang
antara lainnya adalah disebabkan oleh perbezaan mendapat awalan di diertikan sebagai yang
calon pasangan yang hendak melangsungkan dikenai sesuatu atau yang menjadi objek
perkahwinan dan pihak-pihak keluarga seperti penderita dalam suatu perbuatan. Justeru
orang tua, yang menilai sekiranya kedua calon perkataan dijodohkan dapat diertikan sebagai
pengantin tidak sepadan, tidak sejajar dengan seseorang yang mendapat teman hidup
status sosial, dan sebagainya. Atau salah satu (suami/isteri), bukan atas dasar pilihannya sendiri
pihak sebelumnya berada dalam keadaan akan tetapi orang lain yang mencarikan seperti
terpaksa akibat dipaksa oleh keluarga atau orang ibu bapa, saudara, dan lain-lain yang memiliki
tuanya, yang kemudian dikenali dengan istilah hubungan darah dengannya, sama ada yang
“pemaksaan perkahwinan” atau “perkahwinan dijodohkan bersetuju ataupun tidak bersetuju.
yang dijodohkan”. Begitu pula dengan alasan-
alasan yang digunakan oleh orang tua, yang mana
mereka menganggap bahawa pilihan anak-
anaknya dalam memilih pasangan (calon suami
atau isteri) tidak kafa‟ah atau pilihan anak-
anaknya hanya didasarkan pada perasaan senang
dan saling mencintai. Namun tidak didasarkan
pada kesepadanan menurut penilaian orang tua.

ARTIKEL
SAMPINGAN

ADAT ISTIADAT 1. Merisik (Cincin Tanya)
PRA-PERKAHWINAN Merisik merupakan satu proses dan
usaha oleh keluarga lelaki terhadap
2. Bertunang keluarga perempuan dalam usaha
Hasil daripada kerja merisik, akan berlaku pula mempertemukan jodoh antara teruna dan
proses meminang.Biasanya, keluarga lelaki akan dara.
berkunjung ke rumah keluarga perempuan setelah
tarikh dipersetujui bersama. Merisik melibatkan pertemuan secara
Ibu bapa perempuan akan mengambil langkah berikut rasmi antara wakil keluarga lelaki
sebelum memberi keputusan kepada keluarga lelaki: dengan keluarga perempuan.
(i) Menilai ciri-ciri yang terdapat pada diri si
lelaki dan keluarganya. Ini termasuklah: Pertemuan ini lazimnya diadakan di
• Rupa; rumah keluarga perempuan. Adat merisik
• Umur; ini diadakan dengan tujuan:
• Latar belakang keluarga dan keturunan;
• Tingkah laku; (i) Mendapat restu daripada ibu bapa
• Pendidikan; sebelum membuat keputusan yang lebih
• Latar belakang agama; besar seperti perkahwinan;
(ii) Ibu akan menyampaikan maklumat kepada anak
perempuan tentang ciri-ciri tadi. Ini bertujuan (ii)Menjaga imej keluarga perempuan
untuk mendapat persetujuan anak perempuan; dan dan keluarga lelaki
(iii) Setelah mendapat persetujuan anak
perempuannya, ibu perempuan akan berjumpa semua (iii) Menentukan kedudukan perempuan
ahli keluarganya yang lain. Tujuannya untuk sama ada sudah dipinang orang lain
mendapat persetujuan bersama. ataupun belum;

(iv) Mengkaji atau mendalami keadaan
hidup keluarga perempuan,perlakuan dan
ingin melihat fizikal perempuan.

Terdapat juga beberapa kepercayaan
yang dapat dikaitkan dengan adat
merisik. Antaranya adalah:

(i) Menentukan keserasian bakal
pasangan;

(ii)Menjalinkan hubungan kekeluargaan.

