The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by prossermichael53, 2022-03-21 05:19:24

Tugasan 1 BMMB1104

Tugasan 1 BMMB1104

INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS SARAWAK
Jalan Bakam
98000 Miri Sarawak
Tel : 085-421201
Fax : 085-424178

FAIL KURSUS PELAJAR

NAMA PELAJAR MICHAEL ANAK PROSSER

KUMPULAN PPRBMM 2-2

AMBILAN JUN 2021

SEMESTER 2

TAHUN 1 (2021/2022)

PROGRAM PPISMP (BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH)

KOD KURSUS BMMB1104

NAMA KURSUS KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

KREDIT KURSUS 4

PENSYARAH PUAN SELINA HAJI AHMAD
MENGAJAR

MENTOR ENCIK CAMILLUS ONG HOCK SIEW

TUGASAN 1 (Individu): Penghasilan Produk- ( 30%)

Masyarakat Melayu kaya dengan karya-karya tradisional yang penuh dengan manifestasi
pemikiran berkaitan dengan kehidupan. Setiap jenis karya yang dicipta sarat dengan
maklumat dan isian sama ada bersifat keintelektualan mahupun kerohanian.

Berdasarkan pernyataan di atas, huraikan konsep dan fungsi kesusasteraan Melayu dalam
kehidupan masyarakat Melayu tradisional dan seterusnya bincangkan manifestasi akal budi
pantun-pantun Melayu berikut:

Cedok air dengan baldi,
Cedok nasi dengan senduk,
Baik dibawa resmi padi,
Semakin berisi semakin tunduk.

Tingkap papan kayu persegi,
Sampan sakat di Pulau Angsa,
Indah tampan kerana budi,
Tinggi bangsa kerana bahasa.

Berburu ke padang jajar,
Dapat rusa berbelang kaki,
Berguru kepalang ajar,
Bagai bunga kembang tak jadi.

Perbincangan tugasan di atas hendaklah disediakan dalam bentuk e-Book

Senarai Kandugan Muka surat
1
Kandungan 1

1.0 Pengenalan 1-3
3-4
2.0 Konsep kesusasteraan Melayu 4
4-5
3.0 Fungsi Kesusasteraan Melayu
4.0 Manifestasi akal budi pantun-pantun Melayu
5.0 Rumusan
6.0 Rujukan

1.0 Pengenalan
Bangsa di negara kita sudah tentu mempunyai bahasa pertuturan sendiri .Bahasa
pertuturan tersebut digunakan oleh masyarakat bertutur ataupun berkomunikasi .Begitu
juga dengan masyarakat Melayu yang menggunakan bahasa Melayu untuk
berkomunikasi sesama sendiri .Masyarakat Melayu juga menggunakan bahasa Melayu
untuk mengahasilkan karya sastera yang juga digunakan untuk berkomunikasi .Menurut
Muhd Nirzam (2015) masyarakat Melayu tradisional menggunakan karya sastera menjadi
medium komunikasi.Oleh itu ,terhasilah karya-karya bertulis dari ahli sasterawan untuk
menyampaikan mesej yang penting kepada masyarakat .

2.0 Konsep kesusasteraan Melayu
Kesusasteraan Melayu bermaksud karya dan seni yang dihasilkan oleh masyarakat
melayu. Maksud kesusasteraan ialah karya seni yang menunjukkan keindahan dengan
menggunakan bahasa (Dewan Bahasa dan Pustaka ,2005) .Wujudnya perkataan
kesusasteraan daripada perkataan Sanskrit iaitu susastera yang bererti huruf atau buku
yang indah .Menurut Mohd Hasri (2012) dalam bahasa Sanskrit “su” bermaksud indah
dan sastera bermaksud seni bahasa . Hasil karya dan ciptaan seni ini disampaikan melalui
bahasa dan dikatakan sebagai seni bahasa.Penghasilan sastera juga merupakan
ungkapan peribadi seseorang yang terbentuk daripada perasaan,pemikiran ,perasaan
dan idea yang diekspresikan menggunakan bahasa .Menurut Nazri Atoh (2020) pancaran
pemikiran yang dihasilkan oleh sesuatu bangsa di dalam bentuk lisan atau bertulis
merupakan erti kesusasteraan .

3.0 Fungsi Kesusasteraan Melayu
Kesusasteraan Melayu yang dihasilkan juga mempunyai fungsi kerana karya yang
dihasilkan oleh pengarangnya mempunyai tujuannya sendiri .Menurut Kamus Bahasa dan
Pustaka (2005) perkataan fungsi ialah sesuatu benda yang mempunyai peranan ataupun
fungsi dan dapat melaksanakan fungsi .Perkara ini membuktikan sastera dicipta untuk
menyampaikan maklumat yang cuba disampaikan oleh pengarang secara langsung dapat
menghubungkan pengarang dengan masyarakat.Menurut Mohd Norizam Jamian (2015)
karya-karya kesusasteraan melayu menjadi alat komunikasi yang membantu
menyampaikan maklumat atau mesej kepada masyarakat .

