The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by m-10702365, 2021-08-23 10:55:17

FOLIO PEMIMPIN NEGARA

SEJARAH TAHUN 6

Keywords: PERDANA MENTERI MALAYSIA

Bilangan Perkara
1 Penghargaan
2 Objektif Kajian
3 Kaedah Kajian
4 Pengenalan
5 Laporan Kajian
a) Sejarah wujudnya jawatan Perdana Menteri
6. b) Cara pemilihan Perdana Menteri
7. c) Bidang tugas Perdana Menteri
d) Senaraikan Perdana Menteri Malaysia

i) Biodata
ii) Sumbangan

Kesimpulan
Rujukan

1. PENGHARGAAN

Syukur Alhamdulillah kerana dengan izin Allah S.W.T. Muhammad Rayyan
Mukhriz telah diberi kesempatan untuk melengkapkan dan menyiapkan Folio Sejarah
sebagai tugasan pengayaan untuk tugasan PDPR matapelajaran sejarah.

Di sini saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada guru mata
pelajaran Sejarah iaitu Puan Azlinah kerana telah banyak memberikan tunjuk ajar
dan bimbingan sehingga tugasan ini berjaya dilaksanakan. Kesabaran cikgu
memberikan tunjuk ajar amat saya hargai.

Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada kedua ibu bapa saya iaitu Encik
Zainordin Bin Zakaria dan Puan Norafidah Binti Mohd Rasid kerana sentiasa
memberikan kata-kata semangat agar saya tabah melaksanakan setiap tugasan.
Keikhlasan mereka memberikan bantuan sama ada dari segi masa, tenaga dan
kewangan amat saya sanjungi.

Sesungguhnya, pengalaman dan pengetahuan yang saya perolehi amat
bermakna. Sekian, terima kasih.

2. OBJEKTIF KAJIAN

Dalam melaksanakan Kerja Kursus Sejarah ini, terdapat beberapa objektif
yang ingin saya capai. Di antara objektif tersebut adalah seperti untuk mengetahui
lebih mendalam lagi tentang senarai Perdana Menteri Malaysia dan tugas-tugasnya

Begitu juga, saya dapat mengetahui senarai Perdana Menteri dan tugasnya
dengan mendalam lagi.

Melalui kajian ini juga, saya mendapat pengetahuan dan pengalaman luas
tentang cara-cara membuat kajian ilmiah. Saya akan menggunakan kemahiran dan
kaedah yang dipelajari untuk melaksanakan sesuatu kajian ilmiahdengan tatacara
yang betul, jelas dan tepat.

Saya akan melalui sendiri pengalaman mencari, mengumpul fakta, merekod,
menganalisis dan mensintesis maklumat dari pelbagai sumber yang sahih seperti
buku ilmiah, akhbar, majalah, internet dan lain-lain lagi berkaitan dengan senarai
Perdana Menteri dan tugasnya di Malaysia.

Kajian ini juga secara tidak langsung akan dapat memupuk perasaan bangga
menjadi rakyat Malaysia kerana negara ini mempunyai pemimpin-pemimpin yang
hebat. Saya dapat mengetahui dengan lebih mendalam tentang keunikan dan usaha
serta sumbangan pemimpin-pemimpin yang hebat ini.

Melalui kajian ini juga saya dapat menanamkan sikap sabar, bekerjasama dan
bertoleransi ketika proses mengumpul dan mendapatkan maklumat yang diperlukan
untuk menyiapkan kerja kursus ini.

Tugasan akan menjadi lebih mudah apabila ianya dilaksanakan secara tersusun
dan terancang dan mendapat bantuan daripada semua pihak terutamanya guru, ibu
bapa dan rakan.

3. KAEDAH KAJIAN

Kaedah rujukan dan penyelidikan
Saya memilih kaedah ini sebagai salah satu kaedah untuk mengumpul

maklumat melalui sumber sekunder. Melalui kaedah ini, saya memperolehi maklumat
yang telah diolah dan ditafsir serta dikemaskini oleh pakar-pakar yang berkenaan.

Untuk menjalankan kaedah ini, saya juga telah melayari Internet berkali-kali
untuk merujuk pelbagai laman sesawang. Antara laman-laman web saya lawati untuk
mencari maklumat adalah seperti berikut:
1. https://www.slideshare.net/CkChan5/perdana-menteri-15112966
2. https://www.slideshare.net/dausjalil/perdana-menteri-malaysia-16590151
3. https://ms.wikipedia.org/wiki/Perdana_Menteri_Malaysia
4. https://www.scribd.com/document/58940162/PERDANA-MENTERI
5. https://www.academia.edu/34319361/Kerajaan_Persekutuan.docx
6. https://kerjakursussejarahpmr.blogspot.com/p/kaedah-kajian.html
7. Bapa Perpaduan-Tun Hussein Onn
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan/231-yab-tunhussein-
bin-dato-onn-1976-1981.html

8.Bapa Perpaduan-Tun Hussein Onn
http://1011f1p1.blogspot.com/2010/09/dipetik-dari-tulisan-mohamed-yosri.html

9.Perdana Menteri Malaysia.
http://perdana-menteri-malaysia.blogspot.com/2009/04/allahyaraham-tun-
abdulrazak.html

10.Sistem Kerajaan Malaysia
http://pasarnota.blogspot.com/2011/12/sistem-kerajaanmalaysia.html
11. https://youtu.be/PpW0I1NziJs
12. https://youtu.be/MP sd68yxL4
13. https://youtu.be/7wr490DgCs

Saya juga telah menggunakan buku teks Sejarah Tahun 6 untuk mendapatkan
maklumat berkenaan kajian saya.

4. PENGENALAN

Perdana Menteri Malaysia memegang jawatan yang tertinggi sebagai ketua
pemerintah negara. Beliau dibantu oleh jemaah menteri yang dikenali sebagai
kabinet. Perdana Mentari dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong berdasarkan fakta
dan beliau adalah ketua parti politik yang memegang pilihanraya. Perdana Menteri
mempunyai beberapa kuasa. Pertama, ia berhak melantik anggota kabinet untuk
mengetuai jabatan-jabatan tertentu.

