The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by eima yayasan felda, 2024-06-18 01:08:35

Peraturan Taska Menara Felda

Peraturan Taska Menara Felda

TASKA MENARA FELDA TINGKAT 2, BANGUNAN MENARA FELDA PLATINUM PARK, KL WAKTU OPERASI 1. SYARAT UTAMA i) Dikhususkan kepada anak-anak petugas FELDA dan Kumpulan FELDA sahaja sebagai kemudahan kepada petugas-petugas FELDA dan Kumpulan FGV. ii) Tempahan tempat boleh dibuat dengan mengisi ‘Borang Permohonan Kemasukkan TMF’ di pejabat dan sekiranya ada kekosongan, Bahagian Pentadbiran TMF akan memaklumkan dengan segera. Kekosongan berdasarkan kelulusan yang telah diluluskan oleh Pihak Pengurusan Yayasan Felda dan senarai terawal yang telah dihantar ke Bahagian Pentadbiran TMF. iii) Selepas ditawarkan kemasukkan kanak-kanak ke TMF, ibubapa dan penjaga hendaklah mengisi ‘Borang Pendaftaran Kanak-Kanak’ di pejabat atau berhubung terus dengan Pengurus Unit Taska Yayasan Felda / Penolong Pegawai TMF 2. MODUL PEMBELAJARAN DI TASKA i) Mengajar kanak-kanak modul yang diwajibkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) perkembangan-perkembangan seperti berikut :- ii) Modul tambahan seperti bacaan ABAHATA, doa, solat & Iqra a) Perkembangan sahsiah, sosioemosi & kerohanian b) Perkembangan bahasa, komunikasi & awal literasi c) Perkembangan awal matematik & pemikiran logik d) Perkembangan deria & pemahaman dunia persekitaran e) Perkembangan fizikal & psikomotor f) Perkembangan kreativiti & estetika 3. KESIHATAN i) Ibubapa perlu memastikan kanak-kanak dalam keadaan sihat, tidak demam atau cedera ketika dihantar setiap pagi. ii) Salinan buku suntikan kanak-kanak terkini adalah wajib diserahkan kepada pihak Taska. iii) Pihak Taska akan membuat pemeriksaan pada setiap pagi dan jika didapati kanak-kanak dalam keadaan kurang memuaskan pihak taska berhak tidak menerima kanak-kanak pada hari tersebut dan perkara ini akan dicatat dalam buku log harian kanak-kanak. iv) Pihak Taska boleh bertindak dengan serta merta untuk TIDAK MENERIMA kanak-kanak yang demam panas atau disyaki menghidap penyakit berjangkit seperti : Beguk (Mumps) Cacar air (Chicken pox) Campak (Measles) Sakit Mata (Conjunctivitis) Tangan,Kaki & Mulut (HFMD) Muntah & Cirit Birit dan lain-lain yang difikirkan perlu di bawa pulang segera oleh ibubapa v) Pihak Taska akan menghubungi ibu bapa jika terdapat kanak-kanak yang demam atau cedera dan ibubapa dikehendaki datang dan membawa anak mereka mendapatkan rawatan dengan segera. Sementara menunggu kedatangan ibubapa/penjaga, kanak-kanak tersebut akan di hantar ke bilik kuarantin. vi) Sekiranya berlaku sebarang kemalangan yang serius, pihak taska akan membawa kanak-kanak tersebut mendapatkan rawatan di klinik berdekatan secepat mungkin dan kos perbelanjaan ditanggung oleh ibubapa. vii) Kanak-kanak yang disahkan Doktor menghidap satu dari penyakit berjangkit di atas, sebelum boleh dihantar ke Taska hendaklah dirawat dirumah dengan pengawasan rapi ibubapa. Isnin hingga Jumaat (Operasi Biasa) 7.30 pagi sehingga 5.30 petang sahaja Waktu Ketibaan Kanak-Kanak 7.30 pagi sehingga 8.30 pagi sahaja Isnin hingga Jumaat (Operasi Bulan Ramadhan) 7.30 pagi sehingga 4.30 petang sahaja (Sebarang perubahan tertakluk kepada pihak Pengurusan Yayasan Felda) Bayaran Lebih Masa Penghantaran / pengambilan luar dari masa operasi akan dikenakan caj lebih masa secara automatik sebanyak RM 10.00 setengah jam pertama dan seterusnya. Bayaran perlu dijelaskan pada hari berkenaan kepada pendidik yang menjaga kanak-kanak berkenaan. Cuti Umum Tertakluk Kepada Cuti Umum Malaysia (Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur / FELDA dan Pengurusan Yayasan Felda)


