The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

buku MSK SESI 1-2022 v2 cover page pelajar januari

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sailplbu, 2022-02-20 20:34:21

MINGGU SUAI KENAL 1/2022

buku MSK SESI 1-2022 v2 cover page pelajar januari

Keywords: MSK2022

SEKAPUR SIREH SEULAS PINANG
PENGARAH ILP LABUAN

(HJ. ZAINUDIN BIN HJ AHMAD)

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera.
Tahniah dan syabas ingin diucapkan kepada para pelajar baru sesi 1/2022 di atas kejayaan anda semua
kerana terpilih untuk mengikuti latihan kemahiran di ILJTM. Selamat datang saya ucapkan.
Harapan saya agar para pelajar dapat memberikan tumpuan dan sepenuh perhatian sepanjang mengikuti
latihan dan pembelajaran di sini. Saya percaya melalui kursus-kursus kemahiran yang ditawarkan di sini,
para pelajar mampu meraih seberapa banyak ilmu pengetahuan dan pengalaman dalam bidang
kemahiran sebagai bekalan untuk menempuh alam pekerjaan kelak. Saya juga berharap agar para pelajar
ILP Labuan dapat menjadi tenaga mahir yang berkemahiran tinggi, berketahanan dari segi fizikal, mental,
rohani dan emosi serta berjaya melengkapkan diri dengan nilai-nilai murni bagi memastikan keperluan
negara dalam bidang kemahiran ini dapat dipenuhi.
Anggaplah latihan yang diterima di sini adalah merupakan suatu titik permulaan bagi para pelajar dalam
membina laluan kerjaya yang lebih cemerlang pada masa hadapan. Saya berharap agar para pelajar
dapat menamatkan latihan di sini dengan jayanya dan seterusnya menyambung latihan di peringkat yang
lebih tinggi lagi. Sesungguhnya, dengan menguasai bidang kemahiran ini, ianya sentiasa menjanjikan
peluang yang baik untuk anda semua.
Akhir kalam, saya mengucapkan ribuan terima kasih dan syabas kepada Pengerusi dan ahli-ahli
jawatankuasa Minggu Suaikenal di atas usaha menjayakan Minggu Suaikenal Sesi 1/2022 ini.
Sekian, terima kasih.

"WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030"
HJ ZAINUDIN HJ AHMAD
Pengarah ILP Labuan

SEGUGUS UCAPAN SEGUNUNG HARAPAN
PENGERUSI MINGGU SUAIKENAL (MSK) SESI 1/2022

(EN. AHMAD NAJIB BIN SOHAIMI)

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera.
Tahniah saya ucapkan kepada semua pelajar baru sesi 1/2022 di atas kejayaan anda semua kerana
terpilih untuk mengikuti latihan kemahiran di ILP Labuan. Selamat datang dan selamat menjadi warga ILP
Labuan.
Minggu Suaikenal atau lebih dikenali sebagai MSK bagi sesi pengambilan pada kali ini telah dirangka dan
disusun bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada para pelajar agar dapat menyesuaikan diri
dalam menghadapi suasana kehidupan sebenar di institut ini. Program ini secara tidak langsung dapat
meningkatkan motivasi dan membentuk sahsiah diri para pelajar sekalian dalam meneruskan dan
menamatkan latihan dengan jayanya.
Para pelajar diharapkan dapat menggunakan peluang dan kemudahan yang telah disediakan di sini
dengan sebaik mungkin untuk menimba ilmu pengetahuan dan memperolehi kemahiran yang tinggi bagi
memacu transformasi negara ke arah negara berpendapatan tinggi setelah menceburi dalam bidang
pekerjaan kelak.
Oleh yang demikian, diucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat sama ada
secara langsung atau tidak lansung dalam menjayakan Minggu Suaikenal Sesi 1/2022 ini dan Selamat
Tahun Baru 2022.
Sekian, terima kasih.
AHMAD NAJIB SOHAIMI
Pengerusi
MSK Sesi 1/2022
ILP Labuan

2

MSK SESI 1/2022 - 2 -

PENGENALAN

Institut Latihan Perindustrian (ILP) Labuan adalah merupakan salah
satu daripada 32 institut latihan di bawah pentadbiran Jabatan Tenaga
Manusia (JTM), Kementerian Sumber Manusia (KSM) Malaysia. ILP adalah
merupakan agensi kerajaan pusat yang menjalankan aktiviti melatih
pelajarnya dalam bidang teknikal untuk persediaan pelajar bekerja dalam
pelbagai industri.

