The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by wardah.mutalib, 2021-02-02 23:27:28

KAEDAH MENGHAFAZ AL-QURAN

KAEDAH MENGHAFAZ AL-QURAN

Memelihara
Hafazan

Doa Kaedah Hafazan Tips Hafazan
Cemerlang

Teknik Menghafal

Kelebihan

DOA

DOA
SEBELUM
MENGHAFAZ
AL-QURAN

DOA SELEPAS
MENGHAFAL
AL-QURAN

7 VIP ALLAH DI DUNIA
DIANGKAT SEBAGAI PEMIMPIN
KELEBIHAN DIIKTIRAF NABI SAW
HAFIZ MENJANJIKAN KEBAIKKAN
IBU BAPA DIMULIAKAN ALLAH
AL-QURAN MENDAPAT SYAFAAT DIAKHIRAT

DIGANDAKAN PAHALA















KAEDAH HAFAZAN

1. Berada dalam keadaan tenang.
2. Tenangkan fikiran sebelum menghafal.
3. Memilih waktu yang sesuai untuk menghafal.
4. Memilih tempat yang sesuai untuk menghafal.
5. Mempunyai azam dan minat untuk menghafal.
6. Beristighfar, membaca selawat dan doa sebelum
mulai menghafal.
7. Pilih sebuah jenis mushaf dan jangan ubah
dengan jenis mushaf lain.

6 Teknik potong-potong
Teknik mengulang
TEKNIK Teknik menghafal dengan teman
MENGHAFAL Teknik mendengar audio
Teknik merakam

Teknik menulis

1- TEKNIK POTONG-POTONG

• Membaca sepotong atau sebahagian
ayat sekurang-kurangnya 5 kali sebelum
mulai menghafalnya.

• Membaca ayat yang telah dihafal
berulang-ulang kali (10 atau lebih)
sebelum berpindah ke ayat seterusnya.

• Selepas menghafal setiap setengah
halaman, harus diulang beberapa kali
sebelum diteruskan bahagian yang
setengah halaman lagi.

• Sebelum menghafal bahagian al-Qur’an
seterusnya, harus diulang bahagian yang
sebelumnya.

2- TEKNIK
MENGULANG

• Membaca sepotong atau sebahagian ayat sekurang-
kurangnya 5 kali sebelum mulai menghafalnya.

• Membaca ayat yang telah dihafal berulang-ulang
kali (10 atau lebih)
sebelum berpindah ke ayat seterusnya.

• Selepas menghafal setiap setengah halaman, harus
diulang beberapa kali sebelum diteruskan bahagian
yang setengah halaman lagi.

• Sebelum menghafal bahagian al-Qur’an seterusnya,
harus diulang bahagian yang sebelumnya.

3- TEKNIK HAFAL
BERSAMA TEMAN

• Pilih seorang teman yang sama-
sama berminat.

• Orang pertama membaca dan
disemak oleh orang kedua.

• Orang kedua membaca dan
disemak oleh orang pertama.

• Saling menyebut ayat antara satu
sama lain.

4- TEKNIK
MENDENGAR AUDIO

• Pilih seorang qari yang baik bagi seluruh al-quran atau
beberapa qari bagi surah-surah tertentu.

• Sebelum mulai menghafal, dengar bacaan ayat-ayat yang
ingin dihafal beberapa kali.

• Amati cara, lagu dan tempat berhenti bacaan qari
tersebut sehingga terpahat di fikiran.

• Mulai menghafal ayat-ayat tersebut dengan cara dan gaya
qari tersebut.

• Sentiasa mendengar kaset/CD bacaan al-quran dan
kurangi atau tinggalkan mendengarkan lagu-lagu kerana
akan mengganggu penghafalan.

5- TEKNIK
MERAKAM

1. Rakam bacaan anda di dalam smartphone/audio player
dan dengarkan lagi untuk memastikan bacaan dan hafalan
yang betul.

2. Atau rakam bacaan guru kemudian diikuti oleh bacaan
pelajar tersebut.

3. Minta pelajar-pelajar mendengar kembali rakaman tersebut
beberapa kali hingga menghafalnya.

6- TEKNIK MENULIS

1. Tulis kembali ayat yang telah dihafal.
Kemudian semak tulisan tersebut dengan
mushaf.

2. Menulis setiap ayat pertama awal surah,
atau setiap rubu’, atau setiap juz, atau
setiap surah dalam sehelai kertas.

MEMELIHARA
HAFALAN

• Jauhi maksiat mata, maksiat telinga dan
maksiat hati.

