The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-84125143, 2022-05-17 09:55:31

BUKU PROGRAM KEJOHANAN MERENTAS DESA

pdf_20220515_105410_0000

REGISTRATION

KEJOHANAN
M ERENTAS DESA

PERINGKAT SEKOLAH
SKSL 2022

KHAMIS, 19 MEI
7.45-10.45 PAGI
DATARAN SKSL

PENGENALAN

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah melancarkan program
Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) sejak tahun
1986. Program ini pada awalnya telah dilaksanakan diperingkat
sekolah rendah dan kini diperluaskan ke semua sekolah rendah dan
menengah pada tahun 2005. Rentetan daripada itu, Sekolah
Kebangsaan Seri Lagenda telah bersetuju untuk mengaplikasikan
hasrat KPM ini dalam Kejohanan Merentas Desa Tahun 2022.
Semoga ianya dapat melahirkan pelajar yang cemerlang, gemilang
dan terbilang.

RASIONAL

Aktiviti merentas desa merupakan aktiviti luar bilik darjah yang
bukan sahaja menyihatkan tubuh badan seorang murid yang
melakukannya, malah mampu meningkatkan tahap sosial jika
dilakukan beramai-ramai lebih-lebih lagi jika aktiviti ini dilakukan
bersama rakan-rakan yang berbeza kaum, budaya dan agama. Selain
itu, aktiviti merentas desa merupakan acara tahunan yang diadakan
sebagai tanda pembukaan aktiviti unit kokurikulum sebelum
berlangsungnya Kejohanan Sukan Sekolah. Dengan pelancaran aktiviti ini,
maka ia dapat menyemarakkan semangat murid-murid untuk mengambil
bahagian dalam aktiviti-aktiviti sukan yang bakal berlangsung pada
sukan sekolah nanti.

MATLAMAT

Melahirkan pelajar yang sihat dari segi jasmani,
emosi, rohani, intelek dan sosial selaras dengan
kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan ditambah
dengan penerapan semangat muhibbah di dalam diri
murid-murid di peringkat awal lagi.

OBJEKTIF

Kejohanan merentas desa ini diadakan berlandaskan beberapa
objektif utama iaitu:
1. Memenuhi takwim sekolah untuk mengadakan acara

m erentas desa sebagai acara tahunan.

2 . Membina kecergasan fizikal dan mental melalui aktiviti sukan
bagi membentuk individu yang cergas.

3 . Mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan serta
semangat berjuang dalam kalangan murid dan guru melalui
pertandingan antara rumah-rumah sukan.

4. Memilih wakil sekolah untuk pertandingan pada peringkat
dae rah.







Terima kasih di atas kerjasama yang
telah diberikan❤️


Click to View FlipBook Version