BUKU LOG KOR SISPA 2025 NAMA: SHAKTHEE A/P RAVEENDRAN KELAS: RBT 3 NO KAD PENGENALAN: 040221-10-1208 ANGKA GILIRAN: 2022162442052 KOD KURSUS: MPU 3481a UNIT BERUNIFORM KOR SISPA PENSYARAH: DR MOHD SUKRI BIN MA’AROF
NAMA: SHAKTHEE A/P RAVEENDRAN UMUR; 19 TAHUN JANTINA: KELAS: RBT 3 NO METRIK: P22161739 ALAMAT RUMAH: NO 25, JALAN TELUK JAMBU 10, TAMAN ISWARA, 40200 SHAH ALAM, SELANGOR. PENGKHUSUSAN: REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI BIODATA
1. Sejarah KOR SISPA Pertahanan awam di Malaysia Prinsip-prinsip asas KOR SISPA Struktur dan Organisasi KOR SISPA Pakaian, pengangkutan dan peralatan latihan 2. Pengurusan dan Pentadbiran Unit Beruniform Kor SISPA • Prosedur penubuhan - Pendaftaran ahli dan kumpulan - Punca kuasa - Pengenalan - Matlamat - Objektif - Logo - Lagu pertahanan awam • Penubuhan KOR SISPA - Tadbir urus KOR SISPA - Tugas dan tanggungjawab ISI KANDUNGAN
ISI KANDUNGAN Pengurusan folio/buku Log Pakaian seragam ahli dan pemimpin Peraturan pakaian seragam pegawai kadet KOR SISPA Tatacara pemakaian pakaian seragam Lencana dan pangkat Pengurusan badan beruniform secara sistematik dan terancang 3. Orientasi Kurikulum Takwim dan rancangan aktiviti Orientasi kurikulum TUSPA di sekolah rendah 4. Takwim Takwim Kor Sispa Takwim TUSPA Rancangan Pengajaran TUSPA Laporan Aktiviti
SEJARAH KOR SISPA
SEJARAH PENGASAS PRA MERDEKA British Passive Defence1939 Aktiviti Pertahanan Awam di Malaysia telah dimulakan oleh pihak British Passive Defence yang dibentuk di bawah Emergency Regulation Enactment Chapter 41 untuk mengadakan langkah -langkah bagi menghadapi peperangan Dunia Kedua. Ordinan Pertahanan Awam Digubal 1951 The Civil Defence Ordinance 1951 digubal secara rasmi sebagai satu undang-undang dalam sistem keselamatan Tanah Melayu. Jabatan Pertahanan Awam Ditubuhkan 1952 Jabatan Pertahanan Awam ditubuhkan pada 24 Mac secara rasmi bagi melaksanakan peruntukan Ordinan.05:11 PM PASCA MERDEKA Ordinan pertahanan awam 1951 ditukar menjadi Akta Pertahanan Awam 1957 (Akta 221) Pertahanan Awam menjadi unsur tetap dan penting dalam sistem pertahanan negara. Pertahanan Awam diperluaskan ke Sabah, Sarawak dan Singapura berikutan konfrontasi Malaysia-Singapura.
Kekuataan dipertingkatkan dengan jumlah keanggotaan ditambah menjadi seramai 36 000 anggota dan 37 cawangan. Kerahan tenaga anggota seluruh negara dibuat mengikut peruntukan Akta Perkhidmatan Negara 1952 (Akta 425). Akta 221 dipindah bagi melaksanakan tugas dan peranan semasa aman. Pertukaran kepada logo baru dengan motto ‘Sentiasa Siap Sedia’. Kesan tragedi Highland Towers 1993 memberi kesedaran tentang kepentingan peranan Pertahanan Awam dalam situasi kecemasan dan bencana. ERA PEMBANGUNAN Pengenalan nama ringkas ‘JPA3’ kepada Jabatan Pertahanan Awam Malaysia mula digunakan.
Talian kecemasan ‘991’ dilancarkan pada 21 Mei sebagai tanda komitmen JPAM memberikan khidmat bantuan kecemasan secara 24 jam. Rancangan Pembangunan 5 Tahun (1996-2000) JPAM dirangka bagi memperlengkapkan segala keperluan logistik dan prasarana dalam gerakan kerja menyelamat. Peluasan penggunaan talian 991 di semua ibu negeri dan 6 pejabat cawangan. Rancangan Pembangunan Projek Fizikal dilaksanakan dengan 7 projek Pusat Pertahanan Awam Negeri dan Daerah di bawah RMK7. Pengenalan motto ‘Selangkah Ke Hadapan’ pada tahun 2004 sebagai komitmen warga JPAM. Slogan ‘Sedia, Pantas dan Berintegriti’ diperkenalkan sebagai pemangkin menjadikan JPAM sebuah Jabatan yang Unggul. ERA PEMBANGUNAN Pertukaran pengenalan nama ringkas "JPA3' kepada 'JPAM' telah dilancarkan pada bulan Mac semasa sambutan Hari Pertahanan Awam ke 56 yang diadakan di Ipoh, Perak.