1

Fungsi kesusasteraan Melayu yang dihasilkan kepada masyarakat ialah sebagai
hiburan .Menurut Kamus Bahasa dan Pustaka (2005) sesuatu yang menghiburkan atau
menyenangkan merupakan erti kata hiburan .Hasil sastera yang menghiburkan akan
memberikan keseronokan kepada pembaca dan pendengar dengan adanya penggunaan
kata-kata yang indah ,irama atau rentak yang tersusun.Penggunaan kata-kata yang baik
amatlah penting supaya pembaca dapat mendalami mesej yang disampaikan oleh
pengkarya (Nazri Atoh ,2020).Karya sastera yang berkualiti mampu membelai emosi
pembaca atau pendengar seperti dapat menimbulkan rasa seronok apabila mendengar
dan membaca sesuatu karya .Perkara ini menunjukkan bahawa wujudnya unsur
kesoronokan di dalam karya sastera yang dihasilkan.

Selepas itu ,kesusasteraan Melayu dihasilkan bertujuan untuk memberi pendidikan
kepada pembaca ataupun pendengar karya sastera .Menurut Kamus Bahasa dan
Pustaka (2005) pendidikan bermaksud memberikan didikan ataupun mendidik tentang
sesuatu ilmu pengetahuan.Hasil karya sastera dapat memberikan pendidikan secara
tidak langsung kerana terdapat unsur-unsur pengajaran yang diletakkan di dalam
karya .Pengarang menghasilkan sastera berdasarkan pengalaman dan bidang ilmu yang
telah dikecapi dan diterjemahkan melalui kisah-kisah yang mereka hasilkan.Menurut
Nazri Atoh (2020) karya kesusasteraan yang dihasilkan berdasarkan sejarah hidup dan
pengalaman masyarakat Melayu .Misalnya,cerita rakyat yang disampaikan mempunyai
susun kata yang membolehkan nilai ataupun pengajaran yang terdapat di dalam karya
terserbut dapat difahami dan diresapi oleh masyarakat .Pemilihan perkataan penting
dalam karya agar masyarakat memahami makna yang cuba disampaikan oleh pengarang
(Nazri Atoh ,2020).

Seterusnya ,karya sastera berfungsi sebagai dakwah iaitu menjadi medium untuk
menyampaikan pesanan suci Tuhan kepada manusia . Menurut Pg Haji Yakup (2018)
mempertingkatkan nilai kesetiaan seseorang terhadap Allah menggunakan hasil karya
sastera sebagai wadah . Dakwah merupakan ajakan oleh Allah kepada manusia supaya
pecaya kepada agama iaitu agama islam .Dakwah merupakan perkataan yang diambil
dari perkataan Arab yang bermaksud ajakan (Pg Haji Yakup (2018) .Di dalam dakwah
bahasa kesusasteraan berperanan untuk memberikan pesanan-pesanan kepada
masyarakat dengan menggunakan bahasa yang indah .Hal ini kerana bahasa berperanan
untuk mengawal tingkah laku manusia seperti memberikan inspirasi yang baru kepada
pemikiran masyarakat .Secara umumnya ,seseorang atau kumpulan yang mengajak
orang lain ke arah kebaikan iaitu mengikut jalan Allah dan membantu daripada melakukan
sesuatu yang salah di sisi ajaran agama.

2

Di samping itu ,kesusasteraan juga berfungsi untuk melakukan kritikan sosial
terhadap kehidupan seharian masyarakat .Perkara ini mengatakan bahawa melalui karya
sastera dapat membantu untuk membentuk masyarakat untuk lebih
berwawasan .Perubahan dalam masyarakat melalui hasil hasil karya sastera dapat
dilakukan dengan adanya unsur nilai-nilai murni dan pengajaran yang berkaitan
kehidupan masyarakat pada masa kini . Menurut Md Hasri (2012) kebanyakkan
pengkarya akan menggunakan karya sastera untuk membentuk masyarakat dengan
memberikan nilai moral melaui karya yang mereka hasilkan .Karya sastera digunakan
untuk melakukan kritikan sosial kerana karya sastera menunjukkan gaya kehidupan
manusia pada masa kini .Karya kesusasteraan mempunyai hak iaitu memberi pandangan
tentang kebaikan dan keburukan pemikiran masyarakat (Md Hasri,2012).Oleh itu ,karya
kesusasteraan dapat digunakan untuk membentuk masyarakat.