Kedua, beliau menjalankan tugas negara dan mendapat kerjasama serta
sokongan anggota kabinetnya. Beliau juga berhak memecat anggota kabinetnya.
Ketiga, beliau kerap mengadakan rundingan dengan ketua negara, iaitu Yang di-
Pertuan Agong untuk melaporkan kepadanya keputusan-keputusan sidang kabinet
serta lain-lain perkara yang perlu perhatian daripada baginda. Di samping itu, beliau
berhak menasihat baginda untuk membubarkan parlimen untuk mengadakan
pilihanraya.

Perdana Menteri dan anggota kabinetnya juga mengadakan pilihanraya.
Perdana Menteri dan anggota kabinetnya juga berfungsi sebagai wakil negara
semasa menghadiri persidangan antarabangsa.

5.LAPORAN KAJIAN

A) Sejarah wujudnya jawatan Perdana Menteri

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Perdana Menteri (Bahasa Inggeris: Prime minister) ialah menteri yang paling
kanan dalam kabinet, sebahagian cabang eksekutif dalam sistem berparlimen.
Walaupun perdana menteri biasanya merupakan ahli politik, ini tidak semestinya.

Dalam banyak sistem, Perdana Menteri memilih serta boleh memecat ahli-ahli
kabinet, dan memperuntukkan jawatan kepada ahli-ahli dalam Kerajaan. Dalam
kebanyakan sistem, perdana menteri merupakan pengerusi kabinet, tetapi dalam
sebilangan sistem yang kecil, khususnya dalam sistem kerajaan separa presiden,
perdana menteri ialah pegawai yang dilantik untuk menguruskan perkhidmatan
awam dan melaksanakan arahan-arahan Presiden

Dalam sistem-sistem parlimen seperti sistem Westminster United Kingdom,
perdana menteri ialah ketua kerajaan, manakala ketua negara (Raja, Ratu, Presiden,
atau Gabenor Jeneral [de facto]) yang mungkin secara rasmi merupakan ketua
eksekutif memainkan peranan istiadat. Perdana Menteri biasanya, tetapi bukan
selalu, merupakan ahli parlimen dan dikehendaki memastikan pelulusan rang undang-
undang oleh badan perundangan. Dalam sebilangan pemerintahan beraja, perdana
menteri juga mempunyai kuasa eksekutif (dikenali sebagai Prerogatif Diraja) yang
terletak pada takhta kerajaan oleh perlembagaan dan boleh dipergunakan oleh
perdana menteri tanpa kebenaran parlimen.

Selain daripada merupakan Ketua Kerajaan, perdana menteri mungkin
mempunyai peranan atau gelaran yang lain — umpamanya, Perdana Menteri United
Kingdom juga merupakan Lord Perbendaharaan Pertama. [1] Para perdana menteri
juga boleh memegang jawatan menteri yang lain — umpamanya, semasa Perang Dunia
Kedua, Winston Churchill juga merupakan Menteri Pertahanan (walaupun tidak
adanya Kementerian Pertahanan ketika itu). Banyak Perdana Menteri Malaysia juga
memegang jawatan menteri yang lain, khususnya kementerian-kementerian yang
penting seperti Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Kewangan.

Primus inter pares
Secara sejarah, perdana menteri sering dirujuk sebagai Primus inter pares,

sepatah istilah bahasa Latin yang bermaksud Pertama Di Kalangan Tolok Bandingnya.
Maksud harfiahnya membayangkan konsep asal bahawa perdana menteri ialah
menteri pertama atau menteri yang paling kanan kepada raja dan bukannya menteri
pengerusi atau menteri yang paling berkuasa, satu peranan yang diambil alih oleh
perdana menteri di banyak negara.

Perdana Menteri Malaysia
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Perdana Menteri Malaysia ialah pemimpin utama Kerajaan Malaysia. Seorang
Perdana Menteri juga bertanggungjawab untuk mengetuai barisan Badan
Eksekutif, Jemaah Menteri. Secara rasmi dilantik oleh Yang di-Pertuan
Agong sebagai selaku Ketua Negara dan biasanya pemimpin sesebuah parti

politik atau parti komponen terkuat dalam Parlimen (Dewan Rakyat) akan dipilih dan
dilantik dan perlu mendapat sokongan majoriti daripada para Ahli Dewan Rakyat
Malaysia.

Sejak kemerdekaannya pada 1957, semua Perdana Menteri hanya berasal daripada
parti UMNO, salah satu parti politik terbesar dalam Barisan Nasional (dahulu
dikenali sebagai Parti Perikatan hingga 1974). Tetapi pada 2018, jawatan Perdana
Menteri disandang oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia, salah satu parti komponen
baharu dalam Pakatan Harapan apabila Tun Dr. Mahathir bin
Mohamad menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-7

Kabinet Malaysia 2018 atau lebih dikenali sebagai Kabinet Mahathir Ketujuh
(Mahathir VII) merupakan kabinet yang pertama dibentuk selain tanpa penyertaan
Barisan Nasional (BN) setelah 61 tahun susulan kegagalan parti tersebut untuk
membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya ke-14.

Susulan krisis politik negara 2020 atau lebih dikenali sebagai Langkah
Sheraton, landskap politik telah berubah secara keseluruhan. Kabinet Malaysia
2020 atau lebih dikenali sebagai Kabinet Muhyidin Pertama (Muhyiddin I),
merupakan kabinet yang pertama dibentuk melalui pertukaran kerajaan tanpa
melalui pilihan raya dan mandat. Kabinet ini juga mempunyai kapasiti yang terbesar
dalam sejarah iaitu sebanyak 70 Menteri dan Timbalan Menteri.

