The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TUGASAN INDIVIDU MADAM FAIZAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nor adriyana, 2021-09-24 02:12:30

KANAK-KANAK HIPERAKTIF

TUGASAN INDIVIDU MADAM FAIZAN

DIPLOMA:
DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK SECARA ISLAMIK

KURSUS/KOD KURSUS:
SAHSIAH DAN BIMBINGAN TINGKAH LAKU KANAK-KANAK (AAK2093)

TAJUK:
PENGURUSAN TINGKAH LAKU KANAK-KANAK 4-6 TAHUN

DISEDIAKAN OLEH:
NOR ADRIYANA BINTI SUWANDI

PID20059
KUMPULAN 1

PENSYARAH:
PUAN FAIZAN BINTI GAYUH

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA

1.0 PENGENALAN KANAK-KANAK HIPERAKTIF

2.0 CIRI-CIRI TINGKAH LAKU KANAK-KANAK HIPERAKTIF

3.0 FAKTOR YANG MENYEBABKAN KANAK-KANAK HIPERAKTIF

4.0 CADANGAN KAEDAH DAN TEKNIK DALAM MENGURUS
KANAK-KANAK HIPERAKTIF

4.1 PANDANGAN KITAB IHYA’ ULUMUDDIN
4.2 NASIHAT IMAM AL-GHAZALI
4.3 HADIS-HADIS RASULULLAH S.A.W
5.0 KESIMPULAN

6.0 RUJUKAN

1.0 APA ITU 01
KANAK- 02
KANAK 03
04
HIPERAKTIF ? 05
06

Umumnya seorang kanak-kanak memang bersifat aktif, yang kadang
mereka bersifat negatif juga dan ada masanya mereka amat sukar
menerima arahan, berkelakuan nakal, mudah hilang tumpuan, cuai,
terburu-buru, atau tak boleh duduk diam. Namun, sekiranya gejala ini
kelihatan melampau dan ia terlalu kerap berlaku, anak hiperaktif ini
mungkin mengalami gangguan ADHD atau Attention Deficit and
Hyperactivity Disorder. Kanak-kanak hiperaktif ini adalah tingkah laku
yang negatif.

Kanak-kanak aktif ni suka duduk diam,kurang memberi tumpuan kepada
sesuatu perkara dan bertindak spontan mengikut kehendak hati serta
sukar mengasingkan maklumat yang diterima.Menguruskan kanak-kanak
aktif ini bukan mudah dan kadang kala meletihkan juga.Mereka ini sangat
aktif dari segi fizikal dan mental berbanding kanak-kanak lain . Ingatan
mereka kuat tetapi kelemahan mereka adalah cepat bosan dan kurang
memberi focus kepada sesuatu perkara yang mana akan menjejaskan
ingatan jangka panjang mereka.

Kanak-kanak aktif ini dikenali juga sebagai kanak-kanak hiperaktif
.‘hiperaktif menunjukkan adanya suatu pola perilaku yang ada pada
seorang kanak-kanak.Perilaku ini ditandai dengan sikap tidak mau
diam,tidak boleh fokus dan bertindak sesuka hatinya.Anak hiperaktif juga
sering menjadi kebimbangan ibu bapa apabila jarang mempertimbangkan
akibat daripada tindakan yang dilakukannya sama ada membahayakan
dirinya atau orang lain.Oleh itu,kanak-kanak hiperaktif memerlukan
pengawasan rapi serta perhatian yang lebih daripada ibu bapa .Hal ini
kerana, kanak-kanak hiperaktif cepat bosan sekiranya tiada kawan untuk
berkomunikasi dan bermain.Ibu bapa hendaklah menyediakan dan
merancang aktiviti yang pelbagai bagi mengatasi sifat cepat bosan
mereka.Oleh itu ibu bapa perlu kreatif merncang pelbagai aktiviti menarik
dan selamat untuk mereka.

2.0 CIRI-CIRI 01
TINGKAH LAKU 02
KANAK-KANAK 03
04
HIPERAKTIF 05
06

1. CEPAT BOSAN 01
02
Mereka menjadi cepat bosan dengan satu-satu tugas hanya 03
selepas beberapa minit.Akibatnya, mereka kerap bertukar- 04
tukar aktiviti . Ada kalanya anak cepat bosan kerana mereka 05
tak tahu menjadikan sesebuah permainan lebih menarik. 06
Maka, penglibatan ibu bapa adalah penting sebagai langkah
pertama menggalakkan anak agar suka bermain.

