The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SITI FAIRUZ BINTI JAMALUDIN IPG-Pelajar, 2024-03-26 13:07:21

Tiko Si Ulat Beluncas

Tiko Si Ulat Beluncas

Tiko Si Ulat Beluncas Tiko Si Ulat Beluncas Siri Cerita Haiwan SITI FAIRUZ JAMALUDIN


Sekapur Sirih Perkembangan teknologi yang semakin pesat menjadikan kanak-kanak lebih gemar menghabiskan masa dengan media sosial. Namun begitu, buku-buku yang bermutu mampu menjadi teman setia kanak-kanak. Daya tarikan yang terdapat di dalam buku juga membuatkan kanak-kanak sentiasa menceritakannya semula kepada orang lain dari masa ke masa. Buku ini boleh dijadikan bahan bacaan tambahan untuk kanak-kanak sekolah rendah tahap dua. Maklumat di dalam buku dapat menjadi ransangan awal kepada kanak-kanak. Siti Fairuz.


Tiko Si Ulat Beluncas Tiko Si Ulat Beluncas SITI FAIRUZ JAMALUDIN Siri Cerita Haiwan


MBK yang difokuskan: Disleksia Setiap huruf b dan d akan diwarnakan untuk mengelakkan kekeliruan pembaca. biru : b oren : d


Di sebuah perkampungan terdapat hutan lebat yang didiami oleh haiwan serta serangga-serangga kecil. Serangga di sana terdiri daripada ulat beluncas, semut, belalang dan lain-lain. Suasana di hutan amat harmoni di antara haiwan dan serangga tetapi serangga di hutan tersebut tidak menyukai kehadiran ulat beluncas yang dianggap hodoh.


Rupa dan tubuh ulat beluncas yang gemuk, lembik dan berbintik menjadikannya sebagai serangga yang lemah serta menggelikan. Tiko si ulat beluncas sering mendapat ejekan daripada rakan-rakan serangga yang lain “kau tu gemuk mana boleh bermain dengan kami”. Tiko sentiasa menghabiskan masa di rumah dan hanya keluar untuk mencari makanan sahaja.


Tiko berjalan di dahan-dahan pokok melihat gelagat serangga-serangga lain. “Wah, seronoknya jika aku dapat bermain seperti mereka” ujar Tiko. Tiko yang sedang tekun memerhati serangga-serangga lain dikejutkan oleh Dodo si semut “ apa yang kau termenungkan tu wahai beluncas ?”.


Tiko memandang semut dengan riak wajah terkejut “eh Dodo, aku hanya terfikir mesti seronok kalau aku ada kawan yang ramai boleh aku bermain seperti mereka”. Semut berasa kasihan melihat ulat beluncasyang kesepian itu. “Aku kan ada, kau boleh bermain dengan aku” ujar Dodo. “Terima kasih Dodo, kau sentiasa ada dengan aku” , balas Tiko dengan nada yang haru. Tiko dan Dodo berehat di dahan pokok sambil melihat keindahan kawasan tempat tinggal mereka.


Malam telah pun tiba tetapi Tiko masih termenung memikirkan nasibnya. Tiko tidak berselera untuk makan dan minum seperti air diminum terasa duri, nasi dimakan terasa sekam. “Aku perlu menyapa serangga-serangga lain supaya mereka mahu berkawan denganku”.


Tiko pergi ke rumah yang berdekatan dengan rumahnya dan mengetuk pintu-pintu rumah itu tetapi tidak dilayan. Tiko pulang dengan perasaan yang sedih lalu tertidur dalam kesedihan.


Tiko bersiar-siar bersama Dodo mencari bekalan makanan. Dalam perjalanan, mereka ternampak sebuah kawasan yang sangat cantik. Kawasan itu dipenuhi pokok-pokok yang berbuah lebat serta sebatang sungai yang panjang dan airnya jernih. Tiko dan Dodo berehat di atas sebuah batang pohon sambil mendendangkan sebuah syair yang menceritakan kesedihan hidupnya.