Kerajaan Malaysia memperkenalkan talian kecemasan negara 'Satu Malaysia Satu Nombor' '999' bagi menyatukan talian kecemasan yang membabitkan polis, hospital, bomba dan JPAM. Menteri Dalam Negeri menandatangani Keahlian Tetap Malaysia dalam International Civil Defence Organization (ICDO) di Geneva, Switzerland 6 Jun - Malaysia melalui JPAM diterima secara rasmi sebagai Ahli Tetap ICDO JPAM memperkenalkan Ops Bantu 2010 bagi memberi bantuan dan khidmat kecemasan kepada orang awam yang menggunakan Jalan-Jalan Persekutuan dan Jalan-Jalan Negeri. Penglibatan JPAM dalam Op Lahad Datu dalam menyediakan pusat perlindungan awam dan khidmat kemanusiaan ketika menghadapi ancaman pencerobohan tentera Kesultanan Sulu. Penganugerahan pingat Knight of International Order of Civil Defence kepada Ketua Pengarah Pertahanan Awam oleh Dr. Vladimir Kuvshinov selaku ICDO Secretary General sebagai pengiktirafan. Kuala Lumpur menjadi tuan rumah buat kali kedua bagi persidangan 12th Asian Crisis Management Conference (12th ACMC Kuala Lumpur 2014) hasil kerjasama antara JPAM dan DBKL. Penglibatan JPAM dalam operasi menyelamat dan pasca banjir 2014- 2015.
PRINSIP-PRINSIP ASAS KOR SISPA Tidak membahayakan keadaan pesakit Pesakit dipindahkan apabila diperlukan Arahan daripada satu penyelamat sahaja Menggunakan Teknik dan cara mengangkat yang betul Menggerakkan badan pesakit sebagai satu unit
STRUKTUR & ORGANISASI KOR SISPA
CARTA ORGANISASI ANGKATAN PERTAHANAN AWAM PERINGKAT KEBANGSAAN
CARTA ORGANISASI KOR SISWA SISWI PERTAHANAN AWAM INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAM TEKNIK 2025
LOGISTIK
PAKAIAN APM akan membekalkan pakaian seragam lengkap No. 3 dan 4 secara stok pinjaman kepada pihak IPT. Pihak pentadbiran Kor Sispa IPT hendaklah menguruskan bekalan ini dan hanya memohon penggantian jika berlaku sebarang kerosakan. Kehilangan stok pinjaman perlulah diganti oleh individu yang bertanggungjawab. Pakaian bagi tujuan pentauliahan dan pelbagai istiadat APM hendaklah diuruskan oleh pihak IPT sama ada melalui pembelian, pinjaman atau apa apa alternatif yang bersesuaian. Pihak IPT boleh mendapatkan bantuan daripada pihak APM bagi pembekalan pakaian yang diperlukan. Penyediaan pakaian seragam No. 1, No. 2, Mess Kit dan aksesori wajib bagi Pegawai Kehormat / Bersekutu adalah di bawah tanggungjawab IPT masing-masing.
PENGANGKUTAN Pihak IPT bertanggungjawab untuk menyediakan pengangkutan yang sesuai kepada Kor Sispa untuk menjalankan sebarang program atau latihan. Namun, pihak pengurusan Kor Sispa IPT juga boleh memohon bantuan pengangkutan daripada Pejabat Pertahanan Awam Negeri / Daerah sekiranya pihak IPT tidak mempunyai pengangkutan bagi tujuan program atau latihan Kor Sispa (bergantung kepada ketersediaan kenderaan). PERALATAN LATIHAN Bagi tujuan latihan, pihak IPT hendaklah memperuntukkan peralatan pembelajaran mengikut silibus yang ditetapkan. Perkara ini merangkumi peralatan bagi pertolongan cemas, menyelamat, pengurusan bencana, melawan kebakaran dan lain-lain. Semua peralatan yang ada hendaklah mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh APM dan hendaklah sentiasa disimpan, dijaga, diselenggara dan digunakan dengan kaedah yang betul demi keselamatan Pihak pengurusan Kor Sispa pengguna dan kebolehfungsian. IPT boleh memohon bantuan peralatan latihan daripada Pejabat Pertahanan Awam Negeri / Daerah dan ILPA sekiranya peralatan di IPT tidak mencukupi tertakluk kepada kelulusan Pegawai APM.
PENGINAPAN RUANG PEJABAT KOR SISPA Pihak IPT perlu menyediakan ruang pejabat yang secukupnya serta lengkap dengan peralatan pejabat, kemudahan komunikasi dan utiliti. Pihak IPT perlu menyediakan penginapan berpusat kepada PKS untuk memudahkan urusan pergerakan aktiviti dan program Kor Sispa.
