The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU PANDUAN PELAJAR
JABATAN PERNIAGAAN
JABATAN SENI REKA
JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by anidahzul, 2021-07-09 10:41:18

BUKU PANDUAN PELAJAR

BUKU PANDUAN PELAJAR
JABATAN PERNIAGAAN
JABATAN SENI REKA
JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI

BUKU PANDUAN PELAJAR
KOLEJ VOKASIONAL KLUANG

UPM 2112 ASAS PENGURUSAN / FUNDAMENTALS OF MANAGEMENT
Pelajar didedahkan tentang pengenalan pengurusan, perancangan, pengorganisasian,
penstafan, kepimpinan, pengawalan dan komunikasi. Pelajar akan dinilai melalui pentaksiran
berterusan dan penilaian akhir.

UST 2112 KINEMATICS AND DYNAMICS
Kursus ini merangkumi topik Kuantiti Fizik Dan Pengukuran dan Kinematik dan Dinamik yang
membolehkan pelajar memperolehi pengetahuan tentang konsep dan prinsip fizik serta
menghubungkaitkan pengetahuan dalam bidang teknologi dalam kehidupan seharian. Kursus
ini menggalakkan pelajar menggunakan pengetahuan fizik dalam menangani dunia sains dan
teknologi serta menyumbang ke arah pembangunan sains dan teknologi.

UBM 3012 ASAS PEMASARAN

Asas pemasaran ialah salah satu kursus wajib elektif yang ditawarkan kepada pelajar Diploma
Vokasional Malaysia. Kursus ini direka untuk mempertingkatkan pengetahuan dan pemahaman
terhadap prinsip, teori, konsep dan latihan yang digunakan di dalam bidang pemasaran.
Seterusnya, kursus ini akan memberi penekanan terhadap integrasi pada semua aspek
pemasaran sesebuah organisasi

UEB 3112 ENGLISH FOR BUSINESS
The course willcover basic English grammar and sentence structure used in business related to
the field of study. It will also include business communication covering writing tasks related to the
programme. Upon completion, the students should understand how the English language is used
in written communication and in various business situations.

UMB 3112 MATEMATIK PERNIAGAAN / MATHEMATICS FOR BUSINESS

Kandungan kursus ini memperkenalkan kepada pelajar tentang keseluruhan konsep
Matematik Perniagaan . Kursus ini mengandungi topik Matematik Kewangan dan Kadar
Tukaran Matawang.
Dalam topik Matematik Kewangan pelajar akan menggunakan pengetahuan untuk
menyelesaikan masalah yang melibatkan faedah, diskaun, faedah kompaun, annuiti dan
cukai barangan dan perkhidmatan (GST).
Dalam topik Kadar Tukaran Mata Wang pelajar dapat menyelesaikan masalah yang
melibatkan pertukaran mata wang antara negara.
Pelajar akan dapat mempertingkatkan kemahiran komunikasi dan keusahawanan bagi tujuan
kemajuan kerjaya. Di samping itu kursus in ibermatlamat untuk memperkembangkan individu
kepada seorang usahawan.

PREPARE FOR A CAREER NOT JUST A JOB 49

BUKU PANDUAN PELAJAR
KOLEJ VOKASIONAL KLUANG

UMS 3112 STATISTIK / STATISTICS

Kursus ini memperkenalkan kepada pelajar tentang keseluruhan konsep statistik. Kursus ini
mengandungi dua topik yang berkaitan dengan PerihalanData dan Persampelan. Dalam topik
ini pelajar akan menggunakan pengetahuan asas statistik untuk menyelesaikan masalah.
Di samping itu kursus ini bermatlamat untuk memperkembangkan individu yang mempunyai
pemikiran matematik, berketrampilan, mengaplikasikan pengetahuan matematik dengan
berkesan dan bertanggungjawab dalam menyelesaikan masalah serta membuat keputusan,
supaya berupaya menangani cabaran dalam kehidupan harian.