ILP Labuan terletak di Jalan Mohd. Salleh, 6 kilometer dari bandar
Labuan. ILP ini dibina di kawasan seluas 32 ekar bersebelahan dengan
Kompleks Sukan Labuan bermula pada bulan Mac 1982 dengan kos
sebanyak RM 6.2 juta. ILP ini memulakan operasinya pada bulan Jun
1984 dengan pengambilan pelatih seramai 92 orang dalam 6 bidang
kemahiran.
Kursus-kursus sepenuh masa yang ditawarkan di ILP Labuan adalah
seperti berikut:

• Teknologi Kimpalan
• Teknologi Elektrik
• Teknologi Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara
• Teknologi Komputer (Sistem)
• Teknologi Binaan (Bangunan)
• Teknologi Binaan (Paip dan Sanitari)
• Teknologi Minyak & Gas (Mekanikal)
• Teknologi Penyelenggaraan Mekanikal

3

MSK SESI 1/2022 - 3 -

4

OBJEKTIF ILJTM
• Menyediakan program latihan untuk melahirkan tenaga kerja mahir yang me-

menuhi piawaian institut bagi keperluan industri-industri dalam bidang
Elektrikal, Mekanikal, Sivil dan IT.

• Menyedia latihan sepenuh masa untuk belia lepasan sekolah dan pekerja-

pekerja industri.

• Menyedia latihan separuh masa untuk pekerja-pekerja industri dan masyarakat

tempatan bagi meningkatkan kemahiran mereka.

OBJEKTIF MINGGU SUAI KENAL
• Membentuk para pelajar dengan disiplin yang tinggi, berwibawa serta taat

kepada peraturan dan arahan kakitangan institut.

• Menerapkan nilai murni dalam jiwa setiap pelajar.
• Melahirkan pelajar yang berhemah tinggi dan berjaya mencapai matlamat

hidup pada masa akan datang melalui semangat sepasukan yang tinggi.

PERATURAN-PERATURAN AM
• Pelajar-pelajar TIDAK DIBENARKAN KELUAR daripada kawasan Institut

sepanjang Minggu Suaikenal.

• Pelajar-pelajar dikehendaki MENGHADIRI SEMUA CERAMAH DAN

AKTIVITI yang diadakan.

• Pelajar-pelajar dikehendaki bersiap sedia dan berada 10 MINIT LEBIH

AWAL dari masa yang ditetapkan bagi semua program yang dijalankan
semasa Minggu SuaiKenal.

• Pelajar-pelajar dikehendaki MENGIKUT SEGALA PERATURAN yang telah

ditetapkan oleh pihak institut dan juga peraturan atau arahan lain yang
dikeluarkan oleh pihak Urusetia Minggu Suaikenal.

• Pelajar-pelajar yang didapati melanggar mana-mana peraturan akan

dikenakan tindakan disiplin.

• Sebarang pindaan pada peraturan dan jadual program adalah tertakluk

kepada pihak pengurusan institut dan pihak Urusetia Minggu Suaikenal.

KOD ETIKA PELAJAR

Meningkatkan Tenaga Mahir Sektor Perindustrian
Demi Kemajuan Negara Dan Kecemerlangan
Institut Latihan Perindustrian

Kami sebagai pelajar Institut Latihan Perindustrian Labuan adalah komited dalam menerima lati-
han kemahiran yang sistematik. Justeru Kami Akan Berpegang Teguh Kepada Etika Berikut:
BERDISIPLIN
Mengutamakan disiplin diri dengan mengikuti peraturan-peraturan institut pada setiap masa
TEKUN
Melaksanakan Kewajipan Dengan Berusaha Gigih Untuk Mencapai Kejayaan
BERKUALITI
Menghasilkan kerja yang bermutu, berasaskan kebolehan, keselamatan dan keterampilan
CEMERLANG
Berusaha meningkatkan ilmu dan kemahiran untuk meningkatkan prestasi diri dan institute
KREATIF DAN INOVATIF
Memikirkan idea-idea baru dan berkualiti untuk meningkatkan kemahiran diri

