The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Tz Aziz, 2023-09-18 11:40:15

DOKUMENTASI TAMAN HERBA

DOKUMENTASI TAMAN HERBA

# SEKOLAH KEBANGSAAN ABDUL SAMAT 42200 KAPAR SELANGOR SEKOLAH KEBANGSAAN ABDUL SAMAT 42200 KAPAR SELNGOR


TAMAN HERBA SK ABDUL SAMAT LAPORAN PROJEK TAMAN HERBA SEKOLAH PENDAHULUAN Umum mengetahui bahawa tumbuhan herba seperti misai kucing, cekur, tongkat ali dan herba seumpamanya mempunyai pelbagai khasiat kesihatan. Ianya telah menjadi amalan pemakanan kesihatan turun temurun oleh datuk nenek moyang kita. Malah dengan adanya kaedah saintifik banyak lagi tumbuhan sedemikian terbukti mempunyai khasiat kesihatan semulajadi. Oleh sebab itu, SK Abdul Samat telah mewujudkan taman herba sebagai salah satu cara bagi memperkenalkan tumbuhan herba kepada para pelajar. Taman Herba SK Abdul Samat adalah di bawah pengawasan Panitia Sains , Panitia Bahasa Melayu serta kerjasama daripada Unit 3K dan PSS. Taman Herba diilhamkan bagi membuka ruang dan peluang kepada murid-murid untuk menghargai persekitaran sekolah, merasa bangga dengan persekitaran sekolah dan merangsang mereka untuk turut mendapatkan pengetahuan mengenali spesies tanaman herba yang terdapat di persekitaran sekolah. Membuka mata murid-murid untuk mengambil peluang dan ruang yang diberi untuk mengenali dengan lebih mendalam tanaman yang terdapat di Taman Herba dan seterusnya memberi impak yang positif dalam pembelajaran murid di luar bilik darjah. Taman Herba Sekolah ini juga diwujudkan dalam usaha ke arah melahirkan modal insan melalui persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna. MISI Penubuhan Taman Herba Sekolah adalah untuk memelihara warisan ubatan-ubatan yang berasaskan herba yang diwarisi oleh nenek moyang kita dahulu. Kewujudan taman herba ini juga dapat meningkatkan pengetahuan tentang tanaman-tanaman herba dan kegunaan-kegunaannya yang semakin dilupakan oleh generasi masa kini. VISI Menjadikan Taman Herba salah satu lokasi pilihan untuk dikunjungi oleh murid, guru, komuniti dan pelawat sekolah. Warga sekolah termasuk murid-murid dapat menjadikan Taman Herba sebagai lokasi untuk meningkatkan pengetahuan tentang pelbagai jenis tanaman herba dankegunaannya yang semakin dilupakan oleh generasi masa kini, OBJEKTIF. 1. Menyahut seruan kerajaan untuk menambahkan kehijauan diatas muka bumi dengan aktiviti penanaman tanaman tumbuhan hijau.


TAMAN HERBA SK ABDUL SAMAT 2. Memupuk nilai kerjasama dan saling bantu-membantu diantara guru, pelajar dan komuniti setempat semasa proses membaik pulih, menyusun atur semula tanaman, penyelenggaraan, menanam tanaman yang baru. 3. Memupuk sikap tanggungjawab dikalangan pelajar yang membantu menjaga taman terutamanya aktiviti seperti menyiram pembajaan,mengawal rumput dan perosak. 4. Menambah ilmu pengetahuan pada guru dan pelajar terutama semasa pemilihan pokok, menamakan pokok(nama biasa dan saintifik) mendapatkan kegunaan serta khasiat pokok tersebut. 5. Mewujudkan suatu tempat yang boleh dijadikan sebagai tempat rujukan pelajarbagi mendapatkan maklumat berkenaan tanaman herba. AHLI JAWATANKUASA TAMAN HERBA PENASIHAT : Pn. Khairawati binti Abdul Hanif (Guru Besar) PENGERUSI : Tn. Haji Akmal bin Bakri (PK Pentadbiran) NAIB PENGERUSI : Tn. Haji Mahadi bin Abd. Rahman (PK HEM) : Pn. Azrina binti Hadzman (PK Kokurikulum) : En. Mohd. Ezanee bin Ahmad (PK Petang) : Pn. Noor Asmawiah binti Mohamed (PK PPKI) PENYELARAS : Pn. Tuan Zalina binti Tuan Aziz (Penolong Penyelaras TS25) PEN.PENYELARAS : En. Hairul Anuar bin Ismail (Ketua Panitia Sains) SETIAUSAHA : Pn. Nik Nadimah binti Mahmood (Guru Bimbingan dan Kaunseling) NAIB SETIAUSAHA : Pn. Sapwara binti Lukman (Guru Penyelaras Media) AJK GURU DAN KAKITANGAN : 1. En. Shamsuddin bin Makon 2. En. Selva Kumar a/l Sambath 3. En. Suhaimi bin Mohamad Jajuli 4. En. Muhamad Hanif bin Kamaruzaman 5. En. Sapian bin Ismail