PENGURUSAN & PENTADBIRAN UNIT BERUNIFORM KOR SISPA
PROSEDUR PENUBUHAN
PROSEDUR PENUBUHAN KOR SISPA Pusat Kokurikulum atau Bahagian Hal Ehwal Pelajar IPT perlu membuat permohonan bertulis dengan mengemukakan surat dan borang permohonan yang telah disokong oleh Naib Canselor / Presiden / Rektor / Ketua Eksekutif IPT kepada Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Negeri (PPAN) dan satu salinan kepada KPM. Bagi penubuhan Kor Sispa pada peringkat cawangan IPT, kelulusan perlu diperoleh daripada IPT induk terlebih dahulu.
PROSEDUR PENUBUHAN KOR SISPA Pihak IPT perlu mengemukakan usul penubuhan Kor Sispa untuk kelulusan pihak Senat / Lembaga Pengarah / Pengurusan Eksekutif / Presiden. Permohonan daripada IPT akan dinilai, diproses dan disokong oleh PPAN berdasarkan keperluan Kor Sispa IPT, kemampuan kewangan, pejabat pengurusan, logistik, peralatan dan jurulatih sebelum dimajukan kepada IPPA untuk kelulusan dan rekod. Sekiranya permohonan tersebut tidak disokong oleh PPAN, surat maklum balas permohonan penubuhan Kor Sispa perlu dikembalikan kepada pihak IPT berkenaan. Permohonan yang berjaya perlu dimaklumkan oleh IPPA secara bertulis berserta sijil penubuhan kepada PPAN yang berkenaan dan satu salinan surat makluman akan dihantar kepada KPM.
Permohonan yang berjaya perlu dimaklumkan oleh IPPA secara bertulis berserta sijil penubuhan kepada PPAN yang berkenaan dan satu salinan surat makluman akan dihantar kepada KPM. PROSEDUR PENUBUHAN KOR SISPA PPAN akan memaklumkan kelulusan permohonan kepada pihak IPT. X / SISPA / XX / I / 600-XXX(A) X / SISPA / XX / C / 600-XXX(A) X / SISPA / XX / I / 600-XXX(S) X / SISPA / XX / C / 600-XXX(S) Cth: B/SISPA/UiTM/I/600-01(A) B/SISPA/UiTM/C/600-02(A) B/SISPA/UNISEL/I/600-03(S) B/SISPA/UNISEL/C/600-04(S) Permohonan yang telah diluluskan akan didaftarkan dengan satu nombor pendaftaran bagi IPT berkenaan seperti berikut: X : Kod negeri yang berkenaan, contoh: B untuk Selangor. SISPA : Kor Sispa XX : Nama singkatan IPT yang memohon I : IPT Induk C : IPT Cawangan 600 : No. Fail Bahagian Pengurusan Angkatan IPPA XXX : Nombor mengikut urutan, contoh: 01, 02 dan seterusnya. A : IPT Kategori Awam S : IPT Kategori Swasta
PROSEDUR PENUBUHAN KOR SISPA Permohonan penubuhan Kor Sispa adalah tertakluk kepada syarat-syarat seperti berikut: a. IPT yang diiktiraf dan berdaftar di bawah KPM. b. IPT yang menawarkan program pengajian dengan pelajar yang mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda yang diktiraf Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). c. Menawarkan sekurang-kurangnya DUA [2] jam kredit mengikut perancangan setiap IPT.
