The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

NURAINA NADHIRAH BINTI AMIRULSALLEH

030827-01-0598

TUGASAN 2 EDUP3143

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Aina Nadhirah, 2024-03-16 15:57:22

KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA

NURAINA NADHIRAH BINTI AMIRULSALLEH

030827-01-0598

TUGASAN 2 EDUP3143

Keywords: EDUP3143

KEPELBAGAIANNuraina Nadhirah


NURAINA NADHIRAH BINTI AMIRULSALLEH PISMP PENDIDIKAN ISLAM 2 AMBILAN JUN 2022 030827-01-0598 2021052340156 TUGASAN 2 (EDUP3143) EN MOHD HASHIM BIN ABU


PENGENALAN (M/S 1-2) FAKTOR KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA TERHADAP KOMUNITI SEKOLAH DAN PENDIDIKAN (M/S 3-13) IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA TERHADAP KOMUNITI SEKOLAH DAN PENDIDIKAN (M/S 14-22) RUMUSAN (M/S 23) RUJUKAN (M/S 24-25) ISI KANDUNGAN


Budaya didefinisikan sebagai suatu keseluruhan sistem yang kompleks, yang di dalamnya terkandung unsur-unsur ilmu pengetahuan, kepercayaan, seni, moral, undang-undang, adat istiadat dan kemahiran lain-lain yang diperoleh oleh manusia sebagai anggota masyarakat. Budaya juga berasal daripada cantuman perkataan Sanskrit dan Melayu, iaitu ‘budhi’ dan ‘daya’ . Perkataan ‘budhi’ yang dipinjam daripada bahasa Sanskrit bererti kecergasan akal dan fikiran manakala ‘daya’ pula dalam perkataan Melayu Polynesia yang bermakna kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh. Jika dicantumkan kedua-dua tersebut, maka budaya membawa maksud tenaga fikiran, usaha rohani ataupun kuasa menggerakkan jiwa. PENGENALAN 1


Sosiobudaya juga bermaksud peradaban dan amalan gaya hidup bagi sesuatu masyarakat yang lahir daripada kecenderungan diri masyarakat berkenaan untuk memberi kepuasan dan merangsang pembangunan sosial dalam hidup bermasyarakat (Arifin et al., 2016). Kepelbagaian sosiobudaya terdiri daripada bangsa, bahasa, kaum, jantina, struktur masyarakat dan adat resam. Kesemua elemen ini merupakan perkara penting yang harus dititikberatkan dalam memahami konsep kepelbagaian sosiobudaya (Ramli et al., 2012). PENGENALAN 2


FAKTOR KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA TERHADAP KOMUNITI SEKOLAH DAN PENDIDIKAN Bangsa dan kaum Bahasa Strukur masyarakat atau kelas sosial Gaya belajar dan berfikir 3


Bangsa bermaksud kumpulan manusia yang sama asal usul dan sifatsifatnya. Ia juga boleh ditakrifkan sebagai kaum seperti Melayu, Cina, India dan lainlain. Di sekolah, murid mempunyai pelbagai kaum dan mempunyai dialek pertuturan tersendiri (Ngien dan Ching, 2016). Melalui faktor ini, ia telah mewujudkan pelbagai sekolah seperti Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT). Oleh itu, ibu bapa di Malaysia ini boleh memilih sama ada ingin menghantar anakanak mereka ke sekolah kebangsaan ataupun ke sekolah jenis kebangsaan. Namun kini, ramai di kalangan ibu bapa lebih berminat untuk menghantar anakanak mereka ke sekolah yang mengikut bahasa ibunda masing-masing. Jika pengasingan pendidikan mengikut kaum ini berterusan, murid yang tinggal dan belajar dalam lingkungan kaum yang sama akan kurang mendapat pendedahan tentang budaya kaum yang lain. BANGSA DAN KAUM 4


Justeru, pemahaman dan kesedaran terhadap kaum lain hanya mampu dipelajari melalui bacaan dan bukan amalan (Sivaratanam, 2019). Kemungkinan proses penyesuaian diri dengan kaum lain akan menjadi sesuatu yang sukar. Selain itu, murid-murid yang belajar di sekolah yang mempunyai pelbagai jenis kaum pula akan terdedah kepada amalan, adat resam, budaya, pandangan dan cara fikir oleh kaum yang berbeza . Murid seperti ini juga akan dapat belajar bahasa kaum lain secara tidak langsung. Oleh itu, murid tersebut tidak akan berfikiran sempit dan sentiasa menghormati perbezaan yang wujud di sekitar mereka. Generasi awal terutamanya murid sekolah perlu didedahkan tentang pentingnya perpaduan dalam arus masyarakat Malaysia yang bersifat majmuk ini. Pemahaman ini penting bagi mengukuhkan hubungan etnik bagi mencapai perpaduan. 5