TAMAN HERBA SK ABDUL SAMAT 6. En. Kamarudin bin Mansor 7. Pn. Faidarizah binti Abdullah 8. Pn. Zaliha binti Megat Yaacob 9. Pn. Norjilah binti Sabudin 10.Pn. Fatimah binti Mahmood 11.Pn. Zeti Suhaila binti Zainudin 12.Pn. Riyuzi binti Zainol AHLI JAWATANKUASA MURID 1. Nur Amni Dahiyah binti Hasan (6G) 2. Damia Husna binti Hafizudin (6G) 3. Nur Hidayah Umayra binti Samlee (6G) 4. Thaqeeff Yusouf bin Ahmad Mohed (6R) 5. Khairul Iman bin Samaon (6R) 6. Vanshika a/p Rajasegaran (6R) 7. Muhammad Syazraiyan Darwisy bin Abdul Nasir (6U) 8. Mohammad Nadzry bin Abdullah (6U) 9. Muhammad Azfar bin Mizan (6T) 10. Firas Faizzuddin bin Mohd Faiza (6T) KEKUATAN DAN KELEMAHAN Berdasarkan perbincangan yang telah dilakukan oleh ahli jawatankuasa induk, beberapa perkara telah dikenal pasti untuk dijadikan rujukan untuk menambah baik program Taman Herba Sekolah. Kekuatan : Mempunyai pelbagai variasi tumbuhan mengikut kategori herba. Mempunyai jaringan Taman Herba antara unit-unit lain seperti Taman Herba PPDa dan Taman Herba Pendidikan Khas. Kerjasama dengan PIBG dan pihak TNB ( Kapar Energy) yang merupakan penyumbang utama kepada program Taman Herba Sekolah. Kelemahan : Kurang mempunyai koleksi tanaman herba yang eksotik dan jarang didapati . Tidak mempunyai unsur air dalam Taman Herba. Landskap Taman Herba Sekolah kurang menarik dan ceria. Pendokumentasian aktiviti dan pelabelan tanaman yang masih belum lengkap dan sempurna.


TAMAN HERBA SK ABDUL SAMAT PENAMBAHBAIKAN Berdasarkan beberapa kelemahan yang telah dikenal pasti , pihak jawatankuasa telah mencadangkan beberapa perkara untuk dipertimbangkan oleh pihak pengurusan untuk diambil tindakan segera , antaranya ialah : a. Membina landskap yang menarik dengan menambak kawasan Taman Herba dengan batu-batu krikil dan tempat pejalan kaki yang selesa dan menarik. b. Memasang label dan papan tanda kekal dan tahan lama. c. Membeli pokok-pokok herba yang mempunyai nilai eksotik dan sukar didapati . d. Menambah kawasan Taman Herba , Kawasan tepi Bilik Sukan sebagai kawasan tambahan Taman Herba Sekolah. Kawasan yang sedia ada walaupun agak luas namun tidak dapat menampung jumlah tanaman yang semakin bertambah pada masa akan datang. SUMBER KEWANGAN Penyumbang bagi projek baik pulih taman herba sekolah ini ialah Kapar Energy yang telah menyumbang beberapa jenis pokok herba. Manakala, pihak PIBG sekolah pula menyumbang dana untuk pembelian bahan bagi melaksanakan proses baik pulih. Selain itu, para guru juga turut memberi sumbangan kewangan untuk pembelian anak pokok, tanah dan lain-lain lagi REKOD AKTIVITI / PERJALANAN PROGRAM 1. Penyediaan Tapak - Bermula akhir bulan Oktober 2021, kerja-kerja penyediaan tapak taman herba dijalankan. 2. Menambak Tanah - Menambak kawasan yang telah dicadangkan untuk ditinggikan bagi menyediakan tapak pertanian yang kondusif dan sesuai. 3. Penyediaan Batas Tanaman - Penyusunan batas dan kawasan untuk setiap sayuran yang sesuai. - Penggunaan batu-bata, tayar dan raised bed planter box untuk menjadikan lanskap pertanian yang sesuai. 4. Penerimaan Anak Pokok daripada Penyumbang - Pada 3 Disember 2021, pihak Kapar Energy telah menghantar sumbangan beberapa jenis anak pokok herba. - Antara pokok herba yang disumbangkan ialah Tongkat Ali, Kacip Fatimah, Jerangau. Mas Cotek, Lada hitam, Pokok Kayu Manis dan Temu Lawak.


