Mahawangsa 2 (1): 15 - 28 (2015)
MAHAWANGSA
Laman sesawang: http://www.mahawangsa.upm.edu.my/
Bahasa Melayu sebagai Bahasa Negara Bangsa: Kepentingan
Melaksanakan Ujian Kecekapan Bahasa Melayu
Fadzilah Abd Rahman1 dan Norazlina Kiram2*
1Jabatan Pendidikan Bahasa dan Kemanusiaan, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang, Selangor, Malaysia
2Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang, Selangor, Malaysia
ABSTRAK
Kajian mendapati bahawa sehingga kini belum ada instrumen yang dapat menguji kecekapan bahasa
Melayu secara sistematik dan bersepadu, walaupun bahasa Melayu merupakan bahasa pengantar
dan bahasa rasmi negara Malaysia. Oleh yang demikian, kajian ini membicarakan instrumen
Ujian Kecekapan Bahasa Melayu (UKBM) dan kepentingan untuk melaksanakan ujian tersebut di
Malaysia. Instrumen UKBMini telah dibangunkan pada 2012 oleh sekumpulan penyelidik UPM
dengan kerjasama organisasi lain dan dibiayai oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.
Secara asasnya, UKBM dibangunkan dengan tujuan untuk menganalisis sejauh manakah rakyat
Malaysia cekap menggunakan bahasa Melayu dalam kehidupan seharian mereka. Aspek pengujian
UKBM terbahagi kepada empat aspek kemahiran, iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis.
Keempat-empat aspek ini penting untuk dinilai dalam pengujian bahasa Melayu kerana ia saling
berkait antara satu sama lain. Melalui UKBM yang menyeluruh dan sistematik, diharapkan bangsa
Malaysia akan lebih berusaha untuk menguasai bahasa Melayu. Seterusnya, bahasa Melayu akan
sebati dan menjadi jati diri bangsa Malaysia.
Kata kunci: Bertutur, instrumen, kecekapan bahasa Melayu, membaca dan menulis, mendengar,
UKBM
INFO MAKALAH Malay as the State of the Nation
Pewasitan Makalah: Language: The Importance of
Dihantar: 28 Ogos 2014 Malay Language Proficiency
Diterima: 5 September 2014 Test
E-mail: ABSTRACT
[email protected] (Norazlina Kiram),
[email protected] (Fadzilah Abd Rahman) Although Malay is the language of instruction
* Penulis Penghubung and official language in Malaysia, thus far,
there is noinstrument available to test the
ISSN: 2289-7259 © Penerbit Universiti Putra Malaysia
Fadzilah Abd Rahman dan Norazlina Kiram
proficiency of Malay language in a systematic penting dalam pembentukan akal budi serta
and integrated manner. Therefore, this study corak kehidupan masyarakatnya.
discusses the Malay language proficiency
test instrument (UKBM) and the importance Hakikatnya, bahasa Melayu merupakan
of performing the test in Malaysia.UKBM wahana penting dalam meningkatkan
instrument was developed in 2012 by a group integrasi nasional dan jati diri pelbagai
of UPM researchers in collaboration with etnik di Malaysia. Berlandaskan aspirasi
other organizations funded by the Ministry of tersebut, masyarakat Malaysia yang terdiri
Science, Technology and Innovation (MOSTI). daripada pelbagai kaum perlu menguasai
Basically, UKBM is developed with the aim dan menghayati nilai budi bahasa Melayu.
to analyze the extent of Malaysians competent Justeru, bahasa Melayu perlu dilihat sebagai
use of Malay language in their daily lives. The instrumen yang jelas impaknya dalam
UKBM test is divided into four skills: listening, konteks penyaluran ilmu dan peningkatan
speaking, reading and writing.These four skills integrasi pelbagai etnik di Malaysia dan
are important to be evaluated in the Malay masyarakat antarabangsa. Hal ini selaras
language testing because they are co-related. dengan Perkara 152, Perlembagaan
Through this comprehensive and systematic Malaysia yang memperuntukkan bahasa
testing instrument, it is hoped that Malaysians Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara.
would master the Malay language better. Hence, Manakala, Akta Bahasa Kebangsaan
the Malay language could be integrated in our 162/167 pula menetapkan bahasa Melayu
multiracial context and become a part of the sebagai bahasa kebangsaan tunggal dan
Malaysian identity. bahasa rasmi negara. Hal ini bermakna,
bahasa Melayu hendaklah sebati dalam
Keywords: Speaking, instrument, proficiency diri dan menjadi identiti bangsa Malaysia.
of the Malay language, reading and writing, Walau bagaimanapun, masih ramai dalam
listening, UKBM kalangan rakyat Malaysia yang tidak
menguasai bahasa Melayu biarpun Malaysia
PENGENALAN telah mencapai kemerdekaan lebih daripada
56 tahun. Menurut Teo Kok Seong (2014),
Sejarah dunia membuktikan bahawa fenomena semasa memperlihatkan bahawa
tamadun yang dibangunkan oleh manusia generasi muda, terutamanya bukan Melayu
memerlukan satu sistem bahasa yang baik tidak mendukung kedaulatan bahasa
bukan hanya untuk berkomunikasi tetapi Melayu sebagai bahasa rasmi kerana tidak
juga untuk mengungkapkan konsep dan boleh bertutur dan menguasai bahasa
nilai keintelektualan, merancang kegiatan Melayu. Lebih malang lagi, bahasa Melayu
ekonomi dan aktiviti kehidupan seharian. merupakan satu-satunya bahasa di dunia
Dengan kata lain, bahasa mencerminkan yang tidak disanjungi dan tidak di hormati
kemajuan dan pemikiran sesuatu bangsa. oleh rakyatnya.