Selain itu,ibu bapa untuk memberi masa kepada anak untuk
bermain dengan sendiri dahulu dan membiarkan mereka
meneroka. Tak usah terlalu berhati-hati ketika anak sedang
bermain, cukuplah hanya memantau dari jauh. Dengan cara ini
anak dapat belajar untuk bergantung kepada diri sendiri dan
melatih kemahirannya secara semulajadi.

2. SUKAR MENGIKUT ARAHAN 01
02
Kanak-kanak yang tiada tumpuan kelihatan seperti tidak 03
mendengar apabila kita sedang bercakap dengan 04
mereka. 05
Ada kalanya mereka nampak seperti berada di awang- 06
awangan, mudah keliru,terhegeh-hegeh, dan lambat
melaksanakan arahan yang walaupun mudah. Ini kerana,
mereka mengalami kesukaran untuk memproses
maklumat secepat dan setepat anak yang lain.

Jika kanak-kanak aktif sebegini, elakkan memberinya
arahan untuk melakukan sesuatu. Sebaliknya, tunjukkan
kepadanya bagaimana melakukan perkara atau aktiviti itu
dan ajak dia melakukannya bersama-sama.

3. TIDAK BOLEH DUDUK DIAM 01
02
Kanak-kanak yang mengalami ADHD kadangkala dilabel 03
sebagai anak yang nakal kerana mereka berasa susah untuk 04
melakukan aktiviti yang memerlukan seseorang untuk duduk 05
diam, seperti semasa belajar atau makan. 06

Kanaka-kanak hiperaktif ini mudah berasa gelisah apabila
duduk di kerusi, tak henti-henti bercakap, menyentuh atau
bermain apa saja sehingga mengganggu orang lain,
terutamanya apabila di dalam kelas.

4. TIDAK SABAR 01
02
Disebabkan kanak-kanak ini terlalu cergas, mereka juga 03
akan menghadapi tekanan di mana mereka kurang 04
sabar dalam kehidupan seharian. Hal ini terjadi kerana 05
mereka kurang sabar untuk menunggu dan mahu 06
semuanya cepat sahaja. Mungkin kerana ini juga
mereka cenderung untuk mengganggu perbualan orang
lain. Jika orang tidak memahami masalah mereka, anak-
anak ini akan dianggap biadap. Akibat dari sikap kurang
sabar ini juga mereka lebih mudah mendapat
kecederaan .

3.0 FAKTOR YANG 01
MENYEBABKAN 02
KANAK-KANAK 03
HIPERAKTIF 04
05
06

1. FAKTOR PSIKOLOGI DAN PERSEKITARAN

Perkembangan emosi dan sosial anak-anak juga bergantung kepada
latar belakang ibubapa dan persekitaran anak, apa yang dilalui oleh
mereka seharian mempengaruhi tingkah laku mereka kelak.

Kebanyakkan kanak-kanak yang hiperaktif mengalami masalah di dalam
kehidupan mereka, dan keliru tentang hubungan diantara mereka
dengan ibu bapa mereka. Ada ketika mereka menganggap ibubapa sama
seperti rakan sebaya mereka, dan ini harus diasuh secara berhemah
oleh ibubapa sendiri.

Kanak-kanak yang kurang mendapat kasih sayang daripada kedua ibu
bapa kebiasaannya akan bertindak aktif untuk menarik perhatian ibu
bapanya. Oleh kerana itu, ibu bapa perlu menambah pengetahuan
tentang gangguan hiperaktif.

2. FAKTOR NEUROLOGIK

Risiko anak hiperaktif yang lebih tinggi didapatkan pada bayi yang lahir
dengan masalah-masalah prenatal seperti proses bersalin yang lama,
distres fetal, persalinan dengan cara menggunakan forcep, eklamsia
berbandingkan dengan kehamilan dan persalinan normal.
Di samping itu faktor-faktor seperti bayi yang lahir dengan berat badan
rendah, ibu yang terlalu muda, ibu yang merokok dan minum alkohol juga
meningkatkan risiko hiperaktif.