Peranan Telangkai atau Perantara Hantaran atau Hantar Belanja

Dari segi adat, pihak keluarga Adat ini dilakukan sebelum
pengantin perempuan akan melantik upacara akad nikah berlangsung.
seorang wakil keluarga atau Tok sidang atau ketua kampung
perantara. Biasanya perantara akan menyelesaikan upacara
ialah seorang yang arif berkaitan penerimaan hantaran belanja
dengan adat peminangan. Dia (penuh atau separuh) dan hadiah-
terdiri daripada ketuakampung, hadiah iringan lain daripada
imam dan orang yang bijak pandai pengantin lelaki.
dari segi komunikasi. Dia akan
berurusan dengan wakil daripada Antara hadiah yang dibawa adalah:
pihak pengantin lelaki (i) Sebentuk cincin atau intan
sehinggalah majlis peminangan atau rantai emas;
selesai dan diterima oleh kedua- (ii) Sepersalinan pakaian
dua pihak keluarga. (songket atau sutera);
(iii) Selendang;
(iv) Sepasang kasut;
(v) Beg tangan;
(vi) Buah-buahan;
(vii) Sireh junjung.

Tok sidang akan menentukan majlis
ini berjalan dengan lancar dan
penuh tertib. Tok sidang akan
mengesahkan penerimaan belanja
hadiah yang disediakan. Kemudian,
tok sidang akan menyerahkan
tanggungjawab pernikahan dua
pengantin kepada imam

Adat Berkampung atau Bergotong-royong Orang kampung diagihkan tugas yang
telah ditetapkan dan lazim dilakukan
Menjelang majlis perkahwinan, dalam adat istiadat dalam majlis perkahwinan.
orang Melayu, pihak keluarga pengantin perempuan Antaranya adalah:
akan mengadakan adat berkampung. (i) Mendirikan penanggah atau balai;
Adat berkampung adalah satu majlis yang dilakukan (ii) Masak memasak;
oleh tuan rumah untuk mengumpulkan semua saudara- (iii) Menyajikan makanan;
mara, terutamanya adik beradik lelaki. (iv) Melayan tetamu;
(v) Menyembelih dan melapah daging;
Adik-beradik lelaki amat penting untuk hadir pada (vi) Mengangkat dulang lauk dan
hari tersebut. Besar atau kecil majlis perkahwinan, kuih;
keluarga perempuan perlu mendapat kerjasama ahli (vii) Membasuh pinggan mangkuk;
masyarakat, baik tua atau muda, lelaki atau (viii) Menghias rumah;
perempuan untuk sama-sama menjayakan majlis (ix) Menyediakan kuih-muih
perkahwinan. Ini semata-mata untuk menjamin majlis
berjalan lancar dan meriah. Kerjasama masyarakat yang
bertanggungjawab menentukan bahan
Mengikut sesetengah adat, semasa majlis berkampung, keperluan mencukupi supaya majlis
tepak sirih perlulah dibawa bersama. Pihak tuan perkahwinan berjalan lancar. Antara
rumah mungkin meminta jirannya memanggil saudara- barang keperluan yang perlu ada
mara yang diperlukan hadir sama ada yang dekat adalah:
ataupun jauh.Tuan rumah menyediakan barang keperluan (i) Bahan masakan seperti beras,
untuk majlis perkahwinan.Seorang ketua adat akan gula, minyak masak, tepung, kelapa
menentukan tarikh agar dapat menyediakan segala dan rempah;
keperluan.Setelah ditetapkan tarikh perkahwinan, (ii)Pinggan mangkuk, kuali, periuk
satu perjumpaan diadakan dirumah kedua-dua dan kawah;
pengantin. Biasanya, perjumpaan ini akan dihadiri (iii) Telur ayam atau itik;
oleh ketua kampung, imam dan masyarakat yang penting (iv) Pelamin;
kedudukannya.Perjumpaan ini juga dikenali sebagai (v) Bekas air;
meletak kerja. (vi) Kertas bunga

ADAT ISTIADAT Bunga Telur atau Pulut
PERKAHWINAN Kuning

Bunga telur merupakan satu alatan
yang penting dalam persandingan orang
Melayu. Telur yang terdapat pada
bunga telur mewakili kesuburan.Oleh
itu, ia dianggap sebagai mendoakan
agar pasangan tersebut subur dan
mendapat zuriat dalam masa terdekat.