viii) Ibubapa tidak digalakkan untuk menghantar kanak-kanak ke Taska selepas menghadiri temujanji di hospital bagi menyekat penularan wabak penyakit berjangkit yang berada di kawasan klinik/hospital menular ke dalam Taska. ix) Kanak-kanak yang baru lepas berkhatan juga tidak dibenarkan untuk dihantar ke Taska sehingga kanak-kanak tersebut sembuh daripada luka berkhatan. x) Pihak Taska akan mematuhi arahan KKM jika berlakunya penutupan Taska sebagai satu langkah mencegah penularan penyakit berlaku. 4. LAWATAN SEMASA WAKTU OPERASI i) Ibu bapa/penjaga tidak dibenarkan berada di dalam tadika/taska semasa waktu operasi; ii) Pengecualian diberikan kepada ibu bapa/penjaga untuk perkara kecemasan, temujanji hospital dan waktu penyusuan susu ibu (ibu sahaja). 5. PEMAKAIAN SERAGAM TASKA MENARA FELDA i) ISNIN hingga KHAMIS : Wajib pakaian seragam Taska Menara Felda (2 tahun hingga 4 tahun). ii) JUMAAT : Pakaian baju kebangsaan / bebas dan sopan. CONTOH PAKAIAN SERAGAM TASKA MENARA FELDA 6. PENGAMBILAN KANAK-KANAK SELAIN IBU BAPA/PENJAGA i) Kanak-kanak tidak akan diserahkan ke mana-mana ahli keluarga oleh pihak TMF KECUALI : Melalui panggilan telefon berserta maklumat pihak yang diwakilkan; Melalui surat/email yang ditandatangani oleh ibu bapa/penjaga dan nyatakan maklumat pihak yang diwakilkan (bagi tempoh lebih daripada satu hari kerana ibu bapa/penjaga menunaikan umrah, haji dan lain-lain). 7. CARA PEMBAYARAN YURAN TAHUNAN / BULANAN DAN PEMBELIAN BAJU SERAGAM TASKA i) Yuran Pendaftaran dan Tahunan Bayaran yuran pendaftaran dan tahunan hendaklah dijelaskan melalui link toyibpay Taska Menara Felda pada hari pendaftaran atau sebelum kemasukan kanak-kanak ke taska. Bayaran yuran ini tidak akan dikembalikan. ii) Yuran Bulanan Bayaran yuran bulanan perlu dijelaskan setiap bulan sebelum atau selewat-lewatnya pada setiap 5hb. terus ke akaun Yayasan Felda menggunakan link toyibpay dan slip bank perlu di email ke: [email protected] dan [email protected] / [email protected] untuk pengeluaran resit rasmi. Ibubapa/Penjaga perlu membuat bayaran YURAN PENDAFTARAN TAHUNAN DAN YURAN BULANAN secara online di. https://toyyibpay.com/Yuran-Taska-Menara-FELDA Ibubapa/penjaga yang tidak menjelaskan bayaran Yuran Bulanan sehingga 2 bulan berturut-turut tanpa surat / permohonan secara bertulis, pihak Taska akan menghantar notis/surat pemakluman kepada Bahagian Sumber Manusia syarikat ibubapa/penjaga bekerja untuk tindakan selanjutnya.