Perkembangan otak yang lambatjuga boleh menjadi faktor. Kajian dalam
bidang neurologi sehingga kini, dipercayai hiperaktif terjadi akibat
kelemahan fungsi pada salah satu neurotransmiter di otak yang bernama
dopamin. Dopamin merupakan zat aktif yang berguna untuk memelihara
proses konsentrasi/tumpuan.

3. FAKTOR GENETIK

Sebanyak 3-5 % anak-anak dari seluruh dunia
mengalami hiperaktif disebabkan oleh faktor genetik.
Kajian daripada peta gen yang diambil dari lebih
1400 anak yang pernah dijadikan subjek kajian dan
mendapati bahawa anak dengan ADHD memiliki
potongan kecil DNA yang digandakan atau hilang.

Lebih kurang 25-35% dari ibubapa dan saudara yang
pada masa kecil mereka juga hiperaktif, dan sifat
hiperaktif ini akan diwarisi kepada anak kelak.

4. FAKTOR MAKANAN

Beberapa zat makanan seperti bahan pengawet dan pewarna tiruan
yang terdapat dalam makanan boleh menyebabkan pembentukan
perilaku hiperaktif kepada anak. Contohnya ,makanan mengandungi
kadar gula yang tinggi atau karbohidrat .Kedua jenis makanan ini dapat
mempengaruhi mood anak. Makanan ini dapat mencetuskan hormon
tekanan seperti adrenalin dan kortisol yang dapat memberikan perasaan
cemas dan gelisah.

Pewarna tiruan, penambah rasa, dan pemanis buatan serta kandungan
gula terlalu tinggi membuat sistem saraf terlalu aktif. Biasanya banyak
didapati pada produk makanan segera. Seperti donat beraneka salutan,
pastri, cupcake, soda, fast food, keropok, gula-gula dan pelbagai
makanan yang tidak sihat di pasaran kini yang mengandungi jumlah gula
yang tinggi dapat membuatkan sistem saraf terlampau aktif.

4.0 CADANGAN 01
KAEDAH DAN 02
TEKNIK DALAM 03
MENGURUS 04
KNAK-KANAK 05
HIPERAKTIF. 06

1. PERAWATAN ALTERNATIF TERAPI RUQYAH

Menurut Ibnu Mandhur al-Ruqyah bererti bacaan tertentu bertujuan
memohon perlindungan atau merawat orang sakit. Ruqyah juga didefinisi
sebagai memohon perlindungan atau ayat-ayat, zikir-zikir, doa-doa yang
dibacakan kepada orang yang sakit. Abu Muaz Muhammad bin Ibrahim
menyatakan ruqyah sebagai penggunaan ayat-ayat al-Quran, (jampi)
dalam rawatan penyakit merupakan satu perawatan yang telah dimulai
semenjak zaman Rasulullah lagi.

Antara ayat al Quran berkaitan dengan terapi ruqyah ialah
“Dan kami turunkan al-Quran suatu yang menjadi
penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman
dan al-Quran itu tidaklah menambahkan kepada orang
-orang yang zalim selain kerugian”. (Al –Israa:82)

2. MENGAJAK ANAK UNTUK BERKOMUNIKASI DENGAN BAIK.

Ini dilakukan supaya kanak-kanak dapat berinteraksi dengan orang lain
dengan cara yang baik dan sopan tanpa menunjukkan tingkah laku yang
terlalu aktif.Mendidik anak yang hiperaktif memerlukan sedikit
kesabaran, sehingga kelakuannya yang berlebihan secara beransur-
ansur akan berkurang.

Anak-anak yang hiperaktif tidak dapat menumpukan perhatian, jadi
untuk mencapai kejayaan di sekolah memerlukan kesabaran.
Walau bagaimanapun, sebilangan kanak-kanak yang hiperaktif
mempunyai bakat, jadi ibu bapa mesti menyokong bakat tersebut untuk
menggunakan bakat tersebut.Hendaklah belajar dengan tepat dan tepat,
supaya tingkah laku hiperaktif tidak selalu mengganggu orang di
sekelilingnya.

3. PENDEKATAN DIAGNOSIS.

Pendekatan diagnosis memerlukan seseorang guru itu mengenalpasti corak
tingkah laku pelajar dari semasa ke semasa dengan membuat pemerhatian
serta mendapatkan laporan tingkah laku pelajar sama ada di rumah iaitu melalui
pihak ibu bapadan juga di sekolah iaitu melalui guru sekolah seperti guru kelas.

