SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA Sekolah Kebangsaan Lembah Subang (Sekolah Amanah) #SKLSSLESA #SKLSBEYONDEXCELLENCE Aidil Adha 1444H
#SKLSSLESA #SKLSBEYONDEXCELLENCE Hadis Sambutan Aidil Adha “Sesungguhnya ALLAH telah menggantikan keduaduanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri. ” - Hadis riwayat al-Nasaai, di dalam Sunan al-Nasa’i, hadis no: 959.
#SKLSSLESA #SKLSBEYONDEXCELLENCE Sejarah Sambutan Aidil Adha Nabi Ibrahim A.S menunaikan perintah Allah untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail A.S. Setelah menyembelih, terperciklah darah terkena badan Nabi Ibrahim. Dengan tangan menggeletar, Nabi Ibrahim membuka penutup matanya, namun alangkah terkejut apabila melihat yang disembelih itu bukanlah anaknya melainkan seekor kibas.
#SKLSSLESA #SKLSBEYONDEXCELLENCE Hikmah Sambutan Aidil Adha Tanda ketaatan seorang hamba kepada Allah SWT dan perintahNya. Mendidik diri untuk bersikap sabar terhadap ujian. Memperbanyakkan berinfak dan bersedekah di jalan Allah SWT. Mengikis sifat tamak dan membentuk sikap murah hati.
#SKLSSLESA #SKLSBEYONDEXCELLENCE Tuntutan Korban di Aidil Adha firman Allah SWT dalam surah al-Kautsar, ayat 1-2 yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Nabi Muhammad) nikmat yang banyak (antaranya sungai al-Kautsar di syurga), maka dirikanlah sembahyang kerana Tuhanmu dan sembelihlah binatang korban (kerana mensyukuri nikmat-nikmatNya)” .
#SKLSSLESA #SKLSBEYONDEXCELLENCE Ringkasan Nabi Ibrahim A.S. telah mentaati suruhan Allah SWT menyembelih anak yang disayangi sepenuh hati. Melalui kisah Nabi Ibrahim A.S. dapat kita pelajari bahawa kita haruslah sentiasa yakin dan percaya kepada Allah SWT serta qada dan qadar-Nya. Setiap suruhan Allah SWT terdapat hikmah dan rahsia tersembunyi yang tidak terjangkau akal fikiran kita. Selamat menyambut Aidil Adha dan selamat berkorban!