MRSM Balik Pulau, Pulau Pinang
Assessment e-mini tesis.
Disediakan oleh :
Nur’ Ain Syazrina binti Elias
4 Khazin
PB180059
15 Ogos 2021
1
ABSTRAK
PENGHARGAAN
BAB 1: PENGENALAN
1.1. PENDAHULUAN
1.2. PERBEZAAN NOVEL FIKSYEN DAN BUKAN FIKSYEN
1.3. PENYATAAN MASALAH
1.4. OBJEKTIF KAJIAN
1.5. SKOP PENYELIDIKAN
1.6. HIPOTESIS AWAL
1.7. KEPENTINGAN KAJIAN
BAB 2 : TINJAUAN BACAAN
2.1. BIOGRAFI SETIAP PENULIS
2.2. SINOPSIS 8 NOVEL
2.3. TARIKAN SETIAP
BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN 8 NOVEL
3.1. JENIS NOVEL (FIKSYEN/BUKAN FIKSYEN) PRPM
3.2. PROSES PENGUMPULAN DATA
3.3. TEMA SETIAP NOVEL
3.4. KEUNIKAN DALAM NOVEL
3.5. PERSAMAAN YANG TERDAPAT DALAM 8 NOVEL
3.6. KETERBEZAAN ANTARA 8 NOVEL
3.7. BANDING BEZA NOVEL MALAYSIA DAN NOVEL LUAR NEGARA
3.8. NOVEL DAN KEHIDUPAN
3.9. KEDUDUKAN NOVEL
3.10. KESIMPULAN
2
BAB 4 : PENUTUP
4.1. RUMUSAN KAJIAN
4.2. IMPLIKASI DAN CADANGAN
4.3. HIPOTESIS AKHIR
4.4. PENUTUP
3
Abstrak
Kajian ini dilakukan untuk mengetahui setiap novel KOMSAS yang perlu dipelajari
oleh tingkatan 4 dan tingkatan 5 seluruh Malaysia. Tujuan penetilian ini dilakukan adalah untuk
mencari cara yang lebih berkesan untuk menarik minat pelajar mendalami hasil-hasil karya
yang dipilih untuk dijadikan novel KOMSAS bagi kedua-dua tingkatan tersebut. Sumber data
pada penelitian ini sepenuhnya diperoleh daripada laman sesawang. Hasil penelitian ini
menunjukkan bahawa terdapat satu novel jenis bukan fiksyen manakala tujuh lagi novel jenis
fiksyen. Kelapan-lapan novel ini mempunyai jalan cerita yang berbeza. Berdasarkan sinopsis
dan sedikit pencarian setiap novel yang telah dikaji, novel yang paling digemari oleh pelajar
ialah novel Di Sebalik Dinara hasil karya Dayang Noor yang digunakan di zon 4 iaitu negeri
Sabah, Johor, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan, Hal ini kerana, novel ini
menggunakan imaginasi asal pengkarya sepenuhnya.
Penghargaan
Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan kesyukuran kehadrat Allah SWT kerana
dengan limpah kurnia dan izin-Nya dapat saya menyiapkan kajian ini. Dengan hati yang tulus
ikhlas, saya ingin merakankan jutaan terima kasih kepada guru mata pelajaran Bahasa Melayu
saya, Siti Norakma binti Muhammad Ariffin atas segala bimbingan dan tunjuk ajar yang telah
diberikan sepanjang kajian ini dilakukan.
Tidak lupa juga kepada semua guru-guru Bahasa Melayu Tingkatan 4 atas pertolongan
dan pendapat yang telah diberikan sepanjang proses menyiapkan kajian ini. Penghargaan ini
juga ditujukan kepada kedua ibu bapa, adik beradik dan sahabat handai atas kerjasama dan
sokongan yang telah diberikan. Akhir kata, sekalung terima kasih diucapkan kepada semua
pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam membantu menjayakan
kajian tindakan ini.
4
Bab 1 : Pengenalan
1.1 Pendahuluan
Kemahiran memahami atau menguasai novel merupakan satu aspek yang penting untuk
menduduki peperiksaan penting seperti Sijil Pendidikan Malaysia (SPM) dan Pentaksiran
Tingkatan 3 (PT3). Kedua-dua peperiksaan penting tersebut mempunyai soalan tentang
penguasaan novel untuk dinilai dalam diri setiap murid sekolah menengah. Hal ini kerana,
unsur-unsur sastera memainkan peranan dalam menanamkan nilai-nilai murni di dalam diri
muris sekaligus dapat membina pelajar yang bersahsiah tinggi. Setiap pelajar perlu mengkaji
atau mendalami novel setiap tingkatan mengikut zon masing-masing dari segi nilai murni dan
pengajaran. Namun begitu, pelajar pada zaman yang berteknologi tinggi tidak gemar membaca
novel kerana mereka lebih banyak menghabiskan masa di media sosial.
1.2 Perbezaan novel fiksyen dan novel bukan fiksyen.
Novel fiksyen merupakan sepenuhnya cerita imaginasi yang direka oleh pengkarya.
Kebanyakkan novel, drama dan cerita pendek merupakan jenis fiksyen kerana cerita-cerita in
dibina bukan berdasarkan pengalaman. Sebagai contoh, cerita yang melibatkan kaum kerdil,
bunian, pari-pari dan pelbagai watak lain yang tidak wujud. Bagi bukan fiksyen pula,
pengkarya menceritakan tentang perkara sebenar seperti jurnal, surat khabar, biografi dan
sebagainya. Kebanyakkan karya bukan fiksyen menggunakan hujah dan fakta untuk
membuktikan maksudnya. Pada pendapat saya, sudah semestinya kebanyakkan pelajar sekolah
lebih gemar membaca buku fiksyen kerana buku berkategori tersebut menggunakan imaginasi
yang tinggi. Berdasarkan penerangan yang telah saya nyatakan, dapat saya tafsirkan bahawa
ksesemua
1.3 Penyataan masalah
Bagaimana cara untuk menarik minat pelajar untuk mendalami hasil karya dalam negara.
1.4 Objektif kajian
- Membezakan novel fiksyen dan novel bukan fiksyen berdasarkan novel-novel yang
digunakan oleh setiap sekolah di semua zon di Malaysia.
- Mencari cara yang berkesan untuk menarik minat pelajar untuk mendalami hasil karya
dari dalam negara.
1.5 Skop penyelidikan
Penyelidikan ini melibatkan 8 buah novel, 4 bagi tingkatan 4 dan 4 bagi tingkatan 5
mengikut zon yang telah ditetapkan. Bagi zon 1 iaitu negeri-negeri di bahagian utara perlu
mempelajari novel bertajuk Songket Berbenang Emas hasil karya Khairuddin Ayip bagi
tingkatan 5 manakala novel bertajuk Jendela Menghadap Jalan bagi Tingkatan 4. Bagi zon
5
kedua iaitu melibatkan negeri-negeri seperti Selangor, Negeri Sembilan, Wilayah
Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Pelajar perlu mempelajari
novel bertajuk Tirani hasil karya Beb Sabariah bagi tingkatan 5 manakala novel bertajuk
Leftenan Adnan Wira Bangsa hasil karya Abdul Latip bin Talib bagi tingkatan 4. Bagi zon
ketiga yang melibatkan negeri-negeri seperti Melaka, Terengganu, Kelantan dan Pahang,
pelajar perlu mempelajari novel bertajuk Bima Sakti Menari hasil karya Sri Rahayu Mohd
Yusop untuk tingkatan 5 manakala novel bertajuk Pantai Kasih hasil karya Azman Nordin
bagi tingkatan 4. Dan akhir sekali, zon keempat yang melibatkan negeri-negeri seperti
Johor, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Sabah, pelajar perlu mempelajari novel
bertajuk Silir Daksina hasil karya Nizar Parman bagi tingkatan 5 manakala nivel bertajuk
Di Sebalik Dinara hasil karya Dayang Noor bagi tingkatan 5.
1.6 Hipotesis awal
Hipotesis awal yang dapat dilakukan oleh saya, setiap novel yang dipilih menjadi novel
yang dikaji pelajar tingkatan 4 dan 5 masing-masing mempunyai daya tarikan tersendiri.
Namun begitu, pelajar paling menggemari novel Di Sebalik Dinara kerana jalan cerita dan
penutup novel tersebut memerlukan daya pemikira pelajar yang tinggi.
1.7 Kepentingan kajian
Kepentingan kajian adalah untuk mencari jalan untuk menarik minat pelajar untuk
mempelajari dan mendalami novel hasil pengkarya dari dalam negara. Selain itu, kajian
ini juga dilakukan untuk membezakan karya fiksyen dan bukan fiksyen yang dihasilkan
oleh pengkarya dalam negara.
