The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ruhaiza770509, 2022-09-22 00:42:52

SKRIP BERCERITA TAHAP 2

SI BONGKOK YANG LUPA DIRI

SI BONGKOK YANG LUPA DIRI

Assalamualaikum ….

Haiiiiii..

Salam sejahtera, salam ukhuwah dan salam perkenalan kepada juri-juri yang bijak bestari . Hadirin sekalian,
bertemu lagi kita di pentas bercerita . Jauh di mata dekat dihati. Cerita rakyat daripada saya boleh memberi
pengajaran dan hiburan kepada yang mendengarnya. Nak tahu cerita saya?. Nak tahu ?. Nak tahu?.
Haaaa….kalau nak tahu mari dengan cerita saya dahulu. Kisah ini berlaku pada suatu masa yang telah lama
berlalu. Si Bongkok yang lupa diri. Inilah tajuk cerita saya.

Di pinggir sebuah kampung tinggal Si Bongkok dengan ibunya. Pulai nama kampung mereka.
Rumah mereka buruk dan usang. Si Bongkok di lahirkan cacat, badannya bongkok dan rupanya yang hudoh.
Namun, si ibu tetap bersyukur dengan keadaan anaknya. Ibunya sentiasa berdoa agar anaknya gembira dan
Berjaya dalam kehidupannya . Bongkok sayang akan ibunya

Di suatu petang, ketika Si Bongkok berjalan-jalan sendirian, tiba-tiba Mat Derus bersama kawan-
kawannya datang berjumpa Si Bongkok. Mereka tanpa segan telah mencaci, menghina dan memukul Si
Bongkok sehingga berdarah . Bukan itu sahaja, secara bergilir-gilir , Si Bongkok di tolak lalu jatuh ke tanah.
Setelah puas berbuat demikian mereka tersenyum gembira lalu pergi dari situ. Orang-orang kampung hanya
mampu memandang dan tidak berani membantu Si Bongkok. Ini kerana mereka merupakan samseng di
kampung itu.

Si Bongkok berasa amat sedih. Sambil bangun berdiri dia menyapu kotoran yang terlekat
dibadannya. Dia teringin memiliki rupa paras yang tampan dan sempurna seperti orang lain. Andai kata rupa
dia berubah tampan, Si Bongkok akan membalas semua perbuatan jahat yang dilakukan kepadanya. Si
Bongkok mengangkat tangan memohon kepada tuhan agar rupa parasnya berubah menjadi sempurna.
Adakah impian dan harapan Si Bongkok dimakbulkan?

Pada suatu malam, Si Bongkok berehat di serambi teratak usangnya sambil mengenang akan
nasibnya yang malang. Dia berasa amat sedih dengan keadaan dirinya. Secara tiba-tiba , seorang lelaki tua
yang berpakaian putih dan bercahaya datang berjumpa Si Bongkok . Lelaki tua itu ingin membantu Si
Bongkok mengubah rupa paras Si Bongkok, daripada rupa paras yang buruk kepada rupa paras yang
sempurna. Tetapi dengan syarat Si Bongkok tidak boleh bersifat sombong , bongkak dan berdendam
dengan orang yang telah menghina dia selama ini.

Mendengar kata-kata daripada orang tua itu, Si Bongkok terus bersetuju. Apabila dia tersedar
daripada lamunan. Dia merasakan ada perubahan yang berlaku pada dirinya. Dia bingkas berdiri dan
mencari cermin. Si Bongkok berasa amat gembira kerana rupanya telah berubah menjadi sempurna.

Keajaiban yang berlaku pada Si Bongkok telah menjadi bualan orang-orang Kampung Pulai. Rupa
yang menarik telah menyebabkan ramai anak gadis jatuh hati padanya. Si Bongkok tidak malu lagi untuk
berjumpa dengan orang ramai. Kemana si Bongkok berada mesti orang akan memuji dan ingin menjadi
sepertinya. Si Bongkok berasa gembira dan bahagia.

Setelah sekian lama, Si Bongkok mula lupa akan janjinya dengan orang tua yang membantunya.
Dalam hatinya mula ada rasa bangga diri dan sombong. Dia merasakan tiada siapa mampu menandingi rupa
kacak yang ada padanya. Dia mula mendapat kedudukan yang mulia di kampung tersebut. Anak-anak gadis
daripada keluarga raja dan kaya berebut hendak bersuamikan Si Bongkok.

Si Bongkok teringat berbuatan Mat Derus dan kawan—kawannya dahulu . Dia mula rasa marah,
sakit hati dan ingin membalas dendam. Tanpa berfikir panjang, Si Bongkok dan beberapa orang pengikutnya
menyerang samseng kampung Pulai itu. Setelah kalah, kumpulan samseng itu di usir dari kampung tersebut
. Si Bongkok berasa bangga dan puas hati dapat menghapuskan samseng kampung Pulai. Rasa hebat dan
lebih mulia daripada orang lain mula merasuki fikiran Si Bongkak.

Tiba-tiba awan berubah menjadi gelap. Ribut kuat telah berlaku .Si Bongkok terkejut lalu berlari
mencari tempat berlindung. Tidak sempat mencari tempat tersebut Si Bongkok jatuh pengsan. Apabila
tersedar rupanya telah bertukar . Si Bongkok kembali kepada rupa asalnya yang buruk dan hudoh. Si
Bongkok menangis sekuat hati menyesal kerana telah melanggar janji dengan orang tua yang
membantunya. Dia pulang ke teratak buruknya lalu rebah dipangkuan ibunya. Atas nasihat dan kata-kata
semangat daripada ibunya, dia menerima takdir yang di tentukan kepadanya. . Akhirnya Si Bongkok Kembali
kepada kehidupannya seperti dahulu

Kawan-kawan , begitulah kisah Si Bongkok yang lupa diri. Ingat kawan-kawan kita tidak boleh
mencaci dan mencela sifat yang dikurniakan ke atas seseorang. Guruan atau cacian itu boleh menyebabkan
orang yang dicaci berasa sedih dan terhina. Sentiasa berbuat baik serta menghormati orang lain.

Seterusnya, kita hendaklah sentiasa meminta doa kepada tuhan jika inginkan sesuatu. Jangan putus
asa. Permintaan kita mungkin akan ditunaikan jika kita memintanya dengan bersungguh-sungguh.

Akhir sekali, kita haruslah berpegang pada janji. Kehidupan kita pasti akan selamat .Orang yang
jujur dan amanah akan disayangi oleh orang sekeliling.

Sekian cerita daripada saya. Semoga terhibur. Terima kasih.


Click to View FlipBook Version