PSP C@LOGS DIGEST 2020 | VOL. 1 43
Sepanjang tempoh pembaharuan dan keunikan produk ini, keberkesanan kepada produk ini telah dibuktikan
apabila ianya telah berjaya dihasilkan dan diletakkan di bawah tangga yang berhadapan BKP 9 di Jabatan
Perdagangan. Sepanjang tempoh perletakkan L&F Smart Racking ini, beberapa kekuatan telah dikenalpasti seperti
dari segi penjimatan masa di mana pelajar yang tertinggal barang dapat menemui barang di dalam rak tersebut
dan menjimatkan masa pelajar lain yang menemui barang-barang yang tertinggal, dengan hanya perlu menyimpan
di L&F Smart Racking.
Di samping itu, L&F Smart Racking ini mudah digunakan dan tidak perlu memiliki kemahiran yang
tinggi untuk mengendalikannya. Rak dibina supaya kukuh, selamat digunakan untuk menyimpan barang dan rak
ini mempunyai kekunci yang bersistem serta rak ini juga mempunyai kamera ‘CCTV’. Rak ini kukuh kerana
diperbuat daripada kayu yang berkualiti dan mampu menahan berat sehingga 5kg untuk setiap bahagian. Di
samping itu, L&F Smart Racking ini adalah mesra alam yang mana dapat dibuktikan melalui konsep yang
berwarna-warni. Bahan-bahan yang diguna pakai tidak mempunyai kecenderungan dalam pencemaran alam
sekitar. Selain itu, aspek harga adalah salah suatu aspek yang penting dalam penciptaan sesuatu produk.
Sehubungan dengan itu, L&F Smart Racking ini sangat berpatutan harganya dan juga mudah dimiliki. Selain itu,
rak ini diperbuat daripada kayu yang berkualiti dan mampu menahan berat sehingga 5kg untuk setiap bahagian.
LANGKAH-LANGKAH DALAM PENGHASILAN L&F SMART RACKING
A. Proses 1: Penyediaan kayu serta membuat ukuran pada kayu
Proses 1 melibatkan pengkaji menyediakan kayu serta membuat ukuran pada kayu seperti di Rajah 3.
Rajah 3: Proses mengukur kayu mengikut ukuran yang telah ditetapkan
B. Proses 2: Pemasangan kayu pada bahagian tapak dan bahagian sisi kiri & kanan rak
Proses 2 melibatkan proses pemasangan kayu pada bahagian tapak dan bahagian sisi kiri & kanan rak
seperti di Rajah 4.
Rajah 4: Pemasangan kayu di sisi rak & bahagian tapak
PSP C@LOGS DIGEST 2020 | VOL. 1 44
C. Proses 3: Proses pemasangan skru pada kayu untuk mencantumkan kesemua bahagian
Proses 3 adalah proses pemasangan skru pada kayu untuk mencantumkan kesemua bahagian seperti di
Rajah 5.
Rajah 5: Proses pemasangan skru pada semua bahagian kayu
D. Proses 4: Proses memaku papan playwood di bahagian belakang untuk menutup bahagian belakang rak
Proses 4 memaku papan lapis (plywood) untuk menutup bahagian belakang rak pada Rajah 6.
Rajah 6: Kerja- kerja memaku playwood di bahagian belakang rak
E. Proses 5 : Setelah Pemasangan plywood
Proses 5 adalah proses setelah dipasangkan dengan plywood, rak akan terlihat seperti pada Rajah 7.
PSP C@LOGS DIGEST 2020 | VOL. 1 45
Rajah 7: Setelah dipasang plywood
F. Proses 6 : Menebuk lubang untuk memasang pintu rak
Proses 6 melibatkan proses menebuk lubang untuk memasang pintu rak seperti pada Rajah 8.
Rajah 8: Proses menebuk lubang untuk memasang pintu rak
G. Proses 7 : Memasang besi dan magnet pada pintu rak
Proses 7 memasang besi dan magnet pada pintu rak seperti di Rajah 9.
Rajah 9: Memasang besi dan magnet pada pintu rak
PSP C@LOGS DIGEST 2020 | VOL. 1 46
H. Proses 8 : Pemasangan pemegang pintu
Proses 8 memasang pemegang pintu untuk setiap pintu rak seperti di Rajah 10.
Rajah 10: Proses memasang pemegang pintu rak
I. Proses 9 : Pemasangan plywood di bahagaian bawah rak
Proses 9 merupakan proses yang terakhir ialah memasang plywood di bahagian bawah rak sebagai tapak
untuk kestabilan rak seperti Rajah 11 di bawah.
Rajah 11: Memasang plywood pada bahagian tapak untuk kestabilan
INOVASI PRODUK FASA 1 DAN FASA 2
Di dalam Fasa 1 pembuatan dan penghasilan produk, pengkaji menghasilkan L&F Smart Racking seperti
pada Rajah 12 di bawah dengan menggunakan bahan-bahan seperti kayu, skru, besi magnet, besi pemegang pintu
dan paku. Rak L&F Smart Racking yang dibina ini digunakan di kawasan Jabatan Perdagangan. Penambahbaikan
Rak L&F Smart Racking dilakukan dari segi membuat lubang khas pada rak untuk memudahkan pelajar yang
menjumpai barang memasukkan barang tersebut. Rajah 12 menunjukkan L&F Smart Racking berjaya disiapkan
di mana buku-buku, botol air dan barang-barang peribadi yang lain juga muat untuk dimasukkan ke dalam ruang
yang telah disediakan mengikut ukuran yang sesuai. Namun begitu, L&F Smart Racking ini mempunyai masalah
dari segi sistem keselamatan, kerana tiada kunci yang khas dipasang dan hal ini akan menyebabkan keselamatan
barang-barang pelajar akan terancam.
PSP C@LOGS DIGEST 2020 | VOL. 1 47
Rajah 12: Lost & Found (L&F) Smart Racking
Oleh yang demikian, di dalam Fasa 2 penambahan inovasi pembuatan produk, didapati L&F Smart
Racking agak kurang selamat dari segi ciri-ciri keselamatannya. Justeru itu, L&F Smart Racking ditambah baik
dengan menambahkan kamera litar tertutup di mana ia bertujuan untuk merakam dan memantau keadaan yang
berlaku di sekitar produk tersebut seperti di Rajah 13.
Rajah 13: Kamera litar tertutup
IMPAK PRODUK
Inovasi produk diperincikan kepada tiga (3) bentuk impak kesan dari produk yang dihasilkan bagi
menyelesaikan permasalahan kajian. Berikut adalah penjelasan impak mengikut subtopik perbincangan.
1. Impak produk terhadap kos
Perbelanjaan untuk pembelian produk L&F Smart Racking dan penggunaannya dalam kalangan
pengguna telah dapat menjimatkan kos kerana bahan pembinaan produk inovasi ini terdiri daripada
bahan yang murah dan mudah didapati di kedai perkakasan seperti kayu, paku, skru dan sebagainya.
2. Impak produk terhadap masa
Penggunaan L&F Smart Racking ini telah membantu ke arah penjimatan masa dari segi pengurusan
pengajaran dan pembelajaran berbanding keadaan sebelumnya, kerana dengan menggunakan produk
L&F Smart Racking ini akan memudahkan pelajar mendapatkan semula barangan mereka yang hilang
di bilik kuliah ataupun di sekitar Jabatan Perdagangan. Di pihak pelajar yang terjumpa barang yang
ditinggalkan pula, mereka sedia maklum tempat untuk meletakkannya semula supaya barang tersebut
mudah dicari.
PSP C@LOGS DIGEST 2020 | VOL. 1 48
3. Impak Terhadap Keberkesanan Penggunaan Produk
Keberkesanan penggunaan produk dapat dilihat dari segi memudahkan pelbagai pihak seperti dari
pihak pelajar dan pensyarah Jabatan Perdagangan. Hal ini kerana produk L&F Smart Racking ini
sangat memudahkan pelajar yang menjumpai barang dan pelajar yang kehilangan barang.
Setelah L&F Smart Racking ini digunakan sepenuhnya, Jadual 1 dan Jadual 2 di bawah menunjukkan
keadaan bilangan keciciran barang yang berlaku di Bilik Kuliah Jabatan Perdagangan, PSP. Pemerhatian
dilakukan selama dua minggu iaitu minggu pertama pada 9 Mac 2020 hingga 13 Mac 2020 sebelum meletakkan
L&F Smart Racking dan minggu kedua pula pada 16 Mac 2020 hingga 20 Mac 2020 selepas meletakkan L&F
Smart Racking. Seterusnya, setelah dilaksanakan pemerhatian selama dua minggu tersebut, pengkaji juga dapat
melihat ramai pelajar bersikap amanah dengan meletakkan barang-barang yang ditemui ke dalam L&F Smart
Racking. Di samping itu juga, bilangan buku, botol air dan barang peribadi pelajar yang ditinggalkan berkurang
di bilik kuliah dan sekitar kawasan Jabatan Perdagangan. Pemerhatian tersebut membuktikan minggu pertama
sebelum penggunaan L&F Smart Racking, bilangan keciciran barang pelajar adalah sebanyak 29 kejadian,
sementara bilangan keciciran barang pelajar telah berkurang kepada hanya 8 kejadian pada minggu kedua setelah
L&F Smart Racking diletakkan di Jabatan Perdagangan, PSP. Kesimpulannya, kewujudan L&F Smart Racking
telah berjaya menurunkan jumlah barang yang tertinggal oleh pelajar di dalam kelas dan juga sekitar kawasan
Jabatan Perdagangan. Hal ini kerana mereka dapat menyimpan barang yang ditemui ke dalam rak tersebut.
Jadual 1: Bilangan keciciran barang pelajar minggu pertama (9 Mac 2020 - 13 Mac 2020)
sebelum penggunaan L&F Smart Racking
PSP C@LOGS DIGEST 2020 | VOL. 1 49
Jadual 2: Bilangan keciciran barang pelajar minggu pertama (16 Mac 2020 - 20 Mac 2020)
selepas perletakan L&F Smart Racking
Produk ini berjaya merealisasikan ilmu yang diperolehi daripada kursus DPL3023 Fundamentals of
Warehouse Operation yang diambil oleh semua pelajar Diploma Pengurusan Logistik dan Rantaian Bekalan di
mana di dalam kursus ini, pelajar telah didedahkan dengan racking and shelving. L&F Smart Racking telah direka
dengan bahan dan struktur yang terbaik bagi mengatasi masalah barang-barang keperluan pelajar yang tertinggal
serta mendapatkan semula barangan di rak tersebut. Di samping itu, produk inovasi ini akan dikomersialkan di
Jabatan Perdagangan sebagai satu jalan penyelesaian yang terbaik untuk mengatasi masalah yang disebutkan di
atas. Seterusnya, setelah produk ini berjaya dibawa kepada suatu penyelesaian di Jabatan Perdagangan, produk
inovasi ini kemudiannya akan dipasarkan ke jabatan-jabatan yang lain di Politeknik Seberang Perai dan juga ke
Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) & Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), sekolah- sekolah dan tempat
awam yang bersesuaian. Namun begitu, promosi L&F Smart Racking ini juga boleh tersebar luas dalam aspek
komersial iaitu pengkaji telah cenderung kepada sasaran lain seperti membuat pelan pemasaran secara digital.
CADANGAN DAN PENAMBAHBAIKAN
Matrik SWOT digunakan sebagai kesimpulan bagi menghasilkan cadangan dan penambahbaikan dalam
kajian ini. Berikut adalah jadual matrik yang telah dilakukan oleh pengkaji.
A. Kekuatan/Peluang
Masalah yang dihadapi oleh pelajar ialah pelajar meninggalkan barangan mereka tanpa disedari. Hal ini
menyebabkan, mereka hilang fokus di dalam bilik kuliah. Selain itu, emosi mereka juga terganggu kerana mereka
tidak mempunyai bahan untuk membuat rujukan. Oleh itu, dengan adanya L&F Smart Racking ianya dapat
memudahkan pelajar menemui kembali barangan mereka. Seterusnya, L&F Smart Racking boleh dijadikan
sebagai rak yang serba guna, ianya selamat untuk menyimpan barang kerana rak ini mempunyai kunci dan juga
kamera CCTV. Tambahan lagi, L&F Smart Racking ini mampu dimiliki dan harganya berpatutan.
PSP C@LOGS DIGEST 2020 | VOL. 1 50
B. Kekuatan/Ancaman
Penggunaan L&F Smart Racking yang tidak cekap menyebabkan pintu rak yang bersistem mudah rosak.
Selain itu, kehadiran serangga boleh menyebabkan rak kayu mudah reput dan menjadi tempat bersarang. Oleh itu,
pemilihan bahan yang berkualiti dan kukuh mampu mengatasi ancaman ini.
C. Kelemahan/Peluang
Produk inovasi yang dihasilkan ini adalah baru. Namun, L&F Smart Racking ini berupaya dipasarkan
dengan meluas kerana masalah yang dihadapi oleh pensyarah dan pelajar di Jabatan Perdagangan Politeknik
Seberang Perai atau Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) & Insititusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) adalah
hampir sama dalam membantu mendapatkan kembali barang-barang pelajar yang hilang dan tercicir.
D. Kelemahan/Ancaman
Penggunaan L&F Smart Racking dengan kaedah yang tidak cermat boleh menyebabkan kerosakan pintu
rak dan rak juga akan mudah rosak akibat sinaran cahaya matahari yang terkena pada rak (Setyaningsih, Hugeng,
& Antonius, 2007). Oleh itu, L&F Smart Racking perlu digunakan dengan cermat dan teliti serta diletakkan di
tempat yang bersesuaian bagi mengekalkan keadaan dan kualiti rak tersebut.
KESIMPULAN
Pengkaji mendapati bahawa fasiliti seperti rak untuk pelajar menyimpan barang yang tidak diketahui
pemiliknya dan yang dijumpai oleh mereka tidak disediakan di kawasan Jabatan Perdagangan. Pelbagai masalah
dihadapi oleh pelajar akibat kehilangan barangan dan keciciran buku untuk sesi pembelajaran. Selain itu, buku
dan barang- barang yang ditinggalkan terbiar di dalam bilik kuliah menganggu sesi pembelajaran kelas berikutnya
yang menggunakan bilik kuliah tersebut. Justeru, L&F Smart Racking ini diwujudkan bagi mengatasi masalah
yang dihadapi. Produk inovasi ini bukan sahaja telah mencapai objektif tetapi ia berjaya dibangunkan hasil
daripada ilmu yang diperolehi daripada kursus DPL3023 Fundamentals of Warehouse Operation yang telah
diambil oleh semua pelajar Diploma Pengurusan Logistik dan Rantaian Bekalan. L&F Smart Racking yang telah
dihasilkan oleh pengkaji mampu memberi impak yang positif kepada pelajar kerana ia dapat menjimatkan masa
serta membantu menyelesaikan masalah barang-barang yang tertinggal di bilik kuliah dan kawasan persekitaran
Jabatan Perdagangan. Seterusnya, produk ini juga dilihat berpotensi untuk dikomersialkan di pasaran tempatan.
RUJUKAN
Hadisantoso, F. S. (2018). Perancangan sistem penyimpanan dan pengambilan barang otomatis menggunakan
Arduino Berbasis Web Database. ELEKTRA 3(1), 25-36.
Lee, C., Sandhya, M. & Rebecca, R. (2020, February 15). Too many teens suffering from stress. The Star
Online. Retrieved from https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/10/12/too-many-teens-
suffering-from-stress- examoriented-culture-not-only-affecting-students-but-teachers-a/
Setyaningsih, E., Hugeng, & Antonius, J. (2007). Implementasi model alat pencegah kehilangan barang pada
pusat perbelanjaan. Jurnal Teknik Elektro. 59-69.
PSP C@LOGS DIGEST 2020 | VOL. 1 51
BEKAS PENYUKAT DIGITAL DALAM PENGENDALIAN OPERASI
PERKHIDMATAN PELANGGAN SYARIKAT MOHAMED MEERA
SAHIB (M) SDN. BHD.
1Sharipah Khadijah binti S.Hashim*
2Izan Fahmee binti Nordin
3Shalomi a/p Romas
4Monissa a/p Alexander
5Haiswaria a/p Danapalan
6Divya a/p Radhakrishnan
7Inthumathy a/p Sivakumar
*e-mel: [email protected]
1-7Jabatan Perdagangan Politeknik Seberang Perai
ABSTRAK
Amalan pengurusan perniagaan dianggap sebagai aktiviti-aktiviti mengendalikan perniagaan dengan
perancangan yang teliti dan teratur untuk menjayakan sesebuah perniagaan. Pada masa kini, persaingan
dalam peruncitan adalah amat sengit di mana pesaing menggunakan pelbagai strategi untuk kekal maju.
Perniagaan utama Syarikat Mohamed Meera Sahib (M) Sdn. Bhd. yang terletak di George Town, Pulau
Pinang adalah menjual dan menjalankan perniagaan rempah ratus. Hasil temubual bersama Pengarah
Syarikat mendapati mereka tidak mempunyai pengurusan inventori yang sistematik dan ia melambatkan
proses urusniaga pembelian pelanggan. Hasil pemerhatian juga menunjukkan bahawa syarikat tidak
menyediakan perkhidmatan layan diri di bahagian timbang sukat kerana tidak mempunyai peralatan
timbang sukat secara sendiri. Objektif penghasilan produk inovasi yang dihasilkan ini adalah untuk i)
mengenal pasti masalah dalam sistem pengurusan masa dalam menyukat serbuk rempah ratus dan bijirin
melalui analisis SWOT dan ii) mencadangkan produk timbang sukat secara perkhidmatan layan diri
kepada pelanggan untuk menimbang bagi mengurangkan masa proses pembelian dan menimbang.
