The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

NURUL SYAZWINA AMILIN BINTI MUSTAFFA
BMMB1144

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 858-3-syazwina, 2022-04-16 21:10:44

TUGASAN 2 KESANTUNAN BAHASA

NURUL SYAZWINA AMILIN BINTI MUSTAFFA
BMMB1144

TUGASAN 2
BMMB1144:
KESANTUNAN
BERBAHASA

NURUL SYAZWINA AMILIN BINTI MUSTAFFA

Biodata

biodata

Nama: Nurul Syazwina Amilin binti
Mustaffa

Kelas: F2K Bahasa Melayu
No. Kad Pengenalan: 031119-01-0778

Angka Giliran: 2021252310203
Kursus: Bahasa Melayu Pendidikan

Rendah
Program: Program Persediaan
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan

(PPISMP)
Ambilan: Jun 2021

PENGENALAN

Masalah kesantunan bahasa sering
dipandang remeh oleh masyarakat hari ini.

Perkara ini tidak dapat dinafikan lagi
memandangkan ciri-ciri kesantunan
berbahasa tidak lagi diamalkan dalam
perbualan mahupun penulisan. Menurut
Awang Sariyan (2007), kesantunan ialah
penggunaan bahasa yang baik, sopan,
beradab dan memancarkan peribadi mulia
seseorang. Ini bermaksud kesantunan

merupakan satu cara untuk
menggambarkan peribadi seseorang
individu. Seperti yang diketahui ramai,
platform media sosial yang digunakan pada
hari ini kian dilihat sebagai salah satu bukti
berlakunya penggunaan yang kurang
santun dalam kalangan masyarakat.
Platform-platform yang canggih seperti
Instagram, Twitter, WhatsApp, Telegram dan
lain-lain adalah contoh platform yang
banyak menggunakan bahasa yang kurang
santun. Golongan-golongan muda hari ini
juga seakan-akan tidak merasa bersalah
atau malu terhadap penggunaan bahasa
mereka malah mereka merasakan ia seolah-

olah perkara yang biasa.

PENGENALAN

Pada awalnya, apabila platform seperti
Facebook yang dicipta oleh Mark

Zuckerberg diperkenalkan, ia telah dilihat
sebagai satu alat yang memudahkan untuk

berkomunikasi. Namun begitu, ia telah
menjadi punca golongan remaja semakin
kurang santun dalam berbahasa. Pelbagai
faktor lain juga dapat dilihat, antaranya
ialah pengaruh daripada rakan sebaya dan

persekitaran. Di usia remaja sekarang,
mereka lebih memilih untuk tidak

dikongkong dan ingin mencuba sesuatu
yang baharu. Oleh itu, kebanyakan remaja
banyak menggunakan kata-kata yang kasar

dan kesat sewaktu mereka meluangkan
masa bersama-sama dengan rakan-rakan
mereka. Faktor lain juga adalah kerana ibu
bapa kurang memainkan peranan dalam

mendidik anak-anak berbudi bahasa.
Kesibukan mereka dalam bekerja telah
mengakibatkan pengabaian terhadap anak-

anak. Tidak dinafikan dalam era
berteknologi ini, anak-anak akan lebih
cenderung untuk meluangkan masa dengan

gajet-gajet elektronik berbanding
meluangkan masa bersama ibu bapa.
Penerokaan anak-anak di internet juga
telah mengakibatkan mereka terpengaruh
dengan media massa dan perkara ini dilihat

tidak diambil berat oleh ibu bapa.

Contoh-
contoh

CONTOH 1

Berdasarkan kenyataan yang telah
dimuatnaik di laman Twitter ini,
pemilik akaun tersebut tidak

menggunakan dan tidak menepati
ciri-ciri kesantunan berbahasa

terutamanya menerusi kesantunan
penulisan. Hal ini dikatakan demikian

kerana pengguna tersebut telah
menggunakan bahasa rojak iaitu
campuran di antara bahasa Melayu
dengan bahasa Inggeris sewaktu
mengunggah pernyataan tersebut di
laman sosial. Selain itu, pengguna
tersebut juga tidak menggunakan
bahasa yang halus dalam pernyataan
yang diunggahnya, sebaliknya dia
menggunakan bahasa yang kasar
untuk menggambarkan perasaan

marahnya.