6
Bab 2 : Tinjauan Bacaan
2.1 Biografi setiap penulis
Penulis novel Songket Berbenang Emas
Khairuddin bin Ayip lahir pada 25 Februari, 1962 di Karnpung Jelotong, Parit Raja,
Batu Pahat, Johor. Beliau merupakan anak keenam daripada sembilan adik beradik. Ayahnya
pekerja JPT sementara ibunya seorang penoreh getah. Pada tahun 1969, beliau mendapat
pendidikan awal di SK Pintas Raya dan pada tahun 1975, beliau meneruskan persekolahan di
SM Tun Ismail sehingga lulus SPM. Pada tahun 1980, Khairuddin melanjutkan pelajaran ke
tingkatan enam di SM Dato' Bentara Luar. Setelah lulus STP, pada tahun 1982 hingga 1984
beliau mengikuti kursus dalam bidang Pendidikan Sekolah Menengah, Pendidikan Seni dan
Pengajian Melayu di Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim, Johor Bahru. Mulai tahun 1985,
Khairuddin bertugas sebagai guru di SRK Sri Petaling, Petaling Jaya. Setelah sepuluh tahun di
sekolah tersebut, beliau bertugas di SR Seksyen 18, Shah Alam sebagai Penyelia Petang
Latar tempat tinggal banyak mempengaruhi Khairuddin dalam bidang penulisan.
Tempat lahir beliau Kampung Parit Jelotong, merupakan kampung tradisi masyarakat
berketurunan Jawa yang letaknya empat kilometer dari pekan Parit Raja,. Beliau melalui
kehidupan sebagai warga kampung, penghuni asrama sekolah pada tahun 1981 dan sewaktu
mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim. Kehidupannya
banyak berubah semasa bertugas di SRK Sri Petaling, sekolah elit yang menempatkan anak
menteri, kerabat raja, datuk, orang berpangkat besar dan golongan berada. Selain itu,
beliau melihat pelbagai ragam kehidupan manusia yang baik hinggalah penagih dadah dan
pelacur. Hidup di kawasan Chow Kit yang terlalu keras, pentingkan diri dan nekad, secara tidak
langsung membentuk dirinya menjadi berani hadapi segala kemungkinan
7
Penulis novel Tirani
Beb Sabariah atau nama penuhnya Bibi Sabariah Hj Abang Awet, lahir di Kampung
Pusa, Saribas, Bahagian Betong, Sarawak. Lulus Senior Cambridge dari SMK Green Road
Kuching beliau terus mendapat pendidikan ikhtisas @ diploma dari Maktab Perguruan Rajang
Bintangor, Sarikei dan Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor Baharu. Beliau mula
aktif dalam penulisan karya kreatif pada tahun 1999 dalam genre cerpen, puisi, rencana serta
rencana kritikan sastera. Menetap di Bandar raya Kuching, Beb Sabariah adalah ahli KEPEZI
(Kelab Penulis Zaharah Nawawi) dan PEKASA (Persatuan Karyawan Sastera Sarawak).
Karya-karya beliau dimuatkan dalam beberapa buah antologi cerpen iaitu KEPEZI
SATU, KEPEZI DUA (terbitan Haqaf Enterprise- selenggaraan Zaharah Nawawi) dan Memori
Sebuah Rindu (terbitan DBPCS), Antologi Pengucapan Puisi Hari Wilayah-Bandar Raya 2003,
2004, 2005, Antologi Puisi Pertemuan Budayawan BIMP-EAGA 2000, Pelagus-Antologi
Sastera Sarawak Jilid 1 2003.Selain itu cerpen dan puisi beliau juga pernah disiarkan dalam
akhbar Mingguan Malaysia, Utusan Melayu Mingguan, Berita Minggu, Utusan Sarawak,
Mingguan Sarawak serta Majalah Dewan Sastera dan Majalah Wanita.
Nama Beb Sabariah mungkin sedikit terlindung dalam lautan manusia yang bergelar
penulis di media arus perdana terutama di Semenanjung. Namun bagi penulis dan peminat
sastera Sarawak, nama ini cukup gah menghiasi laman kecintaan yang indah itu melalui aktiviti
sastera mahupun karya-karyanya.Seperkara yang cukup istimewa bagi Beb Sabariah yang
dikenali masyarakat setempat sebagai Cikgu Bibi biarpun meminati bidang penulisan sastera
sejak zaman persekolahan dan maktab perguruan, namun beliau benar-benar menceburi bidang
ini hanya pada tahun-tahun akhir kerjayanya sebagai Guru iaitu tahun 2000 dengan cerpennya
Rakan Siber @ disiarkan di Mingguan Sarawak. Sebagai penulis negeri, Beb Sabariah yang
lebih awal berjaya dalam bidang penulisan puisi begitu pantas bertapak dan dapat menguasai
rantau nasional. Tidak sampai setahun selepas cerpen pertamanya itu menyusul Surat Untuk
Nancy Maimunah-disiarkan di Mingguan Malaysia (2001).
8
Penulis novel Silir Daksina
NIZAR Parman atau nama sebenarnya Md. Nizar bin Parman dilahirkan pada 31 Ogos
1973 di Ayer Hitam, Batu Pahat, Johor. Pendidikan rendahnya di Sekolah Kebangsaan Seri
Paya, Parit Raja, Batu Pahat, sementara peringkat menengahnya di Sekolah Menengah Datuk
Menteri, Ayer Hitam, Batu Pahat. Beliau lulus Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) pada
tahun 1992. Dari tahun 1994 hingga 1996, beliau meneruskan pengajian di Maktab Perguruan
Kinta (MPKI), Jalan Dairy, Ipoh, Perak. Pada tahun 2015, beliau berjaya memperoleh Ijazah
Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Melayu Sekolah Rendah daripada Open University of
Malaysia.
Nizar Parman mula menulis pada tahun 1995 semasa menuntut di MPKI. Beliau
terdorong untuk menulis setelah membaca dan mengkaji karya yang ditulis oleh Sasterawan
Negara dan penulis tersohor tanah air semasa menuntut di sana. Setiap minggu, beliau akan
meminjam buku di perpustakaan.
Bermula dengan membaca karya hebat seperti Konserto Terakhir, Rimba Harapan,
Seorang Tua di Kaki Gunung, Daerah Zeni, dan Senjakala, beliau mula terfikir, sampai bilakah
harus membaca karya orang lain? Lantaran pertanyaan itu, beliau mula memberanikan diri
menulis puisi dan kemudiannya cerpen. Karyanya berupa cerpen, puisi, dan rencana tersiar
dalam pelbagai media, seperti Berita Harian, Mingguan Malaysia, Utusan Malaysia, Dewan
Siswa, Dewan Pelajar, Pelita Bahasa, Mingguan Wanita dan URTV. Beliau juga menulis
novel.
Isu dan tema yang ingin disampaikan dan menjadi keutamaan dalam karya beliau ialah
kisah kehidupan masyarakat di luar bandar dan marhaen. Baginya, kelompok ini cukup penting
untuk mengimbangi sosiobudaya masyarakat di negara kita.Seperti kebanyakan penulis, ketika
berkarya, Nizar Parman memilih untuk menulis dalam suasana yang cukup aman dan tenang.
Lantaran itulah beliau memilih waktu menulis pada larut malam, iaitu dari jam 12.00 tengah
malam hingga dinihari.
9
Penulis novel Bima Sakti Menari
Nama pengarang wanita ini wajar dimasukkan dalam Malaysia Book of Records kerana
dalam tempoh 12 tahun berkarya, beliau telah menghasilkan sembilan buah novel dan kesemua
novel tersebut memenangi Hadiah Sastera Kumpulan Utusan Kategori Novel Remaja. Dua
daripadanya, iaitu Bukan Legasi Lalang dan Bimasakti Menari memenangi Hadiah Sastera
Perdana Malaysia Kategori Kesusasteraan Remaja (Novel) bagi tahun 2000/2001 dan 2012.
Latar belakang pendidikannya bukan kesusasteraan Melayu sebaliknya memiliki Ijazah
Sarjana Muda Pendidikan TESL daripada University of Otago, New Zealand & Dunedin
College of Education, New Zealand. Sri Rahayu Mohd Yusop merupakan suatu nama yang
sedang mekar dalam jagat kesusasteraan Melayu. Minatnya kepada dunia penulisan berkait
dengan minatnya yang suka bercerita.
“Sebagai kakak sulung, saya suka bercerita kepada adik-adik saya. Apabila saya remaja
saya mula menulis sekadar suka-suka. Apabila memasuki universiti, saya belajar teknik
penulisan dengan membaca buku-buku panduan penulisan,” katanya menghimbau kenangan
berjinak-jinak dalam dunia penulisan.
Apabila melanjutkan pelajaran di New Zealand, beliau menemukan keistimewaan
negara sendiri sebagai latar belakang cerita. Hanya ketika berusia 24 tahun, barulah beliau
menemui jati diri sebagai penulis. Setelah berkahwin, suami merupakan penyokong kuat yang
memberikan bantuan dari segala segi di samping galakan. Di samping itu, ibu beliau tidak
putus-putus mendoakan kejayaannya.Sri Rahayu menyukai genre fiksyen sains kerana tidak
banyak saingan di peringkat kebangsaan. Di samping itu, katanya, genre fiksyen sains sentiasa
memerlukan penulisnya mengikuti perkembangan terkini tentang teknologi.
