SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN DATO’ HARUN (SATU)
KM 12 JALAN KLANG LAMA,
46000 PETALING JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN
BUKU PENGURUSAN
1 MURID 1 SUK2A02N0
PENGENALAN
Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M 1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekurang
kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang memberi tumpuan ke arah melahirkan insan
yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Dasar ini selaras dengan Dasar Sukan Negara yang memberi penekanan kepada
Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan. Dasar ini memberi perhatian
yang utama kepada murid yang kurang aktif supaya mereka melibatkan diri dalam
aktiviti sukan. Pada masa yang sama,bakat murid yang berpotensi akan digilap dan
dibangunkan melalui Sukan Prestasi Tinggi Sekolah (SPTS).
Bidang sukan sangat penting dalam mengoptimumkan keupayaan fizikal murid
selaras dengan ungkapan “Minda Yang Cerdas Terletak Pada Tubuh Yang Sihat”.
Dalam konteks ini, bidang sukan memainkan peranan yang penting bagi melahirkan
modal insan yang sihat, cergas dan produktif agar dapat memberi sumbangan
kepada kesejahteraan sosial serta pembangunan ekonomi negara. Justeru, pelbagai
aktiviti sukan diperkenalkan bagi menarik minat murid-murid agar mengamalkan
gaya hidup sihat dan aktif.
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melaksanakan Dasar 1M 1S agar setiap
murid menikmati manfaat bersukan dengan harapan dapat membentuk generasi
yang membudayakan sukan seiring dengan keperluan akademik.
RASIONAL
Dasar 1M 1S mendokong Dasar Sukan Untuk Semua, di mana dasar ini
menitikberatkan penglibatan semua murid dalam pelbagai aktiviti dan peringkat
sukan. Dasar ini dibentuk atas rasional segala kegiatan sukan adalah sebahagian
daripada transformasi pendidikan yang diusahakan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM). Sukan seharusnya mendapat pengiktirafan, sokongan dan galakan
yang sama sebagaimana juga yang diberikan kepada aspek-aspek yang lain seperti
mata pelajaran akademik dan kegiatan kokurikulum supaya dapat melahirkan murid
yang seimbang darisegi kesejahteraan minda dan jasmani.
Dasar ini juga menyumbang kepada penggalakan pertandingan yang sihat,
semangat muhibah, kesefahaman, toleransi dan meningkatkan nilai moral dan fizikal
yang memberi satu landasan yang betul dalam mengintegrasikan pelbagai kumpulan
etnik kepada satu bangsa yang bersatupadu serta memupuk semangat cintakan
negara.
Dasar 1M 1S dapat memberi peluang secara menyeluruh kepada semua murid
melibatkan diri dalam sukan secara lebih terurus dan terancang serta
mengimbangkan fokus atau penekanandalam melahirkan modal insan secara
holistik ke arah pembinaan masyarakat Malaysia yang berdaya saing tinggi.
MATLAMAT
Dalam jangka masa panjang, dasar ini berhasrat membangunkan modal insan
melalui penyertaan yang menyeluruh dari kalangan murid dalam kegiatan sukan
sepanjang tahun serta memupuk budaya bersukan di kalangan murid sekolah agar
menjadi ahli masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat, cergas dan berdaya
saing tinggi.
KONSEP
Dasar 1M 1S adalah program pembangunan sukan di sekolah yang mewajibkan
setiap murid dari Tahap 2 di sekolah rendah hingga Tingkatan 6 di sekolah
menengah mengikuti sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan yang dikendalikan
secara terancang dan sistematik.
