MPU 23012 :
PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
AHLI KUMPULAN :
NAMA :MUHAMMAD AFIF
FIRDAUS BIN ZULHASYMI
NO MATRIKS :15DAD19F1028
NAMA : ABDUL RAHIM BIN
ABDUL MALEK
NO MATRIKS : 15DAD19F1084
KANDUNGAN 2
3-4
1.0 Definisi integrasi nasional
5
1.1 Pengenalan integrasi nasional
1.2 Definisi perpaduan 7-8
1.3 Pupuk Integrasi Nasional 9
2.0 Definisi rakyat 10-12
2.1 Rumah terbuka 17
2.2 Fahami budaya 18
2.3 Amalan mulia 18
2.4 Penerimaan budaya 19-20
13
2.5 Rukun tetangga 22
14-16
23-24
3.0 Peranan Rukun Tetangga
25
4.0 Program di IPT 26
27
4.1 Peranan kelab-kelab di IPT
4.2 Aktiviti kokurikulum & peranan
golongan akademik
4.3 Peranan IPT
21
5.0 Kelab Perpaduan
5.1 Rukun negara dibentuk dengan tujuan
utama iaitu membentuk perpaduan yang
kukuh.
6.0 Tapak Integrasi tidak rasmi
7.0 Kesimpulan
8.0 Rujukan
22
1.0 DEFINISI INTERGRASI NASIONAL
Malaysia merupakan sebuah negara yang
mempunyai pelbagai kaum,budaya serta
agama dan kepercayaan yang dianuti. Ciri ini
merupakan satu perkara yang menyebabkan
Malaysia sebuah negara yang unik dimana
kemerdekaan Malaysia dikongsi bersama
dengan kaum lain dengan harmoni. Untuk
mengekalkan kesepaduan berbilang kaum
ini, kerajaan telah memperkenalkan satu
mekanisma yang memperkuatkan hubungan
ini dengan memperkenalkan Integrasi
Nasional. Perpaduan menurut Kamus Dewan
Edisi Ketiga (1994), membawa maksud
“sesuatu perihalan atau proses
penggabungan dan kesepakatan Untuk
menjadi satu”.
1.2 DEFINISI PERPADUAN
• Perpaduan ditakrifkan
sebagai hubungan erat atau
bersifat toleransi yang
diwujudkan secara sengaja dalam
kalangan kaum dan etnik yang
berbeza untuk mencapai
matlamat bersama secara jujur dan
ikhlas. Dalam kata lain perpaduan
adalah proses menyatupadukan
seluruh masyarakat untuk membentuk
satu identiti dan nilai bersama
serta perasaan cinta dan
banggakan negara. Malaysia merupaka
n salah satu negara
berbilang kaum yang dapat hidup
dengan harmoni. Antara kaum utama
di Malaysia Melayu, Cina, India
Kadazandusun dan Iban. Perpaduan
tidak akan tercapai jika ada segelintir
pihak yang cuba untuk menjadi batu
api dan menyemarakkan lagi
isu perkauman dikalangan kaum
di Malaysia.
5
1.3 PUPUK INTEGRASI NASIONAL
Akibat keretakan Integrasi Nasional
Perbezaan Agama dan budaya
Ketidakpuasan hati
Kedudukan geografi
Perkasa Bahasa Kebangsaan
Pemantapan aktiviti
Pupuk kefahaman
Dasar Pelajaran Kebangsaan
HALANGAN INTEGRASI NASIONAL
Perbezaan Agama & Budaya
Dasar Penjajahan
Sistem Pendidikan
Amalan Ekonomi
Perbezaan Politik
PEMUPUKAN INTEGRASI NASIONAL MELALUI
RIMUP
Kecemerlangan akademik
Sukan dan permainan
Ko-kurikulum
Khidmat masyarakat
Aktiviti berbentuk patriotik
66
2.0 Definisi rakyat
Masyarakat ialah kumpulan manusia yang
menetap bersama-sama di sesuatu tempat
dengan mengikut peraturan dan cara
tertentu dan terdiri daripada beberapa kaum
atau bangsa. Malaysia merupakan sebuah
negara yang unik kerana masyarakatnya
terdiri daripada berbilang kaum dan agama.
