The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-48107736, 2021-05-16 20:08:15

Bab 1 Ting 4

Bab 1 Ting 4

Permata Niaga

“Jika anda mahu merealisasikan impian, “belajar” bagaimana agar
impian tersebut dapat dicapai, “lakukan” dengan segera. Kejayaan
luar biasa akan menjadi milik anda”.

- Tan Sri Anthony Francis Fernandes (Tony Fernandes) -
(Sumber: Dipetik dan disesuaikan daripada laman sesawang http://pranataharri.
blogspot.com/2012/01/biogra -tony-hernandes.html#ixzz4FF9CAyBm, capaian
pada 23 Julai 2016)

224

1BAB

TUJUAN PERNIAGAAN DAN
PEMILIKAN PERNIAGAAN

Adakah anda tahu bagaimana sesebuah negara dapat mencapai kestabilan ekonomi?
Ukuran paling mudah yang digunakan pada masa kini ialah mengukur keupayaan negara dan rakyat

untuk menjanakan pendapatan dalam bentuk kewangan.
Di Malaysia, menceburi bidang perniagaan merupakan salah satu cara paling berkesan untuk menjanakan

pendapatan yang lumayan dan mengubah sosioekonomi diri, keluarga atau masyarakat. Perniagaan ialah salah
satu aktiviti penting yang menjanakan ekonomi individu dan juga negara. Aktiviti perniagaan terbahagi kepada
barang dan perkhidmatan.

Dalam bab ini, anda akan mengenal pasti pelbagai organisasi perniagaan yang wujud dan cara perniagaan
dapat menyumbang kepada kesejahteraan negara. Anda juga akan mempelajari aspek pengurusan, pemilikan
dan klasi kasi perniagaan di Malaysia.

KATA KUNCI Klasi kasi perniagaan
Tujuan perniagaan Skala perniagaan
Bentuk pemilikan Barang dan perkhidmatan
Francais Perkembangan perniagaan
Usaha sama

Standard Pembelajaran

Selepas mempelajari bab ini, murid boleh:
1 menerangkan tujuan perniagaan
2 membezakan setiap bentuk pemilikan perniagaan secara milikan tunggal, perkongsian, syarikat

sendirian berhad atau berhad, koperasi dan kerajaan
3 mengklasi kasikan perniagaan mengikut saiz kecil, sederhana dan besar
4 menerangkan skala perniagaan berdasarkan kriteria tempatan, zon dan kebangsaan
5 menjelaskan sesuatu perniagaan berdasarkan penawaran barang dan perkhidmatannya,

pemilikan, saiz dan skala serta klasi kasinya
6 membezakan perkembangan perniagaan dalam sektor utama, kedua dan ketiga

Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan BAB 1 3

1Peta Konsep

Tujuan perniagaan dan pemilikan perniagaan

Tujuan Perkembangan
perniagaan sektor perniagaan
di Malaysia
Bentuk pemilikan
perniagaan Perkaitan antara
penawaran barang dan
Milikan tunggal perkhidmatan, bentuk
Perkongsian pemilikan, klasi kasi
Syarikat berhad dan skala perniagaan
Koperasi Skala perniagaan

Bentuk-bentuk
Perniagaan Lain

Francais
Usaha sama

Klasi kasi perniagaan
Saiz perniagaan
Sektor perniagaan

4 BAB 1 Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan

1.0 Pengenalan Bab 1

Perniagaan ialah aktiviti yang melibatkan urus niaga jual beli Cintai Negara
barang atau perkhidmatan antara penjual dengan pembeli
bagi memenuhi keperluan dan kehendak pengguna. Aktiviti Bidang perniagaan merupakan
perniagaan melibatkan pertukaran nilai antara penjual dengan suatu bidang yang perlu menjadi
pembeli bagi membolehkan penjual memperoleh keuntungan. pilihan pertama rakyat bagi
Keuntungan yang diperoleh boleh dilaburkan semula untuk membantu mengukuhkan
memajukan cabang perniagaan. Sebagai peniaga yang beretika, ekonomi diri, keluarga
sebahagian kecil keuntungan boleh digunakan untuk memenuhi dan negara.
tanggungjawab kepada masyarakat.
EMK
Setiap perniagaan dalam pasaran bertanggungjawab untuk
menghasilkan barang atau perkhidmatan bagi memenuhi Arahan:
keperluan dan kehendak masyarakat. Perniagaan juga turut Bincangkan dalam kumpulan.
bertanggungjawab untuk membantu meningkatkan taraf hidup Soalan:
masyarakat dengan menyediakan peluang pekerjaan. Selain Berikan pendapat anda berkaitan
itu, perniagaan juga bertanggungjawab untuk menjalankan dengan kepentingan konsep
tanggungjawab sosial korporat (CSR) seperti melindungi alam asas perniagaan kepada setiap
sekitar dan meningkatkan infrastruktur setempat. organisasi perniagaan.

1.0.1 Konsep Asas Perniagaan Internet

Konsep asas perniagaan merupakan perkara utama dan asas
yang membolehkan wujudnya proses urus niaga antara penjual
dengan pembeli. Setiap asas yang terdapat dalam perniagaan
mempunyai perkaitan antara satu sama lain. Konsep asas
perniagaan merangkumi enam komponen utama seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 1.1 yang berikut:

Peta -THINK

Buku rujukan Memuaskan
kehendak dan

keperluan
pengguna

Penjual dan Konsep Pertukaran
pembeli asas nilai

perniagaan

Barang dan Keuntungan
perkhidmatan perniagaan

Usahawan Kontrak Majalah
perniagaan

Rajah 1.1 Konsep asas perniagaan 5
Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan BAB 1

Bab 1 Minda Kreatif (a) Barang dan Perkhidmatan

Jelaskan kaedah yang boleh Secara umumnya, kombinasi barang dan perkhidmatan dikenali
digunakan oleh sesebuah sebagai produk. Barang dan perkhidmatan ini disediakan dan
perniagaan bagi memenuhi ditawarkan bagi memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.
keperluan dan kehendak
pengguna yang tidak terhad. Barang ialah sesuatu yang mempunyai bentuk zikal.
Barang merupakan objek yang dapat dilihat serta disentuh.

Perkhidmatan ialah aktiviti yang memberikan faedah kepada
pengguna dan peniaga. Perkhidmatan tidak mempunyai bentuk

zikal secara khusus dan disalurkan terus kepada pengguna oleh
peniaga yang menyediakan perkhidmatan tersebut.

Contoh

Barang: perabot, makanan dan pakaian
Perkhidmatan: pengangkutan, insurans dan pelancongan

RM Celik Kewangan (b) Memuaskan Keperluan dan
Kehendak Pengguna
Untuk menjadi pengguna dan
usahawan yang bijak, setiap Keperluan ialah sesuatu yang diperlukan oleh manusia untuk
individu perlu berupaya untuk meneruskan kehidupan. Keperluan adalah terhad dan mudah
memahami perkara yang berikut: dipuaskan serta sama bagi semua individu.

nilai wang Kehendak pula ialah keinginan manusia untuk hidup
kepentingan wang dengan lebih selesa. Kehendak tidak terhad dan sukar dipuaskan
pengurusan wang serta berbeza antara individu.

Peniaga perlu menawarkan barang dan perkhidmatan yang
dapat memenuhi dan memuaskan keperluan dan kehendak
manusia jika mereka mahu memajukan perniagaan.

Gambar foto 1.1 Keperluan Gambar foto 1.2 Kehendak
6 BAB 1 Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan

(c) Pertukaran Nilai EMK Bab 1

Pertukaran nilai merupakan aktiviti urus niaga yang melibatkan Arahan:
tindakan pembeli memberikan sesuatu yang bernilai (wang) Dapatkan maklumat melalui
kepada penjual sebagai balasan kepada produk yang diperoleh. kaedah sumbang saran.
Urus niaga akan berlaku sekiranya wujud persetujuan antara Soalan:
penjual dengan pembeli tentang harga yang ditetapkan. 1 Bincangkan peranan penjual

(d) Keuntungan Perniagaan dan pembeli dalam memacu
pertumbuhan perniagaan
Keuntungan ialah lebihan hasil jualan setelah ditolak semua kos secara keseluruhan
yang terlibat. Contoh kos-kos yang terlibat ialah kos pengeluaran di Malaysia.
dan kos operasi. 2 Nyatakan sumbangan yang
boleh diberikan oleh peniaga
Keuntungan = Jumlah jualan – Jumlah kos kepada masyarakat.

Tahap keuntungan yang diperoleh sesebuah perniagaan Buletin Keusahawanan
boleh dijadikan petunjuk jika perniagaan itu berjaya dan mampu
bersaing di pasaran. Pada masa yang sama, keuntungan akan Akta Kawalan Harga dan Anti
melambangkan imej dan kecemerlangan sesebuah perniagaan. Pencatutan 2011

Apabila sesebuah perniagaan telah berjaya memaksimumkan Akta ini berfungsi untuk
keuntungan seperti yang telah ditetapkan, perniagaan tersebut melindungi pengguna dan
bertanggungjawab untuk menyumbang semula sebahagian memastikan bahawa peniaga
daripada keuntungan kepada masyarakat setempat. berniaga secara jujur tanpa
menaikkan harga barang atau
(e) Penjual dan Pembeli perkhidmatan secara sesuka hati.

Penjual ialah individu yang menawarkan barang atau
perkhidmatan. Pembeli pula ialah pihak yang memerlukan atau
menghendaki barang atau perkhidmatan tersebut. Peniaga dan
pembeli melakukan urus niaga di pasaran.

Urus niaga berlaku apabila peniaga dan pembeli setuju dengan
masa, harga, kuantiti serta tempat barang atau perkhidmatan
tersebut dibekalkan.

(f) Kontrak Perniagaan QR Code

Kontrak ialah perjanjian yang dimeterai oleh dua atau lebih Akta Kontrak 1950
individu. Pihak-pihak tersebut akan terikat secara sah kepada http://www.docfoc.com/akta-
perjanjian yang telah dipersetujui.
kontrak-1950-act-136
Kontrak dikuatkuasakan melalui Akta Kontrak 1950. Contoh
kontrak perniagaan ialah kontrak jual beli barang dan kontrak
sewa beli. Kontrak perniagaan berperanan untuk melindungi
pengguna dalam urusan perniagaan.

Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan BAB 1 7

Bab 1 1.0.2 Aktiviti Perniagaan

Buletin Keusahawanan Aktiviti perniagaan dapat dibahagikan kepada aktiviti berasaskan
barang dan perkhidmatan.

Program 1AZAM merupakan (a) Aktiviti Berasaskan Barang
salah satu usaha atau Aktiviti berasaskan barang melibatkan penggunaan faktor-faktor
inisiatif kerajaan dalam pengeluaran untuk menghasilkan barang zikal. Contohnya,
melahirkan usahawan dan kilang perabot menghasilkan perabot seperti meja, kerusi dan
mengeluarkan rakyat daripada kabinet untuk dijual kepada individu, organisasi dan kedai perabot.
kepompong kemiskinan.
Antara program yang terdapat Gambar foto 1.3 Kilang perabot
dalam program 1AZAM adalah
seperti yang berikut: (b) Aktiviti Berasaskan Perkhidmatan
– AZAM KERJA Aktiviti berasaskan perkhidmatan melibatkan penawaran barang
tidak nyata yang dapat memberikan keselesaan, kepuasan dan
Memberi kemahiran kecekapan kepada pengguna. Contohnya, pendidikan merupakan
tambahan bagi meningkatkan aktiviti perkhidmatan yang menawarkan pembangunan modal
produktiviti dan kemahiran insan dari aspek mental dan zikal. Perkhidmatan ini melibatkan
– AZAM TANI sektor awam dan sektor swasta.
Menyediakan peluang
menjana pendapatan melalui
aktiviti pertanian
– AZAM NIAGA
Menyediakan peluang
menjana pendapatan
melalui aktiviti perniagaan
secara kecil-kecilan dengan
kemudahan latihan dan
kredit mikro
– AZAM KHIDMAT
Menyediakan peluang untuk
menjana pendapatan melalui
aktiviti perkhidmatan
(Sumber: Dipetik dan disesuaikan
daripada laman sesawang http://
www.kpwkm.gov.my/nkra/1azam)

Gambar foto 1.4 Perkhidmatan pendidikan
8 BAB 1 Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan

Gerak Minda 1.0

SOALAN STRUKTUR
Arahan: Jawab semua soalan.

1 Senaraikan empat komponen utama dalam konsep asas perniagaan.
(a)
(b)
(c)
(d)

2 Kenal pasti aktiviti yang dijalankan oleh perniagaan yang berikut:

Jenis perniagaan Aktiviti yang dijalankan
Agensi Pelancongan
Percetakan
Kedai Dobi
Kilang Kopi

3 Nyatakan lima kepentingan konsep asas perniagaan kepada bakal usahawan.
(a)
(b)
(c)
(d)
(e)

4 Berikan dua perbezaan antara keperluan dengan kehendak dalam perniagaan.

Keperluan Kehendak
(a) (c)
(b) (d)

5 Senaraikan empat contoh aktiviti perniagaan yang boleh diceburi dengan modal yang kecil.
(a)
(b)
(c)
(d)

Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan BAB 1 9

SOALAN ESEI
Arahan: Jawab semua soalan.

