Guru menunjukkan aplikasi Name Picker kepada murid dan
murid dikehendaki mengklik pada aplikasi tersebut sehingga
roda nama berhenti pada nombor yang tertera.
Guru menunjukkan sampul “Cikgu Liyana” dan murid
dikehendaki untuk memilih dan membuka sampul berdasarkan
nombor yang telah dipilih tadi.
Langkah 1 dan 2 diulang semula sehingga murid mendapat
kesemua nombor dan perkataan yang berada di dalam sampul.
Murid dikehendaki untuk membaca kata nama am yang tertera
dan melakukan aktiviti cantum semula kata nama dengan
gambar yang tepat.
Murid dikehendaki untuk menulis semula ayat mudah yang telah
disediakan oleh guru ke dalam lembaran kerja yang diedarkan.