Kaum Melayu, Cina, India dan rakyat
peribumi yang lain dapat hidup dalam
keadaan yang aman dan damai malah
saling menghormati.
7
2.1 RUMAH TERBUKA
Rumah terbuka ini akan diadakan oleh setiap
rakyat Malaysia apabila tiba musim perayaan.
Setiap etnik di Malaysia akan sering kunjung –
mengunjungi ke rumah jiran tetangga walaupu
berlainan etnik. Dalam aktiviti ziarah ini, setiap
etnik akan menitikberatkan ciri sensitiviti yang
ada pada agama dan kaum tertentu.
Bangsa Melayu Islam perlu dihidangkan
dengan hidangan yang halal lagi bersih. Kaum
india pula tidak dihidangkan dengan menu yang
terdapat daging lembu. Ziarah kaum Tionghua
pula perlu menepati tema warna merah bagi
menimbulkan kemesraan dan keharmonian
dalam komunikasi.
88
Diadakan oleh setiap rakyat malaysia
apabila musim perayaan
Aktiviti kunjung mengujung sesama
masyarakat
Rumah terbuka di malaysia bermaksud
sesuatu perayaan agama disambut oleh
penganut pelbagai agama dengan tujuan
memupuk persefahaman di kalangan rakyat
malaysia. Rumah terbuka tidaklah bertujuan
mengembangkan agama kepada penganut
agama lain. Biasanya rumah terbuka
diadakan di padang atau di dalam dewan.
Sebelum ini, konsep rumah terbuka
dijalankan secara kecil-kecilan di mana tuan
rumah menjemput rakan taulan datang ke
rumah bagi menikmati juadah yang
disediakan. Rakan dari
kaum melayu, cina, india dan lain-lain turut
dijemput.
Amalan rumah terbuka memberi
kefahaman kepada rakyat tentang nilai hidup
ajaran kaum berlainan yang menganjurkan
sifat berbaik-baik sesama manusia.
9
9
2.2 FAHAMI BUDAYA
Amalan rumah terbuka juga sangat berperanan dalam
memupuk semangat perpaduan antara kaum di
Malaysia. Dengan menghadirkan diri ke rumah terbuka
sesuatu kaum itu, dapat melihat dan menyaksikan
budaya masyarakat lain. Sebagai contohnya ketika
rumah terbuka Aidilfitri, kaum bukan Melayu akan
mengetahui budaya makanan, hiasan serta hati budi
masyarakat Melayu. Tidak dinafikan masyarakat bukan
Melayu akan teruja dengan hidangan masakan Melayu
seperti rendang, ketupat, soto, lemang dan
sebagainya, yang tidak ada dalam menu rumah
terbuka atau ketika perayaan agama lain.
Bagi kaum bukan Melayu, mereka tidak akan dapat
merasakan pelbagai makanan tradisi orang Melayu ini
tanpa rumah terbuka. Walaupun pada masa kini,
sudah wujud banyak gerai yang menjual makanan itu,
ia tidak sama dengan hidangan ketika hari perayaan.
Masyarakat Malaysia perlu tahu bahawa makanan
adalah sebahagian daripada asas perpaduan kaum di
negara ini. Begitu juga dengan orang Melayu, mereka
tidak akan dapat merasai makanan tradisi orang Cina
dan India kecuali ketika amalan rumah terbuka.
2.3 Amalan mulia 1010
Selain itu, masyarakat bukan Melayu juga
akan melihat budaya rumah orang Melayu serta
amalan mulia orang Melayu yang bersalam
salaman serta cara bagaimana orang Melayu
melayan tetamu. Semua ini pengalaman
berharga yang patut diamati bukan Melayu
supaya mereka memahami budaya Melayu
dengan lebih dekat lagi.