Seramai 20 orang pelanggan syarikat telah dipilih sebagai responden dan ditemu bual bagi memperolehi
maklumat kajian yang dikehendaki. Kajian ini mendapat maklum balas daripada responden tentang
masalah dalam sistem pengurusan masa dalam menimbang sukat serbuk rempah ratus dan bijirin di
Syarikat Mohamed Meera Sahib (M) Sdn. Bhd melalui analisis SWOT. Segala maklumat diproses
menggunakan perisian Microsoft Word dan Excel. Dapatan kajian mendapati 100% responden bersetuju
dengan keseluruhan soalan yang telah diajukan oleh pengkaji kepada pelanggan yang telah ditemu bual.
Oleh itu, pengkaji telah mengambil inisiatif mencadangkan dan menghasilkan sebuah produk inovasi yang
dinamakan Bekas Penyukat Digital sebagai salah satu alat pengendalian operasi perkhidmatan kepada
syarikat-syarikat yang menjalankan perniagaan runcit yang melibatkan timbang dan sukat bagi
menjimatkan masa urusan pembelian. Produk inovasi ini juga diharapkan dapat digunakan bukan hanya
di Syarikat Mohamed Meera Sahib (M) Sdn. Bhd, malahan kepada mana-mana syarikat yang
menjalankan kaedah timbang dan sukat secara layan diri.
Kata kunci: peruncitan, inventori, penyukat, digital
PENGENALAN
Perkhidmatan yang berkualiti memberi impak yang besar ke atas nama baik sesebuah organisasi kerana
ianya akan dinilai oleh pelanggan (Udi, 2018). Semakin cekap dan berkesan mutu perkhidmatan yang diberikan,
kepuasan pengguna akan semakin meningkat. Ini telah dibuktikan dalam kajian terdahulu oleh Shaneen Majid
dan Mumtaz Ali (2001). Kepuasan pengguna merupakan satu elemen yang penting dalam menentukan mutu
produk dan perkhidmatan yang disediakan oleh sesebuah organisasi yang sememangnya amat penting untuk
mendapatkan kepercayaan pengguna terhadap produk dan servis yang disediakan (Noremy et al., 2010). Ini
disokong oleh Jalil dan Choy (2017) bahawa pengukuran kepuasan pelanggan dilakukan menerusi aspek
perkhidmatan kaunter hadapan, perkhidmatan pelanggan dan kemudahan asas serta perkhidmatan sokongan.
Kepuasan pelanggan merupakan konsep dalam pemasaran yang bererti sikap pelanggan terhadap barang atau
perkhidmatan yang diserahkan oleh penjual kepada pengguna. Banyak faktor yang mempengaruhi kepuasan
PSP C@LOGS DIGEST 2020 | VOL. 1 52
pelanggan terhadap sesuatu produk, diantaranya faktor perkhidmatan, kualiti produk, harga dan sebagainya.
(Andriany, 2017).
Perniagaan merupakan satu kegiatan yang sangat penting dalam sesebuah masyarakat dan banyak memberi
kesan kepada kehidupan manusia. Sejak dahulu lagi perkembangan yang berlaku dalam masyarakat telah
memperlihatkan kepada kita pelbagai bentuk perniagaan iaitu daripada perniagaan yang berbentuk penukaran
barangan hinggalah kepada perniagaan antarabangsa (Rajuddin & Alias, 2010).
Amalan pengurusan perniagaan boleh dianggap sebagai aktiviti-aktiviti mengendalikan perniagaan dengan
perancangan yang teliti dan teratur untuk menjayakan sesebuah perniagaan. Sesebuah perniagaan itu akan
mencapai kejayaan sekiranya semua fungsi atau aspek perniagaan seperti pemasaran, kewangan, sumber manusia
dan pengeluaran atau perkhidmatan dikendalikan dengan betul dan teratur. Pengurusan perniagaan ini bermula
dari peringkat operasi sehinggalah ke peringkat strategik. Kesemuanya harus dijalankan dengan baik dan
berkesan dengan memerlukan pengetahuan dan pengalaman (Mukhari & Ping, 2011).
Teknologi merupakan sebuah alat yang mempengaruhi kehidupan pada masa kini terutamanya di dalam
sektor pekerjaan. Penggunaan teknologi dalam pekerjaan dapat membantu dalam meningkatkan prestasi pekerja.
Keberkesanannya dapat diukur berdasarkan peningkatan produktiviti dan penerimaan dalam menggunakan sistem
ini untuk membantu meningkatkan penghasilan produk kerja yang bermutu. Ia juga banyak membantu dalam
komunikasi, meningkatkan integrasi pekerja, meningkatkan produktiviti dan penyampaian maklumat (Ahmad,
2018). Walaupun teknologi dikatakan dapat membantu sebarang masalah perniagaan untuk lebih berkesan, tetapi
dalam masa yang sama masih banyak lagi teknologi baru yang sukar difahami untuk diaplikasikan. Walau
bagaimanapun, peruncitan yang berjaya tidak dapat diringkaskan kepada kaedah dan peralatan.
Kajian produk inovasi ini secara umumnya bertujuan dijalankan di sebuah syarikat peruncitan iaitu
Syarikat Mohamed Meera Sahib (M) Sdn. Bhd. Syarikat ini adalah satu syarikat yang menjalankan perniagaan
di Pulau Pinang. Kajian ini dilaksanakan berdasarkan tujuan untuk membantu Syarikat Mohamed Meera Sahib
(M) Sdn. Bhd. bagi menyelesaikan isu yang dihadapi oleh syarikat khususnya dalam bidang pengurusan dan
pengendalian inventori atau stok untuk barangan dalam guni. Dengan mengadakan bekas penyukat, pelanggan
boleh menimbang dan menyukat barang yang mereka perlukan dengan menggunakan bekas berukuran yang
disediakan dengan cara perkhidmatan layan diri (self-service).
Pemilihan syarikat ini sebagai kajian adalah kerana ia adalah salah satu syarikat terawal yang menjual
dan menjalankan perniagaan rempah ratus. Syarikat ini menjadi daya tarikan ramai pelanggan dan juga para
peniaga nasi kandar di kawasan sekitarnya. Perniagaan nasi kandar memerlukan serbuk rempah ratus dan bijirin
bagi kegunaan dalam bahan masakan. Dengan ini, mereka akan menjadi pelanggan setia kepada Syarikat
Mohamed Meera Sahib (M) Sdn. Bhd. yang sangat terkenal dengan menjual rempah ratus di kawasan Pulau
Pinang.
PENYATAAN MASALAH
Pada masa kini, persaingan dalam peruncitan adalah amat sengit di mana pesaing menggunakan pelbagai
strategi untuk kekal maju. Ini membuatkan terdapat peruncit yang berjaya dan ada juga yang gagal dalam
persaingan. Bagi yang berjaya melepasi proses persaingan, mereka sedar bahawa bukanlah teknologi atau harga
murah yang boleh memastikan mereka kekal dalam perniagaan, tetapi dengan kembali kepada tonggak asas
peruncitan seperti penyelesaian masalah pelanggan, layanan hormat, menghubungkan dengan emosi, harga yang
wajar dan penjimatan masa pelanggan yang dipercayai sebagai nilai tambah kepada perkhidmatan perniagaan.
Tonggak asas kepada perniagaan ini akan menjadikan peruncitan kukuh dengan kebolehpercayaan dan kesetiaan
pelanggan.
Masalah yang sering dihadapi oleh pelanggan ialah pengurusan masa ketika membuat pembelian ataupun
membeli belah. Peruncit pula sering menambahkan masalah pelanggan dengan penyediaan susun atur yang
mengelirukan, masa operasi yang tidak sesuai, peralatan yang tidak terkini dan kaunter pembayaran yang tidak
efisien. Apabila ini berlaku, pembelian menjadi tidak selesa maka kesannya ialah terhadap pendapatan peruncit.
Pelanggan terutama mereka yang sibuk akan mudah merasa bosan jika perkhidmatan yang disediakan oleh
peruncit tidak efisien. Aspek keselesaan pelanggan mencari pula memudahkan pelanggan mengenal pasti dan
memilih barang yang diperlukan. Peruncit perlu memberi keselesaan memiliki kepada pelanggan dengan
mempunyai stok yang sentiasa mencukupi dan akhirnya membenarkan pelanggannya berurusan dengan cepat,
mudah dan selesa dalam transaksi perniagaan.
PSP C@LOGS DIGEST 2020 | VOL. 1 53
Dalam penyelesaian masalah pelanggan, adalah menjadi kebiasaan kepada peruncit untuk mencari jalan
tentang penyelesaian masalah jualan tetapi tidak tentang produk atau perkhidmatan yang disediakan mereka.
Merujuk kepada tujuan pembelian pelanggan yang terselindung di sebalik pembelian, mereka membeli kerana
satu alasan iaitu untuk menyelesaikan masalah untuk memenuhi keperluan mereka. Jika peruncit tidak nampak
kepentingan daripada pembelian ini, mereka hanya memberi tumpuan kepada aktiviti menjual sahaja. Namun
sekiranya peruncit melihat kenapa pelanggan membeli, mereka akan cuba membantu dan mengadakan
penyelesaian masalah kepada pelanggan. Contoh yang diketengahkan ialah penyusunan barang-barang dan
penggunaan peralatan yang memudahkan pelanggan untuk membeli.
Perniagaan utama Syarikat Mohamed Meera Sahib (M) Sdn. Bhd. yang terletak di George Town, Pulau
Pinang adalah menjual rempah ratus dan bijirin. Syarikat ini adalah salah satu syarikat terawal yang menjual dan
menjalankan perniagaan rempah ratus. Maka syarikat ini menjadi perhatian kepada penduduk tempatan dan juga
pengunjung luar. Hal ini menyebabkan perniagaan syarikat meningkat dari tahun ke tahun.
Negeri Pulau Pinang cukup terkenal dengan beberapa menu makanan yang enak dan menjadi kegemaran
ramai seperti laksa, pasembur, rojak dan yang paling ikonik semestinya nasi kandar. Pulau Pinang sering menjadi
tumpuan pelanggan kerana makanan yang sangat sedap terutamanya nasi kandar Pulau Pinang. Tarikan
pelanggan terhadap nasi kandar menyebabkan peniaga nasi kandar yang menggunakan rempah ratus sebagai
bahan-bahan utama dalam masakan. Mereka menjadi pelanggan setia kepada Syarikat Mohamed Meera Sahib
(M) Sdn. Bhd. yang sangat terkenal dengan rempah ratus. Selain itu, pengunjung luar juga turut sama menjadi
pelanggan syarikat ini untuk membeli rempah ratus yang diimport khas dari India terus ke Pulau Pinang.
Oleh kerana Syarikat Mohamed Meera Sahib (M) Sdn. Bhd. ini mempunyai pelanggan yang ramai pada
setiap hari, pengkaji mencadangkan pengurusan jualan barangan timbang dan sukat secara perkhidmatan layan
diri kepada syarikat ini. Hal ini disebabkan sistem perkhidmatan layan diri ini tidak diaplikasikan di mana-mana
kedai runcit yang menjual rempah ratus di Pulau Pinang. Kajian yang mengaplikasikan timbang sukat secara
perkhidmatan layan diri ini adalah untuk menjimatkan masa berurusan dengan pelanggan dan memudahkan
urusan timbang sukat yang menjadi salah satu isu Syarikat Mohamed Meera Sahib (M) Sdn. Bhd. Kajian ini
menginovasikan satu produk yang mempunyai ukuran digital di peralatan sukat barang seperti rempah ratus dan
bijirin. Produk inovasi ini akan mempercepatkan urusan timbang sukat dengan melakukan secara layan diri oleh
pelanggan syarikat. Hal ini dapat menjimatkan masa dari segi mengurangkan beban pekerja dengan menggunakan
Bekas Penyukat Digital ini.
Berdasarkan Rajah 1, hasil pemerhatian menunjukkan bahawa syarikat ini tidak menyediakan
perkhidmatan layan diri di bahagian timbang sukat, hal ini disebabkan syarikat tidak mempunyai peralatan
timbang sukat secara sendiri. Temubual telah dijalankan bersama Pengarah Syarikat Mohamed Meera Sahib (M)
Sdn. Bhd. iaitu Encik Mohamed Meera Sahib bin Mohamed Noordeen bagi mendapatkan maklum balas berkenaan
isu penjimatan masa ketika pelanggan beratur panjang di syarikat ketika urusan membeli. Antara masalah yang
turut dikongsi berkaitan isu pengurusan inventori di Syarikat Mohamed Meera Sahib (M) Sdn. Bhd. ialah mereka
tidak mempunyai pengurusan inventori yang sistematik dan ia melambatkan proses urusniaga pembelian
pelanggan.
Rajah 1: Rempah ratus dalam guni dan penimbang elektronik.
PSP C@LOGS DIGEST 2020 | VOL. 1 54
OBJEKTIF INOVASI
Objektif kajian ini dibuat adalah untuk :
1) Mengenal pasti masalah dalam sistem pengurusan masa untuk menyukat serbuk rempah ratus dan bijirin
di Syarikat Mohamed Meera Sahib (M) Sdn. Bhd. melalui analisis SWOT.
2) Mencadangkan produk timbang sukat secara perkhidmatan layan diri kepada pelanggan untuk menimbang
barang-barang seperti serbuk dan bijirin dengan menghasilkan produk inovasi Bekas Penyukat Digital.
CIRI-CIRI INOVASI
Faktor-faktor pengkaji memilih untuk menghasilkan Bekas Penyukat Digital ini adalah untuk
menyelesaikan masalah dalam sistem pengurusan masa untuk menyukat serbuk rempah ratus dan bijirin di
Syarikat Mohamed Meera Sahib (M) Sdn. Bhd. Bekas Penyukat Digital dipilih sebagai bahan utama kerana
strukturnya yang keras dan tidak mudah pecah serta sangat sesuai untuk dijadikan bekas penyukat serbuk rempah
ratus dan bijirin secara layan diri oleh pelanggan.
Bekas Penyukat Digital diperbuat daripada lima butiran ciri-ciri seperti keluli standard, plat aluminium,
sensor ukuran, bateri AA dan alat ukuran digital seperti dalam Jadual 1. Bekas Penyukat Digital ini akan
diletakkan di kawasan yang terdapat barang-barang dalam guni seperti rempah ratus dan bijirin. Pemerhatian
telah dibuat pada setiap hari Sabtu dan Ahad selama sebulan manakala kehadiran pelanggan dan masa menunggu
oleh pelanggan syarikat telah direkodkan.
Jadual 1 : Butiran ciri-ciri Bekas Penyukat Digital
Bil Butiran
1. Keluli standard
2. Plat aluminium
3. Sensor ukuran
4. Bateri AA
5. Alat Ukuran digital
Keluli standard yang digunakan merujuk kepada keluli tahan karat yang mempunyai bahan sebagai besi
tahan hakisan. Keluli tahan karat mempunyai ketahanan lebih tinggi terhadap pengoksidaan (karat)
dan hakisan dalam kebanyakan persekitaran biasa dan buatan manusia. Plat aluminium yang digunakan pula
kebiasaannya digunakan dalam banyak industri untuk menghasilkan bermacam-macam keluaran kilang dan
adalah sangat penting dalam ekonomi dunia. Komponen berstruktur yang diperbuat daripada aluminium dan aloi-
aloinya adalah penting di mana mempunyai ciri-ciri keringanan, ketahanan dan kekuatan yang diperlukan. Sensor
ukuran yang digunakan pula adalah untuk mengukur berat yang mempunyai gaya atau tekanan dan outputnya
mempunyai nilai tegangan listrik. Bateri AA pula merupakan bateri paling kerap digunakan yang mempunyai
ukuran panjang 50 mm, diameter 14 mm dan berat kira-kira 12 g. Manakala ciri-ciri alat ukuran digital merupakan
alat ukur untuk mengetahui berat sesuatu benda. Ia terdiri daripada pelbagai jenis bergantung kepada kegunaan
dan fungsi produk. Kebiasaannya, alat ukuran digital berfungsi secara elektronik dengan menggunakan tenaga
listrik arus lemah dimana indikator berupa angka digital boleh dilihat pada monitor. Ciri-ciri yang dinyatakan ini
menjadikan Bekas Penyukat Digital kompetitif dalam penggunaannya sebagai alat sukat serbuk rempah ratus dan
bijirin.
Setelah penggunaan Bekas Penyukat Digital ini, kajian menunjukkan bahawa apabila bilangan pelanggan
yang berkunjung seperti kebiasaannya tidak lagi perlu menunggu lama untuk membeli. Syarikat juga tidak sesak
dengan barisan pelanggan yang beratur untuk dilayan oleh pekerja untuk menimbang rempah ratus dan bijirin.
Ini berikutan pelanggan yang menggunakan Bekas Penyukat Digital secara layan diri untuk mengambil kuantiti
yang diperlukan. Namun, ciri-ciri bateri AA Bekas Penyukat Digital ini hanya bertahan selama dua minggu.
Kesannya, bateri produk Bekas Penyukat Digital ini harus sentiasa diganti pada setiap dua minggu.