10
Penulis novel Leftenan Adnan Wira Bangsa
Abdul Latip Talib yang juga sinonim dengan panggilan Pak Latip dilahirkan di
Kampung Ulu Seperi, Rembau, Negeri Sembilan pada 2 Jun 1954. Beliau mula menceburkan
diri di dalam bidang penulisan sastera bermula pada tahun 1999. Beliau terkenal sebagai
penulis prolifik melalui novel-novel sejarah Islam yang ditulis beliau yang dikenali sebagai
siri Novel Sejarah Islam.
Pencapaian dan sumbangan terbesar beliau mungkin sekali adalah dalam menarik minat
golongan remaja untuk membaca bahan sejarah melalui penulisan siri Novel Sejarah
Islam yang diterbitkan oleh PTS Fortuna. Berdasarkan laman web universitipts.com, karya-
karya beliau telah berjaya membantu pelajar-pelajar sekolah memperbaiki markah pencapaian
ujian sejarah Islam.
Novel karangan beliau iaitu Randau Ruai dan Beraraklah Awan Pilu masing-masing
telah memenangi tempat pertama dalam Peraduan Menulis Sastera dan Budaya
Sarawak dan Hadiah Sastera Utusan pada tahun 2005. Ketika penyampaian Hadiah Sastera
Kumpulan Utusan-ExxonMobil 2005 bagi kategori Novel Remaja, beliau memenangi tempat
ketiga dengan novel Beraraklah Awan Pilu. Pak Latip meraih hadiah RM3,000 dan sijil.
Hadiah disampaikan oleh Menteri Luar, Datuk Seri Syed Hamid Syed Jaafar Albar di Hotel
Renaissance, Kuala Lumpur pada 19 Julai 2006.
Walaupun telah menulis dan menerima beberapa anugerah sebelumnya, namun nama
Abdul Latip Talib mula dikenali secara meluas oleh pembaca Malaysia melalui penulisan
siri Novel Sejarah Islam. Siri ini juga telah meletakkan nama beliau di tempat teratas dalam
senarai pemerima royalti tertinggi pada tahun 2011. Siri ini pula boleh dibahagikan kepada
zaman-zaman tertentu dalam sejarah tamadun Islam.
11
Penulis karya Pantai Kasih
Azmah Nordin merupakan seorang pengarang buku di Malaysia. Beliau dilahirkan
pada 10 Januari 1958 di Kulim, Kedah. Azmah Nordin kemudiannya mendapat pendidikan
rendah dan menengah dalam aliran Melayu dan Inggeris. Pada 1973 beliau berpindak
ke Sabah dan menetap di sana.
Beliau mula berjinak dengan dunia penulisan pada awal 1980-an, iaitu dalam penulisan
rencana. Kecenderungannya menulis dalam bidang sastera bermula pada awal tahun 1986.
Beliau meminati penulisan sajak, cerpen dan novel. Azmah sangat aktif menghasilkan karya
dan banyak karyanya yang telah diterbitkan memenangi hadiah.
12
Penulis karya Di Sebalik Dinara
Dayang Noor atau nama sebenarnya ialah Noor Aziza Sulaiman, lahir pada tahun 1974
di Pahang, Malaysia adalah novelis Bahasa Melayu sambilan. Dia mempunyai ijazah dalam
bidang Elektronik dan Kejuruteraan Komputer dan kini bekerja sebagai eksekutif IT dengan
salah satu syarikat integrasi sistem IT terbesar di Selangor, Malaysia. Dia telah menghasilkan
dua novel fiksyen pulpa dalam Bahasa Melayu iaitu Jerat Pada tahun 2011 dan Hilang pada
tahun 2012. Dia tinggal di Selangor Bersama suami dan tiga orang anak lelakinya.
13
Penulis novel Jendela Menghadap Jalan
Ruhaini Matdarin dilahirkan pada 16 Mac 1981, di Kota Kinabalu, Sabah. Dilahirkan
di Hospital Queen Elizabeth dan dibesarkan di Kota Kinabalu, Sabah. Anak sulung daripada tiga
orang adik-beradik, suka melancong dan membaca. Mendapat pendidikan sehingga Sarjana
Pengurusan Kewangan, pernah berkhidmat sebagai juruaudit, pengurus kewangan dan
penasihat kewangan di beberapa buah syarikat pembinaan dan konsultansi. Pernah berkhidmat
di Tak Community Collegge sebagai tenaga pengajar separuh masa program budaya Asean
2012-2013.
Bermula tahun 2016 memilih untuk bekerja secara freelance (tapi hal ini ternyata
menambah kesibukannya terhadap kerja hakiki) supaya boleh menulis pada bila-bila masa yang
disukai dan melakukan perkara lain yang lebih bermanfaat selain bekerja keras hanya untuk
membayar bil dan cukai-cukai. Ahli Badan Bahasa dan Sastera Sabah serta ahli seumur hidup
Penulis Nasional (PENA). Menjadi pembimbing dan mentor bagi MPR peringkat negeri
Sabah, bengkel penulisan novel dan cerpen anjuran unit Penerbitan DBP cawangan Sabah.
Alumni Mastera novel 2016. Pengasas bersama SUNTIK, sebuah program bicara karya eceran
(puisi dan cerpen) di surat khabar Sabah yang dianjurkan setiap bulan bermula bulan Ogos
2017. Pengasas bersama program bicara santai Kupi & Snek Sastera Malaysia - sejak Oktober
2020.
14
2.2 Sinopsis novel
Songket Berbenang Emas (Tingkatan 5) karya Khairuddin Ayip (Zon 1 Utara)
Novel Songket Berbenang Emas mengisahkan kegigihan Dahlia yang merupakan seorang
pelajar tingkatan enam Sekolah Menengah Kebangsaan Temenggong Ibrahim, Batu Pahat dan
anak sulung dalam keluarga Embong yang menghadapi pelbagai kesusahan bak peribahasa
sudah jatuh ditimpa tangga. Dahlia merupakan seorang pelajar yang cemerlang dan disenangi
oleh rakan-rakannya seperti Kavita dan Siti Wangi. Namun begitu, pelbagai masalah keluarga
yang dihadapi oleh Dahlia yang menyebabkan tumpuannya terhadap peperiksaan STPM
terganggu. Ibunya iaitu Saleha dimasukkan ke Hospital Permai, Johor Bahru kerana ibunya
menghadapi kemurungan dan hilang ingatan. Ayahnya pula iaitu Embong dimasukkan ke wad
4 Hospital Batu Pahat kerana pahanya dipatuk ular tedung. Adiknya iaitu Abu Bakar bersikap
degil setelah tersilap memilih rakan. Dia tergamak menjual kambing peliharaan ayahnya demi
mendapatkan wang kerana dia tidak bekerja setelah mendapat pangkat 3 dalam SPM. Dia juga
pada mulanya tidak menghraukan masalah yang melanda keluarganya walaupun dia
merupakan anak lelaki tunggal dalam keluarga Dahlia.
Sebagai anak sulung, Dahlia terpaksa memberikan perhatian kepada keluarganya.
Adik-adiknya iaitu Mawar merupakan pelajar sekolah berasrama penuh, Kiambang berusia 13
tahun, Melati berusia 11 tahun dan Anggerik berusia 1 tahun masih belum mampu berdikari.
Apabila masalah keluarganya makin meruncing, Dahlia bertekad untuk berhenti sekolah dan
bekerja di sebuah kilang bagi menyara adik-adiknya yang masih bersekolah. Dahlia tetap
dengan keputusannya walaupun selepas dinasihati oleh cikgu Hisyam. Setelah ibunya
dibenarkan keluar dari wad, kampung mereka dilanda banjir besar. Rumah mereka hanyut lalu
mereka sekeluarga dipindahkan ke pusat pemindahan banjir yang terputus bekalan air dan
elektrik. Tekanan kian bertambah kerana hubungan akrab Dahlia dan Azhari dipandang serong
oleh jiran-jirannya. Tindakan berani Dahlia terjun ke sungai untuk menyelamatkan Said tidak
dihargai malah dicemuh pula kerana gagal menyelamatkannya. Setelah keadaan dan masalah
keluarganya kembali reda, Dahlia mengambil keputusan untuk menyambung pelajarannya
semula. Memandangkan peperiksaan STPM cuma tinggal seminggu lagi, Majlis
pertunangannya dengan Azhari pula akan diadakan pada 30 Disember iaitu setelah tamat
peperiksaan STPM.