Pemahaman yang mendalam terhadap
budaya orang Melayu sebenarnya akan
menjadikan seseorang bukan Melayu itu
sentiasa diterima oleh orang Melayu. Hanya
dengan pemahaman mendalam terhadap
budaya bangsa lain saja yang boleh
mewujudkan rasa hormat menghormati di antara
satu sama lain.
Situasi yang sama juga berlaku kepada orang
Melayu. Jika mereka tahu adat dan budaya
orang Cina atau India, mereka juga akan
diterima baik oleh bukan Melayu.
Budaya rumah terbuka akan mendidik sikap
hormat menghormati serta sikap respect
terhadap amalan kaum lain. Dalam hal ini, orang
bukan Melayu seperti Cina dan India akan
melihat bagaimana budaya orang Melayu itu
dipengaruhi agama mereka iaitu agama Islam.
Tidak kira dalam apa juga aspek seperti
bersalaman, pakaian serta makanan. Perkara
sama juga akan dipraktikkan apabila orang
Islam mengunjungi rumah terbuka bagi agama
lain.
1111
Jadi, di sini, secara tidak langsung
rumah terbuka akan mendidik jiwa
masyarakat pelbagai kaum di negara
ini untuk menerima kepelbagaian
budaya yang wujud di negara ini.
Sejak akhir-akhir ini dilihat begitu
banyak individu tertentu yang
sengaja menimbulkan isu sensitiviti
keagamaan dengan menghina
agama lain. Sikap sebegini tidak
seharusnya timbul jika individu itu
tahu ajaran agama lain seperti apa
yang dilarang dan apa yang
diwajibkan oleh ajaran Islam sebagai
contohnya.
1212
Ada beberapa perkara yang orang Islam tidak boleh buat
dan tidak boleh lakukan, perkara haram, perkara wajib,
perkara harus serta makruh ada dalam ajaran Islam.
Jadi jika perkara ini tidak diambil tahu oleh penganut
agama lain, maka dengan mudahlah mereka menghina
ajaran agama Islam dan masyarakat Melayu. Bagi
masyarakat Melayu pula, mereka juga perlu tahu apakah
taboo dan pantang larang masyarakat Cina dan India
supaya lahir rasa hormat terhadap orang lain juga.
Amalan rumah terbuka adalah keunikan yang hanya ada
di Malaysia dan tidak ada di negara lain. Tradisi ini perlu
diteruskan dan perlu menjadi contoh kepada generasi
baharu bahawa negara ini mempunyai cara tersendiri
untuk memupuk perpaduan dan keharmonian antara kaum.
Ia adalah amalan nenek moyang orang Melayu, Cina dan
India sejak turun temurun dan diharap ia terus kekal di
tengah modenisasi dan globalisasi yang ada kalanya boleh
menghakis jati diri dan sifat kemasyarakatan.
2.4 Penerimaan budaya 13
13
Dewasa ini, masyarakat bukan melayu mula
menerima budaya orang melayu dari segi pakaian
dan makanan. Contohnya, orang bukan melayu
segak menggayakan baju kurung dan baju
melayu terutamanya pada hari jumaat dan
fenomena ini sesuatu yang biasa bagi pelajar –
pelajar sekolah bukan melayu .
Bagi orang melayu pula, mereka mula menerima
masakan cina dan india serta pemberian duit
raya telah menggunakan sampul atau ‘angpau’
yang terkenal di kalangan orang cina. Dewasa
ini juga telah kelihatan di taman – taman
perumahan, terdapatnya penempatan yang
sama untuk semua etnik yang pastinya keadaan
ini akan menggalakkan lagi hubungan etnik di
kalangan rakyat melalui aktiviti setempat.