B) Cara pemilihan Perdana Menteri

Dalam Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa
untuk memilih Perdana Menteri.

Dalam pelantikan Perdana Menteri baharu, Yang di-Pertuan Agong mempunyai
budi bicara yang mutlak berdasarkan Perkara 40(2) yang menyebut bahawa baginda
boleh bertindak menurut budi bicaranya dalam melaksanakan fungsi yang berikut,
iaitu:

Pertama, melantik seorang Perdana Menteri dan kedua, tidak
memperkenankan permintaan bagi pembubaran Parlimen.

Selain itu, Perkara 3(2)(b) menyebut Yang di-Pertuan Agong hendaklah
melantik seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat
kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat itu sebagai Perdana Menteri untuk
mempengerusikan Jemaah Menteri.

Berikut adalah prosesnya:

Perkara 32(1) perlu ada seorang Ketua Utama Negara bagi Persekutuan

Ketua Utama Negara digelar Yang di-Pertuan Agong, hendaklah diberi
keutamaan daripada segala orang di dalam Persekutuan dan yang tidak boleh
dikenakan apa-apa prosiding di dalam mana- mana mahkamah kecuali di dalam
Mahkamah Khas yang ditubuhkan di bawah Bahagian XV.

Perkara 39 Kuasa eksekutif Persekutuan

Terletak hak pada Yang di-Pertuan Agong dan tertakluk kepada peruntukan
mana-mana undang-undang Persekutuan dan peruntukan Jadual Kedua, bolehlah
dijalankan atau Jemaah Menteri atau mana-mana Menteri yang diberi kuasa Jemaah

Menteri melalui undang-undang untuk memberikan fungsi eksekutif kepada orang
lain.
Perkara 41 Pemerintah tertinggi

Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjadi Pemerintah Tertinggi angkatan
tentera Persekutuan.
Perlu diingatkan bahawa dalam pelantikan Perdana Menteri baharu, Yang di-Pertuan
Agong mempunyai budi bicara yang mutlak berdasarkan:
a. Perkara 40(2) yang menyebut bahawa Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak
menurut budi bicaranya pada melaksanakan fungsi yang berikut, iaitu:
(i) melantik seorang Perdana Menteri;
(ii) tidak memperkenankan permintaan bagi pembubaran Parlimen; dan
b. Perkara 43(2)(b) yang menyebut Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik
seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan
majoriti ahli Dewan Rakyat itu sebagai Perdana Menteri untuk mempengerusikan
Jemaah Menteri.

C) Bidang tugas Perdana Menteri
Perdana Menteri dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong mengikut budi bicara

baginda dan tertakluk kepada syarat-syaratnya yang berikut:
(a) Perdana Menteri mestilah seorang anggota Dewan Rakyat
(b) Perdana Menteri mestilah mendapat kepercayaan daripada majoriti ahli
Dewan Rakyat

(c) Kewarganegaraan Perdana Menteri mesti diperoleh melalui kuat kuasa
undang-undang

- Perdana Menteri ialah ketua kerajaan dan mempengerusikan Kabinet.

- Perdana Menteri juga ketua eksekutif negara dan melaksanakan kuasa eksekutif
sementara kuasa eksekutif dipegang oleh Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua
Negara.

- Tugas-tugas Perdana Menteri adalah seperti berikut:

(a) menjadi penasihat kepada Yang di-Pertuan Agong
(b) menamakan senarai menteri Kabinet untuk dilantik oleh Yang di-Pertuan

Agong
(c) menyelaraskan dan membuat keputusan tentang semua dasar kerajaan
(d) menjadi jurucakap dalam hal-ehwal antarabangsa dan dalam Negara
(e) bermohon kepada Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen

apabila sampai tempohnya

Perdana menteri ialah ketua kerajaan dan mempengerusikan Kabinet. Perdana
Menteri juga merupakan ketua eksekutif negara dan melaksanakan kuasa eksekutif.
Sementara kuasa eksekutif negara dipegang oleh Yang di-Pertuan Agong sebagai
Ketua Negara. Antara tugas yang dipegang oleh Perdana Menteri adalah seperti:

(a) Menjadi penasihat kepada Yang di-Pertuan Agong.
(b) Menamakan senarai menteri Kabinet untuk dilantik oleh Yang di-Pertuan

Agong.
(c) Menyelaraskan dan membuat keputusan tentang semua dasar kerajaan.
(d) Menjadi jurucakap dalam hal ehwal antarabangsa dan dalam negara.

(e) Memohon kepada Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen
apabila sampai tempohnya.

D) Senaraikan Perdana Menteri Malaysia

PERDANA MENTERI MALAYSIA PERTAMA
TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ

1957-1970 (13 TAHUN)
Bapa Kemerdekaan Malaysia
Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul
Hamid Shah (8 Februari 1903 – 6 Disember 1990) merupakan Ketua Menteri
Persekutuan Tanah Melayu dari 1955, dan Perdana Menteri pertama sejak
kemerdekaan pada tahun 1957 sehingga 1970. Pembentukan Malaysia padatahun
1963 merupakan salah satu daripada pencapaiannya yang teragung. Biasanya dikenali
sebagai "Tunku", beliau juga dikenang sebagai "Bapa Kemerdekaan" dan "Bapa
Malaysia".

PERDANA MENTERI MALAYSIA KEDUA
TUN HAJI ABDUL RAZAK BIN DATO' HAJI HUSSEIN

(11 MAC 1922 - 14 JANUARI 1976)
Bapa Pembangunan Malaysia

Allahyaraham Tun Abdul Razak bin Haji Dato' Hussein (11 Mac 1922 – 14
Januari 1976) merupakan Perdana Menteri Malaysia kedua yang berkhidmat dari
tahun 1970 sehingga 1976. Beliau termasyhur dalam pelancaran Dasar Ekonomi Baru
(1971) (NEP) yang bertujuan untuk mengatasi masalah ketidaksamaan ekonomi dan
sosial yang telah membangkitkan antagonism perkauman dalam kalangan masyarakat
Malaysia yang pelbagai kaum. Selepas kematiannya, beliau telah dikenang sebagai
"Bapa Pembangunan".

