The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

NAMA : JASON ARTHUR ANAK JOE
SEKOLAH : SMK TEBEDU
KATEGORI : MASALAH PEMBELAJARAN LELAKI (MENENGAH)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by afifimoktar8, 2024-04-21 21:23:43

PERTANDINGAN e-NILAM PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT NEGERI SARAWAK 2024

NAMA : JASON ARTHUR ANAK JOE
SEKOLAH : SMK TEBEDU
KATEGORI : MASALAH PEMBELAJARAN LELAKI (MENENGAH)

SALINAN REKOD DATA NILAM


SALINAN REKOD DATA NILAM


SALINAN REKOD DATA NILAM


SALINAN REKOD DATA NILAM


SALINAN REKOD DATA NILAM


SALINAN REKOD DATA NILAM


SALINAN REKOD DATA NILAM


SALINAN REKOD DATA NILAM


SALINAN REKOD DATA NILAM


SALINAN REKOD DATA NILAM


SALINAN REKOD DATA NILAM


SALINAN REKOD DATA NILAM


SALINAN REKOD DATA NILAM


ULASAN BUKU


ULASAN BUKU Buku ini menceritakan tentang seorang murid tahun 4 di Sekolah Kebangsaan Dato’ Ahmad yang bijak dan aktif yang bernama Mirwan. Mirwan seorang pelajar yang sentiasa memberikan perhatian yang baik semasa di dalam kelas Namun sejak kebelakangan ini sikap Mirwan telah mula berubah menjadi seorang yang pasif serta pendiam. Dia sering termenung dan hilang tumpuan ketika sesi pembelajarannya. Hal ini dapat dikenalpasti oleh guru kelasnya iaitu Cikgu Normah yang melihat perubahan mendadak Mirwan. Cikgu Normah pun meminta Mirwan untuk berjumpanya di bilik guru. Mirwan agak risau kerana takut dirinya ada melakukan sebarang kesalahan. Setibanya di bilik guru, Cikgu Normah bertanyakan tentang keadaan Mirwan yang menyebabkan dia menjadi pendiam. Mirwan hanya membalas dengan mengatakan dia kurang sihat. Cikgu Normah ingin membawa Mirwan ke klinik tetapi Mirwan mengatakan yang dia akan ke klinik selepas sekolah. Keesokan harinya, apabila Cikgu Normah masuk ke dalam kelas, dia terus bertanya keadaan Mirwan setelah melihat mukanya masih lagi pucat. Cikgu Normah juga bertanyakan sama ada Mirwan sudah ke klinik atau tidak. Mirwan memberitahu Cikgu Normah yang dia sudah ke klinik. Tiba-tiba Mirwan jatuh ke lantai dan pengsan. Cikgu Normah bergegas membawa Mirwan ke klinik yang berdekatan dengan bantuan guru kelas lain. Setelah diberi rawatan, Cikgu Normah sangat terkejut apabila diberitahu oleh Doktor Cheah yang Mirwan pengsan kerana didera dan tidak diberi makan. Mirwan juga mempunyai kesan lebam dan luka pada badan nya. Berikutan itu, polis telah menangkap ibu tiri Mirwan kerana melakukan penderaan dan juga bapanya yang bersubahat. Mirwan berasa sedih kerana dia tetap sayang kepada mereka berdua. Cikgu Normah mahu mengambil Mirwan sebagai anak angkat tetapi ditolak oleh Mirwan kerana dia tidak mahu menyusahkan Cikgu Normah. Cikgu Normah tetap mahu menjaga Mirwan kerana ingin melihatnya berjaya. Mirwan berterima kasih kepada Cikgu Normah. Nilai yang diperoleh daripada cerita ini sikap hormat. Walaupun Mirwan didera oleh ibu tirinya dia tetap merahsiakannya kerana sayang kepada ibu tirinya. Sikap sayang seorang anak akan wujud dalam diri apabila seseorang anak itu hormat kepada orang tuanya Pengajaran yang diperolehi adalah kita mestilah menyayangi ahli keluarga dengan sebaiknya TAJUK BUKU: RINTIHAN HIDUP MIRWAN NAMA PENULIS: SAFIAH MD YASSIN JUMLAH MUKA SURAT: 14 MUKA SURAT PENERBIT : I MAHIR SDN BHD


