SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT BERUANG KM 7.2 JALAN BUKIT BERUANG 75450 MELAKA FOLIO SEJARAH TAHUN 6 TAJUK : PEMIMPIN NEGARA MALAYSIA (TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ) AHLI : 1) NUR ELISA BINTI MOHD RAIZI KUMPULAN 2) SCHAZATUL JANNAH BINTI JOHAN AMRI 3) LIYANA BATRISYIA BINTI MUHAMMAD ZAID 4) NUR AISY HUMAIRA BINTI ABDUL RASHID 5) ALYA ADRIANA BINTI ZULKARNAIN KELAS : 6 UUM NAMA GURU SEJARAH : PN. AZLINA BINTI ABDULLAH
Isi kandungan Bil Perkara Muka surat 1 Penghargaan 1 2 Pengenalan 2 3 Pemimpin Yang Disanjungi 3 4 Biodata 5 5 Sumbangan Dan Perjuangan 11 6 Pencapaiaan 15 7 Kesimpulan 16 8 Rujukan 19
PENGHARGAAN Syukur Alhamdulillah, dengan izinNya kami diberi peluang untuk melaksanakan folio projek Sejarah ini dengan jayanya. Di dalam proses menyiapkan folio ini, kami telah mendapat bantuan dan inspirasi dari pelbagai pihak iaitu daripada ibu bapa kami, guru-guru yang kami kasihi dan sahabat handai. Kami juga ingin memberikan sekalung penghargaan kepada platform media massa seperti Google dan Wikipedia yang sedikit sebanyak memberikan kami informasi, data-data yang berguna dan tepat di dalam usaha kami menyiapkan folio ini. Jutaan penghargaan dan terima kasih kami ucapkan kepada Pn. Azlina iaitu guru Sejarah kami yang telah memberi kami semangat dan dorongan serta ilmu pengetahuan yang tidak ternilai Sekian, Terima Kasih 1
PENGENALAN Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, “Bapa Kemerdekaan” Malaysia, mengiktiraf pentingnya memupuk kerjasama di kalangan pelbagai kaum sebagai cara utama untuk mengatasi cabaran politik. Anak ketujuh Sultan Kedah ke-25, Sultan Abdul Hamid Halim Shah, dan Che ‘Menjalara, Tunku telah bertanding dan menang pemilihan Presiden Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) pada tahun 1951. Sebagai Presiden UMNO, beliau menubuhkan sebuah gabungan politik dengan kaum Cina dan India, mengakibatkan kelahiran gabungan yang kini dikenali sebagai Barisan Nasional (Barisan Nasional). Tunku telah mengetuai perundingan untuk kemerdekaan, dan pada 31 Ogos 1957, Persekutuan Tanah Melayu mengisytiharkan kemerdekaannya dari kerajaan British, tanpa sebarang pertumpahan darah. Tunku juga telah mencadangkan penubuhan Malaysia yang terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu, Singapura (yang kemudiannya keluar pada tahun 1965), Sabah, dan Sarawak, yang ditubuhkan pada 16 September 1963. Sebagai ketua kerajaan, Tunku memberi pengiktirafan kepada agama Islam sebagai agama rasmi. Beliau berperanan penting dalam penubuhan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) pada tahun 1969, di mana beliau dilantik sebagai Setiausaha Agungnya yang pertama. Pencapaian terbesar Tunku Abdul Rahman mungkin adalah pada pemupukan semangat kegenegaraan dan kebanggan rakyat Malaysia. 2
PEMIMPIN YANG DISANJUNGI Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah (1903-1990) merupakan Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu dari 1955, dan menjadi Perdana MenteriMalaysia yang pertama dari tahun 1957 sehingga 1970. Beliau juga turut dikenali dengan panggilan “Tunku” serta digelar dengan gelaran sebagai “Bapa Kemerdekaan” dan “Bapa Malaysia”. Pada tahun 1951, Tunku Abdul Rahman telah dilantik sebagai Presiden UMNO menggantikan Dato’ Onn Jaafar. Tunku Abdul Rahman Putra telah menggunakan diplomasi untuk menyatukan kaum di Malaysia. Bagi mencapai matlamat tersebut, beliau telah mendapatkan keyakinan pihak British dengan melantik beberapa orang tokoh di kalangan masyarakat Cina dan India untuk turut sama mentadbir negara. Pada Pilihanraya Perbandaran Kuala Lumpur pada tahun 1952, UMNO buat kali pertamanya bekerjasama dengan parti MCA (Malayan Chinese Association) untuk bertanding dalam pilihanraya tersebut. Gabungan UMNO-MCA berjaya menumpaskan parti Dato’ Ona Jaafar, the Independence of Malaya Party (IMP). UMNO-MCA memenangi 11 daripada 12 kerusi yang ditandingkan. Dengan kejayaan ini, MIC turut serta dalam gabungan tidak rasmi UMNO-MCA pada tahun 1954. Pada Pilihanraya Umum 1955, gabungan UMNO-MCA-MIC diperkembangkan ke seluruh Malaya, menandakan kelahiran Parti Perikatan (National Alliance). Perikatan berjaya memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan di atas janji untuk menuntut kemerdekaan bagi Persekutuan Tanah Melayu. Tunku Abdul Rahman dilantik sebagai Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu. Pada pukul 12 malam, 31 Ogos 1957, bendera Union Jack diturunkan di Dataran Merdeka, dan bendera Persekutuan Tanah Melayu (Federation of Malaya 3