Ketidaksamaan tentang identiti bangsa akan timbul sikap prejudis, stereotaip dan etnosentrik dalam kalangan masyarakat dan akhirnya menimbulkan diskriminasi sosial. Peristiwa tragis yang pernah berlaku pada satu masa dahulu iaitu peristiwa 13 Mei 1969 merupakan contoh peristiwa hitam negara yang wujud akibat daripada prasangka dan amalan diskriminasi dalam kalangan etnik (Mamat et al., 2014). Peristiwa-peristiwa seumpama ini bukan sahaja menjejaskan hubungan antara kaum tetapi juga memburukkan imej negara. 6


Bahasa merupakan medium untuk berkomunikasi, menyampaikan buah fikiran serta mesej kepada orang ramai. Menurut Mailani et al., (2022), bahasa ialah alat atau perwujudan budaya yang digunakan oleh manusia untuk saling berkomunikasi dengan baik daripada segi tulisan, lisan ataupun gerakan (bahasa isyarat) bagi tujuan menyampaikan maksud hati atau kemahuan kepada orang lain. Kewujudan pelbagai kaum dan etnik di Malaysia ini menjadikan Malaysia mempunyai pelbagai loghat dan bahasa yang berbeza-beza yang difahami dalam sesuatu kelompok tertentu ataupun kelompok yang lebih besar. Bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi Malaysia adalah Bahasa Melayu. Bahasa Melayu mempunyai banyak dialek dan setiap dialek mempunyai perbezaan ketara daripada segi sebutan dan kosakata (Mansor et al., 2013). BAHASA 7


Bahasa Inggeris juga difahami secara meluas dan dituturkan dalam industri perkhidmatan dan merupakan matapelajaran wajib di sekolah rendah dan sekolah menengah. Bahasa Inggeris ini juga merupakan bahasa utama yang digunakan dalam kebanyakan kolej dan universiti swasta. Namun pada masa yang sama, masyarakat pelbagai kaum di Malaysia bebas menggunakan bahasa lain seperti bahasa Mandarin oleh orang Cina dan bahasa Tamil oleh orang India. Kerajaan Malaysia juga menggalakkan rakyatnya menguasai bahasa-bahasa antarabangsa yang lain khusunya untuk bidang pelancongan dan perdagangan. 8


Kelas sosial adalah satu bentuk stratifikasi sosial di mana orang ramai dalam sesebuah masyarakat berkongsi kedudukan sosial yang sama. Kelas sosial ini wujud kerana manusia biasanya mengelompokkan masyarakat ke dalam pelbagai kumpulan yang berbeza berdasarkan faktor kekayaan, kuasa, darjat, keturunan, agama dan kerjaya. Murid di sekolah juga terdiri daripada pelbagai kelas sosial seperti rendah, sederhana dan tinggi. Dalam pendidikan, ketaksamaan peluang pendidikan juga merupakan satu bentuk diskriminasi yang perlu dielakkan. Diskriminasi dan ketaksamaan peluang pendidikan masyarakat telah wujud sejak munculnya kelas sosial masyarakat dari sistem feudal lagi di mana rakyat bawahan dan golongan pembesar menerima sistem pendidikan yang berbeza. STRUKTUR MASYARAKATATAUKELAS SOSIAL 9


Faktor kelas sosial yang jelas mempengaruhi pencapaian akademik murid seperti tahap ekonomi sama ada murid miskin dan murid berada (Ismail, 2010). Murid yang berada di kelas sosial yang tinggi tentunya menerima peluang pendidikan yang lebih baik. Tahap kesihatan, makanan berkhasiat dan kawalan penyakit menjadi faktor kepada penerimaan peluang belajar dalam kalangan murid. Tuntasnya, semua pihak haruslah berganding bahu demi mengatasi masalah yang timbul dalam pembelajaran muridmurid agar murid dapat belajar tanpa halangan dan sempadan. 10