Warganegara Malaysia PENDAFTARAN AHLI DAN KUMPULAN Pendaftaran untuk menyertai Kor Sispa adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut: Kesihatan tubuh badan - pengesahan pegawai jika diperlukan Tidak menyertai mana-mana pasukan pakaian seragam yang lain Mengajukan permohonan dengan mengisi borang permohonan Pendaftaran adalah disokong oleh pihak IPGM/IPGK Berdaftar sebagai anggota pasukan Pertahanan Awam Malaysia Pelajar-pelajar IPGK yang berusia 18 tahun ke atas
PUNCA KUASA 1.1.1 Akta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia 1951 [Akta 221] 1.1.2 Akta Universiti & Kolej Universiti 1971 [Akta 30] 1.1.3 Akta Universiti Teknologi MARA 1976 [Akta 173] Pindaan 2000 1.1.4 Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta [Akta 555] Pindaan 2017 1.1.5 Akta Syarikat 2016 [Akta 777] 1.1.6 Peraturan / Kaedah Pertahanan Awam yang Berkuatkuasa 1.1.7 Dasar Kementerian Pendidikan Malaysia yang berkaitan 1.1.8 Arahan Jabatan / Pekeliling terkini 1.1.9 Minit Mesyuarat Pengurusan dan Latihan Siswa-Siswi Pertahanan Awam
IPT merangkumi Universiti Awam / Institut Pendidikan Tinggi Swasta / Institut Pendidikan Guru pada ketika ini giat bekerjasama dengan pasukan beruniform negara menubuhkan pasukan beruniform di institusi masing-masing. Sejajar dengan hasrat untuk membangunkan kemahiran insaniah melalui salah satu daripada lapan teras kokurikulum yang diperkenalkan oleh KPM iaitu Teras Kesukarelawanan, pelajar perlu diterapkan nilai-nilai positif dengan menyertai mana- mana badan beruniform agar dapat melahirkan golongan pelajar yang mantap dari segi akademik, fizikal, mental dan kemahiran insaniah. Keseimbangan semua aspek ini menjadi tunjang kepada kepentingan penubuhan Kor Siswa-Siswi Pertahanan Awam (Kor Sispa). Penubuhan ini dapat memberi manfaat kepada pelajar itu sendiri, jabatan, universiti dan masyarakat. Semasa Peperangan Bermaksud apa-apa jua langkah yang tidak melibatkan penggunaan senjata bagi menghadapi serangan permusuhan samada langkah itu diambil sebelum, semasa atau selepas masa serangan musuh. Semasa Aman Bermaksud apa-apa jua langkah yang diambil bagi melindungi nyawa dan harta benda samada langkah itu diambil sebelum, semasa atau selepas sesuatu bencana. Berdasarkan Akta 221 tersebut dapat difahami bahawa Pertahanan Awam itu berfungsi dalam masa aman, masa peperangan dan mangsa bencana dengan mengambil apa-apa jua langkah bagi menyelamat, melindungi dan mengurangkan kehilangan nyawa serta kerosakan ke atas harta benda penduduk awam. PENGENALAN DEFINISI Maksud mengikut Akta Pertahanan Awam 1951 (Akta 221) terbahagi kepada dua keadaan iaitu:
Penubuhan Kor Sispa sebagai landasan untuk melahirkan pegawai muda yang berkepimpinan, berkelayakan dan profesional dalam Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). MATLAMAT MOTTO ‘SEDIA PANTAS BERINTEGRITI’ VISI Menjadi Angkatan Pertahanan Awam yang kompeten dalam kesiapsiagaan awam, perlindungan rakyat dan pengurusan bencana.
Memeperkasa kesiapsiagaan awam untuk keselamatan dan kesejahteraan negara. MISI OBJEKTIF (i) Menyebar dan mendidik pelajar mengenai langkahlangkah keselamatan diri dan orang awam serta membentuk keperibadian mereka untuk menjadi seorang individu yang berpengetahuan dalam ilmu pertahanan awam. (ii) Menjadi pemangkin kepada kesedaran keselamatan orang awam melalui ilmu pertahanan awam yang diterapkan dan diaplikasikan pada peringkat universiti. (iii) Melahirkan pelajar yang mampu berkhidmat dengan APM sebagai pegawai pasukan yang berkepimpinan, bertanggungjawab, dan berkelayakan dalam melaksanakan tugas. (iv) Menanam semangat kerjasama, tanggungjawab, perikemanusiaan, taat setia dan cinta akan negara.
LOGO – Menonjolkan fungsi Pertahanan Awam melalui gabungan perlembagaan Pertahanan Awam pada peringkat tempatan dan antarabangsa. SEGI TIGA SAMA BERWARNA OREN – Lambang dan warna keselamatan iaitu berwaspada dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Warna dan corak di tengah segi tiga adalah gabungan warna bendera serta perlembagaan negara Malaysia yang sentiasa dipertahankan. SENTIASA SIAP SEDIA – Di sekeliling segi tiga adalah moto APM. BUNGA PADI BERWARNA BIRU – Melambangkan kesuburan dan kemakmuran negara ini yang perlu dipertahankan melalui keharmonian dan perpaduan yang kukuh seperti digambarkan oleh ikatan yang kemas pada bunga padi. TAPAK LOGO BERWARNA OREN – Melambangkan keteguhan, kesediaan dan sokongan padu APM untuk mendokong wawasan yang diharapkan. LOGO KOR SISWA-SISWI PERTAHANAN AWAM (KOR SISPA)