UMT 3132 STATISTIK TEKNOLOGI / STATISTIC TECHNOLOGY
Kursus ini memperkenalkan kepada pelajar tentang keseluruhan konsep statistik. Kursus ini
mengandungi dua topik yang berkaitan dengan PerihalanData dan Persampelan. Dalam
topik ini pelajar akan menggunakan pengetahuan asas statistik untuk menyelesaikan masalah.
Di samping itu kursus ini bermatlamat untuk memperkembangkan individu yang mempunyai
pemikiran matematik, berketrampilan, mengaplikasikan pengetahuan matematik dengan
berkesan dan bertanggungjawab dalam menyelesaikan masalah serta membuat keputusan,
supaya berupaya menangani cabaran dalam kehidupan harian.

UST 3122 TENAGA DAN KUASA

Mengaplikasikan kemahiran fizik dalam aktiviti seharian merupakan satu keperluan dalam
kehidupan. Menguasai kemahiran asas fizik memberikan peluang yang luas kepada pelajar
sama ada dalam bidang pekerjaan mahupun keusahawanan. Pelajar dapat menggunakan
kemahiran saintifik serta nilai murni yang beretika dalam membuat keputusan penyelesaian
masalah dalam kehidupan.

ESD 3012 KEMAHIRAN DINAMIKA
Secara umumnya, Kemahiran Dinamika adalah salah satu cabang pengurusan yang penting.
Pelajar yang menguasai Kemahiran Dinamika mempunyai peluang yang luas dalam bidang
pekerjaan atau organisasi tidak kira sama ada ianya organisasi besar ataupun kecil. Pengurusan
dan pelaksanaan Kemahiran Dinamika dengan cekap dan teratur bukan sahaja akan dapat
mencapai matlamatnya, tetapi juga dapat memberikan imej dan identiti korporat yang baik
dan menggambarkan tahap profesionalisme yang tinggi kepada pelajar yang terlibat. Oleh
yang demikian, KEMAHIRAN DINAMIKA diperkenalkan untuk memenuhi keperluan semasa.

ECC 3022 KOKURIKULUM
Kursus ini menjelaskan kemahiran asas permainan sukan .Kursus ini juga memberi fokus kepada
asas kejurulatihan dan kepegawaian dalam permainan.

ESB 3012 KEMAHIRAN KOMUNIKASI
Kemahiran Berkomunikasi ialah salah satu kursus elektif yang ditawarkan kepada pelajar
Diploma Vokasional Malaysia. Kursus ini ditawarkan kepada pelajar Tahun 2 Diploma. Kursus ini

PREPARE FOR A CAREER NOT JUST A JOB 50

BUKU PANDUAN PELAJAR
KOLEJ VOKASIONAL KLUANG

menekankan aspek berkomunikasi dalam pengucapan awam, kerja kumpulan dan
pembentangan kumpulan. Pelajar akan dinilai secara holistik berdasarkan kemahiran
berkomunikasi yang dikuasai oleh pelajar dalam kursus ini.

EFM 3112 ASAS PENGURUSAN / FUNDAMENTALS OF MANAGEMENT
Pelajar didedahkan tentang pengenalan pengurusan, perancangan, pengorganisasian,
penstafan, kepimpinan, pengawalan dan komunikasi. Pelajar akan dinilai melalui pentaksiran
berterusan dan penilaian akhir.

UES 3012 KEUSAHAWANAN
Kursus ini bertujuan untuk memberi ilmu asas dan konsep keusahawanan kepada pelajar supaya
dapat menimbulkan minat dan memupuk nilai untuk menceburi bidang keusahawanan
sebagai salah satu pilihan kerjaya. Pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dalam bentuk
perkongsian pengalaman keusahawanan, pembelajaran berasaskan kes, simulasi perniagaan
dan pembentangan. Pada akhir kursus ini, pelajar diharapkan dapat membentuk minda
keusahawanan dan mempamerkan kemahiran keusahawanan dalam aktiviti harian.