Gaya pembelajaran merupakan pendekatan ataupun cara bagaimana seseorang itu belajar dalam memperolehi pengetahuan. Setiap individu mempunyai gaya belajar dan berfikir yang berbeza dan kadar pembelajaran juga adalah tidak sama dengan individu yang lain walaupun umur ataupun jantina mereka adalah sama (Mahadi et al., 2022). Sebagai individu yang unik, setiap murid di sekolah mengamalkan gaya berfikir dan gaya belajar mereka yang berbeza. Terdapat tiga gaya pembelajaran asas yang umum iaitu visual, audio dan kinestetik. Murid visual adalah murid yang perlu mendengar dan melihat untuk memahami isi pelajaran yang guru ingin sampaikan. Murid seperti ini gemar belajar dengan huruf, gambar rajah, teks dan bendabenda maujud. Murid visual ini juga lebih cenderung untuk mempelajari sesuatu dengan melihat teks yang sedia ada serta mereka lebih gemar belajar melalui penglihatan dan tidak gemar melalui penerangan lisan. GAYA BELAJAR DANBERFIKIR 11


Seterusnya, gaya pembelajaran auditori pula adalah murid yang minat belajar melalui kaedah mendengar perkataan dan arahan lisan. Seseorang murid mampu mengingati penerangan oleh guru melalui bacaan kuat atau pergerakan bibir ketika mempelajari sesuatu. Murid auditori ini juga mengukuhkan daya ingatan mereka dengan mendengar semula rakaman pita audio dan juga dengan berbincang bersama guru dan rakan-rakan mereka. Akhir sekali, gaya pembelajaran kinestetik adalah pembelajaran yang murid dapat belajar melalui gerakangerakan untuk mengingati informasi ke dalam otaknya. Murid yang mengamalkan jenis pembelajaran ini, memerlukan bahan-bahan pembelajaran yang konkrit untuk membantu mereka mengingati sesuatu. Selain itu, murid jenis pembelajaran ini gemar menyentuh dengan bidang objek yang digemari kerana mereka suka terhadap bidang yang dapat memberi pengalaman yang realiti kepada mereka. 12


Selain itu, terdapat juga pelbagai bentuk gaya belajar yang berasaskan gaya berfikir individu yang membuatkan setiap murid berbeza. Selepas mengenal pasti gaya pembelajaran masing-masing, guru perlulah membahagikan murid-murid dalam kumpulan yang homogen bagi membolehkan pengajaran dan pembelajaran berfungsi secara efektif. Oleh itu, guru mestilah kreatif dan bijak dalam mengajar murid mengikut gaya belajar mereka yang sesuai agar murid-murid lebih mudah untuk memahami isi pelajaran yang disampaikan. Guru juga perlu menerima perbezaan murid dengan hati yang terbuka agar murid-murid seronok untuk belajar. 13


BANGSA DAN KAUM BAHASA STRUKTUR MASYARAKAT ATAU KELAS SOSIAL GAYA BELAJAR DAN BERFIKIR IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA TERHADAP KOMUNITI SEKOLAH DAN PENDIDIKAN 14


Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai penduduk berbilang kaum dan masyarakat yang majmuk. Oleh yang demikian, tidak dinafikan akan terdapatnya perbezaan dan kepelbagaian sosiobudaya dalam pendidikan. Setiap kaum di Malaysia mempunyai sistem pendidikan yang tersendiri. Maksudnya di sini adalah murid Melayu menuntut di sekolah Melayu dan menggunakan bahasa perantaraan bahasa Melayu,murid Cina pula menuntut di sekolah Cina iaitu (SJKC) dan juga menggunakan bahasa Mandarin sebagai bahasa perantaraan, manakala, murid India menuntut di sekolah Tamil (SJKT) dan menggunakan bahasa Tamil. Sistem persekolahan yang memisahkan murid mengikut bahasa ibunda dan perbezaan etnik kurang memainkan peranan yang berkesan bagi memupuk integrasi dan persefahaman dalam kalangan murid (Puteh, 2012). Situasi seperti ini hanya akan menyebabkan interaksi mereka hanya terhad di antara etnik yang sama sahaja. IMPLIKASI BANGSA DAN KAUM 15


