The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 22bi01003, 2022-09-29 07:23:16

EKUITI KK (1)

EKUITI KK (1)

KOD SUBJEK
SBSU 1163

NAMA SUBJEK
EKUITI

TAJUK
ANALISIS KES CHATIME VS TEALIVE
( LA KAFFA INTERNATIONAL CO LTD V LOOB HOLDING SDN BHD
AND ANOTHER APPEAL [2018] MYCA 199)

NAMA PENSYARAH
PUAN SHARIFAH HANA BINTI ABD RAHMAN

DISEDIAKAN OLEH
DARWENA ASHIKIN BINTI DAUD ANSARI (22BI01003)
WAN NURHANIS DALILA BINTI WAN HARON (22BI01006)
SITI NURUL FARZANAH BINTI MOHAMED REJAB (22BI01012)

NUR ALEYA IZZATY BT ABDUL HAMID (22BI01021)
MUHAMMAD AMIRUL BIN BADRULZAMAN(19BI01027)

BI01-IJAZAH SARJANA MUDA SYARIAH DENGAN UNDANG-UNDANG
SEMESTER 3

SESI 1 2022/2023

ISI KANDUNGAN MUKA
SURAT
BIL ISI KANDUNGAN
2
1.0 PENGENALAN
3
2.0 INJUNKSI INTERIM
4
3.0 PERMASALAHAN ANTARA LA KAFFA DAN LOOB 4-5
3.1 PERUNTUKAN RERA YANG DILANGGAR 5
3.2 KONSEP SIAC 5-6
3.3 FUNGSI INJUNKSI SEMENTARA DALAM KES INI 7-8
4.0 KEPUTUSAN MAHKAMAH 9
4.1 KONFLIK ANTARA LA KAFFA DENGAN LOOB HOLDING
10
5.0 INJUNKSI ERINFORD DI MALAYSIA 11
5.1 KEDUDUKAN DI MALAYSIA 12-13
5.2 ANALISIS
14
6 KESIMPULAN 15
7 RUJUKAN

1

1.0 PENGENALAN

Pada tahun 2017, kita dikejutkan dengan berita arahan penutupan operasi Tealive di
Malaysia oleh pihak mahkamah. Keadaan ini mengejutkan ramai pihak kerana pengumuman
ini seolah-olah dibuat secara tiba-tiba. Sebenarnya, isu ini begitu kompleks memandangkan
kedua-dua syarikat ini mempunyai alasan mereka yang tersendiri untuk mempertahankan
setiap tindakan yang dibuat oleh mereka.

Pertikaian antara Loob Holding dan La Kaffa kemudiannya bermula pada awal
Disember 2016, dengan beberapa siri pendakwaan telah dijalankan dan pada 27 Jun 2018,
Mahkamah Rayuan telah mengeluarkan arahan penutupan kesemua cawangan Tealive di
Malaysia, namun kemudiannya dibenarkan untuk beroperasi sehingga kes selesai.

Tujuan injunksi interim dalam kes ini adalah untuk menghalang Loob dan
pihak-pihak yang berkaitan daripada menjalankan perniagaan yang sama atau serupa
dengan Francais Chatime. Ini termasuk menjalankan perniagaan Tealive. Jika Mahkamah
memberikan injunksi sementara, ia akan bertahan sehingga pelupusan Prosiding
Timbangtara Singapura.Dalam kes ini, La Kaffa tidak meminta injunksi kekal untuk
menghalang Loob daripada mengendalikan perniagaan Tealive.

Pada bulan Ogos 2018, Loob Holding dan La Kaffa, akhirnya mencapai persetujuan
bersama untuk menyelesaikan pertikaian mengenai 'Chatime' di luar mahkamah.Dalam satu
perjanjian penyelesaian yang dibuat, kedua-dua pihak bersetuju untuk menarik balik semua
prosiding mahkamah dan timbang tara di Singapura.Dalam kenyataan bersama,
penyelesaian itu tidak dianggap oleh mana-mana pihak sebagai pengakuan sebarang
tuduhan dan liabiliti.Semua pihak telah mencapai persetujuan dalam menyelesaikan
sebarang pertikaian, yang mana keputusan itu dibuat bagi menghentikan semua prosiding
mahkamah atau tindakan penguatkuasaan lain terhadap satu sama lain.Kedua-dua pihak
juga bersetuju bahawa semua terma lain akan kekal sebagai peribadi dan sulit.