Warkah ditulis surat rencana, Mengisahkan hati yang gundah gulana, Tutur bicara banyak tak kena, Dek diri yang kurang sempurna. Wajah yang hodoh beri derita, Dianggap bodoh dan juga nista, Tiada teman untuk berkata, Hanyalah kertas tempat cerita. Siang dan malam penuh tangisan, Mengharapkan kasih dan juga ihsan, Sepinya diri memberi kesan, Hanyalah syair aku dendangkan.


Tiko berehat di rumahnya selama beberapa hari menghabiskan bekalan makanan yang dikumpul bersama Dodo. “Nasib baik aku pergi mencari makanan tempoh hari kerana aku malas hendak keluar beberapa hari ini” ujar Tiko.


Tiko meluangkan masa di sekitar kawasan rumahnya dan dia melihat ke arah batang pohon yang lebat dengan daun. “Sudah tiba masanya untuk aku menghasilkan kepompong kerana aku juga telah mengganti kulit selama beberapa kali” kata Tiko dalam keadaan teruja.


Tiko mengeraskan badannya di sebatang ranting berhampiran pohon rumahnya. Ulat beluncas menghasilkan benang daripada protein yang terdapatpada dirinya. Benang halus akan mengelilingi dirinyayang disebut sebagai kepompong. “Aku yakin jika aku menghilangkan diri mesti tiada sesiapa yang akan kisah tentang aku” ujar Tiko.


Suasana sepi pada pagi itu, semut bersiar-siar seorang diri. Tiba-tiba, dia dikejutkan oleh belalang.


“Dodo, kenapa kau bersendirian sahaja ? Bukankah kau sentiasa bersama Tiko ?” Tanya belalang dengan wajah kehairanan. “Aku pun tidak tahu Tiko pergi kemana sudah hampir sebulan aku mencari dia” , balas Dodo.


Sebulan telah berlalu tetapi Dodo masih menunggu Tiko untuk melakukan aktiviti bersama. Setiap hari Dodo akan pergi ke halaman rumah Tiko untuk berjumpa dengannya.


“Sudah lama aku tidak melihat Tiko, bilakah dia akan kembali ?” Ujar Dodo dalam kesedihan.


Seekor rama-rama cantik terbang mengelilingi halaman rumah Tiko lalu menegur Dodo yang kelihatan sedih. “Wahai semut, kenapa kau bersedih ?” Tanya rama-rama.


Dodo memandang rama-rama itu lalu berkata “ aku menunggu sahabatku yang telah lama menghilang, dia tinggal di sini”. Rama-rama itu tersenyum melihat Dodo. “Akulah Tiko, sahabatmu” , ujar rama-rama. “Aku sungguh gembira melihat kehadiranmu tetapi bagaimana kau boleh berubah menjadi sangat cantik ?” , tanya Dodo.


Tiko menceritakan perubahan yang berlaku pada dirinya kepada Dodo dengan penuh semangat. “Setiap ulat beluncas akan bertukar menjadi ramarama apabila sudah mencapai tempoh kematangan” , ujar Tiko.


“Oh, bagaimanakah perubahan ini terjadi ?” , tanya Dodo dengan hairan. “Perubahan ulat beluncas kepada rama-rama berlaku melalui beberapa fasa” , kata Tiko.


“Pada mulanya rama-rama betina akan memilih pohon yang sesuai untuk bertelur kerana ulat beluncas yang lahir akan meneruskan kehidupan dengan memakan daun-daun di pohon tersebut” , ujar Tiko.


“Bukan itu sahaja, rama-rama juga bertelur di belakang daun dengan saiz telur yang kecil dan berwarna putih” , terang Tiko. “Jadi, kau lahir di pohon ini lah ?” Tanya Dodo. “Ya, benar dan fasa yang aku terangkan sebentar tadi disebut sebagai peringkat telur yang berlaku selama lapan hingga 10 hari” , jawab Tiko.