ULASAN BUKU TAJUK BUKU: HORMATILAH MAKHLUK LAIN NAMA PENULIS: ANISAH MUSA JUMLAH MUKA SURAT: 22 MUKA SURAT PENERBIT : PEP PUBLICATIONS SDN BHD Buku ini menceritakan seorang petani yang tinggal bersama anaknya yang bernama Aman. Mereka berdua hidup dalam keadaan miskin dan mengusahakan sawah dengan tenaga mereka sendiri. Suatu hari, Pakcik Amril meminta Aman untuk membeli seekor lembu untuk membantu mereka di sawah dengan menggunakan wang simpanan sebanyak RM300. Pakcik Amril ingin berbuat demikian kerana merasakan mereka tidak berdaya lagi untuk mengusahakan sawah dengan tenaga mereka sendiri. Aman bersetuju dengan pendapat ayahnya kerana ayahnya sudah tua dan kebelakangan ini selalu kelihatan letih. Dengan adanya lembu tersebut dapat membantu Aman di sawah dan ayahnya dapat berehat. Pakcik Amril pun memberikan wang Rm300 kepada anaknya untuk pergi ke bandar dan membeli seekor lembu. Pakcik Amril menasihatkan Aman supaya tidak menghilangkan duit tersebut. Aman pun terus ke bandar. Dalam perjalanan Aman berjumpa dengan sekumpulan kanak-kanak yang sedang mengikat dan mengetuk kura-kura di tepi sungai. Aman pon meminta untuk kanak-kanak tersebut menghentikan daripada menyakiti kura-kura tersebut tetapi tidak diendahkan oleh mereka. Aman sekali lagi tegas menasihati kanak-kanak tersebut dan meminta untuk mereka menyerahkan kura-kura itu kepadanya. Kanak-kanak itu berjanji akan berikan kura-kura tersebut jika Aman menyerahkan sejumlah wang kepada mereka. Dengan berfikir panjang dan tidak sanggup melihat kura-kura itu disakiti, Aman pun bersetuju untuk memberikan RM250 kepada kanak-kanak tersebut sebagai pertukaran dengan kura-kura. Kanak-kanak tersebut pun meninggalkan Aman setelah mendapat wang tersebut. Aman mula mengikat ikatan tali pada badan kura-kura dengan berhati-hati dan membawa mereka ke tepi sungai. Aman meminta kura-kura itu untuk lekas pergi ke dalam sungai sebelum kanak-kanak tersebut kembali. Kura-kura yang seakan-akan paham dengan apa yang dikatakan pun turun ke dalam sungai dan berlalu pergi. Aman sangat berasa gembira kerana dapat menyelamatkan kura-kura tidak dalam masa sama sangat risau akan dimarahi oleh ayahnya. Aman pun pulang ke rumah dan menceritakan hal tersebut kepada ayahnya. Pakcik Amril langsung tidak marah kepada Aman tetapi sangat berbangga dengan tindakannya. Nilai yang dapat dipelajari daripada cerita ini adalah bersikap jujur seperti Aman. Malahan kita juga dapat mengambil pengajaran bahawa walupun kita miskin, kita mesti menghormati makhluk lain yang berada di dunia ini


ULASAN BUKU TAJUK BUKU: PUTERI BURUNG MERAK NAMA PENULIS: NUR AMALINA BADAR JUMLAH MUKA SURAT: 22 MUKA SURAT PENERBIT : PEP PUBLICATIONS SDN BHD Buku ini menceritakan tentang seorang anggota polis alam semesta yang bernama Niwa yang sentiasa mengembara ke serata planet untuk mengawal keselamatan dan juga membantu spesies yang ada masalah. Pada hari itu, Niwa sampai ke planet yang cantik yang didiami oleh pelbagai spesies burung iaitu Planet Burun. Sedang Niwa berehat di sebuah pokok sambil melihat burung-burung lain berterbangan, Niwa mendengar suara meminta tolong. Niwa menoleh ke belakang dan berjumpa seekor burung yang bersaiz besar dan ekor yang panjang. Burung itu kelihatan pucat. Burung tersebut meminta bantuan Niwa kerana kepaknya sakit dan tidak boleh terbang untuk ke klinik. Sudah lama burung tersebut mengembara untuk ke klinik tetapi sudah tidak berdaya. Niwa cuba membawa burung itu menaiki motosikalnya tetapi tidak berjaya kerana badan burung yang besar dan ekornya yang panjang. Niwa terus menunggang motosikal untuk meminta bantuan burung lain. Niwa berjumpa dengan Burung Helang, Burung Bangau dan Burung Merpati, Niwa terus meminta bantuan mereka. Ketiga-tiga burung tersebut marah dan mentertawakan Niwa dan burung aneh itu kerana ia tidak boleh terbang dan dianggap bukan seekor burung. Mereka mengatakan burung yang cantik serta pantas seperti mereka tidak layak berkawan dengan burung aneh tersebut. Mereka juga meminta Niwa memanggil mereka dengan gelaran “Tuan”. Niwa berasa kecewa dan marah dengan sikap angkuh mereka dan berlalu pergi. Niwa tidak berputus asa dan terus berjumpa dengan sekumpulan Burung Gagak. Niwa menegur Burung Gagak dengan panggilan “Tuan Gagak”. Burung Gagak berasa harian dan meminta Niwa memanggil mereka Gagak Sahaja kerana mereka adalah spesies yang tidak cantik. Niwa pun terus meminta bantuan Burung Gagak dan mereka bersetuju untuk membantu Niwa dan burung aneh itu terbang ke klinik. Setelah dirawat di klinik, burung aneh itu membuka kepak dan ekornya. Burung Gagak terkejut dan terus tunduk dan mengatakan “Ampun Tuanku”. Burung aneh tersebut adalah spesies Burung Merak yang merupakan keturunan raja di Planet Burun. Selepas itu, Niwa membawa Burung Merak ke Istana Raja. Raja Merak sangat gembira bertemu semula puterinya yang sudah hilang dan disangkakan sudah mati. Burung Gagak yang membantu Burung Merak tersebut dilayan baik oleh raja. Nilai yang diperolehi daripada cerita ini ialah sikap saling tolong menolong. Pengajaran daripada cerita ini pula adalah kita janganlah menghina dan bersikap angkuh terhadap orang lain kerana kelak diri yang akan menyesal.