Hal ini selari dengan pandangan Naquib
(1990), yang mengatakan bahawa Sehingga kini, Malaysia belum
bahasa memiliki falsafah yang mampu mempunyai instrumen yang dapat menguji
mempertingkatkan rasa kebanggaan kecekapan bahasa Melayu secara sistematik
seseorang itu pada bahasa tersebut, dan bersepadu walaupun bahasa Melayu
mempunyai kuasa untuk mempengaruhi merupakan bahasa pengantar dan bahasa
cara hidup penuturnya dan memiliki unsur rasmi Malaysia. Hal ini berbeza dengan
16 Mahawangsa 2 (1): 15 - 28 (2015)
Bahasa Melayu sebagai Bahasa Negara Bangsa: Kepentingan Melaksanakan Ujian Kecekapan Bahasa Melayu
kebanyakan negara lain di dunia seperti bahasa malah, penggunaannya dalam
Eropah, Amerika Syarikat, Perancis, Korea, PdP juga dilihat dapat membantu dalam
Jepun dan Indonesia yang telah mempunyai pemupukan sikap positif dan kebanggaan
instrumen untuk menguji kecekapan bahasa rakyat terhadap bahasa Indonesia itu sendiri.
rasmi masing-masing. Contohnya, TOFEL
(Test Of English as a Foreign Language), Oleh itu, adalah sangat penting bagi
IELTS (International English Language Malaysia untuk membangunkan instrumen
Testing System) TOEIC (Test of English ujian kecekapan bahasa Melayu dalam
for International Communication) bagi usaha memartabatkan bahasa Melayu
bahasa Inggeris, TEF (Test d’évaluation sebagai bahasa negara bangsa. Melalui
du Français) bagi bahasa Perancis, JLPT ujian kecekapan bahasa Melayu, keupayaan
(Japanese Language Proficiency Test) bagi seseorang itu menggunakan bahasa Melayu
bahasa Jepun, KPE (Korean Proficiency secara berkesan dalam pelbagai konteks
Test) bagi bahasa Korea, dan UKBI (Ujian dapat dinilai. Dalam konteks pendidikan
Kecekapan Bahasa Indonesia) bagi bahasa pula, aspek pengujian dan penilaian
Indonesia. merupakan salah satu medium untuk
memahami dan menganalisis kedudukan
Di Indonesia misalnya, Ujian Kemahiran sesuatu perkara atau menerapkan sesuatu
Berbahasa Indonesia (UKBI) telah dibina fenomena (Abedi, 2007). UKBM juga
dan penggunaannya telah diseragamkan boleh digunakan sebagai salah satu alat
di seluruh negara. UKBI merupakan satu Ujian Penarafan Kerakyatan di Malaysia
ujian yang mengukur kemahiran berbahasa untuk warga asing yang ingin memohon
seseorang individu dalam aspek komunikasi kerakyatan di Malaysia.
dengan menggunakan bahasa Indonesia
sama ada oleh warganya sendiri mahupun PENILAIAN KECEKAPAN BAHASA
terhadap warga asing yang menetap di MELAYU
sana. Ujian ini meliputi lima bahagian atau
Seksi (dalam bahasa Indonesia) iaitu Seksi Secara asasnya, penilaian ditakrifkan
I (Mendengar), Seksi II (Merespon kaedah), sebagai proses membuat pertimbangan dan
Seksi III (Membaca), Seksi IV (Menulis) keputusan serta memberikan pertimbangan
dan Seksi V (Berbicara atau Bertutur). nilai, mutu atau kualiti terhadap sesuatu
UKBI ini telah dikembangkan oleh Pusat perkara berdasarkan kepada pengukuran
Bahasa Departemen Pendidikan Nasional dan juga pengalaman penilainya sendiri
sejak 1997 dan dirasmikan penggunaannya (Mokhtar Ismail, 2009; Azizi & Mohd
pada 2006. Mulai 2013, semua bakal guru Isha, 2008). Tafsiran tentang nilai yang
telah diwajibkan untuk menjalani UKBI ini berkaitan dengan fenomena yang diuji
sebagai salah satu syarat untuk menjadi guru hendaklah formal supaya dapat mencapai
di Indonesia. Usaha ini dilakukan sebagai matlamat yang diinginkan atau mengatasi
salah satu cara untuk meningkatkan mutu masalah yang dihadapi (Mokhtar, 2009;
dan kemampuan berbahasa Indonesia yang Popham,1975). Dalam konteks artikel ini,
dilihat mulai luntur dan kerana penggunaan penilaian kecekapan bahasa Melayu merujuk
bahasa Inggeris yang semakin meluas. kepada satu proses penilaian yang sistematik
Pelaksanaan UKBI dilihat bukan sahaja dan menyeluruh, iaitu merangkumi keempat-
berfungsi untuk meningkatkan kualiti empat aspek kemahiran berbahasa, iaitu
mendengar, bertutur, membaca dan menulis.
Mahawangsa 2 (1): 15 - 28 (2015) 17
Fadzilah Abd Rahman dan Norazlina Kiram
Keempat-empat kemahiran ini merupakan menguji kecekapan bahasa Melayu telah
asas penting yang mesti ada pada setiap dibangunkan. Matlamat utama penghasilan
individu sebelum dikatakan cekap dan mahir instrumen ini ialah bagi memenuhi keperluan
berbahasa. mengadakan pengujian kecekapan bahasa
Melayu yang bersepadu dan sistematik
Hakikatnya, ramai dalam kalangan kepada pelbagai golongan masyarakat
bangsa Malaysia yang tidak menguasai tempatan dan antarabangsa, penutur natif
keempat-empat kemahiran yang disebutkan atau bukan natif, individu yang ingin belajar,
di atas. Misalnya, ada yang boleh bertutur bekerja atau menetap di Malaysia.
tetapi tidak boleh membaca atau ada yang
boleh bertutur tetapi tidak boleh menulis. Secara khusus, UKBM dibangunkan
Oleh yang demikian, tahap kecekapan untuk meningkatkan penggunaan
bahasa Melayu golongan ini tidak boleh bahasa Melayu yang berkualiti melalui
dinilai dengan baik. Justeru, sudah sampai pembelajaran dan fenomena pengujian.
