The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by afiq.nazir95, 2021-07-28 05:23:35

GEO T2 - Bab 9 Pemanasan Global

GEO T2 - Bab 9 Pemanasan Global

BAB 9 PEMANASAN GLOBAL

Geografi Tingkatan 2 KSSM

Oleh Cikgu Norazila Khalid , Smk Ulu Tiram,
Johor

9.1 Maksud Pemanasan Global

pemanasan global

• Pemanasan global ialah
peningkatan suhu atmosfera
bumi secara berterusan
akibat daripada kesan
rumah hijau yang
melibatkan pertambahan
gas karbon dioksida (CO2),
klorofl uorokarbon (CFC)
dan bahan-bahan pencemar
yang lain.



9.2 Faktor-faktor Pemanasan
Global

Faktor-faktor pemanasan
global

• Faktor aktiviti
manusia

• Faktor semula jadi

Faktor aktiviti manusia

• Aktiviti pertanian yang
menggunakan racun serangga dan
baja kimia secara berlebihan.

• Penyahhutanan secara besar-
besaran bagi menjalankan aktiviti
pertanian, petempatan dan
perindustrian.

Faktor aktiviti manusia

• Pembebasan asap oleh kenderaan
bermotor dan aktiviti perindustrian
yang menggunakan bahan api fosil
sebagai bahan bakar utama.

• Pembakaran terbuka.

Faktor semula jadi

• Letusan gunung berapi yang
mengeluarkan banyak asap dan
debu

• Penerimaan pancaran matahari
yang berlebihan.

• Kebakaran hutan secara semula jadi





9.3 Kesan-kesan Pemanasan
Global

Kesan-kesan
Pemanasan Global

• Pemanasan global
mengakibatkan kesan-
kesan seperti peningkatan
aras laut, gangguan cuaca,
kemerosotan sumber
makanan dan masalah
kesihatan

Peningkatan aras laut

Punca Peningkatan
aras laut

• Pencairan ais di
kutub

• Peningkatan suhu
air laut

Kesan Peningkatan aras laut

• Mengakibatkan banjir besar dan hakisan
• Menenggelamkan kawasan daratan
• Memusnahkan harta benda dan mengancam nyawa
• Menjejaskan sumber bekalan makanan dan air bersih

Contoh Peningkatan aras laut

Pencairan lapisan ais di Greenland.

Kemerosotan
sumber

makanan

Punca Kemerosotan
sumber makanan

• Air laut menjadi lebih
panas dan mengganggu
ekosistem marin

• Banjir memusnahkan
kawasan pertanian

• Tanah menjadi tandus dan
tidak sesuai untuk
pertanian

Kesan Kemerosotan sumber makanan

Mengancam sumber makanan dunia

Contoh Kemerosotan
sumber makanan

• Gelombang panas di Rusia
pada tahun 2010 – 2011
memusnahkan penuaian
bijirin dan memberi kesan
kepada negara-negara di
Afrika Utara

Gangguan cuaca

• Kemusnahan floral dan fauna
• Mengakibatkan banjir, ribut, ombak besar dan taufan
• Taburan hujan tidak menentu

Gangguan cuaca

• Terdapat kawasan yang
mengalami kemarau yang teruk

• Udara menjadi kering dan
jerebu mudah terbentuk

Contoh Gangguan
cuaca

• Kejadian banjir besar dan
terburuk di Pakistan yang
menjejaskan kira-kira 20
juta penduduk pada tahun
2010.

Masalah kesihatan

• Gelombang haba berisiko
menyebabkan strok haba dan
dehidrasi

• Kehilangan nyawa
• Meningkatkan risiko pelbagai

penyakit berkaitan haba seperti
katarak dan kanser kulit

9.4 Langkah-langkah
Mengurangkan Kesan

Pemanasan Global

Langkah-langkah mengurangkan
kesan pemanasan global

• Amalan 5R
• Penggunaan tenaga mesra alam
• Kerjasama antarabangsa
• Penguatkuasaan undang-undang

Amalan 5R

• Menanam pokok Berkongsi
kenderaan Menggunakan
pengangkutan awam
Amalan kitar semula
Kempen bebas plastik

Penggunaan
tenaga mesra alam

• Bahan api fosil
seperti petroleum,
gas asli dan arang
batu perlu diganti
dengan tenaga
yang mesra alam
seperti tenaga
suria, angin dan
ombak agar alam
sekitar kekal
terpelihara

Kerjasama antarabangsa

• Protokol Kyoto 1997
Panel Antara Kerajaan
tentang Perubahan Cuaca
(IPCC) Persidangan
Bangsa-Bangsa Bersatu
tentang Alam Sekitar dan
Pembangunan (UNCED)
atau Sidang Kemuncak
Bumi di Rio de Janeiro,
Brazil pada tahun 1992

Kerjasama antarabangsa

• Kerangka Konvensyen
tentang Perubahan Cuaca
(UNFCCC) Persidangan
Perubahan Iklim di Paris,
Perancis dari 30 November
hingga 11 Disember 2015
untuk bersama komuniti
antarabangsa bagi
menangani isu perubahan
iklim

Pendidikan alam sekitar

Pendidikan alam sekitar boleh diserap di peringkat sekolah dan
komuniti

Penguatkuasaan
undang-undang

• Akta Perlombongan
Petroleum 1966

• Akta Kerajaan Tempatan
1976

• Akta Perhutanan 1984 Akta
Pengangkutan Jalan
(Pindaan) 2012

• Akta Kualiti Alam Sekeliling
(Pindaan) 2012

Tip mengurangkan
pemanasan global

• Menggunakan
barangan elektrik
jimat tenaga

• Menggunakan
pengangkutan awam

• Amalan 5R

Tip mengurangkan
pemanasan global

• Meminimumkan
penggunaan
penyaman udara

• Menanam pokok di
sekitar rumah

• Menanggalkan plag
daripada soket apabila
tidak digunakan

TAMAT


Click to View FlipBook Version