Dasar 1M 1S adalah berteraskan kepada prinsip-prinsip asas perkembangan fizikal
murid-murid. Justeru itu, Dasar 1M 1S adalah diwujudkan untuk merealisasikan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan agar;
• Memberi akses kepada semua murid untuk mendapatkan faedah dari
penglibatan dalam sukan khususnya kepada murid yang kurang atau tidak
aktif;
• Membangunkan sukan sekolah ke arah meningkatkan kadar penyertaan
murid dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah;
• Memberi peluang kepada semua
OBJEKTIF
Dasar 1M 1S menggariskan objektif jangka panjang dan jangka pendek seperti
berikut:
• Meningkatkan kecergasan jasmani;
• Membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni;
• Memupuk perpaduan di antara kaum;
• Membentuk budaya sukan di kalangan murid;
• Memenuhi naluri semulajadi murid agar aktif dari segi fizikal;
• Memberi keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal;
• Mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan.
PRINSIP PELAKSANAAN
Pelaksanaan Dasar 1M 1S hendaklah mengambil kira prinsip pelaksanaan berikut:
• Setiap murid termasuk murid berkeperluan khas yang tidak mengalami
masalah kesihatan hendaklah wajib mengambil bahagian dalam
sekurangkurangnya satu jenis sukan. Dasar 1M 1S adalah diwajibkan untuk
murid Tahun 4 hingga Tahun 6 di sekolah rendah serta Tingkatan Peralihan,
Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 di sekolah menengah. Walau bagaimanapun
murid Pra Sekolah hingga Tahun 3 digalakkan menyertai program ini
berdasarkan kemampuan sekolah (SPI Bil.16/2010 bertarikh 1/12/2010 Rujuk
LAMPIRAN 1).
• Murid boleh menyertai lebih dari satu sukan mengikut kemampuan dan sukan
yang ditawarkan oleh sekolah atau yang dijalankan oleh pihak lain dengan
pengetahuan dan persetujuan pihak sekolah.
• Asas kepada 1M 1S adalah pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Jasmani
dan Kesihatan yang berkualiti di sekolah. Segala sumber untuk mata
pelajaran Pendidikan Jasmani hendaklah diguna sama bagi program 1M 1S.
• Aspek yang diutamakan adalah penyertaan aktif oleh semua murid dalam
aktiviti sukan.
• Penyertaan dalam sukan adalah asas kepada perkembangan intelek, rohani,
jasmani dan emosi murid.
• Ibu bapa dan agensi luar / rakan sukan adalah digalakkan untuk
menyumbang kepada pembangunan sukan sekolah.
• Setiap sekolah yang sudah pun mempunyai prasarana, kemudahan dan
peralatan sukan hendaklah mengoptimumkan penggunaannya bagi
meningkatkan lagi penyertaan aktif setiap murid.
• Pihak sekolah hendaklah sentiasa mengutamakan keselamatan murid
semasa menjalankan aktiviti sukan di sekolah dan di luar sekolah. Segala
prosedur dan langkahlangkah keselamatan hendaklah dipatuhi bagi
mengelakkan sebarang kemalangan.
PELAKSANAAN DASAR 1M1S MELALUI PROGRAM SUKAN DI
SEKOLAH
Program sukan sekolah sepanjang tahun merangkumi sukan untuk semua dan
sukan untuk kecemerlangan. Senarai sukan / permainan yang dicadangkan untuk
pelaksanaan Dasar 1M1S adalah seperti di LAMPIRAN 2. Aktiviti sukan yang
dicadangkan adalah seperti berikut:
a) Program Sukan Umum - sepanjang tahun
♦ Latihan Rumah Sukan*
➤ Merentas desa
➤ Sukan / permainan
➤ Balapan dan padang
♦ Pertandingan Merentas Desa*
♦ Sukantara*
♦ Kejohanan Balapan dan Padang
b) Kelab Sukan dan Permainan* - sepanjang tahun
♦ 90 minit seminggu untuk Sekolah Menengah
♦ 60 minit seminggu untuk Sekolah Rendah
♦ Latihan pelbagai permainan dan Modified Games
c) Pertandingan Dalaman - sepanjang tahun
♦ Pertandingan antara rumah sukan
♦ Pertandingan antara tingkatan / kelas
♦ Pertandingan antara dorm di asrama
d) Pertandingan Lain
♦ Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD)
♦ Majlis Sukan Sekolah Negeri (MSSN)
♦ Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM)
♦ Pertandingan Peringkat Antarabangsa
e) Aktiviti Sukan Lain
*Wajib untuk setiap murid
TUGAS & TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA KERJA
PENGURUSAN SUKAN
TUGAS JAWATAKUASA PENGURUSAN
• Merancang aktiviti sekolah (Rancangan Jangka Panjang /Pendek).
• Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 2 kali setahun.
• Menentukan peraturan kokurikulum sekolah.
• Menentukan takwim dan jadual aktiviti.
• Memastikan penglibatan pelajar menyeluruh.
• Memastikan sekolah mengambil bahagian dalam kegiatan kokurikulum
peringkat daerah/ negeri/kebangsaan.
• Memastikan guru mematuhi takwim dan jadual Kokurikulum.
• Menentukan tarikh Kejohanan Olahraga sekolah, Merentas Desa, Hari
Kecemerlangan Kokurikulum dan kegiatan lain.
• Menilai aktiviti kokurikulum dan membuat laporan tahunan.
• Memastikan konsep sukan untuk semua dan sukan untuk elit dilaksanakan di
sekolah.
• Membuat anggaran perbelanjaan dan menentukan peruntukan kewangan
• Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada guru dan pelajar yang telah
menunjukkan prestasi cemerlang dalam bidang masingmasing.
• Memastikan semua tempat dan alat selamat digunakan oleh pelajar.
TUGAS GPK KOKURIKULUM
• Menentukan objektif gerakerja kokurikulum sekolah tercapai.
• Bertanggungjawab dalam pelaksanaan dasar gerakerja kokurikulum
sekolah.
• Menyelaras dan meluluskan program tahunan setiap unit gerakerja
kokurikulum
• Memastikan supaya setiap unit gerakerja kokurikulum berjalan dengan
lancar, berterusan dan berkesan.
• Menyelesaikan masalah yang berbangkit dalam perjalanan aktiviti
kokurikulum.
• Menyelaras dengan pihak sekolah peruntukan dan perbelanjaan aktiviti
kokurikulum.
• Mengawal segala urusan kewangan bagi wang yang dikutip daripada
pelajar.
• Menerima laporan kedudukan stok dan inventori peralatan kokurikulum.
• Menerima laporan kegiatan unit kokurikulum pada akhir tahun daripada
setiausaha kokurikulum, penolong Setiausaha kokurikulum dan penyelaras-
penyelaras unit.
• Memutuskan pengurniaan yang akan diberi kepada pelajar yang mencapai
taraf kecemerlangan dalam aktiviti kokurikulum.
TUGAS SETIAUSAHA SUKAN
• Menyelaraskan semua aktiviti sukan sekolah.
• Menyediakan takwim dan aktiviti sukan yang sesuai dengan aktiviti MSSD/
MSSN/MSSM.
• Membantu Pengetua mengagih tugas baru dalam olahraga dan
permainan.
• Menetapkan pelajar dalam Rumah Sukan.
• Menyediakan anggaran belanjawan tahunan untuk aktiviti dan
peralatan.
• Menyelaraskan penyertaan sekolah dalam aktiviti sukan luar sekolah.
• Mengurus dan menjaga keselamatan semua perlatan sukan sekolah.
• Menyimpan dan mengemaskini buku stok dan inventori peralatan sukan.
• Menyediakan peraturan penggunaan peralatan dan kemudahan sukan.
• Menyediakan laporan lengkap tentang semua aktivit sukan sekolah dan
luar sekolah untuk edaran, rujukan dan rekod.
• Sentiasa berbincang dengan Pengetua/Penolong Kanan Kokurikulum
untuk kepentingan sukan sekolah.
• Merekodkan pencapaian cemerlang pelajar dan pasukan sekolah
dalam Buku Rekod Pencapaian Sukan Sekolah.
• Menghadiri kursus dari masa ke masa untuk meningkatkan ilmu
TUGAS PENYELARAS KOKURIKULUM
• Menyelaras semua aktiviti kokurikulum.
