The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

eBook ini adalah hasil karya Nor Aziah Binti Mat Salleh bersama Fazira Binti Roslan selaku tugasan akademik semasa pengajian di APSA. Moga buku ini dapat menginspirasikan muslimah dan masyarakat umum di luar sana.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Muhammad Firdaus Ahmad, 2023-02-15 18:42:26

eBook Zainab al-Ghazali : Tokoh Wanita Kontemporari

eBook ini adalah hasil karya Nor Aziah Binti Mat Salleh bersama Fazira Binti Roslan selaku tugasan akademik semasa pengajian di APSA. Moga buku ini dapat menginspirasikan muslimah dan masyarakat umum di luar sana.

1 Tokoh Wanita Kontemporari NOR AZIAH BT. MAT SALLEH FAZIRA BT. ROSLAN APSA PERAK ZAINAB AL-GHAZALI


2 BIODATA PENULIS Nama: Nor Aziah Bt Mat Salleh Tarikh lahir: 10hb Julai 1968 Tempat lahir: Kampung Sungai Petai, Changkat Jering, Perak Pendidikan: - Sek. Keb. Jelutong, Changkat Jering Perak. - Sekolah Menengah Tengku Menteri, Changkat Jering, Perak. - APSA Perak 2019. Pekerjaan sekarang: Suri Rumah Tangga Suami: Ahmad B Dollah Anak-anak: 6 Perempuan dan 1 Lelaki Adik-beradik: 7 Orang ( 5 Lelaki dan 2 Permpuan)


3 BIODATA PENULIS Nama: Fazira Bt Roslan Tarikh Lahir: 23hb Oktober 1995 Tempat Lahir: Kampung Sungai Petai, Changkat Jering, Perak Pendidikan: - Ijazah Sarjan Muda Pengurusan Perhotelan Pekerjaan Sekarang: Guru Pasti Status : Kahwin Anak: 1 Lelaki


4 PENGHARGAAN Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah S. W.T kerana memberi kelapangan dan ketabahan kepada saya untuk menyiapkan ebook ini. Sebagai tugasan akhir APSA. Terima kasih yang tidak terhingga kepada suami, anak-anak serta seluruh ahli keluarga dan juga semua pensyarah APSA Perak serta sahabatsahabat APSA yang banyak memberi galakan dan sokongan serta dorongan sehingga ebook ini berjaya diterbitkan. Sokongan dari sabahat-sahabat seperjuangan DMPK juga tidak dilupakan dan sahabat-sahabat lain yang sentiasa mendoakan dan mengambil alih tugas jemaah yang terpaksa dipikul demi untuk memantap dan menjayakan perjalanan organisasi jamaah di bumi Bukit Gantang yang tercinta ini.


5 KATA PENGANTAR Satu penulisan yang mengesahkan perjuangan muslimah yang kental. Perjuangan tersebut boleh diambil sebagai motivasi oleh para mujahidah untuk terus berjuang walaupun dihimpit dengan pelbagai cabaran seperti kekangan masa, kesempitan hidup, kurang sokongan keluarga, namun terpaksa juga memainkan peranan sebagai sayap kanan dalam perjuangan demi untuk menegakkan syariat Allah dimuka bumi tercinta ini, khususnya di Malaysia. Pemantau APSA Bukit Gantang DATIN USTAZAH KAMARIAH BT MAT ALI (Pengerusi Lajnah Tarbiyyah DMPK Bukit Gantang)


6 KANDUNGAN BIODATA PENULIS 2 PENGHARGAAN 4 KATA PENGANTAR 5 KATA-KATA HIKMAH 7 BIODATA ZAINAB AL-GHAZALI 8 JOM KENALI ZAINAB AL-GHAZALI 9 PERINGKAT AWAL PENGLIBATAN ZAINAB 10 AWAL PENUBUHAN JEMAAH AL SAIYYIDAT AL MUSLIMAT 11 ZAINAB DAN JEMAAH AS-SAIYYIDAT AL-MUSLIMAT 13 ZAINAB DAN HASAN AL-BANNA 17 KESIMPULAN 20 RUJUKAN 21


7 KATA-KATA HIKMAH “Jangan putus asa jika otak tumpul dan akal kurang cerdas. Kerana kadang-kadang seseorang yang tumpul otak tetapi tidak putus asa, lebih berhasil daripada seorang yang cerdas tetapi PEMALAS”. – HAMKA


8 Zainab Al-Ghazali Al-Jubaili Biodata Nama : Zainab Al-Ghazali Al Jubaili Tempat Lahir : Perkampungan Al Buhairah, Utara Kaherah. Tarikh Lahir : 2 Januari, 1917 Nama Suami : Muhammad Salim Latar Belakang Pendidikan: Al Azhar Mesir. Kegiatan Dakwah : Sayap Kanan Ikhwanul Muslimin Tarikh Meninggal : 31 Ogos 2002 (88 Tahun) Lama Masa Aktif : 53 Tahun.