Implikasi bagi hubungan etnik ini hanya memberikan kesan yang negatif kepada negara Malaysia. Semua kaum dan etnik masing-masing mempertahankan bahasa ibunda mereka dan tidak akan menerima bahasa ibunda kaum yang lain. Ini adalah mereka akan menganggap adalah tidak wajar dan tidak penting untuk mempelajari bahasa kaum yang lain. Selain itu, adalah menjadi satu kemestian di mana setiap sekolah mengamalkan sistem pendidikan yang berbeza. Ianya akan memberikan impak yang kurang elok kepada penstrukturan negara kerana mempunyai corak pendidikan yang berbezabeza. Tidak juga dilupakan bahawa golongan yang menuntut di sekolah itu juga akan terlahirnya para pemimpin untuk mentadbir negara Malaysia pada satu hari kelak. Sekiranya pemikiran mereka hanya disogok dengan etnik mereka sahaja, sudah pasti Malaysia tidak akan berada dalam keadaan yang aman. 16


Bahasa juga merupakan perkara penting dalam pembinaan perpaduan yang menjadi simbol sejagat. Sebagai rakyat Malaysia, Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi yang perlu dikuasai oleh semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan kaum. Namun kini, sesetengah murid di sekolah hanya menguasai dialek dan bahasa ibunda mereka semata-mata yang berkemungkinan boleh menyebabkan mereka menghadapi masalah dalam pembelajaran, kurang faham tentang bahan yang dibaca dan penerangan guru. Akibatnya, mereka akan ketinggalan dalam pelajaran serta sukar untuk berkomunikasi dengan orang lain. Satu kajian oleh Chew et al., (2023) telah terbukti bahawa sebahagian muridmurid di SJKC dan SJKT menghadapi masalah sebutan dan ejaan dalam Bahasa Melayu kerana mereka kurang berkomunikasi dan bergaul menggunakan bahasa Melayu. Hal ini terjadi kerana di SJKC dan SJKT, penggunaan bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa kedua dalam sesi pembelajaran. IMPLIKASI BAHASA 17


Murid-murid juga diberi peruntukan waktu yang terhad di dalam kelas. Disebabkan waktu yang terhad untuk belajar, murid-murid kurang membaca buku bahasa Melayu dan kurang membuat latihan yang menjadikan mereka lemah dalam penguasaan Bahasa Melayu. Majoriti murid di sekolah SJKC dan SJKT adalah terdiri daripada kaum Cina dan India. Justeru itu, mereka lebih selesa untuk bergaul sesama kaum mereka sendiri dengan menggunakan bahasa ibunda mereka. Oleh hal yang demikian, mereka hilang minat untuk menguasai pembelajaran membaca dan menulis bahasa Melayu di sekolah. Jadinya, guru dan pentadbir di SJK perlu mengambil langkah drastik untuk meningkatkan penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan murid kerana ia bukan sekadar bahasa kebangsaan yang mampu menyatukan pelbagai kaum, tetapi kunci perpaduan antara kaum serta melambangkan jiwa Bangsa Malaysia. Oleh itu, semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa harus berupaya menguasai bahasa Melayu dengan baik bukan sekadar untuk berkomunikasi semata-mata malahan sebagai lambang martabat dan keperibadian rakyat serta kedaulatan negara. 18


Kelas sosial ini wujud mengikut hasil taraf pendidikan dan taraf sosioekonomi keluarga murid tertentu. Murid yang tergolong dalam kelas sosial rendah mungkin menghadapi masalah berkaitan rapat dengan pembayaran yuran sekolah, kemudahan belajar, kurang kelengkapan untuk belajar, pembiayaan sekolah dan lain-lain. Murid seperti ini juga akan menghadapi masalah dalam pelajaran kerana mereka kurang mendapat perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa akibat kesibukan bekerja untuk mencari rezeki (Salleh et al., 2009). Jadinya, mereka tidak akan mempunyai semangat untuk belajar dan berisiko untuk tercicir dalam persekolahan. Kajian Anderson (1991) mengenai kesan penglibatan ibu bapa ke atas pencapaian akademik murid mendapati jika ibu bapa terlibat secara langsung dan aktif dalam pendidikan anak-anak mereka, maka anak-anak akan mencapai keputusan yang lebih cemerlang dalam peperiksaan jika dibandingkan dengan ibu bapa yang tidak terlibat secara langsung dengan pendidikan anak mereka. IMPLIKASI STRUKTUR MASYARAKAT ATAU KELAS SOSIAL IMPLIKASI STRUKTUR MASYARAKAT ATAU KELAS SOSIAL 19


