SYARAT
PERTANDINGAN
KERJAYA
UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING
SMK JALAN KEBUN
A. MELUKIS DOODLE ART KERJAYA (INDIVIDU)
1. SYARAT PENYERTAAN
1.1 Penyertaaan terbuka kepada semua Murid SMK Jalan Kebun
1.2 Setiap murid hanya boleh menghantar 1 penyertaan sahaja
1.3 Penyertaan murid adalah secara individu.
1.4 Semua hasil karya yang dipertandingkan perlu dihantar sebelum atau pada 15 September 2022
kepada Pn. Sharafunnisa bt Omar (Sesi Pagi) dan Pn. Nur Shahirah bt Jaafar (Sesi Petang).
2 TATACARA PERTANDINGAN
2.1 Peserta perlu melukis Doodle Art pada kertas lukisan bersaiz A3 atau Art Block.
2.2 Medium / bahan yang digunakan untuk melukis Doodle Art adalah bebas dan berfokus kepada
tema.
2.3 Peserta akan melukis Doodle Art bertemakan STEM, Pemangkin Minda, Kerjaya Bestari
2.4 Karya yang dihasilkan hendaklah karya asli dan tidak pernah diterbitkan serta tidak pernah
menyertai mana-mana pertandingan sebelum ini.
2.5 Karya hendaklah berteraskan tema Pendidikan Kerjaya yang diberikan.
2.6 Peralatan yang digunakan adalah bebas sama ada pensel warna, pen ataupun warna air.
2.7 Hanya peserta sahaja dibenarkan melukis tanpa bantuan ibu bapa, guru atau sesiapa sahaja.
2.8 Penggunaan sebarang aplikasi komputer atau media digital adalah tidak dibenarkan.
2.9 Peserta mestilah memastikan karya menghormati masyarakat majmuk tidak menyentuh
sensitiviti agama,kaum dan politik serta tidak mengandungi unsur-unsur negatif
2.10 Penganjur berhak menolak sebarang penyertaan yang tidak mengikut syarat yang ditetapkan.
3 MAKLUMAT PEMARKAHAN MARKAH
3.1 Keputusan Hakim adalah MUKTAMAD. 20
20
KRITERIA 30
TEMA 20
IIUSTRASI 10
GUBAHAN / KOMPOSISI / OLAHAN 100
WARNA
KEKEMASAN
JUMLAH
B. INFOGRAFIK KERJAYA (INDIVIDU)
1. SYARAT PENYERTAAN
1.1 Penyertaaan terbuka kepada semua Murid SMK Jalan Kebun
1.2 Setiap murid hanya boleh menghantar 1 penyertaan sahaja
1.3 Penyertaan murid adalah secara individu.
1.4 Semua hasil karya yang dipertandingkan perlu dihantar ke alamat email berikut
[email protected] sebelum atau pada 15 September 2022.
2. TATACARA PERTANDINGAN
2.1 Menyampaikan mesej-mesej kerjaya bertemakan STEM Pemangkin Minda & Kerjaya Bestari
dengan jelas (kelayakan akademik, ciri peribadi, tempat melanjutkan pelajaran, kursus, gaji,
insentif, faedah, ganjaran, cabaran, tempat kerja dan maklumat-maklumat berkaitan).
2.2 Menepati tema yang telah ditetapkan.
2.3 Menyalurkan idea dalam bentuk positif dan kreatif.
2.4 Karya yang dihasilkan menggambarkan kreativiti peserta, mengandungi nilai-nilai murni dan
tidak bolehmengandungi unsur yang menyentuh sensitiviti perkauman, kebudayaan,
keagamaan dan politik.
2.5 Infografik bersaiz poster (A3) dan dalam format jpeg.
2.6 Setiap penyertaan mestilah merupakan kerja asal/asli.
2.7 Peserta menggunakan Bahasa Melayu sahaja dalam penyediaan karya.
2.8 Semua penyertaan tidak boleh dimuat naik ke mana-mana portal sebelum mendapat
kebenaranpenganjur.
2.9 Setiap hasil karya juga mestilah tidak pernah menyertai mana - mana pertandingan INFOGRAFIK.
2.10 Penyertaan akan dibatalkan sekiranya didapati hasil karya yang dikemukakan tidak asli / diciplak.
3. MAKLUMAT PEMARKAHAN MARKAH
20
KRITERIA 20
TEMA 20
KEASLIAN 20
ISI KANDUNGAN 10
KONSEP 10
KREATIVITI 100
KUALITI
JUMLAH
C. ePERTANDINGAN “TIK TOK” PENDIDIKAN KERJAYA (KUMPULAN 3 ORANG)
1. SYARAT PENYERTAAN
1.1 Penyertaan adalah terbuka kepada semua Murid SMK Jalan Kebun.
1.2 Setiap murid hanya boleh menghantar 1 penyertaan sahaja
1.3 Penyertaan adalah secara berkumpulan, 3 orang.
1.4 Semua hasil karya yang dipertandingkan perlu dihantar ke alamat email berikut
[email protected] sebelum atau pada 15 September 2022.
2. TATACARA PERTANDINGAN
2.1 Peserta boleh memperkenalkan diri TANPA menyebut nama sekolah.
2.2 Topik mestilah berfokus kepada tema iaitu STEM Pemangkin Minda & Kerjaya Bestari
2.3 Video “tik tok” yang tidak menepati tema secara automatik akan terbatal.
2.4 Masa yang diperuntukkan adalah selama 1 minit sehingga 2 minit sahaja.
2.5 Video rakaman “Tik Tok” hendaklah yang asal dan boleh disunting.
2.6 Pemilihan muzik latar perlu bersesuaian dengan tema.
2.7 Penyampaian hendaklah dalam BAHASA MELAYU sahaja. Peserta mestilah menggunakan
bahasa yangformal dan sopan.
