The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TUGASAN 1 IIX1004 PENGANTAR PENGAJIAN USULUDDIN: BUKU DIGITAL

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by izahira, 2023-05-13 10:42:44

SEJARAH RASM DAN DHABT AL-QURAN

TUGASAN 1 IIX1004 PENGANTAR PENGAJIAN USULUDDIN: BUKU DIGITAL

SEJARAHRASM DANDHABTAL QURAN IIX1004 PENGANTAR PENGAJIAN USULUDDIN


AHLI KUMPULAN 10 1. ADIB AZIZAN BIN WASIMIN (22005097) 2. AINUL KHAMARISA' BINTI MALEK (17194842/3) 3. FARISHA FARRAHHANIM BINTI MOHD AMMAR CHOO (17185817/3) 4. HADIFA ZAHIRA BINTI HASBURLLAH (17087698/3) 5. MOHD SYAZWAN SYAHMI BIN MOHD AMIN (17081303/3) 6. MUHAMMAD AIDIL BIN MOHAMAD SALLEH (17187849/3)


IsiKandungan BAB 1: TAHAP PENULISAN AL-QURAN RASM UTHMANI 1.1 Zaman Rasulullah dan Sahabat.............................................................4 1.2 Zaman Umayyah..................................................................................5 1.3 Zaman Abbasiyah.................................................................................7 BAB 2:ILMU RASM AL-QURAN 2.1 Konsep Ilmu Rasm Al-Quran................................................................9 2.2 Kaedah Penulisan Mashaf Rasm Uthmani.............................................9 BAB 3:ILMU DHABT AL-QURAN 3.1 Konsep Ilmu Dhabt Al-Quran...............................................................11 3.2 Perbezaan Dhabt pada Nuqat Al-I'jam..................................................11 3.3 Perbezaan Dhabt pada Nuqat Al-I'rab...................................................12 RUJUKAN.................................................................................................13


1.1 TAHAP PERTAMA: ZAMAN RASULULLAH DAN SAHABAT Pengumpulan al-Quran bermaksud penulisan dan hafalan al-Quran. Sebab Rasulullah tidak memerintahkan alQuran ditulis dalam satu mashaf: i- Para sahabat cenderung menghafaz dan membaca al-Quran dan sukar untuk mendapatkan alat untuk menulis. ii- Rasulullah merasakan akan ada tambahan ayat, ayat yang mansuhkan setengah hukum atau mansuhkan bacaan sesetengah ayat. TETAPI baginda mengarahkan beberapa orang sahabat untuk menulis ayat-ayat al-Quran di pelepah kurma, kulit binatang, perca kain dan sebagainya. Faktor utama penulisan al-Quran dalam satu tempat adalah untuk memenuhi maslahah umat. ZAMAN RASULULLAH ZAMAN SAIDINAABUBAKAR ZAMAN SAIDINAUTHMAN Dilantik menjadi khalifah yang meneruskan tugas Rasulullah selepas kewafatannya. Berlaku Perang al-Yamamah, sebanyak 70 orang tentera Islam yang merupakan penghafal al-Quran telah gugur syahid. Sebelum itu, terjadi pertempuran Bi'r alma'unah berdekatan kota Madinah dan telah gugur jumlah yang hampir sama dengan Perang al-Yamamah. Awalnya, Saidina Abu Bakar tidak bersetuju dan rasa ragu-ragu dengan cadangan Saidina Umar tapi telah bersetuju apabila mempertimbangkan kemaslahatan dan mendapat petunjuk dari Allah SWT. Islam semakin meluas dan wujud pergaduhan akibat perbezaan bacaan sehingga ada yang hampir mengkufurkan sesama mereka. Huzaifah bin al-Yaman cadang bentuk satu jawatankuasa penulisan al-Quran yang diketuai oleh Zaid bin Thabit. Lembaran al-Quran simpanan Hafsah binti Umar adalah sumber utama rujukan penulisan mashaf. 6 mashaf al-Quran: i. Abdullah bin al-Saaib r.a. ke Mekah. ii. Al-Mughirah bin Abi Syahab r.a. ke Syam. iii. Abdul Rahman Abdullah bin Habib al-Sulamir.a. ke Kufah. iv. Amru bin Qais r.a. ke Basrah. v. Zaid bin Thabitr.a. di Madinah Sebuah mashaf untuk kegunaan Saidina Uthman sendiri yang dinamakan “Mashaf al-Imam” Saidina Uthman al-Affan memerintahkan kesemua lembaran yang ditulis sebelum ini dibakar atau dilupuskan. Perbezaan bacaan (wajah al-Qiraat) yang ada hingga ke zaman sekarang tidaklah berlawanan dengan mashaf yang ditulis pada zaman Khalifah Uthman alAffan kerana bacaan itu telah diterima dari baginda secara mutawatir.