• Membantu Pengetua dalam pengagihan tugas kepada guru-guru,
perancangan, pelaksanaan dan penilaian pelajar.
• Mengurus pemilihan peserta untuk ke pertandingan aktiviti persatuan/
kelab/pasukan badan beruniform dan sukan/permainan.
• Menentukan langkah-langkah keselamatan dalam aktiviti kokurikulum
dipatuhi.
• Memastikan rekod dan data diselenggara dengan baik.
• Memastikan borang-borang kokurikulum yang digunakan dikemaskinikan
dan mencukupi.
• Mengenal pasti guru dan murid yang berpotensi dalam aktiviti
kokurikulum dan mengadakan latihan dengan mereka.
TUGAS GURU PENASIHAT KELAB SUKAN PERMAINAN
• Memastikan Mesyuarat Agung diadakan bagi tujuan melantik Ahli
Jawatankuasa.
• Memastikan ada perlembagaan dan peraturan.
• Memastikan aktiviti selaras dengan objektif sekolah.
• Memastikan jawatankuasa menjalankan tugas seperti terkandung dalam
Perlembagaan.
• Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama pelajar.
• Memastikan aktiviti berjalan mengikut jadual yang ditetapkan.
• Merancang strategi untuk peningkatan kecemerlangan Pasukan Sukan/
Permainan.
• Memastikan pengurusan kewangan dan harta benda/peralatan diurus
dengan baik.
• Memastikan Minit Mesyuarat dan Laporan Aktiviti disediakan dan
difailkan.
• Mendaftarkan Kelab/Persatuan Sukan / Permainan.
• Bertanggungjawab memberi bimbingan dan tunjuk ajar serta galakan
kepada ahli-ahli.
• Mengurus penyertaan ahli-ahli dalam kegiatan di peringkatsekolah/zon/
daerah dalam lawatan atau projek yang dijalankan.
• Bertanggungjawab mencatat penglibatan dan pencapaian ahli.
• Menandatangani Buku Kehadiran Ahli.
• Menghadiri perjumpaan atau mesyuarat yang berkaitan dengan unit
yang diwakili.
• Menentukan Papan Kenyataan digunakan dengan sepenuhnya.
• Memastikan tidak ada unsur subversif tersebar di kalangan ahli.
• Mencadangkan nama ahli yang layak menerima Sijil Penghargaan
kepada Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah.
• Bekerjasama dengan pihak sekolah dalam menjayakan sesuatu
program.
• Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari
semasa ke semasa.
TUGAS GURU SUKAN SEKOLAH/RUMAH
• Membentuk jawatankuasa.
• Merancang meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan minat pelajar
dalam permainan.
• Berusaha mendapatkan khidmat nasihat daripada mereka yang pakar.
• Memastikan undang-undang permainan dan perlawanan dipatuhi.
• Memilih dan melatih pasukan sekolah mengikut jadual dan takwim
kokurikulum sekolah.
• Menganjurkan perlawanan antara Rumah Sukan/Kelas/Tingkatan/
Sekolah.
• Menguruskan pengangkutan untuk pasukan sekolah ke pertandingan
luar.
• Menguruskan surat kebenaran ibu bapa/penjaga untuk ke pertandingan
luar sekolah.
• Melapor dan merekodkan keputusan-keputusan pertandingan yang
disertai.
• Menyediakan anggaran perbelanjaan untuk peralatan dan pengurusan.
• Menyemai semangat kesukanan di kalangan pelajar.
• Menentukan peralatan dan kemudahan permainan sentiasa dalam
keadaan baik, selamat dan mencukupi untuk digunakan.
• Merancang aktiviti tahunan dengan guru Rumah Sukan.
• Menilai prestasi pasukan sekolah dan mengambil langkahlangkah untuk
mempertingkatkan.
• Merekodkan nama pemain-pemain dan pasukan yang cemerlang(johan
daerah/negeri, wakil daerah/negeri dan negara)
• Menghadiri kursus permainan yang dianjurkan oleh Jabatan Belia.