TAMAN HERBA SK ABDUL SAMAT 5. Penanaman - Bermula 10 Disember 2021, aktiviti penanaman telah dijalankan. Penanaman pada tarikh ini hanya melibatkan anak pokok yang disumbangkan oleh pihak Kapar Energy. - Aktiviti penanaman diteruskan dari masa ke semasa bagi menambah bilangan pokok yang ada. 6. Melabel Anak Pokok - Aktiviti ini dijalankan selepas penyusunan setiap tumbuhan dan sanak pokok selesai. 7. Penyediaan Papan Info (Softboard) - Softboard (papan info) disumbangkan oleh pihak Kapar Energy. - Pada pada tersebut, ditampal dengan gambar-gambar dan info-info mengenai tumbuhan herba yang terdapat di taman herba. 8. Penyiraman - 2 kali sehari (pagi dan petang) jika tidak hujan. - Penyiraman menggunakan saluran getah. - Dibuat oleh pekerja swasta dan pelajar (mengikut jadual yang telah ditetapkan dan dipantau oleh guru). 9. Penyelenggaraan - Pembajaan • Awal penanaman baja organik bagi menambahkan nutrient di dalam tanah dan membaiki struktur tanah. • Pembajaan seterusnya dibuat 1 minggu satu kali sama ada baja organik atau baja sebatian. - Pengawalan Rumpai • Kawalan dibuat secara manual menggunakan tangan dan juga alatan seperti tajak. • Dilakukan semasa membaja dan mengembur tanah. - Pengawalan Seranga Perosak dan Penyakit • Pengawalan dilakukan dengan membuat pemantauan berkala dan pemerhatian semasa untuk mengelakan daripada terkena serta menjangkiti pokok yang lain. • Langkah awal perlu untuk mencegah perosak dan penyakit melalui penggunaan racun serta kaedah tertentu. • Setakat ini tiada penggunaan racun dilakukan untuk pengawalan perosak.


TAMAN HERBA SK ABDUL SAMAT 10. Projek Baik Pulih - Dijalankan pada 9 September 2023 (sempena dengan program Gotong Royong Madani) - Fokus utama aktiviti kali ini ialah menceriakan dinding stor sukan yang bersebelahan dengan taman herba. - Selain itu, aktiviti lain yang dijalankan ialah membersih rumpai, menggembur tanah, menambah tanah baharu, menanam pokok-pokok baharu dan Menyusun atur pokok-poko yang sedia ada, PENUTUP Projek Taman Herba ini telah berjalan dengan baik mengikut perancangan yang telah diatur oleh pihak sekolah dengan kerjasama PIBG. Secara tidak langsung sekolah dapat dijadikan sebagai sumber maklumat ilmu yang amat berharga untuk semua warga sekolah seterusnya mengindahkan kawasan sekolah. Projek Taman Herba Sekolah ini sememangnya memberikan impak yang besar kepada para pelajar sekolah ini. Melalui projek ini, para pelajar dapat dipupuk semangat cintakan alam sekitar. Ini merupakan pendidikan tidak formal yang diperoleh pelajar Penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak PIBG, Kapar Energy, Para Pentadbir SK Abdul Samat, para penyumbang, para ahli jawatankuasa dan mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan projek Taman Herba ini. Sekian, terima kasih. Disediakan Oleh: Disemak oleh: ........................................................ ……………………………………… (TUAN ZALINA BINTI TUAN AZIZ) (AKMAL BIN BAKRI) Penyelaras Penolong Kanan Pentadbiran Taman Herba SK Abdul Samat SK Abul Samat Disahkan oleh; ……………………………………………. (KHAIRAWATI BINTI ABDUL HANIF) Guru Besar SK Abdul Samat


TAMAN HERBA SK ABDUL SAMAT


TAMAN HERBA SK ABDUL SAMAT TAPAK CADANGAN TAMAN HERBA (SEBELUM)


TAMAN HERBA SK ABDUL SAMAT PROSES PENYEDIAAN TAPAK


TAMAN HERBA SK ABDUL SAMAT PROSES PENYEDIAAN BATAS TANAMAN


TAMAN HERBA SK ABDUL SAMAT


TAMAN HERBA SK ABDUL SAMAT PENERIMAAN ANAK POKOK DARIPADA TNB / KAPAR ENERGY (PENYUMBANG)


TAMAN HERBA SK ABDUL SAMAT PROSES PENANAMAN DAN MENYUSUN ATUR TUMBUHAN


TAMAN HERBA SK ABDUL SAMAT


TAMAN HERBA SK ABDUL SAMAT PROSES MENCERIAKAN PETAK TANAMAN


TAMAN HERBA SK ABDUL SAMAT PROSES MELABEL TUMBUHAN


TAMAN HERBA SK ABDUL SAMAT SELEPAS PROSES PENANAMAN, MENCERIA DAN MENGINDAHKAN


TAMAN HERBA SK ABDUL SAMAT PROSES MENCABUT RUMPUT


TAMAN HERBA SK ABDUL SAMAT MENAMPAL INFO PADA PAPAN KENYATAAN


TAMAN HERBA SK ABDUL SAMAT LAWATAN PEGAWAI PPD DAN JPN


TAMAN HERBA SK ABDUL SAMAT


TAMAN HERBA SK ABDUL SAMAT SESI PEMBELAJARAN LUAR BILIK DARJAH


TAMAN HERBA SK ABDUL SAMAT


TAMAN HERBA SK ABDUL SAMAT LAWATAN PEGAWAI TNB


TAMAN HERBA SK ABDUL SAMAT PROJEK BAIK PULIH (GOTONG ROYONG MADANI)


TAMAN HERBA SK ABDUL SAMAT


TAMAN HERBA SK ABDUL SAMAT


TAMAN HERBA SK ABDUL SAMAT


Click to View FlipBook Version