ESD 4012 KEMAHIRAN DINAMIKA
Kemahiran Dinamika ialah salah satu kursus wajib elektif yang ditawarkan kepada pelajar
Diploma Vokasional Malaysia. Kursus ini ditawarkan pada semester 3 dan semester 4.
Kemahiran Dinamika yang ditawarkan berfokus kepada kemahiran pengurusan etiket dan
protokol. Kemahiran Dinamika ini sangat penting dalam memberi pengalaman kepada
pelajar berkaitan etika dan protokol majlis rasmi dan tidak rasmi

ECC 4022 KOKURIKULUM (PERMAINAN)
Kursus ini menjelaskan kemahiran asas permainan sukan .Kursus ini juga memberi fokus kepada
asas kejurulatihan dan kepegawaian dalam permainan.

ELA 3312 / ELA 4322 ARABIC LANGUAGE I / II
Bahasa Arab ialah salah satu kursus wajib elektif yang ditawarkan kepada pelajar Diploma
Vokasional Malaysia. Kursus ini ditawarkan pada semester 3 dan semester 4. Terdapat empat
kemahiran dalam kursus ini iaitu kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran
membaca dan kemahiran menulis. Keempat-empat kemahiran ini mencakupi 4 elemen
penting dalam pengisian kursus ini iaitu elemen huruf Arab, elemen perkataan Arab, elemen
ayat pendek dan elemen perbualan ringkas. Pelajar akan dinilai secara holistik berkenaan
penguasaan keempat-empat kemahiran tersebut dalam kursus ini.

ELM 3312 / ELM 4322 MANDARIN LANGUAGE I / II
Secara umumnya, Bahasa Mandarin merupakan salah satu bahasa yang semakin berpengaruh
di peringkat antarabangsa. Oleh yang demikian, BAHASA MANDARIN KOLEJ VOKASIONAL
diperkenalkan untuk memenuhi keperluan semasa. Melalui modul ini, pelajar dapat menguasai
kemahiran asas mendengar, bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Mandarin.

PREPARE FOR A CAREER NOT JUST A JOB 51

BUKU PANDUAN PELAJAR
KOLEJ VOKASIONAL KLUANG

JABATAN PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN

Ketua Jabatan Pentaksiran dan Penilaian :
EN MOHD FAIZAL BIN ABDULLAH

Jabatan Pentaksiran dan Penilaian bertanggungjawab mendaftar kemasukan peperiksaan /
pentaksiran pelajar serta menguruskan penilaian dan pentaksiran bagi setiap semester

Jabatan ini juga menentukan tarikh ujian / peperiksaan / pentaksiran dan memastikan
peraturan peperiksaan sentiasa dipatuhi dengan menyediakan jadual pengawasan bagi
setiap peperiksaan.

Selain itu, jabatan ini juga bertanggungjawab menyelaraskan soalan Penilaian Akhir (PA) dan
memproses keputusan Pentaksiran Berterusan (PB) dan Penilaian Akhir (PA) untuk
mendapatkan keputusan keseluruhan pelajar dan menganalisis keputusan peperiksaan /
pentaksiran.

Di samping itu, jabatan ini juga menguruskan kaedah dan bentuk pelaporan keputusan
penilaian dan pentaksiran.

Jabatan ini juga bertanggungjawab untuk menentukan pelajar yang layak bergraduasi pada
penghujung sesi pengajian.

UNIT PERHUBUNGAN DAN LATIHAN INDUSTRI / ON THE JOB TRAINING (OJT)

Ketua Unit Perhubungan dan Latihan Industri :
TC. MOHD SAIFFUDDEEN BIN ABD AZIZ
Unit Pehubungan dan Latihan Industri kolej bertanggungjawab menyelaras program latihan
industri pelajar dan berhubung dengan firma serta jabatan-jabatan mengenai latihan praktikal
pelajar.

Penubuhan unit ini adalah bertujuan untuk mengatur dan mengendalikan permohonan
tempat latihan, mengenal pasti tempat latihan yang sesuai, pemantauan latihan dan
penilaian latihan industri ketika latihan. Unit ini dibantu oleh Penyelaras Latihan Industri di
peringkat jabatan masing-masing.