SENTIASA BERSEDIA Marilah Kita Semua Berganding Bahu Menggembleng Tenaga Berbakti dalam Pertahanan Awam Untuk Bangsa Kita Padukan Jiwa dan Raga Sedia Berkorban Apa Saja Memberi dengan Ikhlas Khidmat Mulia Negara Tercinta (korus) Malaysia Bumi yang Bertuah Kami Sungguh Bangga Menjadi Warga Setia Penuh Azam dan Tekad Bersama Berkhidmat untuk Keselamatan Rakyatnya Kita Sentiasa Bersedia Menjunjung Wawasan Semua Ke Arah Hidup Aman dan Sentosa MALAYSIA JAYA LAGU UNIT UNIFORM
BAHAWA SAYA WARGA JABATAN PERTAHANAN AWAM SESUNGGUHNYA BERIKRAR AKAN SENTIASA MELAKSANAKAN PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB KAMI DENGAN IKHLAS CEKAP BERKUALITI TINGGI BERINTEGRITI TIDAK MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI DAN BEKERJA DENGAN SEMANGAT BERPASUKAN KE ARAH MEWUJUDKAN MASYARAKAT YANG BERPENGETAHUAN DAN RESPONSIF TERHADAP BENCANA YANG MENGANCAM NYAWA DAN HARTA BENDA IKRAR UNIT UNIFORM
AKTA ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA 1951 (AKTA 221) Tambahan 22 seksyen baru dan 1 Jadual daripada 9 seksyen asal. Keseluruhan terdapat 31 seksyen dan 1 Jadual. Akta bagi penubuhan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia yang terdiri daripada Anggota Tetap, Anggota Sukarela dan Anggota Bantuan. Peruntukan yang menukar gelaran ketua perkhidmatan APM daripada Ketua Pengarah kepada Ketua Pesuruhjaya dan timbalannya sebagai Timbalan Ketua Pesuruhjaya. Tafsiran yang jelas mengenai 'pertahanan awam' dan peranannya dalam pengurusan bencana dan ancaman peperangan daripada peringkat perancangan sehingga langkah-langkah pasca bencana mencakupi: i) Pencegahan bahaya atau ancaman ii) Peredaan dan pengurangan risiko dan bahaya iii) Pembangunan kapasiti iv) Persediaan menangani bencana v) Tindak balas kepada kejadian bencana vi) Evakuasi (pengungsian), menyelamat dan bantuan kemanusiaan vii) Pemulihan dan pembangunan semula.
AKTA ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA 1951 (AKTA 221) Tambahan 22 seksyen baru dan 1 Jadual daripada 9 seksyen asal. Keseluruhan terdapat 31 seksyen dan 1 Jadual. Akta bagi penubuhan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia yang terdiri daripada Anggota Tetap, Anggota Sukarela dan Anggota Bantuan. Peruntukan yang menukar gelaran ketua perkhidmatan APM daripada Ketua Pengarah kepada Ketua Pesuruhjaya dan timbalannya sebagai Timbalan Ketua Pesuruhjaya. Tafsiran yang jelas mengenai 'pertahanan awam' dan peranannya dalam pengurusan bencana dan ancaman peperangan daripada peringkat perancangan sehingga langkah-langkah pasca bencana mencakupi:- i) Pencegahan bahaya atau ancaman ii) Peredaan dan pengurangan risiko dan bahaya iii) Pembangunan kapasiti iv) Persediaan menangani bencana v) Tindak balas kepada kejadian bencana vi) Evakuasi (pengungsian), menyelamat dan bantuan kemanusiaan vii) Pemulihan dan pembangunan semula.
AKTA ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA 1951 (AKTA 221) xv) Membantu pihak berkuasa awam melaksana kerja pembaikan kemudahan utiliti awam dan aset kerajaan xvi) Mengawal dan mengkoordinasi pengagihan air bersih dan bekalan penting lain xvii) Menyedia, mengawal dan mengoperasi peralatan khusus amaran awar xviii) Mengurus pusat perlindungan awam xix) menyedia dan melaksana perkhidmatan ambulans xx) mengambil langkah-langkah yang sah melindungi nyawa dan harta benda semasa kebakaran termasuk menyediakan anggota bomba tambahan xxi) Melaksana lain-lain tugas yang ditetapkan Menjelaskan fungsi Menteri, fungsi Ketua Pesuruhjaya dan kuasakuasa anggota APM dalam pelaksanaan tugas. Peruntukan Akta yang dikekalkan meliputi:- i) Yang di-Pertuan Agong melantik Ketua Pesuruhjaya dan pegawai pegawai APM (Seksyen 4) ii) Ketua Pesuruhjaya membuat peraturan bagi Angkatan (Seksyen 5) ili) Anggota Angkatan sebagai pekhidmat awam (Seksyen 6) iv) Yang di-Pertuan Agong membuat pengisytiharan darurat dan memanggil berkhidmat anggota Angkatan (Seksyen 7) v) Ketua Pesuruhjaya mengarahkan anggota Angkatan untuk melaksanakan kerja-kerja bantuan dan pemulihan (Seksyen 8)
AKTA ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA 1951 (AKTA 221) Peruntukan seksyen baru yang lain meliputi:- i) Angkatan berkhidmat di luar negara ii) penubuhan Kor Kadet Pertahanan Awam bagi sekolah menengah hingga institusi pengajian tinggi iii) perlindungan daripada tindakan perundangan dan pendakwaan iv) anggota tidak boleh gagal untuk berkhidmat, berhenti atau bersara ketika pengisytiharan darurat oleh Yang di-Pertuan Agong v) perlindungan daripada pembuangan kerja oleh majikan semasa perkhidmatan dalam masa darurat vi) Menteri mengarah dan menetapkan latihan kepada orang awam vii) Jadual pangkat Angkatan dan kuasa Menteri untuk meminda Jadual viii) Tauliah Kehormat dan Bersekutu ix) kesalahan penyamaran sebagai anggota Angkatan x) senarai pangkat dalam Angkatan.