9 Jom Kenali Zainab Al-Ghazali Zainab al-Ghazali adalah seorang tokoh pejuang wanita kontemporari. Beliau dilahirkan di al-Buhaira, bahagian utara negara Mesir pada 2 Januari tahun 1917. Nama Zainab diambil oleh ayahnya sempena nama dua wanita yang sangat dikasihi Rasulullah iaitu anak Rasulullah bersama Saiyidatina Khadijah dan cucu baginda iaitu anak kepada Fatimah, puteri kesayangan Rasulullah. Beliau dari keturunan Umar alKhattab dari sebelah bapa dan keturunan Hasan B Ali B Abi Talib dari sebelah ibunya. Ayahnya adalah seorang ulama’ dari universiti al Azhar, Mesir. Hasil dari pendidikan ayahnya telah menjadikan Zainab alGhazali seorang yang faqeh tentang ilmu agama serta memiliki semangat daya juang yang tinggi sehingga ayahnya menggelarkannya sebagai Nusaibah binti Ka’ab iaitu seorang sahabat wanita yang memperjuangkan perjuangan Rasulullah didalam peperangan Uhud. Beliau juga adalah seorang saudagar kapas yang berjaya.


10 Peringkat Awal Penglibatan Zainab Pemerintahan pada masa itu adalah era zaman pemerintahn Raja Fuad I, beliau hanyalah sebagai boneka kepada kerajaan British. Kemasukkan tentera British bersama-sama ahli keluarga mereka ke Mesir telah mendedahkan rakyat Mesir kepada budaya dan cara hidup Barat. Cara hidup ala barat ini telah mula mempengaruhi kelas atasan dan kelas kepimpinan Mesir. Hal ini membuatkan Zainab al-Ghazali sangat kuatir dan gusar akan kehidupan masa depan puterinya nanti. Akibat daripada sifat taksub dan mengagung-agungkan barat inilah, maka timbul semangat nasionalisme dalam pelan pembangunan dan pemodenan barat di negara Mesir tersebut. Kumpulan wanita yang menuntut pembebasan kemerdekaan dan dibebaskan dari belenggu British dipimpin oleh Huda Sya’rawi. Pada awal penglibatannya iaitu pada seawal usia 18 tahun, beliau terlibat sebagai aktivis dalam Kesatuan Wanita Mesir yang asaskan oleh Huda As-Sya’rawi pada tahun 1923, dan beliau sangat tertarik dengan pejuangan Huda Sya’rawi kerana memperjuangkan hak wanita dalam memberi pendidikan dan kebebasan kepada wanita didalam pembangunan negara, wanita juga diberi peluang melanjutkan pelajaran di universiti, diberi jawatan sebagai pensyarah dan doktor wanita. Wanita tidak lagi dirawat oleh doktor lelaki, sebaliknya dirawat oleh doktor wanita.