Selain itu, murid-murid yang berada di kelas sosial yang rendah ini juga terpaksa membantu ibu bapa mereka dalam mencari rezeki atau dikehendaki untuk mengurus hal rumahtangga. Ini bererti murid tersebut akan tidak mempunyai masa untuk belajar dan membuat kerja sekolah apabila berada di rumah. Dengan latar belakang ekonomi yang kurang, mereka juga kurang kemudahan untuk belajar seperti komputer, buku rujukan dan telefon bimbit yang boleh membantu dalam pencapaian tahap akademik mereka. Seterusnya, murid yang datang daripada kelas sosial yang sederhana dan tinggi pula akan kurang menghadapi masalah kelengkapan dan kemudahan dalam pembelajaran. Mereka juga berpeluang untuk menghadiri kelas tambahan yang berbayar serta mendapat bimbingan dan perhatian penuh daripada ibu bapa mereka. Segala keperluan untuk pembelajaran mampu dilunaskan oleh ibu bapa mereka tanpa banyak halangan. Hasilnya, peluang untuk mereka mendapatkan pendidikan lebih luas berbanding mereka yang berada dalam lingkungan taraf sosioekonomi rendah. Oleh itu, guru haruslah sentiasa menyokong dan membantu murid yang mempunyai masalah dan halangan untuk belajar. Guru juga tidak boleh membiarkan anak-anak murid mereka tercicir dalam pembelajaran walau dalam apa jua keadaan sekalipun. 20


Setiap murid di sekolah mempunyai gaya belajar dan berfikir yang berbeza dan tidak sama dengan individu yang lain walaupun mereka berada di dalam kelas yang sama. Gaya belajar murid yang berbeza ini juga akan menyebabkan beberapa masalah yang berlaku ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Antaranya ialah murid kinestetik akan sukar fokus, berasa mengantuk dan bosan terhadap pengajaran guru kerana mereka tidak boleh belajar hanya dengan mendengar penerangan daripada guru sahaja (Abol, 2023). Jadinya, murid seperti ini akan membuat bising di dalam kelas serta mengganggu murid yang lain semasa belajar. Hal ini demikian kerana, murid kinestetik ini memerlukan pergerakan dan perlu berinteraksi secara fizikal dengan melibatkan deria sentuhan dan pergerakan badan mereka. Contohnya, murid kinenstetik ini lebih suka belajar melalui eksperimen, demonstrasi dan praktikal. IMPLIKASI GAYA BELAJAR DAN BERFIKIR 21


Selain itu, murid visual pula akan lambat untuk menerima pengajaran daripada guru yang hanya menerang semasa mengajar tanpa menggunakan alat bantu mengajar seperti projektor dan bahan maujud yang mengandungi teks, gambar rajah, graf dan lain-lain lagi. Hal ini demikian kerana, murid visual ini lebih cenderung mempelajari sesuatu dengan melihat teks yang sedia ada dan lebih suka belajar melalui penglihatan (Putri et al., 2021). Mereka juga akan cepat berputus asa apabila sukar memahami pengajaran daripada guru. Murid seperti ini juga tidak memerlukan penerangan yang panjang daripada guru kerana mereka lebih gemar untuk menyalin nota dan membuat rujukan sendiri. Akhir sekali, murid auditori pula akan mudah memahami pengajaran guru dan mereka sahaja yang akan fokus semasa belajar kerana mereka mampu mengingati sesuatu perkara dengan cepat. Oleh itu, guru perlu bijak dan kreatif dalam menyampaikan maklumat kepada murid mengikut gaya pembelajaran mereka agar mereka mudah memahami pengajaran guru dan tidak berasa bosan di dalam kelas. 22


Masyarakat Malaysia yang pelbagai latar belakang ini merupakan masyarakat yang sangat unik dan dikagumi oleh negara-negara lain. Oleh itu, rakyat Malaysia perlu bersatu padu agar negara sentiasa aman dan harmoni. Justeru, guru merupakan insan terpenting dalam memastikan murid-murid memahami erti kepelbagaian sosiobudaya di negara ini sejak akar umbi lagi. Hal ini demikian kerana, guru merupakan role model kepada murid-murid di sekolah. Pembabitan guru dalam menerapkan nilainilai murni juga amatlah penting semasa menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran agar murid tidak melakukan perkara yang negatif yang boleh menimbulkan isu dan masalah di sekolah. Aktiviti yang dijalankan juga perlu sesuai dan selaras dengan ciri-ciri kelas mesra budaya agar persefahaman sesama murid dapat dibentuk. Guru juga perlu bijak memahami dan menerima segala kepelbagaian dan perbezaan yang ada pada setiap murid agar murid dapat belajar tanpa sebarang halangan. Guru juga tidak boleh bersifat bias semasa mengajar muridmurid. RUMUSAN 23


