The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

NAMA : IFFA ZULAIKA BINTI ROSLI
KELAS : T2S2.08
AMBILAN : JUN 2021/2026

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by iffazulaikaaa, 2024-03-26 21:48:05

CERITA BERGAMBAR : GAUN UNTUK SANTUBONG DAN SEJINJANG

NAMA : IFFA ZULAIKA BINTI ROSLI
KELAS : T2S2.08
AMBILAN : JUN 2021/2026

IFFA ROSLI GAUN UNTUK SANTUBONG DAN SEJINJANG GAUN UNTUK SANTUBONG DAN SEJINJANG


Santubong dan Sejinjang ialah sepasang kembar yang memiliki wajah yang sangat cantik. Santubong ialah kakak kembar kepada Sejinjang. Mereka berdua sangat akrab dan sentiasa bersama. Mereka berdua merupakan anak emas ibu dan ayah mereka. GAUN UNTUK SANTUBONG DAN SEJINJANG


Suatu hari, ibu dan ayah memberi kejutan kepada buah hati mereka itu dengan membawa pulang dua helai gaun berwarna merah jambu dan menggantungkannya di dalam almari. Salah satu gaun itu lebih istimewa dengan hiasan manik-manik berkilauan yang membuat pemakainya terlihat seperti seorang puteri. Santubong dan Sejinjang dengan pantas berlari ke arah almari pakaian lalu mata mereka serentak melihat pada gaun yang indah itu.


Dua beradik ini mula bertikam lidah untuk mendapatkan gaun itu. "Sejinjang, gaun ini milik kakak. Kakak anak pertama, berikan pada kakak." kata Santubong sambil menunjuk ke arah gaun yang cantik itu. "Tidak. Ayah memberikannya kepada Sejinjang kerana Sejinjang lebih bijak dan lebih cantik dari kakak." balas Sejinjang. Dengan pantas, Santubong menarik rambut Sejinjang sekuat hatinya kerana berasa kecil hati dan marah kepada adiknya itu.


Ayah mereka yang mendengar kekecohan itu segera datang meleraikan pertengkaran itu. Dengan lembut ayah berkata, "Kamu berdua ialah anak kesayangan ayah dan ayah tidak pernah pilih kasih antara anak-anak ayah. Kedua-dua gaun ini untuk kamu berdua." Setelah mendengar kata-kata ayah, mereka memutuskan untuk berkongsi keindahan gaun tersebut, memakainya secara bergantian, dan mencipta kenangan indah bersama.


Click to View FlipBook Version