masanya bangsa Malaysia diberikan Seterusnya, meningkatkan kesedaran
kesedaran bahawa usaha memartabatkan terhadap kepentingan menguasai dan
bahasa Melayu sebagai bahasa negara menggunakan bahasa Melayu, iaitu bahasa
bangsa hanya boleh dicapai jika setiap rasmi negara. Bahan yang diterapkan dalam
individu menguasai kemahiran mendengar, instrumen ini juga merupakan wahana
bertutur, membaca dan menulis dengan untuk memperkukuh jati diri, penghayatan
baik. Apatah lagi, Malaysia sedang berusaha nilai dan budaya masyarakat Malaysia.
mencapai status negara maju menjelang Kerangka pembangunan instrumen ini
tahun 2020. Selain itu, ia juga selari dengan dibina dengan mengambil kira keperluan
aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan bagi masyarakat tempatan dan antarabangsa,
Malaysia, 2013-2025 yang menyatakan iaitu mempunyai sekurang-kurangnya
bahawa dalam menghadapi persaingan kemahiran asas berbahasa Melayu semasa
ekonomi global pada masa kini, kejayaan menetap atau berada di Malaysia. Instrumen
sesebuah negara amat bergantung pada ilmu yang dibangunkan ini juga bertujuan untuk
pengetahuan, kemahiran dan kompetensi mendedahkan kepada calon antarabangsa
yang dimiliki oleh rakyat (Kementerian tentang keharmonian dan keunikan nilai
Pendidikan Malaysia, 2013). Berikutan itu, serta budaya masyarakat Malaysia. Hal
pembangunan instrumen Ujian Kecekapan demikian diterapkan melalui pemilihan
Bahasa Melayu (UKBM) diharapkan dapat bahan dan item penilaian yang bertemakan
meningkatkan kesedaran, penggunaan, kepelbagaian budaya dan cara hidup
penghayatan dan kompetensi bahasa Melayu masyarakat di Malaysia.
dalam kalangan bangsa Malaysia.
PROSEDUR PEMBANGUNAN
PEMBANGUNAN INSTRUMEN, INSTRUMEN MENGUJI
UJIAN KECEKAPAN BAHASA KECEKAPAN BAHASA MELAYU
MELAYU (UKBM)
Prosedur penilaian yang betul perlu
Berdasarkan perbincangan di atas dan seiring dilakukan untuk mendapatkan hasil dan
dengan dasar kerajaan dalam Memartabatkan dapatan yang tepat untuk membantu
Bahasa Melayu Memperkasakan meningkatkan keupayaan kecekapan
Bahasa Inggeris (MBMMBI), instrumen berbahasa Melayu murid. Secara
18 Mahawangsa 2 (1): 15 - 28 (2015)
Bahasa Melayu sebagai Bahasa Negara Bangsa: Kepentingan Melaksanakan Ujian Kecekapan Bahasa Melayu
ringkasnya, prosedur penilaian merangkumi b. Reka bentuk
pengujian, pengukuran, penganalisisan Untuk mendapatkan andaian kecekapan
dan juga merumuskan dapatan yang telah penilaian berskala besar seperti UKBM,
diperoleh. Menurut Azizi dan Mohd Isha penyelidik telah menggunakan Teori
(2008), prosedur penilaian dapat dilakukan Item Respons atau dikenali sebagai
dalam lima peringkat yang umum, iaitu IRT (Frederic M Lord,1980). Aplikasi
peringkat persediaan ujian, pemeriksaan Model IRT termasuklah:
dan pengukuran, analisis ujian, interpretasi 1. Menyetara ujian
dan tindakan susulan. Langkah-langkah 2. Membina ujian untuk memenuhi
yang dinyatakan bertujuan meningkatkan tujuan tertentu
kesahan dan juga kebolehpercayaan ujian 3. Membina bank item
yang ditadbirkan. 4. Mengenal pasti item yang berat
sebelah (bias)
Secara khusus, prosedur pembangunan 5. Membina ujian yang kesukarannya
UKBM dijalankan dalam dua fasa. Fasa sepadan dengan kebolehan calon.
pertama ialah membangunkan instrumen
dan fasa kedua menguji kesesuaian Dalam proses membentuk andaian
instrumen.Tatacara pembangunan instrumen skala UKBM, beberapa siri perbincangan
menguji kecekapan bahasa Melayu adalah telah diadakan. Langkah ini juga
berlandaskan model ADDIE (Rosset,1987) membincangkan skala yang bersesuaian
yang mempunyai lima peringkat iaitu dengan UKBM. Pada peringkat ini juga,
Analisis (Analysis), Rekabentuk (Design), wajaran dan subkemahiran bagi UKBM
Pembangunan (Development), Pelaksanaan telah dibangunkan mengikut kesesuaian
(Implement) dan Penilaian (Evaluate). objektif pembangunan UKBM.
a. Analisis c. Pembangunan
Peringkat ini menentukan konsep, atau Pembinaan konstruk item pengujian
definisi dan menentukan permasalahan menggunakan Jadual Spesifikasi Ujian
serta fokus pembangunan instrumen (JSU) dirangka khusus untuk memastikan
secara keseluruhan. Dalam konteks keesahan dan kebolehpercayaan item
pembangunan instrumen UKBM, fokus yang dibina. Selain itu, domain kognitif,
utama perbincangan dan persoalan afektif dan psikomotor diseimbangkan
termasuklah menentukan khalayak dan disepadukan mengikut cadangan
atau calon yang akan menduduki ujian, pemberatan setiap kemahiran bahasa.
apakah kemahiran yang ingin diuji, Sebanyak 18 tema telah dikenal pasti
tahap atau piawaian kecekapan calon dan digunakan untuk membangunkan
yang dingini serta keperluan teknikal item kemahiran mendengar, bertutur,
yang diperlukan untuk melaksanakan membaca dan menulis.