PERDANA MENTERI MALAYSIA KETIGA
TUN HUSSEIN BIN DATO' ONN (1976–1981)

Bapa Perpaduan Malaysia

Allahyaraham Tun Hussein bin Dato' Onn (12 Februari 1922 - 29 Mei 1990)
merupakan Perdana Menteri Malaysia ketiga yang berkhidmat dari tahun 1976
sehingga 1981. Beliau diperlihatkan sebagai seorang yang amat ikhlas dalam
perjuangan untuk mencapai perpaduan kaum dan mempunyai reputasi untuk
bertindak keras kepada sesiapa yang mencuba membangkitkan kekacauan perkauman
di dalam negara. Oleh sebab usahanya dalam pemupukan perpaduan di kalangan
masyarakat Malaysia, Tun Hussein Onn telah dikenang sebagai "Bapa Perpaduan".

PERDANA MENTERI MALAYSIA KEEMPAT
TUN DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD (1981–2003)

Bapa Pemodenan Malaysia

Tun Dr. Mahathir bin Mohamad (Tulisan Jawi: dilahirkan pada 20
Disember 1925; juga digelar sebagai "Dr. M" dan nama penanya Che Det)
adalah Perdana Menteri Malaysia yang keempat. Ketika penggal kepimpinannya
dari 16 Julai 1981 sehingga 31 Oktober 2003, beliau menerajui negara ke arah arus
kemodenan yang amat pantas dan menyebabkan kemakmuran di segala lapisan
masyarakat Malaysia. Pencapaian terbaiknya ialah keupayaannya mengekalkan
keamanan dan kedamaian dalam sebuah negara yang berbilang bangsa melalui
pemeliharaan suatu golongan pertengahan orang Melayu. Walau bagaimanapun, beliau
sentiasa dikritik atas gaya pemerintahannya yang autokratik dan dituduh bersifat
kronisme. Beliau juga merupakan seorang tokoh politik antarabangsa yang suka
berterus terang dan bersifat kontroversi. Beliau adalah seorang penganjur gagah
nilai-nilai Asia — kapitalisme autokratik yang dianjurkan oleh negeri — sebagai
alternative kepada individualisme Amerika Syarikat dan kapitalisme dasar
berkecuali (laissezfaire). Dr Mahathir telah dikaitkan dengan pembangunan pelbagai
projek mega pada zaman pemerintahannya seperti projek Kuala Lumpur City Centre
(KLCC), Menara Berkembar PETRONAS,Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala
Lumpur (KLIA) dan Koridor Raya Multimedia (Multimedia Super Coridor/MSC).
Selepas persaraannya, nama Dr Mahathir terus terpahat sebagai "Bapa Pemodenan

Malaysia", negarawan ulung yang telah menjadikan Malaysia sebuah negara moden,
makmur, ceria dan penuh bertenaga. Pada Jun 2005, beliau dianugerahkan sebagai
Tun, pangkat kehormatan yang tertinggi di Malaysia. Melalui perkhidmatannya
sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun, beliau merupakan pemimpin paling lama
yang memegang jawatan tersebut di Asia Tenggara.

PERDANA MENTERI MALAYSIA KELIMA
TUN ABDULLAH BIN HAJI AHMAD BADAWI (2003–2009)

Bapa Pembangunan Modal Insan Malaysia
Yang Amat Berhormat Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi (lahir: 26
November 1939; juga dikenali sebagai Pak Lah) merupakan Perdana Menteri
Malaysia ke-5, mewarisi kepimpinan daripada Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Beliau
juga merupakan Presiden UMNO, parti politik yang paling besar dalam Malaysia.
Sebelum menjadi Perdana Menteri, beliau dilantik pada beberapa jawatan tinggi
dalam kerajaan Malaysia. Namun, beliau dipecat sebagai Menteri kerana menyokong
'Team B' dalam Majlis Agung UMNO pada tahun 1987. Beliau tidak menjadi anggota
kabinet lagi sehingga 1991. Anwar Ibrahim, yang pada masa itu Timbalan Perdana
Menteri, dipecat oleh Tun Dr. Mahathir pada tahun 1998. Pada tahun 1999 Abdullah
dilantik sebagai Timbalan kepada Tun Dr. Mahathir, dan pada tahun 2003, Abdullah
akhirnya mewarisi jawatan Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia dan
Presiden UMNO. Di mata orang awam, Abdullah dikenali sebagai seorang yang
ramah, tegas dan mempunyai peribadi yang kuat.

PERDANA MENTERI MALAYSIA KEENAM
DATO’ SRI HAJI MOHD NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK (2009–2018)

Bapa Transformasi Negara

YAB Dato' Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak (lahir 23 Julai
1953) adalah Perdana Menteri Malaysia terkini sejak 3 April 2009, selain sebagai
Menteri Kewangan dan ahli parlimen Pekan, Pahang. Beliau adalah anak lelaki sulung
kepada bekas perdana menteri Malaysia yang kedua, Tun Abdul Razak Dato'
Hussein. Diperingkat akar umbi politik, beliau merupakan Presiden UMNO yang ke-7.
Antara idea beliau adalah memperkenalkan Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) yang
bertujuan meningkatkan mutu kecekapan sektor perkhidmatan awam dan kerajaan.
Di situ juga lahirnya ‘Key Performance Indicator’ (KPI) sebagai kayu ukur tahap
pencapaian kakitangan. Lain-lainnya seperti National Key Results Area (NKRA) untuk
menangani pelbagai masalah jenayah, rasuah, pelajar, taraf hidup, infrastruktur
asas di luar bandar, bekalan air, sistem pengangkutan dan kos sara hidup. Selain itu,
yang sedang hangat di canang ialah konsep 1Malaysia. Jika mengikut, 1 Malaysia
bertujuan meningkatkan perpaduan yang sedia wujud yang merupakan tunjang
kekuatan terbaik untuk di kekalkan ke masa hadapan. Di sebabkan pengorbanan
Dato’ Seri Najib, Konsep 1 Malaysia ini boleh di anggap berjaya kerana telah
tersebar meluas dengan pelbagai variasi yang ada seperti BR1M (Bantuan Rakyat),
KR1M (Kedai Rakyat), TR1M (Teksi Rakyat), K1M (Komuniti), G1M (Gagasan), 1MTV
(Televisyen) dan i1M (iPad).