TUGAS JURULATIH PASUKAN ELIT & SKUAD TUNAS JUARA
• Mengenalpasti bakat murid dalam bidang sukan.
• Membentuk perancangan jangka panjang untuk mempastikan pencapaian misi
dan visi sesebuah pasukan.
• Merancang latihan dan perlawanan persahabatan yang perlu dimasukan ke
dalam takwim pasukannya dan serahkan kepada S/U Sukan / S/U
Kokum untuk tindakan selanjutnya.
• Membentuk pasukan sekolah. Menyediakan senarai keperluan / alat dan
mencadangkan pembeliannya melalui kerjasama setiausaha sukan.
• Membantu S/U Sukan dalam membuat gelanggang untuk latihan dan
pertandingan.
• Melatih ahli pasukan masing-masing untuk menghadapi pertandingan dan
permainan antara sekolah / daerah / bahagian / negeri
• Mengatur program latihan dan kegiatan pasukan bagi sepanjang tahun.
• Memupuk semangat dan minat di kalangan pemain-pemain dengan
mengadakan aktiviti menonton video/filem berkaitan, lawatan dan lain-lain
rangsangan.
• Bertindak sebagai pengurus pasukan sekolah.
• Menghadiri mesyuarat peringkat sekolah / daerah dan mematuhi keputusan
minit mesyuarat tersebut.
• Menyediakan dan melengkapkan borang tuntutan tambang, makan dan
minum, pengangkutan serta keperluan ahlinya dalam acara-acara yang
dianjurkan oleh sekolah /PPD/BAHAGIAN/JPN/KPM atas persetujuan
Pengetua
• Mendapatkan dan menyimpan surat kebenaran ibubapa/penjaga sebelum
membawa ahli yang terlibat dalam sesuatu acara di luar kawasan sekolah.
Salinan hendaklah diserahkan kepada PK HEM atau PK KOKU. untuk
makluman.
• Mengiringi ahlinya yang terlibat dalam acara-acara di luar kawasan sekolah
dalam keadaan selamat pergi dan balik.
• Memastikan keselamatan pelajar/ahlinya semasa dalam latihan dan
pertandingan
• Memaklumkan setiap keputusan pertandingan kepada Pengetua, PK KOKU
dan S/U Sukan / S/U KOKU untuk makluman dan rekod
• Membuat laporan/Post Mortem tentang prestasi pasukannya
selepas pertandingan dan serahkan laporan kepada S/U
Sukan S/U KOKU untuk tindakan selanjutnya (dokumentasi).
CARTA ORGANISASI SUKAN
2020
JAWATANKUASA TERTINGGI PENGURUSAN SUKAN SEKOLAH
2020
PENGERUSI
En. Musa b. Mohd Walid
NAIB PENGERUSI 1 NAIB PENGERUSI 2 NAIB PENGERUSI 3 NAIB PENGERUSI 4
En. Mohamad Hairul Izwan b. En. S Ardi b. Hanadi En. Hizwan b. Che ‘Onn Pn. Sellamany a/p
Arasen
Mohd Shukor (GPK Pentadbiran) (GPK Hal Ehwal Murid) (GPK Petang)
(GPK Ko-kurikulum)
SETIAUSAHA SETIAUSAHA
KOKURIKULUM SUKAN
En. Abdul Rahim b. Ghani
En. Mohd Izzuddin Akmal b.