PENUBUHAN KOR SISPA
TADBIR URUS KOR SISPA Tadbir urus Kor Sispa distrukturkan kepada empat peringkat jawatankuasa dan empat peringkat jawatankuasa ini merangkumi Jawatankuasa Dasar pada peringkat kebangsaan, Jawatankuasa Pengurusan Kor Sispa, Jawatankuasa Kerja Ajutan dan Jawatankuasa Peringkat IPT. Struktur tadbir urus Kor Sispa adalah seperti berikut:
a. Pengerusi Bersama i. Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, JPT ii. Ketua Pesuruhjaya APM b. Timbalan Pengerusi Bersama i. Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, JPT ii. Timbalan Ketua Pesuruhjaya APM c. Ahli-ahli i. Komandan-komandan Kor Sispa IPT ii. Pengarah Bahagian Mahasiswa Holistik, JPT iii. Pengarah Bahagian Pengurusan Angkatan, APM d. Urus Setia Bersama i. Bahagian Pengurusan Angkatan IPPA ii. Bahagian Mahasiswa Holistik, JPT Jawatankuasa Dasar Kor Sispa Peringkat Kebangsaan
Jawatankuasa Dasar Kor Sispa Peringkat Kebangsaan Deskripsi Tugasan:- Merancang dan membuat keputusan perkara-perkara dasar untuk perkembangan Kor Sispa pada peringkat kebangsaan. Bersidang sekurang-kurangnya SEKALI (1) dalam setahun. Sebarang dasar baharu, semakan atau rombakan dasar yang diluluskan hendaklah dibuat secara edaran melalui surat pekeliling. Merancang bajet pengurusan Kor Sispa. Jawatankuasa Pengurusan Kor Sispa a. Pengerusi i. Seorang dilantik dalam kalangan Komandan / Timbalan Komandan Kor Sispa IPT ii. Lantikan secara undian dalam kalangan Komandan Kor Sispa IPT iii. Lantikan selama dua tahun (Maksimum dua penggal)
b. Timbalan Pengerusi I i. Seorang dilantik dalam kalangan Komandan / Timbalan Komandan Kor Sispa IPT ii. Lantikan secara undian dalam kalangan Komandan Kor Sispa IPT iii. Lantikan selama dua tahun (Maksimum dua penggal) c. Timbalan Pengerusi II i. Pengarah Bahagian Pengurusan Angkatan Pertahanan Awam IPPA d. Ahli-ahli i. Komandan / Timbalan Komandan ii. Pengarah-pengarah APM Negeri iii. Pengarah Bahagian Pengurusan Latihan iv. Komandan-komandan Institut Latihan Pertahanan Awam (ILPA) v. Pengerusi / Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Ajutan vi. Pegawai Bahagian Mahasiswa Holistik e. Urus Setia i. Bahagian Pengurusan Angkatan, IPPA ii. Bahagian Mahasiswa Holistik, JPT Jawatankuasa Pengurusan Kor Sispa
Jawatankuasa Pengurusan Kor Sispa Deskripsi Tugasan:- Menyelaras dan menguruskan pelaksanaan Kor Sispa mengikut dasar-dasar yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Dasar Kor Sispa Peringkat Kebangsaan. Bersidang sekurang-kurangnya EMPAT (4) kali dalam setahun. Sebarang keputusan mesyuarat hendaklah dimaklumkan ke peringkat Jawatankuasa Dasar. Jawatankuasa Kerja Ajutan Kor Sispa a. Pengerusi i. Ajutan Kor Sispa IPT ii. Lantikan secara undian dalam kalangan Ajutan Kor Sispa IPT iii. Lantikan selama dua tahun (Maksimum dua penggal) b. Timbalan Pengerusi i. Seorang dilantik dalam kalangan Ajutan Kor Sispa IPT ii. Lantikan secara undian dalam kalangan Ajutan Kor Sispa IPT iii. Lantikan selama dua tahun (Maksimum dua penggal)
Jawatankuasa Kerja Ajutan Kor Sispa c. Ahli-ahli i. Ajutan-ajutan Kor Sispa IPT ii. Penolong Pengarah Cawangan Sokongan, BPA, IPPA iii. Pegawai Bahagian Pengurusan Angkatan Negeri iv. Wakil Komandan ILPA d. Urus Setia i. Setiausaha dan Penolong Setiausaha yang dilantik dalam kalangan Ajutan Kor Sispa IPT Deskripsi Tugasan:- Menyelaras dan melaksanakan arahan dan keputusan daripada Jawatankuasa Pengurusan Kor Sispa. Bersidang sekurang-kurangnya EMPAT (4) kali dalam setahun.