PERDANA MENTERI MALAYSIA KETUJUH
TUN DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD (2018–2020)

Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri keempat Malaysia pada
16 Julai 1981, menyandang jawatan itu untuk tempoh yang paling lama dalam sejarah
Malaysia dan Asia Tenggara, iaitu 22 tahun. Beliau dikenali sebagai “Bapa
Pemodenan” di atas kejayaan beliau menukarkan Malaysia dari sebuah negara
pertanian kepada negara perindustrian moden. Berdasarkan biografi dalam laman
web Pejabat Perdana Menteri, Dr Mahathir meletak jawatan sebagai Perdana
Menteri pada 31 Oktober 2003. Bagaimanapun pada 2016, Dr Mahathir muncul
kembali di alam politik apabila beliau menubuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia
(BERSATU) untuk menandingi Barisan Nasional (BN). Pada 2018, dalam satu kejutan
politik, BERSATU dan parti-parti bersekutunya, memenangi Pilihan Raya Umum Ke-
14 (PRU-14). Pada usia 93 tahun, Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri ketujuh
Malaysia. Negarawan ulung Tun Dr Mahathir Mohamad bukan sahaja muncul sebagai
Perdana Menteri tertua di dunia pada usia 93 tahun tetapi juga disanjungi kerana
ketokohannya dalam memimpin negara dan memperjuangkan pelbagai isu demi
keamanan dan kemakmuran nasional dan sejagat.

Sejak dipilih semula menjadi Perdana Menteri Malaysia ketujuh pada 10 Mei
lepas, selepas Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14), Dr Mahathir atau nama pentas
antarabangsanya Dr M juga disegani pemimpin negara dunia pertama, negara maju
mahupun negara membangun.

Memulakan langkahnya pada 11 dan 12 Jun lepas, Dr Mahathir telah berucap
pada Persidangan Antarabangsa Masa Hadapan Asia ke-24 di Jepun dan ini adalah
lawatan rasmi pertamanya ke luar negara sejak kembali ke jawatan Perdana
Menteri.

Antara intipati lawatan itu adalah Malaysia, melalui Dr Mahathir, telah
memohon pinjaman Yen dari Jepun sebagai langkah menurunkan hutang Kerajaan
Persekutuan yang mencecah RM1 trilion. Tujuh belas hari kemudian, Dr Mahathir
membuat lawatan rasmi dua hari ke Indonesia, kunjungan pertama ke negara Asia
Tenggara itu selepas menjadi Perdana Menteri bagi kali kedua dengan Kuala Lumpur
dan Jakarta bersepakat untuk menangkis kempen negatif Eropah terhadap industri
minyak sawit.

Mesej utama dalam lawatan itu adalah Dr Mahathir percaya bahawa Malaysia
dan Indonesia sebagai pengeluar utama komoditi itu perlu bekerjasama melawan
kempen yang dijalankan Eropah memburukkan industri negara.

Di Jakarta juga, Dr Mahathir membayangkan kemungkinan menghidupkan
semula projek kereta Malaysia-Indonesia untuk pasaran ASEAN yang mana idea itu
pernah diketengahkannya pada Februari 2015 semasa memandu uji sebuah kereta
Proton dengan Presiden Indonesia Joko Widodo duduk di sebelahnya.

Tidak cukup dengan itu, walaupun usianya itu, namun Dr Mahathir masih
berjiwa besar dan meneruskan misi mengharumkan nama negara di pentas dunia
apabila membuat lawatan rasmi lima hari ke China, bertujuan memperkukuhkan lagi
hubungan 44 tahun antara Kuala Lumpur dan Beijing.

Dr Mahathir sekali lagi melakukan lawatan rasmi ke China sebagai perdana
menteri selepas tempoh kira-kira 17 tahun, dengan kali terakhir melakukan lawatan
rasmi ke negara itu pada Oktober 2001.

Di sini, wawasan jauh beliau jelas apabila Dr Mahathir mengumumkan yang
Malaysia berminat meneroka teknologi e-dagang terkemuka dunia kumpulan Alibaba
demi manfaat rakyat Malaysia.

Dr Mahathir berkata Alibaba sangat memahami kehebatan teknologi, sambil
berkata perniagaan secara dalam talian yang dihasilkan telah mengambil kira sistem
penyampaian akaun, kepantasan serta akses kepada maklumat dan data.

Di sini juga Dr Mahathir menyuarakan harapannya supaya usahasama
strategik antara Proton dan pengeluar kereta Geely China akan dapat meningkatkan
proses menghasilkan kereta Proton yang lebih baik.

Pada September pula, Dr Mahathir menjenguk Bandar Sri Begawan di Brunei
sekali gus menjadi lawatan rasmi keduanya ke negara Asia Tenggara selepas
Indonesia yang juga sebahagian daripada siri lawatan pengenalan beliau sejurus
menyandang kembali jawatan Perdana Menteri.

Ini sekali gus membuka peluang untuk kedua-dua pemimpin memperkasa
hubungan dua hala dan kerjasama sedia ada selain membolehkan Malaysia
mengetengahkan dasar terkini kerajaan dan pendirian negara, khususnya isu-isu
bersama.