Tiko dan Dodo berbual sehari suntuk setelah sekian lama tidak bertemu. “Mari aku ceritakan lagi peringkat-peringkat seterusnya dalam kitaran hidup beluncas menjadi rama-rama” , ujar Tiko kepada Dodo. “Boleh, aku suka mendengarnya” , jawab Dodo.


“Peringkat seterusnya merupakan peringkat larva atau ulat beluncas yang berukuran kecil tetapi tumbesaran ulat beluncas berlaku dengan sangat cepat dan ulat beluncas dewasa akan mengganti kulit sebanyak lima kali” , terang Tiko. “Aku juga pergi ke pohon lain kerana ingin mencari kawasan yang sesuai untuk membuat kepompong” , kata Tiko.


Pada peringkat pupa atau kepompong, ulat beluncas akan tinggal di dalam kepompong selama hampir tiga minggu” , ujar Tiko.


“Kepompong yang dihasilkan melalui benang protein amat lembut tetapi selepas sejam kepompong itu mengeras untuk melindungi ulat beluncas” terang Tiko. “Jadi, pada peringkat manakah kau berubah menjadi rama-rama ?” Tanya Dodo.


“Aku menjadi rama-rama pada peringkat keempat iaitu rama-rama dewasa” , jawab Tiko. “Ulat beluncas yang mengalami fasa keempat ini akan keluar dari kepompong sebagai ramarama” , tambah Tiko.


“Oh, adakah kitar hidup ulat beluncas menjadi rama-rama berakhir pada fasa ini ?” Tanya Dodo. “Ya, rama-rama memiliki empat peringkat kitar hidup yang lengkap”. Jawab Tiko.


Keesokan harinya, Dodo mengajak Tiko untuk bermain bersama serangga yang lain. “Ayuh, kita pergi bertegur sapa dengan serangga yang lain” , ajak Dodo.


“Aku takutlah kalau mereka tidak mahu berkawan denganku” , ucap Tiko dengan penuh kerisauan. “Aku pasti mereka suka dengan kau, lagipun kau amat cantik sekarang” , balas Dodo. Tiko hanya berdiam mendengarkan kata-kata Dodo dan termenung mengenang kisah lalu.


Tiko dan Dodo pergi ke kawasan tempat serangga sering bermain dan serangga-serangga di situ begitu teruja melihat seekor rama-rama yang begitu cantik.


“Siapa yang kau bawa ini Dodo?” , tanya kumbang yang berada di situ. “Inilah Tiko yang telah lama menghilangkan diri” , jawab Dodo.


Serangga-serangga yang berada di situ menghampiri Tiko dan memohon maaf kepada Tiko kerana mereka sering mengabaikan Tiko dahulu. “Sudah lama kami menanti kau Tiko kerana kami rasa bersalah dan kami ingin memohon maaf” , ucap serangga-serangga di situ.


“Ya, aku telah maafkan kamu semua dan aku sentiasa mengganggap kamu semua sebagai kawan-kawanku” , balas Tiko dengan gembira. Tiko pun terbang tinggi menunjukkan suasana hati yang riang.


Tiko berasa gembira kerana dirinya mulai disukai oleh serangga-serangga lain dan mereka juga sering tolong-menolong antara satu sama lain. Mereka juga sering mengajak Tiko bermain kerana tidak mahu Tiko kesepian lagi.


Persahabatan Tiko dan Dodo juga semakin erat. “Terima kasih Dodo kerana sentiasa ada memberi semangat kepada aku dan ikhlas berkawan dengan aku” , ucap Tiko dengan terharu. “Ya, sama-sama Tiko” , balas Dodo.


Kitar hidup rama-rama


Tiko Si Ulat Beluncas Tiko Si Ulat Beluncas Siri Cerita Haiwan SITI FAIRUZ JAMALUDIN


Click to View FlipBook Version