1 Hotel Haiwan Peliharaan Sarah Kedai Haiwan Peliharaan Preety
Menjalankan perniagaan penjagaan sementara Menjual barang keperluan haiwan peliharaan
untuk haiwan kesayangan seperti makanan, pakaian, syampu dan permainan

(a) Bandingkan dua perniagaan tersebut dari aspek aktiviti perniagaan yang dijalankan.
(b) Pada pendapat anda, adakah kedua-dua perniagaan tersebut beroperasi dengan konsep asas

perniagaan yang sama? Bincangkan.
2 (a) Pilih satu barang kegunaan harian. Bagaimanakah konsep asas dalam perniagaan membolehkan

barang tersebut dinikmati oleh pengguna?
(b) Gambar foto yang berikut berkaitan dengan aktiviti perniagaan.

Berdasarkan Gambar foto A dan Gambar foto B, terangkan aktiviti perniagaan yang dijalankan.

Gambar foto A

Gambar foto B

3 Jelaskan bagaimanakah seseorang usahawan yang kreatif dan inovatif berupaya menjadikan keperluan
dan kehendak manusia sebagai suatu perniagaan?

4 Huraikan kaitan yang wujud antara konsep asas perniagaan dengan aktiviti perniagaan berasaskan barang
dan perkhidmatan.

10 BAB 1 Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan

1.1 Tujuan Perniagaan Bab 1

Menawarkan Barang dan Cintai Negara
Perkhidmatan
Setiap perniagaan perlu
Tujuan perniagaan adalah untuk menawarkan barang atau dida arkan mengikut
perkhidmatan oleh seseorang peniaga atau organisasi kepada prosedur yang betul dengan
pembeli. Hal ini melibatkan aktiviti pembayaran atau pertukaran berlandaskan undang-undang
wang untuk mendapatkan barang atau perkhidmatan yang yang telah ditetapkan. Hal
dikehendaki oleh pembeli atau pengguna. ini bagi melindungi semua
Tujuan perniagaan ditunjukkan dalam Rajah 1.2 yang berikut: pihak termasuk pengguna dan
perniagaan itu sendiri.

Tujuan perniagaan
Menawarkan barang atau perkhidmatan

Bermoti an untung Bukan bermoti an untung

Rajah 1.2 Tujuan perniagaan

Terdapat pelbagai jenis perniagaan wujud untuk memenuhi
keperluan dan kehendak individu yang pelbagai.

Jadual 1.1 Contoh barang dan perkhidmatan yang ditawarkan

Barang Perkhidmatan Keperluan/ Perniagaan Minda Kreatif
Nasi lemak Servis hidangan kehendak Gerai
makanan Jelaskan aktiviti perniagaan
Makanan – yang boleh diceburi oleh
keperluan asas bakal usahawan yang tidak
mempunyai pengalaman dalam
Baju Menjahit pakaian Pakaian baharu Kedai jahit bidang perniagaan.
Produk Rawatan muka Ingin kelihatan Salun
kecantikan cantik kecantikan

Fikirkan barang dan perkhidmatan yang anda perlukan atau inginkan dalam minggu ini. 11
Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan BAB 1

Bab 1 Barang
Barang ialah item yang dapat dilihat, disentuh atau dipegang.
Barang terhasil daripada aktiviti pengeluaran untuk memenuhi
keperluan dan kehendak manusia.

Cintai Negara

Kempen Belilah Barangan
Buatan Malaysia
Setiap rakyat Malaysia perlu
menyokong produk keluaran
Malaysia bagi membantu
memperkukuh ekonomi negara
dan usahawan muda.

Gambar foto 1.5 Makanan Gambar foto 1.6 Telefon pintar

Perkhidmatan
Perkhidmatan ialah aktiviti yang dilakukan oleh seseorang atau
sekumpulan individu yang memberi manfaat kepada orang lain.
Antara aktiviti yang terlibat adalah menyumbangkan tenaga

zikal dan mental, kemahiran, kepakaran dan pengalaman.
Perkhidmatan tiada bentuk zikal. Pembekal perkhidmatan
boleh terlibat dalam aktiviti perniagaan tanpa menyediakan stok.

RM Celik Kewangan

Harga yang ditawarkan oleh
perniagaan perlu kompetitif bagi
memastikan semua peringkat
pengguna berkemampuan
untuk membelinya.

Gambar foto 1.7 Perubatan
Senaraikan barang buatan Malaysia dan barang import yang telah anda gunakan dalam minggu ini. Bandingkan
senarai tersebut dengan rakan anda. Siapakah yang lebih patriotik?
12 BAB 1 Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan

Gabungan Barang dan Perkhidmatan Bab 1
Terdapat juga perniagaan yang menawarkan kedua-dua barang
dan perkhidmatan kepada pelanggan. Buletin Keusahawanan

Contoh

Jika anda berkunjung ke kedai kopi, anda dapat membeli barang
zikal, iaitu roti dan kopi, di samping menerima perkhidmatan

dalam bentuk layanan yang diberikan oleh pelayan di premis tersebut.

(a) Organisasi Bermotifkan Untung (OBU)

Organisasi bermoti an untung terlibat secara langsung dalam
aktiviti pengeluaran dan penjualan barang dan perkhidmatan
dengan objektif utama, iaitu untuk mendapatkan keuntungan.
Organisasi ini menawarkan barang dan perkhidmatan yang
diperlukan dan diminta oleh pengguna.

Jakel Trading Sdn. Bhd. merupakan contoh organisasi yang Datuk Haji Mohamed Faroz
berjaya membantu melahirkan ramai usahawan muda dalam bin Mohamed Jakel
industri tekstil di Malaysia.
Legasi Jakel Trading Sdn. Bhd.
Gambar foto 1.8 Perniagaan tekstil yang diasaskan oleh Allahyarham
Mohamed Jakel bin Ahmad telah
berjaya membuktikan bahawa
setiap kejayaan memerlukan
pengorbanan dan semangat juang
yang tinggi. Kejayaan yang dicapai
tersebut telah diteruskan melalui
kebolehan dan kebijaksanaan yang
dimiliki oleh Datuk Faroz dengan
membawa Jakel Trading Sdn. Bhd.
ke tahap yang dikagumi dan lebih
berdaya saing. Setiap cabaran dan
dugaan yang diterima selama ini
dijadikan kayu pengukur untuk
terus berjuang dan membantu
melahirkan lebih ramai usahawan
untuk lebih berjaya.

Sebagai bakal usahawan, pilih seorang tokoh perniagaan yang anda kenali. Kemudian, kenal pasti ciri-ciri usahawan
yang dimiliki oleh usahawan tersebut yang dapat dicontohi serta meningkatkan semangat anda untuk menjadi
usahawan yang berjaya pada masa hadapan.

Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan BAB 1 13

Bab 1 Cintai Negara (i) Kepentingan Keuntungan kepada Perniagaan
Keuntungan digunakan untuk mengukur tahap prestasi dan
Rakyat Malaysia perlu bersatu menentukan hala tuju sesebuah perniagaan. Keuntungan juga
membantu semua insan yang penting untuk mengembangkan dan memastikan kelangsungan
kurang bernasib baik untuk perniagaan. Tahap keuntungan melambangkan imej perniagaan.
bersama-sama menikmati hidup Imej yang tinggi memudahkan pemilik untuk menarik pelaburan
yang lebih baik. baharu. Di samping itu, keuntungan juga membolehkan sesuatu
organisasi perniagaan menjalankan tanggungjawab sosial dengan
menyumbangkan keuntungan semula kepada masyarakat seperti
membina tempat rekreasi.

Buletin Keusahawanan

Tanggungjawab Sosial Korporat
(Corporate Social Responsibility − CSR)

Perkhidmatan ‘extra miles’ adalah Gambar foto 1.9 Pemaju membina tempat rekreasi
satu program tanggungjawab
sosial korporat Lembaga Hasil (b) Organisasi Bukan Bermotifkan
Dalam Negeri (LHDN). Telefon Untung (OBBU)
bimbit dibekalkan kepada
Community Care O cer (CCO) Organisasi bukan bermoti an untung ialah organisasi yang
LHDNM bagi memudahkan memenuhi keperluan awam dalam pelbagai bidang termasuk
semua pembayar cukai mendapat bidang pendidikan, keagamaan, sosial dan budaya. Organisasi
perkhidmatan secara terus ini menyediakan barang dan perkhidmatan untuk membantu
daripada CCO. golongan kurang berkemampuan, miskin tegar, gelandangan,
(Sumber: Dipetik dan disesuaikan orang kelainan upaya, warga tua yang terabai dan melindungi
daripada laman sesawang http:// haiwan yang terbiar.
lampiran.hasil.gov.my/pdf/pdfam/
Tanggungjawab Sosial Korporat) Contoh

Minda Kreatif Organisasi bukan bermoti an untung

Jelaskan cara organisasi Yayasan Kebajikan Haiwan Kebangsaan Malaysia
bukan bermoti an untung (MNAWF)
memperoleh dana bagi
menjalankan aktivitinya.

14 BAB 1 Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan

(i) Matlamat Penubuhan Organisasi EMK Bab 1
Organisasi bukan bermoti an untung (OBBU) bermatlamat
untuk meningkatkan penglibatan sektor awam dalam kegiatan Arahan:
kemasyarakatan. OBBU juga menyediakan ruang dan peluang Dapatkan maklumat tentang
untuk semua golongan melibatkan diri dalam aktiviti yang boleh organisasi yang berikut daripada
membangunkan masyarakat kurang berkemampuan. Contohnya, laman sesawangnya.
Persatuan Pengguna dan Rumah Anak Yatim.
Pengguna Malaysia (FOMCA)
Pada masa yang sama, OBBU turut membantu golongan
yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan perkhidmatan
seperti perlindungan, pendidikan, rawatan dan kaunseling.

OBBU juga memastikan nasib setiap insan yang memerlukan
bantuan terus terbela dan terpelihara demi menjamin masa depan
yang lebih baik.

(MAKNA)
Soalan:
Kenal pasti jenis organisasi
bukan bermoti an untung dan
aktiviti yang dijalankan oleh
organisasi tersebut.

Gambar foto 1.10 Rumah Anak Yatim RM Celik Kewangan

(ii) Kaedah Perniagaan bagi Organisasi Bukan Setiap pengguna perlu bijak
Bermotifkan Untung menguruskan kewangan termasuk
menyediakan tabung khas bagi
Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan oleh organisasi tujuan untuk membantu golongan
bukan bermoti an untung untuk menjalankan perniagaan, iaitu yang memerlukan.
secara percuma, jualan pada harga kos dan jualan pada harga di
bawah kos.

Secara Percuma
Sesetengah barang dan perkhidmatan yang disediakan secara
percuma oleh organisasi bukan bermoti an untung. Barang
dan perkhidmatan ini selalunya disediakan oleh kerajaan atau
pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan BAB 1 15

Bab 1 Contoh

QR Code Menyediakan bantuan perubatan serta barang keperluan harian
secara percuma apabila berlaku bencana alam seperti gempa bumi
Klinik 1Malaysia atau banjir.
http://pmr.penerangan.gov.my/
index.php/1malaysia/7816-klinik- Jualan Pada Harga Kos
Terdapat juga barang dan perkhidmatan yang ditawarkan pada
1malaysia.html harga kos. Jualan pada harga kos bermakna tiada sebarang
keuntungan diperoleh oleh penjual.
Minda Kreatif Harga yang dikenakan hanya mencukupi untuk menanggung
kos jualan barang atau perkhidmatan yang ditawarkan.
Jelaskan kelebihan dan
kekurangan perniagaan yang
melakukan aktiviti jualan pada
harga kos.

Gambar foto 1.12 Tepung Gambar foto 1.11 Peserta bengkel di pusat kulinari dibekalkan bahan
gandum (1 kg), iaitu barang yang pada harga kos
mendapat subsidi daripada kerajaan
Jualan Pada Harga di Bawah Kos
Barang atau perkhidmatan yang dijual di bawah harga kos
bermaksud harga yang dikenakan adalah lebih rendah
berbanding dengan kos sebenar untuk menyediakan barang
atau perkhidmatan tersebut. Secara kebiasaannya, barang dan
perkhidmatan ini mendapat subsidi daripada pihak kerajaan.
Subsidi yang diberikan bertujuan untuk membantu rakyat
yang kurang berkemampuan.

Selain barang yang telah dinyatakan dalam gambar foto 1.12, senaraikan barang yang mendapat subsidi daripada pihak
kerajaan. Kemudian, jelaskan kelebihan dan kekurangan pemberian subsidi kepada rakyat dan negara.
16 BAB 1 Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan

1.2 Bentuk Pemilikan Bab 1
Perniagaan
Minda Kreatif
Pemilikan perniagaan merupakan entiti sesebuah perniagaan
yang dibentuk dari aspek perundangan. Antara bentuk pemilikan Jelaskan perbezaan yang wujud
perniagaan yang lazim adalah milikan tunggal, perkongsian, antara setiap bentuk pemilikan
syarikat berhad dan koperasi. Bentuk pemilikan perniagaan boleh dalam perniagaan.
dikategorikan mengikut ciri-ciri dari aspek pemilik, corak kawalan
dan struktur pengurusannya.