Berkat kesabarannya menghadapi pelbagai cabaran dalam meneruskan kehidupan, dia
terpilih untuk melanjutkan pelajaran ke Jepun dalam kursus Pengurusan Perniagaan peringkat
15
ijazah pertama selama 4 tahun. Oleh itu, Dahlia akan mengikuti kursus bahasa Jepun di
Universiti Malaya selama 6 bulan yang bermula pada 2 Januari. Dia perlu mendaftarkan dirinya
pada 31 Disember dan pada hari tersebut juga akan berlangsung minggu suai kenal.Dahlia tidak
menghadiri majlis pertunangannya kerana keluarga Azhari terlambat sampai ke rumah
keluarga Dahlia. Haji Sulaiman juga menyerahkan sumbangan penduduk kampung sebanyak
RM500.00 kepada Dahlia. Sebahagian besar daripada jumlah tersebut disumbang oleh Tauke
Lim sebanyak RM300.00. Walau bagaimanapun, Azhari sempat bertemu dengan Dahlia
sebelum bas bertolak ke Kuala Lumpur. Dalam pertemuan tersebut, beliau telah menghadiahi
Dahlia sehelai kain songket merah berbenang emas bagi mengingatkan Dahlia agar dia sentiasa
menjaga tatasusila dan budaya masyarakat Timur walau di mana sahaja dia berada.
16
Sinopsis Tirani (Tingkatan 5) karya Beb Sabariah (Zon 2 : Selangor, Negeri Sembilan, Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutan Putrajaya)
Novel ini mengisahkan tentang kisah seorang gadis yang mahu menjadi cantik dan berhidung
mancung kerana hidungnya pesek. Gadis yang bernama Waheeda juga ingin mengecapi
kemajuan atas nama dirinya dalam bidang pelancongan sehingga suaminya, Zahid mengatakan
bahawa Waheeda telah mengabaikan batas-batas pergaulan sebagai isteri. Waheeda telah
membuat kebetulan hidungnya yang kebetulan digigit monyet dengan melakukan pembedahan
rekonstruksi wajah untuk menjadi lebih cantik. Dengan Kecantikan yang dibentuk, maka
datanglah kejayaan dalam kerjayanya. Bidang pelancongan yang diterokainya telah
mempertemukan suaminya dengan anak rakan niaganya di Sarawak Datuk Yasser. Kecantikan
dan kejayaan yang dicapai oleh Waheeda tidak menjamin kebahagiaan rumah tangga malah
merosakkan kehidupannya. Kecantikannya menyebabkan tugasnya bertambah berat dan
harapan orang terhadapnya melambung tinggi sehingga Waheeda tidak larat memikulnya.
Cinta Waheeda terhadap suaminya begitu mendalam sehingga jatuh sakit jiwa setelah
diceraikan oleh suaminya. Penceraian berpunca daripada wajah anaknya yang tidak ada
mewarisi kecantikannya dan ditambah rasa cemburu oleh Zahid. Akhirnya, Waheeda bertekad
untuk Berjaya dan berdikari dalam bidang pelancongan dengan menguruskan sebuah chalet di
Cameron Highland. Kemajuan chalet yang diusahakan oleh Waheeda dan anaknya Izzati telah
menarik kehadiran ramai pelancong termasuklah Zahid. Akhirnya, mereka dipertemukan di
chalet tersebut. Namun, disudut hati Waheeda dan Zahid terserlah satu falsafah hidup bahawa
kecantikan seseorang hanyalah satu Tirani.
17
Bima sakti menari (Tingkatan 5) karya Sri Rahayu Mohd Yusop (Zon 3 : Melaka, Terengganu,
Kelantan dan Pahang)
Novel ini mengisahkan Nurul Hafsa yang bertugas sebagai Pegawai Sains di Balai
Cerap Sultan Salahuddin. Beliau dikunjungi oleh pelajar-pelajar dari Jepun untuk melihat buruj
Orion atau buruj Belantik dengan mata kasar, tanpa sebarang bantuan alat pencerap namun
gagal kerana langit terlalu cerah. Nurul Hafsa yang pada mulanya runsing dengan situasi
tersebut akhirnya telah mengambil langkah bijak bagi menyelesaikan masalah tersebut dengan
mengemukakan hujah yang dapat diterima oleh kumpulan pengunjung tersebut. Dia dengan
berani telah mengakui kekurangan yang berlaku pada malam tersebut berpunca daripada kesan
negatif akibat pembangunan pesat yang berlaku di Kuala Selangor.
Nurul Hafsa mengambil keputusan untuk melihat sendiri kelip-kelip di Kampung
Kuantan. Beliau kecewa kerana tidak banyak kelip-kelip di situ, apatah lagi anak sungainya
dipagar untuk menghalang bot atau sampan melaluinya. Nurul Hafsa membentangkan Projek
Kawasan Simpan Langit Gelap di hadapan Menteri Besar, ahli akademik, ahli perniagaan dan
orang awam di bangunan SUK Shah Alam. Rancangannya ditentang oleh Dato’ Johann
Arlington dan dia mengatur rancangan untuk mengupah tiga orang tonto bagi menyiasat
pergerakan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik dan memastikan mereka tidak dapat
melaksanakan projek tersebut. Berita kemalangan Muhammad Taufik mengejutkan Nurul
Hafsa. Ketua Inspektor Lim mengesyaki kemalangan itu dirancang oleh musuhnya. Selepas
peristiwa itu, Nurul Hafsa pula menjadi mangsa apabila diculik dan abangnya, Budiman cedera
dipukul. Muhammad Taufik cuba membebaskan Nurul Hafsa dengan mengikut arahan
penculik untuk berjumpa di stesen minyak Petronas.
Nurul Hafsa dibebaskan tetapi Muhammad Taufik pula diculik. Nurul Hafsa cuba
menyelamatkan Muhammad Taufik dengan membuat laporan polis di IPD Kuala Selangor.
Balai Polis Bestari Jaya menerima aduan daripada penduduk setempat bahawa terdapat aktiviti
bukan perladangan dan pihak polis membentuk Pasukan Gerak Khas. Pasukan ini menyerbu
dan berjaya menembak tiga lelaki dan beberapa orang lelaki keluar menyerah diri. Muhammad
Taufik diselamatkan oleh Ketua Inspektor Lim.
18
Nurul Hafsa, Haji Yassir dan Budiman berada di Masjid Jamik Sultan Ibrahim Kuala
Selangor untuk menghadiri kenduri kesyukuran bagi meraikan pernikahan kali kedua Tan Sri
Muhaimin dan bekas isterinya. Tan Sri Muhaimin menyampaikan ucapan ringkas dengan
menyatakan rasa syukur beliau ke hadrat Ilahi dengan kembalinya anak dan isteri ke pangkuan
beliau dan musuh perniagaannya, Dato’ Johann Arlington pula bakal dihadapkan kemuka
pengadilan. Dalam majlis tersebut, Muhammad Taufik meluahkan isi hatinya terhadap Nurul
Hafsa. Muhammad Taufik menyampaikan hasratnya untuk menghantar rombongan lamaran ke
kediaman orang tua Nurul Hafsa.
19
Silir Daksina (tingkatan 5) karya Nizar Parman (Zon 4 : Johor, Sabah, Sarawak dan Wilayah
Persekutuan Labuan)
Novel ini menceritakan tentang seorang remaja yang bernama Haiqal Haqimi. Dia
tinggal bersama umi dan ayah tirinya. Suatu hari, Haiqal didatangi sebuah manuskrip lama
yang kandungannya adalah hasil penulisan ayah kandungnya. Haiqal teruja dengan kandungan
manuskrip itu. Dia bertekad untuk menjejak ayah kandungnya di sebuah kampung di Batu
Pahat, Johor. Keputusan Haiqal untuk ke kampung arwah ayahnya mendapat tentangan keras
daripada uminya atas sebab tiada apa-apa di sana kerana ayah kandungnya sudah lama
meninggal dunia. Hubungan umi dan ayah kandungnya tidak bahagia kerana mereka tidak
sehaluan kerana uminya tidak faham kerjaya ayahnya. Umi membawa Haiqal tinggal
bersamanya di Kuala Terengganu. Ayah kandung Haiqal tinggal kesepian di Johor. Hidup
keseorangan, kesepian dan dihurung kerinduan terhadap anaknya.
Haiqal tetap ingin ke sana walaupun umi melarang keras keputusannya itu. Umi tidak
mahu Haiqal mengikuti jalan hidup seperti arwah ayah kandungnya. Haiqal diugut umi, tidak
akan memberikan wang perbelanjaan semasa di sana tetapi akhirnya walidnya akan
menanggung perbelanjaannya semasa di sana.
Sesampai di kampung Seri Purnama, di sana Haiqal disambut mesra oleh penduduk
kampung. Hal ini dikatakan kerana arwah ayahnya seorang yang sangat disegani. Sedikit demi
sedikit Haiqal mengetahui tentang arwah ayahnya melalui penceritaan penduduk-penduduk
kampung di sini. Terdapat sedikit ilmu tentang tarian zapin didalam novel ini. Beliau juga
seorang yang amat mencintai sastera.
Dari situlah Haiqal mula mengetahui tentang arwah ayahnya. Semenjak arwah ayahnya
meninggal kampung Seri Purnama kehilangan orang yang sangat penting untuk
memperkenalkan tarian zapin ini. Sebelum Haiqal pulang, Haiqal ingin kumpulan zapin D’
Purnama membuat persembahan tarian zapin. Haiqal dan See Hwa menari zapin bersama.
