The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

E-FOLIO KUMPULAN 11 (RUKUN NEGARA TERAS PERPADUAN NASIONAL)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by elangojega, 2021-12-29 07:29:33

E-FOLIO KUMPULAN 11 (RUKUN NEGARA TERAS PERPADUAN NASIONAL)

E-FOLIO KUMPULAN 11 (RUKUN NEGARA TERAS PERPADUAN NASIONAL)

Mpu 21032 :
PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

NAMA AHLI KUMPULAN NO.MATRIK
1) ELANGOVAN A/L P.JKATISAN 33DPC19F1106
2) KRISHA A/P SELVA KUMAR 33DPC19F1114
3) CALVIN RAJ A/L CELVARAJOO 33DPC19F1105
4) AQIL FARHAN BIN AZHAR 33DPC19F1103
5) MUHAMMAD AZRUL AFFIQ BIN HUSSIN 33DPC19F1113

NAMA PENSYARAH: MOHD FIRDAUS BIN MAMAT JUNOH

RUKUN
NEGARA
TERAS
PERPADUAN
NASIONAL

ISI KANDUNGAN

TAJUK MUKA SURAT

1.PENGENALAN 4
5
2.OBJEKTIF 6

3.SEJARAH PENGENALAN RUKUN 7
NEGARA
4.CITA-CITA YANG RUKUN NEGARA 8
DUKUNG 9-13
5.PRINSIP-PRINSIP RUKUN NEGARA
14-16
6.MAKSUD PRINSIP-PRINSIP RUKUN
NEGARA 17
7.KEBAIKAN RUKUN NEGARA KEPADA 18-19
MASYARAKAT
8.KESIMPULAN 20

9.LAMPIRAN

10.PANTUN RUKUN NEGARA

PENGENALAN

Rukun negara merupakan ideologi kebangsaan Malaysia yang
diperkenalkan secara rasmi pada 31 ogos 1970. Rukun Negara
bertujuan untuk membentuk keperibadian rakyat negara ini sebagai
bangsa Malaysia yang bersatu padu. Terdapat lima prinsip ideologi
yang menjadi tonggak perpaduan antara rakyat untuk mencapai
perpaduan yang lebih erat dikalangan seluruh masyarakat; memelihara
cara hidup demokratik;mencipta satu masyarakat yandg adil supaya
kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara adil dan
saksama;membentuk satu sikap yang libral terhadap tradisi
kebudayaan yang kaya dan berbagai- bagai corak;dan untuk membina
sebuah masyarakat progresif dengan menggunakan sains dan
teknologi modern.

OBJEKTIF

 Memberi justifikasi sejarah pembentukkan rukun
negara.

 Mengaplikasikan permahaman yang lebih
mendalam tentang makna rukun negara terhadap
perpaduan.

 Memberikan pencerahan berkenaan cabaran yang
dihadapi dalam mengukukuhkan tali perpaduan
rakyat.

 Mengutarakan kepentingan rukun negara .
 Kesan mengabaikan rukun negara .

SEJARAH PENGENALAN
RUKUN NEGARA

 Selepas Malaysia Merderka dan negara mula  Majlis Perundingan Negara bertanggungjawab
dibangunkan , sedikit demi sedikit terdapat jurang menjadi pemikir dalam merangka perpaduan
antara kemewahan bandar dan kemiskinan desa, negara dan mencari satu cara yang mampu untuk
kemewahan orang bukan Melayu dengan kesempitan mengatasi garis pemisah antara kaum. Dengan itu
hidup orang Melayu yang menyebabkan rasa tidak , maka lahirnya satu ideologi digubal sebagai
puas hati di antara rakyat.Ini menyebabkan beberapa falsafah negara dan pendekatan baru ke arah
kekacauan serta perbalahan yang melibatkan kaum menwujudkan sebuah negara bangsa yang stabil.
berlainan berlaku di beberapa kawasan di Tanh Selain itu, Majlis Perundangan negara juga mula
Melayu .Apabila berlakunya peristiwa berdarah 13 menggunakan tema untuk menyambut
Mei 1969, kerajaan melihat perlunya satu formula kemerdekaan pada setiap tahun sebagai langkah
untuk mengatasi masalah ini.Di antara objektif Rukun mengekalkan semangat cintakan negara dan
Negara adalah mencapai perpaduan yang lebih erat di memupuk keharmonian kaum.
kalangan seluruh masyarakat, mencipta satu
masyarakat yang adil supaya kemakmuran negara
dapta dinikmati bersama secara adil dan saksama.

CITA-CITA YANG RUKUN
NEGARA DUKUNG

 Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan
seluruh masyarakatnya .

 Memelihara satu cara hidup demokratik.
 Mencipta satu masyarakat adil di mana

kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama
secara adil dan saksama.
 Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi
kebudayaannya yang kaya dan pelbagai corak.
 Membina satu masyarakat progresif yang akan
menggunakan sains dan teknologi modern.

PRINSIP-PRINSIP
RUKUN NEGARA

 Kepercayaan kepada Tuhan .

 Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara.

 Keluhuran Perlembagaan.
 Kedaulatan dan Undang – Undang.

 Kesopanan Dan Kesusilaan.

MAKSUD PRINSIP-PRINSIP
RUKUN NEGARA

1) Kepercayaan Kepada Tuhan

 Rakyat Malaysia menjadikan agama sebagai pegangan utama.

 Pegangan yang kukuh terhadap agama dapat membentuk
peribadi yang penuh nilai murni dan tidak melakukan jenayah
atau kejahatan yang lain.

