The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Umi Nisha, 2023-12-06 10:47:44

BUKU SKRAP MAKANAN TRADISIONAL MENYATUKAN KAUM DI MALAYSIA

BAHASA MELAYU TAHUN 6

MAKANAN TRADISIONAL MENYATUKAN KAUM DI MALAYSIA KUMP.3 LUQMAN(KETUA) FAZLI(PENOLONG) HUZAIFAH(PENOLONG) SAFI(PENOLONG) 6 KREATIF SEKOLAH KEBANGSAAN SERI KELEBANG GURU PENASIHAT:FARIDAH BT.AHMAD ZAHARI


ISI KANDUNGAN 1. 2. ISI KANDUNGAN. 3.PENGHARGAAN. 4.KAUM MELAYU. BIODATA KUMPULAN. 5. NASI LEMAK. 6.KUIH BAHULU. 7.KAUM INDIA. 8.CAPATI. 9.SAMOSA. 10.KAUM CINA 11.YEE SANG 12.MEE HIRIS


Kami mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak yang telah menolong dan memberi kerjasama yang tidak ternilai untuk menyiapkan buku skrap ini. Terlebih dahulu,kami bersyukur kepada ibu bapa kami kerana telah membantu kami menyiapkan buku skrap ini pada masa yang telah ditetapkan. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Faridah.Beliau telah memberikan panduan,bimbingan dan nasihat yang sungguh berfaedah semasa kami menjalankan projek ini. Akhir kata,kami ucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang sedia menolong saya dalam menyiapkan buku skrap ini.Kamitidak akan lupa pertolongan yang telah diberikan . PENGHARGAAN


MAKANAN TRADISIONAL KAUM MELAYU


NASI LEMAK Nasi lemak adalah hidangan yang berasal dari masakan Melayu yang terdiri daripada nasi wangi yang dimasak dalam santan dan daun pandan. Ia biasa ditemui di Malaysia, di mana ia dianggap sebagai hidangan kebangsaan. ●Beras 3 cupak ●Halia tumbuk ●Daun pandan 5 helai gunting pendek-pendek ●Santan 1 kotak ●Garam ●Minyak masak Bahan-bahan:


KUIH BAHULU Bahan-bahan: ●3 kuning telur ½ sudu teh esen vanilla ●100gm tepung gandum 4 putih telur ●1 sudu tepung ubi 100gm gula ●¼ sudu the baking powder Bahulu merupakan sejenis makanan tradisional orang Melayu yang biasanya sangat terkenal terutamanya pada hari raya dan harihari keramaian serta dijadikan hadiah kenduri perkahwinan. Walaupun demikian,kuih bahulu ini boleh didapati di pasar raya, kini kerana sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai.


MAKANAN TRADISIONAL KAUM INDIA


CAPATI ●Tepung gandum ●air ●minyak sapi/minyak Bahan-bahan: Capati, chapati, chappati atau chapathi adalahsejenis roti rata yang tidak beragi. Ia berasal daripada India, Pakistan dan Nepal. Disebabkan ia sangat disukai dan digemari di sana, popularitinya mula menular ke benua Asia dan seterusnya di persada dunia


SAMOSA ●Jintan manis ●Tepung serbaguna ●Minyak sapi ●Tepung ●Bawang putih ●Daging cincang ●Ubi kentang Bahan-bahan: Samosa dibakar dengan inti yang enak, seperti kentang berempah,makaroni, mi, daging cincang.Saiz dan ketekalannya mungkin berbezabeza, tetapi biasanya ia dengan jelas dalam bentuk segi tiga atau tetrahedron. Samosa India biasanya vegetarian, dan sering disertai dengan sos pudina (raita) atau cutni.Samosa adalah hidangan utama, pembuka selera atau makanan ringan popular di serata dunia


MAKANAN TRADISIONAL KAUM CINA


YEE SANG Yee sang (nama lainnya: Yi sang, yusheng atau yuu shang) ialah sejenis salad ikan mentah gaya Chaozhou. Yee sang biasanya terdiri daripada potongan daging ikan mentah, yang bercampur dengan cebisan sayur-sayuran, dan beraneka sos dan perasa, dan ramuan-ramuan lain. Secara harfiah, "yusheng" dapat diterjemahkan menjadi "ikan mentah" dan boleh dianggap melambangkan kemewahan, kemakmuran dan kesuburan. ●Hirisan ikan salmon ●hirisan lobak merah ●Wasabi ●rumpai laut jepun Bahan-bahan:


MEE HIRIS Mee Hiris, Mee tradisional China Muslim yang istimewa ialah salah satu mee yang terkenal di golongan China Muslim di China Utara. Prosedur menyediakan hidangan ini adalah mengaulkan bahan-bahan dan tepung hingga menjadi doh, angkat doh dengan tangan kiri , guna pisau lengkung menghiriskan doh ke dalam air yang mendidih, keluarkan mee hiris selepas masak. Selepas itu , masukkan daging ketulan dan perasa makanan. Mee Hiris ShanXi Datong adalah mee hiris yang paling terkenal. Mee Hiris menjadi terkenal dengan rasa unik. Mee ini dinamakan mee hiris kerana mee dipotong dengan cara hiris. ●Mee hiri shanxi datong ●Daging lembu ●Tepung gandum Bahan-bahan:


Click to View FlipBook Version