Haiqal terharu kerana umi, walid dan adik tirinya Nurul Asiyah turut ada untuk
menyaksikannya menari zapin. Dendam uminya terhadap Abdullah melebur apabila dia datang
ke kampung Seri Purnama untuk menyaksikan Haiqal menari dan uminya mengaku bahawa
darah yang mengalir dalam tubuh Haiqal adalah darah Abdullah bin Kayan.
20
Leftenan Adnan Wira Bangsa (Tingkatan 4) karya Abdul Latip Bin Talib (Zon 2 : Selangor,
Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya)
Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa berlegar-legar sekitar watak utama, iaitu Adnan.
Pada peringkat awal penceritaan, novel ini mengisahkan kehidupan Adnan semasa kecil. Beliau
dilahirkan di sebuah kampung di Sungai Ramal, Selangor. Rata-rata penduduk kampung itu
masih berada dalam kemiskinan. Kehidupan mereka bergantung pada sawah dan kebun getah
yang luasnya sekadar cukup makan sahaja. Keadaan ini turut dirasai oleh Pak Saidi dan Mak
Milah, iaitu bapa dan ibu Adnan yang membesarkan tiga orang anak, iaitu Adnan, Ahmad dan
Amarullah. Adnan merupakan anak sulung keluarga Pak Saidi. Sewaktu masih kecil, Adnan
merupakan anak yang rajin membantu keluarganya dan taat akan perintah orang tuanya.
Walaupun usianya baru mencecah sepuluh tahun, setiap pagi Adnan akan pergi ke kebun getah
untuk membantu orang tuanya menoreh getah. Selain itu, dia mengerjakan sawah bendang.
Pak Saidi sebenarnya berketurunan pahlawan. Beliau sengaja merahsiakan
keturunannya kerana khuatir akan diburu oleh pihak penjajah kerana moyangnya menjadi
orang buruan Inggeris. Darah kepahlawanan itulah yang mengalir dalam jiwa Adnan. Semangat
patriotik yang dimiliki oleh Pak Saidi amat tebal. Pak Saidi amat mengambil berat tentang
sejarah tanah air. Beliau senantiasa menekankan pentingnya orang-orang Melayu mengubah
kehidupan di negara sendiri. Para penjajah telah mengambil kekayaan negeri ini dan
menjadikan kaum peribuminya hidup dalam kemiskinan. Nasib orang-orang Melayu terpinggir
dan tidak terbela. Pak Saidi tidak mahu anak-anaknya mewarisi pekerjaannya. Pak Saidi
memiliki keazaman yang tinggi terhadap masa depan anak-anaknya. Pengetahuan Pak Saidi
tentang sejarah tanah air dikagumi oleh penduduk kampungnya.
Sejak kecil, Pak Saidi tidak mengabaikan tanggungjawab memberikan didikan terbaik
untuk anak-anaknya. Pak Saidi mahukan anak-anaknya berbakti kepada agama, bangsa dan
tanah air. Pak Saidi sedar bahawa dengan ilmu pengetahuan sahajalah negara akan dapat
dibangunkan. Pihak penjajah sememangnya tidak suka orang-orang Melayu menjadi pandai.
Atas dasar itu, Pak Saidi berhasrat mahu menghantar anak-anaknya mendapatkan ilmu
pengetahuan di sekolah aliran Inggeris. Tindakan Pak Saidi itu mendapat tentangan daripada
masyarakat kampung yang khuatir anak-anak Pak Saidi akan diresapi pengaruh agama Kristian
dan seterusnya menjadi murtad.
Adnan bersekolah di sebuah sekolah aliran Inggeris. Adnan terkenal sebagai pelajar
yang rajin dan pintar di sekolah. Sikapnya yang ringan tulang amat disenangi oleh rakan-rakan
21
dan guru-guru sekolah. Adnan menyatakan cita-citanya untuk menjadi askar. Setelah tamat
persekolahan, dia diterima menjadi guru pelatih di Sekolah Melayu Sungai Ramal. Namun
begitu, bidang perguruan bukanlah minatnya. Cita-citanya hanyalah satu, iaitu untuk menjadi
askar. Adnan terpilih menjadi askar dalam temu duga yang diadakan di Port Dickson. Adnan
berkahwin dengan Sophia. Adnan membawa isteri dan anak-anaknya ke Singapura. Namun,
Adnan terpaksa menghantar anak-anak dan isterinya pulang ke kampung apabila mendengar
berita Jepun akan menyerang Singapura.
Pihak Inggeris percaya bahawa kubu pertahanannya di Singapura kebal. Malah Inggeris
yakin bahawa kubunya di Singapura itu tidak akan dapat ditembusi oleh askar Jepun. Dalam
pertempuran di Kelantan dan di Singapura, askar Melayu telah menunjukkan keberanian dan
semangat keperwiraan yang hebat. Sebanyak 152 orang askar Melayu, termasuk 7 orang
pegawai Melayu yang dipinjamkan ke Rejimen Askar Melayu terkorban. Antara pegawai askar
Melayu yang terkorban itu termasuklah Leftenan Adnan bin Saidi. Beliau bersama-sama 42
orang anggotanya telah berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir. Pada 15 Februari
1942, askar Jepun Berjaya menakluki Singapura setelah berlaku pertempuran yang hebat.
Akhirnya, British terpaksa menyerah kalah kepada Jepun.
22
Pantai Kasih (tingkatan 4) karya Azmah Nordin (Zon 3 : Melaka, Terengganu, Kelantan dan
Pahang)
Novel Pantai Kasih mengisahkan kemelut jiwa yang dihadapi oleh Raiha. Cerita
bermula apabila raiha berasa resah setelah meneliti sinar-X terbaharu milik Unong Siron.
Doktor Uwang tidak berpuas hati dan merasakan seolah-olah Raiha mempertikaikan
kewibawaanya sebagai seorang pakar bedah. Raiha mengeluh kerana Doktor Uwang telah lima
kali menjalankan pembedahan sendi pinggul terhadap Unong Siron tetapi tidak berhasil dan
mendatangkan kesakitan terhadap pesakit itu.
Felicia Landosi, ketua jururawat di Pusat Rawatan Pantai Kasih (PRPK) teringat akan
sumpah yang dibuatnya di hadapan Doktor Uwang dan ikrar yang pernah dilafazkan di hadapan
Raiha. Doktor Uwang telah menawarkan gaji yang lumayan kepada Felicia Landosi sebagai
umpan untuk menutup mulut Felicia tentang dosa dan kenangan pahit yang telah dilakukannya.
Hati dan perasaan Felicia resah dan peristiwa hitam itu sering kali menghantui perasaannya
sehingga dia merasakan tidak tenteram berada di PRPK. Felicia telah mengambil ubat batuk
secra curi-curi di farmasi bagi mengurangkan ganggian halusinasi dan melupakan kenangan
hitam yang dialaminya itu sehingga terlebih dos.
Doktor Uwang Berjaya membangunkan PRPK daripada pusat rawatan kecil hingga
menjadi sebuah pusat rawatan yang ternama dan mewah. Namun begitu, kewibawaannya
sebagai peneraju PRPK masih belum mendapat pengiktirafan daripada bapanya sendiri, iaitu
Datu Ontong. Doktor Uwang berasa terpukul apabila pembedahan yang dilakukannya terhadap
Unong Siron dipertikaikan oleh Raiha.
Ketika bertugas di PRPK pada suatu malam, Raiha mendengar suara aneh yang
menyebut perkataan “lari”. Felicia menjalankan tugas rutinnya sebagai ketua jururawat di
PRPK. Dia bertugas di wad super VIP. Felicia melayan pesakit yang bergelar Datin dengan
penuh mesra dan bertanggungjawab. Ketika menikmati aiskrim, Felicia berasa loya setelah
diberitahu oleh Kartini Borhan bahawa aiskrim itu milik Doktor Raiha. Felicia berasa rimas
dan kurang senang apabila Kartini bercerita tentang pesakit Unong Siron, harapan ibu Unong
Siron dan kejayaan Doktor Raiha membuat pembedahan penggantian sendi pinggul. Felicia
menuju ke farmasi untuk mengambil ubat batuk.
Doktor Uwang teringat akan kisah dirinya yang mempunyai isteri yang jelita dan isteri-
isteri tidak rasminya yang sentiasa hadir dalam hidupnya. Ketika Doktor Uwang sedang
menonton televisyen di rumah bersama-sama dengan isteri jelitanya, dia seakan-akan melihat
23
wajah anak Raiha di kaca televisyen. Tatkala Felicia memasuki ruang farmasi, dia merasakan
bahawa dia tersilap langkah ke salah sebuah wad kelas biasa dan telah bersua muka dengan
seorang pesakit lelaki yang telah mengadu tentang indeksi yang berlaku kepadanya.