atau Malaya) dinaikkan di hadapan dua puluh ribu rakyat Malaya, menandakan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu. Tunku Abdul Rahman dilantik sebagai Perdana Menteri Malaya pertama. Sebagai Perdana Menteri, Tunku mengutamakan pembangunan infrastruktur, pendidikan, pembangunan luar bandar dan pertanian. Pada tahun 1961, Tunku Abdul Rahman mencadangkan gabungan Persekutuan Tanah Melayu bersama Singapura, Brunei, Sabah, dan Sarawak bagi menubuhkan Malaysia. Pada 16 September 1963, Malaysia berjaya ditubuhkan, terdiri daripada Malaya, Singapura, Sabah, dan Sarawak. Di atas perbezaan politik, Singapura menarik diri dari Malaysia pada tahun 1965. 4
BIODATA Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah dilahirkan di Istana Tia Tangga, Alor Setar, Kedah yang lebih dikenali sebagai Istana Pelamin, Tunku merupakan anak lelaki yang ketujuh dan anak yang kedua puluh kepada Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Sultan Kedah yang ke24. Bondanya Cik Menyelara, seorang isteri Sultan Abdul Hamid yang tidak berdarah gahara, ialah anak perempuan Luang Naraborirak (Kleb), seorang pegawai daerah Thailand. Kelahiran Tunku disambut secara biasa sahaja kerana beliau bukan bakal pengganti Sultan Kedah. Pengganti Sultan Kedah, Sultan Badlishah ibni Sultan Abdul Hamid, telah pun berumur 30 tahun pada ketika itu. Semasa kecil, Tunku dipanggil Awang kerana rupa parasnya yang tidak sesegak adik-beradiknya yang lain. Beliau bebas bermain di luar istana dan pernah membentuk pasukan bola sepak kampung. Tunku biasa mengendap burung dan melastik, serta bermain lumpur sehingga menghidapi penyakit puru di kakinya. Tunku mendapat pendidikannya pada 1909 di sebuah sekolah rendah Melayu di Jalan Baharu, Alor Setar. Biasa berbahasa Siam di rumah, beliau belajar bahasa Melayu di sekolah itu. Seorang guru pula datang ke rumahnya untuk mengajar bahasa Inggeris. Tunku kemudian berpindah ke sebuah sekolah kerajaan bahasa Inggeris yang kini dinamakan Kolej Sultan Abdul Hamid. Di sini, beliau belajar di sekolah pada waktu siang dan membaca Al-Quran pada waktu petang.Pada tahun 1913 sewaktu berumur 10 tahun, Tunku dihantar ke Bangkok untuk menetap bersama Tunku Yusuf ibni Sultan Abdul Hamid, abang sulungnya, dan belajar di Sekolah Thebsirintrawat (Debsirindir School). Pada tahun 1915, Tunku pulang dan meneruskan pendidikannya di Penang Free School. Antara gurunya ialah HR Cheeseman dan SM Zainal Abidin. Seorang yang aktif, beliau menyertai Pengakap dan Kor Kadet.Pada tahun 1919 ketika berumur 16 tahun, Tunku menerima Biasiswa Negeri Kedah untuk melanjutkan pendidikannya di Kolej St Catharine di Universiti Cambridge. Beliau merupakan penuntut pertama untuk menerima pendidikan di United Kingdom dibawah tajaan Kerajaan Negeri Kedah. Ketika Tunku tidak dibenarkan tinggal di asrama St Catharine kerana dasar aparteid ('kulit berwarna') masih diamalkan, beliau membantah kepada William Peel, Penasihat British kepada Kedah. 5 Akhirnya, pengetua sekolah itu terpaksa meminta maaf.Dari segi berpakaian, Tunku agak kebaratan. Semasa beliau dihantar ke England, tiada sepasang pun baju Melayu yang