NAIB SETIAUSAHA Rusmin
KOKURIKULUM
NAIB SETIAUSAHA
Pn. Wahidah bt Manan SUKAN
PENYELARAS KELAB & PENYELARAS UNIT En. Mohd Amir Hazwan
PERSATUAN BERUNIFORM b. Mamood
Pn. Salehah bt Abdul Kadir Pn. Vanitha A/P Nadarajah PENYELARAS SUKAN &
PERMAINAN
Pn. Wahidah bt Manan
ORGANISASI PENGURUSAN MAJLIS SUKAN SEKOLAH 2020
PENGERUSI
En. Musa b. Mohd Walid
NAIB PENGERUSI 1 NAIB PENGERUSI 2 NAIB PENGERUSI 3 NAIB PENGERUSI 4
En. Mohamad Hairul Izwan b. En. S Ardi b. Hanadi En. Hizwan b. Che ‘Onn Pn. Sellamany a/p
Arasen
Mohd Shukor (GPK Pentadbiran) (GPK Hal Ehwal Murid) (GPK Petang)
(GPK Ko-kurikulum)
SETIAUSAHA
SETIAUSAHA SUKAN
KOKURIKULUM
En. Abdul Rahim b. Ghani En. Mohd Izzuddin Akmal b.
Rusmin
NAIB SETIAUSAHA
KOKURIKULUM NAIB SETIAUSAHA
SUKAN
Pn. Wahidah bt Manan
En. Mohd Amir Hazwan b.
Mamood
RUMAH SUKAN SUKAN & PERMAINAN TUNAS JUARA &
SUKAN ELIT
RUMAH BIRU HOKI
Pn. Nurizzati bt Azmi Cik Fatin Munirah Najwa bt BOLA BALING
Cik Nabilah bt Saharuddin
RUMAH HIJAU Che Azman
En Muhammad Nur Aiman HOKI
BOLA SEPAK Pn. Nor Aiza bt Ayob
b. Sain En. Awang Mohamed Azli b.
BOLA SEPAK
RUMAH KUNING Endal En. Mohd Izzuddin Akmal b.
En. Mohd Faizal b. Hussain
PING PONG Rusmin
RUMAH MERAH En. Fauzi b. Mohd Radzi
En. Nazrin b. Mohd Isa PING PONG
SEPAK TAKRAW En. Fauzi b. Mohd Radzi
En. Saiful b. Zainal Abidin
RAGBI
BOLA JARING En. Muhammad Nur Aiman b.
Pn. Nurizzati bt. Azmi
Sain
OLAHRAGA / MERENTAS
DESA
En. Samzuri b. Mat
SEPAK TAKRAW
En. Mohd Zulkhaire b. Mamat
BOLA JARING
Pn. Nurizzati bt. Azmi
ORGANISASI PENGURUSAN RUMAH SUKAN 2020
PENGERUSI
En. Musa b. Mohd Walid
NAIB PENGERUSI 1 NAIB PENGERUSI 2 NAIB PENGERUSI 3 NAIB PENGERUSI 4
En. Mohamad Hairul Izwan b. En. S Ardi b. Hanadi En. Hizwan b. Che ‘Onn Pn. Sellamany a/p
Arasen
Mohd Shukor (GPK Pentadbiran) (GPK Hal Ehwal Murid) (GPK Petang)
(GPK Ko-kurikulum)
SETIAUSAHA SETIAUSAHA
KOKURIKULUM SUKAN
En. Abdul Rahim b. Ghani
En. Mohd Izzuddin Akmal b.
NAIB SETIAUSAHA Rusmin
KOKURIKULUM
NAIB SETIAUSAHA
Pn. Wahidah bt Manan SUKAN
En. Mohd Amir Hazwan b.