Sultan Brunei adalah pemimpin asing pertama yang mengunjungi Dr Mahathir
beberapa hari selepas beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri dan Dr
Mahathir berkata kini adalah masa untuk beliau membalas kunjungan itu.

Tidak terhenti di situ, Dr Mahathir meluaskan sayapnya ke pentas dunia
apabila melakukan dua siri lawatan kerja ke United Kingdom pada 21 September
hingga 25 September dan 29 September hingga 1 Oktober iaitu lawatan pertamanya
ke negara Eropah selepas dilantik sebagai Perdana Menteri untuk kali kedua.

Sejarah dicipta apabila Dr Mahathir turut menghadiri Perhimpunan Agung
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke-73 semasa selang waktu lawatan ke
UK. Kehadiran beliau ke PBB kali ini selepas kali terakhir tampil di pentas dunia itu
pada 2003 berlatarkan suasana ekonomi dan demografi politik dunia yang berbeza
berbanding sewaktu menjadi Perdana Menteri keempat dahulu.

Di New York, Dr Mahathir dengan lantang mengulangi desakan supaya
pembaharuan dilaksanakan dalam badan dunia itu dan telah mencadangkan bahawa
kuasa veto tidak boleh dimiliki oleh hanya sebuah negara anggota tetap tetapi
sekurang-kurangnya dua negara kuasa besar dengan disokong oleh tiga anggota
bukan tetap Majlis Keselamatan PBB.

Dr Mahathir, selaku pemimpin tertua dunia telah menarik perhatian pelbagai
organisasi dunia apabila berani menempelak kerajaan Myanmar berikutan
pembunuhan beramai-ramai etnik Rohingya di Rakhine selain mencadangkan agar
dunia mengiktiraf Palestin dan pada masa sama menghentikan tindakan Israel
daripada mencabuli undang-undang antarabangsa.

Manakala pada bulan Oktober pula, Dr Mahathir melawat Thailand, jiran
rapat Malaysia dan menjanjikan bahawa Kuala Lumpur akan memberikan bantuan
“apa saja yang termampu” bagi menghentikan kitaran keganasan di wilayah selatan
negara itu.

Malaysia adalah fasilitator kepada rundingan damai antara kerajaan Thailand
dengan Majlis Syura Patani (MARA Patani) dan lawatan rasmi Dr Mahathir itu sekali
gus mencetuskan kesungguhan dan semangat baharu dalam kalangan pegawai
Malaysia dan Thailand untuk segera menggerakkan kembali proses damai selatan
Thailand yang kini seolah-olah berada dalam keadaan nazak.

Usai beberapa hari kemudian, Dr Mahathir kembali ke Jepun dan dikurniakan
darjah kebesaran ‘The Grand Cordon of the Order of the Paulownia Flowers’ oleh
Maharaja Jepun, satu penganugerahan darjah kebesaran tertinggi negara Jepun
oleh Maharaja Akihito itu berikutan sumbangan besar Perdana Menteri dalam
memperkukuhkan hubungan dua hala.

Dr Mahathir adalah pemimpin ketiga Asia yang menerima anugerah berprestij
ini selepas bekas Perdana Menteri Singapura mendiang Lee Kuan Yew dan bekas
Perdana Menteri India Manmohan Singh.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada kerajaan Jepun bagi tawaran
jaminan penerbitan bon Samurai sehingga 200 bilion yen (RM7.4 bilion) dengan
tempoh matang 10 tahun selain mendapatkan kerjasama JR Kyushu Railway Company
bagi meneliti masalah pengangkutan tren di Malaysia.

Awal November pula, Dr Mahathir dan delegasi kerajaan menghadiri Sidang
Kemuncak ASEAN Ke-33 di Singapura yang turut dihadiri pelbagai lapisan pemimpin
dunia sebelum beliau turut menghadiri Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia
Pasifik di Papua New Guinea.

PERDANA MENTERI MALAYSIA KELAPAN
TAN SRI MUHYIDDIN YASIN (2020–2021)

Biodata

Dilahirkan pada 15 Mei 1947, di Muar, bapa Muhyiddin iaitu Muhammad
Yassin Muhammad, ialah seorang ulama yang amat dikenali di Bandar Maharani,
Muar, sementara ibunya ialah Khadijah Kassim. Menerima pendidikan awal di
Sekolah Kebangsaan Maharani, Muar dan Sekolah Kebangsaan Ismail, Muar,
Muhyiddin seterusnya ke Sekolah Tinggi Muar. Muhyiddin telah menyambung
pengajian di peringkat tinggi di Universiti Malaya, Kuala Lumpur hingga berjaya
memperoleh Sarjana Muda dalam bidang Ekonomi dan Pengajian Melayu pada tahun
1971. Sejurus memperoleh ijazahnya, suami kepada Puan Sri Noorainee Abdul
Rahman, dan juga bapa kepada empat orang anak itu, berkhidmat sebagai penjawat
awam dan banyak memegang jawatan di pelbagai syarikat milik kerajaan negeri.
penglibatan awal dalam politik bermula sejak menyertai UMNO sebagai ahli biasa di
bahagian Pagoh pada tahun 1971. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Ketua Pemuda
UMNO Pagoh seterusnya Setiausaha di bahagian itu pada 1976.

Pada tahun 1978, beliau dilantik sebagai Ahli Parlimen Pagoh. Sepanjang
menjalankan khidmat sebagai Ahli Parlimen, Muhyiddin pernah dilantik sebagai
Setiausaha Parlimen kepada Kementerian Hal Ehwal Luar, Timbalan Menteri Wilayah
Persekutuan dan seterusnya Timbalan Menteri Perdagangan dan Industri. Sejak
dilantik sebagai Ketua UMNO Bahagian Pagoh pada 1984, laluan politiknya dalam

UMNO Johor semakin meningkat – daripada menjadi Ahli Majlis Eksekutif negeri,
hinggalah menjadi Ketua UMNO Johor seterusnya Menteri Besar Johor dari 1986
hingga 1995.