Inovasi yang mengaplikasikan timbang sukat secara perkhidmatan layan diri ini adalah untuk memudahkan
urusan timbang sukat yang menjadi salah satu isu di Syarikat Mohamed Meera Sahib (M) Sdn. Bhd. Dengan
menginovasikan satu produk yang mempunyai sukatan siap sedia di peralatan sukat barang seperti rempah ratus,
bijirin dan sebagainya dalam sukatan 500 gram, 1 kilogram dan 2 kilogram ini akan mempercepatkan urusan
PSP C@LOGS DIGEST 2020 | VOL. 1 55
timbang sukat dengan melakukan secara layan diri oleh pelanggan syarikat. Justeru, hal ini dapat menjimatkan
masa, kos dari segi gaji pekerja yang berlebihan dan kos peralatan timbang seperti penimbang eletronik.
LANGKAH-LANGKAH PEMBANGUNAN PRODUK
A. Metodologi
Metodologi dalam kajian penghasilan produk inovasi ini melibatkan dua fasa. Dalam fasa pertama, inovasi
ini dilakukan dengan mengadakan bekas penyukat tanpa digital, pelanggan hanya boleh mengambil bahan-bahan
seperti rempah ratus, bijirin yang mereka perlukan dengan menggunakan bekas berukuran yang disediakan.
Keputusannya, dengan adanya produk ini pelanggan tidak perlu membazirkan masa untuk beratur dalam barisan
yang panjang untuk dilayan oleh pekerja syarikat. Inovasi ditingkatkan dengan hasil daripada dapatan Inovasi
Fasa 1, didapati pelanggan menggunakan penyukat secara layan diri. Justeru itu, penyukat berukuran ditambah
baik dengan menambahkan digital untuk ukuran timbang dalam kilogram. Bekas Penyukat Digital yang
diinovasikan oleh pengkaji ini telah menggunakan sumber tenaga bateri AA yang murah dan mudah didapati di
mana sahaja untuk digantikan.
Produk inovasi ini akan digunakan oleh syarikat yang dipilih iaitu Syarikat Mohamed Meera Sahib (M)
Sdn. Bhd. Produk ini bertujuan untuk mengkaji kegunaan dan kekukuhan Bekas Penyukat Digital. Dalam kajian
ini pengkaji akan meletakkan hanya sekali di syarikat yang dipilih dan mendapatkan keputusan tentang tahap
pengurusan inventori yang sistematik yang mempercepatkan proses perniagaan syarikat. Hal ini turut mengkaji
bekas penyukat digital yang mempunyai kelebihan yang tersendiri iaitu mempercepatkan urusan timbang sukat
dengan melalukan secara sendiri (layan diri) oleh pelanggan syarikat.
B. Proses pembangunan produk inovasi
Berdasarkan Rajah 2, setiap proses pembangunan produk perlu ada langkah-langkah untuk menyiapkan
produk tersebut. Langkah-langkah itu amat penting kerana dengan langkah-langkah tersebut dapat
menyempurnakan produk tersebut supaya mempunyai fungsi yang tersendiri.
Proses pertama: Pembelian barang / alatan
Proses pertama merangkumi persediaan peralatan
untuk membentuk bekas penyukat digital yang
pengkaji ingin hasilkan. Antara peralatannya ialah
keluli standard, plat aluminium, sensor ukuran, bateri
dan alat ukuran.
Proses kedua:
Selepas penyediaan peralatan, bekas penyukat telah
dibentuk dalam keluli standard dan plat aluminium
dengan melakukan kimpalan.
PSP C@LOGS DIGEST 2020 | VOL. 1 56
Proses ketiga:
Seterusnya, menunjukkan proses kimpalan untuk
mencantumkan pemegang dengan bekas penyukat.
Proses keempat:
Kemudian, alat digital ukuran dan sensor timbang
dicantumkan dalam bekas penyukat digital yang telah
kimpalkan.
Rajah 2 : Proses Pembangunan Produk Inovasi
GAMBAR RAJAH INOVASI
Produk inovasi yang dihasilkan ini adalah daripada dasar kajian sendiri. Melalui analisis, bekas penyukat
ini mempunyai ukuran digital untuk menyukat serbuk rempah ratus dan bijirin di Syarikat Mohamed Meera Sahib
(M) Sdn. Bhd. Selain itu, produk pengkaji ini juga boleh menimbang secara perkhidmatan layan diri kepada
pelanggan untuk menimbang barang-barang seperti serbuk dan bijirin. Produk ini juga mempunyai ukuran digital
yang dapat membantu pelanggan untuk menimbang sukat sendiri. Bekas penyukat digital ini tercipta dari keluli
standard yang tidak mudah rosak dan tahan lasak. Ini dapat dilihat pada Rajah 3.
PSP C@LOGS DIGEST 2020 | VOL. 1 57
Rajah 3 : Skala rekabentuk Bekas Penyukat Digital
DAPATAN KAJIAN INOVASI
Berdasarkan Jadual 3, temu bual yang dilakukan oleh pengkaji mendapati pengguna berpuas hati dengan
penggunaan produk inovasi Bekas Penyukat Digital dalam mempercepatkan urusan timbang dan sukat secara
layan diri. Keseluruhan responden bersetuju Bekas Penyukat Digital merupakan satu inovasi dalam pengurusan
inventori, di mana dapat memudahkan cara untuk menyukat bahan. Penentuan harga yang dicadangkan juga turut
bersesuaian. Justeru, keseluruhan responden menunjukkan minat untuk menggunakan Bekas Penyukat Digital di
syarikat dan mencadangkan ianya digunakan kepada semua perniagaan.
Jadual 3 : Soalan-soalan temu bual
Bil Butiran Peratus
1 Adakah Bekas Penyukat Digital ini adalah merupakan satu inovasi dalam pengurusan Ya =100%
inventori?
2 Adakah dengan Bekas Penyukat Digital ini dapat memudahkan lagi cara untuk Ya = 100%
menyukat bahan?
3 Adakah anda bersetuju dengan harga yang dicadangkan adalah bersesuaian? Ya = 100%
4 Adakah anda berminat untuk menggunakan Bekas Penyukat Digital di syarikat Ya = 100%
anda?
5 Adakah anda mencadangkan Bekas Penyukat Digital kepada semua perniagaan? Ya = 100%
IMPAK INOVASI
Inovasi produk diperincikan kepada tiga (3) bentuk impak kesan dari produk yang dihasilkan bagi
menyelesaikan permasalahan kajian. Berikut adalah penjelasan impak mengikut sub topik perbincangan.
1. Impak Produk Terhadap Syarikat
Bekas Penyukat Digital telah memberikan impak yang positif terhadap Syarikat Mohamed Meera Sahib
(M) Sdn. Bhd. kerana syarikat ini tidak perlu menggunakan mesin sukatan elektronik yang banyak bagi
setiap bahagian timbang sukat bahan rempah ratus dan bijirin.
2. Impak Produk Terhadap Masa
Penggunaan bekas penyukat telah membantu ke arah penjimatan masa dari segi pengurusan penimbangan
yang mengambil masa yang lama untuk beratur panjang untuk dilayan oleh pekerja syarikat kerana hanya
pekerja yang boleh menimbang dengan mesin elektronik yang terdapat di syarikat. Oleh itu, selepas Bekas
Penyukat Digital ini digunakan oleh pelanggan untuk menimbang sendiri sukatan yang diperlukan dan
masa pelanggan dapat dijimatkan.
PSP C@LOGS DIGEST 2020 | VOL. 1 58
3. Impak Terhadap Keberkesanan Penggunaan Produk
Keberkesanan penggunaan produk dapat dilihat dari segi keselesaan pelanggan yang boleh menyukat
secara layan diri tanpa perlu beratur dan menunggu lama. Selain itu, syarikat dapat menambah baik
perkhidmatan semasa jualan seperti memberi layanan yang baik dengan segera dan perkhidmatan selepas
jualan juga dapat ditingkatkan dengan menghantar barang yang telah dibeli ke kenderaan pelanggan.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Matrik SWOT (Kekuatan kelemahan, peluang, ancaman) digunakan sebagai kesimpulan bagi
menghasilkan cadangan dan penambahbaikan dalam kajian ini. Berikut adalah penjelasan berkaitan analisis
SWOT telah dilakukan oleh pengkaji.
A. Kekuatan/peluang
1. Masalah dalam sistem pengurusan masa untuk menyukat serbuk rempah ratus dan bijirin di Syarikat
Mohamed Meera Sahib Sdn. Bhd. menjadi aduan daripada pekerja dan juga kerisauan pemilik syarikat
tersebut.
2. Pengkaji membawa jalan penyelesaian untuk menyelesaikan masalah dengan mencipta bekas penyukat
yang berdigital bagi membantu pengurusan masa dalam urusan timbang dan sukat.
3. Dengan adanya bekas penyukat digital ini syarikat dapat membantu untuk menyelesaikan masalah
tersebut iaitu dapat mengurangkan masa proses pembelian dan proses menimbang. Bekas penyukat yang
berdigital ini mempunyai harga yang berpatutan dan mesra pengguna.
B. Kelemahan/peluang
Bekas penyukat yang berdigital dapat dipasarkan dengan baik kerana produk ini dapat memberi banyak
manfaat kepada syarikat dan pelanggan berbanding dengan menggunakan mesin elektrik timbang sukat.
C. Kelemahan/ancaman
1. Bekas penyukat digital ini terdapat satu kelemahan iaitu sumber tenaga yang digunakan adalah bateri
AA yang tidak tahan untuk jangka masa yang panjang.
2. Bekas Penyukat Digital ini memberikan banyak kelebihan dan bermanfaat untuk proses atau aktiviti
timbang sukat di Syarikat Mohamed Meera Sahib (M) Sdn. Bhd. kerana ia dapat menjimatkan masa
proses pembelian dan proses menimbang pada syarikat dan pelanggan yang sedia ada mahupun yang
baru.
3. Hasil dari temu bual serta penyelidikan, Bekas Penyukat Digital ini turut mempunyai permintaan dan
pasaran yang tinggi kerana kegunaan teknologi pada masa kini amat memberangsangkan berbanding
dengan mesin elektrik timbang sukat. Selain itu, syarikat juga dapat menyelesaikan banyak masalah
seperti dalam bidang inventori dan stok. Oleh itu, Bekas Penyukat Digital yang telah diinovasikan oleh
pengkaji akan memberikan impak yang positif kepada syarikat tersebut.
KESIMPULAN
Pengkaji mendapati bekas penyukat juga boleh disebarluaskan tahap komersialannya kepada sasaran lain
dalam perkhidmatan layan diri pelanggan untuk menimbang rempah ratus dan sebagainya. Bekas Penyukat Digital
ini memberikan banyak kelebihan dan bermanfaat untuk proses atau aktiviti timbang sukat di syarikat Mohamed
Meera Sahib (M) Sdn. Bhd. kerana ia dapat menjimatkan masa proses pembelian dan proses menimbang pada
syarikat dan para pelanggan. Hasil daripada temu bual serta penyelidikan, Bekas Penyukat Digital ini turut
mempunyai permintaan dan pasaran yang tinggi kerana kegunaan teknologi pada masa kini amat
memberangsangkan berbanding dengan mesin elektrik timbang sukat. Justeru, syarikat juga dapat menyelesaikan
banyak masalah seperti dalam bidang inventori dan stok. Bekas Penyukat Digital boleh dipasarkan di media sosial
atas talian seperti Instagram, Whatsapp, Facebook, Lazada dan Shopee bagi memudahkan pengguna
mendapatkannya atau membuat tempahan. Oleh itu, Bekas Penyukat Digital yang telah dinovasikan dapat
memberikan impak yang positif kepada syarikat tersebut. Pengkaji juga mencadangkan kajian akan datang dapat
menyediakan bekas penyukat yang bukan sahaja dapat menimbang rempah ratus dan bijirin, malahan dapat
menimbang sukat produk cecair dalam bidang perniagaan peruncitan.
PSP C@LOGS DIGEST 2020 | VOL. 1 59
RUJUKAN
Ahmad, A. N. W. B. (2018). Kemahiran dan teknologi dalam menghasilkan sumber manusia yang mampu
meningkatkan mutu kerja dan produktiviti (Skills and Technology in Producing Capable and
Productive Work Force). Trends in Undergraduate Research, 1(1), h45-49.
Andriany, D. (2017). Analisis kepuasan pelanggan perbankan syariah dan konvensional di kota
medan. Kumpulan Jurnal Dosen Universitas Muhammadiyah Sumatera Utara.
Jalil, N. H. A., Malek, J. A., & Choy, E. A. (2017). Pusat Transformasi Bandar (UTC) sebagai pusat hentian
setempat: kajian kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan UTC Kuala Lumpur (Urban
Transformation Centre (UTC) as one-stop services centre: A study of customer satisfaction with the
Kuala Lumpur UTC). Geografia-Malaysian Journal of Society and Space, 11(1).
Mukhari, A. W. B., & Ping, L. T. (2011). Amalan Pengurusan Perniagaan Di Kalangan Pengusaha Servis Dan
Membaiki Kereta Di Kawasan Ulu Tiram, Johor. (Unpublished research). Universiti Teknologi
Malaysia. Retrieved from http://eprints.utm.my/id/eprint/11375/
Rajuddin, M. R. B., & Alias, F. (2010). Tahap pengurusan perniagaan dalam industri kecil dan sederhana
(IKS) pengusaha batik di daerah Kota Bharu (Unpublished research). Universiti Teknologi Malaysia.
Retrieved from http://eprints.utm.my/id/eprint/10511/
Tumari, M. N. H. M., & Salleh, M. A. H. (2017). Kajian kepuasan pengguna terhadap perkhidmatan dan
kemudahan Perpustakaan Tunku Tun Aminah (PTTA) (Unpublished research). Universiti Sains Islam
Malaysia. Retrieved from http://ddms.usim.edu.my/xmlui/handle/123456789/14215
UDI, Z. B. M. (2018). Faktor Kepuasan Pelanggan Terhadap Perkhidmatan Kementerian Perdagangan Dalam
Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan Wilayah Persekutuan Putrajaya Dan Kuala Lumpur, Malaysia
(Unpublished research). Universiti Putra Malaysia. Retrived from
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/75760/
PSP C@LOGS DIGEST 2020 | VOL. 1 60
PROTOTAIP PELAN LETAK KENDERAAN PELAJAR DI
POLITEKNIK SEBERANG PERAI MENGGUNAKAN KAEDAH LEAN
LAYOUT
1Goh Wei Siang
2Khairul Bariyah binti Othman
3Barathan a/l Sithan
4Harvind a/l Saravanan
5Jared Sandis a/l James
6Fifi Nur Syafieka binti Suhaimi
7Ku Aifaa Tasnim binti Ku Saidin
*emel: [email protected]
1-7Politeknik Seberang Perai
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji pengurusan prasarana tempat letak kenderaan di
Politeknik Seberang Perai. Sebagai sebuah Insitusi Pengajian Tinggi, PSP amat menitik berat keperluan
prasarana dan pembangunan infrastruktur kepada pelajar-pelajarnya. Pelbagai kemudahan yang disediakan
oleh pihak PSP, namun terdapat beberapa kekangan yang dihadapi terutama tempat meletak kenderaan
pelajar akibat pertambahan pelajar yang menginap di luar dan membawa kenderaan ke kampus. Kekurangan
tempat letak kenderaan ini telah mengakibatkan kesesakan dan parking bertindih di kawasan letak kenderaan
yang telah disediakan. Hal ini telah mengakibatkan beberapa kemalangan kecil dan isu kelewatan pelajar
hadir ke kelas kerana tiada tempat meletak kenderaan. Berdasarkan permasalah tersebut, kajian ini
dijalankan adalah untuk mengenal pasti masalah pengurusan letak kenderaan pelajar dan seterusnya
mencadangkan prototaip pelan letak kenderaan menggunakan kaedah LEAN Layout. Bagi mencapai objektif
kajian, beberapa proses kerja telah dijalankan melalui langkah pertama iaitu menjalankan temu bual bersama
pelajar dan pihak pengurusan. Seterusnya, proses kajian dilakukan adalah dengan membuat binaan prototaip
menggunakan kaedah manual dan diperbaharui dengan melakar pelan menggunakan perisian Autocad.
Prototaip yang dihasilkan ini mempunyai keunikan dan inovasi dalam pembangunannya kerana ia dihasilkan
seiring dengan keperluan pelajar dan kemampuan pihak pengurusan untuk membina tempat letak kenderaan
ini. Kesimpulannya, prototaip pelan letak kenderaan ini dihasilkan dengan susunan yang lebih sistematik,
strategik bagi memudahkan pelajar dan lebih selamat.
Kata Kunci: IPT, LEAN layout, tempat letak kereta, prototaip.
PENGENALAN
Prasarana pendidikan di Malaysia telah banyak mengalami banyak perubahan dari segi fizikal seiring
dengan pertambahan bilangan pelajar yang memasuki pusat-pusat pengajian tinggi. Pembangunan ini bukan
sahaja tertumpu kepada aspek fizikal infrastruktur, malah turut merangkumi prasarana teknologi seiring dengan
keperluan revolusi 4.0. Keperluan infrastruktur fizikal di pusat pengajian tinggi sering dititik beratkan bagi
menjamin keselesaan dan keperluan pelajar-pelajar. Antara keperluan prasarana fizikal adalah seperti bangunan
akademik, kompleks sukan, tempat riadah, kolej kediaman dan juga tempat letak kenderaan pelajar. Menurut
Olson dan Kellum (2003), sekolah-sekolah yang mempunyai kualiti infrastruktur yang baik akan meningkatkan
pencapaian pelajar
Dalam pengurusan prasarana, terdapat beberapa kaedah yang sering digunakan pihak pengurusan dalam
mencapai perancangan strategik bagi keperluan pengguna. Antara kaedah yang sering digunakan ialah kaedah
pengurusan LEAN. Menurut Melovic, Bobab & Mitovic (2016), Pengurusan LEAN adalah konsep pengurusan
pengeluaran, pengembangan produk dan perkhidmatan yang bertujuan untuk mewujudkan perubahan yang
sistematik khusus disasarkan kepada pembeli atau barang atau perkhidmatan. Ia juga merupakan satu proses
PSP C@LOGS DIGEST 2020 | VOL. 1 61
dinamik yang menggunakan pengetahuan dan tertumpu kepada pelanggan dalam usaha mengurangkan kerugian
dan nilai baik syarikat.
