PROFIL SYARIKAT (MFAR TEGUH ENTERPRISE) (MF 040901-4) MfAR TEGUH ENTERPRISE Alamat : No. 1801 Taman Saujana Indah, 21700 Kuala Terengganu, Hulu Terengganu, Terengganu Darul Iman. Email : [email protected] / Facebook : MfAR Teguh / Instagram : mfarteguh/ No. Telefon : 018-3739781 / No.fax : 04-4578014
KANDUNGAN MUKASURAT 1. PENDAHULUAN 2 2. PENGENALAN 3 3. VISI SYARIKAT 4 4. LATAR BELAKANG SYARIKAT 5 5. LATAR BELAKANG PEMILIK 6 6. CARTA ORGANISASI 7 7. PERNIAGAAN YANG DIJALANKAN 8-13 8. PENUTUP 14
PENDAHULUAN Kerjaya dalam bidang perniagaan dan keusahawanan sememangnya penuh cabaran tetapi menjanjikan pulangan yang lumayan bagi mereka yang bersabar dan bekerja keras. Namun begitu, peluang perniagaan tidak mudah dikenal pasti dan hanya individu yang mempunyai sifat dan ciri-ciri keusahawanan sebenar dapat menghidu peluang tersebut. Pada masa yang sama mereka berupaya memberi penumpuan dan menjana daya pemikiran berterusan dalam bidang yang diceburi. Mereka sentiasa mengkaji senario dan masalah-masalah semasa, kehendak pengguna, kemahiran individu dan kumpulan, produk atau servis dari pesaing, keperluan pasaran dan sebagainya. Sehubungan dengan itu, mereka akan bertambah yakin , lebih kompetitif, bersemangat dan merangka strategi yang sesuai untuk merebut peluang-peluang yang ditawarkan. 2
PENGENALAN SYARIKAT MFAA TEGUH ENTERPRISE adalah sebuah syarikat bumiputera milikan tunggal yang menjalankan perniagaan membekal peralatan pejabat dan alat tulis, kerja-kerja pemasangan system hawa dingin komersial dan pemasangan penyaman udara kediaman. Di samping itu juga syarikat ini menjalankan perniagaan membaik pulih computer, pemasangan dan penyelenggaraan networking dan software. Syarikat ini telah ditubuhkan pada 18hb Januari 2020 yang beralamat di No. 1801 Taman Saujana Indah, 21700 Kuala Terengganu, Hulu Terengganu, Terengganu Darul Iman. 3 4
VISI SYARIKAT MRAA TEGUH ENTERPRISE berusaha mengembeleng tenaga dalam pelbagai sumber dan beriltizam untuk mencapai visi dengan:- i) Melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan cekap dan cemerlang demi memenuhi kehendak pelanggan. ii) Mengamalkan semangat kerja berpasukan yang beramanah, profesional dan produktif. iii) Berazam memberikan pulangan dan imbuhan yang tinggi kepada setiap kakitangan setanding atau melebihi taha pasaran. iv) Menggunakan teknologi dan sistem terkini untuk menguruskan dan melaksanakan projek yang berkualiti. 4
LATAR BELAKANG SYARIKAT NAMA SYARIKAT : MFAA TEGUH ENTERPRISE ALAMAT : No. 1801 Taman Saujana Indah, 21700 Kuala Terengganu, Hulu Terengganu, Terengganu Darul Iman. NO. PENDAFTARAN SYARIKAT : (MFAA 040901-4) NO.TELEFON/ FAX : 04-4578014 NO. H/PHONE : 018-3739781 E-MAIL : [email protected] TARIKH PENUBUHAN : 18 Januari 2020 NO AKAUN BANK : 870095639015432 AKAUN BANK : MAYBANK (KUALA TERENGGANU) 5
MAKLUMAT PERIBADI PENGURUSAN (MFAA 040901-4) No. 1801 Taman Saujana Indah, 21700 Kuala Terengganu, Hulu Terengganu, Terengganu Darul Iman. Email : [email protected] Tel : 018-3739781 Nama Pemilik : Nur Amiera Adriana Razali Jawatan : Pengurus Syarikat Taraf Pemilik : Pemilik Tunggal Alamat Pejabat : No. 1801 Taman Saujana Indah, 21700 Kuala Terengganu, Hulu Terengganu, Terengganu Darul Iman. No. Telefon : 018-3739781 6
CARTA ORGANISASI 7
PERNIAGAAN YANG DIJALANKAN 8
MEMBEKAL PERALATAN PEJABAT DAN ALATULIS MFAA TEGUH ENTERPRISE adalah salah satu syarikat pengedaran dan peruncitan didalam rangkaian mengedarkan peralatan pejabat dan sekolah yang pesat membangun dan berdaya maju. MFAR TEGUH ENTERPRISE Aktiviti-aktiviti teras kami meliputi mengedarkan bahan-bahan pendidikan, alat tulis, pencetakan, ICT dan Peralatan Pejabat. Dengan gabungan Kepakaran kami, setiap produk mampu dijual dengan harga lebih murah dan bermutu. kami mengutamakan perkhidmatan yang cekap dan cepat serta mengedarkan produk yang berkualiti tinggi. Oleh itu, secara tidak langsung kami berjaya merealisasikan misi syarikatnya, iaitu memangkin wawasan ke arah mewujudkan masyarakat berilmu dengan menyediakan bahanbahan bacaan dan alat tulis yang berkualiti tinggi pada harga yang berpatutan. Kami memperolehi stok kertas, alat tulis, kertas fotostat, buku dan barangan ICT terus dari kilang. Oleh itu, pengguna boleh membeli pelbagai produk tersebut pada harga yang berpatutan. Syarikat ini dibangunkan bukan setakat berperanan sebagai Pengedar tetapi juga sebagai pusat pemborong bagi tadika, sekolah, pejabat dan juga kedai-kedai runcit kecil. Anda perlu yakin pada rangkaian produk-produk kami.Kami Sentiasa menjaga kualiti dan jaminan harga berpatutan. 9