Guru haruslah memberikan perhatian yang lebih terhadap pelajar hiperaktif.
Pelajar tersebut haruslah sentiasa dalam perhatian guru semasa di dalam bilik
darjah.Caranya adalah dengan meletakkan tempat duduk pelajar ini berdekatan
dengan meja guru iaitusebaiknya di barisan hadapan kelas serta di kalangan
rakan-rakan lain yang tenang. Kaedah ini membolehkan guru untuk memerhati
dan mengawasi pelajar berkenaan walaupun pada masayang sama guru
tersebut sedang mengajar pelajar yang lain. Melalui pemerhatian dan
pengawasan ini membolehkan guru tersebut melihat pelajar hiperaktif ini
dengan lebih jelas dandapat mengurangkan pengawalan yang menyeluruh ke
atas pelajar itu dan membolehkanpengajaran dan pembelajaran dijalankan
dengan lancar di dalam bilik darjah

4. IBU BAPA PERLU MENJAGA ASPEK PEMAKANAN

Menjaga aspek pemakanan mereka untuk kesihatan dan perkembangan
yang optimum. Dimasa tumbesaran meningkat, perubahan fisiologi
berlaku dan mempengaruhi keperluan pemakanan. Jika keperluan ini
tidak dipenuhi, ia boleh mempengaruhi kanak-kanak dalambanyak cara
seperti mengalami tahap konsentrasi yang rendah, hiperaktif dan
penyakit.

Bagi mengurangkan tingkah laku hiperaktif ini, ibubapa perlu perlu
membekalkan segala keperluan pemakanan yang seimbang dalam
hidangan anak-anak mereka. Namun walaupun demikian, vitamin B
membantu membuka tenaga dalamglukos. Kekurangan vitamin B boleh
mengganggu pembelajaran dengan menyebabkanperubahan
perwatakan termasuk bersifat agresif, permusuhan dan kemurungan.

5. MEMBERI SOKONGAN KEPADA KANAK-KANAK HIPERAKTIF.

Keluarga memainkan peranan dengan membawa kanak kanak ADHD melibatkan
aktiviti harian seperti belajar, melukis, menyanyi, menari dan sebagainya. Melalui
aktiviti-aktiviti harian ini, mereka dapat menerima tekanan sekeliling terutamanya
daripada rakan-rakan mereka yang normal. Selain itu, dalam usaha mengurangkan
tekanan ini, ibu bapa seharusnya menerangkan kepada anak mereka apa itu ADHD
dan mengapa mereka menghidapinya.

Ibu bapa juga perlu mengelakkan perbuatan yang boleh menyinggung perasaan
kanak-kanak ini seperti menengking dan mengherdik mereka. Sekiranya tindakan
ini dilakukan oleh ibu bapa, ia akan menyebabkan kanak-kanak itu berasa rendah
diri, takut dan menjarakkan hubungan di antara ibu bapa mereka. Menjaga anak-
anak ADHD sememangnya mencabar dan menguji kesabaran. Walau
bagaimanapun ibu bapa haruslah sedar dengan tanggungjawab mereka yang
sentiasa perlu menyokong dan berada di sisi anak-anak ADHD ini.

PENDEKETAN 01
RASULULLAH 02
03
04
05
06

4.1 PANDANGAN KITAB IHYA’ ULUMUDDIN

• Jika kanak-kanak dibesarkan dalam tingkah laku yang baik, mereka akan

membesar dalam persekitaran yang baik dan menjadi manusia yang
baik.Ibu bapa , guru , penjaga dan orang lain yang terlibat akan mendapat
ganjaran daripada Allah

• Jika kanak-kanak didedahkan kepada tingkah laku buruk dan pendidikan

mereka diketepikan , mereka akan membesar menjadi orang yang tidak
baik dan dosa-dosa mereka akan ditanggung oleh ibu bapa dan orang yang
bertanggungjawab menjaga mereka.

4.2 NASIHAT IMAM AL-GHAZALI KEPADA IBU BAPA.

• Penuhkan masa lapang Bersama anak-anak

• Mendidik anak-anak dengan amalan agama yang bersesuaian seperti amalan

khusus dan amalan umum seperti sembahyang.Keadah pengajaran ialah
berperingkat dari segi tingkah laku dan bacaan.