Politeknik Seberang Perai juga merupakan sebuah institusi yang terlibat secara langsung dalam
menawarkan kemudahan infrastruktur kepada pelajar. Pelbagai usaha yang dijalankan oleh pihak PSP dalam
memastikan kemudahan infrastruktur dan prasarana kepada pelajar dalam tahap yang memuaskan. Namun dalam
hal ini masih terdapat beberapa isu kemudahan infrastruktur yang memerlukan penambahbaikan. Hasil tijauan
awal, kemudahan letak kenderaan bagi pelajar-pelajar luar merupakan satu isu yang sering ditimbulkan dalam
aduan pelajar. Kawasan yang terhad dan tidak berturap sering menimbulkan masalah meletak kenderaan bagi
para pelajar. Justeru kajian ini memberi fokus kepada penyelesaian isu letak kereta dalam kalangan pelajar.
PENYATAAN MASALAH
Isu mengenai kemudahan infrastruktur di kawasan kampus merupakan masalah utama yang dihadapi
segelintir pelajar di Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang. Menurut portal rasmi PSP, politeknik ini
mempunyai bilangan pelajar hampir mencecah 5000 orang. Politeknik Seberang Perai telah ditubuhkan pada 1
September 1998. Kampus ini dibina dalam kawasan seluas 100 ekar. PSP terletak di kawasan perindustrian yang
pesat membangun dan mengambil masa selama 30 minit dari Bandaraya Georgetown, Pulau Pinang. Politeknik
ini merupakan politeknik yang kesepuluh ditubuhkan di Malaysia selaras dengan dasar kerajaan melahirkan
pekerja separa professional demi merealisasikan matlamat Wawasan 2020. PSP telah disempurnakan
perasmiannya oleh bekas Perdana Menteri Malaysia yang keempat, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 27
November 1999. PSP menawarkan kursus sepenuh masa dalam bidang Kejuruteraan Elektrik, Kejuruteraan
Mekanikal, Perdagangan dan Teknologi Maklumat di peringkat Diploma.
Pelajar-pelajar di PSP ini terdiri daripada dua kategori iaitu kategori pelajar yang tinggal di asrama dan
pelajar yang menginap di luar kampus dan berulang alik ke politeknik. Bagi pelajar yang berulang alik, mereka
menggunakan kenderaan seperti motosikal dan kereta untuk datang ke politeknik. Pertambahan pelajar yang
berkenderaan ini menyebabkan bilangan kenderaan pelajar semakin banyak di kawasan letak kenderaan pelajar.
Bagaimanapun, kawasan meletak kenderaan ini tidak dapat menampung bilangan kenderaan yang banyak dengan
keadaan kawasan yang terhad. Rajah 1 menunjukkan masalah susunan kenderaan yang tidak teratur di tempat
letak kenderaan pelajar di Politeknik Seberang Perai. Permasalahan ini timbul disebabkan beberapa faktor.
Pertamanya, tingkah laku pelajar yang tidak menititikberatkan hal tempat letak kenderaan. Situasi ini akan
menghalang laluan untuk pergerakan kenderaan menjadi lebih sukar. Oleh itu, susunan kenderaan yang begitu
telah memberi kesusahan kepada pelajar lain. Faktor kedua adalah masalah keadaan jalan yang tidak rata dan
berturap di tempat letak kenderaan pelajar (rujuk rajah 2). Hal ini kadangkala menyebabkan kerosakan kecil pada
kenderaan pelajar seperti tayar pancit dan sebagainya.
Faktor ketiga adalah merupakan isu dahan pokok yang merentang kawasan letak kenderaan (rujuk Rajah
3). Adakalanya dahan-dahan ini kering dan reput serta jatuh ke atas kenderaan-kenderaan pelajar Hal ini
menyebabkan kerosakan kecil kepada kenderaan pelajar. Faktor terakhir, adalah kenderaan yang menghalang
laluan kenderaan lain di tempat letak kenderaan. Kenderaan yang menghalang laluan ia akan melambatkan lagi
pemandu lain untuk bergerak dan boleh menimbulkan masalah bagi kenderaan lain. Seterusnya, ianya juga boleh
menyebabkan berlakunya kesesakan lalu lintas.
Rajah 1: Tempat letak kenderaan yang tidak teratur
PSP C@LOGS DIGEST 2020 | VOL. 1 62
Rajah 2 : Keadaan jalan yang tidak rata dan tidak berturap
Rajah 3: Keadaan dahan pokok di kawasan letak kenderaan
OBJEKTIF KAJIAN
A. Objektif Am
Projek ini dijalankan untuk mengenal pasti isu tentang penambahbaikan tempat letak kenderaan pelajar di
Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang.
B. Objektif Khusus
1) Mengenalpasti masalah sistem pengurusan tempat letak kenderaan pelajar di Politeknik Seberang Perai,
Pulau Pinang melalui analisis SWOT.
2) Mencadangkan prototaip pelan tempat kenderaan yang lebih sistematik dan strategik untuk memudahkan
pelajar meletakkan kenderaan mereka.
MAKLUMAT PRODUK
Prototaip pelan letak kenderaan menggunakan kaedah LEAN Layout adalah produk inovasi yang dihasilkan
dalam kajian ini. Produk ini adalah sejenis model yang berfungsi sebagai contoh, asas, lambang atau standard
untuk rujukan pihak pengurusan dalam melihat gambaran jelas penyelesaian kepada isu kajian. Dalam kajian ini,
pengkaji memilih untuk menghasilkan prototaip pelan tindakan adalah kerana ia merupakan produk yang boleh
dilihat, dipegang dan berinteraksi dengan lebih mudah berbanding dengan dokumen atau gambar rajah. Selain
itu, pengkaji juga dapat berkomunikasi dengan lebih efektif dan ia juga dapat membantu pengkaji menangani isu
serta menolong pengkaji dalam memilih di antara alternatif rekabentuk.
A. Analisis Dapatan Kajian Peringkat Pertama
Pembangunan fasa pertama produk adalah dengan menghasilkan produk dalam bentuk prototaip fizikal.
Prototaip ini dihasilkan menjurus kepada masalah yang dihadapi oleh pihak Politeknik Seberang Perai dalam
susun atur kenderaan yang tidak teratur dan keadaan jalan yang tidak rata sering diambil perhatian oleh pihak
pengurusan. Justeru, prototaip ini adalah salah satu cadangan yang dibuat oleh pengkaji untuk menyusun semula
struktur dan susun atur tempat letak kereta. Dalam kajian ini, pengkaji ingin membuat lakaran susun atur prototaip
pelan yang boleh memastikan tempat letak kenderaan lebih teratur dan sistematik. Susun atur prototaip tersebut
boleh menampakkan ia lebih jelas dan nyata dalam pelan ini.
PSP C@LOGS DIGEST 2020 | VOL. 1 63
B. Analisis Dapatan Kajian Kedua
Selepas prototaip fasa pertama dihasilkan, terdapat beberapa maklum balas daripada pihak pengurusan
iaitu mencadangkan ianya dibuat secara lakaran 4D. Lakaran 4D dicadangkan agar ia mudah untuk ditunjukkan
semasa mesyuarat pengurusan dan dapat dilihat secara jelas dan bersama oleh pihak-pihak yang berkaitan.
Justeru, pengkaji telah memilih dan menggunakan perisian AutoCAD untuk menghasilkan pelan susun atur tempat
letak kenderaan dalam bentuk 4D. Perisian AutoCAD ini merupakan sebuah perisian yang biasa digunakan untuk
tujuan am dalam merekabentuk serta melakar dengan berbantukan komputer dalam pembentukan model serta
lakaran dua dan tiga dimensi atau lebih dikenali sebagai Computer-aided drafting and design program (Mohd
Sazli, 2017).
Menurut Nik Jamal (2017), perisian ini juga boleh digunakan dalam semua bidang kerja terutama sekali
dalam bidang-bidang yang memerlukan kepakaran seperti bidang kejuruteraan Mekanikal, Awam, Senibina,
Rekabentuk Grafik dan semua bidang yang berkaitan dengan penggunaan CAD. Perisian tersebut dapat
membantu pengkaji menghasilkan lukisan yang berkualiti jauh lebih baik dibanding dengan hasil tangan kerana
kelihatan hasilan adalah lebih kemas dan tepat. Selain itu, AutoCAD juga dapat menghasilkan lukisan dengan
ukuran yang berskala besar dan kompleks. Akhirnya pengkaji mendapat penjimatan kos dan masa dalam
penghasilan produk ini selepas menggunakan perisian AutoCAD dalam kajian.
PROSES PEMBANGUNAN PRODUK
Proses pembangunan produk hendaklah dibuat dengan baik supaya dapat menggambarkan produk sebenar
dengan lebih jelas dan nyata. Proses pembanggunan produk ini hendaklah mendatangkan faedah kepada pelajar
dan dapat memberi input pembangunan produk inovasi secara tingkat proses. Proses ini juga melibatkan kepada
proses pembangunan produk dan penambahbaikan.
A. Proses 1: Lakaran pelan tempat letak kenderaan pelajar
Proses ini melibatkan idea yang baik untuk menyiapkan lakaran. Rajah 4 menunjukkan lakaran yang telah
dibuat oleh pengkaji hasil daripada tinjauan di tempat kajian. Hasil lakaran ini dibuat dengan beberapa
penambahbaikan di tempat letak kenderaan pelajar. Lakaran ini juga dibuat dengan memastikan kenderaan akan
lebih tersusun secara sistematik.
Rajah 4 : Pelan tempat letak kenderaan pelajar
B. Proses 2: Menyediakan bahan dan alatan
Produk ini memerlukan beberapa bahan dan alatan. Proses ini melibatkan penyediaan bahan dan alatan.
Bahan dan alatan yang diperlukan adalah seperti gam, gunting, polistrena, pokok tiruan, rumput tiruan, lampu
tiruan, papan tanda tiruan, penyembur berwarna dan kertas warna. Rajah 5 menunjukkan bahan-bahan yang
diperlukan.
PSP C@LOGS DIGEST 2020 | VOL. 1 64
Rajah 5 : Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat prototaip
C. Proses 3: Penyediaan bahan yang diperlukan untuk dijadikan prototaip.
Rajah 6 telah menunjukkan proses pemotongan bahan-bahan. Selain itu, proses ini juga melibatkan
membuat lakaran di atas polistirena sebenar.
Rajah 6 : Penyediaan bahan dan lakaran prototaip
D. Proses 4: Penyusunan bahan untuk dijadikan prototaip.
Proses ini melibatkan cara-cara penyusunan bahan-bahan untuk dijadikan sebuah prototaip yang lengkap
seperti rajah 7. Hal ini, telah menunjukkan lebih jelas lagi keadaan penambahbaikan tempat letak kenderaan
pelajar.
Rajah 7: Penyusunan bahan untuk dijadikan prototaip
PSP C@LOGS DIGEST 2020 | VOL. 1 65
PEMBAHARUAN DAN KEUNIKAN PRODUK
Produk yang diinovasikan oleh pengkaji bertujuan memberi gambaran jelas pelan tempat letak kenderaan
pelajar yang diinovasikan menggunakan kaedah LEAN Layout. Produk ini diinovasikan dengan menggunakan
kaedah 4 demensi atau secara ringkasnya 4D. Produk memberi gambaran luas pandangan kepada pelajar dan
kakitangan politeknik bahawa pelan 4D. Kaedah 4D ini dapat menyumbang kepada pengalaman dan kemahiran
membangunkan produk secara berkala. Selain itu juga, ia dapat membolehkan pengguna memahami tentang sifat,
binaan serta pergerakan sesuatu benda itu melalui animasi 4D dengan lebih baik. Oleh yang demikian, pengkaji
mendapati kaedah tersebut adalah kaedah yang sangat efektif dan cekap untuk menghasilkan pelan tempat letak
kenderaan baharu dalam masa yang singkat. Pengkaji juga percaya ciptaan ini dapat membantu para pengguna
menyelesaikan isu-isu yang hadapi sekarang.
Dalam kajian ini, pengkaji telah merekabentuk dua kaedah prototaip pelan tempat letak kenderaan dalam
bentuk 4D iaitu Vertical Design dan Saw Tooth Design. Bentuk tempat letak kenderaan direka secara Vertical
Design banyak dipakai oleh gudang-gudang besar untuk tempat letak kenderaan lori penghantaran barang seperti
ditunjukkan dalam Rajah 8. Tetapi, kaedah ini adalah tidak sesuai digunakan dalam rekaan projek ini kerana ia
tidak dapat memenuhi ruang tempat letak kenderaan dengan efisien. Manakala kaedah Vertical Design telah
mengambil banyak tempat dan mengurangkan potensi untuk memenuhi ruang dengan efisien. Selain itu, simpang
yang sama untuk keluar dan masuk agak sempit dan tidak sistematik dan pelajar pasti akan menyalahgunakan
dengan memasuki jalan yang lebih mudah untuk pelajar.
Rajah 8: Kaedah pelan letak kenderaan secara Vertical Design
Manakala kaedah kedua iaitu Saw Tooth Design dapat menyelesaikan beberapa kekurangan yang
digunakan dalam kaedah Vertical Design seperti ditunjukkan dalam Rajah 9. Kaedah ini menjadikannya lebih
mudah untuk memandu ke tempat letak kereta berbanding dengan tempat letak kereta yang tegak, di mana ruang
letak kereta berada pada sudut 90 darjah. Dengan letak kereta mengikut kaedah ini ada giliran yang lebih tersusun
dan sistematik.
Kaedah ini bukan sahaja lebih mudah untuk meletak kereta, tetapi ia juga lebih cepat dan tempat letak
kereta lebih kecil, menjadikannya lebih mudah untuk menambah lebih banyak ruang letak kereta di kawasan saiz
yang sama. Seterusnya, jalan keluar dan masuk di simpang yang sama mangelirukan pelajar dalam kompoun
parkir juga dapat ditambah baik dengan dua hala untuk keluar dan sehala untuk masuk. Keadaan ini dapat
menjimatkan masa pelajar waktu keluar masuk di kompoun parkir dan ia juga dapat melicinkan pergerakan kereta
dalam kawasan terebut.
PSP C@LOGS DIGEST 2020 | VOL. 1 66
Rajah 9: Kaedah pelan letak kenderaan secara Saw Tooth Design
IMPAK PRODUK
Susun atur Prototaip diperincikan kepada tiga (3) bentuk impak kesan dari segi susun atur yang dihasilkan
bagi menyelesaikan permasalahan kajian. Berikut adalah penjelasan impak mengikut sub topik perbincangan.
1. Impak Membuat Susun Atur Prototaip Terhadap Kos
Perbelanjaan yang disediakan oleh pengkaji adalah untuk mengawalkan kos yang dibelanjakan dalam
persediaan prototaip adalah rendah. Hal ini kerana pengkaji telah menggunakan bahan seperti polistirena,
gam, gunting, pokok tiruan, papan tanda tiruan, lampu tiruan, rumput tiruan, kertas warna dan warna air.
Selain itu, bahan-bahan yang digunakan mudah untuk didapati dan harga barang adalah berpatutan.
2. Impak Proses Membuat Lakaran prototaip Terhadap Kos
Proses untuk membuat lakaran dan penghasilan prototaip adalah dapat menjimatkan masa kerana bahan-
bahan yang digunakan oleh pengkaji sangat mudah, tidak menggunakan tenaga kerja yang banyak dan
tidak mengambil masa yang terlalu lama untuk disiapkan. Hal ini kerana, proses penghasilan ini
melibatkan lakaran pelan tempat letak kenderaan pelajar iaitu melukis. Seterusnya, menyediakan bahan
dan alatan yang diperlukan dan akhir sekali, penyusunan dan tampalan yang telah dirancang untuk
dijadikan prototaip
3. Impak Susun Atur prototaip terhadap Politeknik Seberang Perai
Susun atur prototaip ini mampu memberi kesan yang positif kepada pengguna iaitu pelajar dan staf di
Politeknik Seberang Perai, Permatang Pauh Pulau Pinang kerana ia dapat memudahkan pengguna untuk
meletakkan kenderaan mereka dengan mudah dan memastikan tempat letak kenderaan lebih sistematik.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Analisis SWOT digunakan sebagai kesimpulan bagi menghasilkan cadangan dan penambahbaikan dalam kajian
ini. Berikut adalah jadual matrik yang telah dilakukan oleh pengkaji.
Jadual 1 : Analisis SWOT
KEKUATAN PELUANG
Laluan yang lebih sistematik Kerosakan terhadap kenderaan pelajar akan
Tempat letak kereta yang sesuai dan selesa kemungkinan berkurang.
untuk semua pelajar. Penurunan yang signifikan dalam aduan
Mudah untuk bergerak, keluar dan masuk pelajar mengenai masalah letak kereta.
ruang letak kereta. Pelajar akan lebih yakin dan selesa membawa
Mengurangkan kerosakan yang berlaku kenderaan mereka ke politeknik.
pada kenderaan pelajar. Tempat letak kereta mesra alam dan suasana
Sistem yang lebih berkesan dan lebih baik. yang lebih indah.