• Banyak berdoa, terutama waktu mustajab doa
seperti ketika berbuka puasa, ketika dalam
perjalanan, selepas azan dan lain-lain lagi.

• Menetapkan kadar bacaan setiap hari,
contohnya, 1 surah, setengah juzuk, 1 juzuk dan
sebagainya.

• Membaca pada waktu pagi dan mengulangnya
pada waktu malam.

• Jangan membaca ketika sedang bosan, marah
atau mengantuk.

• Menulis setiap ayat yang dibaca.



Tips-Tips Untuk Menjadi

Penghafaz Al Quran Yang

Cemerlang

 Menggunakan naskhah al Quran yang sama setiap kali
membaca, menghafaz, dan membuat rujukan
(semakan bacaan). Ini bertujuan mengelakkan
kekeliruan tempat (kedudukan) ayat yang dihafaz.
Tempat ayat atau posisi memainkan peranan penting
dan amat berpengaruh dalam memberi kesan kepada
hafazan anda.

 Gunakan naskhah al Quran mushaf Uthmani kerana
kedudukan, sruktur dan susunan ayatnya di atur dalam
bentuk yang mudah untuk dihafaz, dirujuk dan diingati.

 Ayat atau surah yang hendak dihafal hendaklah
dilancarkan bacaanya terlebih dahulu. Pastikan
tajwidnya dengan betul. Sebagai contoh hendak hafal
surah al-Imran. Mulakan dari muka surat yang pertama
surah tersebut. Lancarkan muka surat yang pertama itu
dahulu.

Tips-Tips Untuk Menjadi
Penghafaz Al Quran Yang
Cemerlang

 Bacaan hendaklah diulang-ulang sehingga betul-betul
lancar. Pastikan tidak mula menghafaz ayat sebelum
bacaan betul-betul lancar kerana ini akan menjadikan
anda mudah lupa semula ayat tersebut dan mungkin
juga mengakibatkan hafalan anda bercelaru.

 Mulakan hafalan dari ayat ke ayat. Pastikan hafazan
mengikut langkah. Hafaz dahulu ayat yang pertama
(baca ayat pertama berulang-ulang kali sebagai satu
cara menghafaz yang baik), barulah berpindah ke ayat
yang kedua. kemudian hafaz ayat ke kedua, ulang
balik dari ayat yang pertama. kemudian baru masuk
ayat yang seterusnya.

 Pastikan ada kawan atau ustaz yaunngtudkipaenrcdaayatiaislmmui’
tajwidnya dan baik bacaannya
(memperdengarkan atau semak) bacaan dan hafazan
anda.

Tips-Tips Untuk Menjadi

Penghafaz Al Quran Yang
Cemerlang

 Amalkan membaca ayat-ayat yang telah anda hafaz
dalam solat-solat yang anda lakukan. Banyakkan
solat sunat sebagai satu cara yang baik bagi melatih
bacaan ayat-ayat yang telah dihafaz. Ini bertujuan
membiasakan ayat-ayat yang telah di hafaz ke dalam
amalan harian anda.

 Amalkan membaca ayat-ayat Quran yang telah anda
hafaz di mana-mana sahaja sebagai zikir atau
nyanyian hati atau mulut. Contohnya, ketika berjalan
ke kelas, ketika termenung, ketika waktu rehat, ketika
hendak tidur, dan lain-lain yang di fikirkan baik. Hal ini
akan menambahkan lagi keupayaan anda untuk
mengingati ayat-ayat hafazan tersebut.

 Amalkan memakan manisan seperti kurma atau madu
bagi tujuan menguatkan daya ingatan.

Tips-Tips Untuk Menjadi
Penghafaz Al Quran Yang
Cemerlang

 Banyakkan memohon doa kepada Allah SWT supaya
dipermudahkan hati dan minda untuk menerima al
Quran.

 Pilih waktu yang sesuai untuk menghafaz. Sebagai
contoh, waktu selepas solat fardhu. Utamakan
SEBELUM atau SELEPAS subuh kerana waktu ini
tenang dan damai. Pastikan waktu yang anda
gunakan untuk menghafaz adalah istiqamah.

 Tidak perlu menghafaz secara terburu-buru. Biar
sedikit-sedikit, asalkan istiqamah dan berkesan.

 Jauhi amalan maksiat. Jaga bicara lidah, jaga
kewajipan dan adab sebagai muslim.

 Tanamkan semangat yang kuat untuk menghafaz
bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam. Cuba hafaz
sebanyak mungkin. Insyallah sehingga hafiz.
Walaupun memakan masa yang lama.


Click to View FlipBook Version