The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ajkm2295, 2022-06-28 09:38:45

BP PIBG KE 21

2022

KANDUNGAN

Kata Alu-aluan daripada Guru Besar SK Abdul Rahman Yassin…………………..…………..……2
Sekapur Sireh Seulas Pinang daripada YDP PIBG SK Abdul Rahman Yassin……………..……....3
Ucapan Perasmi ………………………………………………………………..………………..…….4
Aturcara Majlis…………………………………………………………….….………….……….…….5
Surat Panggilan Mesyuarat……...…………………………………………………….………….…...6
Ahli Jawatankuasa PIBG 2021 - 2022 …..………………………………………….………………..7
Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat Agung PIBG……..………………………….……….……….8
Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-20 2020/2021…………….…………………….......…...…10
Kehadiran Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-20 (2021)……………………...………………......…18
Penyata Kewangan PIBG Tahun 2021 ………………………………………...……….….…….....20
Laporan Aktiviti Sepanjang 2021/2022 ……………………………………….……………..…......22
Usul-usul Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-21……………………………………………....…..…..23
Penghargaan…………...………………………………………………………….……………..…...25

KATA ALU-ALUAN
GURU BESAR SK ABDUL RAHMAN YASSIN

Dan salam sejahtera.
Alhamdulillah, syukur kita kehadrat Allah S.W.T dengan segala nikmat yang diberi dapat saya
mengambil kesempatan ini menzahirkan kesyukuran dan ucapan terima kasih kepada ibubapa
dan guru guru yang dapat hadir dalam Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru,
SK Abdul Rahman Yassin kali yang ke-21.

Terima kasih diucapkan kepada barisan ahli jawatankuasa PIBG yang sentiasa
mendukung dan memberi komitmen yang tinggi dalam merealisasikan aspirasi sekolah. Harapan
saya agar hubungan baik yang terjalin kukuh antara ibu bapa dan warga pendidik di sekolah ini
dapat mengorak langkah membantu dan menjayakan segala program sekolah demi
kecemerlangan anak-anak.

Mesyuarat Agung PIBG merupakan satu medium terbaik untuk mewujudkan
pemuafakatan antara ibu bapa dan guru. Dengan pemuafakatan ini kita dapat membina
persefahaman tentang peranan dan tanggungjawab bersama demi melahirkan modal insan yang
cemerlang, gemilang dan terbilang. Justeru, kesungguhan dan kerjasama semua pihak amatlah
diperlukan untuk memenuhi hasrat ini. Sokongan dan suntikan PIBG dari segi material dan idea
yang bernas merupakan nadi penggerak dalam meningkatkan prestasi dan kecemerlangan
sekolah agar kalimah “Skarian Leads “dapat dijelmakan.

Penglibatan semua ahli dan kepimpinan pengurusan PIBG yang mantap dan cergas juga
akan menjadikan SKARY sebagai wacana pendidikan yang bergerak lancar seiring dengan Pelan
Pembangunan Pendidkan Malaysia (PPIM) 2013-2025. Permuafakatan, sikap saling membantu
dan bekerjasama antara ibu bapa dan warga pendidik merupakan nilai tambah kepada kejayaan
tersebut.

Akhir kata, saya mendoakan agar semuanya sentiasa dilindungi Allah dan mendapat
rahmatNya, Semoga Allah SWT memberkati kerjasama kita dalam menjalankan amanah untuk
mendidik dan mencorak anak-anak menjadi modal insan yang berilmu dan cemerlang di dunia
dan di akhirat.
Sekian, terima kasih.
…………………………………………………
(EN MOHD JOEHADI BIN HJ PARCHO)
Guru Besar
SK Abdul Rahman Yassin

2

SEKAPUR SIREH SEULAS PINANG
YANG DI-PERTUA PIBG

Dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, pertama-tamanya saya dahulukan dengan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat
Ilahi kerana dengan keizinanNya dapat saya mencurahkan sepatah dua kata di ruangan sekapur
sireh seulas pinang ini sebagai perkongsian bersama dalam mendokong misi dan visi gemilang
sekolah.

Sebagaimana kita semua maklum, objektif utama PIBG adalah membantu dan
bekerjasama dengan pihak sekolah dalam melonjakkan pencapaian yang gemilang dalam bidang
akademik, kokurikulum dan sebagainya. Disamping itu menjadi medium untuk bersama-sama
mengatasi sebarang masalah yang mungkin timbul sama ada secara dalaman atau luaran. Oleh
yang demikian PIBG akan berusaha lebih keras, berganding bahu untuk memastikan pencapaian
cemerlang sekolah dilonjakkan menjadi sekolah gemilang.

Saya selaku Yang Di Pertua PIBG sekolah ini sangat-sangat berterima kasih atas segala
kerjasama, sumbangan idea dan tenaga yang diberikan oleh pihak pengurusan sekolah,
guru-guru dan kakitangan yang sentiasa sama-sama senang, sama-sama susah dalam
menjayakan setiap aktiviti yang dianjurkan oleh PIBG. Tidak lupa juga, jutaan terima kasih
kepada semua ibu bapa dan penjaga yang menyumbang tenaga, memberi kerjasama dan
komitmen bagi memastikan kejayaan anak-anak di sekolah ini.

Akhir bicara, sekali lagi saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat
secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis Mesyuarat Agung PIBG Kali
Ke-21 ini. Saya mengharapkan dengan kepimpinan AJK PIBG yang dilantik akan dapat
meningkatkan prestasi anak-anak di SKARY. Mudah-mudahan pengorbanan dan niat murni kita
semua untuk membuahkan kejayaan anak-anak yang gemilang akan dimakbulkan oleh Allah.
Amin.

Sekian, terima kasih.

………………………………………………………..
(EN MOHD FADZIL BIN ABDULLAH)
Yang Di Pertua PIBG
SK Abdul Rahman Yassin

3

UCAPAN PERASMI

Dan salam sejahtera.
Alhamdulilah, pertama sekali marilah kita bersama-sama memanjatkan kesyukuran ke

hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, maka dapat kita bersama-sama berkumpul
dalam Mesyuarat Agung Persatuan Ibu bapa dan Guru, SK Abdul Rahman Yassin Kali ke-21
pada hari ini. Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada Penasihat dan Jawatankuasa PIBG
kerana telah merancang, mengelola dan seterusnya melaksanakan mesyuarat ini.

PIBG merupakan sebuah pertubuhan berdaftar di bawah Kementerian Pendidikan
Malaysia. Pertubuhan ini merupakan satu badan yang ditubuhkan untuk membantu kerajaan
mencapai matlamat pendidikan bersandarkan Falsafah Pendidikan Negara. Sesungguhnya majlis
pada hari ini amat bermakna, pihak sekolah dan ibu bapa dapat bertemu dan berbincang dan
mencari kata sepakat, demi kepentingan dan masa depan anak-anak masing-masing.
Permuafakatan seumpama inilah yang menjadi kunci kejayaan PIBG dan pihak sekolah.

Peranan ibu bapa dalam perkembangan pembelajaran anak-anak amatlah penting. Tidak
dinafikan bahawa tanggung jawab mendidik anak-anak bukan hanya tanggung jawab guru
semata-mata tetapi juga ibu bapa itu sendiri. Keluarga merupakan pengasuh yang paling penting
dan mempunyai pengaruh yang besar terhadap perkembangan sahsiah anak-anak. Oleh itu, ibu
bapa hendaklah menunjukkan contoh teladan dan akhlak yang baik di hadapan anak-anaknya
agar mereka dibesarkan dalam suasana akhlak yang mulia.

Pembiayaan persekolahan anak-anak memerlukan kos yang banyak dan semakin
meningkat. Begitu juga, pelbagai aktiviti atau program yang dirancang oleh pihak sekolah
melibatkan kos yang banyak. Adalah diharapkan ibu bapa memberi sokongan penuh kepada
pihak sekolah dan berganding bahu membantu melancarkan program-program yang
direncanakan oleh pihak sekolah. Sesungguhnya, kejayaan memerlukan pengorbanan dan
keprihatinan. Di sinilah peranan PIBG tampil bersama-sama guru-guru dalam usaha membentuk
modal insan yang cemerlang serta mencapai matlamat pendidikan berkualiti untuk semua murid.