PSP C@LOGS DIGEST 2020 | VOL. 1 67
KELEMAHAN ANCAMAN
Faktor cuaca seperti hujan dan cahaya Lebih banyak kereta di kampus.
matahari yang panas akan menyebabkan Kurang tempat letak kereta di kampus.
produk tersebut tidak dapat bertahan dengan Sikap pemandu atau pelajar.
lebih lama. Keadaan tempat letak kereta.
Tiada penguatkuasaan ketat mengenai tempat
Faktor reka bentuk ringan mudah beralih
kedudukan. letak kereta.
Warna merah yang menarik pemerhatian
kanak- kanak juga perlu dijauhi.
KESIMPULAN
Masalah yang berlaku di tempat letak kenderaan Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang seperti keadaan
jalan yang tidak rata, susunan kenderaan yang tidak teratur, dahan pokok yang jatuh atas kenderaan dan susunan
kenderaan yang menghalang kenderaan lain telah menimbulkan masalah dalam kalangan para pelajar. Dengan
ini, pengkaji telah membuat penambahbaikan di tempat letak kenderaan untuk memastikan pengurusan tempat
letak kenderaan pelajar lebih sistematik dan lebih strategik dengan menghasilkan prototaip pelan letak kenderaan
menggunakan kaedah LEAN Layout.
Dapatan kajian menunjukkan pembentukan susun atur penambahbaikan tempat letak kenderaan direka
dalam bentuk 4D iaitu Autocad dimana satu perisian yang direka untuk rekaan susun atur dan sangat popular pada
masa kini. Kajian ini telah menggunakan Autocad untuk mennghasilkan susun atur tempat letak kenderaan yang
boleh dilihat dengan lebih jelas dan nyata. Kesimpulannya, pengunaan kaedah Autocad dapat menghasilkan satu
rekaan susun atur kenderaan yang efisyen dan strategik. Ini juga akan memberikan kesan yang baik bagi pelajar
untuk meletakkan kenderaan di Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang.
Seterusnya, terdapat beberapa fasa dalam menghasilkan susun atur kenderaan yang lebih sistematik.
Dalam fasa pertama, kajian ini membuat tempat letak kenderaan berbentuk Vertcal Design untuk mengambil
banyak tempat. Kedua, simpang keluar dan masuk sangat sempit dan tidak sistematik serta sesetengah pelajar
pasti akan mengambil jalan mudah. Dalam fasa kedua, didapati cara tempat letak kenderaan berbentuk Vertical
Design tidak dapat memenuhi ruang tempat letak kenderaan denagan lebih efisien. Oleh itu, fasa kedua
menggunakan Saw Tooth Design untuk menjadikan pelajar lebih mudah untuk meletakkan kenderaan berbanding
tempat letak kenderaan berbentuk tegak. Dengan menggunakan cara terbaru ini, bukan sahaja lebih mudah untuk
meletakkan kenderaan malahan juga ia lebih sistematik. Secara kesimpulannya, objektif yang ditetapkan dalam
kajian ini telah tercapai. Permasalah kajian telah dapat diatasi dengan penghasilan prototaip ini menggunakan
kaedah LEAN Layout yang dapa memberi maklum balas kepada pihak pengurusan dalam membuat keputusan.
RUJUKAN
Universal Site Services. What Is Best: Angled Or Straight Parking Spaces? Retrieved from
https://www.universalsiteservices.com/best-angled-straight-parking-spaces/
Brown, A. L. & Campione, J. C., (1996). Psychological theory and the design of innovative learning
environments: on prodecures, principles, and systems in innovations in learning. Schauble and R. Glaser
eds. New Environments For Educations. Mahwah, NJ: Erlbaum 289-325.
Nik Jamal Jaafar., (2017). Potensi tempat letak kereta menggunakan sistem (Unpublished research). Universiti
Teknologi Malaysia.
Mohd. Sazli Hamdan, (2017). Apa itu AutoCAD? [Blog spot]. Retrieved from
http://mohdsazlicikguautocad.blogspot.com/2017/11/apa-itu-autocad.html
Olson, S.L. & Kellum, S., (2003). The impact of sustainable building on educational achievements in K-12
schools. Leonardo Academy Inc. Retrieved from
http://www.cleanerandgreener.org/download/sustainableschools.pdf
PSP C@LOGS DIGEST 2020 | VOL. 1 68
Rossli, N. B., (2015). Parking study at klinik kesihatan bandar kuantan (Unpublished research). Universiti
Malaysia Pahang. Retrieved from http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/12221/
PSP C@LOGS DIGEST 2020 | VOL. 1 69
SISTEM INVENMED DALAM PENGURUSAN INVENTORI DI
KLINIK KAMSIS POLITEKNIK SEBERANG PERAI
1Sharipah Khadijah binti S. Hashim*
2Hasnieza binti Mokhtar
3Nur Qistina binti Norhanif
4Siti Hajar binti Mohd Fadzil
5Nor Nazurah Auni binti Amin
6Nur Syafiqah binti Abdul Aziz
7Salwa Suhana binti Mohamad Zubir
8Nur Adzrina binti Mohamad Adzhar
*e-mail: [email protected]
1-8Jabatan Perdagangan Politeknik Seberang Perai
ABSTRAK
Sistem InvenMed merupakan satu sistem yang dihasilkan bagi membantu Klinik Kamsis Politeknik
Seberang Perai dalam memantapkan lagi kaedah perekodan data. Sistem InvenMed ini dihasilkan dengan
menggunakan perisian HTML, APK, PHP dan cloud hosting yang merupakan sebuah platform yang
dibangunkan oleh pemaju aplikasi yang berpengalaman. Pada masa kini, kaedah menggunakan teknologi
jauh lebih mudah dan berhasil berbanding menggunakan kaedah manual seperti merekod di dalam buku
atau kad-kad yang telah dikhaskan. Tujuan penghasilan Sistem InvenMed adalah untuk (1) memudahkan
pembantu perubatan dalam merekod, mengemaskini dan menyemak data pembelian dan keluar masuk
ubat-ubatan dan 2) memudahkan proses mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan inventori dan
pesakit. Antara ciri-ciri yang disediakan di dalam Sistem InvenMedialah (1) pengguna dapat mengetahui
jenis ubat-ubatan yang sering keluar, dan (2) boleh mengetahui rawatan yang sering diperolehi oleh pelajar
politeknik. Langkah membangunkan Sistem InvenMed ini adalah untuk (1) memilih perisian pembangun
sistem (2) pendaftaran masuk pengguna (3) memasukkan data berkenaan ubat, pembekal dan pesakit dan
(4) mengemaskini maklumat dari masa ke semasa. Hasil dapatan yang diperolehi, (1) dapat meringankan
beban pegawai perubatan untuk merekod data dan maklumat, dan (2) dapat memberi dan menyediakan
maklumat yang tepat pada masa yang diperlukan. Bagi mempertingkatkan lagi Sistem InvenMed yang
dihasilkan ini, adalah dicadangkan penambahan seperti (1) rekod jenis penyakit dan (2) bilangan
kekerapan menerima rawatan. Akhir sekali, Sistem InvenMed ini amat sesuai digunakan oleh pihak klinik
secara khususnya dan mana-mana pihak pengurusan secara umumnya bagi tujuan merekod,
mengemaskini dan menyemak data.
Kata kunci: Sistem Invenmed, Perisian, Ubat-ubatan, Pengurusan Inventori, Klinik Kamsis.
PENGENALAN
Kemajuan teknologi elektronik semakin berkembang hampir di setiap aspek bidang kehidupan manusia,
baik di bidang telekomunikasi, informasi, pengurusan dan perusahaan. Namun, tidak ketinggalan juga teknologi
dahulu yang menggunakan sistem manual. Sistem manual yang dimaksudkan ialah dengan mengisi maklumat
atau data menggunakan buku dan fail. Pekerjaan secara manual banyak memakan masa dan tenaga, tambahan
pula faktor untuk kehilangan semua data yang disimpan adalah sangat tinggi. Ini disokong oleh Tey S. L. (2001)
yang mengatakan inventori perisian yang bertambah dari masa ke semasa akan menyebabkan ia membebankan
kerja pengurusan rekod yang manual. Maka suatu sistem automasi yang berupaya menguruskan rekod perisian
dengan sistematik amat diperlukan.
Menurut Endianingsih (2014), kemajuan teknologi informasi terjadi sedemikian pesatnya sehingga
data, informasi, dan pengetahuan dapat diciptakan dengan teramat sangat cepat dan disebarkan di seluruh
lapisan masyarakat. Kemajuan teknologi informasi bukan hanya di dalam bidang perdagangan saja malah
meliputi bidang pendidikan, keamanan sosial dan pemerintahan. Teknologi informasi digunakan kerana
memiliki kelebihan berbanding kaedah manual.
Pembangunan dunia perniagaan yang semakin pesat dan sukar diramal memberi tekanan kepada firma
dalam pasaran perniagaan untuk menguruskan perniagaan mereka dengan lebih cekap dan efektif. Sistem
PSP C@LOGS DIGEST 2020 | VOL. 1 70
inventori merupakan salah satu bidang utama dalam pengurusan logistik dan rantaian bekalan. Dalam
menguruskan hal yang berkaitan dengan bekalan stok, pembantu perubatan seringkali menghadapi kesukaran
untuk menyusun data dengan teratur serta perlu mengambil berat dalam pelbagai aspek. Kaedah penyimpanan
data maklumat bekalan stok yang sedia ada adalah tidak formal dan juga dibuat secara manual.
Antara masalah yang timbul ialah cara pengurusan yang tidak efisien dan berkesan, kesukaran
penyimpanan dan pencarian maklumat atau dokumen tidak diurus dengan baik dan sistem fail yang tidak tersusun,
kesukaran mengemaskini maklumat, keselamatan penyimpan rekod, kesukaran mendapatkan analisis prestasi
jualan dan kesukaran membuat penyemakan. Menurut Hazimah, Z. (2002), walaupun pengurusan inventori secara
tradisional dapat menjimatkan kos, tetapi pada hakikatnya bekalan ubat kerap terputus dan menjejaskan reputasi
pihak pengurusan farmasi.
Oleh yang demikian, projek inovasi ini dihasilkan bagi membantu urusan perekodan supaya menjadi lebih
sistematik yang dikenali sebagai Sistem InvenMed (InvenMed System) untuk memudahkan pihak pengurusan
Klinik Kamsis Politeknik Seberang Perai dalam merekod dan mengenalpasti maklumat pembekal dan jenis ubat-
ubatan yang keluar dan masuk daripada bekalan stok sedia ada.
PERNYATAAN MASALAH
Melalui pemerhatian dan sesi temubual, didapati Klinik Kamsis Politeknik Seberang Perai (PSP)
mengalami masalah dalam menguruskan data keluar masuk ubat-ubatan secara sistematik. Klinik Kamsis PSP
kerap menghadapi masalah lebihan stok ubat - ubatan dan memberi kesan yang tinggi terhadap kos perbelanjaan.
Pengurusan stok yang dilakukan secara manual tidak dapat membantu dalam menyusun data dengan lebih efisien.
Sistem manual mempunyai banyak risiko untuk berlaku kesilapan dalam pengiraan stok kerana menggunakan
tenaga manusia.
Hasil temubual bersama En. Khairul Anwar bin Aliasok, Pembantu Perubatan Klinik Kamsis PSP, terdapat
banyak kekurangan dalam pengurusan pengiraan inventori kerana menggunakan sistem pengiraan secara manual.
Ubat-ubatan yang keluar dan masuk tidak dapat direkodkan dengan tepat disebabkan oleh tiada satu sistem yang
komprehensif dalam merekod data ubat-ubatan. Selain itu, menurut En. Khairul Anwar, beliau juga berhadapan
dengan masalah kesuntukan masa untuk merekod ubat-ubatan kerana bebanan tugas yang dikendalikan secara
berseorangan. Justeru hal ini, mengakibatkan kesukaran kepada beliau untuk menyemak kekurangan stok dan
membuat penambahan ubat-ubatan yang merupakan satu proses aliran kerja dalam pengurusan di Klinik Kamsis.
Kajian yang dilaksanakan oleh Mat (2003), mendapati proses merekod dan mengurus maklumat stok dan
inventori di makmal Jabatan Pendidikan Teknik dan Vokasional masih menggunakan kaedah manual. Semua
rekod berkenaan stok dan inventori disimpan dalam bentuk borang yang disediakan oleh pihak jabatan. Kaedah
ini didapati kurang cekap, proses mendapatkan semula data mengambil masa dan memerlukan ruang yang luas
untuk menyimpan rekod dan borang. Ia juga menyukarkan untuk mendapatkan dan mengemaskini rekod.
Keadaan akan menjadi rumit apabila jabatan memesan peralatan dengan banyak. Ini akan mendatangkan banyak
masalah kepada pengurusan makmal di jabatan.
Begitu juga dengan kajian oleh Abdullah (2014), pendataan barang-barang sering terjadi kekeliruan dan
kesalahan-kesalahan sehingga memperlambatkan urusan kerja dalam penjualan barang-barang, hal ini disebabkan
kerana tidak adanya sistem yang mengatur dalam pendataan barang. Untuk itu, sebuah sistem inventori barang
atau tempat penyimpanan barang yang bertujuan untuk berikan data yang tepat, dipercayai dan dapat memberikan
laporan-laporan pada setiap transaksi seperti laporan stok barangan, laporan masuk dan laporan barang keluar
adalah sangat disarankan. Kawalan inventori adalah penting bagi sesebuah organisasi. Setiap organisasi mesti
mengurus inventori masing-masing dengan cekap kerana stok merupakan bentuk pelaburan yang utama. Jika stok
tidak dikawal dengan baik, kos pegangan akan menjadi tinggi dan ini menyebabkan organisasi akan berhadapan
dengan masalah (Sabarudin, 2005).
Oleh yang demikian, penyelesaian kepada permasalahan ini adalah pengkaji mewujudkan satu projek
inovasi perekodan yang sistematik yang diberi nama Sistem InvenMed (InvenMed System) untuk memudahkan
pengurusan dalam perekodan setiap pembelian ubat-ubatan yang dipesan oleh pembantu perubatan.
PSP C@LOGS DIGEST 2020 | VOL. 1 71
OBJEKTIF INOVASI
Projek inovasi Sistem Invenmed ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti kelemahan pengurusan
Klinik Kamsis PSP yang merupakan tempat tumpuan pelajar untuk mendapatkan rawatan kesihatan. Oleh itu,
pembangunan Sistem InvenMed ini adalah untuk memudahkan pembantu perubatan mengenalpasti jumlah ubat-
ubatan yang keluar dan masuk melalui sistem berkomputer. Objektif projek inovasi ini adalah untuk:
1) Mengenalpasti masalah dalam perekodan data di Klinik Kamsis PSP.
2) Mencadangkan Sistem InvenMed untuk menyelesaikan masalah perekodan data di Klinik Kamsis PSP
CIRI-CIRI INOVASI
Sistem ini diperkenalkan dan diperbuat daripada sumber HTML, APK dan PHP. Ianya digunakan melalui
dua kaedah iaitu “Android Apps” atau “Web Browser”. Pada dasarnya, sistem ini mempunyai pangkalan data di
“Cloud Hosting”. “Cloud Hosting” adalah sumber perolehan pengkomputeran dari penyedia atau kemudahan
pengkomputeran awan untuk menjadi tuan rumah data, perkhidmatan dan/atau penyelesaian. Melalui sumber
tersebut, maka terhasil satu sistem yang pengkaji perkenalkan dalam kajian ini sebagai Sistem InvenMed.
Kaedah pelaksanaan meliputi 4 proses iaitu :
1. Proses 1 melibatkan pemilihan pembangun sistem. Carian pembangun sistem adalah melalui enjin carian
Google. HTML adalah satu pembangun sistem yang sering digunakan selain daripada sistem lain yang
sedia ada.
2. Proses 2 melibatkan proses log masuk atau pendaftaran sebagai pengguna. Pendaftaran pengguna
diperlukan bagi membolehkan pengguna mengakses masuk ke laman utama pembangun Sistem
InvenMed.
3. Proses 3 adalah proses permulaan yang paling utama bagi pembangunan sistem. Proses ini dimulakan
dengan klik pada ikon Data Entry bagi membolehkan pengguna mengakses masuk ke laman utama
Dashboard.
4. Proses 4 adalah proses yang terakhir bagi pembangunan Sistem InvenMed. Proses ini melibatkan
paparan Dashboard apabila maklumat yang diperlukan bagi pembangunan “InvenMed System”.
PROSES PEMBANGUNAN APLIKASI
A. Proses 1 : Melibatkan pemilihan pembangun sistem.
Merujuk kepada Rajah 1, Proses 1 melibatkan pemilihan pembangun sistem. Carian pembangun
sistem adalah melalui enjin carian Google. HTML adalah satu pembangun sistem yang sering
digunakan selain daripada sistem lain yang sedia ada. Namun, pemilihan gabungan HTML dan PHP
adalah fungsi yang disediakan lebih mudah untuk digunakan dan difahami serta boleh berinteraksi
dengan pangkalan data (database) agar dapat berhubung dengan sistem ini.