Bunga telur adalah sebagai buah
tangan yang diberikan kepada para
hadirin. Bunga telur atau pahar ini
biasanya diberikan hanya pada sanak
saudara terdekat yang dijemput
merenjis air mawar dan menabur bunga
rampai ke atas kedua mempelai.

Persandingan atau Raja Memberi Kembali atau Balas-
Sehari membalas

Pada hari persandingan, sekumpulan Dari segi adat, pihak pengantin akan
pemain kompang atau rebana akan membawa barang hantaran untuk
menyambut kedatangan pengantin lelaki dihadiahkan kepada pengantin
ke rumah pengantin perempuan. perempuan. Kebiasaannya, rombongan
Kedatangan pengantin lelaki akan pengantin lelaki akan membawa:
disambut oleh pengantin perempuan (i) Telekung;
sambil beriringan berpimpin tangan (ii) Al-Quran;
untuk masuk ke rumah pengantin. (iii) Barang kemas;
iv) Kuih;
Selain itu, pengantin lelaki akan (v) Sejadah;
ditahan oleh pemuda di hadapan pintu (vi) Aksesori lain.
sebelum masuk ke rumah. Jika
pengantin lelaki tersebut ingin
masuk, dia terpaksa membayar sejumlah
wang kecil setiap orang sama juga
seperti dihadapan pelamin yang
ditahan oleh pemudi.

Manakala ibu pengantin juga akan
turut sama seperti mereka tetapi
bayaran yang perlu diberi lebih besar
daripada mereka. Selepas itu,barulah
pengantin lelaki dibenarkan duduk
bersebelahan dengan pengantin
perempuan di atas pelamin yang
dihiasi dengan indah.

Silat Pengantin Mak Andam atau Juruhias

Silat pengantin, sebagai contoh, Mak Andam akan ditempah oleh pihak pengantin
silat pulut yang dipersembahkan perempuan. Mak andam diberi kepercayaan
dihadapan pengantin. Persembahannya untuk menjalankan tugas menghias pengantin
bertujuan memeriahkan suasana agar pengantin kelihatan berseri. Mak andam
majlis persandingan. Permainannya akan menyediakan pelbagai jenis bentuk
secara bersilaturahim, lemah- pakaian. Mak andam juga berperanan untuk
lembut,bersopan santun dan sebagai menjaga imej pengantin sehingga majlis
seni persembahan silat yang beradat selesai.
di dalam majlis perkahwinan.
Falsafah atau makna tersirat dalam
silat pengantin ini mempunyai
maksud yang mendalam dan ia tiada
kaitan langsung dengan ilmu tempur
atau bela diri. Ia dicipta sebegitu
oleh bijak pandai nenek moyang kita
dahulu yang tinggi akal budinya.

Ruangan Kreatif
PANTUN 4 KERAT
SAJAK
Orang ke laut menjala
Udang, Petang hari
pasang pelita,Yang
ditunggu sudah pun

datang, Yang dinanti
sudah pun tiba.

Orang jauh dikenang-
kenang, Hanya terkenang

pada yang satu,Mula
berkenalan kemudian

bertunang, Akad
dilaksana sama bersatu

Anak Cina mengail
patin, Mengail patin di
tepi titiSenyum terukir
pasangan pengantin,
Tanda gembira penuh di

hati

Puisi Cinta Untuk Mu Selalu

Dari awan yang tenang
Dari muka yang bersih
Kulihat wajah permata air ku
Walau gembira tiada duka dan sengsara

Ku memegang erat tangan
Bagaikan ada bayangan hitam di fikiran mu
Wahai permata air ku Jangan la kau bersebunyi
Ku disini sentiasa disisi Memegang erat tak kan berlari

