Tugasan 1 : Penghasilan Produk
BMMB1104:
Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu
____________________________________________________
Pengenalan Diri
Nama Penuh : Claudia Ulau John
No Kad Pengenalan : 031024-13-1286
No Angka Giliran : 2021022310143
Kumpulan/Unit : PPRBMM2-6/ BMSJKC
Nama Pensyarah : Puan Selina binti Ahmad
Tarikh Hantar : 21 Mac 2021
Tugasan 1 : Penghasilan Produk
BMMB1104:
Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu
Huraikan konsep dan fungsi kesusasteraan Melayu
dalam kehidupan masyarakat Melayu tradisional dan
seterusnya bincangkan manifestasi pantun-pantun
berikut :
Cedok air dengan baldi,
Cedok nasi dengan senduk,
Baik dibawa resmi padi,
Semakin berisi semakin tunduk.
Tingkap papan kayu persegi,
Sampan sakat di Pulau Angsa,
Indah tampan kerana budi,
Tinggi bangsa kerana bahasa.
Berburu ke padang jajar,
Dapat rusa berbelang kaki,
Berguru kepalang ajar,
Bagai bunga kembang tak jadi.
ISI KANDUNGAN
1.0 Pengenalan
2.0 Konsep Kesusasteraan Melayu
2.1 Takrif Kesusasteraan Melayu
2.2 Jenis, bentuk dan ciri
2.2.1 Prosa Tradisional
2.2.2 Prosa Moden
2.2.3 Puisi Tradisional
2.2.4 Puisi Moden
3.0 Fungsi Sastera Melayu
3.1 Hiburan
3.2 Pendidikan
3.3 Dakwah
3.4 Kritikan Sosial
4.0 Manifestasi Pantun-pantun Melayu
5.0 Kesimpulan
Rujukan
1.0 Pengenalan
Setiap bangsa di dunia memiliki bahasa
pertuturan tersendiri yang merangkumi
kosa katanya sendiri, cara penyampaian,
istilah dan nahu. Bahasa merupakan
perantara maklumat dan komunikasi
antara bangsa itu sendiri.Tanpa bahasa,
setiap maklumat yang hendak
disampaikan tidak tercapai dan
komunikasi diharapkan hanya menjadi
sia-sia. Sejarah dan perkembangan
kesusasteraan pada prinsipnya melihat
karya sastera dari sudut daya kreatif
manusia. Membincangkan sejarah dan
perkembangan kesusasteraan Melayu,
mengikut Ismail dalam kata pengantar
buku Perkembangan Kesusasteraan
Melayu Lama, perkembangannya
mengikut kronologi zaman bermula dari
zaman sebelum mengenal huruf dan
diikuti zaman Hindu dan Islam.
Manakala mengikut Safian Hussain et.
al (1981), kesusasteraan Melayu
Moden pula bermula dengan
kedatangan penjajah barat ke Alam
Melayu. Ini bererti, sejarah dan
perkembangan kesusasteraan Melayu
bermula dalambentuk sastera lisan
diikuti dengan sastera yang bercorak
tulisan pada zaman Islam. Meskipun
terlihat empat peringkat
perkembangan kesusasteraan, pada
realitinya mengikut sejarah
perkembangan kesusasteraan Melayu,
2.0
Konsep Kesusasteraan
Melayu
2.1 Takrif Kesusasteraan Melayu
Perkataan "sastera" berasal daripada
bahasa Sanskrit iaitu "castra" yang
bermaksud kitab suci. Sastera juga
mempunyai makna segala penghasilan
sastera yang dinikmati atau diteruskan,
sama ada melalui penulisan dan
pembacaan mahupun melalui pertuturan
dan pendengaran. (Harun Mat Piah et.
al, 2006) Kesusasteraan ialah bidang
seni kreatif yang perantaranya ialah
bahasa. Sastera bermula dengan tradisi
lisan dan berkembang mengikut
penyebaran semasa.
2.2 Jenis, bentuk dan ciri
Dalam kesusasteraan Melayu,
pengkategorian sastera dilakukan
berdasarkan zaman atau masa
sesebuah hasil sastera itu dikesan
atau wujud. (Arba‟ie et. al, 2008)
Secara umumnya, pengkategorian
sastera akan merujuk kepada
tradisional dan moden. Sastera
Melayu tradisional meliputi dua
genre iaitu prosa dan puisi.
Terdapat empat jenis secara
keseluruhan iaitu prosa tradisional,
prosa moden, puisi tradisional dan
puisi moden.