Rajah 1: Membuat carian pembangun aplikasi HTML di enjin carian Google
PSP C@LOGS DIGEST 2020 | VOL. 1 72
B. Proses 2: Melibatkan proses log masuk atau pendaftaran sebagai pengguna
Merujuk kepada Rajah 2, Proses 2 melibatkan proses log masuk atau pendaftaran sebagai pengguna.
Pendaftaran pengguna diperlukan bagi membolehkan pengguna mengakses masuk ke laman utama pembangun
Sistem InvenMed. Proses ini juga diperlukan bagi tujuan keselamatan untuk mengelakkan pihak lain mengakses
masuk tanpa kebenaran.
Mendaftar sebagai pengguna Sistem InvenMed atau log masuk sebagai pengguna.
Rajah 2: Membuat log masuk sebagai pengguna
C. Proses 3: Proses untuk membina aplikasi
Merujuk kepada Rajah 3, Proses 3 adalah proses permulaan yang paling utama bagi pembangunan sistem.
Proses ini dimulakan dengan klik pada ikon Data Entry bagi membolehkan pengguna mengakses masuk ke laman
utama Dashboard. Pengguna dapat memasukkan data seperti transaksi ubat, stok masuk, daftar ubat, daftar
pembekal dan daftar pesakit.
Rajah 3 : Ikon Data Entry untuk memulakan proses permulaan memasukkan maklumat ke dalam Dashboard
D. Proses 4 : Menyunting maklumat-maklumat yang diperlukan bagi aplikasi
Merujuk kepada Rajah 4, Proses 4 adalah proses yang terakhir bagi pembangunan Sistem InvenMed.
Proses ini melibatkan paparan Dashboard apabila maklumat yang diperlukan bagi pembangunan Sistem
InvenMed. Proses ini memaparkan kuantiti jumlah ubat, ubat digunakan, baki ubat dan ubat yang tamat tempoh.
Oleh itu, nama klinik dan maklumat klinik diperlukan bagi proses ini sebagai identiti Sistem InvenMed kepada
PSP C@LOGS DIGEST 2020 | VOL. 1 73
pengguna. Mengisi maklumat-maklumat yang diperlukan dan menetapkan tetapan yang sesuai untuk
pembangunan sistem.
Rajah 4 : Menyunting maklumat yang diperlukan bagi aplikasi
GAMBARAJAH INOVASI
Seksyen ini menunjukkan contoh-contoh antara muka yang dibangunkan untuk Sistem InvenMed yang
digunakan sepenuhnya oleh Klinik Kamsis PSP. Rajah 5 menunjukkan antaramuka aplikasi yang mengandungi
maklumat melalui paparan di dashboard seperti maklumat pelajar, pembekal ubat-ubatan dan statistik ubat.
Rajah 5: Antaramuka aplikasi yang mengandungi maklumat melalui paparan di dashboard seperti maklumat
pelajar, pembekal ubat-ubatan dan statistik ubat.
Seterusnya Rajah 6 menunjukkan antara muka aplikasi yang mengandungi maklumat tentang pesakit
yang membuat rawatan di Klinik Kamsis.
PSP C@LOGS DIGEST 2020 | VOL. 1 74
Rajah 6 : Antara muka aplikasi yang mengandungi maklumat tentang pesakit yang membuat rawatan
Ini diikuti dengan Rajah 7 yang menunjukkan antaramuka aplikasi yang mengandungi maklumat tentang
penggunaan ubat dan kuantiti terkini yang ada di dalam simpanan.
Rajah 7 : Antara muka aplikasi yang mengandungi maklumat tentang penggunaan ubat dan kuantiti terkini yang
ada di dalam simpanan.
Akhir sekali, Rajah 8 menunjukkan antara muka aplikasi yang mengandungi maklumat tentang pembekal
ubat di Klinik Kamsis.
PSP C@LOGS DIGEST 2020 | VOL. 1 75
Rajah 8 : Antara muka aplikasi yang mengandungi maklumat pembekal ubat.
IMPAK PRODUK
A. Kelebihan dan kebaikan inovasi
Inovasi produk diperincikan kepada EMPAT (4) bentuk impak kesan dari produk yang dihasilkan bagi
menyelesaikan permasalahan kajian. Berikut adalah penjelasan impak mengikut subtopik perbincangan.
1. Impak Projek Terhadap Pembantu Perubatan dan Klinik Kamsis PSP
Sistem Invenmed telah memberikan impak yang positif terhadap pembantu perubatan dan Klinik
Kamsis kerana tidak lagi perlu merekod data secara manual dan dapat mengakses sistem yang
dibangunkan oleh pengkaji secara terus dan di mana-mana sahaja untuk memudahkan dan
mempercepatkan proses perekodan data pesakit.
2. Impak Projek Terhadap Pengurusan Inventori
Pembangunan Sistem Invenmed boleh membantu untuk mendapatkan data yang lebih tepat dan teratur.
Selain itu, ia dapat mengurangkan kesalahan dalam pengiraan inventori. Seterusnya membawa kepada
pengurusan ubat-ubatan yang lebih sistematik dan berkesan.
3. Impak Projek Terhadap Kos
Perbelanjaan untuk pembangunan Sistem Invenmed dan kegunaannya di Klinik Kamsis PSP dapat
menjimatkan kos kerana tidak perlu menanggung kos tambahan seperti pembelian kertas, alat tulis dan
buku rekod ubat-ubatan kerana ia tidak perlu lagi untuk merekod data secara manual. Sistem yang
diperkenalkan ini ternyata mampu mengurangkan kos kewangan.
4. Impak Terhadap Keberkesanan Penggunaan Projek
Keberkesanan penggunaan Sistem Invenmed dapat dilihat dari segi kegunaanya yang lebih sistematik
dan efisien. Ia dapat memudahkan pembantu perubatan dengan hanya menggunakan sistem tersebut di
dalam komputer dan juga telefon pintar bagi mempercepatkan proses perekodan data sekiranya terdapat
hal kecemasan yang memerlukan maklumat dengan segera. Oleh itu, sistem ini banyak memberi
manfaat kepada pembantu perubatan dari segi pengurusan penggunaan inventori yang ditawarkan oleh
Klinik Kamsis PSP.
B. Kos inovasi
Pengkaji telah mendapatkan maklumbalas tentang sistem dengan menemubual pekerja di Klinik
Munirah Iskandar dan Farmasi Harmoni yang menjalankan perniagaan pengurusan inventori. Jadual 1
menunjukkan hasil temu bual. Pengkaji juga telah mendapat 100% persetujuan dari responden tentang
keseluruhan soalan yang telah diajukan berkenaan penggunaan Sistem InvenMed di klinik. Mereka juga
bersetuju untuk mencadangkan penggunaan Sistem InvenMed ini kepada semua perniagaan yang menguruskan
inventori terutama perniagaan di klinik.
PSP C@LOGS DIGEST 2020 | VOL. 1 76
Bil Butiran Peratus
1 Adakah Sistem Invenmed ini adalah merupakan satu inovasi dalam pengurusan Ya =100%
inventori?
2 Adakah dengan Sistem Invenmed ini dapat memudahkan lagi cara untuk Ya = 100%
pemeriksaan audit?
3 Adakah anda bersetuju dengan harga yang dicadangkan? Ya = 100%
4 Adakah anda berminat untuk menggunakan Sistem Invenmed di klinik anda? Ya = 100%
5 Adakah anda mencadangkan Sistem Invenmed kepada semua klinik? Ya = 100%
Jadual 1 : Penentuan kos berdasarkan temu bual bersama pengguna
CADANGAN DAN PENAMBAHBAIKAN
Matrik SWOT digunakan sebagai kesimpulan bagi menghasilkan cadangan dan penambahbaikan dalam projek
inovasi ini. Di antara analisis SWOT yang diperolehi :
A. Kekuatan /Peluang : SO – Strengths / Opportunities
Penggunaan secara manual menyukarkan pembantu perubatan untuk merekod inventori ubat-ubatan.
Dengan adanya Sistem InvenMed ini, pembantu perubatan dapat menjimatkan masa dari segi perekodan
dan pemeriksaan inventori serta ia juga boleh mengakses sistem ini di mana sahaja dengan menggunakan
telefon pintar.
B. Kekuatan/Ancaman : ST – Strengths / Threats
Penggunaan Sistem InvenMed ini memerlukan capaian internet yang stabil bagi memastikan Sistem
InvenMed ini dapat diakses dengan lancar dan tanpa gangguan. Kemaskini rekod juga boleh dilakukan
melalui telefon pintar.
C. Kelemahan/Peluang : WO – Weakness / Opportunities
Pengguna boleh melakukan kesilapan semasa proses kemaskini namun boleh di atasi dengan merujuk
kepada rekod data terdahulu dalam Sistem InvenMed
D. Kelemahan/Ancaman : WT – Weakness / Threats
Faktor internet yang bermasalah dapat mengganggu kelancaran penggunaan Sistem InvenMed ini dan tidak
dapat memaparkan sepenuhnya maklumat-maklumat inventori di dalam Sistem InvenMed tersebut.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, objektif bagi kajian ini telah tercapai. Pihak pengkaji telah berjaya menyelesaikan dan
membantu pegawai perubatan dalam merekod dan menguruskan inventori ubat-ubatan di Klinik Kamsis tersebut.
Selain itu, Sistem InvenMed juga dapat menjimatkan masa ketika mengakses dan merekod data kerana
pembangunan sistem ini membolehkan pegawai perubatan bekerja hanya menggunakan telefon pintar dan
komputer. Projek inovasi ini juga telah memberi impak positif kepada Klinik Kamsis PSP dalam bidang
pengurusan inventori kerana berjaya menghasilkan sistem yang lebih sistematik untuk kegunaan kerja harian
pembantu perubatan. Proses kemaskini data juga dapat dilaksanakan dengan baik dan tersusun mengikut proses
kerja yang berlaku pada masa yang tertentu. Kewujudan Sistem InvenMed ini telah mendatangkan pelbagai
kelebihan seperti mengurangkan kesilapan dalam urusan merekod data dan menjimatkan kos tambahan untuk
penyediaan kertas, alat tulis dan penyediaan buku bagi urusan merekod data secara manual. Oleh yang demikian,
sistem InvenMed dilihat sangat berkesan dalam membantu pengurusan Klinik Kamsis merekod data inventori dan
sesuai juga untuk dikomersialkan bagi kegunaan pihak pengurusan yang terlibat dalam menyimpan dan merekod
data seperti pergudangan.
PSP C@LOGS DIGEST 2020 | VOL. 1 77
RUJUKAN
Abdullah, D., & Erliana, C. I. (2014). Perancangan Sistem Informasi Inventori Barang pada CV. Iltizam
Cooperation. Syntax: Jurnal Informatika, 3(01).
Endianingsih, D. (2014). Peran e-Catalogue Dalam Proses Pengadaan Elektronik. Jurnal Kalibrasi, 12(1).
Hazimah, Z. (2002). Kajian Keberkesanan Sistem Pengurusan Inventori Stor Jabatan Farmasi Hospital Kuala
Lumpur (Doctoral dissertation). Universiti Utara Malaysia.
Mat, M. Z. (2003). Aplikasi sistem maklumat stok dan inventori makmal JPTV (Doctoral dissertation). Kolej
Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.
Sabarudin, A. (2005). Pengurusan Rantaian Bekalan Menggunakan MRP Dan DRP Di FAMA (Doctoral
dissertation). Universiti Teknologi Malaysia.
Tey, S. L. (2001). Sistem Pengurusan Inventori Perisian/Tey Su Lin (Doctoral dissertation). University of
Malaya.
PSP C@LOGS DIGEST 2020 | VOL. 1 78
INOVASI FOLLOW ME CARTON DALAM PENGURUSAN
INVENTORI DI FTS LOGISTIK SDN. BHD.
1Mohamad Najib bin Adnan*
2Taismeta a/p Kathiresan
3Sathyasuriya a/l Ganesan
4Kavines Nair a/l Ananthan
5Saktisswara a/l Thanimalai
6Muhammad Harith bin Ahmad
7Ussha Nair a/p Narayanan Nayar
*e-mail: [email protected]
1-7Jabatan Perdagangan Politeknik Seberang Perai
ABSTRAK
Gudang adalah tempat, bangunan atau premis untuk menyimpan barang-barang dengan selamat sehingga
barang-barang itu diperlukan. Pergudangan merangkumi semua aktiviti yang berkait dengan
penyimpanan dan penstoran barang-barang. Pergudangan adalah salah satu cabang perniagaan yang
membantu melicinkan perjalanan perniagaan dengan cara penyimpanan. Kekurangan sistem teknologi di
gudang FTS Logistics Sdn. Bhd. menyebabkan pekerja-pekerja di gudang perlu menggunakan troli untuk
mengalihkan barang-barang untuk membuat penghantaran. Penggunaan troli menggunakan tenaga kerja
yang banyak untuk menarik dan menolaknya sewaktu digunakan dan memerlukan lebih masa dalam
melakukan aktiviti tersebut. Tujuan kajian ini adalah untuk menyelesaikan masalah penggunaan troli
dengan tenaga kerja yang banyak dan juga untuk menjimatkan masa. Follow Me Carton disediakan secara
lebih berkesan dengan menampilkan sisi berteknologi. Dengan pengunaan Follow Me Carton ini pihak
gudang dapat menggerakkan barang dari satu tempat ke tempat yang lain dengan mudah. Follow Me
Carton memiliki beberapa kelebihan seperti ia mempunyai permukaan yang rata bagi meletakkan barang
di atasnya. Selain itu, ia turut mempunyai dua ‘high torque motor 80’ untuk memusingkan roda Follow Me
Carton dan mempunyai kapasiti untuk membawa barang yang mempunyai berat dari 5 hingga 10kg.
Bahagian belakang Follow Me Carton mempunyai sebuah kotak untuk meletakkan semua komponen
elektronik dengan selamat dan teratur. Kesimpulannya, Follow Me Carton ini dapat membantu pihak
syarikat dalam memudahkan proses penghantaran barang, pengalihan barang dari satu tempat ke satu
tempat yang lain dan menjimatkan masa yang boleh meningkatkan taraf sistem pergudangan. Produk
inovasi ini diharapkan dapat dikomersialkan dan digunakan di mana-mana premis yang berkaitan
pergudangan.
Kata kunci: Follow Me Carton, gudang, tenaga kerja, masa
PENGENALAN
Gudang adalah tempat, bangunan atau premis untuk menyimpan barang-barang dengan selamat sehingga
barang-barang itu diperlukan. Pergudangan merangkumi semua aktiviti yang berkait dengan penyimpanan dan
penstoran barang-barang di dalam gudang. Pergudangan ialah salah satu cabang perniagaan yang membantu
melicinkan perjalanan perniagaan dengan cara penyimpanan. Pergudangan juga dapat didefinisikan sebagai
aktiviti penyimpanan barang dengan selamat di gudang sehingga barang itu diperlukan di pasaran.
Dalam penulisan Kusuma et. al (2017), Warman (2004) mendefinisikan gudang adalah bangunan yang
dipergunakan untuk menyimpan barang dagangan. Gudang adalah suatu tempat yang digunakan untuk
menyimpan barang, baik yang berupa raw material, barang work in process atau finished good. Daripada kata
gudang maka di dapatkan istilah pergudangan yang bererti merupakan suatu kegiatan yang berkaitan dengan
gudang. Dalam penulisannya lagi turut menyatakan pendapat Yunarto dan Santika (2005) bahawa kegiatan
tersebut dapat meliputi kegiatan movement (perpindahan), storage (penyimpanan), information transfer (transfer
informasi). Manakala menurut Purwanggono & Astuti (2009), tujuan dari penyimpanan dan fungsi gudang iaitu
untuk memaksimumkan utiliti sumber-sumber yang ada (ruang, peralatan, dan tenaga kerja) ketika memenuhi
keinginan pengguna dan juga memaksimumkan perkhidmatan dengan menggunakan sumber-sumber yang ada.
PSP C@LOGS DIGEST 2020 | VOL. 1 79
FTS Logistics Sdn. Bhd. adalah sebuah syarikat yang menyediakan pelbagai perkhidmatan berkaitan
logistik. Syarikat ini mempunyai cawangan di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Kuching dan Kota Kinabalu. Di
Pulau Pinang ia beroperasi di kawasan Bebas Cukai Bayan Lepas. Antara perkhidmatan yang disediakan adalah
pergudangan, pengangkutan, penyediaan dokumen dan sebagainya.
Berdasarkan kepada pemerhatian pengkaji dalam mengenal pasti masalah-masalah yang berlaku di
gudang, produk yang pengkaji inovasikan adalah untuk menyelesaikan isu yang dihadapi oleh syarikat FTS
Logistics Sdn. Bhd. Antara tujuan projek Follow Me Carton adalah untuk mengurangkan tenaga manusia dan
menjimatkan masa dalam syarikat FTS Logistics Sdn. Bhd .
Selain itu, projek ini juga dapat memudahkan urusan pekerja dalam gudang syarikat tersebut. Follow Me
Carton pula tidak mengambil keluasan yang sangat banyak berbanding dengan troli dan forklif. Ini merupakan
salah satu kelebihan penggunaan sistem robotik tersebut di gudang -gudang yang kecil atau besar. Perkara ini
dapat menggelakkan kelewatan penghantaran dan meningkatkan nilai perkhidmatan dalam gudang. Tambahan
pula, sistem robotik ini juga boleh mengurangkan berlaku kesilapan dalam gudang sewaktu proses picking
dijalankan di gudang.