Muhyiddin juga pernah memegang portfolio penting di peringkat Persekutuan
iaitu sebagai Menteri Belia dan Sukan (1995–1999), Menteri Perdagangan Tempatan
dan Hal Ehwal (1999–2004), Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (2004–2008)
dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (2008–2009).

Pada tahun 2009, beliau telah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan
Menteri Pendidikan oleh Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak.
ada Ogos 2016, Muhyiddin mendaftarkan parti politik baharu iaitu Parti Pribumi
Bersatu Malaysia (Bersatu) bersama Perdana Menteri ketujuh, Tun Dr Mahathir
Mohamad. Muhyiddin menjadi Presiden parti itu sementara Tun Dr Mahathir
bertindak sebagai Pengerusi.

Ketika itu juga Muhyiddin menjalankan tugas sebagai Timbalan Presiden
Pakatan Harapan. Pada 24 Februari lalu, Tun Dr Mahathir Mohamad telah
meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah
Shah menerima peletakan jawatan tersebut, tetapi kemudian berkenan melantik Dr
Mahathir sebagai Perdana Menteri Interim, sementara menunggu pelantikan
perdana menteri baharu.

Bagi tujuan itu, Yang di-Pertuan Agong menitahkan seramai 221 Ahli Parlimen
untuk menghadap Baginda pada 25 dan 26 Februari bagi memaklumkan siapa calon
Perdana Menteri pilihan mereka.

Bagaimanapun, selepas selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong, Dr
Mahathir mengesahkan bahawa Yang di-Pertuan Agong mendapati tiada calon pilihan
majoriti yang mampu diangkat sebagai Perdana Menteri seterusnya. Justeru, pada
28 Februari pula, pihak Istana Negara memaklumkan akan menghubungi Ketua-ketua
pimpinan parti politik yang mempunyai wakil dalam Dewan Rakyat, bagi memberi
peluang kepada mereka untuk mengemukakan pencalonan nama Ahli Dewan Rakyat
sebagai bakal Perdana Menteri ke-8.

Dalam pencalonan itu, Muhyiddin dilaporkan mendapat pencalonan tertinggi
mendahului kiraan sokongan ahli Parlimen untuk dilantik sebagai Perdana Menteri
ke-8.

Sokongan itu diterjemah melalui sokongan sejumlah 97 ahli Parlimen daripada
enam parti, iaitu Bersatu (36), UMNO (39), Pas (18), MCA (2), MIC (1) dan PBRS (1)
Pada pagi 29 Februari, Muhyiddin mengesahkan mengetuai Perikatan Nasional ke
Istana Negara bagi mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Pada kira-kira jam 4.40 petang, Yang di-Pertuan Agong berkenan melantik
Muhyiddin sebagai Perdana Menteri kelapan selaras dengan Perkara 402(2)(a) dan
Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Jasa dan Sumbangan

Menangani krisis kesihatan yang tidak pernah berlaku dalam sejarah dan
memberi implikasi serius kepada ekonomi negara. Cabaran amat besar itu dihadapi
Tan Sri Muhyiddin Yassin sebaik beliau mengambil alih teraju pentadbiran negara.
Meski tempoh setahun bukan satu jangka masa yang panjang, Tan Sri Muhyiddin

sudah berjaya membuktikan tugas sukar yang digalas beliau berjaya ditangani
melalui pendekatan yang mengutamakan rakyat.

Di kala krisis politik dan ketidakstabilan ekonomi akibat pandemik COVID-19
melanda, beliau rela mengambil langkah tidak popular namun tepat dengan
mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ia satu manifestasi
kekuatan kepimpinan Tan Sri Muhyiddin. Kita lihat umpamanya bahawa pandemik itu
dapat ditangani walaupun keadaannya begitu mendesak sekali dalam satu-satu
ketika. Dan ini adalah kepimpinan PM sendiri yang menonjolkan bahawa kepentingan
peribadi, kepentingan politik diketepikan tetapi keutamaan negara diutamakan. Dan
ini yang ditonjolkan setiap kali PM berhadapan dengan rakyat umpamanya
mempamerkan semuanya dalam kawalan dan ada perancangannya. Dan harapannya
adalah rakyat Malaysia mengharapkan bahawa kepimpinan ini yang diperlukan pada
ketika ini bukan kepimpinan yang pentingkan diri sendiri dan ataupun agenda parti
politik tetapi kepentingan yang mementingkan agenda negara dan rakyat.

Strategi memperkenal Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mulai 4
Mei tahun lalu misalnya satu lagi tindakan berani Perdana Menteri demi
kelangsungan ekonomi.

Pandemik COVID-19 yang melanda dunia hingga mengubah landskap kehidupan
kepada kebiasaan baharu, menyebabkan negara di dunia termasuk Malaysia
mengambil langkah luar biasa bagi memastikan negara dapat bebas daripada
pandemik itu.

Mengambil alih teraju kepimpinan negara bukan pada masa terbaik ekoran
ancaman COVID-19, Tan Sri Muhyiddin Yassin jelas menggalas tugas berat apabila

dilantik sebagai Perdana Menteri pada 1 Mac ketika negara sedang memerangi
pandemik COVID-19, yang menyaksikan kes positif meningkat ketara.

Perlu bertindak segera menangani krisis kesihatan melanda negara sejak akhir
Januari pastinya menguji kebijaksanaan Muhyiddin mengemudi kerajaan untuk
mengambil langkah berhati-hati dan membuat keputusan melaksanakan langkah yang
tidak pernah dilakukan setelah mendapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan
(KKM) yang bersesuaian dengan ketetapan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Dalam tempoh 100 hari pertama sebagai Perdana Menteri, tindakan
Muhyiddin memperkenalkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan
pada 18 Mac sebagai usaha membendung penularan COVID-19, disifatkan beberapa
pihak sebagai langkah tidak popular namun berani. Mengimbas kembali tindakan awal
Muhyiddin memperkenalkan PKP menerusi Perutusan Khas Perdana Menteri pada 16
Mac, Dr Noor Hishan berkata, ramai sangsi dengan keputusan Perdana Menteri
untuk melaksanakan perintah kawalan itu.