Sekali lagi saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua guru dan ibu bapa
yang sebelum ini telah berusaha gigih, berkorban masa dan tenaga, bahkan wang ringgit serta
telah memberi komitmen yang tinggi dalam memastikan kelangsungan pendidikan awal
anak-anak kita. Terbuktilah bahawa Jawatankuasa PIBG ini merupakan elemen penting dalam
perkembangan pendidikan anak-anak di sekolah. Teruskan usaha, sokongan dan semangat
kalian untuk terus membangunkan anak bangsa. Semoga kita semua mendapat rahmat dan
keberkatan daripada-Nya.
Sekian, terima kasih.
ENCIK MOHD AZAM BIN MISROM
Pengurus Bank Rakyat
Cawangan Kluang
4

ATURCARA MAJLIS

2.00 – 2.15 petang
• Kehadiran para tetamu dan pendaftaran

2.15 petang
• Kata aluan Pengacara Majlis
• Nyanyian Lagu Bangsa Johor
• Nyanyian Lagu Negaraku
• Nyanyian Lagu Sekolah
• Persembahan murid (1)
• Bacaan Doa
• Persembahan murid (2)
• Ucapan Penasihat

En. Mohd Joehadi Bin Parcho
Guru Besar, SK Abdul Rahman Yassin
• Ucapan YDP PIBG
En. Mohd Fadzil Bin Abdullah
Yang Di Pertua PIBG, SK Abdul Rahman Yassin
• Ucapan Perasmi
En. Mohd Azam Bin Misron
Pengurus Bank Rakyat Cawangan Kluang
• Tayangan Video Korporat Sekolah
• Persembahan murid (3)
• Penyampaian Watikah Pelantikan AJK PIBG SK Abdul Rahman Yassin
• Penyampaian cenderahati kepada ADIWIRA SKARY
• Penyampaian cenderahati kepada perasmi
• Persembahan murid (4)

3.00 petang
Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-21 dimulakan
• Membentangkan dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Kali ke-20
• Membentangkan dan meluluskan Penyata Kewangan PIBG tahun 2021
• Membincangkan usul-usul yang diterima
• Hal-hal lain
• Ucapan penangguhan
• Cabutan bertuah

5.00 petang
• Bersurai

5

SURAT PANGGILAN MESYUARAT

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU,
SK ABDUL RAHMAN YASSIN,
JALAN ARA, KAMPUNG ABDUL RAHMAN YASSIN,
86000 KLUANG,
JOHOR DARUL TA’ZIM

TEL. / FAX : 07-7764280
Email : [email protected]

___________________________________________________________________________________________

“Skary–Skarian Lead”

Kepada,
Ibubapa / Penjaga Murid
SK Abdul Rahman Yassin,
Jalan Ara, Kg. Dato’ Abdul Rahman Yassin,
86000 Kluang, Johor.
Tuan/Puan,
NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-21
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Abdul Rahman Yassin
Kali Ke-21 akan di adakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 30 Jun 2022
Masa : 2.30 petang
Tempat : Dewan IbnuSina SK Abdul Rahman Yassin, Kluang
3. Sehubungan dengan itu, tuan/puan dijemput hadir ke mesyuarat tersebut. Berikut adalah
agenda mesyuarat:
3.1 Ucapan pengerusi
3.2 Membentang minit Mesyuarat Agung Kali Ke-20
3.3 Perkara berbangkit
3.4 Membentang dan mengesahkan Penyata Kewangan
3.5 Membentang dan membahaskan usul
3.6 Menetapkan sumbangan PIBG 2022/2023
3.7 PembubaranJawatankuasa PIBG 2021/2022
3.8 Perlantikan Jawatankuasa PIBG 2022/2023
3.9 Hal-hal lain
3.10 Ucapan penangguhan
4. Bersama-sama ini disertakan boring usul yang perlu diisi secara “google form” pada
pautan https://forms.gle/1eKJZTwqyQ1cNU5D8 dan diserahkan semula kepada pihak sekolah
sebelum atau pada 28 Jun 2022. Pemberi usul hendaklah hadir dalam talian dan
membentangkan usulnya dalam mesyuarat tersebut.
5. Semoga dalam makluman dan tindakan tuan. Kehadiran dan kerjasama tuan/puan amat
diharapkan. Sekian, terima kasih.
“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankanamanah,

……………………………………..
(MOHD. FADZIL BIN ABDULLAH)
Yang Dipertua PIBG,
SK Abdul Rahman Yassin,
Kluang, Johor.

s.k 1. PPD Kluang
2. Fail sekolah

6

AHLI JAWATANKUASA PIBG 2021 / 2022

PENASIHAT : En. Mohd Joehadi Bin Hj. Parcho

YDP : En. Mohd Fadzil B. Abdullah

NYDP : En. Kamarul Hisyam Bin Tahir

SETIAUSAHA : Pn. Nor Azrini Binti Mohd Surur

BENDAHARI : Pn. Mai-Salomah Binti Nazari

NAIB BENDAHARI : Cik Armiza Binti Salleh

AJK IBU BAPA : En. Nur Izwan Bin Nordin
: Pn. Noorjahan Binti Ali
: En. Yusman Bin Jamat
: En. Azhari Bin Osman
: Pn. Rosnani Binti Mamat

AJK GURU : En. Mohd Agus Bin Masian
: Pn. Siti Suhaniz Binti Shahrodin
: Pn. Norlin Binti Ahmad
: Pn. Masdiana Binti Ahmad Kamil

JURUAUDIT IBU BAPA : Pn. Norlida Binti Ngadiman

JURUAUDIT GURU : En. Mohd Azhar Mohd Ali

AJK GURU JAWATANKUASA PIBK SESI 2021/2022
AJK IBU BAPA
: En. Abdul Rahman Bin Abdulah
: En Mohd Khairul
: Pn. Zuzana Binti Abd Aziz
: Pn Norazian Binti Nasaha

7

JAWATANKUASA PELAKSANA MESYUARAT AGUNG
PIBG SK ABDUL RAHMAN YASSIN
KALI KE-21 SESI 2022/2023

Pengerusi Bersama : En. Mohd Joehadi Bin Parcho
Penasihat/Guru Besar
NAIB PENGERUSI I : En. Mohd Fadzil B. Abdullah
YDP PIBG
NAIB PENGERUSI II : Pn. Hjh. Suhanah Binti Ramlan
GPK Pentadbiran
NAIB PENGERUSI III : Pn. Rafidah Binti Md Yunos
GPK Hal Ehwal Murid
NAIB PENGERUSI IV : En. Mohd Kamal Bin Mohd Shahri
GPK Kokurikulum
SETIAUSAHA/PENYELARAS : Pn. Sa’edah Binti Roowah
GPK Petang
BENDAHARI : Pn.Nor Azrini Binti Mohd Surur
Pn. Mai-Salomah Binti Nazari
FLOOR MANAGER : En. Mohd Azhar Bin Ali

Jemputan Bacaan Doa
Pn. Nor Azrini Mohd Surur En. Wizani Bin Othman
Pengacara Majlis Perasmian Dan Penutup
Penyambut Tetamu Pn. Afzerina Binti Jumadi
Pn. Suhanah Binti Ramlan Pn. Noorhayati Binti Muhammad
Pn. Rafidah Binti Md Yunos
En. Mohd Kamal Bin Mohd Shahri Pengerusi Mesyuarat
Pn. Sa’edah Binti Roowah En. Abdul Rahman Bin Abdullah
En. Kamarulhisyam Bin Tahir
En. Ariff Khushairy Bin Yahya Pengacara Cabutan Bertuah
Promosi / Iklan / Usul PIBG En. Abd Rahim Bin Yassin
Semua guru kelas Teks Ucapan Perasmi
Semua guru pendamping Pn. Noreha Binti Sarmadi
AJK PIBG Pencatat Minit Mesyuarat
JK Protokol/Sambutan Pn. Norlin Binti Ahmad
Pn. Husnul Khatimah Binti Abdullah Sahimi
Pn. Siti Aishah Binti Mohmmad Iesan Pn. Raihana Binti Elias@Alias
Pn. Nur Azzah Hasniza Binti Abdullah Sahimi Pn. Siti Hawa Binti Abd Hamid
Pn. Nur Amalia Binti Hasan Zaki
Pendaftaran Ibu Bapa / E-Sarana Fotografi / Dokumentasi
Pn. Masdiana Binti Ahmad Kamil En. Saidin Bin Saperi
En. Fazli Bin Minhaj
Pn. Ramlah Binti Abdul Razak En. Meor Azimin Bin Ahmad Sepuan
Cik Aidawati Binti Azmi Pn. Azreza Binti Yopzafran
Pn. Zakiah Binti Zakaria
En. Yusman Bin Jamari
8