penilaian UKBM. Penambahbaikan
juga mengambil kira cadangan daripada d. Pelaksanaan
Jawatankuasa Penilai. Deskriptor kecekapan atau tahap skor
dalam penilaian Ujian Kecekapan
Bahasa Melayu diklasifikasikan atau
dipiawaikan berdasarkan tujuan calon
Mahawangsa 2 (1): 15 - 28 (2015) 19
Fadzilah Abd Rahman dan Norazlina Kiram
mengambil peperiksaan tersebut. diambil kira, barulah sesuatu alat ukuran
Sebagai contoh, calon yang mengikut atau ujian itu dapat disahkan dan digunakan
pasangannya belajar atau bekerja di untuk diuji serta mengukur perkara yang
Malaysia hanya memerlukan tahap skor hendak diukur terhadap responden yang
yang rendah berbanding dengan calon dipilih. Jika ujian atau alat ukuran yang
yang bertujuan untuk belajar dan bekerja dibina mempunyai kesukaran dan tidak
di negara ini. Tahap skor keseluruhan dapat mengukur perkara yang diingini
kecekapan disetarakan dengan tahap seperti yang terdapat dalam objektif maka,
skor empat kemahiran bahasa iaitu alat ukuran tersebut boleh dinggap sebagai
mendengar, bertutur, membaca dan tidak sah dan boleh dipertikaikan.
menulis. Selain itu, beberapa siri kajian
rintis dijalankan untuk memastikan ASPEK KEMAHIRAN BAHASA
bahawa instrumen UKBM benar-benar DALAM UJIAN KECEKAPAN
mantap untuk digunakan. BAHASA MELAYU
e. Penilaian Tahap kecekapan berbahasa Melayu boleh
Penilaian dilaksanakan supaya disamakan dengan tahap penguasaan
instrumen yang dibangunkan memenuhi kemahiran dalam bahasa Melayu. Kecekapan
keperluan dan mencapai objektif yang berbahasa Melayu boleh dikategorikan
dihasratkan. Pelaksanaan aktiviti kepada empat kemahiran bahasa yang
penilaian dilakukan secara berterusan utama, iaitu kemahiran mendengar, bertutur,
merentasi semua peringkat aliran membaca dan juga menulis. Keempat-empat
kerja berkaitan pembangunan UKBM. kemahiran ini saling berhubung kait dan
Penilaian pakar dilaksanakan pada memerlukan antara satu sama lain untuk
peringkat pembinaan instrumen iaitu mencapai kesempurnaan dalam aspek
daripada penetapan konstruk kemahiran kecekapan berbahasa Melayu. Rajah 1di
dan subkemahiran bahasa, penetapan bawah menunjukkan hubung kait antara
diskriptor kecekapan, pembangunan dan keempat-empat kemahiran bahasa dengan
penggubalan item dan kebolehtafsiran kecekapan berbahasa Melayu.
item.
Jadual 1 pula menunjukkan keempat-
Jelasnya, terdapat beberapa perkara empat aspek kemahiran yang akan diuji
yang mesti diambil kira dalam sesuatu dalam UKBM, iaitu mendengar, bertutur,
alat ukuran atau ujian. Perkara tersebut membaca dan menulis.
termasuklah item yang digunakan mestilah
jelas, item soalan hendaklah berkaitan Kemahiran Mendengar
dengan objektif ujian, sampel yang ingin
digunakan mencukupi dan dapat mengukur Kemahiran mendengar merupakan perkara
kesahan alat ujian tersebut, item yang asas dalam komunikasi berbanding
digunakan haruslah menggambarkan kemahiran yang lain. Menurut Yahya
tingkah laku yang hendak diukur serta Othman (2008), kemahiran mendengar
maklum balas yang diterima daripada item merupakan satu proses penerimaan yang
tersebut dinilai secara tekal (Brown, 1983). sangat penting dan perlu untuk dipelajari
Apabila semua perkara yang dinyatakan secara mendalam semasa sesi pembelajaran
berlaku. Kajian mendapati bahawa
20 Mahawangsa 2 (1): 15 - 28 (2015)
Bahasa Melayu sebagai Bahasa Negara Bangsa: Kepentingan Melaksanakan Ujian Kecekapan Bahasa Melayu
kemahiran mendengar berada di tahap yang memproses maklumat yang diperoleh
tertinggi berbanding dengan kemahiran daripada penutur.
lain dalam aspek kecekapan berbahasa,
iaitu sebanyak 42% (Floyd, 1985). Dalam Dalam konteks pembelajaran di sekolah,
hubungan ini, Floyd (1985) mengatakan penguasaan kemahiran mendengar ini
bahawa mendengar merupakan kemahiran amat penting kerana pemahaman seorang
semula jadi yang diperoleh oleh seseorang murid itu terhadap sesuatu mata pelajaran
melalui bahasa yang dituturkannya. Dengan bergantung kepada perkara yang mereka
kata lain, kemahiran mendengar merujuk fahami untuk diteliti dan dihayati seterusnya
kepada keupayaan seseorang itu untuk tersimpan untuk menjadi ingatan. Sekiranya
memahami dengan teliti perkara yang murid kurang cekap atau tidak mempunyai
didengarinya dalam pelbagai situasi. kemahiran mendengar, maka daya tumpuan
Secara asasnya, mendengar melibatkan mereka akan berkurangan dan sukar untuk
aktiviti berbahasa yang aktif kerana proses memahami perkara yang ingin disampaikan
mendengar melibatkan penggunaan mental oleh guru. Keadaan ini juga boleh mendorong
dan penilaian tahap kefahaman serta murid menjadi pasif dalam pembelajaran
dan kehidupan seharian. Terdapat dua jenis
Mendengar Bertutur
Menulis Membaca
Rajah 1: Aspek Kemahiran Kecekapan Bahasa Melayu
JADUAL 1 Masa Keterangan
Aspek Kemahiran UKBM 15 minit 3 situasi (30 item)
30 minit 3 pusingan (1 tema)
Bil. Jenis Kemahiran 45 minit 4 petikan (40 item)
1. Mendengar 60 minit 2 esei (150 & melebihi 350 patah perkataan)
2. Bertutur 2 jam 30 minit
3. Membaca
4. Menulis
Mahawangsa 2 (1): 15 - 28 (2015) 21
Fadzilah Abd Rahman dan Norazlina Kiram
kemahiran mendengar, iaitu mendengar Floyd (1985) mendapati bahawa kemahiran
secara aktif dan mendengar secara pasif. bertutur menduduki tempat kedua dalam
Mendengar secara aktif melibatkan kedua- peratusan kecekapan berbahasa dan
dua pihak, iaitu penutur dan juga pendengar berada di bawah kemahiran mendengar.