ULASAN BUKU TAJUK BUKU: AINA YANG BAIK HATI NAMA PENULIS: FATIHAH MD DOM JUMLAH MUKA SURAT: 30 MUKA SURAT PENERBIT : SEMANGAT INTEGRASI ENTERPRISE Buku ini menceritakan seorang budak Perempuan dari Sekolah Rendah Selasih Muara yang berumur 11 tahun yang sangat rajin memabntu ibunya menjual kuih muih. Aina seorang budak Perempuan yang sangat disenangi oleh penduduk kampung kerana sikapnya yang rajin dan pandai menghormati orang tua. Aina mejual kuih kerana mahu membantu ibunya yang sudah tua dan tidak berdaya. Ayah Aina sudah lama meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya. Ibu Aina terpaksa membuat kuih untuk dijual di seluruh kampung dan akan dijual oleh Aina bagi menyara kehidupan mereka dan persekolahan Aina. Aina akan menjual kuih pada waktu pagi dan pada sebelah tengah hari Aina akan bersiap untuk ke sekolah. Ibu Aina iaitu Puan Fatimah sangat kasihan melihat anaknya tetapi apakan daya, kesihatannya sering terganggu. Aina adalah seorang anak yang baik dan pelajar yang pintar di sekolah Pada waktu cuti persekolahan Aina terjumpa seorang peminta sedekah. Aina berasa sangat kasihan pada padanya dan mengambil keputusan untuk memberikan sedikit kuih kepada peminta sedekah itu. Peminta sedekah itu sangat gembira dan mengucapkan terima kasih. Setelah pulang ke rumah, Aina mebantu ibunya menyapu sampah dan mengemas rumah. Pada waktu petang pula, Aina akan mengulang kaji pelajaran dan menyiapkan kerja sekolahnya. Pada esoknya di sekolah Aina diberitahu oleh cikgunya iaitu Cikgu Sharmila bahawa dia dicalonkan seklai lagi sebagai Pelajar Contoh. Semua rakan-rakan dan gurunya sangat berbangga dengan Aina dan mengucapkan tahniah kepadanya. Ketika Aina pulang dari sekolah, Aina terjumpa satu kotak yang besar di semak samun, Aina pun membawa pulang kotak tersebut dan menunjukkan kepada ibunya. Apabila membuka kotak tersebut, Aina dan ibunya sangat terkejut kerana ia berisi wang ringgit yang sangat banyak. Aina dan ibunya terus membawa wang tersebut kepada balai polis yang berdekatan Pada keesokan harinya selepas pulang dari sekolah, Aina melihat ada sebuah kereta berada di hadapan rumahnya. Aina berasa sangat hairan. Rupanya itulah adalah kereta si pemilik wang ringgit tersebut yang berbangsa cina. Mereka berterima kasih kepada Aina kerana memulangkan semula wang yang telah dirompak daripada rumah mereka. Encik Chan telah memberikan Aina dan ibunya sejumlah wang untuk perbelanjaan sebagai tanda terima kasih. Nilai yang dapat kita peroleh daripada cerita ini adalah sikap baik hati. Pengajaran yang dapat diambil pula adalah kita mestilah bersikap jujur dalam apa jua tindakan yang kita lakukan .


Click to View FlipBook Version