Backdrop & Kain Rentang Video Korporat
En. Norizam Bin Jaaman En. Faizal Bin Jailani
En. Osman Bin Mohamad En. Abdul Razak Bin Isnin
Pn. Nur Hifzan Bt Muhamad Zanini
Persiapan Pentas (Hiasan) Pn. Aniza Binti Sarman
En. Mohd Agus Bin Masian
En. Shaiful Anuar Bin Ab Rahman Watikah Pelantikan AJK PIBG
En. Mohamad Firdaus Bin Radzali Pn. Ainie Farhana Binti Laham
Pn. Siti Suhaniz Binti Shahrodin Pn. Noor Zahirah Binti Hamzah
Pn. Hjh. Zalzulaina Binti Sulaiman
Pn. Annie Haslin Binti Jamil Penyampaian Hadiah / Cenderamata Perasmi
Pn. Syariza Binti Sharil Pn. Hjh. Hafizah Binti Mohd Said
Pn. Norhaslawati Binti Mentaha Pn. Zuraida Binti A. Sani
Pn. Lorretta Cheremai Kong
En. Kamarudin Bin Hasan Cabutan Bertuah
En. Mohammad Norazwan Bin Mohd Latiff En. Mohd Yusrey Bin M Rosly
Pn. Nor Azleen Binti Shamshuddin
Teknikal Pn. Jamilah Binti Othman
En. Ademizan Bin Ahad Pn. Saliza Binti Musa
En. Mohd Hakim Ikram Bin Awang Hassim Pn. Siti Aisah Binti Md Noh
Pn. Rawaida Binti Mohd Salleh Pn. Kamariah Binti Ahmad
En. Nor Izwan Bin Noordin Pn. Ruzaimah Binti Rahim
En. Dzulkflee Bin Jamal
Persiapan Tempat / Dewan (Sebelum Dan Selepas)
En. Abdul Rahman Bin Ibrahim Persembahan Murid
En. Nafizo Bin Othman Pn. Azura Binti Harun
En. Zainal Amri Bin Zainy Pn. Azlini Binti Abd Razak
En. Nizam Bin Ismail Pn. Ira Asdilla Binti Mohd Azahar
En. Mohd Tarmizee Adli Mohd Din Pn. Julie Aiga Binti Mohamad
En. Sharifudin b. Muhammad Nor
Pn. Angeline Thomas a/p Manogal Jamuan vip
Pn. Mazita Binti Paat Cik Armiza Binti Salleh
Pn. Zalina Binti Ismail Pn. Salina Binti Sahrum
En. Mohd Rafi Bin Sabtu Pn. Ramlah Binti Ropiee
En. Mohd Shafie Bin Tumpang Pn. Junizah binti juwadi
Pn. Noor Aili Binti Mohd Nasir
Kawalan Lalulintas Pn. Hazlinda Binti Hasan
En. Md Hairon Bin Hassan Pn. Noorlida Binti Ngadiman
En. Syahrull Nazri Bin Suman
En. Mohd Haza Bin Hamsi Jamuan Ibu Bapa / Guru / AJK PIBG / Murid
Pengawal Keselamatan Pn. Merani Binti Ahmad
Pn. Anita Binti Ahmad
Kebersihan Pn. Jeevashantini a/p Jeevanandam
Pn. Mariathulqibthiyah Bt Maso’od Pn. Nurul Syazwani Binti Hamzah
Pn. Fadzilah Binti Jalil En. Rahmat Bin Shafie
En. Kumaran a/l Marthavan Pn. Norhayati Binti Mohd Noor
Pn. Jowairiah Binti Hussein Pn. Noorjahan Binti Ali
En. Satar Bin Abu
Pn. Farah Nor Asyikin Binti Othman Buku Program
En. Ayob Bin Jaffar
Pn. Salina Binti Suparin
Pn. Madzlina Binti Muhamad
Pn. Kayalvile a/p Vijaya Kumar

9

MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE-20 2020/2021

Tarikh : 24 Oktober 2021
Hari : Ahad
Masa : 2.30 petang
Tempat : Kediaman masing-masing
Medium : Google Meet
Pengerusi : En. Mohd. Kamal Bin Mahat
Kehadiran : 261 orang (Ibu bapa 179 orang dan Guru/Staf 82 orang)

AGENDA MESYUARAT:
1. Bacaan doa.
2. Ucapan Penasihat - En. Mohd Joehadi Bin Hj. Parcho

3. Ucapan YDP PIBG - En. Mohd Kamal Bin Mahat
4. Ucapan Perasmi - En. Abdul Halim Bin Ab Yaziz
5. Membentangkan dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Kali ke-19
6. Perkara Berbangkit
7. Pembentangan Program dan Aktiviti PIBG sepanjang tahun 2020.
8. Membentangkan dan meluluskan Penyata Kewangan PIBG tahun 2020.
9. Perkara Berbangkit
10. Pembenangan dan perbincangan usul.
11. Pengumuman murid PDPR terbaik.
12. Membubarkan AJK PIBG sesi 2020/2021
13. Melantik Pengerusi Sementara
14. Melantik AJK PIBG Sesi 2021/2022
15. Melantik AJK PIBK Sesi 2021/2022
16. Hal-hal lain.

17. Ucapan penangguhan oleh YDP PIBG.

BUTIRAN MESYUARAT
1.0 BACAAN DOA

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Sharifuddin B. Muhamad Nor.

2.0 UCAPAN PENASIHAT/GURU BESAR – EN. MOHD JOEHADI BIN Hj, PARCHO
2.1 Tuan Guru Besar menyampaikan kata aluan.
2.2 Makluman berkenaan pembangunan tadbir urus SKARY antaranya berkaitan
pergerakan keluar masuk guru, turut menyatakan rasa sedih atas kehilangan 2 orang
guru yang berdedikasi serta banyak membantu dan berjasa iaitu En Norazni Bin Esa
dan Pn. Yusriza binti Ramli.
2.3 SKARY juga dimaklumkan terlibat dalam Program Aspirasi di bawah PPD ASPIRASI
SKARY yang merupakan sekolah rintis Negeri Johor. Program berfokus kepada
pemantapan subjek Spriritual, Literasi (BM &BI), Matematik, Sains, (SLIM) yang
melibatkan murid Tahun 3 dan 5. Turut memaklumkan pelantikan sekolah sebagai
sekolah TS25 bermula 24 April 2021.
2.4 Mengumumkan perubahan tagline SKARIAN LEAD kepada SKARIAN LEAD 2025.
2.5 Turut memaklumkan berkaitan pembinaan Dewan al Khawarizmi yang dibina daripada
wang parenthon, wakaf dan bantuan dari Kedai Buku Sekolah. Juga pembinaan
Dewan terbuka dibawah peruntukan KPM, diberi nama Dewan Agong Umar Abdul
Aziz.
2.6 Naik taraf longkang dan susur gajah juga telah dibuat untuk kemudahan murid-murid.
Begitu juga bilik jamuan, pembinaan kelas SLIM dan bilik PLC.
2.7 SKARY turut membangunkan penggunaan score board sekolah untuk melihat
pencapaian murid-murid.
2.8 Mengumumkan pencapaian guru dan murid dalam Kurikulum, HEM dan juga KOKO.
2.9 Tuan Guru Besar juga memaklumkan berkaitan sumbangan yang diperolehi daripada
pelbagai pihak untuk murid-murid dan sekolah.