Latihan industri merupakan merupakan salah satu syarat yang diwajibkan dalam sistem kolej
vokasional dan institusi pengajian tinggi awam dan swasta. Setiap pelajar peringkat diploma
mesti menjalani latihan industri. Tempoh latihan adalah dari Disember hingga April, dan pelajar
dihantar menjalani latihan di pelbagai jenis firma dan jabatan di seluruh negara.

Unit ini akan berusaha membantu dan menyelaras untuk menempatkan pelajar-pelajar di
tempat latihan yang sesuai dan berdekatan dengan tempat tinggal pelajar dan yang boleh
memberi manfaat kepada pelajar.

PREPARE FOR A CAREER NOT JUST A JOB 52

BUKU PANDUAN PELAJAR
KOLEJ VOKASIONAL KLUANG

PENGURUSAN SOKONGAN AKADEMIK

UNIT HAL EHWAL PELAJAR

Ketua Unit Hal Ehwal Pelajar :
PN YUSMAWATI BINTI YUSOF

Unit ini merancang, melaksana, memantau dan menyelia hal ehwal murid termasuk
pengambilan dan pendaftaran pelajar Unit ini turut merancang, melaksana, memantau
dan menyelia urusan disiplin, kepimpinan, dan kebajikan pelajar.

Selain itu unit ini juga bertanggungjawab menyelia dan menilai program perlindungan
pelajar, program mencegah penyalahgunaan dadah dan lain-lain di peringkat kolej.

Unit juga bertanggungjawab untuk mengurus dan merekod data pelajar dan melaksanakan
pengesanan pelajar (kehadiran). Unit juga bertanggungjawab untuk memastikan kesihatan
dan keselamatan pelajar terjamin semasa berada di kolej.

UNIT SUKAN DAN KOKURIKULUM

Ketua Unit Sukan dan Kokurikulum :
EN. AZRAD BIN MD DEN

Unit ini merancang, melaksana dan menyelia semua aspek pengurusan kokurikulum, sukan
dan permainan di kolej ini. Unit ini juga berfungsi untuk menyediakan khidmat latihan
kepakaran dalam bidang sukan dan kokurikulum yang berkaitan di samping menguruskan
infrastruktur dan kemudahan sukan dan permainan di Kolej Vokasional Kluang.

Fungsi:

1. Menjalankan tugasan sukan di peringkat Kolej Vokasional Kluang
2. Menjalankan tugasan hal ehwal yang berkaitan penyertaan pasukan ke pertandingan.
3. Memaju dan mempertingkatkan latihan sistematik dan tersusun sepanjang tahun bagi

atlet muda berpotensi.
4. Menganjurkan sukan dalaman. .
5. Memantau kelab sukan dan permainan.
6. Menguruskan program sukan antara Kolej Vokasional seperti VOKTEK.

PREPARE FOR A CAREER NOT JUST A JOB 53

BUKU PANDUAN PELAJAR
KOLEJ VOKASIONAL KLUANG

UNIT PSIKOLOGI DAN KERJAYA

Ketua Unit Psikologi dan Kerjaya :
EN. ZULKIFLI BIN MOHAMED IRPOW

Unit ini bertanggungjawab memberi khidmat bimbingan kerjaya kepada pelajar-pelajar
kolej. Selain itu unit ini bertanggungjawab memberikan perkhidmatan kaunseling dan
psikologi kepada pelajar.pelajar.
Unit ini juga bertanggungjawab merancang, menyelaras dan melaksanakan kajian jejak
Kolej Vokasional dan program-program pembangunan sahsiah pelajar bagi memastikan
pelajar-pelajar mendapat perkhidmatan yang terbaik sepanjang mereka berada di kolej.
Selain itu, unit ini turut menyelia dan menyelaras program dan aktiviti kaunseling dalam aspek
pengembangan, pencegahan, pemulihan dan intervensi.