4.0 Manifestasi akal budi pantun Melayu

Cedok air dengan baldi,
Cedok nasi dengan senduk,
Baik dibawa resmi padi,
Semakin berisi semakin tunduk.

Pantun ini memberitahu orang Melayu agar menekankan sikap yang tidak sombong dan
merendahkan diri .Hal ini kerana sikap merendah diri ialah sikap yang disanjungi dan
disenangi oleh masyarakat .Di dalam pantun tersebut yang frasa menyebut “ Baik dibawa
resmi padi ,Semakin berisi semakin tunduk ” mengingat masyarakat untuk mencontohi padi
yang semakin menunduk apabila iya semakin berisi.Pantun ini menasihati masyarakat Melayu
agar semakin merendahkan diri apabila diri semakin dipenuhi ilmu yang tersemat di dada.

Tingkap papan kayu persegi,
Sampan sakat di Pulau Angsa,
Indah tampan kerana budi,
Tinggi bangsa kerana bahasa.

Pantun yang kedua ini memberitahu masyarakat Melayu untuk sentiasa berbudi dan
berbahasa .Di dalam pantun ini terdapat frasa yang menyatakan “Indah tampan kerana budi”
yang membawa maksud kita akan dipandang baik oleh masyarakat apabila kita mempunyai
budi yang baik.Hal ini kerana budi bahasa seseorang dapat menunjukkan kebaikan seseorang
Pantun tersebut juga menasihati masyarakat untuk menggunakan bahasa yang sopan santun

3

kerana bahasa yang kita gunakan melambangkan bangsa kita .Jika kita menggunakan
bahasa dengan baik maka nama bangsa dapat dijaga .

Berburu ke padang jajar,
Dapat rusa berbelang kaki,
Berguru kepalang ajar,
Bagai bunga kembang tak jadi.

Pantun yang ketiga menasihatkan masyarakat Melayu agar menuntut ilmu dengan sempurna
atau dengan kata lain menuntut ilmu sehingga pandai .Hal ini kerana menuntut ilmu secara
alang-alang akan menyebabkan ilmu yang kita timba menjadi tidak lengkap dan tidak
berguna . Pantun ini menekankan tentang pentingnya kita menuntut ilmu dan menanam niat
yang mendalam untuk mendapatkan ilmu pegetahuan.Hal ini kerana ilmu merupakan perkara
yang penting dalam membentuk tingkah laku seseorang insan yang berbudi bahasa.

5.0 Rumusan
Konklusinya ,kesusasteraan Melayu mempunyai konsep dan fungsinya tersendiri yang
menunjukkan faedah karya kesusasteraan dan keindahan yang terdapat pada bahasa
Melayu .Kesusasteraan melayu juga mempunyai keunikan dan unsur-unsur yang harus kita
kekalkan .Perkara ini menjadi pendoman kita untuk meneruskan karya kesusasteraan
Melayu .Oleh itu hendaklah berusaha untuk mengekalkan kesusasteraan Melayu dengan
mendalaminya dan mempelajarinya dengan lebih dalam .

(1000 patah perkataan )

6.0 Rujukan

Dewan Bahasa dan Pustaka (2005)
https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=kesusasteraan

Md Hasri b Rajali (2012) Keunikan dan Keistimewaan Kesusasteraan
https://www.academia.edu/8060073/KESUSASTERAAN_MELAYU

Muhd Norizam Jamian (2015) Kesusasteraan Melayu Tradisional sebagai wadah komunikasi
Massa : Suatu Analisis .31(2) , 183-194.
http://journalarticle.ukm.my/10011/1/V31_2_12.pdf

Nazri Atoh (2020). Konsep puisi tradisional antara kesusasteraan Arab dengan
kesusasteraan Melayu.Journal of Arabic Language and Education .1(1),1-15
http://ojs.upsi.edu.my/index.php/SIBAWAYH/article/view/3762/2421

4

Noraini Mohamad (2019) Dakwah melalui penulisan puisi Melayu analisis terhadap karya
Abham T.R .Jurnal Melayu .18(2),1675-7513.
https://www.researchgate.net/publication/340661991_DAKWAH_MELALUI_PENULISAN_P
UISI_MELAYU
Pg. Haji Yakup Pg Ahmad (2018).Sajak-sajak Badaruddin H.o bertemakan ketuhanan :
Analisis pendekatan dakwah .Jurnal Pengajian Melayu .29(1) ,156-180 .
https://ejournal.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/15369

5


Click to View FlipBook Version