5

MSK SESI 1/2022 - 5 -

NEGARAKU ILP LABUAN

Negaraku Kami Generasi Di Alaf Baru
Tanah Tumpahnya Darahku Menempuh Pelbagai Cabaran
Rakyat Hidup Bersatu Dan Maju Dalam Mengejar Matlamat
Rahmat Bahagia Untuk Bangsa Dan Negara
Tuhan Kurniakan
Raja Kita Selamat Bertakhta Bersatu Hati, Teguh Dan Berusaha
Tenaga Mahir Membina Negara
WILAYAH Kualiti Kemahiran Ditingkatkan
PERSEKUTUAN Untuk Mencapai Matlamat Industri

Inilah Wilayah Bumi Yang Bertuah Kami Pelajar ILP
Maju Membangun Dijulang Megah Punya Visi Dan Misi
Aman Sentosa Di Sepanjang Masa Inovatif, Kreatif Dan Produktif
Teguh Disemai Sentiasa Itulah Teras Kejayaan Kami (2x)

Membara Semangat Setiap Warganya KORPORAT JTM
Cergas Mindanya Semangat Waja
Pada Wilayah Ditumpah Setia Peneraju Pembangun
Hormat Hormati Penuh Mesra Tenaga Mahir Negara
Jabatan Tenaga Manusia
Bersatulah Kami Cekal Berhemah
Berbaktilah
Semua Warga Wilayah Khidmat Cekal Berkualiti
Menjadi Amanah Semua
Sayangilah Malaysia Terus Terbilang
Lindungilah Di Mata Dunia
Semua Warga Wilayah
Mendukung Misi Bersama
Kita Jaga Keharmonian Semua Membangun Sumber Manusia
Maju Sejahtera Itulah Janji Pada Negara
Wilayah Persekutuan Malaysia Berjaya

6

MSK SESI 1/2022 - 6 -

IKRAR PELAJAR

Kami Berikrar Dan Berjanji
Dengan Sepenuh Hati
Akan Patuh Kepada
Semua Peraturan
Dan Arahan Institut,
Kami Juga Berjanji
Akan Menghormati

Dan Mematuhi Semua Bimbingan
Serta Arahan Pensyarah

Dan Kakitangan Institut Ini,
Kami Seterusnya Berjanji
Akan Mengikuti Latihan
Dengan Penuh Minat,
Tekun Dan Berusaha

Hingga Mencapai Kejayaan.

7

MSK SESI 1/2022 - 7 -

8

9

KEMUDAHAN DI ILP LABUAN

KAFETERIA
GELANGGANG TAKRAW

GELANGGANG BOLA
TAMPAR

ASRAMA DEWAN KULIAH
GELANGGANG FUTSAL UTAMA

SURAU

KOPERASI PUSAT SUMBER DEWAN MAKAN
10
MSK SESI 1/2022 - 12 -

INFO

LALUAN SOLAT JUMAAT DARI ILP KE SURAU UWAIS AL-QARANI

NOMBOR KECEMASAN:

POLIS : 087-412222

BOMBA : 087-414444

HOSPITAL : 087-423930

JPAM : 087-425155

11

MSK SESI 1/2022 - 13 -

AJK MINGGU SUAIKENAL SESI 1/2022

Jawatankuasa Induk Minggu Suaikenal Sesi 1/2022

Penaung : HJ. Zainudin Bin Hj. Ahmad

Pengerusi : En. Ahmad Najib Bin Sohaimi
Timb. Pengerusi : Pn. Lizadiana Binti Mohamad

Setiausaha : En. Jason Stephen
Tim. Setiausaha : En. Dinaria Thomas Kinti
Bendahari : En. Liza Binti Liun
Tim. Bendahari : Pn. Shahfirah Binti Osman