3.0 RUKUN TETANGGA 14 14
Peranan utama Rukun Tetangga ialah
menganjurkan kumpulan-kumpulan rondaan
yang bertugas pada waktu malam untuk
mengurangkan kegiatan jenayah di sekitar
kawasan kejiranan. Anggota kumpulan rondaan
biasanya dianggotai oleh ahli-ahli masyarakat di
kawasan kejiranan tersebut. Ianya juga
berfungsi untuk mengawal keselamatan
kawasan perumahan terutama pada malam hari.
Visi utama rukun tetangga ditubuhkan adalah
membantu dalam pembentukan satu bangsa
Malaysia yang bersatu padu dalam konteks
pencapaian wawasan 2020. Misinya pula adalah
memupuk kesefahaman dan bertolah ansur kea
rah pembangunan bangsa Malaysia yang
bersatu padu serta beridentiti sendiri dan
motonya pula Bersatu Terus Maju. Objektif
punubuhan kelab ini adalah untuk memelihara,
meningkat dan mengukuhkan perpaduan rakyat
dan integrasi nasional selaras dengan dasar-
dasar pembangunan Negara berlandaskan
Perlembagaan Perseketuan dan Rukun Negara.
1515
Selain itu, program rukun tetangga
berfungsi sebagai perisai untuk mengawal
keselamatan kawasan perumahan
terutama pada malam hari. Anggotanya
membabitkan semua pihak tanpa mengira
kaum kerana masing-masing
bertanggungjawab menjaga keselamatan
kendiri dan keluarga. Aktiviti ini
memerlukan pembabitan semua pihak
tanpa mengira kaum yang mampu
menanam semangat kejiranan ketika
melakukan rondaan bersama-sama.
Dengan adanya aktiviti rukun tetangga,
hubingan antara jiran dapat diperkukuh.
Mempunyai jiran yang berbeza latar
belakang seperti pekerjaan, pendidikan,
agama, bangsa, keturunan, budaya, adat
resam dan sebagainya akan
menambahkan lagi pengetahuan dan
kenalan kita
16
Skim rukun tetangga diperkenalkan pada tahun
1975 sebagai satu Langkah membolehkan rakyat
sendiri mengawal dan menjaga keselamatan
kawasan kediaman mereka .skim ini kemudiannya
diperbaharui dengan menekankan konsep kejiranan
dengan falsafah bahawa kesejahteraan kawasan
sejiran akan menjamin kesejahteraan negara .
Pada masa kini terdapat lebih daripada 8100
kelab rukun tetangga(KRT) diseluruh negara
dengan pendekatan pembangunan komuniti bagi
memastikan perpaduan dan keharmonian
hubungan di dalam masyarakat akan terus
berkekalan dan berterusan.
17
PERANAN RUKUN
TETANGGA
Meningkatkan kualiti
kehidupan dan sistem
kekeluargaan.
4.0 Program di IPT 18
Menitik beratkan aspek pendidikan yang harmonis dalam
sesebuah masyarakat pelbagai kaum
Nilai-nilai rohani dan budaya bersama diberi keumtamaan.
Contoh subjek : Kenegaraan, Hubungan Etnik, Tamadun Islam
dan Asia.
Menguatkan peribadi serta moral para pelajar.
Hasilnya, menyatu padukan generasi muda.
4.1 PERANAN KELAB-KELAB DI IPT
Menyemai kesedaran terhadap kepentingan perpaduan
kaum.
Contoh: Kelab Perpaduan, Kelab Rukun Negara.
Mekanisme yang mendekatkan pelajar berbilang kaum.
Bermula dengan satu keterpaksaan dan berakhir dengan
kesepaduan kaum.
4.2 AKTIVITI KOKURIKULUM 19
Merapatkan hubungan dengan masyarakat luar
kampus.
Ruang untuk memahami bagaimana kehidupan
masyarakat Malaysia.
Contoh: Program keluarga angkat, sukan, pameran,
PLKN
Memberi peluang kepada mahasiswa untuk
bekerjasama dalam melaksanakan suatu tugasan.