dibawa. Tunku dan keluarganya hanya menempah pakaian Barat di kedai Pritchards di Pulau Pinang. Ketika di England, Tunku amat berlainan dengan Sultan Perak yang berbaju Melayu, siap dengan tengkolok.Mula-mulanya, Tunku mengambil jurusan undang-undang bersama rakannya, Ivor Jenning (Sir), H.V. Davies dan George Brown, tetapi kemudian bertukar kepada jurusan sastera (Sejarah). Beliau suka bersiar-siar dengan motosikal Riley Sport dan kereta mewah, dan melakukan 28 kesalahan trafik jalan raya semasa berada di Cambridge. Tunku tidak dapat menduduki peperiksaan akhir Ijazah Sarjana Muda Sastera kerana terlupa jadual waktu peperiksaan. Dengan bantuan dan kerjasama daripada sahabatnya, Taib Andak, beliau memperolehi ijazahnya pada tahun 1925.Pada tahun 1927, Tunku dihantar semula ke England untuk belajar undang-undang di Universiti Cambridge kerana keluarganya tidak berpuas hati dengan keputusannya yang lalu. Beliau lulus semester pertama dalam jurusan undang-undang di Inner Temple pada tahun 1930. Selepas pemulangannya, Tunku bertugas sebagai Pegawai Latihan di Pejabat Penasihat Undang-Undang Kedah pada tahun 1931, dan dilantik sebagai Pegawai Jajahan untuk Kuala Nerang pada tahun berikutnya. Beliau dipindahkan ke Pulau Langkawi pada tahun 1935 oleh Clayton, Penasihat British sewaktu itu. Pada tahun 1937, Tunku bertugas sebagai Pegawai Jajahan di Sungai Petani bersamping bertindak sebagai hakim daerah dan Pengerusi Lembaga Kebersihan Sungai Petani. Sebuah masjid di Sungai Petani telah dinamakan Masjid Rahmaniah sempena nama Tunku.Pada tahun 1938, Tunku pergi semula ke England buat kali yang ketiga untuk menyambung pelajaran undang-undangnya. Antara temannya ialah Sardon Haji Jubir. Beliau kembali ke Kedah pada tahun 1939 kerana terdapatnya berita bahawa perang akan meletus di Eropah. Pada 1940, beliau dilantik sebagai Timbalan Pengarah Perkhidmatan Pasukan Kawalan Am Selatan Kedah.Pada 9 Disember 1941, Tunku menyorokkan Sultan Abdul Hamid Halim Shah, ayahandanya yang ketika itu berumur 80 tahun, sewaktu pegawai British hendak membawanya ke India. Bagi beliau, tidak wajarlah seseorang sultan melarikan diri daripada tanah airnya sewaktu peperangan. Berpakaian Tentera Utara Australia, Tunku menculik ayahandanya yang ketika itu bersama dengan Syed Abu Bakar al Idrus, seorang Merinyu Kesihatan Kedah dan menyembunyikannya di Sedim, dekat dengan Kulim, di bawah jagaan Penghulu Wahab. Tunku Badlishah, Pemangku Raja Kedah, tidak berpuas hati dengan tindakan Tunku yang membelakangkannya sebagai bakal pengganti Sultan Kedah. 6
Pada 19 Disember 1941, Sultan Abdul Hamid dibawa semula ke Alor Star. Jepun mengiktiraf baginda sebagai Sultan Kedah tetapi pentadbirannya diletakkan di bawah Gabernor dan Tentera Jepun. Sultan Abdul Hamid mangkat pada tahun 1943. Semasa Jepun memerintah, Tunku kekal sebagai Pegawai Jajahan Kulim tetapi ditemani oleh Ohata, seorang pegawai Jepun yang pernah menjadi tukang gunting di pekan Alor Star.Tunku menyambung semula pendidikannya di Inner Temple pada tahun 1947. Sewaktu tempoh itu, Tunku bertemu dengan Abdul Razak Hussein. Beliau dipilih sebagai presiden untuk Persatuan Pelajar Melayu Britain, dan Abdul Razak, yang berumur 26 ketika itu, dipilih sebagai setiausaha. Semasa itu, Tunku menyertai "Persatuan Pelajar India Islam" yang menuntut kemerdekaan India. Beliau juga berkempen untuk Lyold George Jurith, seorang calon Parti Liberal. Tunku akhirnya dilayakkan menjadi peguam pada tahun 1949. Setelah belajar 25 tahun , barulah Tunku layak menjadi peguam.[4]Seorang yang bersemangat kesukanan, Tunku memulakan pertandingan bola sepak antarabangsa yang digelar "Pesta Bola Merdeka" pada tahun 1957. Pada tahun berikutnya, beliau dipilih sebagai presiden pertama untuk Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), jawatan yang disandang beliau sehingga 1976. 7