BIL JAWATANKUASA PENGAWALAN PELAKSANAAN
(KETUA BIRO) (AHLI BIRO)
1. BIRO PENDAFTARAN
En. Jason Stephen Semua Staff BPPL, BKKL,Penyelia
2. BIRO PERCETAKAN & En. Mohd Rozani Bin Yaakob Asrama,Bahagian Kewangan ILP
FOTOGRAFO Labuan & Koperasi Kakitangan ILP
Labuan
3. BIRO LATIHAN DALAM Semua Staff Pusat Sumber
KUMPULAN
En. Dalim @ Amran Bin Semua Pengajar Bengkel TPM
4. BIRO CERAMAH Aime
En. Hamdan Bin Hassan Semua Pengajar Bengkel TE &
5. BIRO SUKAN & En. Mainor Bin Losod TPPU
REKREASI Pn. Noryanti Binti Zakaria Semua Pengajar Bengkel TBPS &
TBB
6. BIRO PERASMIAN Semua Pengajar Bengkel TKS
PENUTUPAN
En. Muhamad Fadli Bin Bin Semua Staff BPPA
7. BIRO SIARAYA & Hamzah Semua Staff CESS & Semua
TEKNIKAL En. Christopher Pengajar TK
Augustine
8. BIRO KESELAMATAN
Pn. Arianayanty@Santi Binti Semua Pengajar Bengkel TMG
9. BIRO KEMBARA Ariffin En. Sinsun Saat & En. Japar Bin
10. BIRO PENGANGKUTAN Pn. Nurasikin Binti Bujang Onal

12

MSK SESI 1/2022 - 14 -

MAJLIS PERASMIAN & PENUTUPAN

TEMPAT : DEWAN KULIAH UTAMA ILP LABUAN
ATURCARA

2.30ptg - Semua pelajar masuk ke Dewan Kuliah Utama (DKU)
2.45ptg - Semua pengajar dan kakitangan masuk ke DKU
- Ketibaan Tuan Pengarah diiringi Pegawai Kanan institut masuk
4.15 ptg
ke DKU
- Taklimat Keselamatan oleh Pegawai Keselamatan institut

- Bacaan Doa
- Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Wilayah dan Lagu JTM
- Ucapan Wakil Pelajar Baru
- Ucapan Pengerusi Minggu Suaikenal Sesi 1/2022 oleh Timbalan

Pengarah ILP Labuan

- Ucapan Perasmian oleh Tuan Pengarah ILP Labuan
- Pengenalan Kakitangan ILP Labuan
- Persembahan

- Penyampaian Hadiah
- Bacaan ikrar
- Tayangan slide video aktiviti sepanjang Minggu SuaiKenal

(MSK) Sesi 1/2022

- Nyanyian lagu ILP Labuan
- Majlis bersurai

13

MSK SESI 1/2022 - 15 -

PANDUAN WAKTU SOLAT

“Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman,
yang tertentu waktunya.” (An-Nisaa’ 103)

Berikut adalah jadual waktu solat bagi kawasan W. P. Labuan:

Tarikh Hari Subuh Zohor Asar Maghrib Isyak
21 Februari 2022 Isnin 5.24 12.35 15.53 18.33 19.43
22 Februari 2022 Selasa 5.24 12.34 15.52 18.33 19.43
23 Februari 2022 Rabu 5.24 12.34 15.52 18.33 19.43
24 Februari 2022 Khamis 5.23 12.34 15.52 18.33 19.43
25 Februari 2022 Jumaat 5.23 12.34 15.51 18.33 19.43
26 Februari 2022 Sabtu 5.23 12.34 15.51 18.33 19.43
27 Februari 2022 Ahad 5.23 12.34 15.50 18.33 19.43
28 Februari 2022 Isnin 5.23 12.34 15.50 18.33 19.42
Selasa 5.22 12.33 15.49 18.33 19.42
1 Mac 2022

Sumber diperolehi daripada laman web JAKIM. http://www.e-solat.gov.my

14

MSK SESI 1/2022 - 16 -

CATATAN

15

MSK SESI 1/2022 - 17 -

CATATAN

16

MSK SESI 1/2022 - 18-

AUTOGRAF

17

MSK SESI 1/2022 - 19 -

PENGHARGAAN

KOPERASI KAKITANGAN ILP LABUAN BERHAD
KETUA-KETUA JABATAN

JAWATANKUASA INDUK DAN PELAKSANA
MSK 1/2022

PARA JEMPUTAN
&

SEMUA PIHAK YANG MENJAYAKAN
PROGRAM MSK 1/2022

SECARA LANGSUNG & TIDAK LANGSUNG

18


Click to View FlipBook Version