Styles ofReaders 1.2 TAHAPKEDUA: ZAMAN UMAYYAH ( NUQTAL-IRAB) Pada zaman pemerintahan Muawiyah bin Abi Sufyan, semakin ramai orang yang bukan berbangsa Arab memeluk agama Islam. Dengan sebab itu, antara masalah yang berlaku dalam kalangan mereka ialah apabila mereka membaca al-Quran yang tidak mempunyai baris ( harakah ). Hal ini adalah kerana ketika zaman Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabat, umat Islam tidak memerlukan baris untuk membantu mereka dalam pembacaan al-Quran. Muawiyah bin Abi Sufyan telah mengarahkan Ziyad bin Abi Sufyan bagi menghantar anaknya Ubaidillah bin Ziyad untuk menghadapnya. Dalam pertemuan itu, Muawiyah mendapati terlalu banyak kesalahan tatabahasa. selepas peristiwa itu Ziyad terus memikirkan cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah tersebut. Kemudian beliau memanggil Abu al-Aswad al-Duali, iaitu seorang ulama al-Quran yang terkemuka pada ketika itu . Abu al-Aswad al-Duali telah menggunakan dakwat yang berwarna merah untuk membezakan dengan tulisan mashaf yang berwarna hitam. Titik-titik (baris-baris) ini dinamakan Nuqt al-‘Irab. Fungsi titik-titik merah ini adalah sebagai baris (harakah) supaya para pembaca al-Quran tidak tersilap atau terkeliru ketika membaca al Quran


Styles ofReaders TAHAPKEDUA: ZAMAN UMAYYAH ( NUQTAL-IJAM ) Pada zaman pemerintahan Abdul Malik bin Marwan, semakin banyak negara Islam yang baru telah dapat didirikan. Agama Islam yang merupakan agama yang benar dan sesuai untuk semua bangsa manusia terus diterima dan dianuti. Dengan kemasukan ramai orang yang bukan berbangsa Arab (‘ajam) ke dalam agama Islam, maka timbullah beberapa masalah berkaitan dengan bahasa Arab. Khalifah Abdul Malik memerintahkan al-Hajjaj bin Yusuf al-Thaqafi, gabenor di Iraq bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi.Al-Hajjaj bin Yusut al-Thaqafi telah melantik dua orang ulama yang pakar dalam bahasa Arab dan ilmu Qiraat, iaitu Nasr bin ‘Asim dan Yahya bin Ya’mar untuk mencipta sesuatu tanda dalam mashaf. Kedua-dua mereka menerima tugas tersebut demi untuk kemaslahatan umum dan demi menjaga keutuhan kitab suci al-Quran itu sendiri. Mereka melaksanakannya dengan mencipta titik-titik yang boleh membezakan antara satu huruf dengan huruf yang lain. Titik-titik itu ditulis dengan menggunakan dakwat yang sama warna dengan tulisan mashaf, supaya ia berbeza dengan titik-titik (baris-baris) yang direka oleh Abu al-Aswad al-Duali. Pada tahap ini, berlaku satu lagi pembaharuan perkembangan titik dan baris di dalam mashaf. Nasr bin ‘Asim dan Yahya bin Ya’martelah mencipta satu titik yang berwarna hitam bersamaan dengan warna tulisan mashaf. Titik-titik ini menggunakan warna hitam untuk membezakan dengan titik-titik merah Nuqt al-‘Irab. Titik-titik hitam ini dinamakan Nuqt al- ‘Ijam dan bertujuan untuk membeza satu huruf dengan huruf yang lain. Sebagai contoh, huruf ب perlu diberikan titik untuk dibezakan dengan huruf ت dan ث, huruf ج diberikan titik untuk membezakan dengan huruf ح dan خ dan lain-lain lagi. Huruf-huruf yang bertitik dinamakan huruf mu’jam manakala yang tidak bertitik dinamakan huruf muhmal.


