PERCAMPURAN KOD
NOR SHUHADA BINTI MOHAMAD NOR
Percampuran kod merupakan perkara yang sudah menjadi
kebiasaan dalam kalangan masyarakat pada hari.
Percampuran kod merupakan kebolehan sesorang itu
berbahasa lebih daripada satu bahasa. Sebagai contoh, di
negara kita, rakyat Malaysia menggunakan percampuran kod
iaitu percampuran bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris.
Percampuran kod ini berlaku apabila sesorang itu bertutur
dengan mencampur aduk bahasa dan dialek yang lain. Hal
berlaku kerana di Malaysia, terdapat pelbagai jenis kaum dan
bangsa..Bangsa Cina dan India banyak menggunakan bahasa
Inggeris dan bahasa Melayu dalam pertuturan dan hal ini
menjejaskan martabat bahasa Melayu.
Fenomena ini sering kali berlaku di universiti awam mahupun
swasta. Hal ini dikatakan demikian kerana percampuran kaum
berlaku di universiti-universiti tersebut yang menyebabkan
percampuran bahasa berlaku. Perkahwinan silang budaya juga
menyebabkan berlakunya percampuran kod bahasa. Ibu bapa
yang berkerjaya seperti doktor, guru bahasa inggeris dan juga
selebriti tanah air lebih suka mengajar anak-anak mereka
bahasa Inggeris sejak dari kecil dan tidak pula mengajar
bahasa Melayu. Hal ini telah menyebabkan berlakunya
percampuran kod bahasa apabila anak-anak mereka
meningkat dewasa. Beberapa tokoh juga menentang berkaitan
dengan penggunaan bahasa Inggeris dalam subjek mata
pelajaran sains dan matematik.
Kesimpulannya, percampuran kod perlulah
dielakkan sehabis baik kerana perkara ini sudah
jelas lagi bersuluh memberi kesan yang sangat
buruk terhadap bahasa ibunda kita. Remaja pada
hari ini yang seharusnya memainkan peranan agar
percampuran kod ini ditentang agar martabat
bahasa Melayu akan terus terjaga.
Contoh-contoh percampuran kod
Percampuran bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris
- " I nak pergi tandas "
- " So, pendapat saya ialah kita perlulah berhati-hati ketika memandu "
- " Try kau tekan "
- " Nak ayak sikit"
Percampuran kod bahasa Melayu dengan bahasa Korea
- " Hajima la " yang bermaksud jangan buat begitu la
- " Gwenchana sofea, semua akan baik-baik sahaja " yang bermaksud tidak apa-apa sofea,
semua akan baik-baik sahaja.
SEKIAN TERIMA KASIH