Sijil pengesahan halal daripada Jakim dalam usaha meningkatkan keyakinan para
pelanggan dalam masa sama memenuhi kehendak orang ramai yang menitikberatkan status
halal terhadap kedua-dua francais tersebut .Kesimpulannya, Chatime dan Tealive masih
diminati oleh orang ramai. Oleh itu, kita perlu diingati Chatime dan Tealive merupakan
jenama yang berbeza tetapi kedua-dua jenama itu mempunyai kualiti yang baik dalam
pasaran pada masa kini.

2

2.0 INJUNKSI INTERIM

Injunksi merupakan salah satu remedi yang kebiasaannya dipohon samada oleh
pihak Plaintif atau Defendan dengan tujuan untuk menghalang seseorang daripada
melakukan sesuatu perbuatan yang boleh membawa kepada kecederaan atau kerosakan
kepada orang lain. Hal demikian juga untuk menghalang sesuatu pihak daripada melakukan
perbuatan yang menyalahi undang-undang. 1Tujuan seterusnya, adalah untuk menyuruh
sesuatu pihak mengembalikan barang atau hak orang lain yang telah dirampasnya atau
untuk mengekalkan hak seseorang dalam menikmati harta atau hak milik hartanya.

Mengikut Hukum Syarak, Injunksi merupakan remedi yang penting melalui Kaedah
Fiqh yang memperuntukkan bahawa sesuatu darar dengan cara mana sekali pun ia berlaku
hendaklah dihapuskan. Seterusnya, sesuatu darar itu tidak boleh dihapuskan dengan
melakukan darar yang sama kerosakannya. Selain itu, menolak kerosakan didahulukan dari
mengambil kemaslahatan, dan kemudaratan itu hendaklah dihapuskan sekadar yang boleh.

Menurut Akta Relief Spesifik 1950 ( Akta 137) Akta 51 (1) 2iaitu Injunksi sementara
adalah yang berterusan sehingga suatu masa yang ditetapkan, atau sehingga perintah
selanjutnya oleh mahkamah.Injunksi sementara boleh diberi pada mana-mana tempoh
sesuatu guaman,dikawal selia oleh undang-undang yang berhubungan dengan tatacara
sivil.

Di Mahkamah Syariah, peruntukan mengenai Injunksi ini ada disentuh dan
diperuntukkan dalam Seksyen 200 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah.3 Seksyen
tersebut memperuntukkan:

(1) Atas permohonan mana-mana pihak dalam mana mana kausa atau perkara, sebelum
atau selepas pendengaran kausa atau perkara itu, Mahkamah boleh memberikan Injunksi,
samada atau tidak tuntutan untuk mendapatkan Injunksi itu telah dimasukkan dalam saman,
tuntutan balas atau notis pihak ketiga, mengikut mana-mana yang berkenaan.

1 Syariah Asas Keadilan | http://pahang.jksm.gov.my | 2014|2015
2 Akta Relief Spesifik 1950 (Akta 137)
3 ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI SELANGOR) 2003

3

3.0 PERMASALAHAN ANTARA LA KAFFA DAN LOOB

3.1 PERUNTUKAN RERA YANG DILANGGAR
Disebabkan populariti Chatime, ia telah berkembang menjadi 165 cawangan di

Malaysia dalam masa yang singkat. Walau bagaimanapun, masalah timbul apabila La Kaffa
mendakwa bahawa Loob telah melanggar peruntukan RERA, antara lain:

1) Kegagalan Loob untuk membeli semua bahan baku dari La Kaffa sebagaimana yang
disyaratkan oleh Artikel 7 RERA.