 Berdasarkan Perlembagaan Perseketuan memperuntukkan
bahawa agama Islam ialah agama rasmi Perseketuan tetapi
agama dan kepercayaan lain bilah diamalkan dengan aman.

 Prinsip ini dipilih sebagai prinsip pertama kerana ketiadan
agama atau kepercayaan kukuh terhadapnya akan
meruntuhkan keperibadian seseorang serta sesuatu bangsa dan
negara .

2) Kesetiaan kepada Raja dan Negara

 Berdasarkan sistem Demokrasi Berparlimen dan
RajaBerpelembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-
Pertuan Agong sebagai Ketua Negara.

 Sistem beraja juga di amalkan di setiap negeri dan Yang
Dipertua Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja.

 Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang Dipertua Negeri
merupakan lambang perpaduan rakyat.

 Setiap warganegara hendaklah menumpukan taat setia kepada
Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong.

3) Keluhuran Perlembagaan

 Perlembagaan Negara merupakan sumber perundangan
negara yang tertinggi dan ia berfungsi untuk melindungi
hak dan keistimewaan setiap warganegara.

 Prinsip ini menekankan perlunya rakyat
menerima,mematuhi dan mempertahankan keluhuran
atau kemuliaan Perlembagaan Negara.

4) Kedaulatan Undang-Undang

 Undang-undang negara berasaskan kepada Perlembagaan dan
kedaulatannya perlu diterima serta dipertahankan.

 Setiap rakyat sama tarafnya di sisi undang-undang negara.

 Tanpa undang-undang, hidup bermasyarakat dan bernegara
tidak aman dan stabil.

 Prinsip ini menuntut kita sama-sama menghormati undang-
undang dan berusaha menyokong penguatkuasaannya serta
memelihara kedaulatannya.

5) Kesopanan dan kesusilaan

 Dalam masyarakat yang pelbagai kaum di Malaysia
kesopanan dan kesusilaan adalah penting untuk
hubungan antara satu sama lain.

 Ia dapat memelihara periaku masyarakat dan
berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan
nilai-nilai murni.

KEBAIKAN RUKUN NEGARA
KEPADA MASYARAKAT

1) Mencapai perpaduan yang lebih erat.

 Melalui usaha untuk mencapai perpaduan, semua
lapisan masyarakat perlulah menanam cita cita yang
positif bagi membentuk satu bangsa dan Negara
supaya kekal lama sebagai contoh,pada masa kini
iaitu dilanda covid-19, semua masyarakat mestilah
bersatu padu dengan mematuhi SOP semasa covid-19.
Hal ini perlu dipatuhi supaya dapat mengurangkan
kesnya.

2) Mencipta sebuah masyarakat yang adil.

 Semua anggota masyarakat mempunyai peluang yang
sama untuk menikmati kekayaan Negara. Hal ini
demikian kerana masyarakat yang adil akan wujudkan
Negara yang stabil dan masyarakat yang aman.
Contohnya, kerajaan mestilah membuka peluang
pekerjaan yang banyak kepada semua masyarakat
tanpa mengira berbilang kaum.

 Semua masyarakat bebas mengamalkan agama dan
adat resam masing-masing . Malaysia dikenali di
seluruh Negara kerana mempunyai kekayaan dalam
pelbagai kaum.

3) Memelihara satu cara hidup demokratik.

 Perlembagaan Negara menjamin kebebasan
kegiatan-kegiatan berpolitik rakyat Negara ini
asalkan tidak melanggar undang-undang
Negara. Umum mengetahui, sistem
pemerintahan di Malaysia dijalankan secara
demokrasi, contohnya semasa pilihan raya.

KESIMPULAN

Perpaduan kaum adalah matlamat penting yang ingin dicapai oleh semua
negaratermasuklah Malaysia. Ia penting kerana tanpa perpaduan sesebuah
negara itu akan menjadi lemah, sukar untuk dibangunkan dan mudah diancam
sama ada oleh kuasa luar mahupun dalam negara itu sendiri. Pengamalan Rukun
Negara akan melahirkan masyarakat yang bersatu padu,muhibah tanpa mengira
kaum serta bersikap saling menghormati antara satu sama lain. Melalui
perpaduan yang mampan akan dapat membantu negara mempertingkatkandan
mempergiatkan pertumbuhan ekonomi mengekalkan kestabilan politik dan
sistem pemerintahan negara yang demokratik. Kesimpulan, Rukun Negara
harus dilihat sebagai 'internal cohesion' atau kuasa dalaman yang dapat
mengikat perpaduan dan semangat patriotisme di kalangan rakyat. Objektif dan
prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara itu masih releven untuk
membentuk jati diri dan keperibadian rakyat.

LAMPIRAN



PANTUN RUKUN NEGARA

Baju kebaya kain bercorak, Dari pandangan jadi lukisan,
Cantik memikat si gadis desa; Indah rupa Bandar Hilir;
Rukun Negara lima tertegak, Perlembagaan jadi rujukan,
Penyatu rakyat berbilang bangsa. Tentu kira urus tadbir.

Terang bulan indah cahaya, Tumbuh rendang pohon nan satu,
Bintang berseri menjadi teman; Dahannya rendah tunjang berakar;
Percaya Tuhan tunjang agama, Undang-undang membatas laku,
Hidup harmoni dalam aturan. Menghukum salah menegak benar.

Kuning warna bunga cempaka, Mawar di taman merah menyala,
Harum sungguh pohonnya tinggi; Buang durinya gubah jambangan;
Taat raja setia Negara, Adab sopan juga susila,
Lambang teguh jati diri. Setiap masa jadi amalan.


Click to View FlipBook Version