10

2.10 Ucapan terima kasih kepada semua AJK PIBG atas kerjasama menjayakan program
sekolah. Terima kasih juga atas kehadiran ibu bapa pada mesyuarat kali ini. Dengan
sokongan dari semua, kemenjadian murid dapat diupayakan dari semasa ke semasa.

3.0 UCAPAN YDP PIBG- EN. MOHD KAMAL BIN MAHAT
3.1 Menyatakan rasa syukur kepada Ilahi dengan rahmatnya dapat berkumpul hari ini
serta mengharapkan mesyuarat berjalan dengan lancar hingga ke akhir.
3.2 Ucapan terima kasih kepada guru-guru yang gigih melaksanakan PdPR walaupun
berhadapan dengan pandemik.
3.3 Guru-guru dan pihak PIBG telah bekerjasama memastikan SOP terlaksana dengan
bekalan alatan yan diperlukan. Mohon juga kerjasama ibu bapa agar mesyuarat dapat
berjalan dengan lancar.

4.0 UCAPAN PERASMI – EN. ABDUL HALIM B. ABU YAZIZ
4.1 Dalam ucapan beliau menegaskan bahawa keselamatan anak-anak dan guru menjadi
keutamaan. Kerjasama ibu bapa mematuhi SOP KPM yang telah mengumumkan SOP
3.0 iaitu tatacara pelaksaanaan pengoperasian sekolah yang lengkap untuk
pembukaan sekolah.
4.2 Pada 25 Oktober 2021 merupakan Peralihan Fasa 3 kepada Fasa 4. Pada 8/11/21
murid Tahap 1 akan memulakan persekolahan secara bersemuka diikuti oleh murid
Tahun 2 pada 14/11/21.
4.3 Kecemerlangan sekolah melambangkan usaha guru-guru dan kerjasama ibu bapa dan
mendapat keberkatan Allah swt. Kejayaan tidak tercapai tanpa kerjasama dan
dorongan ibu bapa, PIBG dan PIBKS. PIBG menyokong dan menyumbang kepada
sekolah. Ibu bapa menyumbang kepada PIBG untuk meningkatkan kecemerlangan
anak-anak.
4.4 Turut menggalakkan pendekatan mengadakan mesyuarat sekiranya terdapat masalah
yang perlu diambil tindakan segera. Kejayaan tidak akan hadir tanpa kerjasama ibu
bapa. Insha Allah sekolah adalah tempat yang selamat untuk murid hadir dan belajar
daripada ancaman Covid 19.
4.5 Sistem penggiliran kehadiran murid memerlukan sokongan ibu bapa untuk kejayaan
sekolah dari segi akedemik dan kokurikulum.
4.6 Beliau merasmikan mesyuarat agung PIBG dengan lafaz Bismillah sekaligus
melancarkan eSKARIAN CARE 2021.

5.0 MEMBENTANG, MENGESAHKAN DAN MELULUSKAN MINIT MESYUARAT KALI KE-19
BAGI

TAHUN 2020.
Pn. Nor Azrini Binti Mohd Surur selaku setiausaha membentangkan minit mesyuarat PIBG
kali ke-19 (2020) dan memohon pengesahan minit mesyuarat tersebut. Minit Mesyuarat
Agung PIBG kali ke-19 disahkan tanpa pindaan.

Cadangan : Pn. Nor Mazilah
Sokongan : En. Mohd Zairi bin Nordin
6.0 PERKARA BERBANGKIT
6.1 En. Amiril mohon penjelasan kewujudan kelas aspirasi dan flip classroom dari segi
murid yang terlibat dan outcomes kepada murid-murid.
- Tuan Guru besar memaklumkan ia adalah projek rintis Sekolah Aspirasi dan diberi
peruntukan oleh KPM, fokus kepada Tahun 5 dan Tahun 3 serta melibatkan mata
pelajaran teras. Bilik telah tersedia tetapi pelaksanaan tertangguh kerana PKP.
Tertangguh untuk pemantauan dan penilaian. In shaa Allah akan terus beroperasi
mengikut ketetapan.
7.0 PEMBENTANGAN LAPORAN PROGRAM PIBG SEPANJANG TAHUN 2020
Dibentangkan oleh Setiusaha PIBG Puan Nor Azrini Binti Mohd Surur.

8.0 MEMBENTANG DAN MELULUSKAN PENYATA KEWANGAN
Puan Mai-Salomah Binti Nazari selaku Bendahari PIBG membentang penyata kewangan yang
bermula Januari 2020 sehingga Disember 2020. Mesyuarat telah bersetuju menerima dan
meluluskan Penyata Kewangan PIBG yang berakhir 31 Disember 2020.
Cadangan : Pn. Nor Intan Afzan Binti Maskan
Sokongan : Pn. Ismaria Binti Awang

11

9.0 PERKARA BERBANGKIT
9.1 Encik Amiril mahukan penjelasan dari mana sumber kewangan PIBG dan ke mana
disalurkan.
- Puan Mai-Salomah menjelaskan 80% adalah daripada ibu bapa. Sehingga 2019,
setiap ibu bapa membayar RM20. Manakala yang akan dikutip bagi tahun
seterusnya bagi tahun 2020 adalah RM50 setiap murid (rujuk halaman 19 bil
1-simpanan kutipan daripada keluarga). Dana juga diperolehi daripada
keuntungan jualan buah potong PIBG.
- Lejar 4 tiada untuk tahun 2021 dan telah dipindahkan ke lejar 3. Lejar 3 akan
digunakan untuk kutipan seterusnya.
- Skop perbelanjaan pula meliputi 70% untuk bahagian unit pentadbiran sekolah
termasuk unit kurikulum dan insentif kokurikulum kepada murid-murid.
- Tuan Guru besar juga memaklumkan perbelanjaan berdasarkan keputusan dan
keperluan sekolah untuk pembangunan perkapita, pembangunan fizikal dan
lain-lain. Segala keperluan diputuskan di dalam mesyuarat AJK PIBG atau
Mesyuarat Agung. Semua agihan adalah kembali kepada murid. Sebagai contoh,
perbelanjaan untuk Mesyuarat Agung, bukan hanya melibatkan mesyuarat sahaja
tetapi melbatkan jamuan, hadiah untuk murid dan sebagainya dan tidak
dikeluarkan sewenangnya.

10.0 PEMBENTANGAN USUL DAN PERBINCANGAN

BIL NAMA USUL (WARIS) PENYELESAIAN
PENCADANG

1. PUAN 1. Pdpr yang diteruskan sehingga Setuju dengan pandangan.
NURHURUL akhir penggal cuti persekolahan Namun bergantung kepada
AIN dipermudahkan. Tidak perlu keperluan, kesediaan dan aras
google meet. Lebih kepada murid.
ulangkaji seperti kuiz atau mcq
question melalui google form.

2. Kelas tambahan tuisyen cuti Bagi murid tahun 1 secara
sekolah seperti kelas membaca rasminya belum rasmi menjadi
bagi bakal murid darjah 1 supaya murid di sekolah sebelum daftar
memudahkan pengajaran dan masuk pada hari pertama. Oleh
pembelajaran oleh guru-guru itu, kelas tambahan tiada
tahun hadapan. Selain itu kelas diberikan sebelum hari
tuisyen Matematik bagi darjah 4, pendaftaran persekolahan
5, 6. sebenar. Untuk murid tahun 1
juga diadakan Program Transisi
Tahun 1 dengan pelbagai
program.

Bagi murid Tahun 4, 5 dan 6, telah
ada perancangan. Akan buat juga
reality checking untuk kenal pasti
status sebenar murid.

3. Pengagihan buku teks diberikan Pengagihan biasanya dibuat pada
lebih awal sebelum sekolah awal tahun mengikut takwim
dibuka supaya murid-murid dapat kementerian. Untuk tahun 2022
belajar lebih awal atau persiapan pengagihan adalah pada
awal. penghujung bulan 2. Bergantung
kepada takwim KPM.