Garis masa 1903: Dilahirkan pada 8 Februari di Istana Tia Tangga, Alor Setar yang lebih dikenali sebagai Istana Pelamin. 1913 (umur 10): Beliau dihantar ke Bangkok untuk menetap bersama Tunku Yusuf ibni Sultan Abdul Hamid, iaitu abang sulung Tunku Abdul Rahman. Tunku belajar di Sekolah Debsirindir, Bangkok. 1916 (umur 13): Pulang ke Kedah dan memasuki Penang Free School. 1919 (umur 16): Belajar di England. 1925 (umur 22): Memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sastera (Sejarah) dengan bantuan dan kerjasama dari sahabatnya Taib Andak. 1927 (umur 24): Dihantar semula ke England untuk belajar undang-undang di Universiti Cambridge kerana keluarganya tidak berpuas hati dengan keputusannya yang lalu. 1930 (umur 27): Lulus semester pertama, jurusan undang-undang di Inner Temple. 1931 (umur 28): Berkhidmat sebagai pegawai latihan di Pejabat Penasihat UndangUndang Kedah dengan gaji sebanyak RM300.00 sebulan, dan kemudiannya sebagai Penolong Pegawai Jajahan di Kulim. 1932 (umur 29): Berkhidmat sebagai Pegawai Jajahan di Kuala Nerang. 1933 (umur 30): Berkahwin dengan Mariam, gadis kacukan Cina-Siam, anak tauke lombong Cina di Alor Setar. Akhir 1933, Mariam melahirkan anak perempuan dan dinamakan Tunku Khatijah ibni Tunku Abdul Rahman. Kemudian anak lelaki bernama Tunku Ahmad Nerang ibni Tunku Abdul Rahman. 1934: Mariam meninggal dunia kerana penyakit malaria di Kuala Nerang, Kedah. Tunku berkahwin dengan kekasih lamanya Violet Coulson di Geylang Serai, Singapura. 1935 (umur 32): Dipindahkan ke Pulau Langkawi oleh Penasihat British, Clayton. Selain itu , perkahwinan Tunku dengan Violet kurang direstui. 8
1937 (umur 34): Bertugas sebagai Pegawai Jajahan di Sungai Petani.Beliau juga bertindak sebagai hakim daerah Sungai Petani dan Pengerusi Lembaga Kebersihan Sungai Petani. 1938 (umur 35): Pergi ke England buat kali ke-3 untuk menyambung pelajaran dalam bidang undang-undang. Antara temannya ialah Saadon Zubir. Tunku berbaik semula dengan isterinya yang telah diceraikan , Violet Coulson. 1939 (umur 36): Kembali ke Kedah kerana ada berita perang akan meletus di Eropah.Berkahwin dengan Syarifah Rodziah binti Syed Barakbah .Syarifah Rodziah Syed Syeikh Barakbah ialah adik rakan sekuliahnya di England iaitu Syed Omar Barakbah. Perkahwinan ini tidak mendapat seorang anak pun. 1940 (umur 37): Dilantik sebagai Timbalan Pengarah Perkhidmatan Pasukan Kawalan Am Selatan Kedah. 1941 (umur 38): Jepun menyerang Kota Bharu , Kelantan pada 8 Disember. 1947 (umur 44): Berangkat semula ke England untuk menyambung pengajian 1948 (umur 45): Dipanggil ke bar di Inner Temple. 1949 (umur 46): Pulang ke Tanah Melayu. Pada mulanya, beliau dihantar ke pejabat Pegawai Undang-undang di Alor Star. Kemudian beliau memohon untuk bertukar ke Kuala Lumpur. Di Kuala Lumpur, Tunku menjadi Timbalan Pendakwa Raya dan kemudiannya, dilantik sebagai Presiden Mahkamah Sesi. 1946: Menyertai UMNO. 1951 (umur 48): Menjadi Presiden UMNO pada Oktober sewaktu Datuk Onn Jaafar meletakkan jawatan. Menganjurkan Pertandingan Membaca Al-Quran peringkat negeri yang pertama di Kedah. 1954 (umur 51): Mengetuai satu rombongan ke England untuk berbincang bagi menuntut kemerdekaan bagi Tanah Melayu, tetapi kunjungan itu tidak berhasil. 1955 (umur 52): Pilihan raya persekutuan umum yang pertama diadakan, dan Parti Perikatan (Barisan Nasional) memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. Dengan majoriti ini, Tunku Abdul Rahman telah dilantik sebagai Ketua Menteri Tanah Melayu yang pertama. Satu lagi rombongan ke London diadakan. 1956 (umur 53): England bersetuju untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Sebaik pulang dari England, Tunku mengisytiharkan berita gembira ini buat kali pertamanya pada 20 Februari di Bandar Hilir, Melaka. 9
1957 (umur 54): Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos. Memperkenalkan kejohanan Pestabola Merdeka, yang merupakan pertandingan bolasepak antarabangsa. 1958 (umur 55): Dilantik sebagai Presiden pertama Asian Football Confederation (AFC) (1958 – 1976). 1960 (umur 57): Menubuhkan Pertubuhan Kebajikan Islam (PERKIM), sebuah pertubuhan untuk membantu golongan mualaf dalam menyesuaikan hidup baru sebagai Muslim. 1961 (umur 58): Memulakan penubuhan Association of Southeast Asia (ASA) yang menggabungkan Tanah Melayu, Thailand dan Filipina. Menjadi tuan rumah Pertandingan Membaca Al-Quran Peringkat Antarabangsa yang pertama. 1963 (umur 60): Membentuk Malaysia pada 16 September, apabila Tanah Melayu bergabung dengan Singapura, Sarawak dan Borneo Utara (sekarang Sabah). 