• Jelaskan kepada mereka tentang agama, bukan sahaja secara teori malahan

amalan juga.

• Kanak-kanak perlu dijelaskan tentang keburukan mencuri dan larang mereka

daripada memakan makanan haram.

• Kanak-kanak perlu diajar untuk sentiasa sederhana dalam perlakuan.

4.3 HADIS-HADIS RASULULLAH S.A.W

JANGAN MARAH
Daripada Abi Hurairah RA berkata, Nabi SAW bersabda:

.‫ َال تا ْغ اض ْب‬:‫ فَ َر َّد َد ِم َرا ًرا قَا َل‬.‫َال تا ْغ اض ْب‬
Maksudnya: Jangan marah, kemudian dia berlalu pergi dan kembali semula

serta bertanya hal yang sama. Lantas, baginda bersabda: Jangan
marah.

Al-Bukhari : 6116
Janganlah kita marah kepada kanak-kanak ini, hanya memberi nasihat dan

tegur dengan cara yang baik dan sepatutnya.

4.3 HADIS-HADIS RASULULLAH S.A.W

BAGINDA MENDOAKAN KANAK-KANAK
Anas Bin Malik menceritakan:Ibuku pergi berjumpa rasulullah dan berkata, “

Aku membawa Anas untuk berkhidmat kepadamu, wahai pesuruh
Allah.Jadi doakanlah untuknya”.

Rasulullah bersabda,”Ya Allah, perbanyakkanlah harta dan doa
keturunannya”.

Jadi sebagai ibu atau bapa , kita juga patut memperbanyakkan doa untuk
anak-anak kita dan berkata perkara yang baik-baik terhadap mereka.

4.3 HADIS-HADIS RASULULLAH S.A.W

BAGINDA MENGHORMATI PERASAAN SI KECIL
Rasulullah juga amat menghormati perasaan kanak-kanak.Baginda
bersabda: “Seseorang itu tidak patut duduk di antara seorang lelaki dan

anaknya”
Ia merupakan satu tanda hormat kepada si anak. Walaupun dia kecil, kita

masih perlu mengambil kira perasaannya.
Contohi sikap ini dan hormati perasaan kanak-kanak serta kanak-kanak

yang lain juga.

5.0 KESIMPULAN 01
02
03
04
05
06

KESIMPULAN

Dalam mendidik kanak-kanak hiperaktif ini pendidik taupon penjaga haruslah
banyak bersabar dan selalu tenang untuk mengawasi dan menjaga kanak-kanak
ini. Pendidik ataupun penjaga haruslah banyakkan membaca dan mencari
pengetahuan tentang menjaga kanak-kanak hiperaktif ini.Selain itu,penjaga
mahupun pendidik perlulah mengajar kanak-kanak ini dari kecil”meluntur buluh
biarlah dari rebungnya”.

Dalam Al-Quran juga mengajak manusia supaya sentiasa memerhati serta
merenungi tanda-tanda kekuasaan Allah yang ada di langit dan di bumi. Alam ini
merupakan bahan untuk berfikir, sebagai lembaran buku pengetahuan
di samping menjadi bukti bagi kesatuan pentadbiran dan peraturan
(Muhammad Shadid 1994).

Secara umumnya, proses pendidikan terhadap manusia berlaku sejak azali
lagi apabila Allah SWT menciptakan Nabi Adam as seperti firman-Nya (alBaqarah 2:
31) yang bermaksud “Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam akan
segala nama benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat
lalu ia berfirman “Terangkanlah kepadaku nama benda ini semuanya jika
kamu golongan yang benar.””

6.0 RUJUKAN 01
02
03
04
05
06

RUJUKAN

• https://www.scribd.com/document/90890443/Faktor-Penyebab-Anak-Hiperaktif-2
• https://www.researchgate.net/publication/305194574_KESAN_TERAPI_RUQYAH_DALAM_MODI

FIKASI_TINGKAHLAKU_MURID-MURID_ADHD

• http://www.myhealth.gov.my/sokongan-keluarga-terhadap-anak-adhd/
• Muhammad Shadid. 1992. Metodologi al-Quran dalam Pendidikan. Osman Khalid

(ptjh.). Kuala Lumpur: Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri.


Click to View FlipBook Version