USUL WARIS

12

BIL NAMA USUL (WARIS) PENYELESAIAN
PENCADANG

4. Segala program sekolah yang Ambil maklum dan akan diambil
melibatkan ibu bapa diharapkan tindakan bergantung kepada
pemberitahuan lebih awal situasi
sekurang-kurangnya 2 minggu
awal supaya mudah ibu bapa
mengatur cuti jika selepas ni
ada keperluan perjumpaan ibu
bapa dan guru.

5. Pemakaian uniform sekolah Sudah ada ketetapan berkaitan
dikekalkan pada hari Ahad. Hari perkara ini. Boleh rujuk jadual
lain murid boleh memakai baju pemakaian baju sekolah yang
PK/ Johor/ sukan. Ini memberi telah dikeluarkan sekolah. Untuk
laluan kepada ibu bapa yang situasi terdekat ini murid diberi
kurang kemampuan untuk kelonggaran dalam berpakaian
membeli pakaian uniform atau mengikut kesesuaian.
anak ramai.

6. Tidak membebankan anak-anak Susunan jadual waktu mengikut
dengan kombinasi subjek yang jam kredit yang telah ditetapkan
berat pada jadual pembelajaran oleh KPM.
setiap hari apabila sekolah
dibuka. Untuk perubahan jadual, ia dibuat
mengikut keperluan sekolah
seperti kekurangan guru yang
perlu ditampung dan sebagainya.

7. Kerja sekolah tidak terlalu Guru memberi tugasan mengikut
banyak supaya pelajar tidak aras murid. Tugasan di rumah
stress. sebelum ini darjah 1 biasanya adalah tugasan yang
terlalu banyak kerja sekolah. tidak sempat disiapkan di sekolah.

8. Membuka kelab renang, Semua aktiviti dibuat bergantung
‘archery’, catur, teakwondo, kepada permintaan, keperluan,
ping pong yang membina kesesuaian, dan kebolehdayaan
keyakinan pelajar-pelajar ibu bapa. Akan diteliti semula
mengikut kesesuaian.

2. EN. FAIZAL 1. Penerusan penjagaan lalu lintas Khidmat RELA akan diteruskan
BIN JAILANI anak-anak oleh RELA ketika mengikut keperluan.
datang dan balik sekolah.

2. Lebaran talian internet di blok Telah berbincang dengan pihak
tahun 4 dan 2 bersebelahan PPD untuk menaik taraf jalur lebar
bangunan pra kurang liputan sekolah. Mohon juga peruntukan
3G, bagaimana nak buat proses daripada pihak PIBG.
pembelajaran hybrid ketika
sekolah dibuka nanti, serta
tambahan dana utk jalur lebar di
blok bangunan bengkel RBT
dan surau yang susah
mendapat talian internet walau-
pun ada 3G di situ.

13

- USUL PIBG

BIL NAMA USUL (PIBG) PENYELESAIAN
PENCADANG

1 EN MOHD Mengusulkan untuk meneruskan Bayaran sumbangan PIBG
KAMAL BIN kadar bayaran sumbangan PIBG RM50 untuk setiap keluarga.
MAHAT berdasarkan yang telah diputuskan Setuju dan disokong
sebelum ini iaitu RM50 untuk setiap sebulat suara.
keluarga bagi bayaran sumbangan
2022 bermula Mac 2022.

2 EN MOHD Mengusulkan bayaran RM5 oleh Bayaran RM5 untuk setiap
KAMAL BIN setiap orang murid bagi tujuan murid setahun sekali.
MAHAT bayaran perkhidmatan RELA untuk Setuju dan disokong
mengawal lalu lintas di hadapan sebulat suara.
sekolah pada 2 sesi iaitu waktu
datang murid sesi petang/waktu
balik murid sesi pagi dan waktu
balik murid sesi petang. Mohon
persetujuan ibu bapa untuk
masukkan bayaran RM5 ini dalam
senarai bayaran sekolah.

3 EN MOHD Mencadangkan diwujudkan laluan Setuju sebulat suara.
KAMAL BIN susur gajah dari pintu Pagar C (pra Permohonan akan dihantar
MAHAT sekolah) ke pondok menunggu bas kepada ‘stakeholder’ yang
dan membina pondok menunggu di berkaitan.
pintu Pagar D (bersebelahan
tokong) untuk kemudahan murid
dan guru bertugas terutama
semasa hari panas dan hujan.

14

USUL SEKOLAH

BIL NAMA USUL (SEKOLAH) PENYELESAIAN
PENCADANG

1 EN MOHD Mencadangkan untuk menaiktaraf Setuju sebulat suara.
JOEHADI BIN jalur lebar internet untuk kegunaan
HJ PARCHO PdPC murid yang lebih efektif.
Mohon dipersetujui dan diterima
sebagai usul untuk keperluan
anak-anak dan warga SKARY

2 EN MOHD Memohon penglibatan sukarelawan Setuju sebulat suara.
JOEHADI BIN PIBG secara aktif dalam semua Menyumbang tenaga mengikut
HJ PARCHO program dan aktiviti sekolah. kepakaran ibu bapa.

3 EN MOHD Memohon sumbangan untuk Setuju sebulat suara.
JOEHADI BIN pembinaan stor peralatan sukan
HJ PARCHO sekolah.

4 EN MOHD Mohon untuk meneruskan program Setuju sebulat suara.
JOEHADI BIN wakaf Surau Al Munawwarah yang Meneruskan Projek Wakaf
HJ PARCHO pernah dilancarkan sebelum ini melalui Scan QR Code untuk
menggunakan aplikasi QR Code menampung kekurangan dan
atau secara terus kepada Bendahari pinjaman kepada KBS dan PIBG
PIBG untuk digunakan bagi menaik seasa pembinaan Dewan
taraf dewan di sebelah kantin seperti Al Khawarizmi.
pemasangan lampu, kipas dan
sebagainya mengikut keperluan
serta menampung bayaran
tanggungan pinjaman yang
menggunakan duit KBS (Kedai Buku
Sekolah) dan PIBG. Mohon
dipersetujui dan diterima sebagai
usul untuk keperluan anak-anak dan
warga SKARY.

15

11.0 PENGUMUMAN ANUGERAH PDPR
Ibu bapa boleh merujuk kepada Buku Program yan dipaparkan.

12.0 MEMBUBARKAN AJK PIBG SESI 2020/2021
12.1 Pembubaran ahli Jawatankuasa PIBG 2020/2021 telah dilakukan oleh Yang Dipertua
PIBG 2020/2021 iaitu En. Mohd Kamal Bin Mahat

13.0 MELANTIK PENGERUSI SEMENTARA
13.1 Cadangan En. Abdul Rahman Bin Abdulah sebagai pengerusi sementara.
Cadangan : Pn. Nor Azrini Binti Mohd Surur
Sokongan : Pn. Nor Intan Afzan Binti Mazlan

14.0 MELANTIK AJK PIBG SESI 2021/2022
14.1 Berikut merupakan senarai AJK PIBG bagi sesi 2021/2022

YDP : En. Mohd Fadzil B. Abdullah
Cadangan : En. Kamarul Hisyam Bin Tahir
Sokongan : Pn. Nor Intan Afzan Binti Mazlan

NYDP : En. Kamarul Hisyam Bin Tahir
Cadangan : Pn. Nur Ihwani Binti Baharudin
Sokongan : Pn. Afzerina Binti Jumadi

SETIAUSAHA : Pn. Nor Azrini Binti Mohd Surur
(Dikekalkan)

BENDAHARI : Pn. Mai-Salomah Binti Nazari
(Dikekalkan)

NAIB BENDAHARI : Cik Armiza Binti Salleh
(Dikekalkan)

AJK IBU BAPA : En. Nur Izwan Bin Nordin
(Dikekalkan)

: Pn. Noorjahan Binti Ali
(Dikekalkan)

: En. Yusman Bin Jamat
Cadangan : Pn. Masdiana Binti Ahmad Kamil
Sokongan : En. Mohd Fadzil Bin Abdullah

: En. Azhari Bin Osman
Cadangan : Pn. Afzerina Binti Jumadi
Sokongan : Pn. Siti Suhaniz Binti Shahrodin

: Pn. Rosnani Binti Mamat
Cadangan : Pn. Rawaida Binti Mohd Salleh
Sokongan : Pn. Masdiana Binti Ahmad Kamil