2.2.1 Prosa Tradisional
Prosa tradisional merujuk kepada
hasil kesusasteraan ditulis dalam
gaya ayat-ayat biasa dengan
menggunakan tatabahasa yang
mudah pada zaman dahulu (Siti
Hajar Abdul Aziz, 2011). Susunan
ayat dalam sastera jenis prosa
tradisional disusun dalam bentuk
karangan. Prosa tradisional ialah
satu bentuk kesusasteraan yang
lebih mudah difahami berbanding
dengan puisi. Contoh karangan
prosa tradisional ialah cerita
panglipur lara, cerita jenaka, cerita
asal usul dan epik.
2.2.1 Prosa Tradisional
Prosa merupakan satu karya yang
bercorak naratif. Karya naratif
merupakan hasil sastera yang
mengandungi perkembangan plot
yang menceritakan sesuatu
peristiwa. Kebiasaannya, karya
berbentuk naratif mengandungi
elemen-elemen seperti watak dan
perwatakan, latar, sudut
pandangan pencerita, tema dan
gaya bahasa. Namun demikian,
karya-karya prosa tidak terbatas
kepada cerita naratif sahaja tetapi
termasuk juga karya-karya yang
bukan cerita naratif.
2.2.2 Prosa Moden
Prosa moden merupakan karya
sastera Bahasa Melayu yang bebas
dalam ciptaan, menggambarkan
pengalaman, pemikiran, situasi,
persoalan isu atau kehidupan
sebenar dalam bentuk tulisan karya
bagi menyampaikan mesej yang
tersirat. Contoh prosa moden ialah
seperti cerpen, drama dan novel.
2.2.3 Puisi Tradisional
Puisi tradisional adalah susunan
perkataan dalam bentuk karangan
yang berangkap. Bentuk,
pemikiran dan fungsi puisi
tradisional masih dikekalkan oleh
masyarakat seperti keadaan
tradisionalnya. Puisi tradisional
juga dikenali sebagai puisi lisan
yang berkembang dalam kesenian
rakyat. Puisi tradisional terdiri
daripada karya pantun, gurindam,
syair dan seloka.
2.2.3 Puisi Tradisional
Pantun ialah sejenis puisi lama yang
mempunyai rangkap yang tetap.
Gurindam ialah satu bentuk puisi Melayu
yang terdiri daripada dua baris yang
berpasangan,bersajak atau berirama dan
memberi idea yang lengkap.
Syair ialah sejenis puisi lama yang berangkap
dan setiap rangkapnya mengandungi empat
baris ayat atau kalimat yang keseluruhannya
terdiri daripada isi atau maksud.
Seloka ialah karangan berangkap atau bahasa
berirama. Ia merupakan pepatah atau
perumpamaan yang mengandungi jenaka,
gurau senda, giatan, olakan, ejekan dan
sindiran.
2.2.4 Puisi Moden
Puisi moden dibahagikan
kepada puisi sinsis, puisi elegi,
puisi romantik, puisi
nasionalisme dan puisi protes.
Bentuk puisi moden adalah
bebas yang mana tidak
menggunakan ciri penulisan
tradisional. Sajak terikat yang
terpengaruh oleh puisi
tradisional dan sajak separuh
terikat yang memberi
penekanan pada zaman, masa
dan isu yang berlaku. Ciri-ciri
puisi moden pula ialah
berbentuk bebas dari segi
jumlah suku kata, baris dan
rima.
3.0
Fungsi Kesusasteraan
Melayu
Sastera rakyat terbahagi kepada dua
bentuk iaitu berbentuk cerita dan yang
bukan berbentuk cerita. Tujuan utama
penghasilan sastera lisan pada masa ini
bertujuan bukan sahaja sebagai media
hiburan pada zaman tersebut, malah ia
juga berperanan sebagai institusi
pendidikan secara informal. Ini
bermaksud, bahawa dalam masyarakat
Melayu lama, sastera lisan menjadi
media penting untuk memberi nasihat
dan pengajaran baik kepada anggota
masyarakatnya. Di samping itu ia juga
digunakan sebagai media kritikan dan
sindiran kepada golongan tertentu
dalam masyarakat. Terdapat empat
fungsi kesusasteraan Melayu iaitu
sebagai hiburan, medium pendidikan,
menyampaikan dakwah dan kritikan
sosial.
3.1 Hiburan
Sastera Melayu pada masa dahulu
lebih berfokuskan kepada hiburan
selepas seharian bekerja dan
mencari nafkah. Pada zaman dahulu,
cerita rakyat akan disampaikan pada
waktu malam setelah sibuk bekerja
pada siang untuk menghilangkan
bosan. Seterusnya, karya sastera
merupakan bahan hiburan yang
bermutu. Nilai dan martabat karya
berkenaan berkekalan walaupun
dibaca sebagai hiburan. Contohnya,
karya-karya sastera seperti Seloka
Pak Pandir bukan sahaja memberi
pengajaran kepada pembaca
mahupun pendengar malahan juga
memberikan keseronokan dan
hiburan.