Kenangan Doktor Uwang tentang kisah silam hilang tiba-tiba apabila isteri jelitanya
muncul di ambang pintu. Isteri jelita Doktor Uwang memaklumkan panggilan telefon yang
diterima daripada Raiha yang ingin berbincang dengannya tentang pesakit bernama Unong
Siron. Raiha berada di dalam kondominiumnya. Raiha menerima panggilan telefon daripada
Felicia yang memintanya datang segera ke PRPK berhubung dengan masalah pesakit bernam
Unong Siron. Felicia merasakan drinya terperangkap di dalam farmasi PRPK. Dia mengambil
ubat batuk di ruang farmasi itu hingga menyebabkan dirinya khayal. Felicia menyangkakan
Raiha yang datang mencarinya. Namun begitu, yang tersembul di celah pintu ruang farmasi itu
ialah Doktor Mohammad. Felicia memohon bantuan Doktor Mohammad untuk memulihkan
Kembali segala masalah yang dihadapinya itu.
Ibu Unong Siron telah memujuk pemuda kuran siuman itu supaya melepaskan Felicia
dan mengikutnya untuk merawat Unong Siron yang sedang sakit. Selepas itu, pemuda kurang
siuman itu dihantar ke hospital sakit jiwa untuk menerima lawatan lanjut. Raiha mendapatkan
Felicia yang masih separuh khayal itu. Namun begitu, Felicia bertindak agresif dengan
melarang Raiha menyentuhnya sambal tersedu-sedan menangis kepiluan.
Sewaktu kereta mewah yang dipandu Doktor Uwang melewati pintu PRPK, Doktor
Uwang tersentak nafas sekali lagi menyebabkan dia gagal mengawal kereta lalu melanggar
tembok garaj. Doktor Uwang mengalami kecederaan parah dan terpaksa menjalani operasi
penggantian sendi pada anggota tubuhnya rosak. Ketika Raiha melangkah ke garaj kereta
PRPK menjelang dinihari, Felicia telah memanggil namanya. Dengan menangis tersedu-sedan,
Felicia telah meminta maaf daripada Raiha kerana kesilapannya terjebak dalam kes kematian
anak Raiha, Rohayu. Felicia menceritakan keadaan sebenar yang berlaku kepada Raiha Felicia
memohon maaf sekali lagi daripada Raiha dan mengatakan dia takut untuk tampil sebagai saksi
di mahkamah. Raiha sedar bahawa dia dan Felicia merupakan dua orang insan yang sama-sama
menjadi mangsa keadaan dan mangsa kerakusan diri sendiri. Raiha memaafkan kesalahan
Felicia. Dia reda dan pasrah dengan kematian anak tunggalnya itu.
24
Di Sebalik Dinara (tingkatan 4) karya Dayang Noor
Novel ini berkisar tentang seorang gadis genius bernama Farisha. Farisha mula
mengenali Aqram dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Senai ke Kuala Lumpur. Selepas
itu, Aqram menawarkan sebuah projek mini kepada Farisha dan Rosman Ketika mereka
bertemu dengan Aqram dalam The 3rd Malaysia Computer Security Symposium. Setelah
bersetuju, Aqram memperkenalkan Farisha dan Rosman dengan Dr. Maxi yang dibantu oleh
Aqram, Khairul Anwar dan Alia. Dr Maxi menawarkan RM1.5 juta kepada Farisha dan
Rosman untuk menggodam tiga kelompok komputer Soft Lab dalam tempoh sebulan. Shida
pula diminta oleh Soft Lab untuk menulis rencana mankala Farisha akan menggodam dan
mengukuhkan sistem Dinara. Shida merupakan pelan sandaran yang terakhir.
Projek Dinara di Soft Lab terpaksa dihentikan kerana Karl terlantar akibat barah usu.
Dr. Maxi mengetua Projek Dinara. Dalam badan Farisha telah dimasukkan cip telepati yang
dapat berhubung terus dengan Karl. Semua perbualan Farisha dengan Karl dapat dilihat oleh
Dr. Maxi, Aqram dan Khairul Anwar. Sejak itu, kesihatan Farisha kurang stabil. Shida pula
dapat mengesan misteri dalam Projek Dinara apabila nama Medina dipadamkan dari sejarah
syarikat Soft lab.
Farisha melawat Azraai dan terkejut kerana Azraai terkena serangan jantung serta
mengetahui hakikat bahawa dia anak angkat dalam keluarga Azraai. Keesokannya, Farisha
pengsan di Soft Lab lalu dikejarkan ke hospital. Dr. Maxi merancang Plan B untuk menjadikan
Shida sebagai pengganti Farisha. Shida menjalani sesi bawah sedar untuk berkomunikasi
dengan Karl. Farisha mengalami mimpi bertemu dengan ibunya, Medina (Marilyn). Farisha
memberitahu Azraai bahawa Marilyn menghubunginya menyebabkan Azraai bahawa Marilyn
menghubunginya menyebabkan Azraai membawa Farisha keluar dari hospital menuju ke
selatan. Farisha telah diculik oleh pembantu-pembantu Medina di Hentian Pagoh.
Kedatangan Marilyn ke Soft Lab telah membongkar rahsia bahawa dia ialah ibu
kandung Farisha hasil hubungannya dengan Karl. Karl menghembuskan nafasnya yang
terakhir pada pukul 7.00 malam.
25
Jendela Menghadap Jalan (tingkatan 4) Rohaini Matdarin (Zon 1 : Pulau Pinang, Kedah, Perlis
dan Kedah)
Novel Jendela Menghadap Jalan diceritakan berdasarkan catatan Lili yang berlaku pada
bulan Ogos 2008. Novel ini mengisahkan sifat cekal dan keberaian Lili semasa menempuh
berbagai-bagai permasalahan sosial dan kemasyarakatan yang berlaku sepanjang cuti
persekolahannya di Kampung Sentosa. Cerita bermula apabila Lili dihantar pulang bercuti ke
kampung kelahiran ibunya di Dungun, Terengganu dengan menaiki bas ekpres. Ibunya
berpesan kepada Lili tentang perkara-perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan semasa dia
berada di kampung kelak. Semasa di dalam bas ekspres, seorang gadis berketurunan India,
Geetha duduk di sebelah Lili.
Lili menyukai panorama keaslian hutan di kampung itu. Lili berasa hairan apabila
melihat kebanyakan rumah di kampung itu dibina dengan kedudukan jendelanya yang rata-
ratanya menghadap jalan. Dalam pertemuan itu, nenek mengatakan bahawa Lili semakin besar.
Lili menghulurkan wang kiriman ibunya kepada nenek. Lili tekun menunggu dan berharap agar
datuknya bercerita tentang kepentingan susunan rumah dan jendela menghadap jalan
kepadanya. Namun begitu, datuknya bercerita tentang kelebihan dan bagaimana akar-akar kayu
berupaya untuk merawat pesakit melalui kaedah rawatan tradisional. Nenek mengajak Lili
pergi ke kedai runcit letchumi selepas hujan berhenti. Letchumi yang berbadan gempal
menyambut kedatangan nenek dan Lili dengan mesranya. Lili telah bertemu dengan Geetha
semula yang merupakan anak gadis Letchumi.
Penduduk kampung bertelagah dan tidak bersepakat tentang isu pemasangan kubah di
bumbung surau using. Nenek bercerita tentang nasib datuk Lili yang akan kehilangan lima lagi
pesakitnya yang datang dari Kuala Lumpur apabila mereka menggunakan ubat ajaib untuk
menyembuhkan penyakit. Datuk memberitahu Lili bahawa semua pesakitnya telah lari. Rashid
terlupa untuk menghantar Lili ke rumah Geetha. Sebagai menebus kesalahannya, Rashid
membawa Lili berjalan-jalan di pasar malam di pekan.
Lili mendengar suara Danel yang datang menyelamatkannya. Sebagai tanda
kesyukuran kerana Lili selamat, datuk sempat mengajak bebrapa orang Jemaah yang ada di
rumahnya untuk mengerjakan solat hajat. Nenek menasihati Lili agar tidak menyibuk pasal
keluarga Che Jah terutama yang melibatkan perihal Haziq dan Rafiq. Ketika berada di rumah
Che Jah, Lili memberitahu Che Jah bahawa dia memaafkan kesalahan Rafiq dan haziq atas
26
kejadian yang berlaku semalam. Che Jah terharu dan menangis apabila mendengar kata-kata
ikhlas Lili itu.