CONTOH 2

Unggahan di laman Facebook ini
juga dilihat sebagai penggunaan
bahasa yang kurang santun. Dalam

unggahan ini, pemilik akaun
tersebut ingin menegur pengguna
yang lain namun begitu, cara dan

penggunaan bahasa yang
digunakan dalam menegur itu tidak

menepati ciri-ciri kesantunan.
Apabila ayat itu dibacakan,

pembaca dapat merasakan betapa
kasarnya teguran yang diberikan
sehingga dapat menggores hati

orang lain. Dalam pada itu,
pengguna ini juga turut

menggunakan bahasa rojak dengan
menggunakan perkataan ‘family’
yang bercampur aduk dengan
penggunaan bahasa Melayu dan
seterusnya mengakibatkan

percampuran kod. Dalam unggahan
ini juga, terdapatnya penggunaan

kata-kata yang kesat.

CONTOH 3

Contoh seterusnya turut menunjukkan
ketidaksantunan berbahasa dalam

media sosial. Walaupun unggahan yang
dimuat naik adalah pendek, tetapi

terdapatnya penggunaan bahasa yang
kurang santun. Dalam unggahan ini,
pemilik akaun Facebook ini berasa

tidak puas hati terhadap pemandu yang
tidak meletakkan kenderaan dengan
betul di tempat letak kenderaan.
Keadaan ini telah mengundang
kemarahan pengguna tersebut dan
seterusnya bertindak untuk memaki

dan melontarkan kata-kata yang kasar
terhadap pemandu menerusi media
sosial. Seterusnya, banyak perkataan

yang telah disingkatkan dari segi ejaan
dan cara bacaannya. Sebagai contoh,

perkataan kau menjadi ‘ko’ dan
perkataan dalam dieja dengan ringkas

menjadi ‘dlm’.

ANALISIS KESELURUHAN

Secara menyeluruhnya, dalam setiap unggahan tersebut
terdapat banyak ciri dan bukti yang menunjukkan bahawa

kurangnya kesantunan berbahasa dalam media sosial.
Penggunaan bahasa rojak telah dilihat sebagai perkara
biasa dan rutin dalam perbualan harian seseorang. Namun
begitu, pengamalan bahasa rojak ini telah menyebabkan
bahasa Melayu sukar dikuasai oleh rakyat Malaysia dan
mendatangkan kesan negatif yang berpanjangan dalam
pembelajaran. Perkara ini sekaligus dapat merendahkan
kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara.
Selain itu, penggunaan kata-kata yang kasar dan lontaran

cacian terhadap individu lain boleh mengakibatkan
mereka mengalami tekanan. Ini kerana mereka

merasakan diri mereka dimalukan secara terbuka di
khalayak ramai dan seterusnya mengundang malu dan
menjatuhkan maruah mereka. Individu yang melontarkan

kata-kata tersebut juga harus cakna terhadap
persekitaran kerana tidak semua orang boleh menerima

cacian ataupun teguran secara terbuka. Penggunaan
kata-kata kasar ini juga boleh melahirkan individu yang

kurang ajar dan tidak beradab. Oleh itu, amat penting
untuk seseorang itu menjaga tutur kata dan percakapan
bagi mengelakkan perkara negatif sebegini diamalkan.

CARA

Mengatasi

Ibu bapa

PERANAN
TERPENTING

Kerajaan Sekolah

1.IBU BAPA

Bagi mengatasi masalah kurang santun
dalam berbahasa ini, ibu bapa memainkan

peranan yang penting dan utama untuk
anak-anak. Hal ini dikatakan demikian
kerana ibu bapa adalah insan yang pertama
mendidik anak-anak sebelum guru-guru di
sekolah. Oleh itu, ibu bapa seharusnya
memberikan perhatian yang sepenuhnya
kepada anak-anak sejak dari kecil lagi agar
mereka dapat dididik dengan pengamalan
budi bahasa yang baik pada peringkat yang
awal lagi. Didikan awal ini bukan sahaja
dapat meningkatkan amalan budi bahasa
dalam diri mereka malah mereka akan lebih
menghormati individu yang lebih tua dari
mereka dan membentuk sahsiah diri yang

baik. Jadi jelaslah bahawa ibu bapa
merupakan individu yang terpenting dalam

menangani masalah kurang santun ini.

2. KERAJAAN

Selain itu, pihak kerajaan turut memainkan
peranan yang penting dalam mengatasi
masalah kesantunan ini. Memandangkan

masalah kesantunan ini semakin berleluasa,
pihak kerajaan perlu mengadakan kempen-

kempen kesedaran dan ceramah kepada
masayarakat untuk menyedarkan masyarakat
tentang kepentingan amalan berbudi bahasa.