Memegang janji tak ku ungkiri
Dari hujung hati ku seru
Memanggil cinta bertalu-talu
Takkan berhenti cintaku

Pada kekasih permata airku
Jangan la kau ragu-ragu
Jangan takut pada seribu bayangan syaitan
Selagi tulang empat kerat memikul

Selagi tu ku akan pertahankan diri mu
Walau bagaimana sekalipun Hak wanita tetap ku pertahankan
Jangan ragu jangan gunda Yakin pada ku wahai permata air
ku
Bangkit wahai semangat yang baru Mari kita bersatu demi
kehidupan yang baru

Terima la azam ,jangan la ragu
Tekat iman ,demi dunia yang baru
Ku syukur dan terus syukur
Ku tetap memuji demi perjuangan baru

Oleh :
Muhammad Faizal Yakoob

Alkisah Wang Hantaran BERITA
SEMASA
Mahal
Nak Bagi Barang
Wang hantaran mengikut taraf
pendidikan. Wang hantaran yang acapkali Hantaran
dikaitkan dengan tahap pendidikan
seseorang gadis. Ijazah hantaran begini, Jangan Sampai
Master hantaran begitu. Ada PHD
khabarnya lagi mahal! Berlebihan

Sebenarnya isu wang hantaran Pada zaman sekarang,
perkahwinan ini bergantung kepada bakal
tunang si gadis. Keluarga pihak pemberian dulang
perempuan kena bijak menilai
kemampuan kewangan calon menantu. hantaran pada majlis
Penulis beranggapan dalam setiap
perdebatan isu wang hantaran, ia sering pernikahan
dilontarkan secara emosi, sinis dan penuh
sindiran serta kritikan. merupakan satu

Bahkan penulis cukup kesal apabila ada kemestian dan malah
segelintir lelaki memberi komen di luar
konteks atau lebih parah seolah-olah sudah menjadi adat.
'menghina' dengan mengaitkannya
dengan peranan wanita. Mengikut cara Islam

tidak perlu semua itu,

tetapi ini sudah

menjadi simbolik

untuk setiap majlis

perkahwinan.

?Dulang Hantaran Perlu Ke

Kalau zaman dahulu barang hantaran
ini terdiri daripada manisan, makanan,
kuih-muih, tetapi zaman sekarang ini
semua barang adalah berjenama.
Antara barang yang sering diberi ialah
pakaian, set wangian, set alatan solek,
telefon bimbit, kasut dan bermacam
lagi.

Amalan Merisik Sekadar BERITA

Mengikut Adat Atau Dituntut SEMASA
Dalam Agama

Merisik dilakukan bagi

Perkenalan yang singkat ataupun mengenal pasti gadis yang

lama tidak menjadi penanda aras bakal dipinang belum

bahawa sesebuah hubungan itu menjadi tunangan sesiapa

akan kekal sehingga ke jinjang kerana syariat menentukan

pelamin. Jika anda bersungguh- hukum haram meminang

sungguh mahu memiliki si dia gadis yang telah menjadi

dengan iringan doa restu, tunangan orang lain. Sabda

mulakan dengan bismillah dan Rasulullah SAW dalam hadis

pasti risikan anda kepada si dia soheh riwayat Bukhari yang

akan berakhir dengan bermaksud: Janganlah

kebahagiaan. seorang lelaki meminang

Apakah sebenarnya yang perempuan yang telah
dimaksudkan dengan merisik?
Adakah ia hanya sekadar dipinang oleh saudaranya
mengikut adat atau memang
dituntut di dalam agama. sebelum perempuan itu

ditinggalkan oleh tunang

sebelumnya atau jika

tunang sebelumnya itu

mengizinkan.

"MERISIK ADALAH AMALAN ADAT
YANG DILAKSANAKAN BAGI

MENGAPLIKASIKAN TUNTUTAN
SYARIAT AGAR TIDAK MEMINANG

GADIS YANG TELAH MENJADI
TUNANGAN ORANG LAIN."

