SEKOLAH KEBANGSAAN KG BAHARU LANJUT KG BAHARU LANJUT, 43900 SEPANG SELANGOR Laporan dokumentasi SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH JUMAAT / 17 MEI 2024 / 7.30 PAGI DATARAN PERHIMPUNAN, SEHALA GURU JAUHARI DIGITAL ASPIRASI NEGARA MADANI “BACK TO SCHOOL”
SEKOLAH KEBANGSAAN KG BAHARU LANJUT KG BAHARU LANJUT, 43900 SEPANG SELANGOR LAPORAN AKTIVITI / PROGRAM TARIKH 17 MEI 2024 MASA 7.30 – 11.50 PAGI PROGRAM SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH TEMPAT DATARAN PERHIMPUNAN SEHALA ANJURAN KSS SEHALA 2024 / 2025 PENGENALAN Sambutan Hari Guru merupakan sambutan yang diadakan bagi meraikan guru-guru yang banyak berjasa dalam bidang Pendidikan. Ia merupakan program tahunan yang wajib diadakan. Bagi aktiviti bulan Mei, sambutan Hari Guru yang dirancang adalah untuk mengeratkan silaturrahim dalam kalangan guru di sekolah. Guru berperanan memberi tunjuk ajar sebagai ibu bapa di sekolah bukan sekadar mengajar pengajaran untuk membina ilmu malah membangunkan sahsiah dan disiplin murid. Melalui aktiviti sambutan Hari Guru, murid dapat berinteraksi dengan guru selaku mentor mereka secara santai tetapi penuh penghayatan di sebalik aktiviti yang dijalankan. Di samping itu, guru-guru dan murid menggunakan kreativiti masing-masing untuk menyerlahkan bakat bagi menghiburkan murid-murid dan juga guru-guru. OBJEKTIF 1. Dapat mengeratkan silaturrahim di kalangan guru. 2. Dapat meraikan guru-guru dalam Majlis Sambutan Hari Guru peringkat sekolah. 3. Dapat merasai kemeriahan dan mencatat kenangan terindah yang penuh meriah melalui persembahan guru-guru.
TEMA “BACK TO SCHOOL” TENTATIF PROGRAM 7.40 pagi : Acara di tapak perhimpunan Semua murid berhimpun di tapak perhimpunan Bacaan yasin Nyanyian lagu Negaraku Nyanyian lagu Negeri Selangor Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis Bacaan Doa Ucapan wakil murid Ucapan Guru Besar Bacaan Perutusan Hari Guru Ucapan aluan YDP PIBG Bacaan Lafaz Ikrar Hari Guru Nyanyian Lagu Kami Guru Malaysia Acara Memotong Pulut Kuning Tahap 1 9.15 – 9.55 pagi : Rehat Tahap 1 dan Prasekolah (Guru beratur untuk pemberian hadiah daripada Murid Tahap 1) : Murid Tahap 1 berhimpun untuk masuk ke kelas Tahap 2 : Persembahan 1 Persembahan 2 Persembahan 3 (Pemberian hadiah daripada Murid Tahap 2) 10.00- 10.40 pagi : Rehat Tahap 2 : Murid Tahap 1 dan Tahap 2 berhimpun di koridor sekolah Persembahan Guru i) Pentadbir ii) Badan beruniform (TKRS / Pengakap / PPIM / Pandu Puteri Tunas / BSMM) 11.40 pagi : Murid Tahap 1 bersurai 11.50 pagi : Murid Tahap 2 bersurai
LAPORAN Pada Hari Khamis 17 Mei 2024, Kelab Staf Sekolah (KSS) telah menganjurkan sambutan Hari Guru peringkat sekolah di Dataran Perhimpunan Sehala. Semua murid sesi pagi dan petang dan juga murid Prasekolah telah berkumpul di Dataran Perhimpunan bermula 7.30 pagi. Setelah murid berkumpul dan berada dalam keadaan terkawal, barisan guru-guru SKKBL mengambil tempat di Dataran Perhimpunan untuk Majlis Bacaan Yasin yang diketuai oleh Ustaz Safri. Setelah bacaan yasin selesai, guru-guru dikehendaki beratur di koridor pejabat dan gimik pelancaran bermula. Murid bersorak setelah Van Sekolah yang dinaiki oleh guru memasuki halaman sekolah. Sekali lagi semua guru berarak masuk ke tapak perhimpunan. Majlis dimulakan dengan Nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Negeri Selangor. Seterusnya majlis disambung dengan ucapan wakil murid ( adik Mohd Amir Faiq bin Mohd Afiq). Seterusnya majlis diteruskan dengan bacaan Perutusan Hari Guru oleh Encik Aziyan bin Abu Bakar, Penolong Kanan Pentadbiran. Bacaan Lafaz Ikrar Hari Guru pula telah dibaca dan dipimpin oleh Encik Khairudin bin Norin, Penolong Kanan Petang dengan penuh semangat. Selesai bacaan ikrar, semua guru menyanyikan lagu Kami Guru Malaysia. Setelah itu, para pentadbir dijemput ke hadapan perhimpunan bagi acara memotong pulut kuning. Majlis sambutan Hari Guru diserikan dengan 3 buah persembahan murid yang terdiri daripada murid-murid Tahap 1 dan 2. Setelah selesai persembahan daripada murid, murid-murid memberi hadiah kepada guru-guru. Setelah semua murid rehat dan guru telah menjamu selera, acarayang ditunggu oleh murid-murid dan guru-guru ialah persembahan guru-guru daripada lima badan uniform, iaitu TKRS, Pengakap, PPIM, Pandu Puteri dan BSMM. Majlis juga turut diserikan oleh persembahan daripada pentadbir. Majlis sambutan diakhiri dengan sesi bergambar Bersama semua guru sebagai tanda kenangan bertemakan ‘Back to school’.
KEKUATAN Sokongan penuh pentadbir mempermudahkan majlis sambutan Hari Guru KELEMAHAN 1. Tiada kawasan sesuai untuk menampung murid-murid sesi pagi dan petang / kawasan tidak berbumbung. 2. Tidak cukup kanvas untuk memberi keselesaan kepada murid duduk bersila. ISU & CADANGAN PENAMBAHBAIKAN 1. Program tidak dapat dijalankan tepat pada masa yang dicadangkan kerana guru perlu memastikan disiplin murid terkawal sebelum memulakan program. 2. PIBG boleh bekerjasama dengan KSS untuk program sambutan Hari Guru yang akan datang. Disediakan oleh, ……………………………………………. (NORHAYATI BINTI MOHD NOOR) AJK Dokumentasi Majlis Sambutan Hari Guru 2024 Disemak dan disahkan oleh, ……………………………………………………… (AZIYAN BIN ABU BAKAR) Penolong Kanan Pentadbiran
DOKUMENTASI BERGAMBAR
3 1 2
SANTAI-SANTAI