2) Loob gagal membenarkan La Kaffa memeriksa dan / atau mengaudit antara kain ,
akaun Loob buku dan rekod; dan

3) Kegagalan Loob membayar bahan mentah yang dibeli dari La Kaffa

3.2 KONSEP SIAC
Pusat Timbang Tara Antarabangsa Singapura (SIAC) adalah bukan untung timbang

tara antarabangsa organisasi yang berpusat di Singapura, yang menguruskan arbitrase
berdasarkan peraturan timbang tara sendiri dan UNCITRAL Peraturan Timbang Tara. Ia
ditubuhkan pada 1 Julai 1991 dan terletak di Dewan Maxwell, sebelumnya Rumah Kastam.
Anugerah timbang tara SIAC telah dikuatkuasakan di banyak bidang kuasa termasuk
Australia, China, SAR Hong Kong, India, Indonesia, Jordan, Thailand, UK, Amerika Syarikat
dan Vietnam, antara penandatangan Konvensyen New York yang lain. SIAC adalah institusi
arbitrase global yang menyediakan perkhidmatan pengurusan kes kepada pihak dari seluruh
dunia.4

SIAC ditubuhkan pada 1 Julai 1991 sebagai sebuah organisasi bebas dan bukan
untuk keuntungan di Singapura. Edisi pertama Peraturan Arbitrase Pelaburan Pusat
Timbang Tara Antarabangsa Singapura (Edisi 1, 1 Januari 2017) (Peraturan SIAC IA 2017)
adalah sekumpulan peraturan khusus untuk menangani masalah unik yang terdapat dalam
pelaksanaan timbang tara pelaburan antarabangsa. Peraturan SIAC IA 2017 berkuat kuasa
mulai 1 Januari 2017. Pihak-pihak itu kemudiannya telah membawa kes ke Pusat Timbang
Tara Antarabangsa Singapura (Singapore Arbitral Proceedings). 5

4 https://www.rerafiling.com/rera-article-detail.php/621/section-7-revocation-of-registration
5 https://ms.upwiki.one/wiki/Singapore_International_Arbitration_Centre

4

La Kaffa juga telah menamatkan perjanjian RERA. Loob berhujah bahawa
penamatan itu menyalahi undang-undang tetapi menerima penamatan dalam apa jua
keadaan. Perkara itu telah ditimbangtara (arbitrasi) di Singapura kerana Perkara 18 RERA
menyatakan bahawa RERA ditadbir oleh undang-undang Singapura dan sebarang
pertikaian mengenai RERA akan ditimbangtara di Pusat Timbang Tara Antarabangsa
Singapura.

Selepas penamatan kontrak, Loob memulakan perniagaan teh gelembung Tealive.
Daripada 165 Francais Chatime, 161 francais Chatime di Malaysia "ditukar" menjadi Tealive.
Sementara menanti pelupusan Prosiding Timbangtara Singapura, La Kaffa dan Loob
memfailkan permohonan untuk injunksi sementara (interim injunction) di bawah peruntukan
s 11 (1) Akta Timbang Tara 2005 dan / atau bidang kuasa yang bersifat Mahkamah di
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. La Kaffa meminta perintah, antara lain, injunksi sementara
untuk menghalang Loob, pengarahnya (termasuk pasangan mereka dan ahli keluarga
terdekat) dan pekerja daripada, antara lain, menjalankan perniagaan yang sama atau
serupa dengan perniagaan Francais Chatime.

3.3 FUNGSI INJUNKSI SEMENTARA DALAM KES INI

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat definisi bagi injuksi adalah perintah
mahkamah yang menuntut supaya pihak yg terbabit tidak mengambil (menghentikan)
sesuatu tindakan atau sebaliknya. 4
Menurut Seksyen 200 Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah
Persekutuan) 1998 :
1) Atas permohonan mana-mana pihak dalam mana-mana kausa atau perkara,
sebelum atau selepas pendengaran kausa atau perkara itu, Mahkamah boleh memberikan
injunksi, sama ada atau tidak tuntutan untuk mendapatkan injunksi itu telah dimasukkan
dalam saman, tuntutan balas atau notis pihak ketiga mengikut mana-mana yang berkenaan.
2) Permohonan di bawah seksyen ini tidak boleh diubah sebelum tindakan dimulakan
kecuali dalam keadaan yang mendesak.6
3) Jika pemohon ialah plaintif dan kes itu satu kes yang mendesak, permohonan itu
boleh dibuat secara ex parte yang disokong dengan afidavit dan afidavit itu hendaklah
mengandungi suatu pernyataan yang jelas dan ringkas lagi padat-