Datuk memberitahu Lili bahawa Kak Mimah telah menghubunginya. Datuk bertekad
hendak mengheret Seman ke penjara. Menurut datuk, Seman telah melakukan banyak
kerosakan kepada hati orang lain, selain hati isteri dan hati anak-anaknya. Lili mengagak
bahawa Geetha dan Danel mula jatuh cinta. Datuk berasa kesal kerana lambat bertindak untuk
meperbetul segala masalah yang berlaku di kampungnya itu. Lili terdengar suara kecoh di
halaman rumah datuknya. Mereka dating untuk melaporkan kubah telah dilarikan dan
mengesyaki anak-anak Che Jah yang melakukan perbuatan mencuri itu. Lili melihat datuknya
mengheret masuk Haziq dan Rafiq di halaman rumah sambal dibantu oleh dua orang pemuda
lain. Haziq dan Rafiq kelihatan lemah dan ada kesan dibelasah. Wajah Haziq lebam manakala
hidung Rafiq berdarah. Mereka masuk ke dalam rumah dan merebahkan diri di lantai ruang
tamu tanpa disuruh. Lili tidak berminat menyentuh isu kubah keran kubah itu sudah pun
dilarikan orang. Geetha membawakan Danel minuman panas. Akibat kebimbangan Haziq akan
bertindak ganas, nenek berkawal di muka pintu dapur dengan batang penyapu manakala Danel
pula berdiri mencuba melindungi Lili. Keadaan itu menyebabkan Geetha berasa cemburu dan
beredar dari ruang tamu itu. Kak Mimah dan Nadia, dua orang pegawai dari Jabatan Kebajikan
Masyarakat tiba di rumah datuk. Che Jah menemui Kak Mimah di rumah datuk. Dia
menceritakan kejadian malangnya dengan Panjang lebar kepada Kak Mimah dan Nadia. Che
Jah sangat bersetuju jika suaminya dibawa ke muka pengadilan kerana kubah yang dilarikan
semalam ialah perbuatan jahat suaminya tetapi suaminya itu telah menghalakan segala
perbuatan jahatnya kepada anak-anaknya yang sedang belajar untuk menjadi baik. Lili dan
Geetha disuruh menjaga Rafiq dan Haziq di rumah dengan ditemani oleh Kak Bibah dan dua
orang pak cik yang belum dikenali.
Lili menerima sepucuk surat yang ditulis dan dihantar oleh Danel yang mengisahkan
berbagai-bagai perkara. Lili mencatat segala peristiwa dan kejadian yang berlaku. Cerita
diakhiri dengan Lili menyambung catatannya semula pada bulan Disember 2008. Dalam
catatannya itu, Lili berasa lega dan gembira apabila semua ujian serta permasalahan social dan
kemasyarakatan yang berlaku di Kampung Sentosa Berjaya ditangani. Lili tidak sabar untuk
Kembali ke Kampung Sentosa bagi mendengar cerita datuknya tentang jendela mengahadap
jalan.
27
2.3 Tarikan setiap novel
Berdasarkan kajian terhadap sinopsis yang telah saya lakukan, setiap novel mempunyai
daya tarikan yang tersendiri sama ada dari segi jalan ecrita mahupun cara penulisan yang
pengkarya gunakan. Pengkarya perlulah menggunakan gaya penulisan yang bijak untuk
menarik minat generasi muda membaca dan mendalami sesebuah karya yang dihasilkan dari
dalan negara.
Novel pertama yang mempunyai tarikan yang paling digemari oleh semua pelajar
Tingkatan 4 di seluruh Malaysia ialah Di Sebalik Dinara hasil karya Dayang Noor yang
menceritakan kisah sebuah pasukan penggodam dalam kalangan remaja yang di panggil Soft
Lab. Novel ini menarik perhatian ramai pelajar kerana novel ini mempunyai jalan cerita yang
agak misteri dan perlukan pembaca berfikir sedikit.
Novel yang seterusnya ialah novel Jendela Menghadap Tingkap hasil karya Rohaini
Matdarini yang digunakan oleh sekolah di zon utara bagi tingkatan 4. Novel ini menceritakan
pengalaman seorang remaja yang membesar di Kawasan bandar dihantar ke kampung halaman
seorang diri ketika cuti sekolah. Watak utama tersebut ialah Lili dan Lili diminta ibu bapanya
untuk melawat datuk dan neneknya di kampung. Di kampung, Lili belajar pelbagai benda baru
termasuklah rahsia kebanyakkan rumah di kawasan kampung mempunya jendela yang
menghadap ke arah jalan.
Novel yang ketiga ialah novel Pantai Kasih hasil karya Azman Nordin yang perlu
dipelajari oleh pelajar tingkatan 4 di zon 3 iaitu negeri Melaka, Terengganu, Kelantan dan
Pahang. Novel ini menyampaikan kesedaran tentang penyakit kemurungan atau stress secara
tidak langsung. Novel ini merupakan salah satu novel yang patut dibaca dan difahami oleh
semua peringkat masyarakat untuk menyedari tentang penyakit ini.
Novel yang keeempat ialah novel Leftenan Adnan Wira Bangsa hasil karya Abdul Latip
bin Talib yang digunakan oleh pelajar tingkatan 4 di zon 4 iaitu di negeri Selangor, Negeri
Sembilan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya. Novel ini
menceritakan kisah wira negara yang terlibat untuk memerdekan negara kita. Pengkarya
menyelitkan nilai murni seperti semangat patriotism dan kisah sejarah yang patut diambil
pengajaran kepada semua pelajar.
28
Novel yang kelima ialah novel Bima Sakti Menari hasil karya Sri Rahayu Mohd Yusop
yang digunakan di zon 3 iaitu negeri Melaka, Pahang, Terengganu dan Kelantan. Novel ini
menceritakan tentang semangat melindungi spesies kelip-kelip di kawasan kampungnya.
Pelajar perlu mengambil ikhtibar dari watak utama ini kerana dia tidak putus asa walaupun
tidak disokong oleh orang kampung
Novel yang keeenam ialah novel Silir Daksina hasil karya Nizar Parman yang
digunakan oleh semua pelajar di zon 4 iaitu Johor, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan
Labuan. Novel ini menceritakan tentang Haiqal iaitu watak utama yang ingin mengetahui
tentang kerjaya ayahny yang menyebabkan kedua ibu bapanya itu bercerai. Novel ini telah
menceritakan maksud sebenar peribahasa “bagaimana acuan begitulah kuihnya”.
Novel yang ketujuh ialah novel Tirani hasil karya Beb Sabariah yang digunakan oleh
pelajar di zon 2 iaitu negeri Selangor, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
dan Wilayah Persekutuan Putrajaya. Novel ini telah menerapkan satu konsep bahawa
kecantikan dan wang tidak akan menjamin kebahagiaan sesebuah hubungan kekeluargaan dan
pasangan. Pelajar boleh menanamkan sifat bersyukur dengan apa yang telah diberikan oleh
Allah SWT merupakan satu nikmat.
Novel yang kelapan dan terakhir ialah novel yang bertajuk Songket Berbenang Emas
hasil karya Khairuddin Ayip. Novel ini digunakan oleh pelajar tingkatan 5 di zon utara iaitu
negeri Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Perak. Novel ini menceritakan watak utama iaitu Dahlia
yang perlu menempuhi pelbagai cabaran untuk mencapai cita-citanya. Novel ini menerapkan
sifat tidak mudah putus asa dalam diri setiap pembaca.
29
3.1 Jenis Novel
Fiksyen
Songket Berbenang Emas
Tirani
Silir Daksina
Bimasakti Menari
Di Sebalik Dinara
Jendela Menghadap Jalan
Pantai Kasih
Bukan fiksyen
Leftenan Adnan Wira Bangsa
3.2 Proses Pengumpulan Data
No. Tarikh Proses
1. 16 Mac 2021 Taklimat oleh guru tentang sinopsis kelapan-lapan novel
2. 6 Mei 2021 Menghantar tugasan sinopsis novel
3. 26 July 2021 Taklimat assessment sastera
4. 27 July 2021 Mula mengumpul bahan kajian
5. 2 Ogos 2021 Membuat kerangka bab 1 dan bab 2 tesis
6. 9 Ogos 2021 Membuat kerangka bab 3 dan bab 4 tesis
7. 15 Ogos 2021 Menghantar rangkaian yang telah lengkap di tapak Teams
30
3.3 Tema setiap novel
Setiap novel yang dipilih menjadi novel komsas mempunyai tem ayang tertentu. Bagi
novel Di Sebalik Dinara ialah tema persaingan dalam dunia sains. Selain itu, novel Jendela
Menghadap Jalan dan novel Songket berbenang Emas mempunyai tema yang hampir sama
iaitu kecekalan seorang anak gadis untuk menghadapi segala rintangan dan cabaran. Bagi novel
Leftenan Adnan Wira Bangsa dan Silir Daksina pula, masing-masing membawa tema tentang
keberanian dan pengorbanan anak muda untuk mengekalkan keamanan negara dan budaya
negara Malaysia. Novel Tirani dan Pantai Kasih membawa tema yang hampir sama iaitu
tentang kepayahan sesebuah pasangan atau keluarga untuk hidup bahagia. Akhir sekali, novel
Bimasakti Menari menceritakan tentang kegigihan anak muda untuk memelihara alam sekitar
dari digunakan untuk mengikut arus kemodenan.