Peta MINDA

Dain, Siti Juna Partner

Milikan Tunggal Perkongsian

Bentuk
pemilikan
perniagaan

Koperasi Syarikat Berhad

Rajah 1.3 Pemilikan perniagaan

Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan BAB 1 17

Bab 1 Cintai Negara (a) Milikan Tunggal

Usahawan yang berjaya tidak Milikan tunggal ialah sejenis aktiviti perniagaan yang dimiliki
mengutamakan keuntungan dan dikawal sepenuhnya oleh seorang individu sahaja. Individu
perniagaan semata-mata tetapi yang menjalankan perniagaan milikan tunggal bertanggungjawab
berusaha untuk memastikan untuk melaburkan modal dalam perniagaan.
bahawa keuntungan yang
diperoleh dapat memberikan Sumber pembiayaan diperoleh daripada wang simpanan
manfaat kepada masyarakat pemilik, pinjaman daripada saudara-mara, agensi kerajaan dan
dan negara. institusi kewangan. Keuntungan yang diperoleh akan dikenakan
cukai pendapatan perseorangan. Milikan tunggal merupakan
jenis pemilikan perniagaan yang paling popular di Malaysia.

Buletin Keusahawanan

Khalif bin Samsuddin
@ Carl Samsuddin

Pengasas Butik Bella Ammara
dan beberapa perniagaan
lain. Keberanian beliau untuk
mengubah nasib diri dengan
menceburi bidang perniagaan
telah menjadi asas kepada
kejayaan beliau pada hari ini.
Kejayaan beliau bermula daripada
sembilan pasang telekung pada
Julai 2012 perlu dicontohi oleh
generasi muda pada masa ini
dengan menjadikan bidang
perniagaan sebagai kerjaya
pilihan utama.

Gambar foto 1.13 Perniagaan milikan tunggal

Ali pergi ke kedai alatan sukan untuk membeli sepasang kasut bola untuk perlawanan persahabatan antara daerah.
Kos belian kasut daripada pembekal oleh pemilik kedai ialah RM150.00. Harga yang ditawarkan adalah sebanyak
RM250.00. Dia mendapati terdapat tawaran diskaun sebanyak 25 peratus untuk setiap item. Setiap item tertakluk
kepada cukai barang dan perkhidmatan (GST) sebanyak enam peratus. Kira keuntungan yang diperoleh pemilik kedai
alatan sukan tersebut.
18 BAB 1 Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan

(i) Pendaftaran Perniagaan Milikan Tunggal Bab 1
Aktiviti perniagaan yang dijalankan secara milikan tunggal perlu
dida arkan di Pejabat Penda aran Perniagaan di Suruhanjaya QR Code
Syarikat Malaysia (SSM) dalam tempoh 30 hari bermula dari
tarikh memulakan perniagaan. Penda aran perniagaan milikan Suruhanjaya Syarikat Malaysia
tunggal yang menjalankan perniagaan di premis tetap perlu http://www.ssm.com.my
melalui proses yang berikut:

1 Menda ar dengan Penda ar Perniagaan
Perniagaan boleh dida arkan dengan menggunakan
nama sendiri atau nama perniagaan. Sijil Perakuan
Penda aran Perniagaan akan dikeluarkan dalam tempoh
sejam selepas bayaran dibuat.

Gambar foto 1.14 Sijil perakuan penda aran perniagaan yang dikeluarkan oleh SSM

Mengisi Borang Mengisi Borang A Hantar kepada Penda ar
carian nama Perniagaan, Suruhanjaya
Syarikat Malaysia (SSM)

Membuat pembayaran Mendapatkan Borang D,
RM30.00 jika nama sendiri, iaitu Sijil Perakuan

RM60.00 jika nama tred Penda aran Perniagaan

Rajah 1.4 Proses penda aran penubuhan perniagaan

2 Mendapatkan lesen perniagaan daripada Pihak Berkuasa 19
Tempatan (PBT)

Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan BAB 1

Bab 1 EMK (ii) Kelebihan dan Kekurangan Milikan Tunggal

Bahagikan kelas kepada beberapa Kelebihan dan kekurangan milikan tunggal ditunjukkan dalam
kumpulan kecil. Jadual 1.2 yang berikut:
Tugasan:
Jelaskan cara atau langkah yang Jadual 1.2 Kelebihan dan kekurangan milikan tunggal
terlibat dalam penubuhan entiti
milikan tunggal. Kelebihan Kekurangan
Langkah-langkah: Mudah ditubuhkan Diuruskan secara berseorangan
1 Kumpulkan semua borang Tidak banyak syarat dan hanya Sukar untuk berkembang kerana
memerlukan modal kecil modal kecil
yang perlu dilengkapkan. Mudah diurus kerana saiznya Beban kerja semua ditanggung
2 Kumpulkan maklumat dan yang kecil oleh pemilik
Bebas menguruskan perniagaan Perniagaan tidak berterusan
dokumen yang diperlukan.
3 Isikan borang dengan kemas Keputusan dibuat oleh pemilik Risiko perniagaan ditutup jika
pemilik meninggal dunia
dan teliti. Beban cukai rendah Sukar berkongsi kepakaran
4 Serahkan dokumen kepada Pemilik hanya perlu membayar Pemilik menanggung liabiliti
cukai individu tidak terhad
kumpulan lain.
5 Semak kekurangan yang

wujud dalam dokumen yang
anda terima.
6 Berikan komen anda.

RM Celik Kewangan (b) Perkongsian

Kebijaksanaan dalam pengurusan Perkongsian ditakri an sebagai kerjasama antara dua atau lebih
kewangan akan membantu individu bagi menjalankan perniagaan. Mereka bersetuju untuk
menjamin kestabilan kewangan bergabung tenaga bagi menjalankan perniagaan berasaskan
pada masa hadapan. syarat yang dipersetujui bersama. Melalui perkongsian modal,
kepakaran, pengalaman dan pengetahuan, setiap rakan kongsi
dapat digabungkan untuk mengembangkan perniagaan.

Perniagaan perkongsian boleh ditubuhkan secara lisan atau
bertulis. Perkongsian yang wujud tanpa perjanjian bertulis adalah
tertakluk kepada peruntukan dalam Akta Perkongsian 1961.

Kebiasaannya, pihak-pihak yang terlibat akan membentuk
satu persetujuan bersama dalam surat ikatan perkongsian yang
merupakan perjanjian perkongsian. Syarat-syarat perkongsian
akan dicatatkan dalam dokumen ini untuk mengelakkan berlaku
perselisihan antara rakan kongsi.

Ahli yang terlibat dalam perniagaan secara perkongsian boleh
berkongsi ilmu pengetahuan, kepakaran, kemahiran, pengalaman
serta bebanan tugas. Jika terdapat rakan kongsi yang sakit atau
ingin bercuti, tugasannya dapat diambil alih oleh rakan kongsi.

20 BAB 1 Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan

(i) Kandungan Perjanjian Perkongsian Cintai Negara Bab 1
Kandungan perjanjian yang terdapat dalam pemilikan perniagaan
secara perkongsian termasuklah nama rma, nama semua rakan Setiap rakan kongsi perlu
kongsi, peruntukan berkaitan dengan hak dan tanggungjawab sentiasa jujur dan amanah
rakan kongsi, jenis dan tempat perniagaan, nisbah pembahagian terhadap perjanjian dalam
keuntungan atau kerugian, cara menjalankan perniagaan dan perniagaan yang telah dibuat
menamatkan perkongsian. bagi memastikan setiap hasil
yang diperoleh dapat dinikmati
(ii) Ciri-ciri Perkongsian oleh semua pihak, termasuk
Ciri-ciri perkongsian adalah seperti berikut: pekerja, masyarakat dan negara.

bilangan rakan kongsi umumnya adalah dalam lingkungan Minda Kreatif
dua hingga 20 orang.
bagi perkongsian yang melibatkan sesuatu profesion seperti Kaji terlebih dahulu kelebihan
peguam dan akauntan, jumlah rakan kongsi adalah tidak dan kekurangan setiap jenis
melebihi 50 orang. pemilikan sebelum anda
perniagaan yang dijalankan secara perkongsian juga tertakluk memilih jenis yang sesuai untuk
di bawah Akta Penda aran Perniagaan 1956 (Pindaan 1978). perniagaan anda.
Jelaskan sebab bilangan rakan
(iii) Jenis-jenis dan Liabiliti Rakan Kongsi kongsi perkongsian biasa berbeza
Perniagaan perkongsian mempunyai perbezaan dalam aspek jenis daripada perkongsian profesion.
rakan kongsi. Jenis rakan kongsi yang wujud dalam perniagaan
perkongsian ditunjukkan dalam Jadual 1.3 yang berikut:

Jadual 1.3 Jenis dan liabiliti rakan kongsi

Jenis rakan kongsi Penerangan
Rakan kongsi berhad Liabiliti rakan kongsi ini terhad kepada
jumlah modal yang dilaburkan sahaja
dan tiada kuasa pengurusan serta
dibenarkan untuk memeriksa rekod dan
akaun perniagaan

Rakan kongsi lelap Menanggung liabiliti tidak terhad dan
Rakan kongsi biasa tidak aktif dalam pengurusan serta
Rakan kongsi aktif menyumbangkan modal sahaja
Rakan kongsi
nominal (namaan) Menanggung liabiliti tidak terhad dan
berhak menguruskan perniagaan

Menanggung liabiliti tidak terhad dan Gambar foto 1.15 Perkongsian
aktif dalam pengurusan serta dibayar
gaji secara bulanan
Nama digunakan sebagai rakan kongsi
tanpa mengeluarkan modal dan perlu
menanggung liabiliti yang tidak terhad

Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan BAB 1 21

Bab 1 (iv) Bilangan Rakan Kongsi
Bilangan rakan kongsi adalah berbeza bagi perkongsian biasa,
Perkongsian Berhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad.

Bilangan rakan kongsi

Perkongsian biasa Perkongsian Berhad Perkongsian Liabiliti Terhad

Bilangan rakan kongsi yang Bilangan rakan kongsi yang Bilangan rakan kongsi yang
dibenarkan adalah antara dibenarkan adalah antara dibenarkan adalah minimum
2 orang hingga 20 orang 2 orang hingga 50 orang 2 orang dan tiada had bilangan

Rajah 1.5 Bilangan rakan kongsi maksimum rakan kongsi

Jadual 1.4 Kelebihan dan kekurangan perkongsian

Kelebihan Kekurangan

Modal lebih besar Modal terhad
Lebih banyak modal dapat Sukar untuk berkembang
dikumpulkan oleh rakan kongsi kerana modal masih terhad
berbanding dengan
Buletin Keusahawanan syarikat berhad

YOUNG ENTREPRENEUR Mudah ditubuhkan Perniagaan tidak berterusan
ORGANIZATION MALAYSIA Tidak banyak peraturan Perniagaan terbubar jika rakan
perlu dipatuhi kongsi meninggal dunia, mu is
Generasi Muda Berjaya (GMB) atau wujud perselisihan faham
merupakan antara platform
terbaik yang menyatukan dan Berkongsi kepakaran Liabiliti tidak terhad
mengembangkan perniagaan Gabungan tenaga rakan kongsi Aset peribadi rakan kongsi
usahawan muda daripada pelbagai menambahkan pengetahuan, boleh digunakan untuk
kaum di Malaysia ke tahap lebih kepakaran dan pengalaman yang menjelaskan hutang perniagaan
baik termasuk ke peringkat dunia. diperlukan perniagaan

(v) Jenis-jenis Perkongsian
Perkongsian terbahagi kepada beberapa jenis seperti berikut:

Perkongsian Biasa
Dalam perkongsian biasa, semua rakan kongsi terdiri daripada
rakan kongsi biasa. Rakan kongsi biasa menanggung liabiliti
tidak terhad. Mereka mempunyai kuasa, tanggungjawab serta
hak yang sama untuk menguruskan perniagaan.

22 BAB 1 Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan

Perkongsian Berhad Bab 1
Dalam perniagaan Perkongsian Berhad, terdapat beberapa
orang rakan kongsi yang mempunyai liabiliti yang terhad. Hal RM Celik Kewangan
ini disebabkan oleh liabiliti yang ditanggung terhad setakat
jumlah modal yang dilaburkan. Mereka tidak mempunyai Perkongsian modal atau
kuasa dalam pengurusan perniagaan. Dalam Perkongsian premis perniagaan akan
Berhad, sekurang-kurangnya seorang rakan kongsi biasa yang membantu mengurangkan
menanggung semua liabiliti perniagaan dan bertanggungjawab kos serta meningkatkan
terhadap pengurusan perniagaan. Pekongsi dibenarkan untuk keuntungan perniagaan.
memeriksa rekod dan akaun perniagaan.

Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT)
Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) merupakan satu bentuk
perniagaan alternatif yang menggabungkan ciri-ciri
perkongsian dengan syarikat sendirian berhad. PLT telah
diperkenalkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada
tahun 2013 di bawah Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012.
Ciri-ciri perkongsian liabiliti terhad (PLT) adalah seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 1.6 yang berikut:

Peta MINDA

Entiti
berasingan

Ciri-ciri QR Code
PLT
Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT)
https://www.ssm.com.my

Liabiliti Hayat
terhad berterusan

Rajah 1.6 Ciri-ciri PLT

Senaraikan perniagaan Perkongsian Liabiliti Terhad yang wujud di kawasan anda. 23
Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan BAB 1

Bab 1 Minda Kreatif – entiti berasingan
Pemilik dan perniagaan dalam PLT merupakan dua pihak yang
Senaraikan negara yang berbeza. Perniagaan dalam PLT mempunyai hak menyaman,
mempunyai bentuk pemilikan didakwa, memperoleh dan melupuskan harta.
jenis Perkongsian Liabiliti Terhad.
– liabiliti terhad
EMK Semua rakan kongsi mempunyai tanggungan terhad setakat
modal yang dilaburkan sahaja dan tidak melibatkan harta
Arahan: peribadi pemilik.
Bincangkan dalam kumpulan.
Kemudian bentangkan – hayat berterusan
dalam kelas. Setiap perubahan yang berlaku dalam pekongsi PLT tidak akan
Soalan: menjejaskan kewujudan, hak atau liabiliti PLT. Contohnya, jika
1 Jelaskan cara mengatasi salah seorang rakan kongsi meninggal dunia, kurang siuman
atau mu is, perniagaan masih boleh meneruskan operasinya
kekurangan yang wujud seperti biasa.
dalam bentuk pemilikan
secara perkongsian. Kelebihan Perkongsian Liabiliti Terhad kepada pemilik adalah
2 Jelaskan undang-undang seperti berikut:
yang perlu dipatuhi oleh – entiti berasingan
perniagaan yang dijalankan
secara perkongsian. Rakan kongsi bebas daripada tindakan undang-undang yang
dikenakan terhadap syarikat.
– eksibiliti perniagaan
Rakan kongsi boleh meletakkan syarat-syarat tambahan
menurut perjanjian perkongsian.
– liabiliti terhad
Aset peribadi semua rakan kongsi dalam PLT dilindungi
sekiranya perniagaan mu is.
– penjimatan kos
PLT tidak tertakluk kepada sistem audit dan pematuhan pada
undang-undang berkanun. Selain itu, tiada had bilangan
maksimum rakan kongsi atau keperluan modal minimum.

Minda Kreatif Contoh

Jelaskan perbezaan yang wujud Contoh syarikat yang terlibat dengan Perkongsian Liabiliti
antara Perkongsian Liabiliti Terhad adalah seperti berikut:
Terhad dengan syarikat dan 1 Teguh Jaya PLT
milikan tunggal. 2 Jati Diri PLT
3 Seri Cahaya PLT
4 Che Rose PLT
5 Senang Hati PLT

(Sumber: Dipetik dan disesuaikan daripada laman sesawang
http://www.hasil.gov.my/pdf/pdfam/KU_3_2014.pdf )

24 BAB 1 Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan

(vi) Tanggungjawab rakan kongsi Cintai Negara Bab 1

Setiap rakan kongsi dalam perniagaan bertanggungjawab untuk Tindakan mengelakkan unsur
menjalankan peranan masing-masing seperti berikut: negatif dalam menjalankan
perniagaan termasuk
menjaga kepentingan rakan kongsi lain penipuan dan rasuah akan
melindungi rahsia perniagaan termasuk rahsia kewangan, menjadikan sesebuah
maklumat perniagaan dan akaun perniagaan perniagaan lebih berjaya.
mencari peluang dan sumber tambahan bagi memajukan
perniagaan yang dijalankan Istilah Perniagaan
memberikan idea dan pendapat bagi menyelesaikan setiap
masalah yang timbul Entiti (entity):
Sesuatu yang diwujudkan atas
(c) Syarikat Berhad tujuan tertentu.

Syarikat Berhad merupakan entiti yang dida arkan secara sah
dengan SSM dan tertakluk di bawah Akta Syarikat 1965. Syarikat
Berhad ditubuhkan oleh sekumpulan individu bagi tujuan
menjalankan aktiviti perniagaan.

Keanggotaan Syarikat Berhad terdiri daripada ahli lembaga
pengarah dan pemegang saham.

Ahli Lembaga Pengarah Buletin Keusahawanan
1 Ahli lembaga pengarah yang paling kanan akan dilantik sebagai
Sime Darby Berhad merupakan
pengarah urusan syarikat. contoh Syarikat Berhad yang
2 Ahli lembaga yang lain terdiri daripada pengarah eksekutif yang berjaya dan kukuh di Malaysia.
Kejayaan Sime Darby Berhad telah
menetapkan pelbagai polisi dan membuat keputusan-keputusan membantu negara dalam pelbagai
berkaitan dengan perniagaan. aspek termasuk mengurangkan
kadar pengangguran dan
Pemegang saham mengukuhkan ekonomi Malaysia
1 Pemegang saham merupakan pihak yang memegang ke tahap lebih baik.

kepentingan dalam bentuk milikan saham.
2 Antara hak pemegang saham dalam sesebuah syarikat adalah

seperti yang berikut:
(a) mengundi dalam mesyuarat agung tahunan
(b) mendengar dan memberikan pendapat tentang laporan

tahunan aktiviti dan laporan kewangan syarikat
(c) mempersoalkan polisi syarikat jika di kirkan perlu
(d) mengundi untuk meluluskan atau menolak setiap cadangan

yang dibawa oleh ahli lembaga pengarah
(e) mengundi untuk melantik ahli lembaga pengarah

Senaraikan beberapa Syarikat Berhad yang wujud di Malaysia. 25
Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan BAB 1

Bab 1 Syarikat Berhad di Malaysia dibahagikan kepada dua jenis
seperti yang telah termaktub dalam Akta Syarikat 1965. Setiap
jenis syarikat mempunyai ciri-ciri tersendiri.

Jenis-jenis Syarikat Berhad

Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.) Syarikat Awam Berhad

Rajah 1.7 Jenis-jenis Syarikat Berhad

(i) Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.)

Syarikat Sendirian Berhad kebiasaannya lebih kecil berbanding
dengan Syarikat Awam Berhad. Pemegang saham terdiri daripada
ahli keluarga atau rakan-rakan yang rapat. Syarikat Sendirian
Berhad mesti memiliki sekurang-kurangnya dua orang pemegang
saham dalam syarikat.

EMK Ciri-ciri Syarikat Sdn. Bhd.
Ciri-ciri Syarikat Sdn. Bhd. adalah seperti berikut:
Arahan:
Bentangkan dalam kelas. tertakluk kepada Akta Syarikat 1965
Soalan: bilangan ahli yang dibenarkan adalah antara dua orang hingga
Nyatakan kandungan Akta 50 orang
Syarikat 1965. saham syarikat tidak boleh diurusniagakan di Bursa Malaysia
pindah milik saham hanya boleh dilakukan dengan kebenaran
RM Celik Kewangan ahli lembaga pengarah
lebih mudah mendapatkan modal yang besar untuk membiayai
Setiap transaksi kewangan sama operasi syarikat
ada individu atau perniagaan modal tambahan dapat diperoleh dengan menerbitkan syer
perlu dibuat secara berhati-hati pemegang saham juga menanggung liabiliti terhad
mengikut panduan dan nasihat sekiranya perniagaan mu is, pemegang syer hanya kehilangan
yang dikeluarkan oleh pakar modal syer yang dilaburkan
bagi mengelakkan berlakunya semua harta peribadi mereka tidak akan digunakan untuk
masalah pencerobohan privasi dan menyelesaikan hutang piutang syarikat
pencurian identiti. pemegang saham terbesar syarikat berhak untuk mengawal
setiap operasi syarikat

26 BAB 1 Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan

Bab 1

Minda Kreatif

“Setiap maklumat kewangan
Syarikat Sendirian Berhad
dirahsiakan daripada
orang awam”.
Jelaskan pernyataan ini.

Buletin Keusahawanan

Berikut merupakan contoh
Syarikat Sendirian Berhad
yang berjaya:

Gambar foto 1.16 NH PRIMA INTERNATIONAL SDN. BHD.
(Butik Naelofar)

Kelebihan dan Kekurangan Syarikat Sendirian Berhad
Kelebihan dan kekurangan Syarikat Sendirian Berhad ditunjukkan
dalam Jadual 1.5 yang berikut:

Jadual 1.5 Kelebihan dan kekurangan Syarikat Sendirian Berhad

Kelebihan Kekurangan
Modal lebih besar Penawaran syer terhad
Lebih banyak modal dapat Syer hanya boleh ditawarkan
dikumpulkan melalui kepada saudara dan rakan
terbitan syer (Maksimum 50 orang)
Liabiliti terhad Beban cukai yang tinggi
Jika syarikat mu is, pemegang Kadar bayaran cukai syarikat
syer hanya rugi setakat modal adalah tinggi
yang dilaburkan sahaja

Hal ehwal syarikat Syer tidak boleh dipindah
dirahsiakan milik secara bebas
Laporan kewangan tidak Pindah milik syer perlu
perlu diumumkan kepada mendapat kelulusan daripada
orang ramai Lembaga Pengarah

Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan BAB 1 27

Bab 1 EMK 2 Syarikat Awam Berhad
Ciri-ciri Syarikat Awam Berhad adalah seperti berikut:
Arahan (a) bilangan ahli yang dibenarkan adalah antara dua orang
Bentangkan dalam kelas. hingga tiada had maksimum.
Soalan: (b) sahamnya boleh diurusniagakan di Bursa Malaysia.
Bandingkan ciri-ciri Syarikat (c) pemegang saham asal menanggung risiko kehilangan
Sendirian Berhad dengan Syarikat kawalan atas syarikatnya jika terdapat pembelian saham
Awam Berhad. dalam kuantiti yang besar (saham majoriti) oleh pihak
tertentu dalam usaha untuk mengambil alih pengurusan
syarikat daripada pemegang saham asal.

RM Celik Kewangan Gambar foto 1.17 CIMB Bank Berhad

Pemilihan sesuatu pakej pinjaman
perlu dinilai secara teliti terlebih
dahulu. Penilaian perlu dibuat dari
semua aspek termasuk jumlah
kadar faedah, kadar pinjaman asas
(BLR), kadar dasar semalaman
(OPR) dan sebagainya. Penilaian
ini adalah untuk memastikan
setiap pinjaman yang dibuat tidak
memberikan kesan negatif dan
membebankan peminjam.

Kelebihan dan Kekurangan Syarikat Awam Berhad
Kelebihan dan kekurangan Syarikat Awam Berhad ditunjukkan
dalam Jadual 1.6 yang berikut:

Jadual 1.6 Kelebihan dan kekurangan Syarikat Awam Berhad

Kelebihan Kekurangan

Modal lebih besar Proses penubuhan rumit
Lebih banyak modal dapat dikumpulkan Pelbagai borang dan peraturan perlu dipatuhi
kerana bilangan pemegang syer
tidak terhad

Menikmati ekonomi bidangan Beban cukai yang tinggi
Dapat menjalankan perniagaan Kena membayar cukai syarikat
besar-besaran dengan modal yang besar

Liabiliti terhad Pemilik dan pengurusan yang terpisah
Jika mu is, hanya rugi setakat modal yang Syarikat diuruskan oleh ahli lembaga pengarah
dilaburkan sahaja Terdapat risiko penyelewengan oleh pihak pengurusan

Kewujudan kekal Tiada kerahsiaan
Syarikat merupakan entiti yang berasingan Laporan kewangan tahunan perlu diumumkan kepada
daripada pemilik orang awam

28 BAB 1 Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan

(d) Koperasi RM Celik Kewangan Bab 1

Koperasi ialah sebuah organisasi perniagaan yang ditubuhkan Harga yang ditawarkan di koperasi
oleh sekumpulan individu secara sukarela. Koperasi merupakan secara relatifnya lebih murah
organisasi perniagaan yang mempunyai kepentingan yang sama berbanding dengan harga yang
bagi setiap anggotanya. Matlamat penubuhan koperasi adalah ditawarkan dalam pasaran.
untuk melindungi kepentingan anggotanya. Koperasi juga
ditubuhkan dengan konsep “milik bersama” oleh semua anggota.

Gambar foto 1.18 Contoh Koperasi QR Code

Koperasi Permodalan Felda
Malaysia Berhad (KPF)
http://kpf.felda.net.my

(i) Ciri-ciri Koperasi

Ciri-ciri koperasi adalah seperti berikut: EMK

melaksanakan kegiatan berkaitan dengan ekonomi untuk Arahan:
memenuhi keperluan anggota-anggotanya Bincangkan dalam kumpulan.
Koperasi menjalankan aktiviti berkaitan perniagaan bagi Soalan:
tujuan membantu memenuhi keperluan anggota-anggotanya. 1 Nyatakan koperasi utama yang
Hal ini bagi mengurangkan beban kos sara hidup dan
meningkatkan ekonomi anggota-anggotanya. menaungi semua koperasi asas
di Malaysia.
aktiviti tidak berunsurkan politik 2 Jelaskan peranan koperasi
Aktiviti yang dijalankan oleh koperasi tidak melibatkan unsur tersebut dalam membantu
politik. Hal ini disebabkan oleh matlamat koperasi ialah memacu pertumbuhan
menjaga kebajikan anggota-anggotanya semata-mata. koperasi di Malaysia.

aktiviti koperasi diuruskan berdasarkan akta, peraturan
dan undang-undang kecil koperasi
Setiap aktiviti yang dijalankan oleh koperasi tertakluk pada
peraturan yang dibentuk secara khusus untuk koperasi sahaja,
iaitu Akta Koperasi 1993 (Pindaan 2007).

Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan BAB 1 29

Bab 1 Buletin Keusahawanan modal perniagaan disumbangkan oleh anggota
Modal permulaan koperasi diperoleh daripada yuran keahlian
Pemilihan anggota lembaga dan sumbangan daripada anggota-anggota koperasi. Hal ini
koperasi (ALK) dilaksanakan menjadikan setiap anggota mempunyai hak untuk bersuara
melalui proses pengundian dalam dalam memajukan perniagaan dan pengurusan koperasi.
mesyuarat agung tahunan melalui setiap anggota mempunyai hak dalam membuat keputusan
proses pengundian oleh setiap Setiap anggota dalam koperasi mempunyai hak untuk terlibat
anggota koperasi demi menjaga dalam pembuatan keputusan yang berkaitan dengan koperasi.
kepentingan bersama. Hal ini termasuk dalam urusan perniagaan yang dijalankan
oleh koperasi.
EMK liabiliti anggota adalah terhad kepada sumbangan modal
atau yuran sahaja
Arahan: Setiap anggota koperasi hanya menanggung liabiliti yang
Bincangkan dalam kumpulan. terhad kepada sumbangan modal atau yuran sahaja.
Gunakan kaedah inkuiri untuk
mengumpulkan maklumat (ii) Prinsip-prinsip Koperasi
tentang Hari Koperasi pada Rochdale Cooperative yang ditubuhkan di Rochdale, England
tahun ini. pada tahun 1844 merupakan antara koperasi yang paling awal
Soalan: ditubuhkan. Oleh sebab mereka telah menempa kejayaan, prinsip
1 Kenal pasti tema dan aktiviti operasi mereka yang dikenali sebagai “Prinsip Rochdale” telah
dijadikan asas penubuhan sesebuah koperasi hingga hari ini.
yang dijalankan. Prinsip-prinsip koperasi adalah seperti yang ditunjukkan dalam
2 Cadangkan aktiviti yang sesuai Rajah 1.8 yang berikut:

untuk sambutan Hari Koperasi
di sekolah anda.

Penglibatan Kebebasan Pendidikan, latihan
anggota dalam autonomi dan maklumat
kegiatan ekonomi

Cintai Negara Kawalan secara Prinsip Bekerjasama
demokratik oleh koperasi antara koperasi
Setiap anggota koperasi perlu anggota
sentiasa membantu koperasi Keanggotaan sukarela Prihatin terhadap
masing-masing mencapai dan terbuka komuniti
matlamat yang telah ditetapkan
demi kepentingan organisasi,
masyarakat dan negara.

Rajah 1.8 Prinsip koperasi

30 BAB 1 Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan

keanggotaan sukarela dan terbuka Minda Kreatif Bab 1
Keanggotaan dalam sesebuah koperasi adalah secara sukarela
tanpa paksaan daripada mana-mana pihak. Keanggotaan Jelaskan cara memajukan
dalam koperasi terbuka kepada sesiapa sahaja yang boleh koperasi sekolah anda ke tahap
menggunakan perkhidmatan yang ditawarkannya dan rela lebih baik.
menerima tanggungjawab sebagai anggota, tanpa mengira
jantina, perbezaan sosial, bangsa, fahaman politik atau agama. Cintai Negara
kawalan secara demokratik oleh anggota
Kawalan atas pengurusan koperasi dilakukan secara demokrasi Setiap koperasi di Malaysia perlu
dengan setiap anggota mempunyai hak untuk bersuara bekerjasama antara satu sama
dan mengundi dalam menentukan dalam sesuatu perkara. lain bagi memastikan kebajikan
Koperasi merupakan organisasi yang demokratik, dikawal setiap anggota dapat terus
oleh anggotanya sendiri dengan melibatkan diri secara aktif dipelihara dan memberikan
dalam membuat polisi dan keputusan. manfaat kepada semua pihak
penglibatan anggota dalam kegiatan ekonomi termasuk rakyat dan negara.
Setiap anggota dalam koperasi mempunyai hak untuk terlibat
dalam aktiviti ekonomi atau perniagaan yang dijalankan oleh QR Code
koperasi. Hal ini disebabkan oleh modal perniagaan diperoleh
daripada anggotanya sendiri. Suruhanjaya Koperasi Malaysia
kebebasan autonomi (SKM)
Dalam aspek pengurusan koperasi, setiap anggota berhak
untuk bersuara dan menyatakan pendapat dalam sesuatu http://www.skm.gov.my
perkara. Hal ini bagi memastikan kebajikan setiap ahli sentiasa
terpelihara tanpa dikuasai oleh mana-mana pihak tertentu.
pendidikan, latihan dan maklumat
Koperasi bertanggungjawab untuk menyediakan pendidikan
dan latihan untuk anggotanya, ahli lembaga yang dipilih,
pengurus dan pekerja agar mereka boleh menyumbang secara
berkesan kepada kemajuan koperasi. Koperasi menyampaikan
maklumat kepada orang ramai terutama kepada golongan
muda dan ketua-ketua masyarakat berhubung perihal dan
faedah berkoperasi.
bekerjasama antara koperasi
Kerjasama yang dijalinkan dengan koperasi-koperasi lain
menjadikan ekonomi koperasi menjadi lebih luas dan kukuh.
Kerjasama yang terjalin membolehkan sistem pengurusan
dan perniagaan koperasi terus dipertingkatkan dari semasa
ke semasa.
prihatin terhadap komuniti
Selain menjaga kebajikan ahli, kepentingan komuniti setempat
juga turut dititikberatkan. Hal ini meliputi aktiviti yang
memberi impak positif kepada anggota tanpa menjejaskan
kepentingan komuniti setempat.

Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan BAB 1 31

Bab 1 EMK (iii) Keanggotaan
Keanggotaan koperasi meliputi dua aspek, iaitu jumlah dan hak
Arahan: anggota. Jumlah anggota dalam sesebuah koperasi memerlukan
Bentangkan dalam kelas. sekurang-kurangnya 50 orang dan setiap anggota perlu membeli
Soalan: modal syer.
Nyatakan sebuah koperasi di
Malaysia dan jelaskan keunikan Hak anggota
yang ada pada koperasi tersebut Setiap anggota koperasi mempunyai hak masing-masing. Contoh
yang dapat digunakan bagi hak anggota dalam koperasi adalah seperti yang berikut:
membantu memperkasa koperasi
di sekolah anda. mempunyai hak untuk mengundi (satu undi) dalam mesyuarat
agung tahunan koperasi tanpa mengira jumlah syer yang
RM Celik Kewangan dimiliki dalam koperasi yang dianggotainya
terlibat secara langsung dalam proses pembuatan keputusan
Setiap dividen atau keuntungan mengambil semula modal syer apabila keluar dari koperasi
yang diperoleh perlu diuruskan menerima pulangan dalam bentuk dividen
mengikut keperluan termasuk
membuat pelaburan semula (iv) Kelebihan dan Kekurangan Koperasi
demi masa depan yang lebih
cerah dan terjamin. Kelebihan dan kekurangan koperasi ditunjukkan dalam Jadual 1.7
yang berikut:

Jadual 1.7 Kelebihan dan kekurangan koperasi

Kelebihan Kekurangan
Liabiliti terhad Kadar pulangan

Anggota hanya rugi setakat Dividen rendah berbanding
modal dilaburkan dengan pelaburan dalam syarikat
Pentadbiran secara demokrasi Pengurusan dan pemilik terpisah
Setiap anggota diberi hak Pekerja mungkin tidak terdorong
mengundi ALK untuk memajukan perniagaan
Tiada beban cukai Pemilikan syer terhad
Dikecualikan daripada cukai Setiap individu tidak boleh
memikili syer melebihi 20 peratus
Rebat Pindah milik syer
Insentif yang diberikan Syer tidak boleh dipindah milik
kepada pelanggan koperasi kepada orang lain

Aktiviti Kumpulan Kreatif dan Inovatif

Tugasan: Membuat perbandingan antara Syarikat Sendirian Berhad dengan Syarikat Awam Berhad
Langkah-langkah:
1 Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil.
2 Setiap kumpulan diberikan dua set pro l syarikat yang berbeza (disediakan oleh guru).
3 Murid diminta menganalisis pro l yang diberikan untuk mengenal pasti ciri-ciri syarikat.
4 Murid diminta menyenaraikan ciri yang dikenal pasti dalam peta i- ink (dicadangkan agar

menggunakan peta buih berganda). Kemudian bentangkan dalam kelas.

32 BAB 1 Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan

1.3 Bentuk-bentuk Bab 1
Perniagaan Lain

1.3.1 Francais Minda Kreatif

Francais merupakan bentuk perniagaan yang berpotensi besar Jelaskan secara ringkas perkaitan
menyumbang kepada kepesatan pertumbuhan ekonomi negara. yang wujud antara francaisor,
Francais merujuk pada hubungan antara dua pihak dari segi francaisi dan pelanggan.
perjanjian urus niaga antara fancaisor dengan fancaisi.
Cintai Negara
(a) Ciri Umum Francais Mengikut
Akta Francais 1998 Setiap rakyat Malaysia perlu
menyokong usahawan tempatan
Ciri-ciri perniagaan francais adalah seperti berikut: termasuk perniagaan yang
perniagaan mesti dikendalikan mengikut sistem yang telah dijalankan secara francais.
ditetapkan oleh francaisor Tindakan ini bukan sahaja
perniagaan dijalankan mengikut tempoh yang ditetapkan membantu memajukan
dalam perjanjian usahawan tempatan, tetapi
francaisi berhak untuk menggunakan cap atau rahsia dagangan membolehkan pengaliran wang
milik francaisor berlaku dalam negara.
francaisor mengenakan kawalan berterusan kepada francaisi
francaisor bertanggungjawab untuk memberikan bantuan
kepada francaisi
francaisi akan membuat sesuatu bayaran dalam bentuk atau
bentuk balasan lain yang dipersetujui kepada francaisor
francaisor dan fancaisi boleh menjalankan aktiviti perniagaan
secara berasingan

FRANCAISOR

Sokongan promosi Bayaran berkala
dan pentadbiran kepada francaisor
Bayaran permulaan
Kawalan mutu Persetujuan kepada francaisor
perkhidmatan tentang bayaran,
Penyelidikan dan
pembangunan prosedur
produk baharu operasi, hak dan
tanggungjawab

FRANCAISI

Barang dan perkhidmatan Bayaran

PELANGGAN

Rajah 1.9 Perkaitan antara francaisor dengan francaisi 33
Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan BAB 1

Bab 1 (b) Francaisor

Buletin Keusahawanan Francaisor merupakan syarikat induk yang memiliki hak asal
atas jenama produk. Francaisor akan menyediakan produk dan
Program Francais Komuniti sistem perniagaan.
Program itu bagi membantu
usahawan francais tempatan
mengembangkan perniagaan
sebagai francaisor.
(Sumber: Dipetik dan disesuaikan

daripada laman sesawang
http://www.bharian.com.my

node/158718)

RM Celik Kewangan Gambar foto 1.19 Francaisor

Kerajaan melalui Agensi (i) Peranan Francaisor
Kaunseling dan Pengurusan Francaisor memberikan hak untuk menggunakan imej, jenama,
Kredit menyediakan khidmat sistem operasi dan format perniagaannya kepada francaisi.
nasihat secara percuma bagi Sebagai pemilik jenama, francaisor mempunyai tanggungjawab
membantu individu dan dan kewajipan untuk menyediakan “blueprint” atau petunjuk
usahawan menguruskan pelaksanaan bentuk perniagaan sebagai panduan dan rujukan
kewangan dengan bijak. kepada francaisi.

Francaisor boleh membantu menyediakan khidmat latihan
seperti kursus dan bimbingan untuk memberikan pengetahuan
tentang sistem pemasaran yang digunakan oleh francaisor kepada
francaisi. Hal ini dapat memastikan setiap francaisi dapat bertahan
dan perniagaan dijalankan dengan lancar dan terus maju.

Terdapat juga francaisor yang membiayai kos pengiklanan
francaisi dengan menjalankan aktiviti promosi bersepadu. Bagi
perniagaan tertentu, francaisor turut memberikan bantuan dalam
bentuk ramuan khas serta alatan dan perkakas.