6 https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=injunksi

5

a) tentang fakta-fakta yang membawa kepada tuntutan terhadap defendan dalam
prosiding itu;

b) tentang fakta-fakta yang membawa kepada tuntutan untuk mendapatkan injuksi itu;
c) tentang fakta-fakta yang menjadi sandaran bagi mewajarkan permohonan secara ex

parte itu, termasuk butir-butir terperinci mengenai apa-apa notis yang diberikan
kepada defendan atau jika butir-butir itu tidak diberikan, sebab butir-butir itu tidak
diberikan;
d) tentang apa-apa jawapan yang ditegaskan oleh defendan, atau yang difikirkan
mungkin akan ditegaskan olehnya, sama ada kepada tuntutan dalam tindakan itu
atau kepada tuntutan bagi injuksi itu;
e) tentang apa-apa fakta yang diketahui oleh pemohon yang mungkin menyebabkan
Mahkamah telah memberikan injunksi secara ex parte;
f) tentang sama ada mana-mana permohonan secara ex parte terdahulu yang
seumpamanya telah dibuat kepada mana-mana Hakim dan, jika demikian, perintah
yang dibuat dalam permohonan terdahulu itu; dan
g) tentang relief yang sebenarnya dipohon.

4) Walau apa pun subseksyen (1) dan (3), dalam mana-mana prosiding terhadap
Kerajaan atau Majlis, Mahkamah tidak boleh memberikan suatu injuksi tetapi sebagai ganti
boleh membuat suatu perintah mengisytiharkan hak pihak-pihak dalam kausa atau perkara
itu.
5) Mahkamah tidak boleh memberikan suatu injuksi atau apa-apa perintah terhadap
mana-mana pegawai Kerajaan atau pegawai Majlis jika kesan injuksi atau pembuatan
perintah itu memberikan relief yang tidak mungkin boleh didapati olehnya dalam prosiding
terhadap Kerajaan atau Majlis.7

Tujuan injunksi interim adalah untuk menghalang Loob dan pihak-pihak yang
berkaitan daripada menjalankan perniagaan yang sama atau serupa dengan Francais
Chatime. Ini termasuk menjalankan perniagaan teh gelembung Tealive. Jika Mahkamah
memberikan injunksi sementara, ia akan bertahan sehingga pelupusan Prosiding
Timbangtara Singapura. Dalam kes ini, La Kaffa tidak meminta injunksi kekal untuk
menghalang Loob daripada mengendalikan perniagaan teh gelembung Tealive.

7 Seksyen 200 Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1998

6

4.0 KEPUTUSAN MAHKAMAH

Mahkamah Rayuan memutuskan pemilik jenama bubble tea Tealive, Loob Holding
Sdn Bhd tidak boleh mendapat perintah penangguhan pelaksanaan terhadap keputusan
Mahkamah Rayuan yang melarang syarikat itu daripada menjalankan perniagaannya sama
seperti Chatime kerana ia adalah kes salah laku sendiri. Hakim Mahkamah Rayuan Datuk
Dr Hamid Sultan Abu Backer berkata aturan keadaan khas yang diguna pakai oleh Loob
Holding untuk perintah penangguhan pelaksanaan, adalah tidak terpakai dalam kes salah
laku sendiri.