11 Awal Penubuhan Jemaah Al Saiyyidat Al Muslimat Pada suatu hari al-Ghazali telah mengajak anaknya menyertai ribuan orang termasuk wanita Mesir menyambut kepulangan Huda Sya’rawi daripada perjumpaan wanita diperingkat antarabangsa yang diadakan di Rom. Sebaik sahaja turun dari keretapi Huda Sya’rawi telah membuka penutup muka atau purdah yang dipakainya dihadapan ribuan wanita yang menunggunya. Selepas kepulangan Huda dari Rome, Huda semakin lantang menuntut hak kebersamaan bagi kaum wanita termasuk peluang pekerjaan dan hak perceraian oleh wanita terhadap suami. Dan akhirnya Zainab meletakkan jawatan selepas berbincang dengan ayahnya bahawa Islam telah memberi hak yang sangat adil kepada wanita. Beliau akhirnya telah keluar dari persatuan itu disebabkan tidak setuju dengan idea dan landasan perjuangan Gerakan Pembebasan Wanita pimpinan Huda Sya’rawi. Selepas itu Zainab Al-Ghazali menubuhkan dan menjadi pengasas kepada Jemaah Al Saiyyidat Al Muslimat atau Persatuan Akhawat Muslimah, Mesir. Dasar perjuangannya adalah untuk memberi kebajikan dan pendidikan kepada golongan wanita dan anak-anak yatim serta menyebarkan kefahaman mengenai hak-hak wanita kepada masyarakat. Ayahnya sering menjadi rujukan dan tulang belakang dalam perjuangan Zainab al-Ghazali. Ayahnya menyokong tindakannya untuk mengembalikan hak wanita dan tidak salah untuk menuntut hak tetapi hendaklah berteraskan ajaran Islam yang sebenarnya seperti hak nafkah, pengabaian wanita


12 oleh suami mereka serta hak wanita dalam kes gantung tidak bertali. Hal seperti ini tidak sepatutnya diambil dari ajaran atau budaya Barat kerana Islam telah memberi garispanduan yang jelas dan sentiasa menitikberatkan bahawa hak-hak wanita dalam Islam perlu dilaksanakan sepenuhnya oleh pemerintah Islam pada masa itu. Huda sya’rawi


13 Zainab Dan Jemaah As-Saiyyidat Al-Muslimat Melalui Jemaah As-Saiyyidat Al-Muslimat atau Persatuan Akhawat Muslimah, Zainab Al-Ghazali mentarbiyyah dan mendidik terutamanya golongn wanita miskin, ibu tunggal dan anak-anak yatim ke arah jalan kebaikan. Jemaah itu juga menerbitkan majalahnya sendiri dan mengadakan ceramah dan kelas-kelas pengajian khususnya untuk wanita di masjid Toulun, Kaherah. Kelas pengajiannya mendapat sambutan yang sangat menggalakkan sehingga kehadiran jemaah mencecah tiga ribu orang jemaah pada satu-satu masa. Beliau menerajui kebangkitan wanita Mesir dalam memberi pendidikan dan kefahaman Islam dalam pemikiran wanita dan mendidik mereka tentang hak-hak wanita berpandukan Al-Quran dan Sunnah Rasululullah SAW. Zainab Al-Ghazali seorang yang sangat tegas dalam prinsip agamanya, sehingga sanggup bercerai dengan suaminya hanya untuk bergiat aktif dalam menyebarkan dakwah. Beliau juga menyeru kaum wanita Mesir supaya mengamalkan ajaran Islam dan melakukan kerja-kerja kebajikan dan mencegah perkara-perkara yang mungkar. Zainab juga mnjelajah seluruh Mesir menyeru supaya wanita kembali kepada Islam yang sebenar terutamanya golongan muda. Pada zaman awal proses tarbiyahnya, beliau hampir berputus asa tetapi atas nasihat dan kekuatan jiwanya yang kental dan cekal serta iman yang kuat, beliau bangkit semula meneruskan perjuangannya. Zainab dan rakan-rakannya menukar strategi, mereka mendekati


14 golongan ibu tunggal dan anak-anak yatim, menyampaikan bantuan dan pertolongan terutama golongan yang memerlukan pembelaan. Semakin hari semakin ramai masyarakat mendekati mereka dan akhirnya jemaah itu telah menerima sambutan yang luarbiasa dari rakyat Mesir. Berkat usahanya bersama para sahabat beliau serta dengan iringan doa dari ayahnya, Zainab tidak putus-putus mengucapkan rasa syukur dan puji-pujian kepada Allah SWT, agar Allah menjauhkan sifat riak dan takbur dari dalam dirinya. Dalam setiap pidatonya, Zainab selalu menekankan tentang pembangunan fizikal semata-mata tidak akan membawa apaapa erti tanpa perkembangan rohani melainkan hanya kehancuran dan kebinasaan. Setiap ceramah dan pidatonya hampir 90% dari para hadirin adalah terdiri daripada kaum wanita. Mereka merasa bangga kerana ada wanita muda yang berpendidikan tampil memberi nasihat kepda mereka, menyeru kepada kebaikan dan mencegah daripada keburukan dalam kalangan mereka. Ikawanul Muslimin yang di pimpin oleh Hasan al-Banna juga memberi galakkan kepada Jemaah Assiyyidat Al Muslimat pimpinan Zainab Al-Ghazali itu. Ayahnya sangat bangga dengan Zainab. Ibunya juga gembira dan berpuas hati dengan puteri mereka yang berani dan petah berkata-kata itu. Di setiap pidatonya, Zainab sentiasa menekankan setiap umat Islam yang hidup mesti bertanggungjawab di atas muka bumi ini. Sebagai seorang pemimpin juga perlu bertanggungjawab terhadap orang yang dipimpin dibawahannya.