1.3 TAHAPKETIGA: ZAMAN ABBASIYAH(HARAKAH) Perkembangan pendidikan leibih pesat pada zaman kerajaan Ummyyah kerana banyak pemberontakan yang berlaku khususnya daripada golongan syiah. Maka para khalifah mengambil inisatif untuk menumpukan perhatian dalam penyebaran islam. Setelah kerajaan islam kukuh pada zaman Abbasiyah, usaha lebih tertumpu kepada pengukuhan sistem pendidikan dan ekonomi Seorang ilmuan lahir pada zaman ini yang diberi bernama al-Khalil bin Ahmad al-Basri. beliau merupakan orang pertama yang melakukan pembaharuan terhadap bentuk baris baris yang diciptakan oleh Abu al-Aswad al-Duali kepada bentuk yang digunakan sekarang sebagaimana yang kita ketahui bahawa beris-baris al-Quran adalah berupa titik-titik yang diletakkan pada setiap huruf yang berbaris. Keadaannya telah diubah menjadi lebih kemas dan elok serta difahami pada zaman Abbasiyah.baris-baris yang dimaksudnya adalah fathah, kasrah, damah, dan tanwin. i. FATHAH(baris atas). Pada asalnya al-Khalil bin ahmad meletakkan huruf Alif kecil yang melintang dari kanan ke kiri dan terletak di atas huruf-huruf yang berbaris. Bentuk ini mengamali sedikit perubahan kepada melintang serta sedikit condong ii. KASRAH(baris bawah). Bentuk asalnnya adalah berupa huruf ya' kecil yang tertolak ke belakang seperti yang diletakkan di bawah huruf yang berkenaan selepas kepala huruf ya' itu dibuang. Kemudian itu, bentuk ini mengalami perubahan yang sama seperti perubahan baris fathah. iii. DAMMAH(baris hadapan). bentuk asalnya adalah berupa huruf waw kecil yang diletakkan di atas huruf yang berbaris. iv.TANWIN(baris dua). bertuk asalnya adalah seperti fathah, kasrah dan dammah, cuma ditambah bahagian atasnya dengan satu baris yang sama Dapat disimpulkan abhawa pada tahap ini telah berlaku perubahan besarterhadap rupa bentuk baris(harakah)al-Quran. alKhalil bin Ahmad telah mengubah bentuk titik(nuqt al-'irab) kepada bentuk harakah untuk memudahkan al-quran untuk dibaca oleh umat islam. baris-baris harakah ini diubah suai sedikit selapas zaman Khalil dan digunapakai sehingga kini


TAHAPKEEMPAT: ZAMAN ABBASIYAH MEMPERINDAH BENTUKTULISAN(KHAT) Khat Anbari Khat Hijazi Khat Kufi Khat Andalus Khat Nasakh tahap perkembangan perubahan bentuk tulisan mashaf al-Quran pembaharuan ini mula berlaku pada akhir zaman Bani Umayyah dan terus berkembang pada zaman Bani Abbasiyah. pada abad akhir ketiga hijriyah. bentuknya sudah semakin bertambah indah dan cantik kerana pada ketika itu sudah ramai yang mahir dalam penulisan khat dan terpilih untuk menulis mashaf-mashaf al-Quran. dalam satu riwayat, Khalifah al-Walid telah memilih Khalid bin Abi al-Hayyaj untuk menulis mashafmashaf pada zaman pemerintahannya kerana beliau sangat terkenal dengan keindahan khatnya dan beliau adalah merupakan penulis khat pada mihrab yang terdapat dalam masjid an-Nabawi di Madina alMunawwarah. prnulis khat mashaf al-Quran yang popular pada zaman sekarang adalah Syeikh Uthman Taha. beliau merupakan seorang pakar khat arab yang menulis tulisan tangan Mashhaf al-Madinah. beliau dilahirkan pada tahun 1934 di Aleppo,Syria dan menyalin 6 veriasi teks al-Quran yang berbeza


