Apakah Cabaran Perpaduan Kaum di Malaysia?
Negara Malaysia dikenali sebagai negara yang mempunyai pelbagai kaum. Kaum utama seperti kaum Melayu yang majoritinya lebih banyak dan diikuti oleh kaum cina dan india. Pelbagai usaha yang dilakukan antaranya cogan yang digunakan bagi mengeratkan perpaduan Malaysia. Rakyat Malaysia sewajarnya memainkan peranan dalam meningkatkan hubungan antara kaum, ini bagi meningkatkan lagi keharmonian negara bagi menjamin kestabilan negara secara tidak langsung. Rakyat Malaysia seharusnya berbangga kerana mempunyai pelbagai budaya oleh itu rakyat Malaysia perlulah berperanan aktif bagi mengekalkan perpaduan antara kaum. Namun begitu, tidak dinafikan juga bahawa pasti ada pelbagai kekangan yang perlu dihadapi bagi mengekalkan perpaduan antara kaum ini. Oleh itu, buku ini mengupas berkaitan isu dan kekangan yang dihadapi bagi melestarikan perpaduan kaum di Malaysia.
-
Follow
-
1
-
Embed
-
Share
-
Upload