AJK GURU : En. Mohd Agus Bin Masian
Pn. Siti Suhaniz Binti Shahrodin
Pn. Norlin Binti Ahmad
Pn. Masdiana Binti Ahmad Kamil
(Semua dikekalkan)

JURUAUDIT IBU BAPA : Pn. Norlida Binti Ngadiman
(Dikekalkan)

JURUAUDIT GURU : En. Mohd Azhar Mohd Ali
(Dikekalkan)

16

15.0 MELANTIK JAWATANKUASA PIBK SESI 2021/2022
5.1 Berikut merupakan senarai AJK PIBK bagi sesi 2021/2022

AJK GURU : En. Abdul Rahman Bin Abdulah

AJK IBU BAPA : En Mohd Khairul
Cadangan : Pn. Shiera Ramli
Sokongan : En. Mohd Hakim Ikram Bin Awang Hashim

: Pn. Zuzana Binti Abd Aziz
Cadangan : Pn. Norasyidah Binti Ahmad
Sokongan : Sebulat suara

: Pn Norazian Binti Nasaha
Cadangan : Pn. Ismaria Binti Awang
Sokongan : Sebulat suara

16.0 HAL-HAL LAIN
Tiada

17.0 UCAPAN PENANGGUHAN
17.1 YDP PIBG mengucapkan terima kasih atas lantikan.
17.2 Pengerusi memohon kerjasama ibu bapa untuk memantapkan lagi PIBG SKARY.
Beliau akan melihat dan menilai semula bantuan yang diperlukan oleh pihak sekolah.
17.3 Beliau juga berharap pihak sekolah dan ibu bapa perlu berganding bahu membuat
yang terbaik untuk mencapai matlamat SKARY.

Tindakan: Makluman

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 6.50 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

..........................................………....... ......................................................
(PN. NOR AZRINI BINTI MOHD SURUR) (EN. MOHD JOEHADI BIN PARCHO)
Setiausaha Guru Besar
Persatuan Ibu Bapa dan Guru Penasihat Persatuan Ibu Bapa dan Guru
SK Abdul Rahman Yassin SK Abdul Rahman Yassin

Disahkan oleh,

..................................................
(EN MOHD FADZIL BIN ABDULLAH)
Yang Dipertua,
Persatuan Ibu Bapa dan Guru

SK Abdul Rahman Yassin

17

KEHADIRAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-20

(2021) 65. Mohd Rustam Bin Hamzah
1. Abd Halim Bin Habil 66. Mohd Safizal Bin Sabri
2. Abdul Haliim Mohd Rubani 67. Mohd Salleh Bin Bakrun
3. Abdul Mutalib Bin Abu Bakar 68. Mohd Sohari Bin Surat
4. Adzizi Bin Aman 69. Mohd Zairi Bin Nordin
5. Ahmad Nizan Bin Mohamed 70. Mohd Zaki Bin Misroh
6. Ahmad Rafiee Bin Mohamed 71. Mohd Zaki Bin Mohamed
7. Airuniza 72. Morni Binti Kamid
8. Alizah Binti Mohamed Ali 73. Muhammad Faizal Bin Suprapto
9. Aminah Binti Radin Muhammad 74. Muhammad Hafizuddin Bin Sauadi
10. Amir Faliq Bin Bostanoordin 75. Munah@Mun Binti Mohamad
11. Amiril Sahab Bin Abdul Sani 76. Mussalmah Binti Makrani
12. Amudha A/P Sanasy 77. Mustafa Bin Haron
13. Amy Norzaily Binti Jumary 78. Nadia Binti Mohd Rosli
14. Aniza Binti Aziz 79. Narzimah Kamalruddin
15. Aqilah Md Zakaria 80. Noor Fadilah Binti Jamaludin
16. Azahari Bin Athman 81. Noor Hidayah Binti Aminudin
17. Azazee Bin Sukimi 82. Noor Intan Afzan Bte Maskan
18. Azhar Bin Ahmad 83. Noor Izwan Bin Noordin
19. Azhar Bin Mohd 84. Noor Jazilah Binti Sahari
20. Azizah Binti Abdul Razak 85. Noor Nadia Bt Ariffin
21. Azizah Binti Esa 86. Noor Nafizah Binti Md Fazri
22. Azlinda Yanti Binti Miun 87. Noor Suria Binti Abdul Jamil
23. Diana Binti Abd Azis 88. Noor Zaharatul Akmal Bt Zahari
24. Fakarudin Iqbal Abdullah 89. Nooraini Binti Khalib
25. Farahida Binti Samsudin 90. Noorhayati Binti Taufik
26. Fauziliani Binti Mohd Hussin 91. Nor Azarina Binti Gahlidin
27. Fazidah Binti Ahmad 92. Nor Lida Binti Hj Ngadiman
28. Hadaffi Bin Jaafar 93. Norartikah Binti Jantan
29. Halim Bin Awang Johari 94. Norasidah Binti Jaafar
30. Harziana Binti Md Kharamani 95. Norasikin Binti Isa
31. Hasnah Binti Mazlan 96. Noraziyan Binti Nasaha
32. Hidayatunisa Binti Tarmin 97. Norhafizah Binti Haron
33. Intan Baizura Binti Afendi 98. Norhafizah Binti Musa
34. Ir. Ummi Nubaila Binti Ibrahim 99. Norhafizan Binti Yasin
35. Ishak B Ali 100. Norhasanadiah Binti Mohd Yusof
36. Ismaria Binti Awang 101. Norhashimah Binti Ithnin
37. Izawati Binti Abd Wahab 102. Norkhairiah Binti Wagir
38. Izyani Binti Abdul Razak 103. Norlia Bt Mohd Puzi
39. Jamal Bin Subti 104. Norliana Binti Sabnon
40. Jumilah Binti Sinin 105. Norma Dyana Binti Mahat
41. Kamarulhisyam Bin Tahir 106. Normala Binti Mukhip
42. Kasmini Binti Sleh 107. Normaszuin Binti Selamat
43. Khairul Nazir Bin Mohd Salim 108. Normazila Binti Zainal Abidin
44. Larwiyah Bte Mat Zauyot 109. Nornajmi Bin Najmuddin
45. Leza Binti Moon 110. Nornia Binti Hassan
46. Lizah Bte Mohmmad. 111. Norrasyidah Binti Ahmad
47. Masni Binti Omar 112. Norsaharina Binti Azrin Shah
48. Mastura Binti Abdul Rahman 113. Norzahirah Bte Kamaludin
49. Maswan Bin Rahmat 114. Nur Eliza Binti Zulkifeli
50. Meor Yazid Bin Meor Hassan 115. Nur Hurul Ain Mohd Saat
51. Mohamad Asyraf Bin Mhd Tahir 116. Nurhana Binti Abdul Karim
52. Mohamad Bin Alahuddin 117. Nursyafera Edma Binti Poon
53. Mohammad Syaiful Bin Md Baharin 118. Nurul Hidayah Binti Ahmad Adnan
54. Mohd Azizi Bin Mohamed 119. Nurul Shaida Binti Kenali
55. Mohd Azmi Bin Mahd Nor 120. Omar Bin Mohamed
56. Mohd Hanapi Yusop 121. Puteri Balqis Binti Sumadi
57. Mohd Hazlen Nazri 122. Putri Nur Hidayah Binti Mohd Azizi
58. Mohd Helmie Bin Sudin 123. Rabiatul Adawiyah Bt Abdul Rahim
59. Mohd Hisamnudin Bin Awang
60. Mohd Nooradhwa' Bin Shafiee
61. Mohd Razali Bin Mansor
62. Mohd Razif Bin Mohamed Noor
63. Mohd Rejab Bin Jasman
64. Mohd Rozi Bin Mat Nor