1967 (umur 64): ASA dibubarkan untuk memberi laluan kepada persatuan yang lebih besar, iaitu Association of Southeast Asian Nations. 1969 (umur 66): Membantu menubuhkan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan dilantik sebagai Setiausaha Agungnya yang pertama. 1971 (umur 68): Meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno dan digantikan oleh timbalannya, Datuk Abdul Razak Hussein. 1982 (umur 79): Menjadi Presiden Majlis Dakwah Serantau Asia Tenggara dan Pasifik (RISEAP) (1982 – 1988). 1990 (umur 87): Mangkat pada 6 Disember pada jam 10:25 malam kerana sakit tenat dan disemadikan di Makam Diraja Langgar di Alor Star 10
SUMBANGAN DAN PERJUANGAN Pada waktu pemulaaan pimpinan Tunku, tugas terpenting ialah bagi memupuk kerjasama antara kaum dan mencapai persetujuan atas perkara-perkara pokok bagi pemerintahan negara merdeka. Tunku berusaha dengan yakin, sabar dan tawakkal bagi menyatupadukan kaum-kaum di samping menjaga keutuhan bangsa Melayu dan MCA (Pertubuhan Cina Tanah Melayu) yang ditubuhkan pada tahun 1952 di kawasankawasan majoriti bukan Melayu. Hasilnya “Perikatan” UMNO-MCA telah memberi kemenangan kepada kedua-duanya. Menjelang pilihanraya 1955 Perikatan ini disertai pula oleh MIC (Kongres India Tanah Melayu) sebagai mewakili kaum India. Dengan pertubuhan Perikatan ini semua kaum-kaum yang penting adalah terwakil dalam sebuah badan politik yang terbesar bergerak menuju kemerdekaan. Kata sepakat yang dahulunya susah untuk dicapai kerana parti-parti tidak mempunyai pendapat yang sama, sekarang boleh diselesaikan secara konsensus dalam Perikatan. Soal kerakyatan ditimbulkan dimana bukan Melayu menghendaki kelonggaran yang lebih sedangkan orang Melayu mempertahankan syarat-syarat yang ketat. Soal-soal lain termasuk hak-hak istimewa bagi orang-orang Melayu, penerimaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan asas dasar pelajaran kebangsaan dan Islam sebagai agama rasmi. Setelah tercapai persetujuan mengenai cara-cara mengendalikan negara, pemimpinpemimpin Perikatan mengemukakan kepada Kerajaan British. Rombongan pertama Perikatan ke London telah dibuat pada tahun 1954 tetapi tidak beroleh kejayaan. Pada Julai tahun 1955 telah berlangsung pilihanraya umum yang pertamatelah diadakan di mana Perikatan mencapai kejayaan cemerlang dengan beroleh 51 daripada 52 kerusi yang ditandingi. Dengan majoriti yang diperolehi itu, perikatan membawa satu rombongan lagi ke London, diketuai oleh Tunku Abdul Rahman sebagai Ketua Menteri dan Menteri Dalam Negeri. Sebagai Ketua Menteri, Tunku berusaha sedaya upaya untuk menamatkan pengganasan komunis secara damai. Pada 9 September 1955, beliaumengisytiharkan pengampunan bagi pengganas-pengganas komunis yang menyerah diri. Berikutan daripadanya, Rundingan Baling diadakan pada 28 hingga 29 Disember 1955 antara Parti Komunis Tanah Melayu, diwakili oleh Chin Peng, Chin Tien dan Rashid Maidin; dengan Kerajaan yang diwakili oleh Tun Tan Cheng Lock dan Tunku. Rundingan ini gagal. Chin Peng menolak cadangan Tunku agar komunis meletak senjata tanpa syarat. Semakin teguhlah azam Tunku hendak menewaskan pengganas komunis. Lima tahun kemudian, usaha bersama seluruh rakyat telah berjaya menamatkan Darurat yang disebabkan oleh pengganasan komunis. Pada tahun 1956, Tunku mengetuai rombongan ke London untuk berbincang dengan Kerajaan British mengenai Kemerdekaan Tanah Melayu, yang terdiri daripada empat orang 11