Memandangkan negara kita terdiri daripada
berbilang kaum seperti bangsa Melayu, Cina

dan India, pengamalan budi bahasa amat
penting untuk mengekalkan keharmonian
negara. Oleh itu, kempen-kempen sebegini
amatlah perlu dan bukan sekadar ‘hangat-

hangat tahi ayam’ bagi menyedarkan
masyarakat tentang kepentingannya bukan
sahaja terhadap diri malah terhadap rakyat.
Kempen-kempen seperti Kempen Marilah

Berbudi Bahasa dapat menasihati rakyat
untuk tidak bertindak sewenang-wenangnya

dalam mengunggah mahupun menghantar
mesej-mesej yang tidak berfaedah ke media

sosial.



3. SEKOLAH

Pihak sekolah juga boleh memainkan peranan
yang penting dalam mengatasi masalah
ketidaksantunan ini. Antaranya ialah unit
bimbingan dan kaunseling sekolah boleh
mengambil inisiatif untuk meningkatkan

kesantunan bahasa dalam percakapan murid-
murid. Sebagai contoh, pihak sekolah perlu
mengenakan denda terhadap murid yang
menuturkan kata-kata yang kasar dan kesat
sepanjang sesi persekolahan berlangsung.
Denda yang dikenakan boleh berupa wang
atau syiling 50 sen bagi setiap perkataan
yang dilarang, duit yang terkumpul boleh
disumbangkan kepada tabung surau sekolah.

Penguatkuasaan ini dapat dijadikan satu cara
yang efektif untuk pihak sekolah menangani

masalah kesantunan berbahasa dalam
kalangan pelajar. Kesannya, murid-murid

akan lebih berdisiplin dan cuba untuk
menjaga pertuturan mereka sewaktu di
sekolah bagi mengelakkan didenda. Perkara
ini juga dapat membiasakan murid untuk
bercakap secara sopan dan seterusnya dapat

meningkatkan sahsiah murid-murid.

Kesimpulan

Oleh itu, sememangnya tidak dapat dinafikan
bahawa kesantunan berbahasa sama ada

melalui penulisan atau percakapan semakin
hari semakin diabaikan. Sebaliknya

pengamalan bahasa rojak semakin menjadi-
jadi dalam kalangan masyarakat.

Perkembangan teknologi hari ini juga telah
menyebabkan ramai yang menyalahgunakan
kemudahan elektronik dengan mengunggah
perkara-perkara yang mengaibkan orang lain

serta menghantar mesej-mesej yang tidak
mendatangkan apa-apa manfaat. Sebagai
individu yang cinta akan bahasa, kita perlulah
cuba mengelakkan daripada menggunakan
kata-kata yang kasar dan kesat melalui
percakapan dan penulisan supaya tidak
menyinggung mana-mana perasaan. Dari sini

juga kita dapat lihat betapa pentingnya
peranan setiap individu untuk memastikan

kesantunan berbahasa terpelihara dan
seterusnya dapat membentuk sahsiah diri

seseorang ke arah lebih baik.

RUJUKAN

Ainal Akmar, A. (n.d.). Kesantunan bahasa semasa
berkomunikasi di laman sosial. ResearchGate.
https://www.researchgate.net/publication/308897394_KESA
NTUNAN_BAHASA_SEMASA_BERKOMUNIKASI_DI_LAMAN_S
OSIAL

Amaar, H. (n.d.). Bentuk dan jenis kesantunan (GSB1012).
Academia.
https://www.academia.edu/40217247/Bentuk_dan_Jenis_Kes
antunan_GSB_1012_

Hariyati, A. (2019, November 18). Bahasa kurang sopan ubah
cara komunikasi remaja masa kini. Sinar Harian.
https://www.sinarharian.com.my/article/57798/KHAS/Penda
pat/Bahasa-kurang-sopan-ubah-cara-komunikasi-remaja-
masa-kini

Nuraihan, M. D. (2018). Bahasa Melayu untuk penutur asing.
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nur Qamarina. (2017, Julai 26). Pertukaran dan percampuran
kod dalam kalangan mahasiswa. Academia.
https://www.academia.edu/36316725/Pertukaran_dan_Perca
mpuran_Kod_dalam_Kalangan_Mahasiswa


Click to View FlipBook Version