melibatkan diri secara aktif dalam proses Daripada dapatan ini, jelas menunjukkan
berkomunikasi. Contohnya situasi di dalam hubungan antara kemahiran mendengar
bilik darjah, guru akan bertindak sebagai dan juga kemahiran bertutur adalah rapat
penutur dan murid pula akan bertindak dan kemahiran ini juga tergolong dalam
sebagai pendengar malah, situasi ini juga kemahiran lisan dalam bahasa Melayu.
boleh berlaku secara sebaliknya. Terdapat beberapa aspek penting bagi
menjadikan kemahiran bertutur berkesan.
Mendengar secara pasif pula tidak Antaranya ialah aspek sebutan, intonasi,
melibatkan tindak balas secara langsung jeda, tatabahasa dan juga tekanan. Aspek
daripada pihak pendengar. Proses komunikasi kefasihan, kelancaran dan penggunaan
hanya berlaku dengan melibatkan penutur. laras bahasa yang sesuai perlu diambil
Situasi yang sering berlaku dalam kehidupan perhatian untuk memastikan bahawa proses
seharian dalam menggambarkan proses kemahiran bertutur dapat dilakukan dengan
mendengar secara pasif ini ialah situasi lancar. Tahap kecekapan berbahasa Melayu,
mendengar radio, menonton televisyen, khususnya yang melibatkan kemahiran
mendengar kuliah dan juga mendengar bertutur dipengaruhi oleh pelbagai aspek.
ceramah. Walau bagaimanapun, pendengar Antara faktor yang dapat mempengaruhi
perlu bersedia untuk mendengar dengan seseorang untuk bertutur ialah faktor umur,
teliti tentang perkara yang disampaikan agar jantina, persekitaran dan keadaan fizikal.
penyampaian maklumat itu dapat sampai
kepada sasarannya. Kemahiran Membaca
Kemahiran Bertutur Kemahiran membaca merupakan satu proses
iaitu seseorang itu perlu menterjemahkan
Kemahiran bertutur merupakan satu kembali lambang yang tertulis ke dalam
keupayaan untuk meluahkan pendapat, lambang bunyi. Kemahiran membaca ini
menyampaikan maklumat dan perasaan merupakan satu proses yang dinamik tetapi
sama ada secara kreatif atau kritis dengan kompleks. Kemahiran membaca meliputi
menggunakan sebutan atau intonasi yang aspek keupayaan untuk mentafsir sesuatu
betul dengan cara yang sopan. Kemahiran yang dibaca dengan pantas,membuat
bertutur merupakan satu proses melafazkan interpretasi serta menganalisis bahan yang
bunyi yang dikeluarkan melalui alat dibaca.
artikulasi manusia (Faiznur Fauzi, 2009).
Apabila seseorang itu menguasai
Proses bertutur berlaku secara peniruan kemahiran membaca, bermakna bahawa
dan ajukan terhadap penutur natifnya. individu tersebut telah berjaya meneroka
Namun, jika penutur natif menunjukkan lautan ilmu yang wujud dalam pelbagai
cara atau contoh yang kurang memuaskan bentuk karya, membina kemahiran untuk
maka penutur yang baru ingin belajar akan menilai, mengulas dan juga mengkritik
menghadapi masalah. Kemahiran bertutur perkara yang dibaca secara tepat serta dapat
ini amat berkait rapat dengan kemahiran membina fikiran yang terbuka terhadap
mendengar. Kajian yang dilakukan oleh
22 Mahawangsa 2 (1): 15 - 28 (2015)
Bahasa Melayu sebagai Bahasa Negara Bangsa: Kepentingan Melaksanakan Ujian Kecekapan Bahasa Melayu
sesuatu perkara (Zulkifley Hamid, 2005). mekanis dan penulisan secara mentalis.
Penekanan terhadap kemahiran membaca Dalam penulisan secara mekanis, murid
perlu diberikan perhatian kerana membaca diberi pengalaman asas seperti menulis
dilakukan untuk mendapatkan kemahiran suku kata, rangkai kata dan penulisan
dan pemahaman untuk memperoleh asas yang lain. Penulisan secara mentalis
maklumat baharu tentang perkara yang pula melibatkan proses penglahiran idea
dibaca. Membaca juga dilakukan sebagai satu atau pemikiran untuk menulis. Kemahiran
cara untuk memperoleh ilmu pengetahuan menulis secara mentalis ini lebih melibatkan
dan maklumat yang baharu serta dapat penggunaan mental dan fikiran.
meningkatkan kecekapan berbahasa.