2.8 Pertandingan adalah melalui penghantaran video kepada pihak penganjur di pautan yang
disediakan. Format video ialah mp4 menggunakan aplikasi Tik Tok.
2.9 Pakaian peserta adalah sopan dan bersesuaian.
2.10 Aksi dan gaya penyampaian mestilah tidak keterlaluan dan sesuai untuk tontonan masyarakat
umum.
2.11 Video yang dihasilkan tidak boleh mengandungi unsur-unsur negatif dan menyalahi undang-
undang.
2.12 Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau
kehilangan yangdialami semasa menyertai pertandingan ini.
2.13 Peserta tidak dibenarkan mengemukakan kritikan terhadap isu yang menyentuh sensitiviti
keagamaan,bangsa, politik, jantina, kebudayaan dan keperibadian seseorang.
2.14 Setiap perlu meletakkan #CareerChallengePPDK2022. Pastikan akaun dalam mod Public.Video
yang tidak memasukkan tanda pagar (#) seperti di atas akan dibatalkan.
2.15 Kos penyertaan pertandingan adalah di bawah tanggungan peserta sendiri.
2.16 Sebarang implikasi yang diterima oleh peserta sepanjang pertandingan ditanggung sepenuhnya
oleh peserta.
2.17 Bahan persembahan merangkumi :
i. Ketepatan maklumat
ii.Kreativiti persembahan
3. MAKLUMAT PEMARKAHAN
BIL ASPEK PENILAIAN KETERANGAN MARKAH
1 Ketepatan Maklumat Sesuai & menepati Tema 20
10
(30 Markah) 1 Kerjaya Pilihan menepati Tema 20
20
2 Kreativiti Persembahan Bahasa dan gaya penyampaian 10
(70 Markah) 20
Kesungguhan dan jalan cerita yang menarik
100
Pakaian / penampilan
Penggunaan ‘effects’ atau latar belakang yang
menarik dan bersesuaian
JUMLAH
D. eFOLIO KERJAYA (KUMPULAN 4 ORANG)
1. SYARAT PENYERTAAN
1.1 Penyertaan adalah terbuka kepada semua Murid SMK Jalan Kebun
1.2 Setiap murid hanya boleh menghantar 1 penyertaan sahaja.
1.3 Penyertaan adalah secara berkumpulan, 4 orang.
1.4 Semua hasil karya yang dipertandingkan perlu dihantar ke alamat email berikut
[email protected] sebelum atau pada 15 September 2022.
2. TATACARA PENYERTAAN
2.1 e-Folio yang dihasilkan sendiri oleh sekumpulan murid yang mengandungi maklumat kerjaya yang
lengkapdan tersusun mengenai kerjaya pilihan mereka dalam Powerpoint Presentation (PP).
2.2 Tema Folio : STEM, Pemangkin Minda & Kerjaya Bestari
2.3 Jumlah bilangan slides adalah di antara 22 hingga 30.
2.4 5 Aspek yang akan dinilai (makumat pemarkahan seperti di bawah).
3. MAKLUMAT PEMARKAHAN
BAHAGIAN i (5 markah) (3 slides)
Slide 1: Tajuk (KERJAYA PILIHAN), Nama Peserta & Kelas, Nama Sekolah
Slide 2: Kandungan
BAHAGIAN ii (30 markah) (6-8 slides)
1. Latar belakang bidang kerjaya.
2. Senarai 5 pekerjaan dalam bidang kerjaya yang dipilih.
3. Kerjaya pilihan (satu kerjaya sahaja).
4. Latarbelakang kerjaya pilihan
BAHAGIAN iii (30 markah) (6-8 slides)
1. Pakej SPM / STPM yang perlu diceburi bagi membolehkan murid menceburi kerjaya pilihan
kursus / latihanyang perlu diikuti.
2. Kelulusan dan latihan akademik / ikhtisas yang diperlukan dan badan-badan professional yang
mengiktiraf.
3. IPTA / IPTS di dalam dan luar negara yang menawarkan latihan kerjaya yang berkaitan dan
diiktiraf olehkerajaan.
BAHAGIAN iv (30 markah) (6-8 slides)
1. Prospek masa depan - kenaikan pangkat, latihan dan pendidikan lanjutan kerjaya pilihan.
2. Gaji, imbuhan lain dan kemudahan seperti pinjaman, perubatan, biasiswa dan lain-lain dalam
bidangkerjaya pilihan.
3. Spesifikasi pekerjaan dan etika kerja.
4. Suasana pekerjaan - kemudahan, risiko dan tuntutan kerja.
5. Gaya kehidupan, ciri -ciri professional dan nilai seseorang dalam bidang kerjaya pilihan
berdasarkan pemerhatian / temubual yang telah dilakukan sendiri oleh peserta (disokong dengan
gambar sebagai bukti).
6. Penyediaan keseluruhan folio disokong dengan gambar dan keratan media cetak.
BAHAGIAN v (5 markah) (1-3 slides)
1. Kesimpulan / Penutup - Kepentingan kerjaya pilihan terhadap STEM & sumbangan kerjaya pilihan
tersebut terhadap pembangunan negara.