(ii) Kelebihan dan Kekurangan Perniagaan
Francais kepada Francaisor

Kelebihan dan kekurangan perniagaan francais kepada francaisor
ditunjukkan dalam Jadual 1.8 yang berikut:

34 BAB 1 Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan

Jadual 1.8 Kelebihan dan kekurangan perniagaan francais kepada francaisor Bab 1

Kelebihan Kekurangan Minda Kreatif

Dapat mengembangkan perniagaan Boleh menjejaskan Jelaskan lima kategori
secara global reputasi francaisor penda aran di bawah Akta
Menikmati ekonomi bidangan dalam sekiranya francaisi Francais (Pindaan) 2012.
bentuk peningkatan dalam jumlah tidak mematuhi
sesuatu pengeluaran kualiti produk Buletin Keusahawanan
Mekanisme yang berkesan bagi yang ditetapkan
menembusi pasaran baharu Peningkatan dalam PEMBANGUNAN FRANCAIS
Berkongsi risiko dan tanggungjawab kos sokongan operasi Kementerian Perdagangan
dengan francaisi untuk francaisi Dalam Negeri, Koperasi dan
Struktur pengurusan tidak begitu Kesukaran memilih Kepenggunaan (KPDNKK) telah
besar – pengurusan outlet francaisi francaisi yang baik melaksanakan pelbagai insiatif
dilakukan oleh francaisi sendiri dan berdaya saing berkaitan dengan pembangunan
francais. Antara inisiatif yang
(b) Francaisi dilaksanakan oleh KPDNKK
adalah seperti berikut:
Francaisi merupakan syarikat yang membeli hak kebenaran
untuk menggunakan jenama daripada francaisor. Francaisi Pelan Induk Pembangunan
akan menyediakan modal dalam bentuk dana, sumber manusia Francais Nasional (PIPFN)
dan usaha berterusan untuk memastikan kelangsungan perniagaan. Skim Pembiayaan Kecil
Francais (SPF)
(i) Peranan Francaisi Dana Bantuan Pembangunan
Peranan francaisi adalah untuk menjalankan aktiviti perniagaan Francais (DBPF)
mengikut peraturan dan sistem piawaian yang ditetapkan oleh Skim Pembiayaan Kecil
francaisor. Kegagalan mematuhi peraturan ini akan menyebabkan Francais (SPKF)
penamatan kontrak oleh francaisor. Program Pembangunan
Francais (PPF)
Program Pembangunan Produk
Francais Tempatan (PPFT)
(Sumber: Dipetik dan disesuaikan

daripada laman sesawang
http://www.kpdnkk.gov.my)

QR Code

Persatuan Francais Malaysia
http://www.mfa.org.my

Gambar foto 1.20 Francaisi

Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan BAB 1 35

Bab 1 (ii) Kelebihan dan Kekurangan Perniagaan
Francais kepada Francaisi

Minda Kreatif Kelebihan dan kekurangan perniagaan francais kepada francaisi
ditunjukkan dalam Jadual 1.9 yang berikut.
Namakan perniagaan francais
di kawasan anda atau yang Jadual 1.9 Kelebihan dan kekurangan perniagaan francais kepada francaisi
anda ketahui. Jelaskan
penambahbaikan yang Kelebihan Kekurangan
boleh dilakukan oleh Memiliki dan menjalankan satu Perlu mengawal kualiti
perniagaan tersebut. perniagaan yang sistematik barang kerana boleh
Reka bentuk yang seragam menjejaskan nama
Mendapat sokongan pengurusan baik francaisor
daripada francaisor Terikat dengan perjanjian
Risiko kegagalan perniagaan rendah francais dan bergantung
Jenama terkenal dan jaringan pada francaisor
perniagaan yang lebih luas Tiada inovasi dan
Tidak perlu banyak pengalaman inisiatif sendiri untuk
dalam perniagaan majukan perniagaan

Buletin Keusahawanan 1.3.2 Usaha Sama

Malaysia Aviation Group jalin Usaha sama ialah suatu perkongsian strategik antara dua atau
usaha sama dengan Lu hansa lebih individu atau syarikat dan mereka bersetuju untuk
Malaysia Aviation Group bekerjasama mengeluarkan barang atau perkhidmatan dalam
Berhad memeterai Terma jangka masa yang tertentu.
Rujukan bersama Lu hansa
Technik AG untuk membentuk Dalam sesebuah usaha sama, kedua-dua pihak akan
rangka kerja usaha sama membentuk sebuah entiti perniagaan yang baharu. Modal untuk
strategik bagi kerjasama (JV) syarikat baharu ini akan disumbangkan oleh pihak-pihak yang
menubuhkan sebuah kemudahan telah bersetuju untuk menjalankan usaha sama. Mereka akan
penyelenggaraan, pembaikan bersama-sama mengawal dan menguruskan syarikat baharu
dan baik pulih (MRO) serantau. tersebut dan seterusnya berkongsi aset, hasil dan perbelanjaan.
Kemudahan MRO itu, yang
dirancang tahun depan, akan Usaha sama yang ditubuhkan mungkin untuk satu projek
berpangkalan di kemudahan tertentu sahaja, iaitu syarikat baharu akan ditubuhkan. Kedua-dua
sedia ada Malaysia Airlines syarikat akan menjadi pemegang saham. Perjanjian perniagaan
Berhad (MAB) di Lapangan dibuat untuk menetapkan peranan dan tanggungjawab syarikat
Terbang Antarabangsa Kuala yang terlibat dalam kewangan, tenaga kerja dan lain-lain.
Lumpur (KLIA). MRO bakal
menyelenggara angkatan pesawat Contoh
Boeing 737 dan Airbus A320.
(Sumber: Dipetik dan disesuaikan Lembaga Tabung Haji dan Amanah Raya telah bekerjasama menubuhkan
Abraj Management Sdn. Bhd. (Abraj) dengan pemilikan saham secara
daripada laman sesawang sama rata.
http://www.bharian.com.my/
(Sumber: Dipetik dan disesuaikan daripada http://ww1.utusan.com.my/
node/157437) utusan/info.asp?y=2010&dt=0330&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_

Negeri&pg=dn_15.htm)

36 BAB 1 Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan

(a) Tujuan Usaha Sama EMK Bab 1

Tujuan usaha sama dilaksanakan adalah untuk meningkatkan Arahan:
kedudukan syarikat, perkongsian kepakaran dan menambahkan Bentangkan dalam kelas.
keuntungan perniagaan pemilik. Apabila sesuatu usaha sama telah Soalan:
berjaya atau tercapai objektifnya, syarikat usaha sama selalunya Jelaskan cara atau prosedur
akan dibubarkan. Kedua-dua syarikat juga dapat meningkatkan menjalankan perniagaan
dana perniagaan dan seterusnya meningkatkan keuntungan. secara usaha sama.

(b) Kelebihan dan Kekurangan Buletin Keusahawanan
Usaha Sama
Program Pembangunan
Kelebihan dan kekurangan perniagaan usaha sama ditunjukkan Produk Perusahaan Kecil dan
dalam Jadual 1.10 yang berikut.
Sederhana (PKS)
Jadual 1.10 Kelebihan dan kekurangan usaha sama Program Pembangunan Produk
bertujuan untuk membangunkan
Kelebihan Kekurangan produk PKS yang berpotensi
Membantu perniagaan untuk Visi dan misi yang untuk dipromosi dan dipasarkan
memperluas asas perniagaan. berbeza antara pihak yang melalui pasar raya di peringkat
Syarikat boleh menjalankan bergabung menyebabkan domestik. Dalam memastikan
perniagaan di tempat yang belum berlakunya kon ik program ini dilaksanakan
pernah diterokai Perbezaan budaya dan cara dengan berkesan, usaha sama
Dapat meningkatkan dana pengurusan yang berbeza dengan agensi yang mempunyai
kewangan dan tenaga kerja untuk dalam menjalankan kepakaran dalam aspek
menjalankan sesuatu projek sesebuah perniagaan penjenamaan dan pembangunan
Meningkatkan pengeluaran boleh membawa masalah produk dijalinkan secara
kerana pasaran adalah lebih besar kepada pengurusan pada berterusan. Agensi kerajaan yang
Mendapat teknologi baharu masa hadapan terlibat akan membantu merangka
dan terkini dengan bekerjasama program-program pembangunan
dalam pengeluaran yang bersesuaian.
Mudah untuk mendapatkan (Sumber: Dipetik dan disesuaikan
bahan mentah dan
sumber-sumber lain daripada daripada laman sesawang
syarikat usaha sama http://spacedeals.1pengguna.com/
Harta individu, aset serta
pegangan dalam syarikat spacedeals/index.php?r=portal/
asal dikekalkan le &id=aDRjRDJEcmJsTjV
Risiko dalam perniagaan 2UWpPWHhIdmhUZz09)
dapat dikongsi kerana risiko
ditanggung oleh kedua-dua
buah syarikat

Senaraikan syarikat usaha sama yang berjaya di Malaysia. Kemudian, pilih satu perniagaan usaha sama hasil daripada
carian anda. Berikan pendapat anda tentang punca kejayaan usaha sama perniagaan tersebut.

Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan BAB 1 37

Bab 1 1.4 Klasi kasi Perniagaan

Klasi kasi perniagaan merupakan penyusunan perniagaan
dalam sesuatu kelompok tertentu mengikut kriteria yang telah
ditetapkan. Perniagaan diklasi kasikan kepada dua kelompok,
iaitu saiz dan sektor seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.10
yang berikut:

Cintai Negara Klasi kasi Perniagaan
Saiz Sektor
Setiap perniagaan di Malaysia
perlu saling membantu dan
bersaing secara adil bagi
memastikan pertumbuhan
ekonomi negara berkembang
secara konsisten dan kukuh.

EMK Kecil Sederhana Besar Utama Kedua Ketiga

Arahan: Rajah 1.10 Klasi kasi perniagaan
Bincang dalam kumpulan.
Soalan: 1.4.1 Saiz
Terdapat usahawan yang keliru
berkaitan dengan perbezaan Saiz perniagaan boleh dibahagikan kepada tiga, iaitu kecil,
antara jualan tahunan dengan sederhana dan besar. Di Malaysia satu de nisi seragam telah
keuntungan. Sesebuah ditetapkan oleh Majlis Pembangunan Perusahaan Kecil dan
perniagaan mungkin mempunyai Sederhana (PKS) Kebangsaan (MPPK). De nisi tersebut diguna
nilai jualan tahunan yang tinggi pakai oleh semua kementerian dan agensi kerajaan, institusi
tetapi masih menanggung kewangan dan pengawal selia yang terlibat dalam program
kerugian. Bincangkan pembangunan PKS.
sebab-sebab situasi ini berlaku. Faktor penentuan saiz perniagaan ialah:

QR Code jumlah jualan tahunan
bilangan pekerja tetap
SME Corporation Malaysia Kedua-dua aspek ini berbeza untuk perniagaan yang terlibat
http://www.smecorp.gov.my dalam aktiviti pengilangan dan perkhidmatan seperti dalam
Jadual 1.11 yang berikut:

38 BAB 1 Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan

Jadual 1.11 Klasi kasi perniagaan berdasarkan saiz Bab 1

Klasi kasi Pengilangan Perkhidmatan
Saiz
Jumlah Jualan Bilangan Pekerja Jumlah Jualan Bilangan Pekerja
Tahunan Tetap Tahunan Tetap
(orang) (orang)

Kecil RM300,000 hingga 5 hingga kurang RM300,000 hingga 5 hingga kurang
kurang daripada daripada 75 kurang daripada daripada 30
RM15 juta RM3 juta

Sederhana RM15 juta hingga 75 hingga kurang RM3 juta hingga 30 hingga kurang
kurang daripada daripada 200 kurang daripada daripada 75
RM50 juta RM20 juta

Besar RM50 juta dan 200 dan ke atas RM20 juta dan 75 dan ke atas
ke atas ke atas

(Sumber: Dipetik dan disesuaikan daripada laman sesawang
http://www.smecorp.gov.my, capaian pada 26 Jun 2016)

(a) Perniagaan Bersaiz Kecil EMK

Sesebuah perniagaan yang terlibat dalam aktiviti pengilangan Arahan:
akan dikategorikan sebagai perniagaan bersaiz kecil sekiranya Bentangkan dalam kelas.
mempunyai pencapaian jumlah jualan tahunan dalam anggaran Soalan:
RM300,000 hingga kurang daripada RM15 juta serta pekerja tetap Jelaskan perbezaan antara
5 hingga kurang daripada 75 orang. Bagi perkhidmatan pula, perniagaan bersaiz kecil dengan
jumlah jualan tahunan adalah antara RM300,000 hingga kurang perniagaan bersaiz sederhana.
daripada RM3 juta manakala bilangan pekerja tetap antara 5
hingga kurang daripada 30 orang.

(i) Kelebihan Perniagaan Bersaiz Kecil

Perniagaan bersaiz kecil tidak memerlukan kos operasi dan RM Celik Kewangan
kos pengurusan yang tinggi. Hal ini membolehkan peniaga
menawarkan harga yang lebih bersaing berbanding dengan Setiap perniagaan perlu
syarikat yang lebih besar. memastikan keuntungan
Pemilik dapat mengambil tindakan segera atas segala masalah yang diperoleh diagihkan dan
dan rungutan pelanggan. Kebiasaannya, perniagaan bersaiz digunakan dengan baik mengikut
kecil kurang menghadapi birokrasi, seperti borang yang perlu keutamaan bagi memastikan
diisi oleh pelanggan yang menghadapi masalah. operasi perniagaan berjalan lancar.

Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan BAB 1 39

Bab 1 RM Celik Kewangan Perniagaan kecil lebih mudah untuk mengubah strategi
apabila diperlukan. Hal ini disebabkan oleh pemilik boleh
Produk yang baik tidak membuat keputusan dengan mudah. Selain itu, pemilik juga
bergantung pada harga yang terlibat secara langsung dalam pengurusan perniagaannya.
ditawarkan tetapi bergantung
pada kualiti sumber dan Pekerja dalam perniagaan bersaiz kecil tidak berda ar dengan
teknik pembuatannya. kesatuan sekerja, atau merupakan pekerja sambilan. Hal ini
membolehkan mereka hanya dibayar gaji minimum.
EMK (ii) Kekurangan Perniagaan Bersaiz Kecil
Perniagaan bersaiz kecil menanggung kos pengeluaran yang
Arahan: tinggi kerana tidak dapat menikmati ekonomi bidangan.
Bincangkan dalam kumpulan.
Soalan: Perniagaan bersaiz kecil sukar untuk mengekalkan perniagaan
Jelaskan cara mengatasi masalah dalam keadaan mencabar berbanding dengan pesaing yang
kekurangan yang wujud dalam bersaiz besar seperti ketika keadaan ekonomi kurang menentu.
perniagaan bersaiz kecil.