DAPATAN DAN PERBINCANGAN
Kemahiran Menulis
Muhyiddin Mohd Yassin (2011) dalam
Proses menulis melibatkan aktiviti teks ucapan bagi Majlis Pelancaran Bulan
meluahkan buah fikiran, pengetahuan, Bahasa Kebangsaan 2011 mengatakan,
teknik dan juga gaya penulisan ke dalam “masyarakat perlu yakin dengan kemampuan
bentuk tulisan dan bukannya lisan. Aktiviti bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu
menulis melibatkan penggunaan alat tulis dan bahasa kemajuan. Sekiranya bahasa
seperti pen atau pensel sama ada dengan kebangsaan tidak lagi digunakan di sekolah
cara menulis atau menaip sesuatu idea atau dan di universiti, perkembangan bahasa
buah fikiran. Menulis merupakan catatan kebangsaan pastinya akan terbantut dan
kata-kata dengan huruf dan memakai pena tamatlah riwayat bahasa kita sebagai bahasa
seperti kalam, kapur, pensel dan lain-lain. ilmu”. Oleh itu, peranan bahasa Melayu
Kemahiran menulis melibatkan konsep sebagai bahasa pengantar perlu diperluas
yang berkait dengan proses penyaluran bukan sahaja ke peringkat pengajian tinggi
ilmu, idea atau maklumat dengan cara tetapi juga ke pelbagai institusi lain di
yang tersusun dan mengambil kira tentang seluruh Negara dalam usaha melestarikan
tujuan penulisan, bahasa dan gaya yang bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.
dapat menggambarkan segalanya secara
keseluruhan. Melalui perkongsian hasil pembangunan
instrumen, UKBM telah menarik perhatian
Dalam proses pembelajaran di bilik dan mendapat tindak balas positif daripada
darjah, kemahiran menulis dianggap pelbagai golongan masyarakat. Oleh
sebagai sesuatu yang amat penting. Hal itu, keperluan membangunkan UKBM
ini kerana tulisan bertindak sebagai alat daripada pelbagai kategori yang disesuaikan
penghubung antara isi yang disampaikan mengikut keperluan pengguna perlu
dengan luahan buah fikiran seseorang. diberikan perhatian. Secara umum, kategori
Jika tiada tulisan maka aktiviti kemahiran UKBM yang dicadangkan adalah seperti
membaca boleh dilaksanakan. Terdapat yang berikut:
beberapa tujuan dalam penulisan. Antaranya
ialah untuk memberikan respons atau reaksi, 1. Perujian Peringkat Sekolah dan
komunikasi, ekspresi diri, sifat sejagat dan Universiti
proses pembelajaran. Kemahiran menulis
ini juga dapat dibahagikan kepada beberapa Penguasaan kecekapan berbahasa Melayu
jenis. Antaranya ialah menulis secara dalam kalangan murid sekolah rendah,
sekolah menengah, murid tingkatan
Mahawangsa 2 (1): 15 - 28 (2015) 23
Fadzilah Abd Rahman dan Norazlina Kiram
enam, pelajar matrikulasi dan universiti cemerlang dalam aspek penggunaannya
masih lagi berada pada tahap yang kurang (Zulkifley Hamid, 2005). Isu kecekapan
memberangsangkan dan keadaan ini berbahasa bukanlah merupakan isu yang
telah menarik minat para pengkaji untuk lapuk untuk diperkatakan walaupun kini
mengkaji mengenainya (Chua Yan Piaw, zaman telah melalui arus perubahan yang
2006). Daripada kenyataan Chua tersebut pesat dengan perkembangan teknologi
jelas menunjukkan bahawa ketidakcekapan dan perkomputeran (Mohamad Sofee,
berbahasa Melayu bukan sahaja berlaku 2007). Penggunaan bahasa yang baik
dalam kalangan murid sekolah rendah juga perlu dilihat sebagai satu cerminan
tetapi juga meliputi semua murid sama ada daripada pengaplikasian teknologi yang
di sekolah atau di Institut Pengajian Tinggi telah dipelajari ke dalam aspek kecekapan
(IPT). berbahasa Melayu.
Pada masa ini, masih belum ada lagi satu Pada peringkat Institusi Pengajian
pengujian yang berbentuk komprehensif dan Tinggi pula, Universiti Putra Malaysia
dinamik untuk menilai tahap kecekapan (UPM) telah menjalankan ujian kecekapan
berbahasa Melayu, khususnya kepada berbahasa Melayu yang dikenali sebagai
pelajar yang akan melangkah ke institusi Ujian Komunikasi Bahasa Melayu
pengajian tinggi (Fadzilah, 2013) seperti (UKOM). Ujian ini diperkenalkan
pengujian Malaysian University English sebagai satu penilaian untuk mengenal
Test (MUET) yang wajib diambil oleh pasti tahap komunikasi mahasiswa UPM
pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran dalam bahasa Melayu. Antara item yang
ke peringkat ijazah. Jika diteliti hasrat diberikan tumpuan ialah sudut pemilihan
pelaksanaan Memartabatkan Bahasa kata, tatabahasa, intonasi dan gerak tubuh.
Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris Walau bagaimanapun, ujian ini masih dalam
(MBMMBI) oleh Kementerian Pendidikan peringkat percubaan dan memerlukan
Malaysia (KPM, 2013) adalah amat wajar beberapa penambahbaikan supaya dapat
untuk mewujudkan satu modul atau ujian dilaksanakan dengan jayanya.
yang mirip kepada pengujian MUET dalam
bahasa Melayu. Ujian ini seharusnya wajib Menurut Abdul Aziz (2000) dan
diambil oleh setiap pelajar yang ingin Zulkifley Hamid (2005), murid Melayu
memasuki IPT. Hal ini untuk memastikan seharusnya tidak mempunyai masalah dalam
bahawa hasrat memartabatkan bahasa aspek penguasaan kemahiran berbahasa
Malaysia dan memperkukuh bahasa Inggeris Melayu kerana mereka merupakan penutur
dalam kalangan pelajar universiti dapat natif. Keadaan ini seharusnya berbeza
dicapai. Melalui cara ini juga diharap pelajar dengan murid bukan penutur natif seperti
cekap menggunakan bahasa Melayu dan murid berbangsa Cina dan India. Namun,
Inggeris. masalah penguasaan kemahiran berbahasa
Melayu juga turut berlaku dalam kalangan
Untuk mencapai tahap penggunaan murid Melayu. Perkara ini sering kali
bahasa Melayu yang baik, masyarakat bukan berlaku apabila mereka berkomunikasi,
sahaja perlu menguasai bahasa tersebut membaca, mendengar atau menulis perkara
sebagai bahasa pengantar semasa proses yang memerlukan tuntutan wacana atau
pengajaran dan pembelajaran, tetapi juga tajuk perbincangan yang menggunakan
perlu melihat sejauh mana bahasa tersebut perkataan yang sukar dan beraras tinggi.