Cuti Kuarantin/Wabak/Penyakit Berjangkit Jika terdapat wabak/penyakit yang berjangkit dan taska diarahkan tutup oleh Kementerian Kesihatan atau Kementerian Pendidikan Malaysia atau Jabatan Kebajikan Masyarakat, bayaran yuran bulanan adalah seperti biasa. Cuti Ibu Bersalin 2 Atau 3 Bulan Hanya bulan pertama sahaja dikecualikan pembayaran untuk yuran bulanan dengan syarat kanak-kanak tersebut tidak dihantar ke taska. Yuran pada bulan berikutnya tetap akan dikenakan seperti biasa walaupun kanak-kanak tersebut tidak dihantar ke taska (makluman hendaklah secara bertulis kepada pengurusan tadika/taska). 8. BARANGAN KEPERLUAN KANAK-KANAK BIL SENARAI YANG PERLU DI BAWA UMUR 3-12 BULAN UMUR 1 - 2 TAHUN UMUR 3 TAHUN UMUR 4 TAHUN 1 LAMPIN PAKAI BUANG 6 PCS 5 PCS 5 PCS 4 PCS 2 SET PAKAIAN HARIAN (SELUAR DAN BAJU) 5 SET 4 SET 4 SET 3 SET 3 BEDUNG 2 HELAI - 4 TUALA MANDI (Dibawa Balik Setiap Hari Dan Dicuci/Diganti Yang Bersih) 1 1 1 1 5 TUALA KECIL 2 2 1 1 6 BIB 3 3 - 7 TILAM BAYI NIPIS/ALAS TIDUR, BANTAL KECIL DAN SELIMUT (Akan Dipulangkan Setiap Hari Jumaat Kepada Ibubapa Untuk Dicuci/Ditukar Kepada Yang Bersih) 1 SET TILAM NIPIS @ ALAS TIDUR BANTAL SIZE KECIL SELIMUT 1 SET TILAM NIPIS @ ALAS TIDUR BANTAL SIZE KECIL SELIMUT 1 SET TILAM NIPIS @ ALAS TIDUR BANTAL SIZE KECIL SELIMUT 1 SET TILAM NIPIS @ ALAS TIDUR BANTAL SIZE KECIL SELIMUT 8 TISU BASAH (Perlu Dibekalkan Setiap Bulan) 2 2 2 2 9 SABUN MANDIAN BERUS GIGI DAN UBAT GIGI (Setiap Bulan) SABUN MANDIAN SAHAJA 1 SET SABUN MANDI / BERUS & UBAT GIGI 1 SET SABUN MANDI / BERUS & UBAT GIGI 1 SET SABUN MANDI / BERUS & UBAT GIGI 10 BOTOL AIR KANAK-KANAK (Perlu Dibawa Setiap Hari) 1 1 1 1 11 SUSU IBU (Perlu Dilabel Nama Kanak-Kanak Dan Nombor Bagi Sesi Penyusuan) MENGIKUT KEPERLUAN BAYI 12 SUSU FORMULA (Perlu Dibekalkan Di Dalam Bekas Compartment Mengikut Sukatan Berserta Label Sukatan Air Di Botol Susu KanakKanak) MENGIKUT KEPERLUAN BAYI DAN KANAKKANAK 13 BOTOL SUSU 2 1 - - 14 MAKANAN PEJAL YANG LEMBUT/BUBUR Bagi Bayi Berumur 6-9 Bulan Sahaja MENGIKUT KEPERLUAN BAYI PERHATIAN : i) Tuala kanak-kanak perlu dibawa balik dan ditukar pada setiap hari. ii) Susu hendaklah diletakkan di dalam bekas susu seperti contoh mengikut sukatan dan sila nyatakan sukatan air di dalam buku log harian. iii) Pampers hendaklah dibekalkan setiap hari dan tidak dibenarkan tinggal di Taska iv) Tilam hendaklah dibawa balik pada setiap hari Jumaat ataupun sebelum bercuti bagi memastikan tilam dibasuh atau diganti untuk memastikan kebersihan sentiasa dijaga bersama-sama bagi membasmi wabak penyakit berjangkit di dalam Taska. v) Semua barangan kanak-kanak hendaklah dilabelkan dengan nama kanak-kanak. Pihak Taska tidak akan bertanggungjawab sekiranya barangan tersebut tertukar kerana tidak dilabel. vi) Kanak-kanak dilarang sama sekali memakai perhiasan terutama barangan kemas dan membawa mainan, aksesori atau barangan berharga dari rumah ke dalam Taska. Pihak Taska tidak akan bertanggungjawab untuk mencari atau menggantikan barangan tersebut sekiranya hilang. Contoh : bekas susu tepung Contoh : tilam nipis dan bantal kecil 9. LAIN-LAIN i) Kanak-kanak tidak dibenarkan membawa barang permainan dari rumah bagi mengelakkan diambil oleh kanak-kanak lain atau menyebabkan pergaduhan sesama sendiri. Semua barang mainan dari tadika/taska tidak dibenarkan dibawa keluar dari premis. ii) Kanak-kanak tidak perlu membawa bekalan wang kerana makan minum dan peralatan telah disediakan. Sekiranya terdapat keperluan tambahan yang diperlukan, pihak taska akan memaklumkan kepada ibu bapa/penjaga. iii) Ibu bapa/penjaga diingatkan supaya tidak membekal atau memberi apa jua jenis makanan ringan kepada kanak-kanak semasa hadir ke taska. ******************


Click to View FlipBook Version