15 Sabda Rasullullah bermaksud; Syaidina Ali ibnu Abi Thalib r.a pernah berkata maksudnya: “Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisab dan timbanglah (diri kamu) sebelum kamu ditimbang.” (Ghurar Al-Hukm: 385), Tujuan hadis itu ialah sebagai satu peringatan buat semua manusia, bukannya hanya tahu menilai dan menghisab perbuatan orang lain tetapi lupa dengan keaiban diri sendiri.


16 Lambang Akhwat Muslimah Mesir Foto Jamal Abdul Nasser Foto Anwar Saddat


17 Zainab dan Hasan al-Banna Semasa mengadakan majlis dan pengajian di masjid Toulun, beliau didatangi oleh seorang lelaki bernama Hasan Al Banna. Seorang pemimpin Ikhwanul Muslimin. Nama Hasan al Banna sering disebut-sebut oleh ayah dan Zainab sendiri pernah melihat wajah dan berita tentang Hasan al Banna di dada akhbar. Ketika Zainab baru berusia 11 tahun, beliau terkesan dengan tuntutan Ikhwanul Muslimin supaya ditegakkan syariat Islam di Mesir. Beliau tertarik dengan 3 dasar yang di perjuangkan oleh ikhwanul muslin iaitu ; Pertama, memperbaiki diri setiap anggota dengan menjaga akidah serta meningkatkan ibadah masing-masing. Setiap anggota mesti menghiasi diri dengan akhlak yang baik, rajin bekerja dan mempunyai pengetahuan yang luas, anggotanya juga mesti dididik supaya menjadi orang yang bermanfaat untuk orang lain. Dan anggota tersebut perlu selalu bermujahadah untuk melawan hawa nafsunya. Kedua, setiap anggota berusaha mendirikan Baitul Muslim iaitu mendidik ahli keluarga dengan didikan Islam, menghormati fikrah Islamiyyah dan mendahulukan hak dan tanggungjawab masing-masing. Ketiga, ialah setiap anggotanya dapat membimbing masyarakat dan mengembangkan aspek ajaran dan budaya Islam dalam kalangan masyarakat. Dasar lain yang ditekankan oleh Ikhwanul Muslimin ialah mendirikan kerajaan Islam yang bebas dari kuasa asing. Dan negara-negara Islam kembali bersatu sebagai wilayah Islam walaupun dipisahkan oleh faktor geografi.


18 Hassan al Banna meminta supaya Zainab menyertai Ikhwanul Muslimin dan menjadi sayap kanan kepada Ikhwanul Muslimin dengan menggabungkan Ikhwanul Muslimin dan Jemaah As-Saiyidat Al Muslimat. Setelah berbincang dengan sahabat yang lain, Zainab mengambil pendekatan supaya tidak bergabung dengan Ikhwanul Muslimin tetapi akan sentiasa membantu Ikhwanul Muslimin. Maka di dalam pidatonya beliau selalu menekankan tentang pembangunan fizikal perlu wujud bersama dengan perkembangan rohani untuk mengelakkan kehancuran dan kebinasaan di kemudian hari. Zainab al-Ghazali menyokong Revolusi Mesir pada tahun 1952 bersama pemimpin Ikhwanul Muslimin yang berjaya menggulingkan Raja Farouk I dan akhirnya di khianati oleh Jamal Abdul Naseer dan persatuan itu akhirnya diharamkan pada 13 Januari, 1954. Zainab al-Ghazali ditawarkan untuk bekerjasama dengan kerajaan Jamal Abdul Naseer dan beliau ditawarkan jawatan Menteri Kebajikan Masyarakat tetapi ditolak demi memilih untuk terus kekal dalam jalan dakwah yang telah dimulakannya sejak lama dahulu. Pada zaman pemerintahan Jamal Abdul Naseer, sekali lagi anggota Ikhwanul Muslimin dan Zainab Al-Ghazali ditangkap dan dipenjarakan pada tahun 1965. Zainab bersama sahabiah dipenjara seumur hidup dengan kerja berat. Suatu bentuk hukuman yang sangat kejam bagi seorang wanita. Pelbagai siksaan dihadapi oleh Zainab Al Ghazali seperti di pukul dengan tongkat dan cemeti, digantung kaki keatas dilepaskan tikus yang banyak dan direndam didalam penjara