Mamood
RUMAH BIRU (TEMENGGUNG) RUMAH HIJAU (LAKSAMANA)
1. En Mohd Hizwan b. Che ‘Onn (P) 1. En. Musa b. Mohd Walid (P)
2. Pn. Nurizati bt. Azmi (K) 2. En. Muhammad Nur Aiman b. Sain (K)
3. En. Samzuri b. Mat 3. En. Saiful b. Zainal Abidin
4. En. Mohd Zulkhaire b. Mamat 4. En. Mohamad Hafifi b. Abd Rasid
5. En. Muhamad Izzat b. Mohd Ariffin 5. Pn. Salehah bt. Abdul Kadir (PK)
6. Cik Nabilah bt. Saharuddin (PK) 6. Pn. Nor Azian bt. Hussin
7. Pn. Nurul Adawiyah bt. Rifli 7. Pn. Theanmolzhi A/P Rajoo
8. Cik Nurul Hasni bt. Md Saad 8. Pn. Vanitha A/P Nadarajah
9. Pn. Nor Aiza bt. Ayob 9. Pn. Rosidah bt. Mat Nawi
10. Pn. Murniza bt. Yunus 10. Pn. Azizah bt. Yusoff
11. Pn. Siti Haslina bt. Salleh 11. Cik Niveshwarry a/p Subramaniyam
12. Pn. T. Latha A/P Tharmalingam 12. Pn Yasmin bt Abd Jalil
13. Cik Fatin Munirah Najwa bt Che Azman 13. Pn. Nur Shazleen bt Abd Ghani
14. Cik Nor Aina bt Zulkefli
RUMAH KUNING (SYAHBANDAR) RUMAH MERAH (TEMENGGUNG)
1. Pn. Sellamany A/P Arasen (P) 1. En. S Ardi b. Hanadi (P)
2. En. Mohd Faizal b. Hussain (K) 2. En. Nazrin b. Mohammad Isa (K)
3. En. Mohd Faizul b. Razali 3. En. Awang Mohamed Azli b. Endal
4. En. Fauzi b. Mohd Radzi 4. En. Mohd Farouk b. Abd Rahman
5. Pn. Norharni Binti Hj. Matali (PK) 5. Pn. Sharifah Nawwar bt. Syed Mustafa
6. Pn. Mariam Dalila bt. Shabaruddin
7. Pn. Duratul Firdaus bt. Jaafar (PK)
8. Cik Amala A/P Gopalakrishnan 6. Pn. Atifah Izyani bt. Ali
9. Pn. Fazila bt. Amran 7. Pn. Fatin Atika Nabila bt. Jaafar
10. Pn. Aizatul Ain bt. Ismail 8. Pn. Kalaivani A/P Nadarajah
11. Cik Priyatharshini a/p Ramachandran 9. Cik Azritawani bt. Ahmad@Othman
12. Pn. Nor Azwa bt Abd Hamid 10. Pn. Maliza bt. Mohammad
13. Cik Nur Faezah bt Mokhtar 11. Pn. Wahidah bt. Abd Manan
12. Pn. Fakhariah bt. Md Isa
13. Pn. Nor Jannah bt Kusaini@Saini
ORGANISASI PENGURUSAN SUKAN & PERMAINAN 2020
PENGERUSI
En. Musa b. Mohd Walid
NAIB PENGERUSI 1 NAIB PENGERUSI 2 NAIB PENGERUSI 3 NAIB PENGERUSI 4
En. Mohamad Hairul Izwan b. En. S Ardi b. Hanadi En. Hizwan b. Che ‘Onn Pn. Sellamany a/p
Arasen
Mohd Shukor (GPK Pentadbiran) (GPK Hal Ehwal Murid) (GPK Petang)
(GPK Ko-kurikulum)
SETIAUSAHA
SETIAUSAHA SUKAN
KOKURIKULUM
En. Abdul Rahim b. Ghani En. Mohd Izzuddin Akmal b.