UNIT PUSAT SUMBER DAN MEDIA

Ketua Unit Pusat Sumber :
PN. MARIA BT DAMAN

Unit Pusat Sumber bertanggungjawab merancang, mengurus, memantau dan menilai
program-program dan aktiviti-aktiviti Pusat Sumber bagi menyokong program pendidikan di
kolej ini. Unit ini juga menjadi rujukan para pelajar untuk mendapatkan bahan rujukan
berkaitan program-program yang diikuti. Di Pusat Sumber juga terdapat kemudahan
capaian internet.

UNIT PENGURUSAN KOLEJ KEDIAMAN

Ketua Unit Pengurusan Kolej Kediaman :
EN. MOHD ZAIRULAZLAN BIN AZHARI

Unit ini bertanggungjawab mengurus, menyelia, memantau dan melaksanakan pengurusan
pelajar asrama. Unit ini turut merancang, menyelia, melaksana dan menilai program
pembangunan insaniah pelajar asrama . Selain itu unit ini juga merancang, melaksana,
memantau dan menyelia hal-hal disiplin dan kebajikan pelajar asrama.

Unit ini juga berperanan untuk merancang, menyelia dan menilai program akademik dan
kokurikulum pelajar asrama dan memastikan prasarana dan fasiliti asrama dalam keadaan
baik, selamat dan kondusif.

PREPARE FOR A CAREER NOT JUST A JOB 54

BUKU PANDUAN PELAJAR
KOLEJ VOKASIONAL KLUANG

UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT

Ketua Unit Teknologi Maklumat :
EN MOHD ARSHAD BIN YAAKOB

Unit ini bertanggungjawab merancang, mengurus, menyelaras dan melaksana
perkhidmatan system sumber makluamt dan rangkaian kolej. Selain itu unit ini juga
bertanggungjawab merancang, menyelaras dan melaksana khidmat bantuan / peralatan
/ kemudahan komputer, system maklumat dan rangkaian.
Unit ini turut merancang dan melaksana pengurusan infrastruktur dan kemudahan sistem
maklumat dan rangkaian dan program-program ict dan teknologi untuk menyokong proses
pengajaran danpembelajaran dengan lebih berkesan . Unit ini juga membantu kolej dalam
proses pembudayaan ict dalam pengajaran dan pembelajaran seperti aplikasi VLE FROG
dan lain-lain.

UNIT PERHUBUNGAN AWAM

Ketua Unit Perhubungan Awam :
PN FUZIAH BT MARZUKI

Unit ini bertanggungjawab merancang, melaksana dan menyelaras pengurusan
perhubungan awam dan korporat KV Kluang. Seterusnya unit ini juga merancang,
melaksana dan menyelaras penyediaan laporan-laporan, bulletin, dok dan teks ucapan.
Unit ini juga merancang, melaksana, menyelaras dan menguruskan semua saluran informasi
melalui media laman sesawang dan program outreach KV Kluang.

UNIT PEMBANGUNAN DAN PENYELENGGARAAN

Ketua Unit Pembangunan dan Penyelenggaraan :
EN ROSMAINI BIN JASULI

Unit ini merancang, melaksana dan menyelaras asset kolej. Di samping itu unit ini turut
merancang, mengawalselia dan memantau projek-projek kecil pembangunan dan kerja-
kerja penyelenggaraan fizikal di KV Kluang.
Unit ini merancang, melaksana, menyelaras dan menguruskan aktiviti penyenggaraan
infrastruktur dan kemudahan awam kolej juga seterusnya menyelaras khidmat bantuan
teknikal peralatan dalam pelaksanaan program dan aktiviti kolej.

PREPARE FOR A CAREER NOT JUST A JOB 55

BUKU PANDUAN PELAJAR
KOLEJ VOKASIONAL KLUANG

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR

Majlis Pewakilan Pelajar (MPP) adalah organisasi tertinggi bagi pelajar-pelajar di kolej ini. MPP
merupakan medium perantara di antara pelajar dengan Pengurusan Kolej untuk
membincangkan isu-isu semasa yang berkaitan dengan pelajar.
Organisasi MPP telah mula ditubuhkan pada tahun 2015 dan dianggotai oleh 24 orang wakil
pelajar pada awalnya. Pelantikan dan pencalonan MPP berdasarkan undian melalui
pilihanraya. Keahlian MPP KOLEJ VOKASIONAL adalah atas suara pelajar melalui pilihanraya
kolej yang diadakan sekali dalam setahun.