2.1IlmuRasm al-Quran RasmUthmani: Tulisan asal al-Quran yang diwahyukan oleh Allah s.w.t kepada Rasulullah s.a.w dan rasm inilah yang digunakan oleh para sahabat untuk menulis ayat-ayat al-Quran dan dinisbahkan kepada Saidina Uthman r.a kerana beliaulah yang mengarahkan supaya al-Qurandisalinsemula kepadabeberapabuahmashafdenganmenggunakanrasmtersebut. Rasm:Rasm ialah pembentukan lafaz atau perkataan melalui penggabungan huruf-huruf hijaiyah atau gambaran-gambaran kalimah yang seterusnyadapatdituturkan.Ia jugabolehdiertikansebagai apa sahaja yangberkaitandenganapa-apa jenis khat. Ilmu Rasm: Ilmu Rasm ialah satu ilmu yang membincangkan cara menulis lafaz-lafaz atau ucapan untuk memelihara pengucapan huruf-hurufnya dari segi lafaz, huruf-huruf asal dan ilmu yang membahaskan kaedah menambah, mengurang, menyambung, memisah dan menggantikan huruf penulisan (rasm) al-Quran ini adalah satu sunnah Rasulullah s.a.w yang diikuti secara ijma’ (sepakat) oleh seluruh ulama’ mujtahidin kerana tulisan ini adalah berbentuk tauqifiyah dan ia dibuat di bawah pengawasan Nabi Muhammads.a.w. Hazaf Membuang, menghilangkan Ziyadah Hamzah atau meniadakan huruf Penambahan Penulisan huruf hamzah 2.2 KAEDAH PENULISAN MASHAF RASM UTHMANI


IlmuRasm al-Quran Badal Wasal&Fasal Kalimahyangbolehdibacadengan2bunyi Menukarkan sesuatu huruf kepada huruf yang lain. Bertepatan tulisannya dengan dua wajah Qiraat Ditulis mengikut salah satu dari dua wajah Qiraat. Berlaku penambahan disebabkan wajah Qiraat yang berbeza. َمِلِك boleh dibaca dengan panjang atau pendek pada huruf م dan kalimah seumpamanya. الِّص َر'َط apabila ada 2 wajah Qiraat, maka di tulis dengan wajah yang lebih mahsyur. ada yang sesetengah Qiraat yang membaca hurufصdengan hurufس. َتج ِرى َتحِتَها ا َأْلنَهار َتج ِرى ِمن َتحِتَها ا َأْلنَهار disebabkan penambahan huruf jadi, sebahagianmashaf ditulis dengan satu kaedah dan sebahagian mashaf dengan satu kaedah yang lain. Kaedah menyambung dan memisahkan tulisan pada huruf-huruf ataupun kalimat-kalimat tertentu. Sesuatu kalimah yang mengandungi dua atau beberapa wajah Qiraat, maka kalimah itu ditulis dengan salah satu dari wajah-wajah qiraat tersebut.


3.1DEFINISIDHABTALQURAN BAHASA: kalimah dhabt (ضبط (menurut Ibn Manzur membawa erti memelihara sesuatu secara optimum ILMUDHABTALQURAN ISTILAH : ia bermaksud tanda-tanda khas yang diberikan kepada huruf yang menunjukkan kepada baris-baris tertentu umpama fathah, dhammah, kasrah, sukun, mad, tanwin, syiddah dan sebagainya. Dhabt juga meliputi titik-titik yang diletakkan bagi membezakan di antara huruf-huruf hijaiyah seperti huruf ب dan ت. 3.2 Perbezaan pada Nuqat al-I'jam Nuqat al-I’jam ialah tanda titik yang diletakkan bagi membezakan huruf-huruf hijaiyyah yang mempunyai bentuk rasm yang sama. Perbezaan ini melibatkan peletakan titik bagi hurufف,ن dan ق. Di dalam aspek dhabt (tanda) al-Quran, terdapat perbezaan umum berdasarkan perbezaan bacaan di antara qira ` at atau riwayat dan juga terdapat perbezaan khusus yang disebabkan perbezaan Mazhab Masyariqah dan Mazhab Magharibah. Perbezaan aspek dhabt ini melibatkan tanda berkaitan Nuqat alI'jam dan Nuqat alI'rab. Huruf ن) menurut Mazhab Masyariqah & Mazhab Magharibah) Masyariqah :ن diberikan tanda satu titik dalam semua keadaan Magharibah : ن diberikan satu titik, namun akan ia akan dibuang ketika huruf ن tunggal atau di akhir kalimah فHuruf Masyariqah : ف diberikan tanda satu titik dan titik itu diletakkan di atas huruf tersebut Magharibah : ف satu titik yang diletakkan di bawah huruf , dan ia dibuang ketika ف di akhir kalimah ق Huruf Masyariqah : ق diberikan tanda dua titik atas huruf dan titik itu kekal dalam semua keadaan Magharibah : ق diberikan satu titik atas huruf itu dan ia dibuang ketika ق di akhir kalimah