Rusmin
NAIB SETIAUSAHA
KOKURIKULUM NAIB SETIAUSAHA
SUKAN
Pn. Wahidah bt Manan
En. Amir Hazwan bin Mamood
PENYELARAS
SUKAN & PERMAINAN
Pn. Wahidah bt Manan
BOLA SEPAK BOLA JARING HOKI
Pengerusi Pengerusi Pengerusi
En. Awang Mohamed Azli b. Endal Pn. Nurizzati bt Azmi Cik Fatin Munirah Najwa bt Che
Setiausaha Setiausaha Azman
En. Samzuri b. Mat Pn. Fatin Atika Nabila bt. Jaafar Setiausaha
Ahli Jawatankuasa Ahli Jawatankuasa Cik Piriyatharshini a/p Ramachandran
En. Muhammad Faizal b. Hussain Nor Jannah bt Kusaini@Saini Ahli Jawatankuasa
En. Amir Hazwan bin Mamood Pn. Duratul Firdaus bt Jaafar Pn.Norharni bt Hj Matali
Muhammad Izzat b. Mohd Ariffin Cik Nurul Hasni bt Mat Saad
SEPAK TAKRAW PING PONG
Pengerusi Pengerusi
En. Saiful b. Zainal Abidin En. Fauzi B. Mohd Radzi
Setiausaha Setiausaha
En. Mohamad Hafifi b. Abd Rasid Cik Nabilah bt Saharuddin
Ahli Jawatankuasa Ahli Jawatankuasa
En. Nazrin b. Mohamad Isa Cik Amala A/P Gopalakrishnan
En. Mohd Zulkhaire b. Mamat Cik Niveswarry a/p Subramaniam
ORGANISASI PENGURUSAN TUNAS JUARA & PASUKAN ELIT
2020
PENGERUSI
En. Musa b. Mohd Walid
NAIB PENGERUSI 1 NAIB PENGERUSI 2 NAIB PENGERUSI 3 NAIB PENGERUSI 4
En. Mohamad Hairul Izwan b. En. S Ardi b. Hanadi En. Hizwan b. Che ‘Onn Pn. Sellamany a/p
Arasen
Mohd Shukor (GPK Pentadbiran) (GPK Hal Ehwal Murid) (GPK Petang)
(GPK Ko-kurikulum)
SETIAUSAHA SUKAN
SETIAUSAHA En. Mohd Izzuddin Akmal b. Rusmin
KOKURIKULUM
En. Abdul Rahim b. Ghani NAIB SETIAUSAHA
SUKAN
NAIB SETIAUSAHA
KOKURIKULUM En. Amir Hazwan bin Mamood
Pn. Wahidah bt Manan
PENYELARAS TUNAS JUARA
Pn. Nurizzati bt Azmi
TUNAS JUARA & PASUKAN ELIT
JURULATIH HOKI JURULATIH BOLA BALING
• Pn. Nor Aiza bt Ayob • Cik Nabilah bt. Saharudin
• Cik Azritawani bt Ahmad@Othman • En. Mohd Faizul b. Razali
• Cik Nurul Hasni bt Md Saad • En. Abdul Rahim b. Ghani
• En. Mohd Farouk b. Abd Rahman • Pn. Nurul Adawiyah bt Rifli
• Cik Priyatharshini a/p Ramachandran • Cik Fatin Munirah Najwa bt Che Azman
JURULATIH RAGBI JURULATIH BOLA SEPAK
• En. Muhammad Nur Aiman b. Sain • En. Mohd Izzuddin Akmal b. Rusmin
• En. Nazrin b. Mohammad Isa • En. Awang Mohamed Azli b. Endal
• En. Mohd Amir Hazwan. b. Mamood • En. Muhammad Faizal b. Hussain
JURULATIH OLAHRAGA JURULATIH PING PONG
• En. Samzuri b. Mat • En. Fauzi b. Mohd Radzi
• Pn. Nurizzati bt Azmi • Cik Amala A/P Gopalakrishnan
• Cik Niveshwarry a/p Subramaniyam
JURULATIH SEPAK TAKRAW
JURULATIH BOLA JARING • En. Mohd Zulkhaire b. Mamat
• Pn. Nurizzati bt Azmi • En. Mohamad Hairul Izwan b. Mohd Shukor
• Pn. Mariam Dalila bt Shabaruddin
• Pn. Duratul Firdaus bt Jaafar • Pn. Wahidah bt Manan
JURULATIH MERENTAS DESA
• En. Samzuri b. Mat
• Pn. Norharni bt Haji Mat Ali
TAKWIM SUKAN 2020
PROGRAM SUKAN TARIKH
MERENTAS DESA 1 APRIL 2020
LATIHAN SUKAN 9-12 JUN 2020
KEJOHANAN SUKANTARA 22-26 JUN 2020
KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN 28 JUN 2020
BULAN SUKAN NEGARA 25 OKTOBER 2020