24 Mahawangsa 2 (1): 15 - 28 (2015)
Bahasa Melayu sebagai Bahasa Negara Bangsa: Kepentingan Melaksanakan Ujian Kecekapan Bahasa Melayu
2. Perujian bagi Penutur bukan Natif pengetahuan yang boleh dikesinambungkan
dan Warga Antarabangsa daripada satu generasi kepada satu
generasi. Di samping itu, ujian kecekapan
Walaupun bahasa Melayu telah diiktiraf berbahasa merupakan salah satu langkah
sebagai bahasa rasmi dan juga bahasa untuk meningkatkan kemampuan sesebuah
kebangsaan, namun masih ada dalam masyarakat atau seseorang individu
kalangan warga, khususnya bukan natif yang berkomunikasi dengan baik agar segala
sukar untuk berkomunikasi dalam bahasa maklumat diterima dan disampaikan secara
Melayu. Hal ini mungkin disebabkan oleh berkesan (Juntos, 2002).
penyerapan dan pengamatan mereka yang
terlalu lama terhadap bahasa tradisi mereka. Berdasarkan perbincangan di atas, dapat
Hal inilah yang menjadi masalah kini. Ramai dilihat betapa pentingnya isu kecekapan
warga bukan Melayu mengalami masalah berbahasa Melayu dalam kalangan
bukan sahaja dalam pertuturan, malah pelbagai lapisan masyarakat tempatan
mereka juga menghadapi masalah dalam dan antarabangsa. Setiap pemastautin
mencerna maksud yang didengar serta di Malaysia sekurang-kurangnya perlu
sangat payah untuk menterjemahkannya mempunyai tahap penguasaan asas atau
ke dalam bentuk tulisan. Sebagai memadai untuk merealisasikan kehidupan
institusi yang memelihara, mengekal dan masyarakat Malaysia yang harmonis dan
meningkatkan keselamatan, ketenteraman bersatu padu. Segala dasar dan aspirasi
awam, keharmonian dan kesejahteraan kerajaan yang memerintah juga dapat
serta perpaduan masyarakat, Kementerian disampaikan kepada segenap lapisan kaum
Dalam Negeri (KDN) termasuk Jabatan dengan lebih berkesan. Oleh itu, cara terbaik
Pendaftaran Negara (JPN) perlu sentiasa yang dapat dilakukan oleh kerajaan untuk
mencari jalan agar aspirasi di atas tercapai meningkatkan kecekapan berbahasa Melayu
lagi terkawal dan ditingkatkan dari masa dalam kalangan warga pemastautin adalah
ke masa. Dengan mewujudkan suatu dasar dengan melakukan pengujian kecekapan.
pengujian kecekapan bahasa rasmi negara Pengujian yang dijalankan bukanlah
yang integratif dan sistematik, pemastautin bertujuan untuk mengkategorikan gred
yang ingin memohon taraf kerakyatan atau atau pencapaian warga tetapi merupakan
pendatang yang terdiri daripada pelbagai satu terapi atau proses bantuan untuk
lapisan masyarakat antarabangsa bukan meningkatkan lagi tahap kecekapan
sahaja dapat didedahkan dengan asas berbahasa Melayu mereka (Mc Clam dan
komunikasi bahasa Melayu tetapi juga Woodside, 2010).
dipupuk dengan nilai, budaya dan keunikan
kehidupan masyarakat Malaysia yang 3. Pengujian bagi Golongan Penjawat
berbilang kaum. Hal ini sudah tentulah Awam dan Profesional
akan meningkatkan integrasi dan perpaduan
negara Malaysia. Kecekapan berbahasa merupakan
kemampuan seseorang individu dalam
Jelasnya, kebolehan berbahasa yang menggunakan bahasa sebagai medium
sama merupakan aset yang berharga dalam penyampaian dan menterjemahkan sesuatu
mengekalkan perpaduan dan keharmonian perkara. Kecekapan berbahasa dilihat
sesebuah negara. Bahasa juga merupakan
medium segala bentuk peradaban dan ilmu
Mahawangsa 2 (1): 15 - 28 (2015) 25
Fadzilah Abd Rahman dan Norazlina Kiram
penting dalam kehidupan seharian individu bukan lisan. Penguasaan keempat-empat
kerana segala maklumat yang diperoleh kemahiran ini akan memastikan bahawa
dapat diterima dan disampaikan secara kelancaran dan keberkesanan perkhidmatan
berkesan (Juntos, 2012). penjawat awam di setiap sektor dapat
dilestarikan.
Memang menjadi hasrat kerajaan
untuk melahirkan penjawat awam yang PENUTUP
cekap dan cemerlang. Kebiasaannya,
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menguji UKBM merupakan satu set ujian yang
tahap kecekapan kakitangannya melalui meliputi pengujian kemahiran bahasa
peperiksaan ataupun kursus yang berkaitan. Melayu bagi keempat-empat kemahiran
Penilaian tahap kecekapan ni dilakukan berbahasa. Ujian ini dibina untuk melihat
bertujuan untuk menentukan kemajuan dan mengenal pasti tahap kecekapan
dan juga pergerakan gaji tahunan (Jabatan berbahasa Melayu dalam kalangan pelbagai
Perkhidamatan Awam, 2004). Daripada lapisan individu yang mendudukinya.