3.4 Keunikan setiap novel
Setiap novel mestilah mempunyai keunikan yang membuatkan novel tersebut lain dari
hasil karya penulis lain. Bagi novel Di Sebalik Dinara, penulis mengaplikasikan dunia sains
pengkomputeran dalam penulisan novel dan meluaskan imaginasi pembaca manakala bagi
novel Jendela Menghadap Jalan ingin mengungkapkan tanda tanya setiap pembaca terhadap
setiap rumah di kampung mempunyai satu jendela yang menhadap jalan.Penulis novel
Leftenan Adnan memasukkan kisah-kisah sejarah tokoh yang patut dicontohi oleh pembaca di
dalam novel. Keunikan novel Pantai Kasih merupakan yang paling menarik kerana novel ini
mempunyai isi tersirat iaitu kesedaran tentang kepentingan menjaga kesihatan mental. Bagi
Novel Songket Berbenang Emas ialah keunikannya setiap cabaran yang perlu dilalui watak
utama dapat dikaitkan dengan situasi sebenar sesetengah pelajar di Malaysia. Seterusnya novel
Tirani yang membuktikan kepada semua pembaca bahawa kecantikan dan kemewahan tidak
akan menjamin kebahagiaan dunia dan akhirat. Novel Silir Daksina masing-masing
mempunyai keunikan yang tersendiri iaitu memasukkan unsur budaya dan warisan Malaysia
yang hampir ditelan arus kemodenan dan membuktikan bahawa arus kemodenan yang ingin
digapai akan memusnahkan alam sekitar.
31
3.5 Persamaan yang terdapat dalam novel
Walaupun kesemua novel yang dikaji mempunyai keunikan yang tersendiri novel-
novel ini mempunyai persamaan yang hampir iaitu memupuk nilal murni yang patut dicontohi
oleh semua lapisan masyarakat yang membaca dan memasukkan amalan nilai murni yang dapat
dibuktikan melalui penceritaan setiap penulis novel.
3.6 Keterbezaan setiap novel
Perbezaan yang dapat dinyatakan setelah kajian dilakukan amatlah jelas. Keterbezaan
yang pertama ialah nilai murni yang ingin disampaikan berbeza namun semua nilai murni
tersebut perlu ada di dalam diri pelajar. Selain itu, penulisan yang dihasilkan oleh penulis
membawa jalan cerita yang berbeza tapi masih mempunyai tujuan yang sama. Akhir sekali,
semestinya keunikan dan tarikan yang dapat ditonjolkan oleh penulis untuk menghasilkan
karya yang cukup hebat.
3.7 Banding beza novel Malaysia dan novel luar negara
Terdapat beberapa banding beza yang boleh dinyatakan berdasarkan kajian dan
pengalaman. Banyak penulisan didalam negara yang baik dan boleh menambahkan ilmu
pengetahuan pembaca namun penulis penulis hebat ini hanya mahu menulis secara dalam talian
atau disebut sebagai e-book dalam Bahasa inggeris kerana tidak mahu mengeluarkan kos untuk
mencetak hasil karya mereka. Selain itu, novel luar negara selalunya diselitkan dengan sedikit
kata-kata semangat yang menjentik terus ke hati pembaca. Selain itu, ramai anak muda yang
lebih gemar membaca hasil karya dari penulis luar negara kerana menganggap bahasa melayu
yang digunakan oleh penulis dalam negara terlalu baku atau susah difahami. Akhir sekali, jika
dibandingkan novel dalam negara dan luar negara, jalan yang dihasilkan oleh penulis dalam
negara lebih biasa ataupun terlalu mengikut plot sesebuah cerita. Ini kerana, pembaca lebih
gemar akan kejutan yang tidak dijangka oleh penulis.
32
3.8 Novel dan kehidupan
Novel- novel yang dikaji ini mempunyai banyak nilai murni dan pengajaran yang dapat
diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh, novel Di Sebalik Dinara hasil karya
Dayang Noor ini menunjukkan bahawa sesetengah teknologi yang terlalu canggih akan
memakan diri sendiri. Selain itu, novel Jendela Menghadap Jalan dan novel Songket Berbenang
Emas boleh dikaitkan dengan kehidupan sesetengah orang untuk menghadapi segala rintangan
dan cabaran. Bagi novel Leftenan Adnan Wira Bangsa dan Silir Daksina pula, masing-masing
memberikan pengajaran tentang keberanian dan pengorbanan anak muda untuk mengekalkan
keamanan negara dan budaya negara Malaysia. Novel Tirani dan Pantai Kasih juga membawa
pengajaran yang hampir sama iaitu tentang kepayahan sesebuah pasangan atau keluarga untuk
hidup bahagia. Akhir sekali, novel Bimasakti Menari tentang kegigihan yang perlu dilakukan
oleh anak muda untuk memelihara alam sekitar dari digunakan untuk mengikut arus
kemodenan.
3.9 Kedudukan novel
Berdasarkan kajian yang telah dilakukan, dapat saya senaraikan novel-novel ini
mengikut paling digemari hingga kurang digemari oleh pelajar. Di Sebalik Dinara, Silir
Daksina, Tirani, Jendela Menghadap Jalan, Bimasakti Menari, Leftenan Adnan Wira Bangsa,
Songket Berbenang Emas dan akhir sekali Pantai Kasih.
3.10 Kesimpulan
Kesimpulan yang dapat dinyatakan berdasarkan hasil kajian yang telah dibuat, novel-
novel yang dijadikan komsas untuk semua pelajar tingkatan 4 dan 5 memberikan jalan cerita
yang sangat memberikan impak kepada pembaca jika dihayati setiap apa yang ingin
disampaikan oleh penulis secara tersurat mahupun tersirat. Namun begitu, jika ingin menarik
minat remaja untuk membeca novel-novel seperti ini mereka perlulah memperbaikii penulisan
mereka agar sesuai dengan arus kemodenan dan jiwa remaja pada zaman sains dan teknologi
ini.
33
Bab 4 : Penutup
4.1 Rumusan kajian
Rumusan yang dapat dibuat berdasarkan kajian yang telah dilakukan ialah semua novel
komsas tingkatan 4 dan 5 mempunyai jalan cerita dan keunikan yang tersendiri mengikut idea
penulis. Namun begitu, semua novel yang telah dikaji membawa tujuan yang utama iaitu ingin
menyampaikan nilai murni yang perlu diterapkan dalam diri semua pembaca terutamanya
pelajar. Nilai-nilai murni ini disampaikan secara tersurat mahupun tersirat melalui penghasilan
karya. Pemasalahan sekarang ialah pelajar pada zaman era globalisasi ini tidak gemar membaca
buku yang dihasilkan dari dalam negara.
4.2 Implikasi dan cadangan
Cadangan penambahbaikan yang dapat diberikan ialah pengkarya perlulah mencari
idea untuk menulis berdasarkan minat majoriti remaja di Malaysia. Selain itu, pengkarya
perlulah menarik minat pembaca terutamanya pelajar dengan mempelbagaikan genre apabila
menulis sesebuah karya. Sebagai contoh, melakukan genre fiksyen yang melibatkan alam
ghaib. Hal ini kerana, ramai pelajar yang gemar akan buku yang menceritakan tentang perkara
yang mustahil. Akhir sekali, cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan oleh penulis
ialah melalukan e-buku atau buku di atas talian kerana buku-buku seperti ini mempunyai harga
yang lebih murah dan dapat menyelamatkan lebih banyak pokok yang ditebang untuk dijadikan
kertas.
4.3 Hipotesis akhir
Kebanyakkan pelajar pada zaman sekarang tidak gemar membaca novel mahupun mana
mana sumber rujukan yang memerlukan pembacaan yang terlalu lama. Selain itu, novel yang
dihasilkan luar negara lebih digemari oleh pelajar. Oleh hal yang demikian, pengkarya dari
dalam negara perlulah sentiasa melakukan penyelidikan awal sebelum melakukan karya agar
karya yang dihasilkan sesuai dengan zaman teknologi yang serba canggih ini.
34
4.4 Penutup
Dalam kajian ini, penyelidik telah membuat kajian daripada banyak laman sesawang.
Dalam kajian ini juga penyelidik telah menggunakan beberapa kaedah dalm mengumpul data
hasil dari soal selidik dan pemerhatian. Seterusnya, penyelidik berjaya memahami kelapan-
lapan novel yang perlu dipelajari oleh kesemua pelajar tingkatan 4 dan 5 di keempat-empat zon
di seluruh Malaysia. Dalam kajian yang telah dilakukan, terbukti bahawa pelajar di seluruh
Malaysia tidak gemar membaca novel mahupun mana mana hasil karya dari dalam negara.
Diharap kajian ini dapat membantu lebih ramai pengkarya dan pelajar tentang novel komsas
tingkatan 4 dan 5 di kesemua zon di seluruh Malaysia.
4.5 Rujukan
-https://www.scribd.com/document/456054520/Biodata-Penulis-Tirani
-http://komsas4.blogspot.com/2018/01/sinopsis-leftenan-adnan-wira-bangsa.html
-http://arifbahasamelayu1.blogspot.com/2015/12/tema-dan-persoalan-novel-jendela.html
-https://bmblogr.blogspot.com/2016/01/novel-pantai-kasih-komsas-tingkatan-4.html
-http://cikguchom.blogspot.com/2015/07/biodata-pengarang-novel-di-sebalik.html
-https://bijaktekun.blogspot.com/2017/02/novel-songket-berbenang-emas-tema-dan.html
-https://karangan.net/novel-silir-daksina/
-https://www.goodreads.com/author/show/1005163.Sri_Rahayu_Mohd_Yusop
35