Pada 6 Julai, mahkamah rayuan pada mulanya telah menolak permohonan Loob
Holding untuk penggantungan sementara pelaksanaan perintah injunksi, iaitu perintah
mahkamah khusus bagi hentikan pihak Loob Holding daripada berurusan dengan perkara
berkaitan apa-apa tindakan undang-undang sehingga proses rayuan selesai, dan ianya
telah memihak kepada pemilik Chatime, La Kaffa pada 27 Jun.8 Permohonan Loob Holding
yang difailkan sehari selepas keputusan injunksi itu ditolak oleh Mahkamah Rayuan atas
dua sebab iaitu syarikat Loob Holding melanggar kontrak dengan La Kaffa. Sementara
sebab kedua ialah tuntutan undang-undang terhadap La Kaffa berkaitan halangan dagangan
dan undang-undang francais Malaysia. Pembukaan Tealive melanggar perjanjian yang telah
ditandatangani oleh Loob Holding untuk membuka cawangan Chatime di Malaysia. Dalam
perjanjian tersebut, terdapat perenggan yang menyatakan Loob Holding tidak boleh
membuka perniagaan yang mirip atau menjadi pesaing kepada Chatime dalam tempoh
masa tertentu selepas kontrak antara mereka telah tamat.

Hakim Hamid Sultan berkata Loob Holding melalui tindakannya sendiri dikatakan
melanggar kontrak dan kewajiban statutori dan memperluaskan perniagaan atau
meneruskan perniagaan dan menambah ini adalah kes salah laku yang disebabkan oleh diri
sendiri. Beliau berkata di bawah Perjanjian Francais dan Akta Francais 1998, Loob Holding,
berdasarkan undang-undang dan di bawah kontrak, dilarang daripada menjalankan
perniagaan yang sama yang bersaing dengan Chatime yang pemiliknya ialah syarikat dari
Taiwan, La Kaffa International Co. Ltd.9 Beliau berkata Mahkamah Rayuan dalam
penghakiman terdahulu mengambil perhatian tentang fakta yang tidak dipertikaikan bahawa
Loob Holding mengendalikan perniagaan yang melanggar perlindungan statutori yang
diberikan kepada La Kaffa.

8 Nurli Yaacob, Nasri Naiimi, & Munirah Kasim. (2021). Hak Menjalankan Perniagaan Dan Kawalan
Dalam Perniagaan Francais Di Malaysia.
9 Akta Francais 1998

7

“Mahkamah tidak sepatutnya memihak kepada pihak yang melalui tindakannya
dianggap melanggar kewajipan kontrak serta kewajipan statutori dengan mengetahui dia
mungkin menyebabkan kerugian kepada orang lain,” kata hakim. Hakim Hamid Sultan
berkata beliau berpendapat penghujahan oleh peguam yang mewakili Loob Holding bahawa
La Kaffa boleh diberi pampasan dalam bentuk bayaran ganti rugi adalah bersifat penghinaan
apabila undang-undang dengan tegas melarang syarikat itu daripada menjalankan
perniagaan mengikut konsep itu dan mengandungi unsur jenayah kerana ia menyentuh
seksyen-seksyen di bawah Kanun Keseksaan berkaitan penipuan.

Keputusan Mahkamah Rayuan ini telah melarang Loob Holding daripada kendalikan
Tealive yang bersaing dengan Chatime selama dua tahun di Malaysia. Loob Holding telah
kemukakan rayuan semula kepada Mahkamah Persekutuan berhubung dengan keputusan
Mahkamah Rayuan sebelum ini yang memihak kepada La Kaffa. Syarikat ini membuat
rayuan kepada Mahkamah Persekutuan selepas Mahkamah Rayuan menolak
permohonannya untuk penggantungan pelaksanaan perintah injunksi atas alasan telah
melanggar kontrak dan tuntutan undang-undang terhadap La Kaffa berkaitan halangan serta
undang-undang francais di Malaysia. 10

10 Seksyen 144 Enakmen Acara Mal Mahkamah Syariah 1996

8

4.1 KONFLIK ANTARA LA KAFFA DENGAN LOOB HOLDING

1. La Kaffa mengatakan Loob Holding tidak mendapat kebenaran untuk menggunakan
bahan yang diragui. Loob Holding mempertahankan tindakannya dengan
mengatakan bahan yang digunakan adalah halal dan berkualiti. Syarikat ini jugak
mengatakan mereka membeli barang tersebut untuk hasilkan perisa yang digemari
rakyat Malaysia.