wakil Raja-raja Melayu dan empat orang wakil Parti Perikatan, dapat meyakinkan Kerajaan British supaya menetapkan tarikh Kemerdekaan iaitu 31 Ogos 1957. Pada 30 Ogos 1957, di Padang Kelab Selangor, ketika jam tepat pukul 12 tengah malam, bendera Tanah Melayu pun dinaikkan, mengambil tempat Union Jack. Awal pagi esoknya, 31 Ogos, di Stadium Merdeka, Tunku membaca Pengisytiharaan Kemerdekaan. Dalam kedua-dua peristiwa itu, pekikan “Merdeka!” daripada Tunku berkumandang disambut gembira oleh ribuan rakyat disitu dan jutaan lagi yang mengikuti siaran radio. Setelah negara merdeka pada tahun 1957 dan Tunku Abdul Rahman menjadi Perdana Menteri yang pertama, usahausaha dibuat bagi mengukuhkan pemerintahan negara melalui perpaduan rakyat dan kemajuan ekonomi. Rancangan Malaya yang pertama, dimulakan sejak 1956, adalah bertujuan untuk mengisikan kemerdekaan dengan pembangunan. Pada tahun 1960, keadaan darurat yang telah berjalan selama 12 bulan diisytiharkan tamat. Sebelumnya, pada Disember, tahun 1955, rundingan telah diadakan antara Tunku dan lain-lain dengan pemimpin-pemimpin Parti Komunis Malaya bagi menyelesaikan permusuhan. Apabila komunis tidak setuju membubarkan parti mereka, pihak Perikatan menolak sama sekali perundingan dengan mereka. Dari segi hubungan luar, Kerajaan Perikatan di bawah pimpinan Tunku cuba berbaikbaik dengan semua negara tetapi menolak persahabatan dengan negara-negara Komunis memandang kepada ancaman Komunis di dalam negeri. Tanah Melayu menyertai secara aktif dalam politik antarabangsa seperti mengaggotai Bangsa-bangsa Bersatu dan badanbadan yang ditubuhkannya, menjadi ahli Komanwel British, mengambil sikap menentang dasar Apartheid Afrika Selatan, menyokong perjuangan rakyat Palestin dan menghantar tentera ke Congo bila peperangan saudara meletus di sana. Untuk persahabatan serantau, Tunku telah mengasaskan ASA atau Pertubuhan Asia Tenggara pada tahun 1961 dengan dianggotai oleh Malaya, Filipina dan Thailand. Kemudiannya pertubuhan ini dibubarkan untuk membuka jalan kepada Penubuhan ASEAN pada tahun 1967. Pada tahun kemudian ini juga, hubungan dengan negaranegara bloc komunis mula diadakan. Pada bulan September 1963, wilayah negara telah diperluaskan dengan Penubuhan Malaysia mangikut cadangan Tunku supaya semua negeri-negeri di bawah pemerintahan British di Asia Tenggara digabungkan ke dalam sebuah Persekutuan bersama-sama dengan Malaya yang telah pun merdeka itu. Atas jasanya itu, Tunku diberi gelaran “Bapa Malaysia”. 12
Dalam penubuhan Malaysia ini, tidak disangka-sangka mendapat tentangan hebat dari rejim Sukarno. Maka dengan itu berlakulah Konfrontasi antara dua negara serumpun dan tamat hanya apabila rejim Sukarno diguling pada bulan Oktober 1965 oleh tentera. Di samping itu, Malaysia menghadapi tuntutan ke atas Wilayah Sabah oleh kerajaan Filipina yang berlanjutan ke hari ini. Dalam keadaan negara menghadapi ancaman dari luar, tercetus pula satu pergolakan politik yang hebat dalam negeri, melibatkan kerajaan pusat di bawah pimpinan Perikatan dengan kerajaan Singapura pimpinan PAP. Pimpinan PAP menjalankan kempen yang luas di dalam dan luar negeri bagi memburukkan kerajaan pusat. Akibatnya permusuhan antara Melayu dan orang China makin bertambah damn boleh mencapai paras bahaya. Tunku mengambil keputusan untuk menyingkirkan Singapura dari Malaysia. Menjelang tahun 1969, ketegangankaum ini, Tunku telah dengan berat hati mengampuni 11 orang pemuda (9 keturunan China) yang telah dihukum mati oleh mahkamah kerana bersubahat dengan pihak musuh di waktu Konfrontasi Indonesia dahulu. Tetapi kemurahan hati Tunku ini telah disalahertikan oleh parti-parti pembangkang sebagai kelemahan. Suasana perkauman bertiup sampai ke kemuncak dan meletus dalam peristiwa 13 Mei 1969. Bagi memulihkan keadaan yang tegang dalam negara, Parlimen telah digantung dan di atasnya tertubuh Majlis Gerakan Negara. Tunku masih menjadi Perdana Menteri tetapi pengarah Mageran telah diserahkan kepada Tun Abdul Razak. Pada 22 September 1970, Tunku meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri, setelah mendapat kepastian dari pimpinan baru bahawa negara akan kembali kepada demokrasi dan Mageran dibubar setelah keamanan pulih semula. Pada Februari 1971, Tunku tidak bertanding lagi untuk jawatan UMNO. Setelah bersara dari politik tanahair, Tunku bertolak ke Jeddah untuk memegang jawatan sebagai Setiausaha Agung Sekretariat Islam yang pertama. Di waktu memegang jawatan ini, banyak usaha-usaha yang dibuat oleh Tunku bagi memupuk kerjasama dan persaudaraan antara negara-negara Islam. Syor-syor dikemukakan bagi kemajuan umat Islam dalam bidang ekonomi seperti penubuhan bank Islam, kegiatan di bidang agama dan juga kebudayaan. Minat Tunku dalam kemajuan orang-orang Islam dan agama Islam bukanlah baru. Sewaktu menjadi Perdana Menteri, beliau telah mengilhamkan pertandingan Al-Quran di peringkat negeri dan antarabangsa yang mengharumkan nama Malaysia. Kembali ke tanahair, Tunku terus bergiat dalam bidang dakwah membantu orang-orang bukan 13