Kesemua ahli merupakan pelajar-pelajar yang telah diberi kepercayaan untuk mewakili
pelajar-pelajar KOLEJ VOKASIONAL serta membawa nama KOLEJ VOKASIONAL ke peringkat
lebih tinggi. Jawatankuasa MPP KOLEJ VOKASIONAL adalah terdiri daripada Ahli Majlis
Tertinggi (AMT) dan Ahli Majlis Mesyuarat (AMM) yang diketuai oleh seorang ketua
iaitu Presiden MPP yang turut dibantu oleh Timbalan Presiden dan exco-exco MPP yang lain.

FASILITI KOLEJ

1. Perpustakaan
2. Bilik APD / Bilik Chrome
3. Kafeteria
4. Kolej Kediaman
5. Bilik Kuliah
6. Bengkel / Makmal mengikut program
7. Cyber Cafe
8. Koperasi Kluang
9. Makmal Komputer PIBG
10. Bilik Kebal Jabatan Pentaksiran dan Penilaian
11. Makmal Sains
12. Dewan Seri Gemilang
13. Dewan Terbuka
14. Surau al-Rahman
15. Bilik Gerakan
16. Bilik Jaminan Kualiti
17. Bilik Majlis Perwakilan Pelajar
18. Padang sukan dan permainan

PREPARE FOR A CAREER NOT JUST A JOB 56

BUKU PANDUAN PELAJAR
KOLEJ VOKASIONAL KLUANG

LAGU KOLEJ

Kolej Vokasional Kluang
Peneraju Pendidikan Vokasional Cemerlang

Melahirkan Belia Berilmu
Demi Negara Untuk Mencapai Kemajuan

Menjana Modal Insan
Berkemahiran Melalui Pelaksanaan

Program Yang Berkualiti
Membawa Kemajuan Menuju Wawasan

Pendidikan, Akademik
Vokasional Dan Ko Kurikulum

Kami Putera Puteri
Berjanji Setia

Melaksankannya Dengan Penuh Dedikasi
Kolej Vokasional Kluang

Peneraju Pendidikan Vokasional Cemerlang
Tekun Berusahah Dan Berdisiplin
Melaksanakan Visi Dan Misi Kami
Kami Semua Akan Bersatu

Mencapai Impian Dan Harapan Kami
Demi Agama, Bangsa Dan Negara
Di Kolej Vokasional Kluang

PREPARE FOR A CAREER NOT JUST A JOB 57

BUKU PANDUAN PELAJAR
KOLEJ VOKASIONAL KLUANG

SIDANG PENGARANG

Penaung dan Penasihat : Ts. Hjh Rohani bt Busah
Pengerusi : Pn. Azlina binti Abd Aziz
Ketua Pengarang : Pn. Hjh Anidah binti Zulkarnain

Sidang Redaksi
1. Pn. Edayati binti Sallehin
2. P n . N u r H a m i z a b t K a i r u d d i n
3. P n . Y o g e s w a r y a / p M o g a n a S o n d a r a m
4. P n . S i t i F a i r u s b t H u s s i n
5. E . M o h d I s m a b i n N o r
6. Pn. Noor Anisah bt. Omar
7. Pn. Nor Aryani Hazirah bt. Aris
8. En. Muhammad Saman bin Hassan
9. Pn. Fuziah bt Marzuki

Grafik
Pn.Hjh Anidah binti Zulkarnain

Cetakan
Pn. Fuziah bt Marzuki

PREPARE FOR A CAREER NOT JUST A JOB 58

KOLEJ VOKASIONAL KLUANG

Km. 3 Jalan Mengkibol
86000 Kluang Johor
No Tel : 07-7721482

Fax : 07-7743403


Click to View FlipBook Version