3.2 Pendidikan
Dari perspektif lain pula, sastera Melayu
berfungsi sebagai medium menyampaikan
pengajaran pendidikan. Hal ini dikatakan
demikian kerana melalui sastera Melayu,
terdapat hubungan antara pembaca dan
teks. Penggunaan bahan sastera
bertujuan untuk memupuk minat
membaca dan melahirkan kenikmatan
membaca serta penghayatan terhadap
bahan sastera. Bahan sastera memberi
kefahaman terhadap pelajar dari aspek
penikmatan hasil karya yang indah dan
pelahiran emosi. Selain itu, penggunaan
bahan sastera dapat membantu
merangsang pelajar supaya
memberikan pelbagai tindak balas di
dalam bilik darjah dan memberi
pengajaran, nasihat atau pesanan kepada
masyarakat.
3.2 Pendidikan
Fungsi ini menjadikan karya sastera
sebagai satu bahan yang membawa
kesedaran kepada masyarakat,
mengubah pemikiran serta
memberi ruang untuk masyarakat
menyerap nilai-nilai moral. Sebagai
contoh, cerita Sang Kancil yang
sangat popular banyak memberikan
pelbagai pengajaran kepada
pembaca terutama sekali anak-anak
dan remaja. Ini secara langsung
mendedahkan anak-anak mahupun
pembaca dengan pelbagai nilai
murni seperti amanah,
bertanggungjawab, kasih sayang
dan banyak lagi. Jadi, nilai-nilai
murni ini dapat diterapkan dalam
kehidupan seharian.
3.3 Dakwah
Dakwah membawa maksud proses
penyampaian pesan suci Tuhan kepada
manusia. Dalam kata lain, dakwah
merupakan kegiatan menyeru,
membimbing, dan menyakinkan untuk
mempengaruhi orang lain supaya
mengamalkan ajaran agama yang
sebenar dan menghayati kebesaran dan
kekuasaan Tuhan. Dakwah juga
menuntut agar saling mengingati dan
menasihati untuk memperbaiki
kehidupan. Fungsi bahasa kesusasteraan
dalam dakwah ialah menyampaikan nilai-
nilai yang baik kepada pembaca supaya
dapat dipraktikkan dalam kehidupan
seharian dan sentiasa berbuat baik.
Akhirnya, mereka mendapat
kebahagiaan di dunia dan akhirat.
3.3 Dakwah
Contoh karya sastera yang bertujuan
memberikan dakwah ialah Syair Perahu.
Maksud keseluruhan syair ini ialah agar
semua umat Islam perlu berpegang
teguh kepada agama Islam . Kehidupan
di dunia hanya bersifat sementara dan
semua manusia suatu saat akan menuju
ke alam yang bersifat kekal iaitu alam
akhirat.
Kehidupan manusia diibaratkan sebagai
perahu. Perjalanan penuh dengan
dugaan. Syair ini mengajak
para pembaca sentiasa mempersiapkan
diri sebelum menuju ke destinasi
terakhir. Suka duka yang dilalui
menjadi pengajaran untuk melayari
kehidupan yang akan datang.
3.4 Kritikan Sosial
Kritikan sosial dalam sastera merujuk
kepada satu bentuk komunikasi dalam
masyarakat yang berfungsi sebagai
pengawalan terhadap jalan sesuatu cerita
dalam sistem bermasyarakat.
Fungsi kritikan sosial dalam sastera juga
dijadikan sebagai teguran kepada
masyarakat dan menyindir kepincangan
sosial yang berlaku dalam masyarakat tidak
kira lapisan.
Selaras dengan pendapat Burhan
Nurgiyantoro 2005, beliau menjelaskan
bahawa sesebuah karya sastera dihasilkan
melalui fenomena sebenar yang berlaku
dalam kehidupan sosial sesebuah
masyarakat. Dimana, kritikan sosial yang
dilontarkan melalui karya sastera adalah
berdasarkan kepada kehidupan manusia
dalam lingkungannya.
3.4 Kritikan Sosial
Fungsi kritikan sosial dalam sastera juga
sebagai pengajaran kepada masyarakat.
Hal ini selaras dengan pendapat Sapardi
Djoko Damono (1984) bahawa sastera
mencerminkan persoalan sosial yang
ada di dalam masyarakat. Dimana,
terdapat juga pengarang yang mampu
menghasilkan karya sastera yang
mampu mengkritikan sosial masyarakat
secara tersurat mahupun tersirat dalam
sesebuah karya yang dihasilkan.