tujuan penilaian tersebut, dapat disimpulkan Sebagai contoh, jika ujian ini dijalankan
bahawa tahap kecekapan berkait rapat di sekolah, dapatan yang diperoleh boleh
dengan proses penilaian atau peperiksaan digunakan oleh guru dalam menilai tahap
yang bertujuan untuk meningkatkan kecekapan murid mereka, di samping dapat
sesuatu kemahiran atau perkara. Kecekapan mengenal pasti kekuatan dan kelemahan
berbahasa, iaitu kemampuan seseorang murid dalam usaha memperbaiki mutu
individu itu menggunakan bahasa dalam pengajaran guru di dalam kelas. UKBM juga
konteks penyampaian atau menterjemahkan dilihat sebagai persediaan masyarakat dalam
sesuatu perkara sangat penting dikuasai para menghadapi persaingan ekonomi global
penjawat awam. Hal ini demikian kerana masa ini kerana kejayaan sesebuah negara
penjawat awam yang berketrampilan dalam itu bergantung pada ilmu, kemahiran dan
berbahasa akan lebih mudah memahami kompetensi yang dimiliki oleh rakyatnya.
arahan atau berkomunikasi kerana segala Seterusnya, sebagai seorang warga Malaysia
maklumat yang diperoleh dapat diterima yang lahir dan dibesarkan di negara ini,
dan disampaikan secara berkesan. setiap warga perlu mempunyai kesedaran
dalam diri mereka untuk terampil berbahasa
Ujian kecekapan berbahasa yang Melayu dalam kehidupan harian mereka.
dibina dilihat sebagai salah satu cara Dalam hubungan ini, bangsa Malaysia
yang dapat digunakan dan diaplikasikan hendaklah berasa bangga menggunakan
kepada penjawat awam untuk menilai tahap bahasa Melayu walau di mana sahaja
kemampuan atau kecekapan individu itu mereka berada. Apatah lagi bahasa Melayu
dalam aspek penggunaan bahasa semasa merupakan bahasa kebangsaan dan bahasa
bertugas. Kemahiran berbahasa Melayu rasmi Malaysia. Kecekapan setiap warga
meliputi empat kemahiran bahasa yang menggunakan bahasa Melayu sama ada
asas iaitu kemahiran mendengar, kemahiran semasa berkomunikasi, menggambarkan
bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran jati diri dan keperibadian mereka sebagai
menulis. Kemahiran mendengar dan bertutur seorang warga negara Malaysia yang
dapat dikategorikan ke dalam kemahiran berdaulat. Hal ini secara tidak langsung
lisan. Manakala, kemahiran membaca dan
menulis dikategorikan ke dalam kemahiran
26 Mahawangsa 2 (1): 15 - 28 (2015)
Bahasa Melayu sebagai Bahasa Negara Bangsa: Kepentingan Melaksanakan Ujian Kecekapan Bahasa Melayu
dapat merealisasikan hasrat negara untuk James Floyd (1985). Listening: a Practical Approach.
menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa United Kingdom: Addison Wesley School.
negara bangsa.
Juntos, H. (2002). Language Testing Option.
BIBLIOGRAFI California: Robert Wood Johnson Foundation.
Abd Aziz Abdul Talib. (2000). Pedagogi Bahasa Lord, F.M. (1980). Applications of Item Response
Melayu: Prinsip, Kaedah dan Teknik. Kuala Theory to Practical Testing Problems. New
Lumpur: Utusan Publications & Distributors Jersey: Lawrence Erlbaum Associates, Inc.
Sdn. Bhd.
Mc Clam & Woodside. (2010). Helping Process
Abedi, J. (2007). Utilizing Accommodations in the Assessment To Termination (1st Ed.). Boston:
Assessment of English Language Learners. In N. Cengage Learning.
H. Hornberger (Ed), Encyclopedia of Language
and Education: Vol. 7: Language Testing Mohammad Naquib Al Attas. (1990). Islam dalam
and Assessment (pp. 331-348). Heidelberg, Sejarah dan Kebudayan Melayu. Petaling Jaya:
Germany: Springer Science Business Media. Angkatan Belia Islam Malaysia.
Azizi Ahmad & Mohd Isha Awang. (2008). Mohamed Sofee Razak. (2007). Intelek Kurang
Pengukuran dan Penilaian Pendidikan. Kuala Membaca. Utusan Malaysia 26 November.
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mokhtar Ismail. (2009). Pentaksiran Pendidikan:
Brown, G.K. (1983). Health Care Research Project, Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Dawama Sdn. Bhd.
School of Nursing. Nashville: Vanderbilt
University. Muhyiddin Mohd Yassin. (2011).Teks Ucapan Majlis
Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan.
Chua Yan Piaw. (2006). Asas Statistik Penyelidikan.
Kuala Lumpur: Mc Graw Hill. (2004). Penilaian Tahap Kecekapan: Membudayakan
Kecemerlangan dalam Perkhidmatan Awam.
Fadzilah Abd Rahman, Norazlina Mohd Kiram, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.
Habibah Ab Jalil, Rusnani Jusoh, Hazri Jamil
& Nordin Abd Razak. Pembangunan Ujian Popham, W.J. (1975). Education Evaluations. New
Kecekapan Bahasa Melayu. Projek Penyelidikan Jersey: Prentice Hall Inc.
E-Science MOSTI. 2011-2013.
Rossett, A. (1987). Training Needs Assessment. New
Faiznur Fauzi. (2009). Kemahiran Berbahasa. Jersey: Educational Technology Publications.
Diselusuri daripada http://pelangipetang89.
blogspot.com/2009/06/kemahiran-berbahasa. Teo Kok Seong. (2014). Siri Wacana Pemartabatan
html Bahasa Kebangsaan, Muzium Diraja, Istana
Negara Lama. Kuala Lumpur pada 24 Februari.
Gronlund, N.E., (1981). Measurement and evaluation
in teaching. New York: Macmillan Publishing. Yahya Othman. (2008). Proses dan Strategi Membaca
Berkesan. Serdang: Penerbitan Universiti Putra
(2004). Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Malaysia.
(2002). Kementerian Pelajaran Malaysia.
Zulkifley Hamid. (2005). Penilaian Pengajaran dan
(2004). Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Pembelajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:
Tingatan 6 (2004). Kementerian Pelajaran Dewan Bahasa dan Pustaka.
Malaysia.
Mahawangsa 2 (1): 15 - 28 (2015) 27