18

124. Raja Norshazlin Azneda Raja Muda 193. Azura Bt Harun
125. Ramlah Binti Ropiee 194. Siti Aishah Binti Mohmmad Iesan
126. Rizalmi Bin Razali 195. Nurul 'Ain @ Nurul 'Uyun Bt Abd Rahman
127. Rodhiyah Binti Mahmod 196. Nur Ihwani Binti Baharuddin
128. Rohaida Binti Rashid 197. Saidin Bin Saperi
129. Rohaina Jemali 198. Syahrull Nazri Bin Suman
130. Roshaslinda Binti Rosali 199. Abdul Rahman Ibrahim
131. Roslinah Binti Abjal 200. Syariza Binti Sharil
132. Roslinda Binti Sakik 201. Zainal Amri Bin Zainy
133. Rosnani Binti Mamat 202. Hazlinda Binti Hasan
134. Rosnasliza Bt Md Radzi 203. Noor Zahirah Binti Hamzah
135. Sabarina Binti Sabari 204. Mazita Binti Paat
136. Sahriah Binti Md Sapie 205. Afzerina Binti Jumadi
137. Saliza Binti A.Hamid 206. Hafizah Binti Mohd Said
138. Sarina Bt A. Bakar 207. Norizam Bin Jaaman
139. Semiah Bte Hj Md Salleh 208. Kamariah Bt Ahmad
140. Shamsinor Yusof 209. Saliza Binti Musa
141. Shawal Farizan Binti Ma'at 210. Merani Binti Ahmad
142. Siti Azraa Bt Salleh 211. Shaiful Anuar Bin Ab Rahman
143. Siti Fadzillah Binti Sogol 212. Ainie Farhana Binti Laham
144. Siti Fairose Binti Ishak 213. Md Hairon Bin Hassan
145. Siti Fairuz Binti Hussin 214. Salina Binti Suparin
146. Siti Farahida Binti Mohd Rohani 215. Mohd Yusrey Bin M Rosly
147. Siti Fatimah Binti Ali 216. Osman Bin Mohamad
148. Siti Hawa Binti Talib 217. Mohd Tarmizee Adli Bin Mohd Din
149. Siti Radiah Binti Sahrudin 218. Fazli Bin Minhaj
150. Siti Suriyanti Binti Abdul Rahim 219. Abdul Rahman Abdullah
151. Siti Zaleha Binti Abd Jabar 220. Noorhayati Binti Muhammad
152. Siti Zarina Binti Rafiee 221. Mohd Agus Bin Masian
153. Siti Zarina Rafiee 222. Mohamad Shahril Bin Mat Isa
154. Siti Zarini Binti Mohamed Jizi 223. Julie Aiga Binti Mohamad
155. Suhaida Emma Binti Mohd Ali 224. Siti Aisah Binti Md Noh
156. Suhaila Binti Raiban 225. Jamilah Binti Othman
157. Suhana Binti Sahak 226. Annie Haslin Binti Jamil
158. Suleka Binti Raghavan 227. Armiza Binti Salleh
159. Suzzanne Bt Esa 228. Fadzilah Binti Jalil
160. Tahirah Binti Ramli 229. Anita Binti Ahmad
161. Wahidah Binti Jumiran 230. Wizani Bin Othman
162. Wan Norahasfieny Bt Wan Ab Samad 231. Ramlah Binti Abdul Razak
163. Wan Suhaizah Wan Jaafar 232. Norlin Binti Ahmad
164. Yusman Bin Jamat 233. Nor Azleen Binti Shamshuddin
165. Zaid Bin Ramlo 234. Mohd Hakim Ikram Bin Awang Hassim
166. Zailani Bt Mohamed Daud 235. Nur Azzah Hasniza Bte Abdullah Sahimi
167. Zaimah Binti Esa 236. Junizah Binti Juwadi
168. Zainab Binti Muhamadiah 237. Mohamad Firdaus Bin Radzali
169. Zaino Bin Abu Kassim 238. Nur Hifzan Binti Muhamad Zanini
170. Zainuri Bin Mohd Aspar 239. Kayalvile Vijaya Kumar
171. Zakiah Binti Rohani 240. Noreha Binti Sarmadi
172. Zalinda Binti Razali 241. Ira Asdilla Binti Mohd Azahar
173. Zarina Bte Kamarudin 242. Rafidah Binti Md Yunos
174. Zubaidah Muhammad 243. Mohd Kamal Bin Mohd Shahri
175. Zuraida Binti Md Yatim
176. Zuraidah Binti Kaswadi 244. Mohd Azhar Bin Ali
177. Zuraimi Bin Abu Bakar 245. Siti Suhaniz Binti Shahrodin
178. Zuzana Bt Abd Aziz 246. Hani Bin Abd Rahman
179. Azlini Binti Abd Razak 247. Azreza Binti Yopzafran
180. Norhaslawati Binti Mentaha 248. Mariathulqibthiyah Binti Maso'od
181. Kumaran Marthavan 249. Siti Hawa Bt Abd Hamid
182. Ariff Khushairy Yahya 250. Mohd Haza Bin Hamsi
183. Abd Rahim Bin Yassin 251. Madzlina Bt Muhamad
184. Raihana Bt Elias 252. Masdiana Binti Ahmad Kamil
185. Lorretta Cheremai Kong 253. Zalzulaina Bt Sulaiman
186. Suhanah Binti Ramlan 254. Sharifudin Bin Muhammad Nor
187. Ahmad Firdaus Bin Daud 255. Noor Aili Binti Mohd Nasir
188. Nur Amalia Binti Hasan Zaki 256. Aniza Binti Sarman
189. Zakiah Binti Zakaria 257. Ayob Bin Jaffar
190. Rawaida Binti Mohd Salleh 258. Ruzaimah Bt Rahim
191. Faizal Bin Jailani 259. Nor Azrini Binti Mohd Surur
192. Ademizan Bin Ahad 260. Mai-Salomah Binti Nazari

19

PENYATA KEWANGAN
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)

SK ABDUL RAHMAN YASSIN, KLUANG
TAHUN 2021

(Mulai 1/1/2021 hingga 31/12/2021)
Lejar 1 : PIBG @ Bank Muamalat

BIL TARIKH SIMPANAN JUMLAH BIL TARIKH PENGELUARAN JUMLAH
PERKARA (RM) PERKARA (RM)

1 1/1/2021 Baki 2020 10502.01 1 13/1/2021 Tokoh Murid Tahun 6/2020 500

Karnival HEM JPNJ 2020- 2 31/1/2021 Caj Bank 0.50
2 4/1/2021 Pertandingan Nyanyian Patriotik 500.00 1310.00

(Tumpang) 2.50
1500.00
3 23/3/2021 BAP Johor Berkebajikan (RM100 49600.00 3 4/2/2021 Makanan AJK & Petugas SPBT 2000.00
x 496 murid penerima) 1380.00

Yayasan Perbandaran 4 28/2/2021 Caj Bank 3.50
4 30/3/2021 Kluang@YPK (RM50 x 17 murid 850.00

miskin)

5 22/11/2021 Matrix Concept Sdn. Bhd. 3136.00 5 1/3/2021 Operasi Pembukaan Sekolah

Karnival HEM JPNJ 2021- 1000.00 6 18/3/2021 Set PA System Dewan Al-
6 27/12/2021 Pertandingan Kerjaya Khawarizmi

(Tumpang)

7 29/3/2021 Pendawaian Kelas-kelas SLIM
8 31/3/2021 Caj Bank

9 9/4/2021 Petugas RELA (bulan Mac 2021) 1100.00

10 9/4/2021 Token Sanitasi SKARY (RM50 x 4 800.00
pekerja x 4 bulan)
49600.00
11 22/4/2021 BAP Johor Berkebajikan (RM100 x 1.00
496 murid penerima) 700.00

12 30/4/2021 Caj Bank

13 7/5/2021 Bakul Kasih Ramadan

14 31/5/2021 Caj Bank 0.50
Yayasan Perbandaran 850.00
300.00
15 15/10/2021 Kluang@YPK (RM50 x 17 murid
miskin)

16 15/10/2021 Program Munajat SKARY

17 15/10/2021 Jamuan Mesyuarat AJK PIBG 240.00
1110.00
18 15/10/2021 Mesyuarat Agung Tahunan PIBG
SKARY Ke-20 0.50

19 31/10/2021 Caj Bank

20 2/12/2021 Matrix Concept Sdn. Bhd. 3136.00

20

Lejar 1 : PIBG @ Bank Muamalat ( sambungan )