19 air dan dilepaskan anjing-anjing yang garang untuk merobek tubuh Zainab, tetapi tidak berjaya. Jamal Abdul Nasseer juga pernah memaksa suami Zainab dari perkahwinannya yang kedua supaya menceraikannya tetapi suami terus memberi galakan. Selama 6 tahun Zainab di penjarakan dan suaminya meninggal semasa Zainab didalam penjara. Pada tahun 1971, Zainab Al-Ghazali dibebaskan setelah Jamal Abdul Nasseer meninggal dan Anwar Saddat mengambil alih pemerintahan di Mesir. Zainab meneruskan perjuangannya didalam bidang dakwah di bumi Mesir tanpa mengenal erti penat lelah demi mendaulatkan Islam di bumi Mesir, bumi para anbiya’. Sepanjang tempoh perjuangan, beliau berjaya menghasilkan beberapa buah buku dan buku-buku tersebut masih mendapat sambutan sehingga kini. Di antaranya, berjudul “حياتي من أيام ,“ bermaksud Hari-Hari Dalam Hidupku. Buku tersebut telah diterjemahkan ke Bahasa Melayu oleh al-Marhum Ustaz Hj. Mohd Tahir Daeng Mengati. Terdapat juga beberapa kitabnya yang mendapat pengiktirafan ilmuwan Islam sepanjang zaman, antaranya seperti karya “جديد بعث نحو “dan .alam’Wallahu”. نظرات في كتاب هللا”


20 Kesimpulan Perjuangan mulia Zainab Al-Ghazali sebagai mempelopori hak untuk para wanita terus bergiat aktif dalam bidang sosial, politik dan ekonomi serta menyuarakan pendapat mereka dalam masyarakat telah mendapat sambutan yang sangat baik di Mesir dan kesannya terus berkembang ke serata dunia. Tambahan pula kehidupan beliau tanpa anak menjadikan diri ZainabAl-Ghazali dapat memberi fokus untuk mengurus dengan jayanya banyak perkara dalam satu masa seperti perniagaan, pemilikan harta dan berkhidmat untuk masyarakat tanpa lalai dari tugas sebagai muslimah dan isteri yang perlu dipatuhinya. Kini beliau juga dikenali sebagai Ummul Mujahidah telah berjaya menjadi contoh suri teladan kepada seluruh muslimah dunia amnya dan dunia Islam khasnya. Bumi adalah tempat persinggahan, akhirat kekal abadi, Ummul Mujahidah, Zainab Al-Ghazali telah kembali ke rahmatullah pada Rabu 3hb Ogos, 2005 pada usia 88 tahun dengan meninggalkan legasi perjuangan yang hebat untuk diikuti dan dijadikan inspirasi oleh muslimah pada masa kini. Semoga Allah mencucuri rahmat dan menempatkan beliau dalam kalangan orang-orang yang soleh. Aamiin, Aamiin, Ya Rabbal’Alamin.


21 Rujukan: 1. https://www.google.com/search?gs_ssp=eJzj4tLP1TcwK kzLKyk3YPQSrErMzEtMUkjMUUjPSKxKzMkEAJ1X CmA&q=zainab+al+ghazali&rlz=1C1GCEA_enMY965 MY965&oq=zainab&aqs=chrome.2.0i355i512j46i512l3j 0i512l2j46i175i199i512j46i512l2j0i512.9255j0j15&sour ceid=chrome&ie=UTF-8 2. https://oarep.usim.edu.my/jspui/handle/123456789/5181 3. https://tzkrh.com/201773 4. https://harakahdaily.net/index.php/2021/07/18/hisablahdiri-kamu-sebelum-dihisab-pada-hari-kiamat/iada rantaian dengan Ikhwanul Muslimin.


Click to View FlipBook Version