4.3 PERANAN GOLONGAN AKADEMIK
•Pensyarah bertanggungjawab dedahkan kepada pelajar
nilai-nilai bagi memupuk keharmonian kaum.
•Sebagai agen penyebar perpaduan dan keharmonia
dalam negara.
•Beri peluang kepada mahasiswa untuk berbincang
sesama pensyarah tentang isu-isu sensitif seperti
perkauman secara ikhlas dan jujur.
•Agen integrasi dan perpaduan dalam menggalakkan
interaksi antara pelajar dalam kerja kumpulan yang
melibatkan berbilang kaum.
20
Aktiviti ko-kurikulum seperti program sukan,
kelab, persatuan, pameran, ceramah dan
pelbagai lagi ,harus lah dipergiat dan
dipertingkatkan lagi dikalangan mahasiswa
pelbagai kaum.
Melalui aktiviti ini, mahasiswa akan dilibatkan
dalam aktiviti pelbagai kaum.
Ini akan memberi pengalaman yang sangat
berharga dalam memahami bagaimana
kehidupan rakyat Malaysia.
Aktiviti berpersatuan dan khidmat masyarakat
mempunyai peranan yang penting dalam
menggalakan penyertaan dan pengalaman
bersama antara kaum.
Oleh itu , galakan kepada aktiviti seperti ini
perlu diberikan dengan Kerjasama rapat pihak
kerajaan dan sektor swasta.
Para pelajar juga perlu ditugaskan dalam
projek-projek perkhidmatan masyarakat
seperti operasi khidmat masyarakat ,
mahasiswa balik kampung dan sebagainya.
4.4 PERANAN IPT 21
Institusi Penganjian Tinggi (IPT) merupakan satu cara
atau tempat yang amat strategik dalam memupuk
perpaduan dalam kalangan pelajar pada peringkat
akar umbi. Hal ini kerana, kebanyakan pelajar yang
ada di Malaysia sama ada Universiti Awam (UA) atau
Universiti Swasta (US) terdiri daripada pelbagai
bangsa, agama serta warna kulit yang berbeza. Jadi,
perpaduan kaum di kampus wajar diberi perhatian.
Berdasarkan laporan Jabatan Perpaduan Negara
(2003), polarisasi kaum terutama dalam kalangan
generasi muda semakin serius. Bahkan interaksi
kaum dalam kalangan golongan mahasiswa kini
berada pada tahap minimum walaupun seolah-olah
wujud perpaduan dalam kalangan mereka dari segi
luarannya. Lantaran itu, pihak universiti dengan
kerjasama mahasiswa wajar memainkan peranan
penting dalam memupuk semangat perpaduan dalam
kalangan warga kampus. Dasar pendidikan dan
program tertentu perlu dirangka untuk menyemai
elemen-elemen positif yang berkaitan dengan
keharmonian dan perpaduan pada peringkat IPT ini.
5.0 Kelab perpaduan 22
Pihak dan ipta perlu mengalakan penyertaan kelab
perpaduan ataupun kelab rukun negara.
Saranan diwujudkan kelab perpaduan atau kelab
rukun negara di ipt merupakan satu langkah yang
amat baik kerana saranan ini merupakan usaha bagi
menyemai kesedaran terhadap kepentingan
perpaduan kaum.
Justeru ,unit hal ehwal pelajar dan majilis perwakilan
pelajar(mpp) sewajar mengalakkan mahasiswa
mengganggotai kelab perpaduan atau kelab rukun
negara serta secretariat rukun negara dengan memberi
beberapa keistimewaan seperti pengecualian kredit dan
sebagainya.
Pihak universitI juga perlulah memberi sokongan
terhadap aktivitiyang dijalankan baik dari segi
material mahupun khidmat nasihat.