BIL TARIKH SIMPANAN JUMLAH BIL TARIKH PENGELUARAN JUMLAH
PERKARA (RM) PERKARA (RM)
31/12/2021
31/12/2021 21 31/12/2021 Caj Bank 0.50

JUMLAH 65588.01 31/12/2021 JUMLAH 64535.0
BAKI AKHIR 0

1053.01

Lejar 2 : PIBG @ Bank Rakyat (JomPay@Biller Code)

BIL TARIKH SIMPANAN JUMLAH BIL TARIKH PENGELUARAN JUMLAH
PERKARA (RM) PERKARA (RM)

1 1/1/2021 Baki 2020 1314.50 1 26/11/2021 Direct Debit 0.50

Sumbangan dari Masjid Dato' 2000.00 2 7/12/2021 Petugas RELA (bulan November 1620.00
2 19/3/2021 Ahmad, Kampung Dato' Abdul 2021)

Rahman Yassin

3 1/1/2021- Credit Profit/Hibah 42.61 3 7/12/2021 Token Sanitasi SKARY (RM50 x 4 800.00
31/12/2021 pekerja x 4 bulan) 700.00

4 13/12/2021 Petugas RELA (bulan Disember
2021)

31/12/2021 JUMLAH 3357.11 31/12/2021 JUMLAH 3120.50
31/12/2021 BAKI AKHIR 236.61

31/12/2021 BAKI AKHIR KESELURUHAN 1289.62

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disemak oleh,

……………………………………… ……………………………………… ………………………………………
(PN. MAI-SALOMAH BINTI NAZARI) (EN. MOHD AZHAR BIN ALI) (PN. NOR LIDA BINTI NGADIMIN)
Bendahari, Juru Audit 1, Juru Audit 2,
PIBG SKARY Sesi 2019/2020 PIBG SKARY Sesi 2019/2020 PIBG SKARY Sesi 2019/2020
Tarikh : 31/12/2020 Tarikh : 31/12/2020 Tarikh : 31/12/2020

Disahkan oleh,

………………………………………
(EN MOHD FADZIL BIN ABDULLAH)
Yang Di Pertua,
PIBG SKARY Sesi 2021/2022
Tarikh : 31/12/2021

21

LAPORAN AKTIVITI SEPANJANG 2021/2022

1. Anugerah Tokoh Murid Tahun 6 - Februari
2. Makanan AJK & Petugas SPBT - Februari
3. Persediaan Kembali Ke Sekolah 2022/2023 (khemah & topup set cuci tangan) - Mac
4. PA System Dewan Al-Khawarizmi - Mac
5. Pendawaian Bilik-bilik SLIM - Mac
6. Agihan BAP Johor Berkebajikan - April
7. Bakul Kasih Ramadan @UBB SKARY - Mei
8. Program Munajat SKARY - Oktober
9. Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke-20 - Oktober
10. Bayaran Petugas RELA - Mac-November 2021 & Januari-Februari 2022
11. Insentif@Token PIBG Untuk Pekerja Pembersihan Yang Terlibat Dalam Proses Sanitasi

SKARY - Januari-November 2021 & Januari-Februari 2022

22

USUL-USUL MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-21
USUL WARIS

BIL NAMA USUL PENYELESAIAN
PENCADANG

1. EN Mohon diperincikan bilangan buku tulis yang
KAMARULHISYAM dibeli murid.

BIN TAHIR

Kalau boleh cikgu mata pelajaran maklumkan
dalam group kelas tentang kerja sekolah anak,
2. EN AMIR supaya ibu bapa dapat memantau dengan
BIN HASSAN lebih baik. Sebab kadang-kadang anak-anak

tidak berterus terang tentang kerja sekolahnya.

3. EN MOHD Harap pihak sekolah dapat menambah baik
AZUWAR BIN white board setiap kelas.

HARIS

EN MOHD Harap pihak sekolah menambah baik kipas
4. AZUWAR BIN setiap kelas. Mengadakan gotong royong
HARIS membersihkan kipas dan kelas.

Saya cadangkan kedai buku jangan jual stiker
lagi, risau anak-anak tidak dapat membeli
makanan. Saya cuma beri pandangan sahaja
5. PN HUMAIRAH sebagai ibu bapa yang bekerja. Duit yang

dibekalkan juga adalah terhad. Harap pihak
sekolah faham apa yang saya maksudkan.

USUL PIBG

BIL NAMA USUL PENYELESAIAN
PENCADANG

Penubuhan Sukarelawan SK Abdul Rahman
Yassin
EN MOHD FADZIL
BIN ABDULLAH membantu pihak sekolah dalam
1. (YDP PIBG, • pembangunan sekolah.

SK. ABDUL • membuat sumbangan kepada pihak
RAHMAN YASSIN) sekolah dengan kepakaran seperti
mana yang terdapat dalam ” SARANA
IBUBAPA”

23

USUL-USUL MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-21
USUL SEKOLAH

BIL NAMA USUL PENYELESAIAN
PENCADANG

Projek memohon sumbangan “SMART TV”
EN MOHD melalui sumbangan ibubapa dan pihak
JOEHADI BIN HJ korporat
PARCHO
1. (GURU BESAR, • Melahirkan murid-murid beraspirasi

SK ABDUL tinggi dengan penggunaan “SMART TV”
RAHMAN YASSIN) di dalam 21 kelas SK Abdul Rahman
Yassin.

Projek memohon sumbangan Perluasan
Dewan “Umar Abdul Aziz” SK Abdul Rahman
2. EN MOHD Yassin melalui sumbangan ibubapa dan pihak
JOEHADI BIN HJ korporat
• bangunan sedia ada, tidak dapat
PARCHO
(GURU BESAR, menampung seramai 1340 murid bagi
perhimpunan rasmi dan program
SK ABDUL
RAHMAN YASSIN)

sekolah.

Karnival Sambutan 22 tahun SK Abdul
Rahman Yassin melalui sumbangan ibubapa
EN MOHD dan pihak korporat
JOEHADI BIN HJ
PARCHO • program melibatkan 2 hari 2 malam
3. (GURU BESAR, dengan pelbagai program.

SK ABDUL • bagi memartabatkan dan menghargai
RAHMAN YASSIN) warga SK. Abdul Rahman Yassin
melibatkan murid-murid,ibubapa, guru
dan masyarakat setempat

EN MOHD Penubuhan Alumni SK. Abdul Rahman Yassin

JOEHADI BIN HJ • menyediakan satu platform kepada
PARCHO alumni untuk menyumbang
4. (GURU BESAR, pembangunan fizikal, rohani dan intelek

SK ABDUL sekolah.
RAHMAN YASSIN) • menghargai pencapaian murid yang
pernah belajar di SKARY.

5. EN MOHD Memohon perlantikan Naib Setiausaha PIBG,
JOEHADI BIN HJ SK. Abdul Rahman Yassin
• membantu setiausaha menjalankan
PARCHO
(GURU BESAR, tugas berkaitan

SK ABDUL
RAHMAN YASSIN)

EN MOHD Projek pembinaan Astaka SK Abdul Rahman
JOEHADI BIN HJ Yassin
PARCHO
6. (GURU BESAR, • membina dan membangunkan

SK ABDUL kemudahan astaka di padang SK Abdul
RAHMAN YASSIN Rahman Yassin

24

PENGHARGAAN

Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG)
SK Abdul Rahman Yassin Sesi 2021/2022

merakamkan sekalung penghargaan dan terima kasih kepada

En. Mohd Joehadi Bin Hj Parcho
Guru Besar, SK Abdul Rahman Yassin

MS JUWITA ENT
Datin Seri Hajah Asmah binti Hj Ahmad

Pembekal Pelangi Emas
Ijal Furniture & Enterprise

Izanni Enterpris

para penyumbang

AJK PIBG, guru-guru
seluruh warga kerja SK Abdul Rahman Yassin,
ibu bapa, murid-murid, serta semua pihak yang bekerjasama

melibatkan diri secara langsung
atau tidak langsung
bagi menjayakan
majlis ini.

25


Click to View FlipBook Version