2. La Kaffa mengatakan Loob Holding tidak membeli bahan mentah daripada pengedar
utamanya berdasarkan perjanjian yang dipersetujui. Loob Holding mengatakan
bahawa bahan-bahan mentah tersebut dijual terlalu mahal dan mampu memperolehi
bahan yang sama dengan harga yang lebih murah.

3. Loob Holding tak berpuas hati dengan tindakan La Kaffa yang bertindak menjual
serbuk minuman 3 in 1 Chatime di Malaysia tanpa melalui Loob Holding selaku
pemegang lesen francais utama di Malaysia.

4. La Kaffa mendakwa Loob Holding tidak membayar loyalti mengikut tempoh yang
dijanjikan.Loob Holding dalam kenyataan balas mendakwa merekda dapat nasihat
peguam untuk berbuat demikian. 11

11 Jacie Tan (2018, July 9). “Chatime vs Tealive: The Legal Drama Brewing in Malaysia”

9

5.0 INJUNKSI ERINFORD DI MALAYSIA

Injunksi adalah perintah mahkamah tertentu yang sama ada melarang atau
memaksa pihak untuk melakukan tindakan tertentu. Terdapat banyak jenis Injunksi,
termasuk Injunksi Larangan, Mandatori Injunksi, Injunksi Mareva dan Injunksi Anton Piller.
Dinamakan sempena kes Inggeris Erinford Properties Ltd lwn Majlis Daerah Cheshire 12 ,
Injunksi Erinford adalah Injunksi yang diberikan kepada pemohon untuk mengekalkan Status
Quo sementara menunggu kesimpulan rayuan.

Pada pandangan pertama, injunksi Erinford mungkin kelihatan serupa dengan
perintah untuk tinggal prosiding, tetapi ini dibezakan dalam Kilang Kosfarm Sdn Bhd lwn
Kosma Nusantara Bhd13 di mana Mahkamah Tinggi mengiktiraf bahawa walaupun
undang-undang yang sama pertimbangan boleh digunakan untuk kedua-dua pesanan,
mereka adalah dua jenis pesanan yang berbeza. Permohonan penginapan adalah
berdasarkan perintah terdahulu yang telah diberikan, sedangkan Injunksi Erinford dianggap
sebagai permohonan asal pada sendiri tanpa perintah terdahulu untuk dilaksanakan oleh
mana-mana pihak.

Tujuan utama injunksi Erinford adalah untuk mengelakkan keputusan Mahkamah
Rayuan daripada dijadikan hina sekiranya rayuan itu berjaya. Dalam kes Erinford, plaintif
memohon Injunksi bagi menghalang defendan daripada mempertimbangkan permohonan
perancangan tanah plaintif. Injunksi telah ditolak dan peguam bagi plaintif memohon injunksi
ex parte untuk mengekalkan Status Quo sementara menunggu rayuan plaintif. Injunksi jenis
ini telah menjadi dikenali sebagai Injunksi Erinford.

12 https://www.rdslawpartners.com/post/erinford-injunctions-in-malaysia
13[2002 ]5 JURNAL UNDANG-UNDANG MALAYSIA 662

10

5.1 KEDUDUKAN DI MALAYSIA

Tiada pengiktirafan berkanun bagi prinsip yang dimaktubkan di Erinford. Walau apa pun,
prinsip itu ditegaskan dalam Yang Tinggi Kes mahkamah Tahan Steel Corp Sdn Bhd lwn
Bank Islam Malaysia Bhd (No.2)14, di mana ia diadakan bahawa Seksyen 43 Akta
Mahkamah Kehakiman 1964 (CJA) mengiktiraf kuasa wujud Mahkamah Tinggi untuk
memberikan Erinford injunksi untuk menghalang keputusan Mahkamah Rayuan diberikan
nugatori. Selain itu, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan ada bidang kuasa beri
perintah injunksi Erinford menurut Seksyen 44 dan 80 CJA. Seksyen-seksyen ini
menetapkan bahawa kedua-dua Mahkamah dapat untuk mengeluarkan perintah interim
untuk "mengelakkan prasangka terhadap tuntutan pihak-pihak sementara menunggu
pendengaran prosiding". Setelah menubuhkan bidang kuasa mahkamah untuk memberi
Injunksi Erinford, soalan seterusnya ialah bilakah Injunksi Erinford diberikan? Ini dijawab
dalam kes Kilang Kosfarm Sdn Bhd lwn Kosma Nusantara Berhad. 15