RUJUKAN Abol, M. T. (2023). KEPERLUAN MENANGANI GAYA PEMBELAJARAN VISUAL, AUDITORI DAN KINESTETIK (VAK) MURID BERKEPERLUAN PENDIDIKAN KHAS DI PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF SEKOLAH MENENGAH DI MALAYSIA. Journal of Human Capital Development (JHCD), 16(2), 1-17. Anderson, J. R. (1991). The adaptive nature of human categorization. Psychological review, 98(3), 409. Arifin, M. A. M., & Ahmad, A. H. (2016). Kepentingan budaya integriti dan etika kerja dalam organisasi di Malaysia: Suatu tinjauan umum. Geografia, 12(9). Chew, F. P., & Amir, S. A. (2023). Tahap Penguasaan Kemahiran Literasi Menulis Bahasa Melayu dalam Kalangan Murid Tahun Satu: Level of Literacy in Writing Skills in the Malay Language among Year One Pupils. PENDETA, 14(1), 74-87. Mahadi, F., Husin, M. R., & Hassan, N. M. (2022). Gaya Pembelajaran: Visual, Auditori dan Kinestetik. Journal of Humanities and Social Sciences, 4(1), 29-36. Mailani, O., Nuraeni, I., Syakila, S. A., & Lazuardi, J. (2022). Bahasa sebagai alat komunikasi dalam kehidupan manusia. Kampret Journal, 1(2), 1-10. Mamat, M. A. A., Saat, I., & Ariffin, K. (2014). Impak Dasar Ekonomi Baru ke atas PeningkatanEkonomi Bumiputera Selepas Tragedi 13 Mei 1969: The Impact of New Economic Policy on EconomicImprovement Tragedy to Bumiputera after 13 of May 1969. Perspektif Jurnal Sains Sosial Dan Kemanusiaan, 6(3), 138-151. 24


RUJUKAN Mansor, N. R., Mansor, N., & Abd Rahim, N. (2013). Dialek Melayu Terengganu: Pendokumentasian dan pengekalan warisan variasi bahasa tempatan. Jurnal Melayu, 10, 21-35. NGIEN, M. M., & CHING, T. H. (2016). Learning Chinese language in SJK (C): A case study of Bumiputera students in Sarawak: Pembelajaran Bahasa Cina di SJK (C): Kajian kes pelajar Bumiputera di negeri Sarawak. Journal of Chinese Literature And Culture ⾺⼤華⼈⽂學與⽂化學刊, 4(1), 63-84. Puteh, A. (2012). Pendidikan & Pembangunan Kejayaan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Pengantar di Malaysia (UUM Press). UUM Press. Putri, R. A., Magdalena, I., Fauziah, A., & Azizah, F. N. (2021). Pengaruh gaya belajar terhadap pembelajaran siswa sekolah dasar. Cerdika: Jurnal Ilmiah Indonesia, 1(2), 157-163. Ramli, M. A., & Jamaludin, M. A. (2012). Prinsip hubungan sosial bagi menangani konflik dalam masyarakat Malaysia berteraskan Islam. Jurnal Peradaban, 5(1), 49-71. Salleh, M. J., Hashim, C. N., Hassanaen, I., & Dawi, A. H. (2009, May). Status sosio ekonomi dan komitmen ibu bapa terhadap pencapaian pelajar dalam Penilaian Menengah Rendah, Malaysia. In 14th International Conference on Education. Sivaratanam, S. (2019). Penguasaan Golongan Kata Dalam Kalangan Murid SJKT. Rumpun Jurnal Persuratan Melayu, 7(1), 1-24. Syed Ismail bin Syed Mustaffa dan Ahmad Subki bin Miskon (2010). Budaya dan Pembelajaran. Ipoh: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd 25


TERIMA KASIH!


Click to View FlipBook Version