Contoh peralatan yang dibekalkan oleh kami kepada badan kerajaan,Sekolah Agama,KAFA dan IKS Pemasangan Sistem Hawa Dingin Komersial Kami memasang dan menyelenggara sistem hawa dingin untuk pejabat, sekolah, kedai, restoran, kilang dan mana-mana bangunan komersial yang terdapat di tempat anda. Pasukan kami berdedikasi untuk memasang atau servis sistem hawa dingin anda dengan meminimakan gangguan terhadap anda dan urusan anda. Kami akan sentiasa mengutamakan keselamatan kerja-kerja kami terhadap anda serta orang-orang di sekeliling serta kami akan memastikan kebersihan di tempat anda setelah selesai kerja-kerja kami. Setelah selesai menjalankan kerja, kami akan melihat kembali kerja-kerja kami dari permulaan sehingga siap sepenuhnya. Setiap projek kami adalah istimewa, dengan itu kami akan memastikan pelanggan-pelanggan kami berpuas hati dan faham bagaimana menjalankan sistem penyaman udara yang baru. 10
Pemasangan Penyaman Udara Kediaman / domestik Dalam keadaan cuaca di negara kita, kediaman anda akan menjadi panas dan tidak selesa apabila tiba musim panas. Dengan pelbagai alat elektrik yang menghasilkan haba di kediaman anda, pemasangan sebuah penyaman udara akan mengekalkan suhu bilik menjadi lebih nyaman serta selesa untuk anda dan keluarga. Bagi kerja-kerja pemasangan di kediaman anda kami akan menjalankan kerja-kerja mengikut nilai-nilai yang sama seperti kami amalkan di dalam perkhidmatan kami. Kami fokus terhadap kesesuaian di dalam pemasangan penyaman udara anda, kami akan memberikan panduan yang sesuai serta kedudukan bagi memaksimakan keupayaan dan jangkahayat penyaman udara anda. 11
PERKHIDMATAN MEMBAIKPULIH KOMPUTER Mempunyai keupayaan dalam membaikpulih komputer dengan kadar segera kerana mempunyai alat gantian yang mencukupi serta mempunyai jaringan kerja yang baik dengan pembekal. Sedia menjalankan perkhidmatan baikpulih sama ada di sekolah, pejabat, kilang dan rumah. Pemasasangan dan Penyelengggaran Networking Berkelayakan dalam kerja pendawaian networking. Juga berkebolehan dalam mengadakan sistem wireless networking. Memasang serta menguji `server ' adalah di antara kerja yang sering dilakukan kerana MFAA TEGUH ENTERPRISE mempunyai pekerja yang berkelayakan dan berpengalaman. 12
Software MFAA TEGUH ENTERPRISE mempunyai jaringan yang baik dengan pembekal software seperti Microsoft, Symantec dan Adobe. Berpengalaman memasang dan menguji software di jabatan kerajaan dan sektor swasta. 13
PENUTUP Kelulusan tender/projek dari pihak yang berkenaan akan menambahkan peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat dan secara langsung meyumbang kepada pendapatan pekerja tempatan. Dasar kerajaan untuk melahirkan usahawan yang berdaya maju akan tercapai jika lebih ramai usahawan tempatan diberi peluang menunjukkan keupayaan dan prestasi masingmasing dan secara langsung ini dapat membantu kerajaan didalam mencapai cita-cita tersebut. MFAA TEGUH ENTERPRISE merupakan sebuah syarikat yang baru bergiat dalam bidang perkhidmatan dan membekal, justeru itu syarikat ini akan berusaha dengan gigih bagi menjayakan setiap projek/tender yang diluluskan bagi menjamin kredibiliti dan akuntabiliti syarikat. Dengan penuh harapan pihak kami berharap syarikat ini diberi kepercayaan dan dipersetujui oleh manamana pihak yang berkenaan untuk meneruskan projek/tender yang diberi. Berdasarkan perkara di atas, pihak kami amat mengharapkan kerjasama yang sewajarnya dari pelbagai pihak yang telibat bersama-sama dengan perniagaan ini untuk bergading bahu bagi merealisasikan setiap perancangan yang telah ditetapkan demi kepentingan semua. Memandangkan usaha murni tersebut dapat membantu melahirkan idea proaktif yang sama-sama menjurus ke arah melaksanakan program-program yang sehaluan dengan hasrat dan wawasan kerajaan. Sekian, terima kasih. 14