Fakta Latar Belakang
Kes ini melibatkan pertikaian kontrak antara seorang kontraktor yang dilantik menyelenggara
ladang kelapa sawit dan pemilik harta pusaka, plaintif dan defendan masing-masing. Di
bawah Kontrak Operasi Minyak Sawit, Plaintif berhak membeli sebahagian daripada yang
dituai Buahan. Walau bagaimanapun, kedua-dua pihak masuk ke dalam pertikaian dan
memutuskan untuk menamatkan kontrak. Berikutan penamatan kontrak, plaintif memohon
untuk Injunksi ex parte untuk memaksa defendan penyerahan milikan dua keping tanah dan
untuk menahan mereka daripada mengganggu plaintif menjalankannya kewajipan kontrak.
Apabila tamat tempoh ex parte tersebut Injunksi, plaintif memfailkan permohonan inter
partes untuk Injunksi untuk terus menghalang defendan.
Permohonan inter partes ditolak atas alasan bahawa keseimbangan kemudahan terletak
memihak kepada defendan dan ganti rugi itu sesuai dan ubat yang mencukupi untuk plaintif.
Berikutan pemecatan itu, plaintif memohon injunksi Erinford sementara menunggu
pelupusan rayuan yang dimaksudkan. Selepas mempertimbangkan perkara yang berkenaan
prinsip pemberian Injunksi Erinford, Mahkamah Tinggi menolak permohonan plaintif.

14[2004] 6 JURNAL UNDANG -UNDANG MALAYSIA 1
15 [2002] 5JURNAL UNDANG-UNDANG MALAYSIA 662

11

5.2 ANALISIS

Dalam menolak permohonan injunksi Erinford, Mahkamah ikut keputusan dalam See Teow
Guan v Kian Joo Holdings Sdn Bhd &Ors 16 , yang menetapkan pertimbangan yang
Mahkamah akan mempertimbangkan dalam memutuskan sama ada untuk memberikan
Erinford injunksi:

1. Sama ada Status Quo mesti dikekalkan sebelum pendengaran rayuan itu;
2. Sama ada keseimbangan kemudahan terletak pada nikmat plaintif;
3. Sama ada rayuan akan dibuat jika berjaya; Dan
4. Sama ada kerosakan akan menjadi ubat yang mencukupi untuk plaintif.

Status Quo
Mahkamah mentakrifkan status quo sebagai keadaan yang wujud sebelum plaintif
memfailkan writ saman mereka dan permohonan injunksi. Mahkamah akan menerima pakai
secara saksama prinsip dalam menentukan sama ada status quo sepatutnya dipelihara
sementara menunggu pelupusan rayuan itu.

Keseimbangan Kemudahan
Sama seperti prinsip yang terkandung dalam American Cyanamid Co v Ethicon Ltd17 ,
Mahkamah timbang baki kemudahan dengan mempertimbangkan potensi bahaya yang
sama ada parti akan menderita jika Injunksi Erinford ditolak atau diberikan. Dalam kes ini,
Mahkamah memutuskan bahawa keseimbangan kemudahan terletak pada memihak kepada
defendan kerana ia akan "menderita kesusahan yang lebih besar " jika Injunksi Erinford
diberikan.