PERNYATAAN MASALAH
Operasi pergudangan adalah mencabar berdasarkan pengurusan inventori yang semakin kompleks dan kos
penyelenggaraan stok yang semakin meningkat. Sifat aktiviti pergudangan itu sendiri yang kebanyakan
berintensifkan buruh sudah semestinya memerlukan pekerja-pekerja yang berkelayakan dan kompeten untuk
melaksana tugas mereka (Hasnan & Mohtar, 2014). Menurut Ayuningtyas (2018) pula, pergudangan yang baik
adalah pergudangan yang memiliki sistem pelayanan yang baik. Sistem perkhidmatan yang baik mencakupi
pengorganisasian kemudahan akses informasi keluar, informasi masuk, penyimpanan barang dan kesesuaian
kondisi persekitaran bagi barang yang disimpan adalah baik.
Pengkaji telah mengadakan sesi temu bual bersama Encik Chandran a/l M.Kannan, Pengurus Gudang FTS
Logistics Sdn. Bhd. di Bayan Lepas, Pulau Pinang bagi mengetahui masalah yang dihadapi oleh gudang beliau
dalam mengendalikan barang-barang yang disimpan di gudang tersebut. Terdapat beberapa aspek masalah
dijelaskan oleh Encik Chandran. Aspek yang pertama ialah dari segi mengambil barang ataupun dalam bahasa
logistik ialah proses pemilihan barang dari penyimpanan dalam gudang. Pekerja menggunakan troli untuk
membawa kuantiti karton yang rendah dan kecil. Penggunaan troli adalah tidak fleksibel di gudang tersebut dan
pengkaji membuat beberapa picking untuk mengkaji masalah troli di dalam gudang tersebut.
Selain itu, penggunaan troli memerlukan tenaga buruh yang banyak dalam proses pemilihan. Pihak gudang
juga perlu menanggung kos untuk membayar gaji lebih masa, caj penghantaran yang lambat, kos menanggung
risiko kemalangan dan sebagainya. Penggunaan troli di gudang akan mengambil kawasan yang luas. Ini kerana
reka bentuk rak yang dekat antara satu sama lain di mana satu troli sahaja boleh memasuki kawasan tersebut pada
satu-satu masa. Perkara ini menyebabkan masa untuk mengambil satu barang meningkat dan kelewatan
penghantaran barang.
OBJEKTIF INOVASI
Objektif inovasi ini dihasilkan adalah seperti berikut :
1) Mengenal pasti kelemahan FTS Logistics Sdn. Bhd. dalam operasi pengurusan gudang.
2) Menghasilkan produk inovasi Follow Me Carton yang boleh digunakan untuk melancarkan operasi
pengurusan gudang.
PSP C@LOGS DIGEST 2020 | VOL. 1 80
CIRI-CIRI INOVASI
Follow Me Carton adalah produk inovasi yang dihasilkan bagi membantu memudahkan proses pembawaan
barang- barang yang hendak membuat proses penghantaran. Peralatan yang diperlukan bagi mencipta Follow Me
Carton dikenal pasti dan lakaran reka bentuk alat tersebut dibuat bagi memudahkan kerja-kerja penambahbaikan
yang akan dijelaskan di bawah proses pembagunan produk. Kemudian penjelasan mengenai pembaharuan dan
keunikan produk serta kaedah kajian diperolehi melalui temuduga bersama pengurus syarikat gudang FTS
Logistics Sdn. Bhd.
Inovasi ini mempunyai dua ‘high torque motor 80’ untuk memusingkan roda Follow Me Carton. Ia juga
mempunyai kapasiti untuk membawa barang yang mempunyai berat dari 5 hingga 10 kg. Di bahagian belakang
Follow Me Carton mempunyai sebuah kotak untuk meletakkan semua komponen elektronik dengan selamat dan
teratur. Seterusnya, di bahagian bawah robot Follow Me Carton mempunyai satu roda berpusing untuk
membolehkan robot Follow Me Carton berpusing sehingga 360 darjah. Tambahan pula, robot Follow Me Carton
mempunyai 3 sensor ‘ULTRASONIC’ HC-SRO4 untuk menentukan jarak objek di hadapannya. Sensor jarak
ultrasonik jenis HC-SR04 menawarkan jarak pengesan dari 2cm hingga 50cm. Fungsi sensor jarak
‘ULTRASONIC’ jenis HC- SR04 tidak terjejas oleh cahaya matahari atau warna objek yang hendak dikesan
seperti mana sensor yang berasaskan cahaya inframerah. Sensor ini datang dengan pemancar gelombang
‘ULTRASONIC’. Bahan yang diperlukan untuk menghasilkan Follow Me Carton adalah seperti berikut :
a) High Torque motor
b) Board – Hmc 588 3L
c) Qunqi L298 motor drive contoller board module dual H bridge Dc
d) Ultrasonic Sensor
e) Sensor Ultrasonic
f) Arduino UNO REV 3
g) Male and Female wire
h) Tayar mainan kereta
i) Tayar berpusing
PROSES PEMBANGUNAN PRODUK
Bagi menghasilkan produk ini, beberapa bahan diperlukan iaitu seperti mesin gergaji, penukul, sepana boleh
laras, roda berpusing, dua roda kereta mainan, high torque motor, Qunqi L298N Motor Drive Controller , Board
Module Dual H Bridge DC, Male and Female wire, Sensor Ultrasonic, Board – Hmc 588 3L dan Arduino uno
REV 3.
Rajah 1: Bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan robot Follow Me Carton
PSP C@LOGS DIGEST 2020 | VOL. 1 81
Rajah 2 hingga 11 menunjukkan langkah-langkah pembangunan produk inovasi Follow Me Carton.
A. Langkah 1 :
Pengkaji menyediakan sebuah kotak yang mempunyai tapak yang agak besar bagi membuat ukuran pada
papan kayu untuk proses pemotongan seperti di Rajah 2.
Rajah 2: Proses pengukuran dengan menggunakan sebuah kotak yang mempunyai tapak yang besar.
B. Langkah 2:
Para pengkaji harus membuat potongan lurus pada papan kayu dengan mengunakan mesin gergaji jigsaw
bagi memudahkan pemotongan dengan tepat seperti di Rajah 3.
Rajah 3: Proses pemotongan bahan produk
C. Langkah 3:
Para pengkaji harus menggunakan penukul untuk memukul paku di atas papan bagi membuat tapak robot
Follow Me Carton yang kukuh seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4.
Rajah 4: Proses pembuatan tapak robot Follow Me Carton
PSP C@LOGS DIGEST 2020 | VOL. 1 82
D. Langkah 4:
Seterusnya, Rajah 5 menunjukkan proses memasang High Torque Motor perlu dilakukan di dua sisi
belakang pada tapak robot Follow Me Carton dan juga memasang dua tayar mainan kereta bersama High Torque
Motor .
Rajah 5: Proses pemasangan High Torque Motor
E. Langkah 5:
Selepas memasang High Torque Motor, dalam Rajah 6 pengkaji harus memasang roda berpusing di depan
permukaan robot Follow Me Carton bagi memudahkan robot berpusing mengikut langkah kaki.
Rajah 6: Proses pemasangan roda berpusing
F. Langkah 6:
Rajah 7 menunjukkan proses pemasangan komponen-komponen seperti Qunqi L298N Motor Drive
Controller , Board Module Dual H Bridge DC, Male and Female wire, Sensor Ultrasonic, Board – Hmc 588 3L,
Arduino uno REV 3 sebelum melakukan proses memasukkan kod dalam arduino REV 3.
Rajah 7: Proses pemasangan komponen komponen robot Follow Me Carton
G. Langkah 7:
Rajah 8 menunjukkan pengkaji mencari koding yang bersistem mengikut langkah di dalam Google untuk
memasukkan dalam sistem Arduino REV 3.
PSP C@LOGS DIGEST 2020 | VOL. 1 83
Rajah 8: Proses pencarian koding dengan menggunakan Google.
H. Langkah 8:
Rajah 9 pula menunjukkan cara memasukkan koding tersebut dalam komponen Arduino Rev 3.
Rajah 9: Proses memasukkan koding dalam komponen Arduino REV 3
I. Langkah 9 :
Setelah berjaya memasukkan koding dalam komponen Arduino REV 3, pengkaji memasukkan semula
komponen Arduino REV 3 dalam robot Follow Me Carton. Ini dapat dilihat dalam Rajah 10.
Rajah 10: Proses memasukkan Arduino REV 3 dalam robot Follow Me Carton
J. Langkah 10 :
Menutup wayar-wayar dan komponen tersebut dengan kotak penyimpanan di bahagian belakang robot
Follow Me Carton seperti Rajah 11.
PSP C@LOGS DIGEST 2020 | VOL. 1 84
Rajah 11: Menutup dan meletakkan kotak penyimpanan komponen di bahagian belakang robot Follow Me
Carton
IMPAK PRODUK
Inovasi produk diperincikan kepada tiga (3) bentuk impak kesan dari produk yang dihasilkan bagi
menyelesaikan permasalahan kajian. Berikut adalah penjelasan impak mengikut subtopik perbincangan.
1. Impak Produk Terhadap Kos
Perbelanjaan untuk pembelian produk inovasi robot Follow Me Carton dan penggunaannya dalam
kalangan pengguna telah dapat menjimatkan kos kerana bahan pembinaan produk inovasi ini terdiri
daripada bahan yang murah dan mudah didapati di kedai bahan elektronik yang menjual bahan elektronik.
2. Impak Produk Terhadap Masa
Penggunaan robot Follow Me Carton ini telah membantu ke arah penjimatan masa dan proses pengambilan
dan penghantaran barang secara efektif dan cekap berbanding keadaan sebelumnya kerana dengan
menggunakan produk inovasi robot Follow Me Carton ini akan memudahkan pekerja gudang FTS Logistik
Sdn. Bhd. untuk menguruskan proses pengambilan dan penghantaran barang dijalankan. Masalah
pengiraan penjimatan masa berdasarkan pemerhatian pengkaji adalah seperti jadual di bawah. Masa
pengendalian sebelum penggunaan produk adalah 15 minit, manakala selepas penggunaan adalah 10 minit.
BUTIRAN Jadual 1: Impak Produk Terhadap Masa SELEPAS
SEBELUM 10 MINIT
11
MASA PENGENDALIAN 15 MINIT
3. Impak Terhadap Keberkesanan Penggunaan Produk
Keberkesanan penggunaan produk dapat dilihat dari segi memudahkan banyak pihak seperti kepada
pihak pengurusan gudang dan perkerja gudang FTS Logistik Sdn. Bhd. Hal ini kerana produk inovasi ini
sangat mudah dibawa dan mudah untuk dikendalikan di mana jua. Seterusnya, produk inovasi robot
Follow Me Carton ini sangat membantu sistem pengurusan pengambilan dan penghantaran barang di
dalam Gudang FTS Logistik Sdn. Bhd. yang menggunakan troli dan peralatan lain sewaktu proses
pengambilan barang. Hal ini kerana reka bentuk yang dibina sangat sesuai bagi gudang yang mempunyai
pelajar ruang yang sempit dan di samping robot Follow Me Carton terdapat satu ruangan untuk
menyimpan wayar agar tidak mengganggu apabila meletakkan barang dan dapat menghindarkan
daripada berlaku kes kerosakan wayar tersebut.
Jadual 2: Impak Terhadap Keberkesanan Penggunaan Produk
ASPEK SEBELUM SELEPAS
KETINGGIAN MEMUASKAN AMAT BAIK
JAMINAN KESELAMATAN BERISIKO LEBIH SELAMAT
PSP C@LOGS DIGEST 2020 | VOL. 1 85
CADANGAN DAN PENAMBAHBAIKAN
Analisis SWOT digunakan bagi data yang dikumpulkan menerusi soal selidik.
A. Kekuatan/Peluang
Masalah yang dihadapi oleh pihak gudang FTS Logistics Sdn. Bhd. ialah terpaksa mencari troli dan
menggunakan troli membawa barang-barang untuk proses penghantaran dalam gudang. Selain itu, mereka
terpaksa menggunakan tenaga kerja yang banyak dan juga melakukan kesilapan dalam proses pemilihan
barang sewaktu mengendalikan troli dan pada masa yang sama memilih barang. Dengan adanya robot
Follow Me Carton yang murah, ringan dan mempunyai harga yang berpatutan serta mesra pengguna, robot
Follow Me Carton digunakan dengan begitu efektif di gudang FTS Logistics Sdn. Bhd. Dengan adanya
robot Follow Me Carton masalah yang dihadapi oleh pihak gudang dapat diselesaikan.
B. Kekuatan/Ancaman
Robot Follow Me Carton hendaklah digunakan secara cermat dan berhati-hati semasa penggunaanya.
Selain itu, penggunaan robot Follow Me Carton hendaklah tidak melebihi tempoh 2-3 jam.
C. Kelemahan/Peluang
Robot Follow Me Carton ini dapat dipasarkan dengan meluas kerana produk ini boleh digunakan oleh
semua gudang besar dan kecil untuk memudahkan proses pergudangan sewaktu mengalihkan barang dari
satu tempat ke tempat yang lain.
D. Kelemahan/Ancaman
Penggunaan robot Follow Me Carton dengan cara yang tidak cermat akan mengakibatkan kerosakan
kepada bahagian sensor Ultrasonic dan juga akan menyebabkan sensor tidak berfungsi dengan baik.
KESIMPULAN
Robot Follow Me Carton ini direka cipta untuk memudahkan proses pergudangan, hal ini disebabkan FTS
Logistics Sdn. Bhd. tidak mempunyai teknologi yang tinggi untuk menjalankan proses pergudangan yang lebih
efektif. Inovasi robot Follow Me Carton adalah bertujuan untuk menjimatkan masa dan memudahkan para pekerja
gudang dengan mengurangkan tenaga kerja.
Prospek pasaran robot Follow Me Carton ini sangat tinggi. Ini kerana produk inovasi seperti ini kurang
dalam pasaran. Produk inovasi robot Follow Me Carton ini membantu dalam menjimatkan masa proses
pergudangan. Ini disebabkan oleh proses pergudangan menggunakan troli sebelum ini agak sukar dan
kebiasaannya mengambil masa yang lama bagi mengendalikannya dan ini melambatkan proses pergudangan.
Dicadangkan kajian pada masa hadapan boleh dilakukan dengan menggunakan sistem elekttronik lain yang lebih
baik dan responsif. Ini kerana perubahan teknologi berlaku setiap masa.
RUJUKAN
Ayuningtyas, D. W. (2018). Penerapan administrasi pergudangan untuk memperlancar kegiatan gudang di cv
kidsmedia distributor malang (Doctoral dissertation). Politeknik Negeri Malang.
Hasnan, N., Ramli, A., & Mohtar, S. (2014). Modal insan dan operasi pergudangan: sejauhmana kaitannya?
Paper Presented at the 4th International Conference on Technology and Operations Management
(ICTOM04). Kuala Lumpur, Malaysia.
Kusuma, Y., Sumarauw, J. S., & Wangke, S. J. (2017). Analisis Sistem Manajemen Pergudangan pada CV.
Sulawesi Pratama Manado. Jurnal EMBA: Jurnal Riset Ekonomi, Manajemen, Bisnis dan
Akuntansi, 5(2).
Purwanggono, B., & Astuti, D. T. (2009). Redisain Layout dan Prosedur Untuk Reduksi Waktu Setup Gudang
Komponen. J@ TI UNDIP, 4(3), 158-168.
PSP C@LOGS DIGEST 2020 | VOL. 1 86
PRODUK INOVASI E-LADDER DALAM SUSUN ATUR DAN
PENGURUSAN INVENTORI SYARIKAT BINARI ENTERPRISE SDN.
BHD.
1Sharipah Khadijah binti S. Hashim*
2Faizah binti Omar
3Ekhwan Fahimi bin Shuhaimi
4Ahmad Azhari bin Kamarudin
5Muhammad Izwan bin Zainal
6Muhammad Afnan bin Nordin
7Mohamad Erham bin Mohd Yusoff
8Muhammad Hakim bin Mohd Hafizal
*e-mail: [email protected]
1-8Jabatan Perdagangan Politeknik Seberang Perai
ABSTRAK
Syarikat Binari Enterprise Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan runcit
24 jam di Permatang Pauh, Pulau Pinang. Terdapat pelbagai jenis barangan yang dijual seperti barangan
keperluan harian, barangan runcit, sayur-sayuran segar dan barangan makanan haiwan. Namun begitu,
tinjauan awal mendapati syarikat ini masih menggunakan kaedah konvensional dalam menguruskan
inventori di dalam pengurusan kedai dan merasakan produk inovasi perlu dihasilkan bagi membantu
pihak syarikat menguruskan inventori dengan lebih cekap dan efisien. Kesan dari kegagalan sesebuah
syarikat dalam mengendalikan inventori akan menyebabkan syarikat mengalami kerugian yang besar.
Justeru, tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk membuat tinjauan terhadap pengurusan inventori dan
penyusunan barang ke atas rak jualan di kedai runcit 24 jam Binari Enterprise Sdn. Bhd. yang dinamakan
sebagai E-Ladder. Pembangunan E-Ladder ini melibatkan dua proses iaitu i) proses pertama, pembelian
barang dan alatan, dan ii) proses kedua, proses mencantum dan aktiviti kimpalan. Seramai lima orang
pekerja syarikat ini telah dipilih sebagai responden. Setiap responden yang dipilih telah di temu bual bagi
memperolehi maklumat kajian yang dikehendaki. Semua maklumat diperolehi telah diproses dengan
menggunakan perisian Microsoft Word. Dapatan kajian mendapati keseluruhan responden bersetuju
bahawa E- Ladder dapat membantu dalam mengurangkan kos kerosakan inventori, mengurangkan masa
dalam proses penyusunan, penyimpanan inventori dan dapat meminimumkan kadar insiden terhadap
pekerja. Kesimpulannya produk inovasi E-Ladder ini diharapkan dapat membantu dalam sistem
pengurusan dan penyusunan inventori serta isu keselamatan di dalam kedai Binari Enterprise Sdn. Bhd.