22
23
5.1 Rukun Negara dibentuk dengan tujuan utama
iaitu membentuk perpaduan yang kukuh. Prinsip-
prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara jelas
merupakan kunci kepada keharmonian dan
perpaduan kaum demi kejayaan dan kestabilan
Malaysia. Rukun Negara terbahagi kepada dua
bahagian:-
Bahagian Pertama
Menggariskan objektif masyarakat
Malaysia yang mahu dibentuk:-
• Mencapai perpaduan yang lebih erat
dalam kalangan seluruh masyarakat,
• Memelihara satu cara hidup demokratik,
• Mencipta satu masyarakat yang adil di
mana kemakmuran negara dapat dinikmati
bersama secara adil dan saksama,
• Membentuk satu sikap yang liberal
terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan
berbagai-bagai corak, dan
• Membina sebuah masyarakat progresif
yang akan menggunakan sains dan
teknologi moden.
24
Bahagian Kedua
Menggariskan Lima Prinsip Rukun Negara yang
berikut:-
• Kepercayaan Kepada Tuhan
• Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
• Keluhuran Perlembagaan
• Kedaulatan Undang-undang
• Kesopanan dan Kesusilaan
Rukun Negara diisytiharkan pada 31 Ogos
1970 sempena ulang tahun kemerdekaan
Malaysia ke-13 oleh Yang di-Pertuan Agong IV,
Almarhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah Ibni
Almarhum Sultan Zainal Abidin. Rukun Negara
diperkenalkan berikutan peristiwa 13 Mei 1969
yang mengganggu-gugat perpaduan etnik di
Malaysia. Tragedi 13 Mei 1969 berpunca
daripada kempen pilihan raya yang
menimbulkan isu perkauman sensitif. Seperti
diperkatakan Tun Tan Siew Sin, pilihan raya
membuktikan cara paling mudah untuk
memancing undi adalah dengan mengapi-
apikan isu perkauman. Tercetusnya tragedi 13
Mei didakwa berpunca perasaan tidak puas
hati antara satu sama lain kerana orang
Melayu jauh ketinggalan dalam bidang
ekonomi dan pendidikan.
6.0 Tapak integrasi tidak rasmi 25
Usaha yang dilakukan oleh semua pihak dalm
memerangi wabak pendemik COVID-19 bermula
tahun 2020 telah mengetepikan jurang pemisah
antara rakyat Malaysia dan secara langsung
mengukuhkan lagi perpaduan yang telah sedia
terjalin. Rakyat Bersatu dalam mematuhi prosedur
operasi standard(SOP), ingat-mnegingat dalam
aspek penjarakan social,menghormati pasukan
keselamatan dan anggota barisan hadapan serta
bersedia menawarkan diri sebagai sukarelawan.
25
7.0 KESIMPULAN 26
Kesimpulannya, perpaduan dan integrasi
dalam kalangan rakyat adalah satu perkara
penting. Oleh yang demikian, semua
rakyat dan kerajaan harus bersama-sama
memainkanperanan dalam meningkatkan
perpaduan untuk membina sebuah bangsa
yang terdiri darirakyat yang bersilang
kaum, yang hidup bersatu-padu serta
aman sentosa. Kerajaan dan pihak-pihak
yang bertanggungjawab perlu bijak dalam
menentukan hala tuju dan dasarsesebuah
negara untuk mewujudkan perpaduan di
dalam sesebuah negara serta integrasi
nasional sangat penting bagi
membangunkan sesebuah negara ke arah
global.
8.0 rujukan 27
• Buku Penghayatan Etika & Peradaban edisi
2021 ( M/S 134-138 )
• https://www.slideshare.net/Rosnaliza07/inte
grasi-nasional-44814634
• https://www.kln.gov.my/web/esp_madrid/ne
ws-from-mission/-/blogs/objektif-dan-
prinsip-rukun-negara
• https://www.msn.com/en-
my/news/berita/rukun-negara-asas-
perpaduan-pembinaan-negara-bangsa/ar-
BB1cB77B
• https://notakuliahpismp.blogspot.com/2018/
06/integrasi-nasional.html