16 Artikel Persengketaan yang membebankan keluarga See perniagaan yang menguntungkan, The
Edge Malaysia Weekly, Jose Barrock, 28 Januari 2019
17Practical Guide to Civil Procedure in Malaysia, Kuala Lumpur, International Law Book Series,
Nekoo, Ravindran (1998) hlm.95

12

Nugatori
Mahkamah memutuskan bahawa prinsip penting dalam mempertimbangkan Injunksi
Erinford adalah sama ada pemohon akan mempunyai apa-apa isu menguatkuasakan
keputusan rayuan mereka sekiranya berjaya. Jika ya, Injunksi Erinford harus diberikan. Ini
adalah pertimbangan yang besar kerana ia akan menjadi pembaziran sumber Mahkamah
jika plaintif tidak akan dipulihkan kepada kedudukan asal mereka sekiranya rayuan mereka
berjaya. Dalam kes ini, tidak ada bukti bahawa defendan adalah tidak mampu dari segi
kewangan untuk menghormati apa-apa penghakiman jika rayuan berjaya. Oleh itu,
Mahkamah mendapati tidak mungkin bahawa plaintif akan dihalang daripada
menguatkuasakan apa-apa penghakiman dalam penghakimannya nikmat. Oleh itu, rayuan
plaintif tidak akan diberikan nugatori sekiranya mereka berjaya.
Kerosakan Sebagai Ubat yang Mencukupi
Sebagai prinsip umum, injunksi tidak akan diberikan jika kerosakan akan menjadi ubat yang
sesuai dan mencukupi untuk Plaintif. Dalam kes ini, Mahkamah memutuskan bahawa ganti
rugi adalah mencukupi kerana terdapat klausa dalam kontrak yang memerlukan defendan
membayar pampasan kepada plaintif atas kesalahan menamatkan kontrak. Di samping itu,
hakikat bahawa plaintif telah menuntut ganti rugi am dan teladan yang ditunjukkan bahawa
ganti rugi akan menjadi ubat yang mencukupi untuk plaintif.

13

6.0 KESIMPULAN
Setelah La Kaffa menfailkan saman kepada Loob Holding kerana penjenamaan

semula Chatime kepada Tealive pada Mac tahun ini telah menyebabkan ‘ salah tafsir dan
merosakkan ‘ nama Chatime. La Kaffa telah memohon injunksi iaitu menghentikan operasi
Tealive dan sebarang perniagaan yang serupa dengannya dan juga menyerahkan kepada
La Kaffa segala maklumat dan dokumen rahsia Loob Holding. Justeru itu, Chatime bertindak
menfailkan tuntutan bagi menghalang Loob Holding Sdn. Bhd. daripada terus beroperasi di
bawah nama Tealive. Antara injunksi yang telah dipohon dalam kes ini iaitu injunksi Erinford.

Injunksi Erinford adalah alat yang berguna untuk litigants untuk memelihara status
quo sementara menunggu pelupusan rayuan. Seperti yang digambarkan dalam analisis di
atas, Mahkamah hanya akan memberikan Injunksi Erinford ke atas pemohon memenuhi
keempat-empat syarat yang ditetapkan di atas. Ini mengikut prinsip keadilan semula jadi dan
tambahan yang dialu-alukan dalam "senjata" litigasi.

14

RUJUKAN
BUKU / STATUT / ENAKMEN

1. Akta Relief Spesifik 1950 (Akta 137)
2. ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI SELANGOR) 2003
3. Seksyen 200 Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan)

1998
4. Akta Francais 1998
5. Enakmen Acara Mal Mahkamah Syariah 1996
6. JURNAL UNDANG -UNDANG MALAYSIA

RUJUKAN ELEKTRONIK
1. Syariah Asas Keadilan | http://pahang.jksm.gov.my | 2014|2015
2. https://www.rerafiling.com/rera-article-detail.php/621/section-7-revocation-of-registrati
on
3. https://ms.upwiki.one/wiki/Singapore_International_Arbitration_Centre
4. https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=injunksi
5. http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/undangbm.nsf/bydocunidp/76DD
B98834FC7D1848256F8500051EB1?OpenDocument

6. Artikel Persengketaan yang membebankan keluarga See perniagaan yang menguntungkan,
The Edge Malaysia Weekly, Jose Barrock, 28 Januari 2019

15


Click to View FlipBook Version