Jawatankuasa Peringkat IPT a. Pengerusi i. Komandan Kor Sispa IPT b. Timbalan Pengerusi i. Timbalan Komandan Kor Sispa IPT c. Ahli-ahli i. Pegawai Bahagian Pengurusan Angkatan Negeri ii. Ajutan Kor Sispa IPT iii. Pegawai-pegawai Bersekutu Kor Sispa IPT iv. Pegawai Kokurikulum / HEPA IPT d. Urus Setia i. Ajutan Kor Sispa IPT Deskripsi Tugasan:- Merancang dan melaksanakan program Kor Sispa pada peringkat IPT. Bersidang sekurang-kurangnya DUA (2) kali dalam setahun.
Jawatankuasa Peringkat IPT Cawangan a. Pengerusi i. Timbalan Komandan Kor Sispa IPT Cawangan b. Timbalan Pengerusi i. Ajutan Kor Sispa IPT c. Ahli-ahli i. Pegawai Bahagian Pengurusan Angkatan Negeri atau Daerah ii. Pegawai-pegawai Bersekutu Kor Sispa IPT Cawangan iii. Pegawai Penyelaras Kor Sispa IPT Cawangan iv. Pegawai Kokurikulum / HEPA IPT d. Urus Setia i. Setiausaha yang dilantik daripada Pegawai yang sedia ada Deskripsi Tugasan:- Sub kepada IPT induk dan hendaklah merancang dan melaksanakan program Kor Sispa pada peringkat IPT Cawangan berdasarkan aspirasi daripada IPT induk. Bersidang sekurang-kurangnya DUA (2) kali dalam setahun.
Menerima dan mengesahkan penubuhan Kor Sispa, Pegawai dan anggota Kor Sispa. Merancang peruntukan belanjawan Kor Sispa. Merancang dan menyedia perolehan peralatan dan logistik Kor Sispa. Melantik Pegawai Penyelia Kor Sispa atau pegawai yang bertanggungjawab di IPPA Malaysia. Meneliti cadangan lantikan Pegawai Kehormat / Bersekutu Kor Sispa IPT dan mengesahkannya. Mengeluarkan watikah pelantikan Pegawai Kehormat / Bersekutu yang telah dipersetujui. Merancang dan melaksanakan program-program Kor Sispa pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa dengan kerjasama IPT. Mengemas kini, mengesah dan menyebarkan dasar-dasar serta arahan tetap mengenai pengendalian, pengurusan dan latihan Kor Sispa. Menyimpan rekod PKS yang diterima daripada APM negeri. TUGAS & TANGGUNGJAWAB Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Ibu Pejabat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (IPPA) Melantik seorang pegawai tetap APM sebagai Pegawai Penyelaras Kor Sispa IPT sesebuah IPT untuk merancang latihan dan aktiviti Kor Sispa peringkat negeri dengan bekerjasama Pegawai Bahagian Pengurusan Angkatan Negeri. Menerima dan menyokong penubuhan pasukan Kor Sispa. iMenentukan latihan dan aktiviti Kor Sispa berjalan dengan teratur. Mengadakan hubungan rapat dengan IPT berkaitan kegiatan Kor Sispa. Menyedia dan memberi bantuan logistik, latihan dan penilaian kenaikan pangkat PKS. Mengumpul, merekod dan menyimpan maklumat Pegawai Kadet dan aktiviti Kor Sispa. Angkatan Pertahanan Awam Negeri
Menetapkan dasar penubuhan dan perkembangan Kor Sispa dengan kerjasama APM. Mengeluarkan surat pelantikan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Kor Sispa. Mengeluarkan surat pelantikan Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha daN Penolong Setiausaha Jawatankuasa Kerja Ajutan Kor Sispa. Bekerjasama dengan APM untuk merancang dan melaksanakan program Kor Sispa pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Meluluskan bajet tahunan pengurusan dan pelaksanaan program Kor Sispa kepada IPT. TUGAS & TANGGUNGJAWAB KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Kementerian Pendidikan Malaysia Memohon penubuhan pasukan Kor Sispa termasuk kampus cawangan. Mencadang pelantikan Pegawai Kehormat / Bersekutu Kor Sispa IPT. Menyelaras aktiviti-aktiviti Kor Sispa pada peringkat IPT. Menyediakan perancangan bajet tahunan pengurusan Kor Sispa. Bekerjasama dengan APM Negeri untuk merancang dan melaksanakan program Kor Sispa pada peringkat negeri. Menyediakan pejabat/tempat pengurusan Kor Sispa. Merekod dan menyimpan maklumat PKS dan menghantar ke APM Negeri. Melapor aktiviti bulanan Kor Sispa kepada APM Negeri. Institusi Pendidikan Tinggi