Pembaziran Di Dalam BERITA

Perkahwinan SEMASA

Jika kita melebihkan adat daripada perkara Tiga perkara yang perlu dielakkan
wajib di dalam sesuatu perkahwinan, sudah
pasti kita akan rasa terbeban. Ini kerana Pengapit yang terlalu ramai. Ia cukup
zaman sekarang kebanyakkannya diadakan mengujakan apabila mempelai diapit
menggunakan kos yang besar dan oleh teman-teman yang memakai
mendatangkan pembaziran. Malah perkara busana berona sedondon. Namun,
yang tidak sepatutnya pun kita ada-adakan iaakan melibatkan kos yang tinggi
kononnya untuk melihat sesuatu majlis kerana anda perlu menyediakan
perkahwinan itu indah. Secara tidak langsung pakaian mereka. Sebaiknya cukup
perkara ini boleh membuatkan kita riak dan hanya menggunakan dua orang
jtuh hukum berdosa. pengapit iaitu seorang untuk pengapit
Sedangkan perkahwinan merupakan satu pengantin perempuan dan seorang lagi
ibadat dalam agama Islam di mana untuk pengantin lelaki.
matlamatnya adalah untuk membina sebuah Kek perkahwinan bertingkat. Rata-rata
institusi keluarga yang bahagia. Seharusnya pengantin menempah kek bertingkat
proses untuk membina bahagia itu perlulah untuk upacara memotong kek kerana
mengikut cara yang betul agar diberkati mementingkan kecantikan momen itu
dengan melakukan secara sederhana, tidak di dalam foto dan video. Tambahan
membebankan, tiada unsur pembaziran, tiada pula, kek bertingkat ini kosnya agak
perasaan riak untuk menunjuk-nunjuk kepada tinggi.
orang ramai. Cenderahati yang mahal. Kerap berlaku
di mana kita terdorong membeli
3Elak Buat Perkara Ini sesuatu bekas yang mahal atau
menempah beg kertas mengikut cita
Kalau Nak Jimatkan rasa dan tema majlis walhal akhirnya
ia akan dibuang juga. Untuk
Kos Kahwin menjimatkan kos, seeloknya anda beli
beg kertas yang sedia ada yang
Merancang majlis perkahwinan yang sempurna menepati keperluan. Anda juga boleh
tidak semestinya memerlukan perbelanjaan dan mengunakan kreativiti anda untuk
bajet yang tinggi untuk direalisasikan. Oleh yang menyediakan sendiri cenderahati
demikian, pentingnya penyediaan anggaran perkahwinan untuk menjimatkan kos
perbelanjaan agar majlis perkahwinan anda tidak perkahwinan.
menyebabkan terlalu banyak pembaziran wang
pada perkara yang tidak perlu.

MPAANJMDLIUUSASPNIEMPRCEKAONGHVAIWDNI-JN1UA9RNADNI

1) TIDAK DIBENARKAN BERSALAMAN ANTARA SATU SAMA LAIN
2)KERAP MENCUCI TANGAN DENGAN SABUN

3) PAKAI TOPENG MUKA SEMASA MENGHADIRI MAJLIS
4) PASTIKAN JARAK SATU METER DIAMALKAN

5) PENGUNJUNG WAJIB MENGIMBAS QR COD MY SEJAHTERA

PEKEJ BERBULAN
MADU DI LANGKAWI

3 hari 2 malam

RM 300HARGA BERMULA DARI

HUBUNGI KAMI: *TERTAKLUK KEPADA
TERMA DAN SYARAT
019-4063778

PEKEJ MAJLISSince 2012
PERKAHWINAN

PEKEJ SEKAPUR SIRIH

RM 35 *MINIMUM 5000 ORANG
2

PEKEJ TERMASUK:

*DEWAN
*P.A SISTEM

*PELAMIN
*SATU MEJA MAKAN VIP

*BILIK PERSALINAN
*MEJA MAKAN PENGANTIN

Cik AyHu:U0B1U7N-9G0I:87654


Click to View FlipBook Version