3.3 Perbezaan pada Nuqat al-I'rab Nuqat al-I’rab ialah tanda baris yang diletakkan pada sesuatu huruf merangkumi sama ada fathah, kasrah, dhammah, tanwin, sukun, taysdid (sabdu), tanda mad dan sebagainya. Perbezaan ini berlaku di antara mushaf-mushaf dalam aspek Nuqat al-I’rab ini melibatkan beberapa perkara, antaranya; Dhammah (Baris Hadapan) Masyariqah : memberikan tanda huruf و kecil yang diletakkan di atas huruf Magharibah : membuang kepala و lalu tampak seperti huruf د yang bengkok. Tanwin Maftuhatan pada huruf alif(DuaBarisAtas) Masyariqah : meletakkan tanwin maftuhatan di atas huruf sebelum alif Magharibah : meletakkan tanwin maftuhatan itu atas huruf alif sendiri Sukun (Baris Mati) Masyariqah : meletakkan tanda kepala ح yang merujuk kepada استرح Magharibah : meletakkan tanda bulat kosong Tanda Idgham Naqis Masyariqah : idgham naqis pada nun sakinah dan tanwin yang selepasnya huruf و dan ي , huruf ن sakinah itu tidak diberikan tanda sukun, tanwin pula tidak selari (mutatabi'). Huruf و dan ي selepasnya cuma diberikan baris huruf tanda syiddah. Manakala bagi pertemuan huruf ط sakinah dan ت ,huruf ط tidak diberikan tanda sukun, huruf ت selepasnya pula cuma diberikan baris huruf tanpa diberikan tanda syiddah. Magharibah : huruf ن sakinah itu diberikan tanda sukun dan sekiranya tanwin juga ditulis secara tidak selari. Huruf و dan ي selepasnya pula diberikan baris huruf dan juga tanda syiddah. Manakala bagi pertemuan huruf ط sakinah dan ت ,huruf ط diberikan tanda sukun dan huruf ت selepasnya pula diberikan baris huruf dan juga tanda syiddah.


Rujukan Abd Muhaimin Ahmad. (2021). Perbezaan di antara mushaf-mushaf al-Quran : Sorotan terhadap aspek ilmu dhabt al-Quran. Journal of Ma'alim al-Quran wa al-Sunnah ,17 (2), 45-57 Abd Rahman Bin Abd Ghani. (2003). Sejarah Rasm Al-Quran: Tumpuan Utama Kepada Rasm Uthmani. Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Abd Rahman & Mustafa Abdullah. (2002). Pembaharuan Dalam Mashaf Rasm ‘Uthmani: Suatu Sorotan Sejarah. Jurnal Usuluddin. Bil 6. Al-Dhabba’(t.t). Samir al-Talibin fi Rasm wa Dhabt al-Kitab al-Mubin. Kaherah: Matba`ah al-Masyhad al Husaini, 109 Dr Ali Muhammad. (2017). Sejarah Umawiyah dan Abbasiyah. Jakarta: Ummul Qurra. Dr. Bakri Syaykh Amin. (1979). Al- Ta'bir fi al-Quran. Dar al-Syuruq. Ibn Manzur. Muhammad bin Mukrim (1414). Lisan al-`Arab. Beirut: Dar al-Sadir, 340 Mohamad Redha Bin Mohamad, Muhammad Fairuz Bin A. Adi,Nurul Khadijah Binti Mohamad. (24-25 April 2019). SEJARAH AL-QURAN: TAHAP-TAHAP PERKEMBANGAN PEMBAHARUAN. e-Prosiding Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan (pp. 159-170). Selangor: Kol Universiti Islam Antarabangsa Selangor. Retrieved from http://conference.kuis.edu.my/pasak4/images/kk/bahasa/044_KK_Mohamad_Redha_Bin_Mohamad_KUIS.pdf Sekolah Tinggi Agama Islam Al-Hikmah Tuban. (2020). Jurnal Studi Keislaman. Al-Hikmah, 10(2), 141-145. Retrieved from http://repository.unisma.ac.id/bitstream/handle/123456789/2178/3617-Article%20Text-9260-1-10-20210929.pdf


Click to View FlipBook Version