The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PANITIA PENDIDIKAN ISLAM, TASAWWUR ISLAM DAN SURAU AN NAJAH

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Rozaida Mohamad, 2021-07-13 07:14:23

PELANCARAN SAMBUTAN AIDIL ADHA

PANITIA PENDIDIKAN ISLAM, TASAWWUR ISLAM DAN SURAU AN NAJAH

SMK SEKSYEN 16,
JALAN HALIA 16/8,

SHAH ALAM

PELANCARAN
SAMBUTAN AIDIL ADHA

1442H/2021
PERINGKAT SEKOLAH

ANJURAN BERSAMA:

PANITIA PENDIDIKAN ISLAM, TASAWWUR ISLAM
& SURAU AN NAJAH

SMK SEKSYEN 16,
JALAN HALIA 16/8,

SHAH ALAM

TEKS UCAPAN PERASMIAN
PELANCARAN SAMBUTAN AIDIL

ADHA

OLEH:
PN ROSILAWATI BT YUSOF

PENGETUA SMKS 16
SHAH ALAM

TEKS UCAPAN PERASMIAN

Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh

Warga SMKS16 yang dikasihi sekalian,

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T.
kerana dengan limpahan rahmat dan inayah-Nya maka
kita berkesempatan lagi merasai kemeriahan sambutan
Aidil Adha yang bakal tiba walaupun dalam suasana
norma baharu dan kita semua berada berjauhan dengan
keluarga tercinta.

Di kesempatan ini saya mengambil ruang dan peluang
mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha
kepada semua warga SMK Seksyen 16 khususnya dan
seluruh umat Islam amnya. Saya mendoakan agar kita
semua berada di dalam kesejahteraan dan diberi
kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan
khususnya dalam melakukan ibadah kepada Yang Maha
Esa dan dapat melaksanakan segala kerja buat kita
seharian. Insya Allah.

Sempena sambutan Hari Raya Aidil Aiha, kita digalakkan
untuk melaksanakan ibadah korban. Pensyariatan ibadah
ini adalah sebagai salah satu cara mendekatkan diri
kepada Allah S.W.T. Ibadah ini juga adalah untuk
melahirkan rasa syukur kepada Allah S.W.T. atas segala
nikmat dan rezeki yang telah diberikan-Nya.

Sehubungan itu, saya mengajak semua warga
SMKS16 agar melakukan pengorbanan bagi
memastikan semua perancangan yang telah
dirancang dapat berjalan dengan lancar walaupun
dalam suasana negara dilanda pandemic covid19.
Sesungguhnya perlu ada kecintaan dalam
melakukan pengorbanan. Mengambil iktibar akan
peristiwa Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail yang
merungkaikan konsep kecintaan dan
pengorbanan yang sebenar-sebenarnya

Akhir kalam, sekali lagi saya merakamkan ucapan
Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua warga
SMKS16 dan marilah sama-sama kita berdoa agar
Allah mengangkat wabak covid19 ini dari muka
bumi , sekali gus kita dapat menjalani kehidupan
seperti sedia kala. Insya Allah. Dengan lafaz
Bismillahirrahmanirrahim, saya dengan ini
merasmikan pelancaran Sambutan Hari Raya
Aidil Adha peringkat sekolah bagi tahun 2021

Pn. Rosilawati binti Yusof
Pengetua SMK Seksyen 16

PENGENALAN

Program Sambutan Aidil Adha merupakan
program tahunan yang dilaksanakan pada
setiap tahun pada 10 Zulhijjah dan hari-
hari tasyrik oleh warga Islam SMK Seksyen

16 khususnya dan seluruh umat islam
umumnya. Hari Raya Korban ini disambut
sempena memperingati pengorbanan Nabi
Allah, Nabi Ibrahim dan anakandanya Nabi

Ismail dalam melaksanakan ketaatan
kepada Allah. Sempena Aidil Adha ini

jugalah sebahagian umat Islam
mengerjakan rukun Islam kelima iaitu
mengerjakan ibadah haji ke Mekah bagi

yang berkemampuan

OBJEKTIF PROGRAM

Di antara objektif utama diadakan
Sambutan Aidil Adha ialah :

1.Melahirkan individu yang sedia
berkorban dalam mentaati perintah
Allah.

2.Menghayati kisah pengorbanan Nabi
Ismail dan Nabi Ibrahim dalam
mentaati perintah Allah.

3.Melahirkan rasa keikhlasan dalam
setiap amalan yang dilakukan.

4.Mendambakan pergantungan dan
pertolongan Allah dalam setiap perkara

TARIKH
19-24 JULAI 2021/ 9-13 ZULHIJJAH

1442H

SASARAN
SEMUA WARGA SMKS 16, SHAH ALAM

AKTIVITI YANG BAKAL DILAKSANAKAN

BIL AKTIVITI TARIKH
PELAKSANAAN

1 Pelancaran Sambutan Hari 19 Julai 2021
( 9 Zulhijjah
Raya Aidil Adha secara
maya : Paddlet dan anyflip 1442)

2 Video Takbir 19-24 Julai 2021

3 Pertandingan E Takbir Raya 19-24 Julai 2021
(Lelaki)

4 Pertandingan melukis Kad 19-24 Julai 2021
Ucapan Hariraya

(Perempuan)

5 Kuiz Aidul Adha secara 24 Julai 2021
google form (semua murid)

6 Bacaan Yasin dan Tazkirah 15 Julai 2021/
ringkas sempena Khamis malam

menyambut Aidil Adha Jumaat

SYARAT PERTANDINGAN

1. PERTANDINGAN E TAKBIR RAYA
- TERBUKA KEPADA SEMUA MURID LELAKI TING 1-5 SMKS16.
- TAKBIR DALAM BENTUK RAKAMAN VIDEO PENDEK.
- HENDAKLAH DIHANTAR KEPADA GURU PENDIDIKAN
ISLAM MASING-MASING SECARA TELEGRAM SELEWATNYA 25
JULAI 2021.

2. PERTANDINGAN MELUKIS KAD UCAPAN HARIRAYA
- TERBUKA KEPADA SEMUA MURID PEREMPUAN TING 1-5
SMKS16.
- KAD UCAPAN ADALAH MENGIKUT KREATIVITI MASING-MASING
- KAD INI HENDAKLAH DIHANTAR KEPADA GURU PENDIDIKAN
ISLAM MASING-MASING SECARA TELEGRAM ATAU WHATSAPP
SELEWATNYA 25 JULAI 2021

3. KUIZ AIDIL ADHA GOOGLE FORM
-TERBUKA KEPADA SEMUA MURID SMKS 16.
-KUIZ AKAN DIBERIKAN 2 HARI SEBELUM BERAKHIRNYA
PROGRAM.
-TEMPOH MENJAWAB KUIZ TERSEBUT ADALAH 2 HARI SAHAJA

‫سلامت هاري راي عيد الأضحى‬

‫كل عام وانتم بخير‬

‫درفد‪:‬‬
‫فانيتيا فنديديقن اسلام‪,‬تصور اسلام &‬

‫سوراو النجاح‬


Click to View FlipBook Version