Contohnya, dalam cerita Pak Kaduk
dimana Pak Kaduk memegang watak
sebagai seorang yang bodoh dan lurus
menyebabkan beliau selalu ditipu oleh
orang di sekelilingnya. Jelaslah bahawa
kritikan sosial yang terdapat dalam
sastera mampu memberikan nilai moral
kepada pembaca.
4.0
Manifestasi Pantun-
pantun Melayu
Pantun ialah sejenis puisi lama yang
mempunyai rangkap yang tetap. Ia
menjadi pengucapan bagi
menyampaikan fikiran yang hiba, sedih,
gembira, rindu, dendam dan lain-lain
terhadap seseorang atau mengenai
sesuatu perkara. Pantun berbentuk
terikat serta mempunyai pembayang
dan maksud. Dua baris pertama
merupakan pembayang manakala dua
baris seterusnya ialah maksud. Jumlah
suku kata setiap baris pantun ialah
sekitar lapan sehingga 12 suku kata
manakala rima akhirnya ialah abab.
Selain itu, pantun yang baik mempunyai
hubungan idea dan wacana antara unit
pembayang dengan unit maksud.
Setiap pantun mempunyai makna yang
berbeza. Namun berfungsi sebagai
medium untuk memberikan nasihat,
sebagai hiburan dan sebagainya.
Berdasarkan pantun-pantun Melayu yang
diberikan, dapat kita simpulkan bahawa
pantun tersebut berfungsi untuk
mendidik dan memberikan nasihat
kepada pembaca mahupun pendengar.
Rangkap pertama pantun menasihati
pembaca untuk mengikut resmi padi yang
semakin berisi semakin menunduk. Ini
membawa maksud bahawa apabila
semakin berilmu atau tinggi pangkat
seseorang itu, dia semakin merendah diri
dan tidak angkuh terhadap segala
kelebihan yang ada pada dirinya.
Begitu juga dalam kehidupan realiti kita di
dunia ini. Apabila dada telah dipenuhi
dengan pelbagai ilmu, kita tidak
seharusnya mendabik dada dengan
segala hal baik yang kita miliki dan
tetaplah rendah diri. Dengan sikap yang
sebegini, sudah tentu seseorang itu akan
dihormati dan disegani oleh setiap
golongan masyarakat.
Seterusnya, rangkap kedua bermaksud
seseorang individu yang berbudi bahasa
akan dipandang tinggi oleh masyarakat.
Hal ini kerana bahasa menunjukkan
identiti sesuatu bangsa. Bak kata pepatah
Melayu "baik budi indah bahasa".
Personaliti seseorang tidak dinilai
daripada rupa paras namun dinilai
daripada setinggi mana budi bahasanya.
Rangkap ketiga pantun pula membawa
maksud apabila menuntut sesuatu ilmu,
haruslah dituntut sehingga berjaya dan
dengan sepenuh hati agar kelak
membawa faedah kepada diri dan
mendapat hasil yang baik. Apabila tidak
dituntut dengan sempurna, segala usaha
akan menjadi sia-sia dan tidak
mendatangkan sebarang faedah kepada
diri.
5.0 Kesimpulan
Kesimpulannya, sudah terang lagi
bersuluh bahawa kesusasteraan
merupakan hasil karya yang membawa
mesej dan makna tertentu.
Selain itu, karya yang dihasilkan
merupakan gambaran sebenar
kehidupan yang berlaku. Seterusnya,
setiap karya sastera mempunyai kategori
genre tersendiri dengan ciri-ciri
khususnya.
Tambahan pula, setiap karya yang
dihasilkan mempunyai mesej dan fungsi
yang tertentu seperti hiburan,
pendidikan, dakwah dan kritikan sosial
untuk mendidik dan membina
keperibadian masyarakat.
Rujukan
Ali Ahmad . (1994). Pengantar Pengajian Kesusasteraan.
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Burhan Nurgiyantoro. 2005. Teori Pengkajian Fiksi
Teori Kepribadian . Yogyakarta: Gajah Mada University
Press.
Hashim Awang. (1987). Glosari Mini Kesusasteraan.
Petaling Jaya : Fajar Bakti.
Harun Mat Piah. (2006). Kesusasteraan Melayu
Tradisional. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Muhd Haji Salleh. (1995). Puisi Baharu Melayu 1961 –
1986 (antologi bersama). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka
Safian Hussain. (1981). Sejarah Kesusasteraan Melayu.
Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran,
Malaysia.
Siti Hajar Abdul Aziz. (2011). Bahasa Melayu 1. Oxford
Fajar Sdn. Bhd
Terima Kasih