Memberi nasihat dalam aspek latihan dan bantuan daripada pihak IPT dalam mengendalikan latihan serta meningkatkan pencapaian akademik PKS. Bertindak sebagai Pegawai Pemerintah bagi pengurusan Kor Sispa IPT berkenaan. Pegawai yang bertanggungjawab merancang peruntukan kewangan Kor Sispa IPT. TUGAS & TANGGUNGJAWAB PEGAWAI KEHORMAT, BERSEKUTU DAN PENYELARAS KOR SISPA IPT Pegawai Kehormat selaku Komandan Timbalan Komandan Bertanggungjawab mengurus semua aspek latihan, pentadbiran dan logistik melalui bantuan daripada pegawai-pegawai yang dipertanggungjawabkan. Membantu menjalankan tugas Pegawai Pemerintah dalam aspek pemerintah, pentadbiran, kawalan dan perhubungan. Mendelegasikan apa-apa keperluan, tugas kepada mana-mana pegawai menjadi perantara antara Kor Sispa dengan pihak IPT dalam semua aspek. Menentukan latihan PKS dapat dijalankan dengan lancar dan mengikut jadual latihan seperti yang telah dikeluarkan atau ditetapkan. Ajutan Pegawai Pentadbiran Bekerjasama dengan Pegawai Penyelaras Kor Sispa IPT dalam segala aspek pentadbiran dan membantu dalam aspek latihan. Mentadbir dan memantau segala urusan pentadbiran Pegawai Penyelaras dan PKS. Memantau dan menyebar luaskan dasar-dasar yang dikeluarkan oleh APM dan arahan Komandan. Menentukan dasar tatatertib dikemaskinikan dan dipatuhi oleh PKS. Bertindak sebagai Setiausaha semasa mesyuarat yang dipengerusikan oleh Komandan. Bertanggungjawab atas kebajikan PKS di IPT. Mengurus semua aspek rekod yang melibatkan sumber pejabat dan personel. Berhubung dengan pihak IPT dalam semua aspek pengurusan pentadbiran. Menyediakan anggaran belanjawan tahunan keseluruhan Kor Sispa. Bertanggungjawab kepada Komandan dalam hal-hal pentadbiran.
Mengurus semua aspek rekod yang melibatkan sumber pejabat dan personel. Berhubung dengan pihak IPT dalam semua aspek pengurusan pentadbiran. Menyediakan anggaran belanjawan tahunan keseluruhan Kor Sispa. Bertanggungjawab kepada Komandan dalam hal-hal pentadbiran. TUGAS & TANGGUNGJAWAB PEGAWAI KEHORMAT, BERSEKUTU DAN PENYELARAS KOR SISPA IPT Pegawai Pentadbiran Pegawai Logistik Berhubung dengan pihak IPT dalam semua aspek pengurusan logistik. Menguruskan prosedur pembekalan dan peralatan termasuk pakaian seragam kepada PKS. Bertanggungjawab kepada Komandan / Ajutan dalam hal-hal logistik. Pegawai Latihan Pegawai Akademik Merancang dan menyediakan jadual latihan. Memantau pelaksanaan latihan dan aktiviti PKS berjalan mengikut jadual. Mengatur segala latihan dan aktiviti serta menyediakan perintah gerakan. Bertanggungjawab kepada Komandan Ajutan dalam hal-hal latihan dan aktiviti. Merancang dan menyediakan silibus. Menyampai dan mendapatkan penceramah untuk latihan PKS. Membuat kajian berkaitan subjek subjek yang diajarkan. Menyelaraskan penyediaan kertas ujian serta mengurus pemeriksaan dan pemarkahan. Bertanggungjawab kepada Komandan / Ajutan dalam hal-hal akademik.
Bertanggungjawab berkaitan dengan taraf, mutu, kecekapan dan pentadbiran Kor Sispa. Menguruskan pendaftaran keanggotaan Kor Sispa di IPT. Merancang dan menjalankan aktiviti Kor Sispa berdasarkan sukatan pelajaran / silibus yang ditetapkan. Melaksanakan penilaian kemajuan pangkat PKS. Menyediakan Laporan Berkala Kor Sispa. Menguruskan penyertaan PKS dalam kegiatan pada setiap peringkat. Menghadiri perjumpaan / mesyuarat / kursus yang berkaitan dengan Kor Sispa. Menguruskan logistik pasukan dan membantu jurulatih. Menguruskan mesyuarat panel tatatertib PKS. Membantu tugasan Pegawai Bersekutu Pentadbiran, Pegawai Bersekutu Logistik, Pegawai Bersekutu Latihan dan Pegawai Bersekutu Akademik Kor Sispa IPT. TUGAS & TANGGUNGJAWAB PEGAWAI KEHORMAT, BERSEKUTU DAN PENYELARAS KOR SISPA IPT Pegawai Penyelaras Kor Sispa IPT (Pegawai Lantikan APM)