Buletin Keusahawanan Pemilik tidak mampu membayar upah pekerja mahir yang
lebih tinggi. Mereka juga tidak mampu untuk menampung
Showcase Produk kos latihan untuk pekerja sedia ada.
Usahawan Serumpun
Showcase ini merupakan Perniagaan bersaiz kecil sukar mendapatkan modal tambahan.
platform yang disediakan kepada Bank dan institusi kewangan kerap kali enggan memberikan
usahawan untuk mengembangkan pinjaman kepada mereka kerana kurang keyakinan akan
perniagaan dan menyatukan potensi perniagaan tersebut. Pemilik juga tidak dapat
usahawan yang berdaya maju menyediakan cagaran yang diminta oleh pihak bank.
dari Malaysia dan Indonesia. (iii) Cabaran Perniagaan Bersaiz Kecil
Kerjasama erat antara usahawan
Malaysia dan Indonesia dibentuk Aliran tunai yang negatif menjadi cabaran utama yang
dan dijayakan melalui Malaysia dihadapi oleh perniagaan bersaiz kecil. Masalah ini timbul
Indonesia Corporate House berikutan daripada pelanggan yang lambat menjelaskan
(MICH). Peluang ini perlu hutang. Pada masa yang sama, perniagaan perlu membayar
dimanfaatkan oleh semua bil-bil dan perbelanjaan di luar jangka.
usahawan untuk terus maju dan
berdaya saing. Pihak pengurusan digalakkan menggunakan teknologi
(Sumber: Dipetik dan disesuaikan terkini termasuk perisian komputer untuk menjana penyata
aliran tunai dan belanjawan agar aliran tunai dapat dikawal.
daripada laman sesawang Sebarang perbelanjaan luar jangka dapat dikesan lebih awal.
https://www.youtube.com/
watch?v=pm7AAkj_O0Y, capaian

pada 5 Oktober 2016)

40 BAB 1 Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan

Pemilik perniagaan kecil kebiasaannya menanggung bebanan Bab 1
kerja yang berat kerana tiada pengkhususan. Pengurusan dan
keputusan perniagaan perlu dilakukan sendiri oleh pemilik.

pelanggan baharu Cintai Negara
Pemilik perlu sentiasa memikirkan strategi untuk memastikan
pelanggan sedia ada kekal dengan memberikan perkhidmatan Setiap pengguna perlu
yang unik dan istimewa. Kajian perlu dibuat untuk membentuk menyokong produk tempatan bagi
strategi terbaik bagi mendapatkan pelanggan baharu. memastikan aliran mata wang
terus mengalir dalam negara.
Pekerja merupakan faktor penting dalam sesebuah perniagaan.
Pemilik perlu memastikan setiap pekerja gembira dengan
persekitaran kerja supaya mereka lebih produktif. Kebajikan
pekerja juga perlu diambil kira untuk mengurangkan kadar
pusing ganti pekerja.

Mengawal kos overhed merupakan cabaran besar kepada Minda Kreatif
perniagaan kecil. Terdapat perniagaan terpaksa ditutup akibat
menanggung kos overhed yang berlebihan. Kajian keperluan Anda merupakan pengurus
sebenar berkaitan dengan pelanggan perlu dilaksanakan bagi dalam sebuah organisasi
mengelakkan memberi perkhidmatan yang tidak diperlukan perniagaan. Nyatakan perkara
oleh pelanggan. yang perlu perhatian untuk
meningkatkan motivasi pekerja
Perniagaan bersaiz kecil berpeluang untuk mendapatkan di syarikat anda.
pelbagai jenis bantuan kewangan daripada pelbagai agensi
atau institusi kewangan seperti Bank SME dan sebagainya.

QR Code

Tekun Nasional
https://www.tekun.gov.my

Gambar foto 1.21 Perniagaan bersaiz kecil 41
Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan BAB 1

Bab 1 EMK (b) Perniagaan Bersaiz Sederhana

Arahan: Perniagaan dikategorikan bersaiz sederhana jika mempunyai
Pilih satu perniagaan bersaiz nilai jualan tahunan sebanyak RM15 juta hingga kurang daripada
sederhana di kawasan anda. RM50 juta dan bilangan pekerja 75 hingga kurang daripada 200
Soalan: orang bagi syarikat pengilangan. Bagi perniagaan berasaskan
Jelaskan secara ringkas setiap perkhidmatan pula nilai jualan tahunan mestilah bernilai RM3
ciri yang terdapat dalam juta hingga kurang daripada RM20 juta dengan bilangan pekerja
perniagaan tersebut. tetap dari 30 hingga kurang daripada 75 orang.

RM Celik Kewangan Gambar foto 1.22 Perniagaan bersaiz sederhana

Setiap kemudahan kredit yang (i) Kelebihan Perniagaan Bersaiz Sederhana
ditawarkan oleh kerajaan perlu
dimanfaatkan sepenuhnya
oleh perniagaan bagi memacu
pertumbuhan perniagaan ke
tahap lebih baik.

Mudah ditubuhkan
Perniagaan bersaiz sederhana mudah ditubuhkan sekiranya
perniagaan yang dijalankan adalah dalam bentuk milikan
tunggal atau perkongsian, prosedur penubuhannya mudah
kerana tidak banyak peraturan perlu dipatuhi.

Istilah Perniagaan Fleksibel
Perniagaan bersaiz sederhana juga adalah eksibel. Perniagaan
Fleksibel (Flexible): bersaiz sederhana akan berupaya untuk membuat sesuatu
Boleh diubah atau disesuaikan perubahan dengan cepat dan mudah jika keadaan memerlukan
dengan mudah perubahan dilakukan. Pembahagian kerja perniagaan bersaiz
sederhana juga adalah eksibel. Hal ini membolehkan
pekerja melakukan lebih daripada tugasan sebenar mereka
untuk menarik perhatian majikan.

Semangat berpasukan yang tinggi
Majikan dapat memupuk semangat bekerja dalam pasukan.
Majikan mengetahui bahawa setiap pekerja ialah aset dalam
memajukan sesebuah perniagaan.

Pelaporan kewangan syarikat dirahsiakan
Perniagaan bersaiz sederhana tidak perlu melaporkan aktiviti
dan kedudukan kewangan mereka kepada umum berbanding

42 BAB 1 Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan

dengan syarikat besar. Hal ini merupakan satu kelebihan Bab 1
perniagaan sekiranya pihak pengurusan sesebuah perniagaan
berhasrat untuk menerokai pasaran baharu tanpa pengetahuan
pesaing-pesaing dalam industri.

(ii) Kekurangan Perniagaan Bersaiz Sederhana EMK

Sukar menyediakan latihan Arahan:
Perniagaan bersaiz sederhana memerlukan pekerja yang Bincangkan dalam kumpulan.
berkemampuan untuk mengendalikan projek yang kompleks. Soalan:
Namun mereka tiada sumber untuk melatih pekerja untuk 1 Cadangkan cara perniagaan
menghadapi cabaran ini berbanding perniagaan bersaiz besar.
Sukar untuk memajukan kerjaya bersaiz sederhana boleh
Perniagaan bersaiz sederhana tidak menawarkan peluang memberikan latihan kepada
kerjaya yang menarik kepada pekerjanya. Bilangan pekerja pekerja tanpa kos yang besar.
yang kurang menyebabkan seseorang pekerja tiada peluang 2 Nyatakan dua agensi kerajaan
menikmati kenaikan pangkat dalam organisasi perniagaan. yang menyediakan latihan
Wujud jurang hubungan untuk pekerja.
Jurang hubungan wujud kerana bilangan pekerja yang lebih
ramai menyukarkan hubungan rapat antara majikan dengan
para pekerja.

(iii) Cabaran Perniagaan Bersaiz Sederhana QR Code

Meningkatkan hasil Majlis Amanah Rakyat (MARA)
Perniagaan bersaiz sederhana menghadapi cabaran yang besar http://www.mara.gov.my
untuk meningkatkan hasil berbanding dengan perniagaan
bersaiz kecil dan besar. Pada peringkat ini, perbelanjaan Cintai Negara
perniagaan cenderung untuk naik secara mendadak.
Pengambilan pekerja Setiap perniagaan perlu
Pada tahap ini, pengambilan pekerja perlu diberikan perhatian mengutamakan pengambilan
yang serius oleh pihak pengurusan. Perniagaan memerlukan pekerja tempatan berbanding
tenaga kerja yang lebih ramai mahir dan berpengalaman untuk dengan pekerja asing.
terus berkembang. Terdapat persaingan dengan perniagaan
besar untuk mendapatkan pekerja pakar yang berpengalaman.
Undang-undang dan peraturan kerajaan
Semakin besar sesebuah perniagaan, semakin banyak
peraturan yang perlu dipatuhi. Selain penda aran perniagaan,
peniaga perlu mendapatkan pelbagai lesen, permit atau
surat-surat kuasa dari pelbagai agensi berdasarkan aktiviti yang
dijalankan. Jika peniaga terlibat dalam aktiviti pengeluaran
makanan mereka perlu memohon lesen kilang makanan
daripada Pegawai Kesihatan Daerah atau Majlis Perbandaran
bagi tujuan pemeriksaan kesihatan ke atas kilang-kilang dan
ujian keluaran makanan tersebut.

Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan BAB 1 43

Bab 1 Minda Kreatif (c) Perniagaan Bersaiz Besar

Jelaskan peranan perniagaan Sesebuah perniagaan yang terlibat dalam aktiviti pengeluaran
bersaiz besar dalam membantu adalah bersaiz besar jika nilai jualan tahunan melebihi RM50 juta
melahirkan usahawan terutama dan bilangan pekerja tetap juga perlu melebihi 200 orang.
dalam kalangan generasi muda. Perniagaan berasaskan perkhidmatan pula mempunyai nilai
jualan tahunan melebihi RM20 juta serta bilangan pekerja
melebihi 75 orang.

Gambar foto 1.23 Perniagaan bersaiz besar

Buletin Keusahawanan (i) Kelebihan Perniagaan Bersaiz Besar
Menikmati ekonomi bidangan
Mass Rapid Transit Aktiviti perniagaan yang dijalankan secara besar-besaran
Corporation Sdn. Bhd. membolehkan kos seunit pengeluaran dikurangkan ke tahap
paling minimum. Perniagaan boleh menjual barang dengan
(MRT Corp) harga yang lebih murah dan dapat meningkatkan keuntungan.
Dapat menguasai pasaran
Pelaksanaan beberapa projek Perniagaan yang besar lebih mudah menguasai pasaran
aliran transit massa (Mass sesuatu produk berbanding dengan perniagaan bersaiz kecil.
Rapid Transit-MRT) telah Wujud pengkhususan
membuka pelbagai peluang Pihak pengurusan mampu mengupah tenaga pakar yang
perniagaan tambahan kepada berpengalaman luas di setiap bahagian untuk menjalankan
usahawan berskala sederhana operasi mereka.
dan kecil untuk terus maju dan
mengembangkan (ii) Kekurangan Perniagaan Bersaiz Besar
perniagaan mereka. Komunikasi kurang berkesan
Hal ini dilaksanakan melalui Perniagaan yang besar mempunyai pelbagai aras atau hierarki
tawaran untuk berniaga di dalam pengurusannya. Hal ini akan melambatkan proses
stesen-stesen MRT kepada penghantaran sesuatu maklumat daripada satu jabatan ke
usahawan sedia ada dan jabatan yang lain. Wujud juga kemungkinan berlakunya salah
bakal-bakal usahawan. faham dalam proses penyampaian maklumat.
Tindakan ini bukan sahaja
membuka peluang perniagaan
tetapi turut merangsang
kelahiran usahawan muda
di Malaysia.

44 BAB 1 Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan

Birokrasi Bab 1
Terdapat banyak peraturan dan polisi yang perlu dipatuhi.
Sesuatu perkara yang mudah menjadi sukar kerana wujudnya Buletin Keusahawanan
pelbagai peraturan yang perlu dilaksanakan.
Risiko kerugian lebih besar PERATURAN-PERATURAN
Perniagaan bersaiz besar dipengaruhi oleh keadaan ekonomi PERLINDUNGAN PENGGUNA
dan politik dunia yang tidak menentu. (URUS NIAGA PERDAGANGAN
ELEKTRONIK) 2012
(iii) Cabaran Perniagaan Bersaiz Besar
TUJUAN PERATURAN
Ketidakpastian pasaran Meningkatkan keyakinan pengguna
Keadaan ekonomi dan politik global yang tidak menentu, untuk menjalankan transaksi secara
peraturan yang sentiasa berubah, perubahan teknologi
dan pesaing adalah antara faktor yang menimbulkan elekronik dengan memberi
ketidakpastian dalam sesebuah perniagaan. perlindungan yang menyeluruh dan
Pengambilan pekerja
Perniagaan menghadapi persaingan dengan perniagaan lain sekaligus membangunkan
untuk mendapatkan pekerja pakar yang berpengalaman. perdagangan elektronik di Malaysia.
Terdapat juga golongan pekerja berpengalaman menubuhkan TERPAKAI KEPADA
perniagaan mereka sendiri. Peniaga dalam talian, iaitu orang yang menjalankan
Meningkatkan keuntungan tahunan perniagaan membekalkan barang atau perkhidmatan
Perniagaan bersaiz besar menghadapi cabaran untuk melalui tapak web (laman web, blog,media sosial)
meningkatkan keuntungan tahunan kerana proses perubahan atau melalui pasar dalam talian (online marketplace).
sukar dilaksanakan. Perniagaan memerlukan tindakan segera Pengendali pasar dalam talian
dalam menghadapi perubahan dalam persekitaran. (online marketplace operators).
Perundangan peraturan kerajaan
Perniagaan perlu mematuhi undang-undang dan peraturan (Sumber: Dipetik dan disesuaikan
yang ditetapkan oleh kerajaan. Perniagaan juga harus peka daripada laman sesawang
terhadap setiap perubahan yang berlaku termasuk dalam
undang-undang seperti perlindungan pengguna. http://www.kpdnkk.gov.my,
capaian pada 10 Julai 2016)

Aktiviti Kumpulan Kreatif dan Inovatif

Tugasan: Mengklasi kasikan perniagaan
Langkah-langkah:
1 Bahagikan murid kepada beberapa kumpulan kecil.
2 Setiap kumpulan diberikan akses komputer dan Internet.
3 Setiap kumpulan mendapatkan jenis perniagaan yang dipilih seperti restoran, perkhidmatan

pengangkutan, kedai bunga, butik, kedai emas dan perhotelan.
4 Berdasarkan maklumat yang diperoleh, asingkan setiap perniagaan mengikut saiz dan skalanya.
5 Adakah saiz perniagaan mempengaruhi skalanya? Berikan alasan anda.

Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan BAB 1 45

Bab 1 1.4.2 Sektor Perniagaan

Minda Kreatif Sektor perniagaan terbahagi kepada tiga, iaitu sektor utama, sektor
kedua dan sektor ketiga. Ketiga-tiga sektor saling memerlukan
Jelaskan peranan sektor utama, dalam memastikan aktiviti perniagaan berjalan lancar tanpa
kedua dan ketiga dalam memacu sebarang masalah.
pertumbuhan ekonomi negara.
(a) Sektor Utama (Primer)

Sektor utama meliputi semua aktiviti pengekstrakan sumber
semula jadi dengan mengeluarkan bahan mentah atau hasil
alam semula jadi dari bumi atau laut. Aktiviti perniagaan yang
dijalankan dalam sektor utama akan memberikan nilai tambah
kepada hasil yang diperoleh seperti yang ditunjukkan dalam
Rajah 1.11 yang berikut:

Sektor Utama

Perlombongan Pertanian Pembalakan Perikanan
Petroleum dan
gas asli Tanaman jualan Kayu merbau, Perikanan laut
Emas, kuprum untuk pasaran cengal, meranti, dalam, pinggir
dan bijih timah tempatan atau seraya dan keruing pantai, air tawar,
Mineral lain eksport seperti akuakultur dan
bukan logam kelapa sawit ikan hiasan
dan getah

Rajah 1.11 Sektor utama

(b) Sektor Kedua (Sekunder)

Sektor kedua melibatkan pemprosesan bahan mentah untuk
menghasilkan barang siap atau barang separuh siap. Nilai
tambah yang dihasilkan dalam sektor ini lebih tinggi berbanding
dengan sektor utama. Industri pembinaan dan pembekalan kuasa
elektrik juga termasuk dalam sektor kedua.
Sektor kedua boleh dikategorikan kepada empat seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 1.12 yang berikut:

Kenal pasti aktiviti yang termasuk dalam sektor utama di kawasan anda.
1 Bincangkan kelebihan sektor utama yang sedang dijalankan untuk masyarakat tempatan.
2 Berikan cadangan penambahbaikan yang boleh dilaksanakan bagi memastikan sumber yang digunakan terus

terpelihara dan dikomersialkan secara sistematik.
46 BAB 1 Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan

Sektor Kedua Bab 1

Pembuatan dan Kejuruteraan Pembekalan tenaga Pembinaan
pengilangan

Rajah 1.12 Sektor kedua QR Code

(i) Pembuatan dan Pengilangan Proton Holdings Berhad
Terdapat perniagaan yang terlibat dalam aktiviti pembuatan dan http://www.proton.com.my
pengilangan. Penghasilan barang melalui proses transformasi
input kepada output yang lebih bernilai. Contohnya, kilang
pembuatan roti menjalankan transformasi daripada bahan
mentah (tepung) kepada roti.

(ii) Kejuruteraan
Kejuruteraan menyediakan jentera, mesin dan peralatan untuk
pengeluaran. Jenis mesin yang diperlukan bergantung pada jenis
aktiviti pengilangan yang dijalankan.

Sebuah kilang mungkin memerlukan peralatan sainti k
untuk pengeluaran manakala sebuah kilang yang lain memerlukan
jentera berat dalam proses pengeluarannya. Contohnya, Proton
Holdings Berhad memerlukan mesin khas yang bersesuaian
untuk menghasilkan kereta mengikut reka bentuk dan kualiti
yang telah ditetapkan.

EMK

Arahan:
Bincangkan dalam kumpulan.
Soalan:
Jelaskan kepentingan sektor
kedua kepada aktiviti yang
dijalankan oleh sektor utama dan
sektor ketiga.

Gambar foto 1.24 Teknologi kejuruteraan 47
Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan BAB 1

Bab 1 Cintai Negara (iii) Pembekalan Tenaga
Pembekalan tenaga melibatkan aktiviti pembekalan sesuatu
Setiap tenaga yang dibekalkan tenaga dari pelbagai sumber seperti elektrik, petroleum dan air
perlu digunakan secara untuk kegunaan industri dan isi rumah. Contohnya, Tenaga
berhemah tanpa melibatkan Nasional Berhad (TNB), Petroliam Nasional Berhad (Petronas)
sebarang pembaziran. dan Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS).
(iv) Pembinaan
EMK Pembinaan merangkumi aktiviti pemasangan, pembinaan dan
pengubahsuaian dengan menggunakan barang siap atau separa
Arahan: siap. Contohnya, pembinaan bangunan dan jambatan.
Bincangkan dalam kumpulan kecil.
Soalan: (c) Sektor Ketiga (Tertier)
1 Senaraikan jenis perkhidmatan
Sektor ketiga melibatkan aktiviti membekalkan perkhidmatan
yang disediakan oleh kerajaan, tertentu daripada pengeluar terus kepada pengguna. Aktiviti
swasta dan badan kebajikan. perkhidmatan dikenali juga sebagai aktiviti ekonomi peringkat
2 Teliti senarai tersebut dan kenal ketiga atau tertier.
pasti jika wujud persamaan
dalam perkhidmatan yang Aktiviti perkhidmatan dalam sektor ketiga meliputi pelbagai
diberikan oleh kerajaan bidang seperti sektor perkhidmatan pelancongan, pengangkutan,
dan swasta. telekomunikasi, perbankan, perdagangan serta perkhidmatan
3 Bincangkan sebab perkara awam dan swasta. Sektor ketiga berperanan untuk menyokong
ini berlaku. perkembangan sektor primer dan sekunder. Kini sektor ketiga
merupakan penyumbang terbesar kepada KDNK negara.

Sektor Ketiga

Perkhidmatan Awam Perkhidmatan swasta Perkhidmatan
sukarela/kebajikan
Di Malaysia, keupayaan rakyat untuk Memberikan
membayar kos perkhidmatan swasta perkhidmatan kepada Perkhidmatan
masih lagi rendah perniagaan dan individu disediakan oleh
badan-badan amal
Kerajaan mengamalkan dasar seperti Perkhidmatan ditawarkan dan sukarela dalam
dasar penswastaan untuk membantu oleh perniagaan bidang seperti
keselesaan, kesejahteraan, kebajikan yang dimiliki secara kesihatan komuniti
dan keselamatan rakyat persendirian seperti dan alam sekitar
Terdapat beberapa bidang tidak peruncitan dan akauntan
diswastakan sepenuhnya seperti
pendidikan dan kesihatan

Rajah 1.13 Sektor ketiga
48 BAB 1 Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan

1.5 Skala Perniagaan Bab 1

Skala Perniagaan

Domestik Antarabangsa

Tempatan Negeri Kebangsaan Zon Global

Rajah 1.14 Skala perniagaan

1.5.1 Pasaran Domestik Minda Kreatif

Pasaran domestik melibatkan penjualan produk pada peringkat Jelaskan kelebihan perniagaan
pasaran dalam negara. Pasaran domestik boleh dibahagikan berskala tempatan.
kepada tiga tahap seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.14.

(a) Skala Tempatan

Perniagaan yang menembusi pasaran tempatan membekalkan
barang dan perkhidmatan mereka di kawasan tertentu sahaja.
Saiz pasaran adalah kecil. Dari aspek kos perniagaan, kos yang
ditanggung adalah rendah kerana tidak melibatkan operasi
yang besar.

RM Celik Kewangan

Setiap modal yang diperuntukkan
dalam perniagaan perlu
digunakan sepenuhnya secara
sistematik dan terurus.

Gambar foto 1.25 Perniagaan skala tempatan 49
Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan BAB 1

Bab 1 Minda Kreatif (b) Skala Negeri

Jelaskan kelebihan perniagaan Perniagaan telah berjaya menembusi pasaran yang lebih besar pada
berskala negeri. peringkat daerah dalam sesebuah negeri. Kos yang ditanggung
pada peringkat ini agak tinggi kerana perlu memenuhi permintaan
dari pelbagai daerah. Kebanyakan perniagaan pada tahap ini
terlibat dalam perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

(c) Skala Kebangsaan

Buletin Keusahawanan Perniagaan berskala kebangsaan mempunyai saiz pasaran yang
lebih besar. Perniagaan berskala kebangsaan meliputi pasaran di
“Jangan takut untuk meninggalkan seluruh negara. Beroperasi di skala kebangsaan membolehkan
yang BAIK bagi mengejar yang peniaga menikmati ekonomi bidangan. Barang atau perkhidmatan
HEBAT!” dapat ditawarkan dengan harga yang lebih berpatutan kepada
pengguna. Perniagaan berskala kebangsaan mampu membeli
stok dalam kuantiti yang lebih besar. Oleh itu, perniagaan boleh
berunding dengan pembekal untuk mendapatkan diskaun yang
lebih tinggi, dan seterusnya menjual pada harga yang lebih murah
kepada pelanggan. Hal ini menyebabkan perniagaan yang berskala
tempatan sukar menyaingi perniagaan berskala kebangsaan.

KBE KUARI BATU EMAS
GROUP OF COMPANIES

Dato’ Haji Musa bin Haji Nordin,
merupakan contoh usahawan
berjaya yang berani keluar dari zon
selesa untuk mengejar kejayaan
yang lebih hebat.

Gambar foto 1.26 Perniagaan skala kebangsaan

Cintai Negara 1.5.2 Pasaran Antarabangsa

Dalam perniagaan antarabangsa, Pasaran antarabangsa melibatkan beberapa aktiviti perniagaan
setiap perniagaan perlu yang dijalankan antara sebuah negara dengan negara lain. Pasaran
mengutamakan kepentingan antarabangsa melibatkan aktiviti import, eksport dan entreport.
negara. Setiap aktiviti yang Liputan pasaran bagi perniagaan skala antarabangsa menjadi
menjejaskan kedaulatan negara luas dan sasaran pasaran baharu akan wujud. Keadaan ini dapat
perlu dielakkan sepenuhnya. meningkatkan keuntungan syarikat. Pasaran antarabangsa boleh
dibahagikan kepada dua, iaitu:

50 BAB 1 Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan

(a) Skala Zon Buletin Keusahawanan Bab 1

Perniagaan yang berskala zon, peniaga memberi fokus kepada Kerajaan Malaysia mempelawa
pasaran di kawasan-kawasan tertentu yang telah dikenal pasti pelabur Jepun dan pelabur
bersesuaian dengan barang dan perkhidmatan. lain memanfaatkan peluang
perniagaan dalam pasaran ASEAN
(b) Skala Global yang besar, menjadikan Malaysia
sebagai pintu masuk ke rantau ini.
Perniagaan yang berskala global, pasaran adalah luas merentasi (Sumber: Dipetik dan disesuaikan
sempadan. Pada masa kini, pasaran global mudah ditembusi
dengan wujudnya Internet. Penggunaan aplikasi seperti emel, daripada http://www.astroawani.
Newsgroup dan laman web di dalam perniagaan yang diguna com, capaian pada 28 Jun 2016)
pakai secara meluas dapat melangkaui sempadan negara.

Contoh

Syarikat Malaysia yang berjaya menembusi pasaran global.

Minda Kreatif

Jelaskan kelebihan dan
kekurangan perniagaan yang
terlibat secara langsung dalam
pasaran antarabangsa.

Kerajaan Malaysia memberi pelbagai galakan kepada peniaga EMK
untuk menembusi pasaran global. Contohnya, pihak kerajaan
telah menubuhkan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Arahan:
Luar Malaysia (MATRADE) yang memberikan khidmat nasihat, Bentangkan dalam kelas.
latihan dan bantuan promosi kepada peniaga yang ingin Soalan:
mengembangkan sayap ke luar negara. Jelaskan rahsia kejayaan
syarikat Malaysia yang berjaya
Contoh mengharumkan nama Malaysia
di persada dunia terutama dalam
Pengeksport Malaysia atau syarikat sedia mengeksport adalah pasaran ASEAN dan Kesatuan
dialu-alukan untuk menjadi ahli MATRADE dengan menda ar Eropah (EU).
secara dalam talian atau menghantar Borang Penda aran
Pengeksport Malaysia kepada Unit Khidmat Nasihat Perdagangan.
Penda aran sebagai ahli MATRADE adalah percuma.

Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan BAB 1 51


Click to View FlipBook Version