Selain itu, produk yang mempunyai pelbagai kegunaan ini dapat dikomersialkan bagi memenuhi
permintaan dan pasaran yang tinggi dalam pelbagai industri terutamanya dalam bidang peruncitan.
Kata kunci: E-Ladder , susun atur, pengurusan inventori, Syarikat Binari
PENGENALAN
Inventori di definisikan sebagai bahan atau barangan yang disimpan sebagai produk jualan atau pun bahan
asas dalam penghasilan sesuatu produk. Bagi memastikan inventori dapat diuruskan dengan baik, satu sistem
pengurusan inventori perlu dibangunkan. Menurut Hazimah (2002), sistem pengurusan inventori yang baik
merujuk kepada bagaimana organisasi menentukan supaya inventori dapat diagihkan dengan cekap dan berkesan.
Terdapat 3 faktor utama dalam memastikan sistem pengurusan inventori dapat dilaksanakan dengan baik
iaitu yang pertama memastikan inventori berada pada tahap yang optimum. Ini bagi menentukan bahawa inventori
sentiasa berada pada tahap yang mencukupi di samping dapat menjana keuntungan. Faktor kedua pula ialah bagi
mengelakkan risiko kerosakan dan kecurian. Manakala faktor ketiga ialah bagi memenuhi keperluan pasaran
apabila inventori ini diperlukan oleh pelanggan.
Justeru, kajian ini telah dijalankan bagi membantu Syarikat Binari Enterprise Sdn. Bhd. Syarikat ini yang
menjalankan perniagaan runcit 24 jam di Permatang Pauh, Pulau Pinang dalam menyusun atur barangan dan
membantu daripada aspek pengurusan inventori.
PSP C@LOGS DIGEST 2020 | VOL. 1 87
Melalui temubual yang dijalankan bersama pemilik syarikat mendapati kaedah konvensional masih
digunakan dalam menguruskan inventori. Kesannya, wujud beberapa permasalahan dan isu yang melibatkan
pengurusan dan penyimpanan stok dari segi barang rosak, insiden pekerja cedera dan kos yang meningkat. Oleh
itu, penyelidik merasakan produk inovasi perlu dihasilkan bagi membantu pihak syarikat menguruskan inventori
dengan lebih cekap dan efisien.
PERNYATAAN MASALAH
Inventori yang dikendalikan dengan berkesan membolehkan syarikat merealisasikan strategi pemasaran,
penjualan seterusnya melancarkan saluran logistik dengan lebih berkesan (Ross, 2015). Menurut Judi et al. (2010)
pula menyatakan bahawa susun atur yang baik bagi sesebuah fasiliti melibatkan perancangan keperluan bahan
dan peletakan peralatan serta penggunaan ruang secara terbaik untuk mencapai nilai keselesaan yang menepati
prinsip perancangan. Ini disokong oleh kajian Cheng Ying et al. (2016), sesebuah reka bentuk susun atur
kemudahan mempunyai fungsi penting dalam sistem pembuatan kerana ia memberi kesan kepada kos
pengeluaran, kerja dalam kemajuan, tempoh masa pengeluaran, dan jumlah pengeluaran.
Dalam kajian Lestari (2018) menyatakan gudang yang memiliki susun atur yang efisien merupakan salah
satu faktor asas dalam melancarkan proses produksi sesebuah syarikat. Susun atur yang efisien dapat
meminimumkan jarak perpindahan dan dapat mempercepatkan waktu pengambilan barang. Permasalahan yang
terjadi di gudang adalah longgokan barang dan aliran keluar masuk barang yang bermasalah sehingga mengambil
masa yang lama untuk dicapai. Tamodia (2013) turut bersetuju dengan hasil dapatan kajiannya di mana
peningkatan daya saing dapat dilakukan melalui pengelolaan gudang, khususnya gudang barang siap. Keadaan
pola penyimpanan dan penyusunan barang yang dilakukan secara kurang teratur akan mengakibatkan terjadinya
longgokan barang-barang di dalam satu slot rack, sehingga, keadaan tersebut akan mengakibatkan waktu
pencarian yang lebih lama.
Hasil pemerhatian dan temubual bersama pemilik syarikat menunjukkan bahawa syarikat ini tidak
menggunakan alatan yang sesuai ketika menguruskan inventori, hal ini disebabkan Syarikat Binari tidak
mempunyai peralatan yang lengkap di mana mereka mengguna kerusi sebagai peralatan untuk mencapai dan
menambah stok pada kedudukan yang tinggi. Temubual telah dijalankan bersama Pemilik Syarikat Binari
Enterprise bagi mendapatkan maklum balas berkenaan isu ketika para pekerja melakukan aktiviti penyusunan
stok.
Masalah utama yang dihadapi oleh syarikat ini adalah pengendalian barang-barang yang berat untuk
disusun ke dalam rak-rak yang berkedudukan tinggi. Kaedah manual digunakan iaitu dengan menggunakan kerusi
dan tenaga pekerja. Kaedah ini boleh menyebabkan kemalangan kepada pekerja dan juga kerosakan kepada
barang-barang yang disusun. Rajah 1 menunjukkan susun atur yang tidak sistematik yang boleh menyebabkan
barang-barang tersebut rosak atau mendatangkan bahaya kepada pelanggan dan pekerja.
Rajah 1 : Susunan stok yang tidak teratur
PSP C@LOGS DIGEST 2020 | VOL. 1 88
OBJEKTIF INOVASI
Di antara objektif projek inovasi ini dilaksanakan adalah untuk :
1) Mengenal pasti masalah dalam sistem penyusunan barang di dalam kedai runcit Binari Enterprise Sdn.
Bhd.
2) Menghasilkan produk inovasi E-Ladder bagi membantu pekerja supaya dapat menyusun dan menguruskan
inventori dengan selamat dan lebih sistematik di kedai runcit Binari Enterprise Sdn. Bhd.
CIRI-CIRI INOVASI
Produk inovasi yang dihasilkan ini adalah daripada dasar kajian intensif terhadap masalah yang dialami
oleh Syarikat Binari Enterprise Sdn. Bhd. Melalui analisis yang dijalankan, E-Ladder mempunyai takal untuk
mengangkat barang-barang yang berat kepada kedudukan yang tinggi di mana dapat menjamin keselamatan
pekerja sekaligus dapat mengurangkan risiko kemalangan dan kekerapan berulangkali semasa menjalankan
aktiviti menambah stok di Syarikat Binari Enterprise Sdn. Bhd. Selain itu, produk E-Ladder dapat mengurangkan
risiko kerosakan barang yang boleh menjejaskan kos. Hal ini kerana pekerja dapat menaikkan barang ke tempat
yang tinggi dengan selamat dan pada masa yang sama, dapat memberi kepuasan kepada pelanggan dengan
menyediakan barang yang berkualiti.
Selain itu, produk ini juga bertujuan menjimatkan perbelanjaan syarikat. Sekiranya tidak mempunyai
kemudahan untuk mengurus penyimpanan stok, perbelanjaan yang besar terpaksa dikeluarkan akibat kerosakan
pada barang. Kos rawatan pekerja juga terpaksa dikeluarkan sekiranya pekerja mengalami kecederaan ketika
melakukan tugas. Oleh itu, dengan adanya produk inovasi ini Syarikat Binari Enterprise boleh mengurangkan
kos penggantian stok bagi yang rosak dan dapat meminimumkan risiko kemalangan ketika aktiviti penambahan
stok beroperasi.
E-Ladder mempunyai takal untuk mengangkat barang-barang yang berat kepada kedudukan yang tinggi.
Hal ini dapat menjamin keselamatan pekerja sekaligus dapat mengurangkan risiko kemalangan dan kekerapan
berulangkali semasa menjalankan aktiviti menambah stok di Syarikat Binari Enterprise Sdn. Bhd. Pada masa
yang sama, E-Ladder dapat memberi kepuasan kepada pelanggan dengan menyediakan barang yang berkualiti.
Tangga inovasi E-Ladder ini berbeza dengan tangga biasa yang selalu digunakan. E-Ladder dapat dibentuk
dengan tiga cara iaitu menegak, bentuk segi tiga dan dapat dilipat dua kerana pengkaji menggunakan kekunci
ensel. Pengkaji juga turut menambah takal pada sisi tangga di bahagian atas bagi memudahkan pekerja menaikkan
barang pada rak yang tinggi dan menambah roda sebanyak empat biji bagi memudahkan urusan penyimpanan E-
Ladder serta menjaga kualiti lantai penyimpanan daripada tercalar.
PEMBANGUNAN E-LADDER
A. Proses pertama: Pembelian barang / alatan
Proses pertama merangkumi persediaan peralatan untuk membentuk tangga. Antaranya ialah besi sisi
tangga bersaiz 1’x2’, besi pemijak bersaiz 1’x2’, takal dan empat biji roda. Ini dapat dilihat melalui Rajah 2 hingga
4.
Rajah 2: Besi saiz (1’x2’)
PSP C@LOGS DIGEST 2020 | VOL. 1 89
Rajah 3: Roda
Rajah 4: Takal
B. Proses kedua: Proses mencantum dan aktiviti kimpalan bermula.
Rajah 5 menunjukkan proses kedua iaitu proses mencantum dan aktiviti kimpalan.
Rajah 5: Melakukan proses kimpalan
PSP C@LOGS DIGEST 2020 | VOL. 1 90
GAMBAR RAJAH INOVASI
Rajah 6 hingga 8 menunjukkan gambar rajah produk E-Ladder dari pandangan hadapan, pandangan sisi
dan pandangan dalam lipatan. Rajah 6 adalah pandangan E-Ladder dari pandangan hadapan dengan ukuran lebar
sepanjang 2.5 kaki. Rajah 7 pula menunjukkan dari pandangan sisi dengan ukuran ketinggian dua kali 5 kaki.
Roda dan takal dapat dilihat dari pandangan sisi dengan jelas. Keseluruhan ukuran ketinggian adalah sepanjang
10 kaki. Manakala Rajah 8 menunjukkan dari pandangan apabila E-Ladder dilipat.
Rajah 6: E-Ladder dari pandangan hadapan
Rajah 7: E-Ladder dari pandangan sisi
PSP C@LOGS DIGEST 2020 | VOL. 1 91
Rajah 8: E-Ladder dari pandangan apabila E-Ladder dilipat
IMPAK PRODUK
A. Kelebihan dan kebaikan inovasi
Inovasi produk diperincikan kepada TIGA (3) bentuk impak kesan dari produk yang dihasilkan bagi
menyelesaikan permasalahan kajian. Berikut adalah penjelasan impak mengikut sub topik perbincangan.
1. Impak Produk Terhadap Syarikat
Tangga E-Ladder telah memberikan impak yang positif terhadap Syarikat Binari Enterprise Sdn. Bhd.
kerana syarikat ini tidak perlu mengganti rugi kerosakan barang sekaligus dapat menjimatkan kos.
Seterusnya, diharapkan hasil jualan harian meningkat naik berbanding sebelumnya dan memberikan
kepuasan hasil jualan kepada syarikat.
2. Impak Produk Terhadap Masa
Penggunaan tangga E-Ladder telah membantu ke arah penjimatan masa dari segi penyusunan inventori
yang sebelum ini mengambil masa yang lama bagi menambah stok pada rak yang tinggi berikutan tiada
kemudahan untuk membawa naik barang dalam kuantiti yang banyak pada suatu masa. Dengan adanya
sistem takal, para pekerja dapat mengurangkan kekerapan membawa naik barang berulang kali.
Selepas E-Ladder ini digunakan oleh pekerja, masa yang di ambil untuk aktiviti penyusunan dan
menambah stok dapat dikurangkan.
3. Impak Terhadap Keberkesanan Penggunaan Produk
Keberkesanan penggunaan E-Ladder dilihat dari segi pengurangan kos ganti rugi bagi produk yang
rosak di kedudukan rak yang tinggi. Kadar insiden dapat diminimumkan dalam kalangan pekerja
kerana mereka dapat menaikkan barang dalam kuantiti yang banyak pada satu-satu masa dalam keadaan
yang selamat dengan menggunakan takal yang disediakan bersama E-Ladder.
B. Hasil temubual bersama responden
Jadual 2 : Hasil temu bual pekerja Syarikat Binari Enterprise Sdn. Bhd
Bil Butiran Peratusan
1 Adakah anda menghadapi masalah ketika menyusun inventori di Binari Ya = 100%
Enterprise Sdn. Bhd. ?
2 Adakah anda mengambil masa yang lama semasa menambah stok di Binari Ya = 100%
Enterprise Sdn.Bhd.
3 Adakah E-Ladder memberi kebaikan kepada anda? Ya = 100%
4 Adakah E-Ladder mudah untuk digunapakai dalam tempoh yang cepat? Ya = 100%
5 Adakah anda bersetuju untuk menggunakan tangga E-Ladder pada bila-bila Ya = 100%
masa? Ya = 100%
6 Adakah E-Ladder sesuai digunakan oleh semua kedai runcit?
PSP C@LOGS DIGEST 2020 | VOL. 1 92
Seramai lima orang pekerja syarikat ini telah dipilih sebagai responden. Jadual 2 menunjukkan hasil temu
bual bersama pekerja syarikat yang dipilih. Keseluruhan responden bersetuju bahawa mereka menghadapi
masalah ketika menyusun inventori, mengambil masa yang lama semasa menambah stok, E-Ladder dapat
memberi kebaikan dan mudah untuk digunapakai dalam tempoh yang cepat. Mereka juga bersetuju untuk
menggunakan produk inovasi E-Ladder pada bila-bila masa dan merasakan ianya sesuai digunakan oleh semua
kedai runcit secara khususnya.
CADANGAN DAN PENAMBAHBAIKAN
Matrik SWOT (Strengths, Weaknesses, Opportunities, Threats) digunakan sebagai kesimpulan bagi
menghasilkan cadangan dan penambahbaikan dalam kajian ini. Berikut adalah analisis yang telah dilakukan oleh
pengkaji.
A. Kekuatan / Peluang
Masalah dalam sistem pengurusun masa untuk penyusunan inventori di Syarikat Binari Enterprise Sdn.
Bhd. menjadi pengaduan dari pekerja dan juga kerisauan pemilik syarikat tersebut. Pengkaji membawa
jalan penyelesaian untuk menyelesaikan masalah dengan mencipta tangga E-Ladder yang dapat membantu
dalam pengurusan dan penyusunan stok.
B. Kekuatan/Ancaman
Dengan adanya E-Ladder, syarikat dapat menyelesaikan masalah dengan mengurangkan kos kerosakan
stok, mengurangkan masa dalam proses penyusunan, penyimpanan stok dan dapat meminimumkan kadar
insiden terhadap pekerja. Ini berikutan dengan ciri-ciri E-Ladder yang bersifat mesra pengguna seperti
gerakannya yang fleksibel, boleh digerakkan dan disimpan dimana sahaja dengan mudah. Selain itu, E-
Ladder juga mempunyai harga yang berpatutan untuk dimiliki oleh mana-mana premis kedai runcit.
C. Kelemahan/ Peluang
E-Ladder dapat dipasarkan dengan baik kerana dapat memberi banyak manfaat kepada syarikat dan
pengguna berbanding dengan menggunakan tangga biasa. Pelbagai jenis syarikat boleh menggunakannya
dengan efisien dan efektif samada syarikat peruncitan secara khususnya atau syarikat yang mengendalikan
inventori yang banyak secara umumnya.
D. Kelemahan/ Ancaman
E-Ladder ini juga mempunyai kelemahan. Hanya barang yang tertentu sahaja yang berbentuk mudah alih
dan bungkusan bersesuaian dinaikkan atau diangkat dengan menggunakan takal. Ketinggian tangga juga
adalah terhad iaitu pada ketinggian 10 kaki sahaja.
KESIMPULAN
E-Ladder ini memberikan banyak kelebihan dan manfaat untuk proses atau aktiviti penyusunan stok di
Syarikat Binari Enterprise Sdn. Bhd. kerana ia dapat menjimatkan masa proses penyusunan dan penyimpanan
stok. Produk inovasi ini juga turut menjamin keselamatan pekerja yang sebelum ini hanya menggunakan kerusi
atau tangga biasa untuk penambahan stok pada kedudukan rak yang tinggi. Impak yang paling utama ialah produk
ini boleh mengurangkan kos penggantian stok bagi produk yang rosak akibat insiden ketika penyusunan stok .
Justeru, ini dapat meminimumkan kemalangan ketika aktiviti penambahan stok beroperasi. E-Ladder juga
dijangka mempunyai permintaan dan pasaran yang tinggi kerana kegunaan yang pelbagai pada masa kini amat
memberangsangkan berbanding tangga yang biasa digunakandan ianya memberi impak yang positif kepada
syarikat. Oleh itu, cadangan penambahbaikan dalam penghasilan E-Ladder pada masa akan datang adalah dengan
menambahkan ketinggian tangga dan menggunakan besi aloi yang bermutu tinggi bagi menampung berat pekerja
dan barang yang ingin disusun ke atas rak. Dengan ini, ia boleh dikomersialkan untuk kegunaan bukan hanya
peruncit tetapi juga kepada pergudangan.