Bagi menangani wabak COVID-19 yang memberi impak besar terhadap
ekonomi dan rakyat Malaysia, Muhyiddin mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi
Prihatin Rakyat (PRIHATIN) bernilai RM250 bilion bagi melindungi kebajikan dan
meringankan beban yang ditanggung semua rakyat pada 27 Mac.

Pakej rangsangan itu meliputi suntikan tambahan khas RM1 bilion kepada KKM
bagi pembelian peralatan dan membiayai perkhidmatan untuk memerangi COVID-19,
termasuk mendapatkan khidmat kepakaran perubatan serta pembayaran elaun khas
dari RM400 hingga RM600 untuk petugas kesihatan dan perubatan dan elaun khas
RM200 kepada anggota beruniform.

Menyifatkannya sebagai tindakan tepat, Dr Noor Hisham berkata langkah itu
pastinya dapat membantu memulihkan negara yang terkesan akibat wabak COVID-
19, sekali gus dapat mengimbangkan 'live' dan 'livelihood'.

"Inisiatif (PRIHATIN) itu tepat dan cepat. Kini kita lihat kerajaan laksana
pula PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) untuk rangsang ekonomi supaya
kita (negara) cepat pulih daripada wabak dan sektor ekonomi.

"This is win-win situation. Ini (PRIHATIN dan PKPB) ialah tindakan bijak. Kita
dalam fasa pemulihan, iaitu mampu kawal wabak dan pada masa yang sama kita
merancakkan kembali sektor ekonomi negara," katanya.

Kerajaan pimpinan Muhyiddin turut melancarkan Tabung COVID-19 pada 11
Mac sebagai usaha kerajaan membantu rakyat terjejas akibat wabak COVID-19.

Pada Jumaat lepas, Perdana Menteri mengumumkan Pelan Jana Semula
Ekonomi Negara (PENJANA) yang mengandungi 40 inisiatif bernilai RM35 bilion
untuk membantu usaha pemulihan ekonomi negara yang terjejas akibat wabak
COVID-19.

PERDANA MENTERI MALAYSIA KESEMBILAN
DATUK SERI ISMAIL SABRI YAAKOB (21/8/2021-KINI)

Biodata
Nama penuh: Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Tarikh lahir: 18 Januari 1960
Umur: 61 tahun (2021)
Isteri: Datin Sri Muhaini Zainal Abidin
Anak: 4 orang anak (termasuk bekas peserta Akademi Fantasia, Dafi )
Pendidikan: Graduan Fakulti Undang-undang Universiti Malaya (UM)
Jawatan Menteri di Dalam Malaysia
Ini adalah jawatan sebagai menteri yang pernah beliau sandang.

• 2008 – Menteri Belia dan Sukan
• 2009 – Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
• 2013 – Menteri Pertanian dan Asas Tani
• 2015 – Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
• 2020 – Menteri Pertahanan
• 7 Julai 2021 – Timbalan Perdana Menteri

• 20 Ogos 2021 – Perdana Menteri

Antara isu yang pernah beliau suarakan adalah;
• Memerangi orang tengah dalam ekonomi para nelayan, petani dan penternak.
• Memperkenalkan MARA Digital Mall.
• Memperhebat kemajuan luar bandar terutamanya di Sabah dan Sarawak.
• Pernah mencadangkan agar ditubukan “Low Yat 2.”
• Beliau pernah menyatakan sokongan terhadap industri Vape dan rokok
elektronik.

6. KESIMPULAN

Sebagai warganegara Malaysia kita harus berbangga kerana mempunyai
Perdana Menteri yang berjaya memimpin negara ke arah keamanan dan kemajuan.
Perdana Menteri merupakan tonggak pemerintahan negara yang akan menentukan
perpaduan rakyat berbilang kaum, memastikan keperluan mahu pun kehendak rakyat
dipenuhi, menjamin keselamatan dan kesejahteraan negara dan kejayaan negara
dalam setiap aspek baik di dalam negara Malaysia sendiri hinggalah ke arena
antarabangsa.

Kita sebagai rakyat Malaysia haruslah kagum, berbangga dan menghargai jasa
dan sumbangan Perdana-perdana Menteri yang terdahulu dan sekarang ini di mana
kita boleh merasai keselesaan hidup sebagai warga Malaysia di negara yang
berdaulat ini.

7. RUJUKAN

https://www.slideshare.net/CkChan5/perdana-menteri-15112966
2. https://www.slideshare.net/dausjalil/perdana-menteri-malaysia-16590151
3. https://ms.wikipedia.org/wiki/Perdana_Menteri_Malaysia
4. https://www.scribd.com/document/58940162/PERDANA-MENTERI
5. https://www.academia.edu/34319361/Kerajaan_Persekutuan.docx
6. https://kerjakursussejarahpmr.blogspot.com/p/kaedah-kajian.html
7. Bapa Perpaduan-Tun Hussein Onn
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan/231-yab-
tunhussein-bin-dato-onn-1976-1981.html
8.Bapa Perpaduan-Tun Hussein Onn
http://1011f1p1.blogspot.com/2010/09/dipetik-dari-tulisan-mohamed-yosri.html
9.Perdana Menteri Malaysia.
http://perdana-menteri-malaysia.blogspot.com/2009/04/allahyaraham-tun-
abdulrazak.html
10.Sistem Kerajaan Malaysia
http://pasarnota.blogspot.com/2011/12/sistem-kerajaanmalaysia.html
11. https://youtu.be/PpW0I1NziJs
12. https://youtu.be/MP sd68yxL4
13. https://youtu.be/7wr490DgCs
14. Buku Teks Sejarah Tahun 6


Click to View FlipBook Version