Melayu memeluk agama Islam. Kini Tunku mengetuai PERKIM atau Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia. Dalam bidang sukan, Tunku adala bertanggugjawab menghidupkan semangat kesukanan dalam negara. Beliau adalah pengasas Pesta Bola Merdeka yang begitu popular dan disambut baikoleh negara-negar lain di Asia. Beliau pernah menjadi Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia dan Presiden Konfederasi Bolasepak Asia. Beliau sendiri sangat suka bermain bola di waktu mudanya, dan sebelum merdeka pernah menjadi Presiden Persatuan Bolasepak Melayu dan Presiden Persatuan Bolasepak Selangor. Pendeknya Tunku ialah seorang yang istimewa dilahirkan untuk memimpin manusia dalam keadaan yang mencabar seperti di Malaysia. Pemimpin-pemimpin yang luas pengetahuan akademiknya ataupun petah bercakap belum tentu dapat mengemudikan negara ini di celah liku-liku perkauman yang menghendaki kebijaksanaan dan kesabaran yang bukan sedikit.Tunku tidak ada ilmu yang banyak, tetapi peribadinya memupuk satu rasa keyakinan pada orang-orang yang mendampinginya. Tunku meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri pada 22 September 1970 dan sebagai Presiden UMNO diumumkan pada 24 Januari 1971 dalam Perhimpunan Agung UMNO. Tunku Abdul Rahman mangkat pada 6 Disember 1990. 14
PENCAPAIAn Pada tahun 1951, Tunku Abdul Rahman telah dilantik sebagai Presiden UMNO menggantikan Dato’ Onn Jaafar. Tunku Abdul Rahman Putra telah menggunakan diplomasi untuk menyatukan kaum di Malaysia. Bagi mencapai matlamat tersebut, beliau telah mendapatkan keyakinan pihak British dengan melantik beberapa orang tokoh di kalangan masyarakat Cina dan India untuk turut sama mentadbir negara. Pada Pilihanraya Perbandaran Kuala Lumpur pada tahun 1952, UMNO buat kali pertamanya bekerjasama dengan parti MCA (Malayan Chinese Association) untuk bertanding dalam pilihanraya tersebut. Gabungan UMNO-MCA berjaya menumpaskan parti Dato’ Ona Jaafar, the Independence of Malaya Party (IMP). UMNO-MCA memenangi 11 daripada 12 kerusi yang ditandingkan. Dengan kejayaan ini, MIC turut serta dalam gabungan tidak rasmi UMNO-MCA pada tahun 1954. Pada Pilihanraya Umum 1955, gabungan UMNO-MCA-MIC diperkembangkan ke seluruh Malaya, menandakan kelahiran Parti Perikatan (National Alliance). Perikatan berjaya memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan di atas janji untuk menuntut kemerdekaan bagi Persekutuan Tanah Melayu. Tunku Abdul Rahman dilantik sebagai Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu. Pada pukul 12 malam, 31 Ogos 1957, bendera Union Jack diturunkan di Dataran Merdeka, dan bendera Persekutuan Tanah Melayu (Federation of Malaya atau Malaya) dinaikkan di hadapan dua puluh ribu rakyat Malaya, menandakan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu. Tunku Abdul Rahman dilantik sebagai Perdana Menteri Malaya pertama. Sebagai Perdana Menteri, Tunku mengutamakan pembangunan infrastruktur, pendidikan, pembangunan luar bandar dan pertanian. Pada tahun 1961, Tunku Abdul Rahman mencadangkan gabungan Persekutuan Tanah Melayu bersama Singapura, Brunei, Sabah, dan Sarawak bagi menubuhkan Malaysia. Pada 16 September 1963, Malaysia berjaya ditubuhkan, terdiri daripada Malaya, Singapura, Sabah, dan Sarawak. Di atas perbezaan politik, Singapura menarik diri dari Malaysia pada tahun 1965 15
KESIMPULAN Ibarat kata pepatah Melayu “Harimau Mati Meninggalkan Belang, Manusia Mati Meninggalkan Nama”. Begitulah ungkapan yang paling bererti untuk mengenang jasa dan sumbangan negarawan ulung Tunku Abdul Rahman Putra. Pada tarikh 6 Disember 2009 genaplah 19 tahun Tunku pulang ke rahmatullah. Namun, ingatan terhadap beliau tidak pernah luput malah sentiasa segar dalam kotak fikiran rakyat Malaysia. Sepanjang hayatnya, Tunku telah menunjukkan kehebatan sebagai pemimpin yang beribawa dalam pelbagai bidang. Ketokohannya juga diakui oleh Tun Abdul Razak dalam ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Tunku di Dewan Rakyat pada Februari 1971. Beliau menyatakan bahawa Tunku telah muncul pada saat yang penting dalam sejarah perjuangan bangsa kita. Ini jelas terbukti warisan yang ditinggalkan Tunku dalam cacatan sejarah negara. Jika diselusuri sejarah perkembangan negara, Tunku adalah seorang pejuang yang berjiwa kental dan mempunyai semangat jati diri yang tinggi untuk membebaskan negara dari cengkaman penjajah. Penglibatan menentang Malayan Union, mengemudi kepimpinan UMNO melalui perubahan slogan dari Hidup Melayu kepada Merdeka, mengatur strategi pakatan antara kaum dengan kerjasama pihak Majlis Raja-Raja Melayu telah membuktikan kepimpinan Tunku sehingga berjaya mencapai kemerdekaan secara aman melalui meja rundingan. Liku, cabaran, perit jerih terbayar dek nikmat kemerdekaan yang diwarisi sehingga kini dan kita 16
sebagai rakyat Malaysia perlu merasa terhutang budi kepada Tunku – Bapa Kemerdekaan. Setelah merdeka, Tunku yang mengetuai Kabinet telah membentuk strategi pembangunan jangka panjang dengan melaksanakan rancangan pembangunan negara bagi tempoh setiap lima tahun bermula dengan Rancangan Malaya Pertama pada tahun 1956 – 1960. Rancangan pada peringkat awal lebih menjurus kepada pemulihan dan pembangunan untuk membina kemajuan negara. Rancangan pembangunan ini meliputi semua lapisan masyarakat berbilang kaum di bandar dan juga luar bandar. Dalam aspek perpaduan, Tunku selaku pemimpin yang mewakili kepentingan orang Melayu, tidak sesekali mengenepikan kaum lain. Jelas perpaduan rakyat berbilang kaum di negara ini didasari oleh Perlembangan Tanah Melayu dan ia harus difahami oleh semua rakyat Malaysia. Sifat saling faham memahami amat penting dan ditekankan oleh Tunku agar rakyat dapat hidup dalam suasana muhibah dan harmoni. Tunku juga dikatakan sebagain “A Man Of Piece”. Kehadiran Tunku ke Rundingan Baling 1955 dengan wakil-wakil Parti Komunis Malaya memperlihatkan sifatnya yang cintakan kedamaian dan perpaduan. Meskipun gagal, Tunku dilihat tokoh pencinta kedamaian Oleh itu , diharapkan agar semua warga negara ini akan sentiasa mematuhi undang-undang , menjaga maruah negara dan menghargai jasa tokoh yang telah banyak berjuang bagi mencapai kemerdekaan. Tidak lupa juga untuk saya mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses kami menyiapkan laman blog ini. Semoga perisian yang disampaikan oleh kami bergun untuk semua. Kita juga perlu sentiasa ingat jika kita tidak menjaga Negara kita , 17
‘Sejarah mungkin berulang’ dan juga ‘tanpa sejarah , siapalah kita’ . Ayuh kita bersama-sama memupuk semangat cintakan Negara dalam diri kita untuk kesejahteraan bersama 18
RUJUKAN 1. https://www.perdana.org.my/pms-of-malaysia/tunku-abdul-rahman/biography/ 2. https://ms.wikipedia.org/wiki/Tunku_Abdul_Rahman 3. http://duniawi97.blogspot.com/p/blog-page.html 4.https://www.google.com/search?q=tunku+abdul+rahman+ke+london&tbm=isch&ve d=2ahUKEwjFgfPKhrSDAxW8TmwGHa4GCUwQ2- cCegQIABAA&oq=tunku+abdul+rahman+ke+&gs_lcp=CgNpbWcQARgAMgUIABCA BDoGCAAQBRAeOgYIABAIEB5QrxBY1hNgtSdoAHAAeACAAZ0CiAHDBpIBBTEu MC4zmAEAoAEBqgELZ3dzLXdpei1pbWfAAQE&sclient=img&ei=mWuOZYXRNbyd seMPro2k4AQ&bih=654&biw=1280&hl=en-US#imgrc=9Bt_XNw1AH5WDM 5.https://www.google.com/search?q=tunku+abdul+rahman+ke+london&tbm=isch&ve d=2ahUKEwjFgfPKhrSDAxW8TmwGHa4GCUwQ2- cCegQIABAA&oq=tunku+abdul+rahman+ke+&gs_lcp=CgNpbWcQARgAMgUIABCA BDoGCAAQBRAeOgYIABAIEB5QrxBY1hNgtSdoAHAAeACAAZ0CiAHDBpIBBTEu MC4zmAEAoAEBqgELZ3dzLXdpei1pbWfAAQE&sclient=img&ei=mWuOZYXRNbyd seMPro2k4AQ&bih=654&biw=1280&hl=en-US#imgrc=LvsITj5-TeRULM 19
-TAMAT -